Tuesday, 4 September 2018

Hikmah Jodoh Tak Kesampaian

PengakuanKu

Hi Assalamualaikum. Bersyukurlah kalau confession aku diapprove. Haha. Aku nak share sedikit kisah cinta cintun aku. Maybe tak nampak realistik. Tapi mungkin ada hikmah bila Allah tak bagi sesuatu yang kita betul betul nak dalam kita.

Aku pernah berkawan dengan seorang lelaki Abu (Bukan nama sebenar). Aku dengan Abu ni kenal dan sama sama belajar dekat U di negeri bersejarah. Pada awal perkenalan, kita orang berkawan biasa. Tapi lama kelamaan bila orang asyik kenan kenankan. Kita orang terjadi lah pasangan. Konon konon kawan plan sampai kahwin. Dan itulah perancagan kami dari awal perkenalan. Nak dijadikan cerita, jodoh si Abu dengan U negeri bersejarah tak berpanjangan. Dia kena buang sebab pointer tak berapa cantik. Matematik punya pasal. Dia kata tak boleh hadam dengan nombor ni.Haha. Bidang yang diputuskan oleh family dia. Allah. Time tu memang kasihan sangat dekat dia. Sebab nampak dia down gila gila. Background family pula baik baik. Terkejut mak ayah dia bila dapat tahu dia kena buang U. Teruk kena marah. Sampai dia bawa diri. Time tu dia decide untuk kerja (gunakan diploma) sementara tunggu UPU baru akan dibukakan. Masa ni memang dia always ada dengan aku. Aku pun bukanlah jenis buang orang yang acah acah tak selevel. Sebab bagi aku. Kita tak boleh judge rezeki seseorang. Betul tak? Apa apa dia buat, mesti dia cari aku. Dia rasa tak sesiapa masa tu. Yang dia ada adalah aku. Aku always bagi semangat untuk dia cari alternatif sambung degree balik. Dia cakap dia nak sambung course yang memang passion dia. Then, aku cakap go for it. Dia uruskan semua tu sendiri without pengetahuan family dia. Dia nak tebus maruah dia dan family dia. Alhamdulilah! He did it! Rezeki dia sambung degree kali ke kedua di U tengah Malaysia. Rezeki dia juga 2 in 1. Passion and jaminan kerja. Time ni memang tumpang excited sebab dia dapat sambung belajar.

Dari awal kami kenal, ramai yang tak berkenan. Maybe disebabkan dia jenis gentle terlampau dengan perempuan. Mostly kawan kawan dia pun perempuan. Tapi bagi aku benda tu biasa as lelaki yang jaga perempuan. Aku pun tak lah terus judge dia sebab tengok layanan dia pada aku. Hahaha typical perempun! Da sayang kan? Degil tak nak dengar cakap orang. Kan dah padan muka!

Bermulalah kehidupan kami semula as student and LDR. Tipulah hubungan kami always baik. Tak pun. Ada juga gaduh dan diduga ujian. Muncullah hamba Allah, Salmah ngaku as ex dia. Macam macam aku dengar sampai kena cemuh dengan orang sekeliling. Sampai rasa diri ni macam perampas. Long short story, ex dia cakap dia kena tinggalkan without any 24hours notification okay. Tinggal macam tu saja. Sampai separuh gila orang tu dia buat. Aku terkejut lah! Btw, itu cerita betul. Bukan rekaan ex dia semata nak burukkan si Abu ni. Sebab aku tak pernah tahu life Abu dengan ex before ni macam mana. Allah. Aku just minta penjelasan dari dia. Tapi dia lebih suka ignore. Tak nak jawab. Biar tergantung sepi. Sampailah sekarang aku tak ada jawapan kenapa dia tinggalkan ex dia tu.

Aku masih dungu. Tutup telinga. Buat muka selamba hadap semua tu. Aku masih setia dengan dia. Masih acah acah terima dia seadanya. Terima kisah silam dia. Acah acah berubah lebih baik. Untuk hubungan kitaorang. Cehwah!

Kalau korang nak tahu, selama hubungan kitaorang bertahun tahun ni. Family Abu ni tak pernah tahu and acknowledge kewujudan aku. Sebab bagi Abu dia nak kenalkan aku dengan family bila dia dah kerja dan stabil katanya. Kira macam terus ajak kahwin. And kitaorang tak pernah post apa apa dekat socmed. Sebab bagi dia tak elok. Belum ada apa apa nak expose. Okay. Fine. Mengikut buah fikiran aku, ada betul juga. Kang beriya iya tak jadi buat malu je. Ye dok?

Tapi peliknya, post yang tak sweet pun kena delete. Kau rasa? Tapi berbalas balas komen dengan perempun lain boleh pula. Dia cakap tak nak orang tahu siapa aku. Nanti orang tahulah aku gf dia. *palmface bro. Nasib aku jenis positif and malas nak ambil pusing sangat. Yang penting dia kata nak kahwin dengan aku satu hari nanti.

Kalau pegang telefon dia apatah lagi. Macam cacing kepanasan. Geletet geletet beriya taknak orang tengok. Entah ada apa entah. Bebel end up tak dapat juga pegang. Hurm.Banyak juga sebenarnya dugaan perempuan dekat dia. Macam macam dah kantoi. Tapi aku masih mampu diamkan diri. Sebab tak guna kau tanya itu ini. Dia akan buat kau macam tiang. So better fokus kehidupan kau.

Walaupun kita orang tak banyak masa mesej or jumpa selalu disebabkan komitmen course dia. Aku always positif. Sebab niat aku satu. Aku nak hidup dengan Abu.

Macam macam perngorbanan kesetiaan aku tunggu dia. Dia habis belajar lambat pun aku masih tunggu. Sampailah dia habis belajar. Time ni tahun ke 5 kitaorang bersama. Dia nak pergi interview dekat Putrajaya. Aku orang paling excited. Temankan dia shopping blazer seluar semua. Sampai dia dapat keputusan jadi seorang pendidik. Aku masih bersama dia. Aku lah orang nampak dia jatuh, bangun semula dan hampir berjaya dengan cita cita dia.

Aku pula baru dapat offer kerja swasta di negeri kelahiran aku tengah tahun 2017. Bermulah real life dugaan nak bina masjid ni. Dia tunaikan janji dia untuk halalkan aku dengan bawa jumpa family dia. Terus plan nak tunang and kahwin. Time tu aku setuju je plan dia dan family dia. Family dia sangatlah baik dengan aku.

Aku anak sulung. Tak ada bapa. Bila kita involve dengan life sebenar. Baru kita tahu apa itu dunia. Banyak aku fikir. Rasa macam awal pula nak kahwin bila tak sampai setahun bertapak dalam kerjaya. Master tak habis lagi. Tak sempat nak berbakti pada family. Baru beberapa bulan balik ke rumah. Tak sempat nak bermanja. Adik aku pula tak habis study lagi. Macam macam bermain dalam fikiran aku.

Salahkah aku fikir itu semua?

Atleast bagi aku ruang setahun lebih untuk bertapak dan masa untuk family aku. Aku cuba untuk nego dengan dia if majlis kami dianjakkan dalam setahun lagi (hujung 2018 atau awal 2019). Tapi 1001 kali sayang. Tiada persetujuaan dari dia. Baru nampak perangai sebenar dia dalam handle masalah. Dia tetap dengan keputusan dia. Tak nak susahkan hati family dia. And nak satu majlis dengan adik dia. Aku makin kenal siapa dia sebenarnya. Dapat membayangkan dia menjadi ketua keluarga nanti.

Makin lama aku jadi dilemma. Aku jadi tak bersedia untuk terima lagi satu tanggungjawab. Kerana tanggungjawab ku pada keluargaku belum tertunai?

Tambahan dengan kewujudan orang ke’tiga’ dalam hubungan kami. Makin rapuh hubungan kami. Aku cuma diberi talian hayat sampai hujung bulan satu seandainya untuk meneruskan perkahwinan pada tengah tahun 2018 ini juga. Yes! Memang beza beberapa bulan saja. Tapi bagi aku macam macam aku kena fikirkan tentang family aku. Dia nak teruskan juga walaupun apa terjadi. Walaupun bukan dengan aku. Untuk memenuhi permintaan keluarga katanya.

Family dia tidak tahu masalah kami. Sebab dia always cakap untuk selesaikan masalahnya sendiri tanpa melibatkan family. Family dia tahu bila hubungan kami tak bole diselamatkan. Aku sedih aku tak dapat mempertahankan hubungan kami. Sebab family nya tak pernah tahu kewujudan aku selama 5 tahun. Susah senang aku bersama anak mereka. Bertapa senangnya anak dia permainkan ramai anak dara orang. Allahuakbar!

Dia pernah cakap dengan kawan aku,”dah 6 bulan aku tunggu dia (aku). Sampai bila aku nak tunggu dia lagi?”. Ayah Abu pernah pesan dia,”Benda nak halalkan patutnya senang tapi ini susah, carilah yang lain.” Allah luluhnya hati aku. Mungkin aku ada membuat kesilapan. Tapi 6 tahun dengan 6 bulan? Aku tak pernah sedikit pun terdetik penyesalan. Kenapa kau tak pernah cuba pertahankan aku, Abu? Macam mana aku pernah ada untuk kau.

Aku cuba minta ruang dan masa untuk menyelesaikan masalahku yang sedia ada. Tik tok tik tok. Dateline dah due. Aku tak tahu kenapa perlu ada dateline? Slow slow dia pergi dari hidup aku. Yes! Salah aku tak hargai dia. Tapi aku perlu masa. Saat semua dah settle down. Dia dah pergi jauh dari aku. Dia dah buang dari aku. Tup tup dapat tahu. Dua minggu lepas putus dengan aku. Dia sudah masuk meminang seseorang. Sikit sikit Allah buka real diri dia.Rupanya seseorang itu dah lama dia kenal and berkenan dengan si Abu ni. Bulan 6 yang lepas. 5 bulan selepas putus dengan aku. Dia bernikah dengan perempuan tu. Jodoh.

Dia dapat lebih baik dari aku. Sempurna auratnya dan manis. Nak dibandingkan aku masih jauh. Mungkin sebagai lelaki dia perlukan seorang isteri yang baik dan solehah. Aku rasa kerdil. Aku kurang dalam part itu. Aku sedar diri. Mungkin Allah nak aku juga berubah menjadi lebih baik untuk diri sendiri. Itu mungkin sebab dia buang aku dari hidupnya.

Tak tentu pengorbanan kau bertahun untuk seseorang akan berbalas dengan pengorbanan juga.

Memang perit sakit untuk difikir guna logik. Tapi bila kita fikir apa maksud Jodoh. Kita cuba redha. Apa dia buat pada aku. Itu bahagian dia. Aku cuma mampu doakan kebahagiaan dia. Dia pernah jadi terbaik untuk aku. Cuma dia bukan terbaik untuk masa depan aku. Mungkin ada yang lebih untuk aku. Yang mementingkan dan memikirkan keadaan aku dan family aku juga.

Banyak hikmah aku nampak kenapa aku berat hati untuk terus kan perkahwinan aku dengan dia tahun ni. Kenal siapa diri dia dan family yang sebenar. Yang tak tentu aku akan bahagia. Betul tak? Family aku ditimpa macam macam masalah. Alhamdulilah. At least aku masih boleh ada untuk keluarga aku. Berbakti dengan keluarga aku. Aku dapat habis kan master aku. Aku dapat sedikit kumpul rezeki untuk masa depan aku. Aku dapat kebahagiaan aku sendiri. Doakan aku terus istiqamah dan dikurniakan jodoh yang terbaik untuk aku.

Hikmah jodoh yang tak kesampaian. Banyak. Tak terungkap.

– [Kerdil]

– Hamba Yang Kerdil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Dipersenda Rezeki Anak

PengakuanKu

Jangan Dipersenda Rezeki Anak

Ini bukan cerita pasal orang yang dok tanya-tanya bila nak dapat anak ye. Ini cerita saya yang ditertawakan sebab dapat anak! Hah rare tak?

Begini ceritanya….

Pada tahun 2010, saya dan kawan baik saya,Cik Nuna, mengandung bersama-sama. Usia kandungan kami lebih kurang je. Kira punya kira, anak kami akan seusia la nanti insyaAllah… Boleh jadi rakan sepermainan gitu. Kitorang memang rapat dan selalu borak-borak tukar-tukar cerita & tips pasal hamil dan bersalin… Gembira sangat bila memikirkan keseronokan ada anak sebaya nanti… Boleh “playdate”… Jalan sama-sama….

“Fast forward”…. Anak kami membesar dengan sihat alhamdulillah. Anak saya, Fariz & anak Cik Nuna, Haikal, dua-dua boy… Ngam sangat lah kan jadi teman sepermainan. Jarak rumah kami tak lah jauh mana, dalam 30min… So bila-bila ada masa terluang terutama sekali hujung minggu, kitorang akan spend time sama-sama. Our husband pun boleh kamceng, so no problem nak lepak mana-mana rumah sambil borak-borak, masak-masak, anak-anak bermain…

Nak dijadikan cerita, tahun 2012, saya hamil anak kedua. Masa tu happy sangat, sebab walaupun Fariz baru nak masuk 2 tahun, tapi saya dan husband memang berniat nak “bagi adik” kat Fariz. Jangan tak tau, persiapan anak kedua kami boleh dikatakan lagi banyak berbanding anak pertama … Beli baby cot lengkap dengan bedding (Fariz co-sleep dengan kitorg), beli stroller baru dan sebagainya. Excited sangat nak bagi adik kat Abang Fariz.

Dalam kandungan saya menginjak usia 12 minggu, saya pun menyampaikan khabar gembira kat keluarga dan kawan-kawan baik melalui group whatsapp. Actually bestfriends ramai, cuma yang duduk dekat-dekat, saya dan Cik Nuna je. Yang lain semua duduk & berkerja di lain-lain negeri. Just in case korang tertanya-tanya hehe…

Maka berduyun-duyun lah ucapan tahniah, rata-rata semua happy sebab Abang Fariz tak lama lagi dapat kawan. Namun, sungguh tak sangka, respon dari Cik Nuna….

Cik Nuna: Rina, ko pregnant???

Cik Nuna: HAHAHAHAHAHAAHHA

Cik Nuna: Serious lah wehhh, anak kita kecik lagi laaaa…. Hahahahhaha

“HAHAHAHA”?

Saya tergamam. Tak sangka sungguh. Hati rasa tersiat dengan respon Cik Nuna. Ke tu sebab hormon eh? Saya pun tak pasti. Apa yang saya rasa… tersinggung sangat-sangat.

Group WhatsApp tu tiba-tiba jadi krik krik krik selepas respon Cik Nuna tadi. Mungkin dorang pun rasa…janggal? Entah lah. Tak nak keadaan “janggal” tu berlarutan, saya paksa diri membalas…

“Huhu ye Cik Nuna”

Dalam hati memang ber huhu la. Ucapan tahniah langsung takda. Ok takpa. Tak kisah.

Untuk pengetahuan semua, Cik Nuna ni orang nya sangat baik hati, jenis yang huha huha & easy going. Suka tolong orang selagi mampu….

Maka walaupun saya terluka disitu, saya anggap itu ucapan “refleks” dari dia. Saya takde lah nak persoalkan kenapa gelakkan saya? Tak nak mengeruhkan keadaan… Dan tak pula saya nak explain panjang lebar yang saya dan husband memang nak tambah zuriat.

Fast forward lagi….

2018 – Keluarga saya dah semakin membesar, anak pun dah 4 orang. Alhamdulillah… Rezeki bertambah-tambah. Tak lah kaya raya tapi hidup dengan selesa. Dulu menyewa, sekarang mampu miliki rumah sendiri.

