Assalamualaikum min , saya mohon tolong sebarkan kisah hidup yang saya lalui sekarang ini kepada orang ramai untuk pengajaran terutamanya kepada anak saya napida dan norsidah akung.
Sekitar tahun 1980 an .
Saya ialah seorang ibu dan mempunya 6 orang anak perempuan. Umur saya 48 tahun . Sudah di ketahui ramai bahawa kehidupan di zaman dulu itu terlalu susah ,saya hidup dalam keluarga susah dan mempunyai adik beradik 12 orang di mana salah seorang dari kami tidak pernah menuntut ilmu sehingga habis kerana kemiskinan kami. Sayalah yang menjaga mereka kerana saya anak sulung .
Kehidupan kami pada zaman itu sangata susah , sehari belum tentu dapat menjamah sesuap nasi, emak saya hanya seorang suri rumah yang menjual hasil hasil lautan yang tak seberapa pada zaman dulu, ayah saya pula seorang pekerja sambilan kontrak. Oleh kerana saya merasai dan menempuhi kehidupan yang begitu perit dan sukar di ceritakan, saya berazam sekiranya saya mempunyai anak anak saya akan besarkan mereka dan akan menyekolahkan mereka sehingga berjaya.
Sekitar tahun 1990 an .
Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak perempuan.
Sekitar 1997 .
Anak pertama saya mula bersekolah dan pada tahun tahun berikutnya semua ikut bersekolah. Walaupun suami saya cuma nelayan tapi saya tidak berputus asa , saya tetap menyekolahkan mereka walau apa pun terjadi.
2014
Anak kedua saya norsidah berjaya menamatkan pelajaran di universiti malaysia sabah tahu berikutnya anak saya yang ketiga .
Dan alhamdulillah semua anak saya cemerlang dalam mata pelajaran .
2018
Anak saya yang berjaya menamatkan pelajaran pada tahun 2014 tadi merupakan anak yang sentiasa saya lebihkan dari adik beradik lain . Hal ini turut di sedari oleh adik beradiknya. Dia dikira sebagai anak manja.
Pada tahun ini dia telah bekerja di sebuah bank . Setiap bulan dia akan mengirimkan wang untuk saya , sudah sekitar 8 bulan dia bekerja.
Anak saya yang nombor dua , jiwanya memang keras dia menghantar mesej kepada saya ibunya sendiri, yang membesarkan dia dengan tenaga, dan sehingga kini saya sudah tiada kudrat lagi, dia berkata bahwa saya tiada hak dalam menentukan kehidupan anak saya. Dia berkata bahwa saya tiada apa apa berbanding dia, dia merendah rendahkan saya ketika dia sudah menjadi pekerja bank. Dia sudah hilang hormat kepada saya kerana di bosan mengirim wangnya kepada saya . Wahai anak ku , ibumu ini tidak memerlukan wangmu sekiranya selama ini kamu berikan wang itu tidak ikhlas.
Satu hari anak saya yang nombor lima di mana sekarang dia menuntut ilmu di ums labuan di pinang oleh sepupunya. Namun dia berkeras dan tak mahu menerima lamaran itu , walhal saya tidak memaksanya. Petang tadi ( 2 september 2018) dia telah lari dari rumah dan balik ke labuan. Anak kedua saya bukanlah jenis yang memberontak rupa2nya dia telah di hasut oleh kakaknya yang bekerja di sebuah bank tadi. Dia mengajak adiknya untuk sama sama derhaka kepada saya. Saya melihat sendiri chat kakanya yang berbunyi “biarlah kita derhaka yang penting jangan balik ke rumah selamanya” .
Selama ini saya besarkan mereka bagai menatang minyak yang penuh , saya belikan makan minum pakaian yang cukup namun ketika sudah berjaya masing masing menjadi kacang lupakan kulit. Saya mohon kepada yang mengenali anak saya NAPIDA BINTI ABDULLAH , agar menyuruhnya kembali ke rumah dan jangan mengikuti jejak kakaknya yang nombor dua di mana dia sanggup derhaka asalkan dia tidak menghubungi saya selamanya.
Sayalah ibu kamu yang membesarkan kamu anak anak ku. Kemaluan koyak dan di jahit berkali kali untuk keluarkan kamu kedunia, ibu bersengkang mata jaga kamu, besarkan kamu itu bukan mudah. Sesudah kamu besar inikah balasan kamu untuk ibu? Wahai anakku ibu minta ampun jika kamu merasa ibu jahat dan kejam ketika mendidik kamu, kalau ibu tidak tegas dalam mendidik kamu, kamu tidak akan menjadi anak yang berguna sampai sekarang.
Ikhlas dari hati ibu yang sudah dilukai.
– MIRI AZIZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino