Sunday, 6 May 2018

RM 2,000

PengakuanKu

Assalamualaikum admin dan readers IIUM, tqvm admin kalau sudi post cerita aku tulis ni.

Ya,aku nak cerita pasal duit. Yang zaman sekarang ni dengan nilai tu tak banyak yang boleh beli tapi amat bernilai bagi orang macam aku ni. Percaya tak? RM 2K tu lah aku bagi kawan aku pinjaman. Nak lebih tepat hutang. Kawan yang aku bagi ni bukanlah kawan yang aku gelarkan dia sebagai BFF,tapi kawan yang selalu aku jumpa dekat universiti,program sekali,kalau jumpa tu mesti la “hai2,bye2″, dan kawan ni lah aku selalu jumpa dekat surau kolej solat berjemaah tazkirah sekali.

Aku yang sibuk dengan dunia sendiri,pulang kelas,pg kelas. Aku perasan kawan aku tu dah lama aku tak jumpa atau nampak dekat surau. Sampailah satu hari kawan aku ni ws aku bagitahu mak dia sakit tenat. Dan perlukan duit untuk operation dalam kadar segera. Masa tu duit biasiswa JPA aku baru je masuk.

Tanpa fikir panjang, aku terus pg jumpa dia. Aku tanya sikit2, pasal family dia. Dan aku ni memang sejenis hati tisu, aku tak boleh dengar cerita pasal family orang dalam kesusahan ni. Kebetulan aku memang tak sempat nak keluarkan duit sebab aku memang busy. Lebih2 lagi masa tu aku tersangat aktif dengan program kokurikulum. Jadi,tanpa fikir banyak aku bagi ATM kad aku dekat dia sekali dengan passport aku bagi. *korang jangan kecam,aku tahu aku salah. Aku cakap keluarkan lah RM 2K tu, tu je saya mampu tolong awak. Sebab baki biasiswa aku nak guna utk makan, bayar hostel dll.

Esok tu dia pulangkan balik kad ATM aku, dan aku semak melalui sms acc bank aku. Dia betul2 ambik RM 2K je tak lebih dan tak kurang. Dia bagitahu aku petang ni dia nak balik kg. Aku sempat mintak dia kirim salam family dia.

Kawan aku ni jenis slow macam tu, kalau kita tengok dia pun kita rasa kesian. Air muka baik sangat dan sebenarnya memang dia baik pun. Tup2, dalam sebulan lepas dari kejadian ni. Kawan aku ni ws lagi. Dia cakap nak bawak aku pg ke satu tempat ni. Sebab aku ni selalu migrain, jadi kawan aku kata jom la try perubatan ni. Dah ramai orang cuba berjaya. Masa tu aku ikut jr la cakap dia dan suprisingly siap ada orang datang ambik aku masa tu.

Masa otw tu,kawan aku ni tak habis crte dekat aku pasal sekarang ni dia dah tak sakit kepala,fokus study makin ok,bla2. Kadang2, kawan dia tu pun tokok tambah sikit2. Aku angguk2 je. Cuma dari gaya percakapan tu aku jadi pelik kenapa kawan aku ni lain macam je. Macam bukan dia je. Selama aku kenal tak macam ni.

Sampailah aku dekat tempat, ok fine!!aku dah terkena. Aku blur,tempat apa ni. Satu barang jual beratus. Tapi tempat ni high class. Bauan aroma terapi rm 400 weh. Aku rasa nak balik masa tu jugak!! Tapi mana boleh dah aku datang dengan diorang tadi kan. Aku kalau dalam situasi macam ni aku hadap je sambil nak fikir helah apa aku nak buat ni. Balik tu, aku terus google pasal center tu. Ok gais,tu MLM. Apa lagi aku terus la ws kawan aku tu, aku tanya dia baik2 duit aku bagi pinjam tu dia guna utk MLM tak guna ni ke? Betul ke mak sakit? Walau masa ni aku nak marah sgt2, aku cuba kawal emosi aku.

Pandai betul dia pusing2 cakap dalam ws tu, sampailah dia dtg bilik aku nak explain. Aku tak bukak pintu. Aku cakap dekat dia walau apa pun berlaku,aku harap dia bayar balik duit aku. Sebenarnya every semester aku akan simpan rm 1500-2000 dalam acc tabung haji aku untuk aku pg umrah lepas habis belajar. Tapi utk bulan tu xde la simpanan aku.

Lepas dari kejadian tu, aku tetap tak putus asa. Hari2 aku doa, Ya allah buka kanlah pintu hati *nama penuh kawan aku tu untuk bayar balik duit RM 2K yang dia pinjam andai itu terbaik untuk aku”. Betul gais,hari2 aku ulang doa yang sama. Aku teruskan hidup macam biasa. Sampailah nak grad kawan aku tu masih lagi dengan MLM dia. Aku risau sgt kalau dia tak berjaya grad pasal MLM tu. Tapi alhamdulillah dia berjaya grad sama dengan aku.

Jadi lepas habis belajar aku try contact balik dia,nak mintak hutang. Alasan yang selalu aku bagi aku kata duit tu aku simpan untuk pergi umrah. Tolongla kesiankan aku. Macam biasa dia kan bluetick je mesej aku. Last sekali aku tahu dia tukar no lain. Alhamdulillah aku dapat jugak no tu dari kawan dia yang aku kenal. Aku ws lagi, aku kata boleh tak bayar separuh dulu?

Dan dia setuju, makanya aku dapat balik duit aku lepas bertahun. Menangis aku. Banyak kot RM1000 tu. Dan dia bank in dekat aku RM 1300, lagi la aku bersyukur. Aku siap cakap lagi kat dia “tqvm bayar duit ni, semoga sentiasa murah rezeki” . Hahhahaa. Baki nanti dia usahakan, sebab sekarang dia dh kerja tempat lain. Tapi aku malas nak ambik tahu keje apa dan kat mana.

Kalau korang pernah bagi hutang dekat orang, doalah la selalu gais. Kalau dengan dapat duit baik untuk korang inshaallah Allah mudahkan. Dan kalau korang pun ada hutang, jangan lupa baca satu doa dalam al-mathurat, semoga Allah ringankan beban yang korang pikul untuk bayar balik hutang. Amin ya rabbal alamin.

– Nor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.