Saya & Cik Nuna pulak masih seperti dulu, berkawan baik, dan sering berjumpa lepak seperti dulu. Acap kali jugak terdengar husband Cik Nuna gurau-gurau bila bermain bersama anak-anak kami, “Doakan rezeki uncle murah dapat bagi abang Haikal kawan ye…”

Ye, Fariz & Haikal dah pun berusia 8 tahun. Namun usaha Cik Nuna & husband untuk menambah anak belum lagi tertunai. Sejujurnya setiap kali terdengar “gurauan” sebegitu, saya terkenang saat Cik Nuna gelakkan saya dulu. Wallahi saya tak berdendam, tapi entah kenapa setiap kali teringat saat saya digelakkan, saya masih boleh rasa hati ni macam disiat-siat. Mungkinkah saya terlalu terluka pada masa tu? Jujur saya cakap, saya takda nak doa yang bukan-bukan hanya semata-mata saya tersinggung. Sumpah tak ada. Cuma sekarang ni, ada terdetik dihati….”Adakah ini balasan sebab ko gelakkan rezeki yang aku dapat dulu?”

Cuma terdetik dihati & tertanya-tanya. Itu sahaja. Saya sayangkan Cik Nuna dunia akhirat sebab dia kawan yang baik. Cuma tika itu sahaja dia melukai hati ini. Dah lama saya cuba lupakan tapi sentiasa teringat balik bila berbicara tentang rezeki zuriat ni.

Cik Nuna pulak memang berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua tapi dia takda lah sampai nak tunjuk sangat. Saya pulak jenis tak akan bertanya sebab bagi sesetengah orang, benda ni sensitif. Cik Nuna pernah jugak up status kat FB pasal orang sekeliling yang tanya bila nak bagi Haikal adik. “kalau lah mudah mendapatkan zuriat…” So dari situ saya rasa benda ni sensitif, maka saya tak pernah nak tanya dia.

Sebenarnya, saya tak pernah luahkan cerita ni kat sapa-sapa, even suami sendiri or kawan-kawan baik yang lain. Saya sangat-sangat berharap dengan luahan ni, hati saya lebih terbuka dan saya boleh lupakan kisah yang menyiat hati itu.

“Cik Nuna, saya sayangkan awak. Saya doakan awak dikurniakan rezeki yang murah. Saya doakan Haikal cepat-cepat jadi abang. Kalaulah rezeki zuriat kamu tertunda disebabkan ini, saya maafkan kamu demi Allah. Saya mohon Allah kurniakan rezeki zuriat buat kamu.”

Your best friend,

Cik Rina Dokeh

– Rina Dokeh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku dan Solat

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku tergerak jari nak menulis setelah baca confession tentang solat sebentar tadi. Kepada confessor, teruskan istiqamah awak. Walaupun bacaan merangkak, takpe, Allah mendengar dan mengasihani. Kita hamba yang hina dina ini, hanya boleh terus tawakal dan berusaha.

Berbalik kepada aku, apa yang aku nak ceritakan adalah berkaitan solatku. Memang dulu aku jahil tentang solat. Sebab dari kecil mak bapak aku tak tekankan tentang solat. Aku belajar tentang solat sewaktu di sekolah. Aku hafal cara solat dari buku cara sembahyang. Mak solat, tapi mak tak pernah ajak solat sekali, apatah lagi mengajar. Belajar sendiri di sekolah katanya. Aku pernah tegur bapak aku, kenapa bapak tak solat? Bapak aku marah aku balik, dia suruh aku pergi solat dulu sebelum mempersoalkan diri dia. Sedihkan? Tapi itu cerita dulu, sekarang bapak dah pulang ke jalan yang benar. Usia yang makin tua mungkin. Dan aku tak menyimpan rasa marah pada mak bapak aku sebab mereka hanya manusia yang tak sempurna dan mereka dah mengasihani aku, membesarkan aku dari kecil hingga aku besar begini menulis confession.

Dan aku melalui rona kehidupan yang tak mudah sejak kecil. Biasalah kehidupan seperti dilambung ombak..lebih-lebih lagi bila tak solat langsung. Solat on off. Solat sebab kawan di opis solat, dah tu pulak solat dihujung waktu Zuhur sebab taknak bersusah payah nak ambil wudhu sampai 2 kali. Jadi alang-alang dah solat Zuhur dihujung waktu, beberapa minit kemudian masuk waktu Asar. Rasanya rutin sebegini pemandangan biasa di surau-surau di kawasan pejabat. Mudahkan? Aah mudah untuk aku tapi betapa berat sebenarnya hati untuk solat bila dilambat-lambatkan waktu. Itu lah aku si pendosa. Jahil. Solat sebab taknak jadi orang asing dikalangan Islam. Solat sebab sedang kesusahan. Jahilnya aku..sedih!

Tapi, sejak berlaku satu perkara paling ulung dan tak boleh aku lupakan..aku mula sedar yang maut bila-bila boleh menjemputku dan aku taknak tinggalkan dunia ini begitu sahaja tanpa apa-apa bekalan. Betapa hebatnya kasih sayang Allah memberi aku peluang kedua untuk membaiki diri. Aku menangis sewaktu pertama kali menunaikan solatku dengan ikhlas. Aku menangis sebab betapa jahilnya aku dulu..aku yang lupa pada Dia. Selama beberapa hari aku berkeadaan begitu bila aku teringat betapa besarnya kuasa Dia aku akan menangis sedih sangat.

Sejak itu memang aku jaga solatku. Masa mula- mula aku istiqamah untuk solat penuh 5 waktu sehari semalam, aku melambatkan waktu solat. Tapi selepas beberapa hari, bila aku merasakan ringannya hati aku untuk solat, aku mula menantikan masuk waktu, dan aku akan solat di awal waktu. Lama kelamaan, ianya jadi habit, dan betapa nikmat dan manisnya bila solat diawal waktu. Terasa masa seperti panjang dan seolah-olah dah melunaskan tugas yang paling besar dan susah sebelum melunaskan tugas-tugas yang kecil. Pelik, tapi itu lah yang aku rasa.

Dan dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur sebab inilah rezeki yang paling nikmat aku pernah terima. Mungkin berkat Al Waqiah yang aku selalu dengar setiap malam sebelum tidur. Mungkin juga sebab sewaktu aku solat on off dulu, aku sering berdoa semoga diberi petunjuk oleh Allah, supaya aku dapat menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kedua mak bapak aku bila mereka diakhirat kelak, surah Al Fatihah dan selawat ke atas Rasullullah dan semua umat Islam pun aku tak pernah lupa baca. Sebab aku ingat lagi aku pernah baca, selepas solat berdoalah mintak lah apa kepadaNya, jangan sombong. Dan aku mintak, dan andainya memang benar Allah kurniakan aku petunjuk, aku berbesar hati menerimanya dan akan terus istiqamah.

Tapi, yang paling sedih aku rasa bila aku mula mengutamakan solat sebelum perkara-perkara lain, aku terasa seperti orang asing di dalam keluargaku, dikalangan orang seagamaku sendiri. Allahu, tak mudah rupanya nak menegaskan pada orang lain, walaupun suamiku sendiri bahawa solat itu tiang agama dan betapa pentingnya solat dan solat di awal waktu. Dan mulutku begitu ringan untuk bertanya suami & ahli keluarga samada mereka sudah menunaikan solat atau belum. Ya, ianya janggal dan asing bagi mereka.

Buat masa sekarang setiap kali lepas solat aku hanya mampu berdoa semoga Allah bukakan hati mereka supaya mudah menerima petunjukNya. InsyaAllah.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Budaya Kabel Melayu Kita

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt , and hai . Aku mia . Sebelum ini , aku hanya silent reader sampai lah saat ini aku terdetik hati ini ingin meluah aka menceritakan pengalaman aku . Apa yang aku nak confess ni adalah benda yang dah jadi budaya dalam masyarakat kita iaitu “BUDAYA CABLE” . Okay , 1 2 3 .. Aku start ..

Aku mia , graduan dari ipta dengan CGPA ( tak pandai tak bodoh lah ) Diploma Admin. lepas je habis belajar dan dah konvo pun aku terus cari kerja . Pertama , aku mohon SPA8 dan pertama kali aku dapat temuduga separa perubatan ( Nurse ) jadinya aku pun pergi dengan penuh semangat malangnya aku ditemuduga seperti buat syarat sahaja “nak tak nak je ” hmm aku pun rasa down sangat dan masa temuduga aku terdengar yang mereka dah ada “calonnya pun” taktahu la anak beranak ke cucu ke hmm so aku pun lupakan dan aku teruskan mencari kerja mohon sampai lebam .

Aku adalah pencari kerja yang aktif . Aku isi macam macam website swasta mahu pun kerajaan . Tak lama lepastu aku dapat temuduga kerajaan lagi jawatan pembantu tadbir . Aku rasa gembira sangat walaupun hanya temuduga . Aku kena pergi Kuala Lumpur untuk sesi temuduga tu . Aku duduk Raub Pahang aku terus beli tiket bas apa semua sebab iv tu dia tak hantar surat or email cuma dia call sahaja . Esoknya aku sampai dekat pejabat tu aku check list nama alhamdulillah ada nama aku . Aku duduk tenang di sofa sambil menunggu nama aku dipanggil . “Cik Mia” okay turn aku dan…….. cuba teka apa yang terjadi ? Yaa pisang berbuah dua kali temuduga sekejap nak matey ntah aku rasa tak sampai 5 min ( calon lain pun sama ) aku datang dari jauh kot .

Aku duduk balik kat sofa sementara tunggu kakak aku datang ambil lepastu aku nampak pegawai yang iv aku tadi keluar tak tahu lah pergi mana dan 3 min lepas tu lebih kurang aku pulak pergi tandas dannn aku ternampak pegawai tadi berborak dengan seseorang panggil ayah ayah dan seseorang tu adalah calon temuduga juga . Aku macam pebenda ni lahai temuduga anak sendiri ??? Lepas result keluar aku mmg tak dapat and anak pegawai tu dapat macam mana aku tahu ? Ada kawan aku kerja situ dan dia pun dah pesan awal awal jangan berharap sangat. Aku tak kisah kalau aku tak dapat sebab memang hard or soft skill aku tak padu tapi aku rasa ralat lah tak dapat sebab orang lain duk main pakai cable mable ni .

Baru baru ni aku whatsapp dengan kawan aku , borak punya borak dia story la dia dapat temuduga dekat syarikat swasta dekat kuala lumpur . Aku pun tanya macam mana kau dapat iv ? Sebab aku mohon banyak kali tak dapat dan tak nampak pun dia buka “VACANCIES AVAILABLE” dengan selamba dia jawab “NI TAWARAN/IKLAN TERTUTUP ADA DUA CALON JE YANG AKAN DITEMUDUGA AYAH BOYFRIEND AKU YANG TOLONG” korang rasa apa lah perasaan aku yang banyak kali mohon lepas mohon mohon ditempat yang sama tapi dia masuk ikut pintu belakang.

tapi aku nak tahu memang ada ke “TAWARAN TERTUTUP” ? Ke aku yang noob tak tahu .

Percaya atau tidak aku mengalami depression sampai satu tahap aku cederakan diri sendiri disebabkan aku rasa hidup ni tak adil dan aku malang . Tapi alhamdulillah sekarang dah okay hasil nasihat keluarga dan kawan kawan.

” Alah benda tu pun nak depress ke ? Ntah apa apa , orang lain takde kerja rilek je” ni la tanggapan oramg yang tak rasa apa yang aku rasa . Aku bukan dari keluarga senang , aku berusaha cari kerja , usaha isi itu ini , print resume hantar by hand , pergi iv jauh jauh datang tapi orang lain pakai cable . Aku rasa sedih sangat sangat . Aku manusia biasa . Alhamdulillah sekarang ni aku muhasabah diri mungkin tak sampai rezeki aku lagi .

Kepada yang ada niat nak pakai cable atau mengamalkan budaya cable fikirkan lah sejenak budaya tersebut amat memberi kesan kepada sessorang . Sudah sudah lah , amalkan la budaya kerja yang jujur in shaa allah rezeki pun berkat dunia akhirat dan yang dah ada kerja selesa sekarang bersyukurlah , nikmatilah , dan hargailah.

Sekarang aku dah dapat kerja ? Yaa masih tidak dapat lagi tapi takpe in shaa allah ada rezekinya . Kalau korang ada tips , cadangan , peluang kerjaya , nasihat atau kata kata semangat komenlah aku akan baca satu satu dan akan tanam dalam hati ini . Terima kasih sudi baca kisah aku . Terima kasih banyak banyak admin sebab sudi siarkan kisah ini

– gadis kental

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saya Nak Berhijrah

PengakuanKu

Assalamualaikum readers. First of all terima kasih sebab sudi luah kan confessions aku yang tak seberapa penting kot2 bagi org lain tapi bagi saya sangat penting. Okay sdikit pngenalan diri, nama saya ranaz (bkn nma sbnar) brumur 24 tahun dan kini berada di luar negara merantau jau demi mencari rezeki.

Tujuan saya buat confession ini adalah utk meminta pendapat korang, saya dari kecil kurang didikan agama and my whole family sangat kurang. Dulu masa kecil mak ada juga suruh masuk sekolah agama tapi di sebabkan banyak dengar kes kena marah kena teriak kena rotan pukul oleh ustaz jikalau salah, lalu diri ini jadi takut dan tak nak pegi at the end dah besar panjang mcm ni menyesal. Saya langsung x tau baca al-quran, iqra pun dlu masa darjah 2 saya belajar smpai iqra 2 je.

Masa sekolah menengah dulu ada juga search dekat youtube dekat google ayat2 suci al-quran surah2 sebab dekat sekolah menengah dulu kan ada solat sebelah petang, so hasil dripada tu sampai sekarang saya hanya hafal ayat 3 qul, alfatihah dan ayat kursi itu pun sebutan tak betul sangat. Sekarang ni pun tiap malam saya buka youtube search surah Al-waqiah Al-mulk Ar-Rahman saya ikut baca tapi saya baca yang rumi je boleh ke macam tu? Lahai sedih nya saya jahil sungguh dalam agama sendiri. Hmm

Lately saya terfikir dan terdetik yang saya nak berubah saya nak bertaubat saya nak tutup aurat saya nak solat. Alhamdulillah dah sebulan lebih saya bertudung. Saya nak solat tapi saya risau tentang bacaan2 ayat suci yang lain yg saya tak tau. Saya nak hafal I do research again and again boleh ke solat setakat hafal ayat2 suci al-quran tapi tak faham langsung apa yg kita baca tu?

Lagi satu masalah saya, saya nak solat tapi saya dekat negara yang majoriti bukan islam jadi susah saya nak cari telekung. Nak order online boleh tak korang drop dekat comment bagi suggestion mana nak order. Tak sabar rasa nya nak solat, nak jumpa yang maha Esa nak nangis minta ampun dengan semua dosa2 yang pernah saya lakukan selama ni Ya Allah permudahkan la segala urusan hamba mu yang kerdil ni Ya Allah.

Doakan saya sentiasa beristiqomah ye. Semoga kita semua di berkati dan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t

Aamiin

-Ranaz-

– Ranaz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lead Your Boss, Follow Your Subordinates

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera ahli confession sekalian.

Saya N, pernah jadi ketua di sektor swasta dan sekarang sebagai seorang ketua kecik yang mempunyai ketua besar di sebuah jabatan sektor kerajaan. (Saya guna term ketua la ye, tak nak ada yang bergaduh kat komen pasal boss vs leader pula nanti.)

Kalau confession sebelum ni cerita masalah yang dihadapi oleh boss dengan beban yang dipertanggungjawabkan, saya nak confess tentang anak buah (subordinates) saya di pejabat ini yang sangat menyenangkan hati.

Anak buah saya tak ramai, dalam 15 orang terdiri daripada pelbagai skim – N, J dan S. Alhamdulillah, even rezeki naik pangkat lambat, tapi saya bersyukur dikurniakan anak buah dan ketua besar yang memudahkan kerja dan hari-hari saya.

Walaupun ada ketua besar, tetapi kebanyakan operasi pejabat diuruskan sepenuhnya oleh saya. Bukan sebab gila kuasa, tapi bab tu nanti saya selit sikit kemudian. So, macam mana nak dapat anak buah yang memudahkan kerja?

1. Kurangkan micromanage. Memang kehadiran dan keberadaan di pejabat itu penting, tapi siapkan kerja tepat pada masanya adalah lebih penting lagi. Takde halangan untuk online facebook atau instagram di pejabat tapi dengan syarat kerja semua dah siap. Boleh keluar minum pagi tapi bila diperlukan, ketua call, mesti angkat telefon dan masuk balik pejabat. Saya juga takde masalah kalau Technician nak datang ke pejabat dengan tshirt berkolar sebab faham cuaca panas bila buat lawatan tapak, tapi waktu program/ mesyuarat pastikan lengkap berpakaian formal. Jadi, mereka tidak akan rasa terkongkong dan happy untuk datang bekerja.

2. Walaupun tidak micromanage, tapi dalam masa yang sama, kita masih perlu beri contoh yang baik kepada anak buah. Tetap punch card awal sebelum waktu bekerja, rehat, solat dan makan dalam tempoh sejam (1-2 ptg), ikut etika berpakaian yang ditetapkan pekeliling, tidak curi tulang etc. So, secara tak langsung anak buah akan rasa segan dan ikut cara kita. Sekurang-kurangnya, kita tak rasa kekok nak tegur kesalahan mereka sebab kita dah tunjuk contoh yang baik.

3. Trust your subordinates. Kerja memang banyak, kalau kita nak buat seorang, sampai malam pun tak siap. So, delegate kerja yang bersesuaian kepada anak buah ikut kebolehan dan potensi masing-masing. Walaupun tugas kerani lebih kepada urusan fail, tapi saya beri peluang untuk dia draf surat dan memo pejabat. Kakitangan yang ada kelulusan/ capability tinggi, saya bagi peluang untuk sediakan minit mesyuarat dan siapkan laporan. Jadi, mereka akan rasa seronok bila dapat siapkan kerja yang mencabar. Even, bila mereka datang mengadu ada masalah, saya akan tanya balik, “So awak rasa apa yang patut dibuat untuk selesaikan masalah ni?” Bagi peluang mereka tonjolkan potensi dan selesaikan masalah sendiri.

4. Wujudkan suasana pejabat yang menyeronokkan. Subscribe Njoi, letak TV, Playstation dan meja pingpong di pejabat tapi dalam bilik yang berkunci. Buka hanya lepas waktu kerja. Celebrate birthday anak buah tiap bulan. Bila selalu sangat meeting kat office, saya belanja dan ajak anak buah untuk meeting di Starbucks atau kafe berdekatan pula. Sekali sekala kita perlukan suasana berbeza untuk hilangkan bosan bekerja.

5. Appreciate in public but confront in private. Bagi kredit, recognize their achievement, sebut nama mereka dalam meeting kalau kerja sempurna, jangan pujian dapat kat kita sorang je. Dalam masa sama, ambil tanggungjawab kalau anak buah dipersalahkan orang atasan, defend mereka, jangan kita pula salahkan mereka juga. Tapi balik nanti, panggil la masuk pejabat dan tegur secara baik. Biasa kalau dah tegur, marah pun tak jalan, guna je reverse psychology. So saya akan guna ayat, “Saya rasa nak bagi Anugerah Khidmat Cemerlang kat awak tahun ni. Tapi awak kena la buat kerja laju sikit. Boleh tak?” Biasanya berhasil cara ni.

6. Dan untuk anak buah yang rasa tertindas dengan ketua, tak salah untuk kita tegur ketua kita. Tegur secara baik dengan rasa hormat. Macam saya cerita di awal tadi, saya juga ada masalah ketua yang lepas tangan (masa memula dulu tapi sekarang dah okay). Apa yang saya buat, bila ketua minta saya wakilkan dia pergi meeting, saya bagi option untuk dia siapkan kerja saya yang pending, dan biasanya dia mengalah dan pilih untuk hadir meeting tu. Selain mendidik anak buah, kita juga boleh mendidik ketua pelan-pelan, libatkan dalam decision making, lama-lama dia cuba ambil tanggungjawab sepenuhnya.

Walaupun begitu, tak semua cara ni boleh apply kat semua tempat. Kena sesuaikan ikut kebijaksanaan ketua dan keperluan kerja. Belajar facilitation skills, negotiation skills dan paling penting, leadership skills. Kesan daripada apa yang saya buat selama lima tahun ni, anak buah happy untuk buat kerja, malah tak pernah berkira bila kena kerja lebih sampai hujung minggu. Sebabkan kita busy, kadang mereka yang ingatkan kerja-kerja kita. Even ada yang offer diri untuk bantu siapkan kerja-kerja kita. Masalah MIA, MC dan EL pun jarang-jarang ada bila mereka rasa seronok nak datang kerja.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Ketua tu manusia, anak buah pun manusia juga. Kalau kita layan orang baik, orang pun akan layan kita baik. Banyakkan berdoa pada Allah untuk permudahkan urusan anak buah kita, urusan kita, dan saya harap semua yang baca ni juga boleh doakan semoga semua penjawat awam dipermudahkan urusan dan ikhlas dalam bekerja. Untuk semua anak buah kat pejabat yang saya sayang, terima kasih mewarnai hari-hari saya dengan karenah awak semua.

– Cik N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tipu Daya Dunia

PengakuanKu

Assalamualaikum & salam sejahtera buat warga pembaca.. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan coretan yang tidak seberapa ini.. Saya lelaki, berusia 30 tahun.. Kisah ini berkisar tentang pengalaman hidup.. Saya merupakan anak sulung daripada 9 orang beradik.. Ayah bekerja kampung sahaja manakala ibu seorang suri rumah sepenuh masa.. Para pembaca boleh bayangkan la betapa besarnya tanggungjawab seorang anak sulung yang mempunyai 9 orang adik beradik kan..

Saya & adik yang lain dibesarkan dengan baik oleh orang tua.. Diberi didikan di sekolah, tidak lupa juga didikan islam seperti dihantar mengaji Al-Quran & sebagainya.. Budaya biasa apabila dibesarkan dalam suasana kampung, akan disuruh untuk mengaji Al-Quran selepas maghrib.. Itu waktu kecil dahulu la.. Masuk sekolah menengah, saya dihantar oleh orang tua ke SMKA.. Tinggallah saya di asrama selama 5 tahun iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.. SMKA, memang sangat ditekankan perkara asas sebagai muslim iaitu solat berjemaah, mengaji Al-quran & sebagainya.. Alhamdulillah..

Tetapi biasala jiwa remaja.. Mesti ada perangai nakal dia.. Ponteng solat jemaah, ponteng prep, hehe.. Tetapi walaupun ponteng, tidak la sampai ke pengetahuan orang tua.. Ponteng jemaah, bukan bermaksud tidak solat tetapi solat sendiri dalam dorm.. Prestasi dalam akademik di sekolah menengah, tidak memberansangkan.. Pencapaian dalam PMR & SPM tidak begitu baik.. Dalam akademik, tidak banyak perkara manis yang boleh dikenangkan tetapi dari segi pengalaman seperti berkawan memang meninggalkan pengalaman yang sangat manis..

Saya memilih untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6.. Kiranya saya berazam untuk masuk ke universiti walau dengan apa cara sekalipun.. Tahajud semua saya buat & alhamdulillah saya dapat ke universiti dengan kos pendidikan.. Kos pendidikan adalah kos yang sangat diidamkan la oleh calon STPM.. Dengan kata lainnya, kos yang rare, hehe.. Belajarla saya dalam kos pendidikan.. Rupa-rupanya, menjadi seorang guru ni bukannya indah pun.. Apabila kita belajar dalam bidang tersebut, barulah kita dapat rasa bagaimana tugas seorang guru ni.. Menghasilkan produk iaitu manusia yang seimbang ini bukannya semudah seperti sebuah kilang yang menghasilkan produk makanan..

Disinilah bermula konflik dalam perjalanan hidup saya.. Saya turun naik pejabat, berjumpa dengan orang ini orang itu untuk tukar kos tapi akhirnya saya kecewa.. Saya tidak dapat tukar kos.. Dari kos pendidikan ke kos bukan pendidikan, senang sahaja untuk tukar tapi saya pula berasa sayang.. Tu sebab saya usaha untuk tukar kos pendidikan juga tapi major lain.. Malangnya, tidak dapat.. Waktu ini saya down.. Kawan-kawan satu kos mula memandang saya ini sebagai seorang yang bermasaalah.. Mereka mula menjauhkan diri.. Waktu ini saya mula kenal siapa kawan yang sebenarnya..

Nak pulang ke kampung dengan tidak habis belajar begini, apa pula orang tua kata.. Jadi, saya usaha juga walaupn extend beberapa sem.. Waktu ini juga adalah waktu yang sangat mencabar bagi saya.. Belajar dengan tiada sokongan pinjaman, nak harapkan orang tua bukannya mereka ada wang.. Jadi, ada masa lapang saya kerja part time sebagai housekeeping kat sebuah hotel.. Saya dapat habiskan pengajian saya tetapi saya tidak mahu jadi guru.. Sekarang saya bekerja di negeri kelahiran.. Walaupn bukan bergelar seorang guru, saya dapat bekerja tetap.. Walaupun kerja saya bukan sebagai kakitangan kerajaan tetapi kerja saya halal.. Tidak menyusahkan orang tua & mampu untuk menyimpan 400 hingga 500 sebulan.. Waktu kerja saya pun office hours..

Sebenarnya, saya selesa hidup bujang.. Tetapi lumrah kehidupan, kita merancang, Allah juga sebaik baik perancang.. Sekarang saya telah menjadi tunangan orang & tidak lama lagi akan bergelar suami.. Pada awalnya saya pun tidak faham kenapa secepat ini proses tersebut.. Dikala saya selesa bujang, datang perkara begini dalam hidup.. Saya memikirkan perkahwinan bukan sesuatu yang senang.. Awal-awal dulu, memberontak juga sendiri..

Tetapi saya selalu positifkan diri dengan menanamkan dalam diri ini adalah perancangan yang terbaik dari Allah.. Dan saya harus ingat, dunia ini bukan untuk bersenang senang.. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar hambanya terlalu selesa dengan dunia.. Dunia ini sebagai persinggahan untuk beramal & akhirat sebagai tempat berehat serta menuai hasil.. Ya, tidak dapat dinafikan tipu daya dunia ini sangat hebat.. Orang berkereta baharu, kita mahu berkereta baharu.. Kalau bujang, mungkin dapat buat begitu.. Kalau dah kahwin, kena fikirla yang lebih utama.. Itu sebab saya selesa hidup bujang, hehe..

Moral of the story, sesiapa yang menolak untuk berkahwin kerana takut menjejaskan keselesaan anda ketika bujang, fikirkanla dengan sebaiknya.. Hidup ini bukan tempat untuk selesa dan berkahwin adalah sunnah terbesar.. Berpenat-penatlah di dunia, mudah-mudahan kita dapat keselesaan di akhirat.. Sesungguhnya sekecil-kecil amalan kita di dunia, nescaya akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.. Tepuk dada, tanya diri.. Semoga kita semua dirahmati & diredhai oleh Allah S. W. T..

– Manusia Puteh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 3 September 2018

Kasih Mak Ayah

PengakuanKu

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Syukur pada Allah tahun ini aku terpilih untuk menjadi tetamu Allah dengan cara yang tidak dijangka dan salah satu sebab kenapa Allah pilih aku adalah restu dari mak dan ayah aku, ya aku yakin dan tersangat yakin,kenapa??nanti aku cerita kenapa dan mengapa. Untuk pegetahuan korang umur ak muda lagi awal 20an xleh bg tau terus sebab kawan aku ramai yang suka baca confession iium ni,nanti kantoi..haha

Dalam kehidupan kita ini Allah telah janjikan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya cepat atau lambat sahaja yang penting kita sebagai hamba kena yakin,macam aku nak kata aku ni seorang hamba yang baik atau seorang anak yang baik memang tak tapi setiap hari aku cuba menjadi ke arah itu, Sebagai anak setiap hari aku fikir macam mana nak bahagiakan mak dan ayah aku sementara dorang masih lagi bernafas lagi dan ketakutan fikir bila dorang tiada lagi adalah sesuatu yang aku takuti dan aku sentiasa doa semoga Allah panjangkan umur mereka dan beri aku peluang untuk bahagia kan mereka selagi aku terdaya dan beri aku kekuatan bila masa itu tiba..aaminn.

Korang mesti pernah dengar kan restu ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa?bagi aku restu itu bukan hanya bila kau nak buat sesuatu kau baru bagi tahu mak kau atau ayah kau doakan,iya itu salah satu punca tetapi bagi aku tidak! Kalau kau nak sesuatu kau kena letak darjat mereka selepas tuhan yang kau sembah dan rasulnya,dari aku mula merasa alam perkerjaan aku sentiasa fikir dan dahulukan mak dan ayah aku waima makan atau membeli belah aku akan fikir,eh mak dengan ayah makan apa ya dekat kampung, eh kalau ak beli ini ok ke atau mahal sangat sebab mak dan ayah belum beli apa apa lagi tidak apalah beli mak dan ayah punya dulu…Semua benda aku akan fikir mak dan ayah mak dan ayah. Kalau boleh aku akan fikir dia orang dahulu.

Haji.

Korang tanya sesiapa pun ummat islam dalam dunia ini hajat dia orang mesti nak naik haji atau naik umrah, dan aku salah sorang daripadanya dari dulu aku doa pada Allah,semoga beri aku rezeki yang banyak supaya aku dapat hantar mak dan ayah aku tunaikan hajat naik haji atau umrah dan aku tidak sanggka aku jamputan aku lagi cepat dari mak dan ayah aku, sedih campur gembira dan korang bayang kan perasaan sedih aku macam mana, pagi sebelum aku berangkat ke tanah suci aku meraung sakan dalam dakapan mak dan ayah aku aku cakap “mak ayah halalkan setiap titik susu rezeki yang orang makan,mintak maaf kalau ada kata kata yang selama orang hidup buat mak dan ayah terguris hati dan maaf mak dan ayah sebab orang pegi makkah dahulu dari mak dan ayah” mereka kata apa korang tahu?anak mak dan ayah tiada dosa kalau ada pun mak dan ayah sentiasa maafkan dan jangan cakap macam itu Allah dah takdirkan macam itu mak dan ayah bangga dengan kejayaan kamu. Lama wei aku peluk mak dan ayah aku sambil meraung sampaikan mak aku cakap dah lah tu karang terlepas flight pulak…hehe

Aku buat confession ni bukan apa,sebab aku nak kongsi rahsia aku dan aku nak setiap orang yang masih ada mak dan ayah buat sehabis baik untuk gembirakan mereka dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan restu dan doa mereka memang betul doa mak dan ayah itu tiada hijab dan makbul cepat. Buat yang sudah tiada mak dan ayah jangan lupa doakan mereka dan jangan sedih sebab tiada mak dan ayah didunia ni waima mereka dah tiada mampu melihat anak anak mereka sedih. Al-Fatihah

Banyak sebenarnya kisah kisah ajaib yang terjadi sebab doa restu mak dan ayah aku nak cerita tapi cukuplah sikit aku bagi sebab panjang panjang sangat korang suruh aku lukis pulak nanti..haha

Sekian terima kasih

Moya

– Moya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cahaya Yang Berteraburan

PengakuanKu

Assalamualaikum. Dah lama aku nak confess di sini. Tapi takut kalau ada yang mengecam kalau apa yang aku tulis tak betul. Tapi takpelah. Aku akan redha dengan apa jua hasilnya nanti. Hahaha.

Confession ni tak panjang sangat. Cuma nak bercerita tentang apa yang pernah terjadi pada aku dan mungkin boleh ambil pengajaran. Macam mana cantiknya Allah aturkan setiap perkara yang terjadi. Maaf kalau bahasa beterabur. Hehe.

Masa kecik dulu, aku pernah nak jadi lelaki sebab aku bosan dengan jantina aku. Aku kasar, suka hiphop. Suka bboy. Suka rap. Kalau ada borang nak kena isi, bahagian jantina tu aku akan letak tomboy. Hahaha. Lepas kena marah baru aku ubah balik tulis perempuan. Lama-lama aku cuba berfikir yang apa yang aku fikirkan tu salah.

Dah boleh terima diri perempuan. Tapi rasa bosan dengan Islam pulak (Astaghfirullah…. Yang ni tak tau nak cakap macam mana rasa bersalah taip benda ni ). Sebab bagi aku waktu tu, Islam banyak sangat peraturan nak kena ikut. Pakai tudung pun terpaksa. Memang tak ada sape paksa (tapi family selalu menggalakkan dengan cara berhemah dan hikmah. Tapi tak paksa marah-marah. Tak pernah). Dengan cara didikan macamtu, aku terfikir untuk pakai tudung. Bukan kerana Allah. Tapi takut ayah berdosa sebab anak dia tak pakai tudung. Lagi satu malu dengan diri sendiri sebab adik beradik perempuan lain semuanya bertudung.

Lepas dah pakai tudung, aurat aku tak jaga lagi. Dah lama-lama tu tiba-tiba aku ada masalah kulit yang buatkan aku terpaksa cari sarung lengan. Tutup lengan bukan kerana Allah, tapi sebab malu dengan kulit nanti orang ejek-ejek sebab tak cantik. Tapi orang tak pernah cakap apa pun. Aku je yang fikir bukan-bukan. Tapi on off aku pakai. Masa kulit dah okay, aku bukak je.

Ditakdirkan dah sekolah menenagh tu ada seorang kawan ni datang mintak pendapat aku pasal dia nak tutup aurat. Jahatnya aku depan dia aku sokong betul, belakang dia aku bercerita dengan kawan lain. Dan dia terdengar, nampak muka dia sedih sebab dia percaya aku, tapi aku gelakkan dia dekat belakang. Hanya kerana dia nak tutup aurat dengan sempurna! Jahat kan aku? Tapi dia tetap buat, nekad dia nak tutup aurat. Dan aku pun istoqamah pakai sarung lengan balik. Bukan kerana Allah, tapi sebab nak ikut dia.

Dah pakai tudung, sarung lengan.. Aku mula pakai stoking dan tudung labuh sebab ikut kakak aku. Masa ni pakai sebelum masuk U. Pakai tudung labuh tu pun sebenarnya bukan kerana Allah. Tapi sebab aku gemuk. Malu orang tengok badan sado sangat. Hahaha.

Bila dah pakai pakaian yang macamtu..aku tak tau lah, macam ada satu sinar yang entah dari mana datang. Aku rasa macam tengah baring dalam satu padang rumput yang luas dan cantik ditrim, ada burung yang beterbangan.. Angin yang sejuk dan nyaman. Matahari terang tak menyakitkan. Bunga bunga di kiri dan kanan berwarna warni. Masha Allah. Cantik. Indah. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Dan aku rasa, betapa seronoknya menjadi seorang Islam. Aku bangga dilahirkan Islam! Aku nak teruskan pakai apa yang pakai sekarang ni kerana Allah. Bukan kerana manusia atau benda dah.

Tapi aku pelik. Sebenarnya yang terjadi pada aku ni Allah nak bagi hidayah ke? Allah nak aku berubah? Tapi kenapa perubahan tu macam senang je. Takde ujian macam orang lain pun. Aku tanya Allah kenapa aku takde ujian nak berubah. Selalu aku doa tanya benda tu. Sebab aku pelik.

Dan lebih setahun kemudian… Aku dapat tawaran masuk U. You know, masuk U jumpa orang yang tak dikenali. Bila orang nampak aku dengan pakaian macamtu, orang akan fikir apa? ‘Alim budak ni’. Kan? Dan masa ni lah, aku boleh kata menyesal berdoa mintak Allah bagi ujian dulu. Kesakitan tu aku baru rasa.

Jeng jeng jeng… Aku nak sambung, panjang lagi. Tapi aku akan buat part 2 kalau ada yang sudi nak baca. Kalau takde yang request, berhenti di sini je lah. Hihi.

Yang penting, jangan takut berubah. Dan kalau nak berubah, jangan drastik sangat. Dari free hair tiba-tiba terus nak berpurdah. Dah kenal orang macamni. Tiba-tiba je perangai dia jadi pelik lebih dari zaman dia free hair dulu. So buat pelan-pelan, niatkan kerana Allah. InshaAllah rahmat dan berkat milik kita. Terima kasih sudi baca..

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenapa Cemburu Dengan Orang Yang Suka Travel?

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni, benda-benda trending are very powerful. Hijabista, baking, running, hiking, and travelling adalah antara hot topics untuk dipapar kat media sosial. So now aku nak fokus pada travelling.

Kawan aku selalu jalan overseas. Ni ayat2 famous bila dia up gambar berjalan kat socmed dia:

“Kaya lah ko ni”

“Aik jalan lagi??”

“Eeee tak ajak pun!”

“Weh berapa byk cuti ko setahun?”

Sampai naik menyampah la kawan aku ni. Aku suruh dia meroyan buat confession tapi dia malas and segan. So marilah aku tolong meroyan untuk dia. Harap2 dia belanjalah aku makan pasni. Ok sila baca pencerahan aku tentang semua isu yang berlegar dalam kepala uols tentang konsep hidup travellers ni:

1) “Kaya lah ko ni”

1st sekali, terima kasih atas doa kalian. Doa macam ni kena aminkan banyak kali. Tapi hakikatnya, income kawan aku ni biasa aje. Macam korang jugak. Level eksekutif. Age 31. Gaji kasar around 5k.

Sebelum ni memang lagi galak dia jalan oversea. Masa tu belum beli rumah apartment yg dia dok sekarang. So macam cannot brainlah bila org yang beli rumah utk pelaburan ni fefeeling pelik bila kawan aku dpt travel. Eh come on, ko yang pilih nak menyesakkan poket skrg utk kesenangan di masa depan, memanglah ko tak dpt travel. You choose for passive income from ur houses, then plis accept that u need to be passive in travelling world.

Satu lagi, kawan aku ni bujang. So terima jelah hakikat yang dia belum ada tanggungan anak. Just bagi duit kat parents and belanja siblings. Korang yang dah beranak pinak sila jangan kagum sgt dia pergi berjalan. Your time will come bila anak2 you dah besar sikit. Maybe. So plis jaga kesihatan supaya dpt melancong di usia yang tak berapa muda kelak.

KAWAN AKU BUKAN LEBIH KAYA DARI KORANG, KAWAN AKU CUMA TIDAK BERMINAT UNTUK BELI HARTANAH SEBAGAI PELABURAN DI MASA DEPAN. DIA TIDAK BAHAGIA DENGAN CARA ITU. DIA MEMILIH UNTUK BELI RUMAH SEKADAR UNTUK DIA TINGGAL. DIA MEMILIH UNTUK NIKMATI HIDUP DENGAN MELIHAT DUNIA SEKARANG. DIA JUGA TIADA ANAK YANG PERLU DIBAYAR SUSU, PAMPERS, TASKA, BLA BLA BLA. ASET KAWAN AKU DALAM BENTUK PENGALAMAN LIHAT DUNIA. ASET KORANG PULA DALAM BENTUK ANAK, SUAMI, ISTERI & PELABURAN2 KORANG. I BELIEVE ALLAH IS BEING FAIR IS IT? :)

2) “Aik jalan lagi??”

Boleh tak jawab mcm ni…”Kenapa tak boleh? Saya ada mintak duit awak ke?” Ish2. Korang yang memilih untuk menumpukan perhatian pada urusan seharian ko tanpa rehat, then plis dont expect kawan aku ni macam korang.

3) “Eeee tak ajak pun!”

Soalan ni paling pelik. Haha. Saja korang nak berbasa basi tu kot.

4) “Weh berapa byk cuti ko setahun?”

Kawan aku bukan jenis berkira cuti. Ada masa dia EL, ada masa cuti rehat. Raya pun cuti juga. Bila travel, amik cuti few days juga. So baki cuti dia at any point of time mcm lebih sikit je dari ibu2 berkerjaya. Aku taulah sebab dia bgtau aku baki cuti dia. Cam tak jauh beza dengan aku yg ada anak ni. It is about passion. Dia tak kisah baki cuti dia ciput hujung tahun, so dia pun pergila berjalan……

Last but not least, pilihlah kebahagiaan dengan cara kita sendiri. Ok guys, all the best! Sorry if harsh words but am telling you the hard truth. (Reality sucks…hmmmm).

– A traveller’s friend

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Menjadi Anak Yang Baik

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca iiumc. Ini hanyalah Coretan hati tisu.

Terima kasih admin sekiranya approve.

Sekarang saya tinggal bertiga dengan ibubapa saya setelah sekian lama merantau menuntut ilmu. Saya bersyukur & gembira dapat berada dekat dengan mereka yang semakin berusia. Saya gembira dapat dengar ibubapa saya ketawa, dapat teman berbual dengan mereka.

Namun dalam usaha utk berbakti saya takut saya jugalah orang yang mengguris hati mereka. Ia terjadi hari ini setelah lebih sebulan saya berada di rumah. Sebab saya hot tempered. Dan saya sedang lapar? Dan PMS juga barangkali.

Hari ni dua kali bapa saya gurau tuduh saya mencuri. Kejadian pertama bila saya bawa balik makanan kemudian bapa tegur, “Kenapa beli, dah dapat gaji ke?” Saya jawab “belum. terjumpa duit.”

Bapa, “Tak baik, ambik duit sape tu? Jumpa duit kenapa ambik?”

Saya, “Jumpa dlm beg sendiri la”

Waktu tu saya anggap bapa bergurau.

Tapi dalam masa yg sama rasa seperti , bapa tak kenal ke anak bapa ni, sanggup cakap saya mencuri.

Dan malam ni saya bawa balik barang yang saya rosakkan di tempat kerja. Ibu saya tahu saya rosakkan, saya akan bayar dan bawa balik rumah. Sekali lagi Bapa, “Tak baik rosak, bawa balik rumah, tak bagi tahu boss”

Ibu saya sedang jelaskan yang saya ganti rugi, mungkin sebab ibu juga x dapat tangkap bapa sedang “bergurau”.

Saya rasa panas hati lalu sambil berjalan pergi dengan suara sedikit tinggi, “Bapa dari tadi lagi tuduh² saya mencuri, anak bapa, M tu betul² mencuri duit bapa tak nak tegur pulak”

Ya M pernah ambil duit bapa dgn jumlah yang banyak tp bapa diamkan (saya sgt geram dengan kes ni)

Dan selepas itu bapa senyap. Saya diam. Ibu x nak ulas apa², ibu tahu saya cepat marah (tapi jarang la nak marah² ibubapa).

Sekarang saya terkilan sebab saya dah tertinggikan suara kat bapa. Susahnya nak jadi anak yang baik. Saya harap esok semuanya kembali okay.

Maaf confession ini bukan menarik pun

Doakan saya jadi lebih penyabar & solehah

– Glo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kisah Aku Menjadi Isteri Selama 3 Bulan II

PengakuanKu

Hari ni aku nak sambung dan share pengakhiran kisah “aku menjadi isteri selama tiga bulan” supaya kisah ini, hikmah dan pengajarannya dapat aku kongsikan buat semua. Episod kedua dan terakhir. Kisah ini bukan rekaan novel tapi inilah yang telah aku lalui dan hingga ke hari ini aku masih tak mampu nak hadam dengan apa yang berlaku tapi aku cuba mengutip hikmah-hikmah yang terdapat dalam ujian ini dengan banyak bemuhasabah.

Selepas kes dia Berjumpa ayah dan ibu aku hari tu,dia mesej aku dan minta maaf sebab dia terpaksa buat keputusan itu. Masa itu, aku memang sangat marah,aku tak boleh terima dengan apa yang dia buat. Aku adalah seorang anak sulung daripada 10 orang adik beradik, jadi aku sangat berdikari dalam banyak hal,aku jenis kalau ada apa-apa masalah memang aku tak kan cari family aku dulu. Aku akan cuba usaha untuk selesaikan sebab aku tak suka kalau ibu dan ayah aku bimbang tentang aku. Sebolehnya kalau ada kawan aku akan cari kawan dulu. Kebimbangan ibu bapa ni lebih besar dari kebimbangan seoran Kawan. Manakala dia pula anak bongsu, prinsip dia berbeza dengan aku. Dan disebabkan dia jumpa ayah aku hari tu,aku rasa sangat tertekan bila dia down kan aku depan ibu dan ayah aku. Sampai ke hari ini aku tak boleh lupa muka kecewa ibu aku. Ibu aku bagi tahu aku lepas tu, jantung ibu macam nak tercabut bila dengar dia cakap yang dia dah tidak ada apa-apa perasaan terhadap aku. Dan esoknya darah tinggi ibu aku naik.

Isnin tu aku pergi kerja macam biasa, waktu rehat tu aku jumpa seorang ustaz bahagian kaunsling keluarga dan aku ceritakan apa yang berlaku. Aku tanya tentang hak dan prosuder bila ke mahkamah nanti. Ust tu sangat terkejut atas apa yang berlaku, ust tu kenal aku dan suamiku. Ust tu cakap pada aku, “inai kat tangan pun tak hilang lagi,kenapa dah jadi macam ni.” Aku menangis dan aku cakap ini bukan kehendak aku tapi kehendak suamiku. Seminggu lepas itu, ust jumpa suami aku dan masa itu dia cakap dengan ust yang dia tak jadi ceraikan aku. Tapi lepas dia balik dari jumpa ust tu dia call aku dan marah aku sebab aku mengadu pada ust, waktu tu dah masuk bulan puasa dan kami masih duduk berasingan. Dia tak benarkan aku balik rumah dia tapi aku masih kena minta izin untuk pergi kemana-mana. Ust juga minta kami datang berdua untuk selesaikan masalah rumah tangga kami minggu depan.

Minggu depan aku datang jumpa ust dan isterinya di rumah ust tersebut. Beberapa minit lepas aku sampai suamiku pun datang dengan keretanya. Kami masuk dan ust memulakan bicaranya. Waktu tu aku sangat-sangat harap yang aku akan berbaik dengannya selepas ini. Aku berjanji dengan diriku untuk melakukan yang terbaik dalam rumah tangga aku dan dia. Ust memberitahu tentang tujuannya memanggil kami dan ingin kami berbincang dan berbaik semula. Ust minta suami aku bagi tahu apa yang dia tidak suka tentang aku. Dia cakap pada ust yang aku tidak pernah bersama dengannya, dia juga cakap aku degil dan suka berkeras dengannya.

Dan aku mengakui atas tuduhannya itu. Ya,aku selalu melawan bila apa yang dia cakap tentang aku bila di dalam wassup, aku akan marah dan berkeras tapi cuma kerana aku tertekan sebab aku tak diizinkan untuk balik berjumpa dengannya. Kadang-kadang aku cari punca untuk bergaduh supaya dia akan rasa marah dan balas wassup aku setelah sekian lama dia tidak membalas wassup aku. Tapi bila berhadapan dengannya aku tidak pernah meninggikan suara sebab aku memang tak berani dan masih kelu bila berhadapan dengannya. Bila giliran aku diminta oleh ust untuk memberitahu apa yang aku tidak puas hati dengannya, aku mulanya terkelu sebab dia ada dihadapanku. Tapi setelah dipaksa oleh ust,aku hanya cakap yang aku ingin masanya bersama dengan aku seperti minggu pertama dan kedua berkahwin. Aku ingin duduk dengan dia dan tidak kisah jika aku berulang alik setiap hari.

Tapi dia memberitahu bahawa dia tidak izinkan kerana risaukan tentang aku jika aku ingin berulang alik dan dia meminta aku memahami kesibukannya dalam kerjayanya. Selepas itu ust minta aku bersalam dengannya dan ust memberi kami waktu berdua untuk menyelesaikan masalah kami. Waktu itu aku mengatakan bahawa aku tidak mahu berpisah dengannya sambil memegang tangannya. Tapi dia mengatakan padaku bahawa dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah denganku. Aku menangis sekuat hati dan kali ini dia tidak memujukku seperti sewaktu aku menangis dalam perjalanan balik dari kampungnya dulu. Dia hanya membiarkan sahaja aku merayunya dan lantas aku menundukkan lutut ku ke lantai dan memeluk kakinya yang sedang duduk di atas kerusi. Dia memarahi aku dan meminta untuk aku bangun. Aku tidak tahu bagaimana lagi untuk merayu kepadanya dan pertemuan itu tidak menyelesaikan masalah kami kerana dia tetap dengan keputusannya.

Selepas dia balik aku masih di rumah ust,isterinya meminta aku berbuka puasa dirumahnya kerana bimbang untuk aku pulang dalam keadaan aku yang tidak boleh berhenti menangis. Aku berbuka bersama ust dan keluarganya dan aku hanya minum air dan memaksa diriku untuk makan sedikit sahaja kerana perutku tidak merasa lapar seperti aku berpuasa. Ust memberitahu aku bahawa dia akan berusaha membawa suamiku berubat kerana dia juga sangat pelik dengan tindakan suamiku. Selepas itu ust meminta untuk aku tidak bersetuju untuk bercerai dimahkamah nanti supaya mahkamah memberi kami waktu dan menunda penceraian kami kerana aku dan ust merancang untuk kami pergi berubat terlebih dahulu.

Suatu hari suami aku call aku yang sedang bekerja, dia meminta aku ke mahkamah petang itu kerana dia ingin menceraikan aku hari itu juga. Dia berkata kepadaku yang hari ini ada hakim di ahkamah dan dia meminta tolong rakannya yang bekerja di mahkamah untuk membantunya. Aku berasa takut dan tidak bersedia,aku ingin terus berubat kerana takut-takut kami terkena sihir pemisah. Aku tidak mengangkat talifon dan aku block wassup dan nombornya agar dia tidak boleh menghubungiku. Keesokan harinya dia call aku dipejabat dan bertanya kepadaku mengapa aku melarikan diri dari pergi ke mahkamah?

Aku meletakkan talifon dan aku menghubungi keluarganya dan meminta dia menfailkan dulu penceraian tersebut dan aku akan datang pada hari yang mahkamah berikan nanti. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku dipaksa untuk diceraikan sedangkan masa dia ingin berkahwin denganku berapa kali dia bertanya persetujuanku. Dalam masa yang sama aku berusaha untuk berubat dan berdoa supaya Allah melembutkan hatinya. Macam-macam ust aku jumpa untuk berubat. Macam-macam cara aku lakukan. Setiap ari aku berdoa suapaya allah melembutkan hatinya. Setiap malam aku bangun dan melakukan solat taubat dan hajat kerana waktu itu aku sedar,hanya Allah sahaja tempat aku bergantung. Aku tidak mahu kehilangan suamiku. Aku sangat-sangat mencintai dan merindukannya.

Tiba di mahkamah pada hari yang ditetapkan, aku datang bersama adikku di mahkamah dan aku masuk di dalam keretanya yang telah diparkingkan di hadapan mahkamah untuk bertemu dengannya sebelum masuk ke dalam mahkamah tersebut. Aku bersalam dengannya dan mencium tangannya, dia lantas mencium kedua-dua belah pipiku dan itu lah kali pertama dia memeluk dan mencium pipiku. Dulu dia pernah menciumku tapi tidak terkena pipiku. Kini aku dapat merasakan bibirnya terkena pipiku dan air mataku mengalir tanpa aku sedari. Dia lantas bergegas keluar dari kereta dan aku cepat-cepat mengelap air mataku dan mengikutinya masuk. Apabila sampai dihadapan pendaftar dia memberikan semua dokumen yang diperlukan. Aku lihat dia menulis di surat mahkamah tersebut bahawa dia ingin bercerai denganku atas alasan ‘tidak serasi’ . Sebelum penfaftar bertanya persetujuanku untuk berpisah,aku menarik tudungku kedepan supaya aku tidak melihatnya yang berada di tepiku. Lalu aku mengatakan bahawa aku tidak bersetuju berpisah dengannya. Aku tahu dia sangat terkejut kerana sebelum itu aku telah berjanji untuk bersetuju di atas penceraian ini agar semuanya jadi mudah. Kemudian pendaftar bertanya kepadaku mengapa aku tidak bersetuju? Aku mengatakan bahawa perkahwinan aku dengannya baru hampir dua bulan dan aku pernah duduk tiga kali sahaja dengannya sepanjang berkahwin,jadi ia agak mustahil untuk serasi dalam tempoh itu,sedangkan orang yang bertahun-tahun berkahwin pun masih cuba untuk serasi. Pendaftar meminta kami mencari tarikh lain dan memberi kami masa sebulan untuk hadir semula jika kami ingin berpisah juga. Aku memilih 16 julai 2018 kerana tarikh itu adalah tarikh selepas raya dan aku ingin beraya bersamanya.

Selepas keluar dari pintu mahkamah,aku mengikutinya masuk ke dalam kereta dan mukanya sangat ketat tapi aku memberanikan diri untuk berhadapan dengannya dan meminta maaf dengannya atas keputusan yang aku lakukan tadi adalah diluar keinginannya. Dia memarahi aku dan meninggikan suara terhadap ku. Katanya aku mungkir janji kepadanya dan dia mengatakan bahawa dalam tempoh sebulan tersebut aku tidak boleh menuntut untuk bertemu dengannya, aku tidak dibenarkan untuk beraya dengannya dan menuntut apa-apa hak pun kerana aku yang berdegil untuk meneruskan perkahwinan ini. Dia juga mengatakan kepadaku andai ke mahkamah akan datang, jika aku tidak bersetuju lagi, dia akan menceraikan aku diluar mahkamah. Aku tidak membalas dan aku hanya diam. Aku tahu jika dia menceraikan aku diluar mahkamah,dia akan di denda oleh mahkamah dan aku tidak sanggup jika semua itu terjadi kepadanya.

Selepas balik dari mahkamah,aku dapat berita daripada rakanku bahawa dia telah ditukar daerah bekerja dan tempat yang dia ditukarkan tidak jauh dari tempat kerjaku. Aku merasa sangat gembira walaupun aku tahu aku tidak dibenarkan untuk menuntuk apa-apa hak lebih-lebih lagi untuk duduk bersamanya. Tetapi aku sangat yakin bahawa Allah akan memberi harapan dan memakbulkan doaku suatu hari nanti. Aku tidak bertanya tentang itu terus kepadanya dan dia juga tidak memberitahu aku tentang pertukaran itu kerana rakannya memberitahu aku bahawa dia sangat tertekan atas pertukaran itu kerana dia sangat sayang tempat kerjanya dan rumah sewanya itu agak jauh dalam satu jam lebih untuk ke tempat kerja barunya.

Selepas pulang dari mahkamah hari itu, aku berjanji untuk tidak marah-marah lagi jika dia tidak menghubungi aku. Tetapi aku tetap menghantar pesanan ringkas wassup kepadanya. Aku memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ kerana sebelum ini aku tidak berani dan agak malu untuk memanggilnya dengan panggilan itu kerana aku masih belum biasa lagi walaupun dia pernah meminta aku memanggilnya ‘abang’ masa hari kedua perkahwinan kami.

Aku menghantarnya pesanan ringkas wassup dan jika dia tidak membalasnya aku hanya diam dan tidak memarahinya. Pada waktu itu aku tahu bahawa dia juga sangat tertekan kerana pemindahannya. Aku memberi kata-kata semangat kepadanya kerana dia pernah mengatakan rasa bimbangnya kepadaku bahawa dia takut berhadapan dengan orang baru jika ia ditukarkan dan aku sering mengatakan kepadanya “abang kan lelaki yang kuat bekerja dan orang yang hebat, benih yang baik campaklah ia ke penjuru manapun… akan tumbuh menjadi sesuatu yang berguna juga.

Sebelum raya aku membuatkan dia biskut raya, aku membuatkannya kad raya dari tanganku sendiri. Aku letak gambar perkahwinan kami dalam kad tersebut dan ucapan-ucapan cinta untuknya. Sebelum dia pulang ke kampung untuk beraya,aku sempat membelikannya sepasang baju melayu di jakel bersama samping. Sebenarnya selepas berkahwin, dia ada memberi aku duit nafkah dan aku menyimpannya untuk membeli baju raya bersama dan kami memilih warna royal blue pada tahun ini sepatutnya. Aku menulis sebaris terjemahan ayat al quran di atas kad yang aku letak di kotak baju jakel tersebut,

“…..mereka (isteri kalian) adalah pakaian bagi kalian, dan kalian adalah pakaian bagi mereka (isteri kalian)……

-al- Baqarah ayat 187-

(Terima kasih sebab selama ni abang menjadi pakaian yang menutup aurat dan aib saya,menutupi kekurangan saya sehingga menjadikan saya seorang wanita yang sempurna )

Tahun itu aku tidak ada mood untuk beli baju raya, aku hanya beli baju raya untuknya sahaja dan ku kirimkan melalui jirannya. Apabila dia menerima hadiah dan kad tersebut dia sangat marah kepadaku kerana membazirkan duit membelikannya pakaian itu tetapi selepas itu aku memujuknya dan dia mengucapkan terima kasih dan menerima pemberianku.

Aku sangat gembira. Aku juga memberitahunya bahawa aku telah menyewa rumah seorang diri kerana tuan rumah sewaku ingin menjual rumahnya. Tetapi sebenarnya aku sengaja mencari rumah yang tidak jauh dari tempat kerja barunya dan tidak jauh juga dari tempat kerjaku kerana aku tahu jika dia berulang dari rumah sewanya memerlukan belanja yang banyak dan gajinya juga telah banyak dipotong kerana rumah yang telah dibelinya sebelum kami kahwin diluluskan oleh bank tetapi masih tidak dapat tinggal dirumah tersebut disebabkan banyak benda yang perlu diperbaiki. Sewaktu itu dia mengalami masalah kewangan dan hanya bulan pertama kahwin sahaja dia memberikan aku wang sebagai nafkah, selepas itu aku tidak menerimanya dan aku tidak pernah mengharapkannya kerana mengatahui kesusahannya.

Cuma suatu hari aku terbaca disebuah artikel bahawa jika seorang suami tidak memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya maka ia adalah dosa yang besar dan boleh jatuh talak jika melebihi 3 bulan. Oleh sebab itu,aku cepat-cepat menghantar pesanan ringkas kepada suamiku, “Abang,saya takde duit langsung nak makan, boleh tak saya nak pinjam rm10? “. Selalunya jika aku pinjam bawah rm20 dia tidak akan meminta aku membayarnya balik dan beberapa minit sebelum itu dia membalas wassupku dan mengatakan dia sudah bank in kan rm20 untuk aku. Aku merasa lega dan sebenarnya aku bukan tidak ada duit tapi aku takut jika aku bercerai dengannya kerana alasan ini dan aku tidak mahu berpisah dengannya dan dia menanggung dosa yang besar hanya kerana itu.

“Nanti kalau abang tak de duit nak ulang alik setiap hari,abang tidur lah di rumah saya, saya akan sewa rumah tu nanti,saya duduk sorang je…” aku menghantar wassup kepadanya dan dia membalas mesej ku dengan mengucapkan terima kasih. Aku sangat gembira jika dia membalas mesejku walaupun singkat tapi ia amat bermakna untukku dan mengubah emosiku sepanjang hari. Makin lama dia membalas mesejku dan tidak pernah lagi dalam tempoh sebulan itu dia membicarakan tentang penceraian kami di mahkamah dan kami tidak bergaduh dalam tempoh itu.

Aku selalu menghantar video dan gambar kepadanya dan mengucapkan ucapan cinta dan maaf kepadanya namun beberapa orang dari tempat kerja kami mengatahui tentang keretakan rumah tangga kami dan mengatahui bahawa dia tidak pernah menyentuhku sehingga ramai yang bertanya terus kepadaku tetapi aku berbohong bahawa kami sudah berbaik dan kini tinggal bersama. Mereka mengatakan dia seorang gay dan disebabkan ada beberapa orang yang tidak menyukai hubungan kami dulu, turut merasa seronok untuk mengambil tahu dan melontarkan macam-macam persepsi kepadanya sahaja. Aku merasa kasihan kepadanya dan aku tidak mahu orang lain beranggapan buruk padanya kerana aku juga bersalah dalam hal ini.

Hari sebelum ke mahkamah esoknya,aku bertemu seorang ust dan berubat dengan ust tersebut. Ust juga memberi aku kata-kata semangat dan pada petang itu suamiku menghantar pesanan ringkas kepadaku bahawa dia tetap akan bertemu aku di mahkamah esok. Aku merasa terkejut dan menangis sekuat hati di dalam kereta. Aku tidak keharuan menunggu esoknya lantas dengan berani, malam itu aku memecut laju keretaku ke rumah sewanya. Aku memecut laju dari tempat aku berjumpa ust tersebut dan apabila sampai ke rumahnya aku sendiri tidak tahu kekuatan apa yang telah masuk kedalam diriku dan aku bertekad untuk tidur di rumahnya. Sebelum ini aku merasa sangat takut untuk ke rumahnya.

Aku mengetuk pintu dan dia membukanya. Dia bertanya kepadaku, “awak buat apa malam-malam ni?” aku diam dan tertunduk, aku mencapai tangannya lalu bersalam dengannya dihadapan pintu itu. Dia bertanya lagi, “awak nak masuk rumah ke ambil barang? Masuk la…. aku masih memegang tangannya dan kini aku bersuara. “boleh tak malam ni saya nak duduk sini dan tidur dengan awak?” . Dia memandang lama wajahku dan aku hanya menunggu jawapannya dan tangannya masih tidak aku lepaskan dan aku menggosok-gosok tangannya sambil hatiku melantunkan nama Allah ‘YA LATIF’ berulang kali supaya Allah melembutkan hatinya. “nak buat apa awak tidur sini?, takde apa dah, kalau awak nak tidur sini pun,saya akan tidur kat luar, balasnya lagi.

Aku cuba merayu lagi dan tidak melepaskan tangan itu dari peganganku. “tolong la,saya nak tidur dengan awak, malam ni lastkan saya tidur sini?” aku menggoyangkan sedikit tangannya dan merayu merengek dihadapannya. Dia tidak menjawab terus kali ini. Matanya hanya memandang tepat ke arah aku, mendengar rayuanku dan berapa minit selepas itu dia berkata kepadaku, “ok..bagi saya masa dulu dan awak tunggu di kereta, nanti saya wassup awak, baru masuk”. Aku tersenyum lalu pergi ke arah kereta. Aku mengambil pakaian dan barang-barangku dan aku bisik di dalam hatiku, “ini perjuangan terakhirku dan segalanya aku serah kepada Allah”.

15 minit selepas itu, dia menghantar wassup kepadaku dan meminta aku masuk kerana pintu tidak berkunci. Apabila aku masuk ke rumah itu, aku lihat dia sudah baring dan melelapkan mata tapi selalunya dia tidur tanpa memakai baju tapi kali ini dia memakai baju dan kain pelekat. Aku cepat-cepat mandi dan memakai pakaian tidur yang cantik, baju itu aku pernah tunjuk kepadanya tetapi aku merasa malu untuk memakainya dan baju itu aku simpan dirumahnya. Malam itu, aku buang segala maluku,aku letakkan egoku serendahnya. Aku menghampirinya lalu memeluknya sekuat hati. Aku menciumnya pipi dan dahinya berkali-kali, dan mata itu terpejam mengadapku,aku memandangnya seolah itu bukan kali terakhir aku menatapnya,lalu aku membelai wajah itu,sekian lama aku tidak memandangnya dan hatiku tak henti berbisik, “aku tidak mahu kehilanganmu ,aku ingin terus menjadi milikmu.

Tangannya itu aku genggam kuat, seolah ia tidak akan terlerai selamanya dari genggamanku. Aku tidak pasti sama ada dia sudah tidur atau tidak, apabila ia bergerak memalingkan badanya, aku menariknya semula mengadapku. “Awak, pandanglah sini, aku berkata sambil menarik badannya. Lalu aku memeluknya dan menghilangkan rinduku padanya. Hampir setengah jam selepas itu dia menolak tanganku dan mengugutku untuk dia tidur di luar jika aku mengganggu nya. Dia menolak tanganku dan aku rasa sangat sedih dan terluka. Aku tidak boleh tidur mengenangkan kelakuannya itu apatah lagi mengenangkan nasibku esok. Aku tidak pasti sama ada aku kuat atau tidak mengharungi hari esok. Aku pergi ke tandas dan mengambil wuduk. Aku melakukan solat sunat dan aku menangis sepuasnya dan mengadu segalanya kepada Allah.

Aku menutup pintu bilik dan aku membaca al quran yang berada dalam talifonku sambil aku teresak-esak dan tidak bersuara. Jam 3.00 pagi aku melelapkan mataku di atas katil itu. Jam 5 pagi aku bangun dan lihat dia sedang tidur di ruang tamu. Aku bangun dan tidur disebelahnya sambil memegang tangannya. Jam 6 pagi aku terjaga dan dia berada di atas katil pula lalu aku tidur juga disebelahnya selepas solat subuh. Aku terjaga jam 6.30 pagi dan aku lihat dia sudah bersiap untuk ke mahkamah dan mengangkat barang-barang milikku ke dalam keretanya kerana kami akan pergi bersama. Sementara itu aku juga bersiap kerana aku akan pergi bersamanya.

Jam 9.30 pagi, 16 julai 2018, kami tibe diparking mahkamah rendah syariah. Di dalam kereta aku bersalam dengannya dan aku menangis sekali lagi dihadapannya. Tangannya masih berat untuk aku lepaskan dan aku genggam sekuat hati. Aku memohon maaf dan berulang kali aku mengatakan bahawa aku menyayanginya. Dia juga turut meminta maaf kepadaku dan mengtakan bahawa cintanya terhadapku masih menebal tetapi dia tidak mampu membahagiakan aku malah menambah dosanya terhadap aku.

“kalau awak masih sayang saya kenapa awak bawa saya ke sini? Kenapa awak kawin dengan saya dulu? Aku menyoal sambil aku mencapai dan memeluk pehanya dengan harapan dia tidak akan keluar dari kereta itu kerana aku tidak mahu masuk kedalam mahkamah tersebut. Dia membalas pertanyaanku, “saya sendiri tak pernah tahu semua ni akan berlaku, saya dah cuba…”. Dengan cepat aku menjawab, “awak cuba apa? Awak tak pernah bagi peluang saya jumpa awak dan jadi isteri awak pun,awak Cuma cuba berlawan dengan perasaan awak sendiri je,itukah usaha awak?

Aku menjawab dan dia merasa marah lalu dia menangis dan meninggikan suara terhadapku, “awak nak teruskan apa lagi? Awak tak faham saya,sekarang orang cakap saya ni macam-macam,orang ada salahkan awak? Saya tansion, saya kemurungan sebab benda ni je”. Aku membalasnya balik dengan nada yang perlahan, “Dulu masa kita bertunang, lagi macam-macam dugaan dan orang cakap untuk putuskan pertunangan kita tapi awak boleh je nak harungi….”. Dia memotong kata-kata ku, “ itu dulu, sekarang saya dah lain,saya serabut dengan semua ni,saya dah tak kuat, sudahlah….”. dia lantas merentap tanganku yang erat memeluk pehanya dan keluar dari kereta tersebut. Dia terus naik ke mahkamah dan aku menghabiskan tangisanku dan mengelap air mataku.

Aku masuk ke mahkamah tersebut tanpa tangisan lagi, kali ini aku berbisik pada hatiku untuk kuat dan jangan lemah. Aku duduk disebelahnya. Aku lihat seorang perempuan yang berada di mahkamah tersebut. Wanita itu bekerja di situ. Dia mengenaliku dan aku buat tidak nampak dan tidak menegurnya. Suaminya bekerja di satu jabatan tempat kami bekerja dan suaminya itu juga adalah salah seorang yang tidak menyukai hubungan kami kerana dulu mereka ingin jodohkan aku dengan seorang lelaki dan aku menolak orang itu kerana aku telah mengenali suamiku terlebih dahulu.

Sewaktu dihadapan hakim aku minta suami ku menyebut apa kekuranganku dihadapan hakim dan wanita itu berada di situ. Suamiku mengatakan bahawa dia ingin menceraikan aku kerana aku tidak pernah bersamanaya dan sering mencari bergaduh dan tidak menghormatinya. Aku tidak membela diriku atas tuduhan itu dan aku hanya berdiam dan tidak menyatakan apa-apa sewaktu hakim bertanya ada apa yang ingin aku katakan? Aku hanya menjawab tidak. Suamiku melafazkan cerai dan aku tidak menitikkan air mata ketika itu. mungkin kerana aku sudah puas menangis dan aku merasakan ini adalah kesakitan terakhir buat diriku. Aku diceraikan dengan talak satu tanpa iddah dan tidak boleh dirujuk semula tanpa kad dan mas kahwin baru.

Sewaktu keluar dari mahkamah, aku mengatakan pada bekas suamiku, “kalau awak rasa semua orang nampak kesalahan awak sahaja, hari ini saya dah beri awak peluang untuk cakap apa salah dan kesilapan saya di hadapan hakim dan wanita yang berada dimahkamah tadi kerana wanita itu nanti akan bagi tahu orang-orang yang tak menyalahkan awak tu mengapa awak menceraikan saya dan bukan hanya salah awak, saya harap awak berpuas hati dan rasa semua ini adil bagi awak.”. dia hanya diam dan sewaktu balik itu dia meminta maaf kepadaku kerana mungkir segala janjinya terhadapku dahulu dan dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menjadi isterinya.

Segalanya sudah berakhir dan kini aku terpaksa melupakannya dengan sangat dasyat. Jika dulu yang datang itu benar cinta, mengapa ia pergi meninggalkan sejuta luka? Setelah ia mengambil hatiku dengan cinta, mengapa dengan mudahnya ia melukis tinta luka? . Namun aku belajar mengutip hikmah yang telah tuhan berikan untuk aku kerana setiap yang berlaku tidak Allah lakukan dengan sia-sia. Aku juga tidak akan menyalahkannya dan memaafkan segala salahnya dan aku juga tidak sempurna dan telah berbuat khilaf, mungkin aku diuji dengan dia dan dia diuji dengan aku hanya untuk kami kembali dan bermuhasabah.

Aku juga tidak terlalu terkilan kerana aku sudah berusaha sehabis dayaku untuk mempertahankan sebuah masjid yang pernah gah terbina. Aku block smua wassup dan no talifonnya, aku padam smua laman sosialku. Pada mulanya aku tidak dapat menerima bahawa Allah menguji aku sebegini, aku rasa ianya tidak adil, mengapa orang lan yang berkahwin boleh bahagia sedangkan aku yang telah menjaga batas pergaulanku dengannya sebelum kahwin tetapi aku diuji sebegini.

Dan kini aku sedar bahawa niat aku sebelum ini mungkin telah salah dan mungkin aku pernah merasa diri aku terlalu baik sehingga aku tidak layak mendapat ujian ini dan memandang rendah terhadap orang lain. Mungkin Aku melakukan semuanya bukan kerana Allah. Dahulu aku sering berharap bahawa tidak ada orang yang akan menyakiti aku lagi dan kini aku berharap untuk memiliki hati yang lebih memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti aku. Dahulu aku hanya berdoa untuk memiliki semua hal yang akan membuatkan aku bersyukur.

Dan kini aku berdoa dan berharap untuk memiliki hati yang mensyukuri semuanya. Kadang-kadang kita rasa kita hanya layak untuk bahagia sahaja,kita tidak layak untuk terima kesedihan dan ujian yang datang ini. Sedangkan kita lupa, yang kita ini Cuma hamba, bukan tuhan. Bila Allah bagi kita nikmat dan kebahagiaan, kita rasa ia adalah milik kita hingga kita mula nak bergantung dengan nikmat itu. Allah beri orang yang kita sayang, kita rasa dia milik kita, kita terlalu ikat diri kita dengan orang itu sampai susah sangat kita nak lepaskan sedangkn ikatan yang perlu kita kukuhkan adalah ikatan dengan tuhan.

Aku akui,saat mula-mula aku diuji, aku mula protes dan berubah, aku tidak menjadi diri aku sendiri seolah aku protes dengan Allah. Aku keluar dengan seorang lelaki sebab masa tu bagi aku,kalau aku jaga pergaulan aku pun,allah tetap tak pandang aku,tak kasihankan aku, tapi apa aku rasa ? Aku rasa nafsu aku bersorak gembira atas apa yang aku lakukan tapi pada sudut hati yang paling dalam aku tidak gembira dan sering rasa bersalah kerana ada iman yang masih tersisa menderita dalam jiwa aku. Hampir mati dan hilang. Aku buat dosa untuk aku hilangkan stress aku tapi aku tidak gembira.aku tetap menangis dan bersedih setiap hari. Aku lupa yang Allah dah lama pandang aku dan menunggu aku untuk kembali.

Aku mencari diri aku, sepatutnya aku bersyukur atas apa yang Allah takdirkan, kalau Allah biarkan aku hidup selamanya dalam perkahwinan yang menyakitkan itu mungkin aku masih masih bergantung harap sebuah kebahagiaan dari SEORANG MANUSIA yang tidak punya apa,yang hatinya mampu berubah, yang banyak kekurangan, yang juga seorang pendosa seperti aku. Sedangkan Allah itu punya segalanya. Dan kini aku belajar, yang kita kejar dalam hidup bukan hanya kebahagiaan di dunia tapi sebuah keredhaan kerana betapa ramai orang yang sanggup menjual dunia bahkan dengan nyawanya demi mendapat redha Allah SWT.

Dan tentang sebuah rumah tangga yang pernah aku lalui, aku belajar bahawa hakikatnya tidak ada bahtera rumah tangga yang tidak dilambung ombak. Derasnya hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu, sekuat dan segah manapun sebuah bahtera itu, tidak sekuat derasnya ombak tiupan tuhan. Hanya pengemudi dan anak kapal yang benar-benar sabar dan taat sahaja mampu menuju sebuah destinasi abadi. Ada juga bahtera yang dipukul ombak, tetapi mampu terus berlayar kembali, dan jika putus asa yang diakhiri, maka dibiarkannya ombak membawa segala yang musnah itu pergi.

Perkahwinan adalah proses pembelajaran menjadi hamba tuhan. Dan seorang isteri yang berjihad untuk melakukan yang terbaik buat suaminya. Pahalanya sangat besar sehinggakan wanita yang menjaga solat dan taat kepada suaminya boleh memilih pintu syurga yang manapun untuk memasukinya, kerana ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang sangat besar dan kerana itulah ia merupakan sebuah jihad.

Buat para pembaca yang budiman, doakan aku agar terus kuat dan positif kerana aku sedang belajar untuk terus kuat, terkadang aku masih rapuh dan takut untuk meneruskan kehidupanku. Betul kata buya hamka, “Sungguh, ramai orang yang telah hilang dirinya sendiri setelah ia kehilangan orang yang dicintai.

– asrar qalbi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tips Untuk Boss

PengakuanKu

Hi, saya Z, pernah jadi bos, pernah fed up jadi bos tapi sekarang kena jadi bos balik, haha, bertabahlah. Saya menulis ni selepas membaca Confession of A Boss & Luahan Hati Bos, memang, jadi bos bukan senang, pening kepala. Bos di sini merujuk kepada person incharge ya, tak kiralah anda tu supervisor ke, eksekutif ke, ketua ke apa, yang penting kena jaga staf, terangkan awal-awal, kang ada pula yang pertikaikan maksud bos yang saya nak nyatakan di sini. Selalu kadang-kadang kita panggil bos kecik bos besar, ha, bos besar ni yang jawatan tinggi skitlah, contoh manager ke, ha, biasa kita panggil dorang bos besar.

Pengalaman atau tips yang saya nak bagi ni masa saya bekerja di swasta, saya tak pernah kerja di sektor kerajaan, tapi pada saya mana yang boleh dipraktiskan, bolehlah dipraktiskan.

Untuk informasi saya ni bos perempuan, dan kebanyakan staf saya lelaki, tapi ada juga perempuan. Staf lelaki ke, staf perempuan ke, memang pening, masing-masing ada perangainya, takpelah, saya cuba bagi tips untuk kedua-dua jantina.

1) Pekerja MIA: haha, ini perkara biasa, memang ada je staf yang MIA, ntah ke mana dia pergi, buat mission impossible kot dengan Tom Cruise. Apa saya buat, jadi bos ni kena jadi spy skit, jadi saya pun spylah mana lah si mamat-mamat staf saya selalu lepak. Kalau setakat sekali dua MIA takpe, kalau dah beratus kali, kenalah jadi spy.

Rupanya staf saya ni selalu lepak kat kokpit department lain, production line. Saya dulu kerja kilang, banyak production line. Apa2 pun mula2 kita mestilah call staf kita tu dulu kan, manalah ko menghilang. Tapi bila dah tak diangkat, saya pun call ofis production line tersebut, supervisor dia yang angkat, lalu saya pun tanyalah staf saya ada kat situ tak, kalau ada, suruh dia balik saya cakap kat supervisor tu. Tak lama lepas tu muncullah staf saya tu kat ofis kitorang, sambil tersengih-sengih. Sabar jela.

Jadi tips saya risik skit mana staf anda selalu melepak, then call tempat tersebut. Kalau staf anda suka melepak kat kantin, call kantin tersebut. Suruh orang kantin tu bagitahu staf anda yang anda minta dia balik ofis, biar staf anda tu malu sikit, maaflah ya, terpaksalah aibkan dia sikit, dah dia pun MIA entah ke mana.

2) Pekerja susah nak ikut arahan: ha ah, ni pun bertabah, tambah staf lelaki, dorang memang tak suka bos perempuan, katanya kuat membebel. Manalah kita tak bebel, bagi arahan tak dikutnya. Penat membebel jangan buat begitu, jangan buat begini, dibuatnya juga.

Apa saya buat, saya kurangkan bebelan. Staf lelaki ni saya perasan dorang kita kena bagi arahan yang pendek dan padu. Jadi saya mula bagi arahan pendek-pendek dan cuba cakap sekali je. Lepas tu saya tanya staf tu, ok? Kalau dorang kata ok, ok lah. Kalau tak ok, tanya mana yang tak ok. Ingat, elakkan bagi arahan berulang. Just explain yang tak ok je, full stop.

Kedua, saya tulis arahan dalam buku. Kitorang memang ada buku supervisor di mana supervisor saya akan tulis aktiviti harian kerja syif mereka. Saya tulis kat situ & minta semua supervisor bila dah baca sila sain. So far Alhamdulillah, saya tak perlu membebel banyak dan hati pun lebih tenang.

Kalau staf perempuan pula, boleh juga buat begitu, bagilah nota ke apa, setakat saya bekerja staf perempuan masih lagi ok untuk terima arahan secara lisan, jadi saya pun tak banyak bagi arahan bertulis ke dorang.

3) Pekerja tak buat tugasan dorang: ini mungkin silap kita juga sebagai bos, tak terangkan dengan jelas apa kerja mereka. Apa nak buat, review balik jobscope dengan pekerja tersebut. Bila dorang dah faham, minta mereka sain kat jobscope tu. Kadang-kadang bos bagi je kertas jobscope tu lepas tu tak terangkan, jadi pekerja blur. Kena terangkan satu-satu apa tugas dorang setiap hari.

Lagi satu term yang glamer dalam jobscope ni adalah ‘any adhoc task given by superior’, jadi bila apa-apa tugas yang dia rasa di luar bidang kerja dia, kita sebagai bos boleh guna term ni. Tapi sebagai bos kenalah berpada-pada, kalau dah selalu ada adhoc task, itu bukan dikira adhoc lagi.

Ok, setakat inilah dulu mungkin tips yang berguna bagi bos-bos, tak kiralah bos kecik ke bos besar. Dan saya percaya korang yang bos-bos ni pun banyak lagi tips2 yang korang boleh kasi, jom kita share sama-sama tips tu, jadi tak adalah masing-masing pening kepala. Apa-apa pun pada saya jadi bos kena tegas, bukan garang ya, tegas. Tak perlu nak tinggi-tinggi suara, suara lembut pun boleh jadi tegas.

Sekian buat kali ini, terima kasih iiumc kerana bagi peluang untuk berkongsi tips ini.

– Madam Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Nota Hartanah Percuma IV

PengakuanKu

Hi Guys.. Amacam Nota part 3? Terkejut tak semua harga rumah pun akan turun? Well, tiada yang kekal melainkan Tuhan. Apapun, jangan risau, kalau korang beli rumah yang betul lepas buat kajian, insya Allah semuanya okay.

Seperti yang aku bagitahu dalam part 3, harga rumah suatu masa nanti akan sampai harga siling atau normalisation, maksudnya dah maksimum dah harga hartanah tersebut. Paras harga siling itu ditentukan oleh “standard” kawasan rumah yang dibeli dan demand. Harga siling rumah di Mont Kiara, KL lagi tinggi berbanding dengan Segambut, KL walaupun hanya dipisahkan satu jalan sahaja. Kenapa? Nanti lain kali aku cerita.

Kali ini, aku nak bercakap mengenai permintaan@Demand hartanah/rumah. Dalam ekonomi, ada permintaan yang anjal (elastic demand) dan permintaan tidak anjal (inelastic demand). Boleh google yer. Study sket.

Apa maksud elastic demand ? Maksudnya Demand tu mudah berubah, demand rendah, demand tu tak kuat. Contohnya, rumah yang terlalu mahal tapi lokasi tak bagus. Elastic demand ni, harga naik sikit, demand@permintaan terus jatuh teruk !

Apa maksud inelastic demand? Maksudnya demand tu tak mudah berubah,demand tinggi, ramai nak, demand kuat. Contohnya rumah landed tepi MRT, semua orang nak kan? Inelastic demand ni, harga naik, demand@permintaan tak berubah sangat. Oleh itu, belilah rumah yang inelastic demand (permintaan yang tidak anjal!)

Okay guys, macam mana nak pilih rumah yang betul? Rumah yang demand inelastic. Susah jugak nak bagitahu. Tapi aku boleh bagitahu apa yang perlu dielakkan semasa membeli rumah.

1. ELAKKAN MEMBELI RUMAH DI KAWASAN YANG PADAT. Rumah tepi MRT pun, kalau 20 ribu unit berhampiran MRT, semua berebut nak guna stesen yang sama. Contoh, dijangka 20 ribu unit rumah baru dibina di Kepong, KL sebab ada MRT2. Aku dah beli beratus buah rumah guys, nasihat aku, elak beli high density macam ni. Ada MRT sebelah pun aku tak suggest beli apatah lagi takde MRT atau booster lain, bunuh diri terus. Satu lagi, elak membeli kondominium lebih 1500 unit. Padat !

2. ELAKKAN MEMBELI RUMAH DI KAWASAN JENAYAH. Sila semak dahulu kawasan persekitaran rumah yang dibeli. Aku pernah beli satu apartment medium cost di Selangor , tapi banyak unit merupakan port proses & hisap dadah, banyak kali kena raid dengan polis.

3. ELAKKAN BELI UNIT RUMAH TINGKAT TINGGI JIKA LIF TAK BAGUS/ TIADA LIF. Elakkan beli rumah tingkat tinggi kalau lif tak reliable, jenuh kalau lif rosak. Tapi kalau lif okay reliable, okay je beli unit tinggi. sesetengah kondo, unit makin tinggi makin mahal sebab parking makin rendah. Kalau kondo, aku rela parking rendah, tak sanggup kalau parking kereta tingkat 5 ke atas. Seksa. Elak juga beli unit rumah tingkat terlalu rendah jika tempat lalu lalang.

4. ELAKKAN BELI RUMAH TEPI KAWASAN KUMBAHAN, LOJI RAWATAN AIR DAN SEBAGAINYA. Faham-faham la ye.

5. ELAKKAN BELI RUMAH YANG SUSAH NAK DIJUAL. Kalau boleh elakkan beli rumah rezab Melayu yang lokasi tak bagus, takde booster, kalau untuk duduk sendiri takpe, tapi nanti nak jual memang takde orang nak beli.

6. ELAKKAN BELI RUMAH JAUH DARI JALAN BESAR. Nanti nak ke jalan besar tu jenuh lagi-lagi kalau kawasan bandar yang padat. Rumah tepi jalan besar nilai tinggi sebab direct access.

7. ELAKKAN BELI RUMAH YANG VIEW MENGHADAP KE RUMAH LAIN. Permandangan tiada, anda stress nanti. Nanti susah yang perempuan (muslim) nk buka tudung etc.

8. ELAKKAN MEMBELI RUMAH TEPI HIGH TENSION CABLE (HTC), SUBSTATION TNB ATAU TANAH PERKUBURAN. Kalau boleh elakkan, sebab benda2 ni ramai yang particular.

9. ELAKKAN MEMBELI RUMAH TERLALU DEKAT DENGAN LRT. Bising gila guys ! Haha… Kalau MRT takpe, ada noise barrier dah, senyap je.. LRT bising, korang kena tunggu habis service tengah malam baru boleh tidur.

10. ELAKKAN MEMBELI RUMAH MAHAL TETAPI BERJIRAN DENGAN RUMAH MURAH. Contohnya rumah mahal tapi berjiran dengan rumah subsidi, seperti rumah selangorku rumawip, ppr dan etc. harga jatuh nanti. Baik beli selangorku jika boleh ataupun elak terus !

Setakat ini sahaja buat kalini, kalau sesiapa ada cadangan lain atau pertanyaan. Boleh kemukakan di ruangan komen.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mudahnya Kau Lafazkan “Aku Ingin Meminangmu”

PengakuanKu

Hi Assalamualaikum. Aku nak story kisah pertunangan aku bersama Fahmi (Bukan nama sebenar). Well orang kata dugaan bertunang ni kuat. Orang yang terpilih je mampu bersabar dan teruskan hingga ke jinjang pelamin.

Aku baru habis belajar. Dalam masa 4 bulan aku bekerja, Fahmi datang dalam hidup aku. Zaman sekarang, kenal melalui Social Media je. Dia tegur aku dekat igstory. Aku dah lama kenal dia tapi sebagai kenalan satu sekolah. Hari pertama dia tegur aku terus dia minta nombor aku. Laju buat kerja. haha.

Kitorang pun setiap hari whatsapp each other. Fahmi ni sweet talker. Ayat dia memang semut pun kerumun lah. Aku pulak jenis garang dan jarang layan lelaki. Pada mulanya aku tak heran sangatlah dengan dia. Tapi dia bersungguh nak berkenalan dengan aku. Setiap masa, waktu pejabat pun dia whatsapp. Indah belaka. Aku geli juga sebab dia ni asyik bagi ayat manis je, bosan juga. Muka dia elok lah sedap mata memandang. Bagi aku, muka dia nerd dan boleh pergi jauh lah untuk jadi husband material. Aku ni tegas bab-bab nak kenal dengan someone. Fahmi pun ajak aku keluar for the first time masa buka puasa. Kitorang ni LDR. Dia ambil aku di pejabat, you know what apa aku rasa masa tu. Sumpah nervous. Aku tak pernah keluar berdua dengan lelaki untuk merancang lebih dari seorang kawan. Setakat kawan tu aku tak heran. Tapi kali ni status lelaki ni lain. On our first meeting, dia dah tanya aku bila target nak kahwin. Aku terpinga-pinga sebab aku baru bekerja, boyfriend pun tak ada. and for sure marriage is not in my wishlist for these 2 years. Aku plan kahwin umur 27. Bagi aku masa tu aku dah cukup matang, kerjaya kukuh dan puas dengan single life. Cara dia tanya ni macam nak serius dengan aku. Seriously aku tak terfikir nak look forward dengan Fahmi. Bagi aku dia ada rupa, kerjaya, bijak, boleh dapat yang lebih baik dari aku. Agama tu mungkin ada sikit. pada mulanya setiap kali nak dating, pasti dia cakap pilih tempat yang senang untuk solat. Daripada situ aku dah judge dia mungkin dia okay dan dia yakinkan aku dia ni boleh jadi husband.

Aku terus terang dengan dia kalau nak serius dalam hubungan, solat istikharah dulu. Aku tak nak hubungan ni sia-sia sebab aku takut kecewa. Sebab itu kalau aku berkawan dengan lelaki, aku tak nak hubungan tu lebih dari seorang kawan. Aku pun jenis garang dengan lelaki, lelaki pun takut nak kenal lebih dekat haha. Masa aku suruh dia solat istikharah. Katanya dia buat sehingga 11 kali berturut. Hari yang ke sebelas baru dia mimpi hubungan kitorang mesra, bayangan lepas kahwin seperti solat bersama, makan bersama dan balik kampung bersama. Aku pun buat juga solat istikharah tapi hati aku ni tak sedia untuk terima siapa jodoh aku buat masa tu. Aku buat solat taubat dan istikharah dua hari berturut tapi masih tak nampak petanda. Aku give up sebab aku tak bersedia. Aku cuma follow the flow je lah.

Masa pertemuan keempat, dia cuba beranikan diri jumpa my parents. Alhamdulillah semuanya smooth. Dia pun ada bagitahu his parents about our relationship. Pihak dia suruh kitorang tunang secepat mungkin. My parents terkejut sebab terlalu awal untuk ikat, my parents kurang setuju tapi pihak lelaki nak jugak. Aku cakap dengan dia, “Fahmi, Yana tak ready nak kahwin lah. Macam-macam kita kena handle. After kahwin kita jadi satu tau. Commitment tinggi.” Fahmi jawab “I faham tapi takkan sebulan before engagement day pun you tak ready kan? You takut apa? I ni dekat rumah pakai boxer je” Bila dia jawab macam tu, aku dah start curiga dengan alasan kenapa dia nak kahwin. Dia umpama tak faham situasi lepas kahwin, tanggungjawab.

Sepanjang perkenalan aku dengan Fahmi, bagi aku dia seorang yang perfect. Mungkin aku rasa bila dia jaga solat. Dia boleh jaga aku. Macam mana aku tahu dia jaga solat? Sebab bila aku tengah whatsapp dengan dia, mesti dia cakap baru lepas solat sunat (kebetulan bulan puasa) haha. Tapi masa tu aku rasa dia ni tak perlu kot sampai solat sunat pun nak bagitahu. Puasa 6 straight. Setiap kali traffic jammed, dia istighfar dalam kereta. Aku terdiam lah juga konon impress. Padahal. Tunggu sat lepas ni sambung.

Sebulan sebelum tunang, aku dan Fahmi bergaduh. Masa tu lah aku nampak true colors dia. Dia diamkan diri untuk berapa hari tak pujuk aku. Hati aku dah terdetik “Aku tak nak lah kahwin dengan dia. Gaduh sikit, biarkan berhari” Dia ni jenis kalau nak gaduh memang nak win je. Aku pun nak win. End up aku yang beralah sebab penat dan rindu. Aku pun bagitahu my mom, Yana tak nak teruskanlah majlis pertunangan ni. Boleh batalkan tak? tapi my mom said No. We had invited our big family for this event. So masa tu aku terdiam. pujuk hati untuk teruskan. Sepanjang aku kenal dengan dia, aku pernah jumpa parents dia sekali je masa parents Fahmi datang merisik aku. Aku pernah tanya Fahmi bila nak bawa aku jumpa family dia, borak2. Tapi ada je alasan Fahmi. So Fahmi cuma ramah mesra dengan my parents je lah. Masa merisik tu his mom yang letakkan harga hantaran. Family aku cuma kata ikut kemampuan, kami tak berkira walaupun aku lulusan Ijazah, sudah ada kerja.

Semasa hari pertunangan tu, aku tak rasa apa-apa. Supposedly aku nervous, excited, happy. tapi aku tak rasa apa-apa. Keadaan aku like “Betul ke keputusan aku ni”.

Selesai sahaja majlis. Dua minggu selepas tu aku diuji. Fahmi bercuti di oversea bersama kawan dia. Dalam masa dia di sana, sikit pun dia tak contact aku. Aku pun membebel lah. Aku ni tunang dia bukan girlfriend dia buat dunno je sampai berhari tak ada khabar. Hari dia nak balik Malaysia baru dia text aku. Masa ni lah dah nampak masing2 punya true colors. Aku admit that aku banyak kekurangan. Since dia orang yang istimewa, semestinya aku nak tahu dan kenal dia lebih dekat. Lepas je tunang macam-macam gosip aku dengar pasal dia. Yelah aku tahulah dia hot guy dulu tapi ada aku kisah. Aku sikit tak jatuh hati masa dia hot dulu and I never expected I will end up with him. Ada je suara sumbang kata dia ni playboy, pernah kissing, pernah make out/sleepover with his ex. Aku percaya dia dan aku tahu ni sbb orang cemburu. Fahmi pernah cakap dia tak nak show off my photos dekat socmed sebab ramai orang dengki dan dia ramai haters. Aku pelik juga siapalah haters tu. Katanya senior. Tak logik betul. Entah2 jaga hati perempuan lain ataupun tak nak low market. So aku percayalah yang dia tak pernah buat kerja terkutuk tu.

Hubungan kitorang tak berapa elok dalam tempoh pertunangan. Asyik bergaduh sebab dia sibuk bekerja dan aku pula nakkan perhatian. Kau bayangkan lah takkan sibuk sangat sampai tak boleh respon my text. tengah malam baru dia reply to say good night. Dia ingat duduk oversea agaknya. Tapi dia cakap bersyukur sikit ada orang lagi mampu say good morning and good night sahaja. Ada orang date once in 6 months. Bersyukur ye. Pandai dia nasihat aku. Aku tak boleh relate ayat dia suruh bersyukur padahal perangai dia tu yang nak menang je. He explained too much on being busy for future. Sampai dia cakap dengan aku suruh sibukkan diri, pergi cari hobi sendiri. Aku sentap.

Masuk bulan ketiga pertunangan, gaduh lagi sebab aku merajuk dia tak spend banyak masa dengan aku. Dia banyakkan masa dengan family. Okay aku hormat cuma aku terkilan bila dia tak text aku. Mungkin dia terlalu sibuk dengan family dia. Kebetulan kitorang nak pergi kursus kahwin. Disebabkan aku emosional sgt psl dia tak spend masa yang lama dengan aku, aku merajuk dan tak nak pergi kursus dengandia. Biar aku pergi sendiri. Dia pujuk juga tapi aku degil. Biasalah perempuan kan complicated. haha. Tiba-tiba dia decide tak nak pergi kursus kahwin. Aku menangis malam tu. Pagi2 subuh aku call dia tak angkat untuk pujuk. Serupa macam aku cabar dia lah kan? Tu sebab dia malas nak layan. Then his mom angkat katanya Fahmi tak nak pergi kursus kahwin. Aku macam oh okay. Why his mom tak encourage him pergi kursus kahwin tu? Mak dia macam chill je anak dia biarkan tunang pergi sendiri. But end up dia pergi juga lepas aku pujuk. Sepanjang pre-wedding course tu, aku perasan dia main handphone je. Aku ni pun kemain curiga. Siap tegur dia buat apa tu tak dengar ceramah ke. Aku ni bersungguh nak belajar dan tambah ilmu tapi tengok bakal suami tak take serious.

Bulan yang keempat, perjumpaan yang terakhir di wedding kawan aku. Tu last moment kitorang. After je date, 2 days after that dia dah mula senyap. Mungkin fedup dengan perangai aku. Aku call dia banyak kali tak angkat. Pagi esoknya baru kata dia tidur penat sangat. Dulu masa baru kenal, dah tidur pun handphone bunyi sekali je terus angkat. Siap cakap tak apa tak ganggu pun. But now, so much different. Call banyak kali dikata psycho. Bila orang yang kita sayang tak angkat call, mestilah kita risau. sepanjang hari tak contact. Sejak tu dia abaikan semua mesej aku, semua call aku. One night tu kitorang discuss. Dia kata life dia berbeza dengan aku. Surroundings dia penuh dgn party, drugs and drinks. Dia cakap Aku ni perempuan melayu terakhir, terlalu innocent, too nice for him, tak open minded. Dia tak pernah kenalkan aku dengan kawan2 dia. Masa tunang pun aku cuba nak rapatkan hubungan dengan family dia . Tapi dia tak bawa aku pun. Aku pelik why pinang aku dulu?if nak treat aku like this. Aku ni yang sentiasa pujuk dia balik walaupun memang dia salah, bila dapat tahu dia demam, aku sanggup jumpa dia, bila gaduh aku bagi dia hadiah untuk pujuk. Nampak sangat aku sayang dia lebih padahal at first dia yang beriya nak kahwin dengan aku. Aku sedih bila ingat balik usaha aku untuk pertahankan hubungan.

Sepanjang aku pujuk dia untuk 2 minggu, aku sediakan love letter and coklat dalam kotak hadiah. Konon romantik nak pujuk. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi dia sebab dia jauh. Aku pun cuba dapatkan alamat pejabat dia. Bila aku cuba confirmkan alamat tu dengan dia, dia tak respon. Kebetulan esoknya waktu bekerja dan aku kena ke pejabat client. Aku plan nak post hadiah tu lepas balik dari client’s office. tapi……

Balik je dari client’s office, aku dapat mesej. Fahmi putuskan hubungan kami dengan alasan dia tak nampak hubungan kami boleh pergi jauh dan menganggap lepas kahwin kami takkan harmoni.
“Salam. Look,I’ll be very frank with you now. At first this relationship went on very smoothly. However, after the engagement, you changed. You’re trying to change me into the person I’m not & I can’t be totally myself while being with you. There’s always wrong in every rights in your eyes. In addition to that, you’re being a total control freak doesn’t help one bit. It’s just way too suffocating & intimidating for me. I am sorry but I tried my best. I don’t see us after marriage living happily. This relationship shall not take another step ahead. I have a feeling that if we’re married, we wouldn’t be able to live in peace & harmony. I suggest that we put a stop to all of this right now so it wouldn’t bleed any longer. I don’t blame you because this is our own mistake. The compatibility & the chemistry has gone poof. I see no way out of this. We tried our best & it seems like our best is not good enough. As told, prevention is better than cure so let’s not hurt ourselves further. This run has teach me lots of things either good or bad. I hope it teaches you too so that we can be a better person for ourselves. I thank you for everything you have done for me. We’ll just contact by texting or WhatsApp. Again, I am sorry.”

I didn’t expected this would be happened on us. Aku fikir hubungan kitorang cuba gaduh biasa setakat sibuk bekerja, tak reply, tak ada isu besar pun sampai nak kena putus. Rupanya dia tak tahan. Dia kata aku dah berubah. Bila aku flashback, sebenarnya dia yang dah berubah. Pada mulanya aku nampak dia jaga agama, siap hadiahkan aku buku agama pasal perkahwinan, hormat orang tua, ayat manis, you are my future lah, tiba-tiba lepas tunang dia abaikan aku, solat entah ke mana. Setiap kali dating, katanya boleh jamak sebab dia jauh. Alang2 aku solat, apa salahnya dia solat juga? Aku perhati dengan rambut tegak je macam tak basah. Orang ambil wudhuk, pastinya nampak kesan basah. Muka basah sikit. Tapi dia ada je bagi alasan tunggu aku solat lama tu sebabnya rambut dah kering. what? Aku pun ada adik beradik lelaki, aku pun ada ayah, aku pun ada kawan-kawan lelaki. Macam aku ni tak ada experience and failed about a guy. Aku diamkan sahaja semua perubahan dia. Lepas dia putuskan hubungan dengan cara mesej sahaja. Aku pun pujuk kita ni melibatkan dua keluarga. Nak putuskan biarlah dengan cara baik. Bincang dulu. Bukan suka hati buat keputusan.

Then dia block aku dekat semua socmed. whatsapp pun. padahal dia cakap we can just contact by texting or whatsapp. Em semuanya tipu. Aku cuba call mak dia. His mom pun terkejut dan katanya Fahmi baru sahaja transfer duit hantaran malam tadi dekat his mom. Aku mula musykil dengan cara dan keputusan dia. Tak tetap pendirian ke. Dia ni dah lost ke.

Aku tak jadi post hadiah tu. Aku ambil Emergency leave for two days. Aku hearbroken sampai tak tahu nak buat apa. Terperap dalam bilik menangis. My family pun dah tahu dan my family takkan salahkan anak orang. My family selidik dulu sampai aku sendiri kena marah sebab aku selalu ajak Fahmi buat benda baik. Tapi Fahmi ni degil sikit. Aku share ceramah pun, dia ignore. No wonder dia cakap life dia berbeza dengan aku. Aku fikir dia jenis tak kisah, sbb at first dia tunjuk yang baik2 depan aku. So bila nak jd husband and wife, both of us cuba dan belajar untuk jadi lebih baik. Aku cuba galakkan dia.

Then, my parents bawa aku pergi darussyifa. Diorang fikir aku ni punca. Aku ni yang panas. Aku pergi berubat cara islam. Day by day aku rasa down sangat. Sebab aku tak tahu punca kenapa dia putuskan hubungan macam tu.

Selepas seminggu, aku cuba contact his bff, Senah. Aku tak pernah kenal Senah ni. Aku cuba dm dia dekat instagram untuk dapat info since aku tak boleh contact Fahmi langsung. Senah ni mulanya baik, aku percaya dia boleh tolong aku. Ktorang pun met each other at one place. Aku menyesal tak bawa teman sebagai saksi. Aku beranikan diri jumpa stranger untuk kes aku dengan tunang aku ni. Rupanya si Senah ni ex-girlfriend Fahmi tapi now jadi BFF. Ah sudah. Aku silap cari orang. Tapi Senah ni dah tunang, so dia kata tak perlu insecure.

Senah ni kemain membawang juga. Dia kutuk Fahmi. Kutuk family Fahmi. Dia kata Fahmi ni pernah sleepover dengan ex dia, dia bawa that girl balik rumah masa Form 5. Setiap kali his mom pergi outstation je, dia buat keje lah. Aku dengar Ya Allah. aku ingatkan semua tu fitnah dia bila suara sumbang sampaikan dekat aku. rupanya betul. cuma Fahmi sahaja tak mengaku. Bila dengar dr BFF dia semua kisah Fahmi, dia cakap Fahmi ni kalau lepak dengan kitorang pun tak solat, nak acah2 pula. Belakang parents, memang macam setan, depan parents macam malaikat. Aku senyap je dengar apa yang BFF dia nak cakap. Macam-macam BFF dia kutuk dia. Aku tak expect dia akan kutuk family Fahmi sekali. Katanya family Fahmi ni sangat bawang, sangat percaya anak, suka bangga dengan harta sendiri, berapa banyak beli rumah, bangga anak berjaya, itu ini. Bagi aku semua mak bangga dengan kejayaan anak, and apa yang mak dia borak tu aku rasa its normal for mak-mak untuk buka topik. Tak ada terfikir pun benda tu untuk menunjuk. Tapi bila Senah ni cuba burukkan pasal kawan baik dia sendiri. Aku dah dapat bezakan mana satu kawan dan lawan Fahmi. Kawan yang baik takkan buka aib kawan sendiri. Tak kisahlah seberat mana dosa dia pernah buat. Fahmi pernah cakap dengan aku dia berul2 bertaubat masa pergi umrah. Aku pun bodoh percaya diadah berubah. Kalau dia betul2 dah berubah, dia takkan berani sentuh tangan aku, peluk aku. Sejak tu aku fikir he is not the one. Kalau betul dia hormat aku as perempuan, dia takkan berani merayap tangan. Aku yang tak pernah pegang tangan ajnabi, tetiba pegang mestilah nervous. Fahmi siap tanya “Tangan you berpeluh ni, you nervous ke?” Tak tahu nak suruh aku carut apa bila dia tanya gitu. Baik pegang anjing je lah. Kissing secara paksaan serupa tak boleh tunggu ketika akad.

Aku minta tolong Senah pass kan kotak hadiah yang berisi love letter dan coklat tu dekat Fahmi. Okay Senah cakap dia boleh bantu aku. Aku pun percaya.

Minggu berganti. Masih tak ada berita pasal family dia nak jumpa untuk putus secara rasmi. Aku terkilan juga lah sebab keluarga dia tak main peranan penting untuk settlekan hal ni. Aku ni dah macam patung bila nak, tergesa-gesa pinang dan ikat. Bila tak nak, buang macam tu je. Tiada rasa hormat. Kebetulan Fahmi memang tak ada adik beradik perempuan. So mungkin tak rasa apa yang family aku rasa. em. Lepas seminggu jumpa Senah tu, Aku whatsapp Senah tanya dah contact Fahmi ke belum. Senah cakap dah. Aku rasa drama sangat. Senah putar belit cerita. Senah blame aku, kecam aku. Dia kata dia dah dengar cerita dari pihak Fahmi. Aku tak pasti apa yang fahmi ceritakan tapi looks like Senah kecam aku macam 100% salah aku. Senah cakap jangan guna muka aku yang cantik untuk buatkan lelaki stay dengan aku. Aku macam bingung juga. Aku tak pernah mengorat Fahmi. Fahmi yang datang dekat aku. Aku tak faham dengan Si Senah ni dan dia cakap tak payahlah berharap dengan Fahmi lagi. He never turn back time, he won’t look back. Bayangkan bila kita percaya Senah boleh tolong perbaiki hubungan kita dengan tunang kita tapi akhirnya Senah yang jadi batu api. Aku cakap dekat Senah tak perlulah pass hadiah tu dekat Fahmi. Masa tu aku dah kecewa sangat. Buat apa aku pujuk sedangkan orang dah tak nak. Aku minta Senah pulangkan balik hadiah tu. Senah janji nak pulang after 2 weeks. Senah begging supaya aku tak mengadu dekat Fahmi pasal aku dengan Senah contact each other sebab Senah kata dia tak nak hubungan dia dengan Fahmi terganggu. Aku pun turutkan. Sampai sekarang aku tak bagitahu Fahmi keadaan ni. Aku bukanlah batu api sampai nak api2kan persahabatan dorang walaupun Senah stabbed both of us. :( Senah dah sedap kutuk Fahmi,tetiba backup Fahmi. Siap bagitahu jangan bagitahu Fahmi pasal ni. Aku macam tak percaya apa yang aku tengah hadap sekarang. Dugaan kuat betul. Lepas tu Senah terus block no aku. Padahal boleh je reach Senah melalui no phone lain, tapi aku malas.

Akhirnya, his dad call my dad untuk putuskan secara rasmi. Ayah aku cakap datanglah rumah ikut adat, putuskan in proper way. tapi pihak keluarga sana tak setuju. Katanya segan. Aku speechless. Aku rasa maruah keluarga aku dipijak-pijak. Ayah aku cakap masa tunang pun dah nampak setiap kali gaduh, senyapkan diri seminggu. Kalau dah kahwin, bergaduh sikit, keluar rumah tak balik-balik. Nak ke macam tu? Ayah aku cuba brainwash aku. Ayah aku sambung, ayah ni dah tua. Ayah nak lelaki yang betul-betul boleh jaga awak. Awak tu anak perempuan. Kalau elok suami awak,InsyaAllah elok lah masa depan awak. Kahwin pun untuk sehari dua. Bila bergaduh, bincang. Bukan lari. Awak boleh ke bersabar? Dialog tu.. buat aku sedar okay enough Yana enough. life must go on. Silap you cuma you silap pilih pasangan. Don’t always blame yourself. Aku cuba pujuk hati sebab sepanjang tempoh nak putuskan secara rasmi, aku salahkan diri aku sebab memaksa dia untuk berubah jadi lebih baik. Aku lupa dia juga manusia biasa. aku ajak sama2 untuk berubah tapi kalau empunya diri tak nak. Kita tak boleh nak paksa. Perubahan berlaku bila diri sendiri nak berubah, bukan atas dasar orang lain.

Maka berakhirlah hubungan ktorang yang cuma 4 bulan perkenalan, 3 bulan tempoh pertunangan. Aku percaya semuanya ada hikmah. Asalnya aku tak boleh terima takdir ni. Aku kecewa sungguh sebab aku anggap dia lah yang terakhir. Tapi Allah maha mengetahui. Jodoh itu cerminan kita. Aku bukanlah baik sangat. Tapi Allah tahu siapa yang perlu ada disamping kita. Siapa yang layak. Ustaz pernah cakap Fahmi ni seorang yang keras kepala, mudah terpengaruh ke arah yang tidak baik, nak orang ikut kata dia je. Okay for this obviously aku perasan tapi after Ustaz cakap baru aku perasan. Sebelum ni aku bodoh2 je terima dia seadanya walaupun perangai ego tinggi dia tu.

Aku tak sure apa jadi dekat dia sekarang. Yang pasti aku dengar2 dia sakit. Maksud sakit ni bukan fizikal yang sakit. His souls are very sick. Kadang2 aku kesian sebab dia dah pergi jauh dari landasan agama. Tapi sebelum aku kesian dekat orang, lebih baik aku kesian dekat diri aku sendiri. Jaga iman aku sendiri. Biarlah dia nak buat benda haram. Itu pilihan hidup dia. Allah dah selamatkan aku. Aku bersyukur sangat. Semua hikmah dah Allah tunjukkan. Aku betul2 tersungkur, aku cuba untuk mohon ampun pada Tuhan mungkin ada silap aku.

Last but not least, jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Jangan sangka acah alim itu orang yang baik selamanya. Kita tak tahu orang tu berpura-pura ambil hati kita atau tidak. Setiap niat kita, Allah hitung. Jika baik, baiklah perbuatannya. Jika jahat, wallahuallam. Ikhlaskan diri untuk berkawan. Manusia punya pelbagai jenis hati. Jagalah hati sendiri sebaik mungkin. Sayangi ia seeloknya. Bila keadaan ni terjadi, buatkan aku trauma nak berkenalan dengan seseorang. Selepas sahaja aku putus, ada sahaja lelaki yang nak kenal rapat dengan aku. Tapi aku tak layan. Layanan aku cukup sebagai kenalan. Hati aku masih belum pulih dalam masa dua bulan itu. Tapi sekarang aku dah kuat. Alhamdulillah. Moga kita sama-sama dapat jodoh yang baik di sisi Tuhan dan di sisi manusia. Perancangan Allah itu indah.

– Yana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.