Sunday, 22 April 2018

Mak Mertua

PengakuanKu

aku sebenarnya baru sahaja menjanda anak 1. aku kahwin masa berumur 27 tahun, dikurniakan anak umur 28 tahun, hidup di bawah bumbung berlainan sejak 29 tahun dan bercerai waktu ku 31 tahun.

aku tak tahu nak mulakan cerita aku dari mana, tapi diringkaskan aku bercerai disebabkan keluarga mertua aku. masa aku baru berkahwin, bekas suami aku terbeban dengan hutan piutang personal loan sebanyak 270k. jujur aku cerita, masa aku kahwin, mak dan ayah aku letakkan duit hantaran dan mas kahwin tak sampai 8k sebab tak nak bebankan bekas suami aku. tup tup lepas berkahwin suami aku buat personal loan untuk buat rumah mak ayah. awal-awal aku tak kisah sebab aku tahu tanggungjawab anak lelaki memang untuk jaga mak ayah, aku jadi kisah bila aku mula perasan mak mertua aku mula minta macam-macam. aku andaikan masa dalam proses bina rumah, 270k cukuplah sampai rumah siap sebab rumah pun bina atas tanah sendiri dan di bahagian kampung pula tu. tup tup duit habis, tapi rumah tak siap. tapi bukan salah kami sebab bekas suami aku beri semua duit tu pada ayah mertua aku untuk uruskan hal rumah tu.

bermulalah episod drama keluarga mertua aku. aku ingat lagi, masa tu rumah tu patut dibina siap berkabinet, tapi kalau dah anjung rumah pun tak siap, apatah lagi kabinet. tiap minggu bila balik mulalah mak mertua aku bising dapur tak siap, anjung rumah tak ada. awal-awal aku dengan bekas suami dah bincang, nak tambah sikit-sikit slow-slow sebab aku pun ada buat loan rumah lain. masa tu aku tengah sarat mengandung, preparation untuk anak pun kena buat lagi. tapi mak mertua aku tak pernah nak faham. memanglah kami berdua bekerja, tapi boleh bayangkan tak kalau loan 270k, agak-agak sebulan dah hampir 2k suami aku kena keluarkan,pastilah masa tu ekonomi kami sangat sempit masa tu. aku ingat lagi, ipar-ipar aku pun bising sebab buat rumah tak siap. tak tolong kami, tapi pandai bising. dan bukan salah kami rumah tak siap, macam aku cakap awal tadi, kami dah beri wang, patut pengurusan wang di buat sebaik mungkin.

aku ingat lagi, suami aku nak beli kereta tak mampu, jadi aku yang beli kereta. suami aku mampu bayar motor untuk ke tempat kerja seharian. pernah mak mertua aku mengamuk sebab nak tukar langsir baru dekat rumah, tapi kami masa tu memang tak ada duit nak beli kain langsir pun. anak-anak lain bukan tak ada, seorang kerja pensyarah, seorang guru sekolah menengah, seorang lagi tentera, tapi tak ada seorang pun yang nak tolong kami atau tolong puaskan nafsu mak mertua aku.

aku ni tak lah cantik mana, kulit aku gelap, muka aku jerawat, aku ada seorang biras muka cantik. aku ingat lagi, awal masa aku pregnant, seboleh bolehnya mak mertua aku tak nak bagitahu orang lain aku pregnant. aku pelik, aku ingat sebab masih awal kandungan, lama baru aku tahu sebab mak mertua aku nak jaga hati biras aku yang cantik tu. bukan tu aje, masa aku pregnant, aku pernah kecil hati sebab mak mertua aku suruh minum macam-macam nak bagi kulit putih. kulit aku memang asal gelap, macam mana nak putih lagi.

last aku dapat tahu masa aku dah nak hampir stress masa aku dah bersalin, bekas suami aku rupa-rupanya ada perempuan lain. perempuan lain tu bukan orang jauh, sepupu dia sendiri. aku dapat tahu, bekas suami aku pernah pun pregnant kan sepupu dia dan pernah gugurkan anak tu. padanlah masa kami kahwin, keluarga sepupu dia tak pernah datang. pakcik dan makcik bekas suami aku tu pun tak datang. masa aku dapat tahu dari facebook, ( sebab aku jumpa fb perempuan tu), aku memang dah macam orang gila. masa aku confront mak dan ayah mertua aku, mak dan ayah mertua aku siap cakap aku buat cerita. bila aku tunjuk bukti, semua terdiam. tak ada satu perkataan maaf pun dari mulut mertua aku. last-last mak mertua aku boleh cakap bekas suami aku buat hal sebab perangai aku macam ni.

aku senyum je masa tu, aku cuma cakap dekat mak mertua aku, “tak apalah mak, mak pun ada seorang anak perempuan, memang lah yang lain-lain lelaki. kita tengok nanti. mak mungkin tak rasa apa sebab yang kena bukan anak mak. mak pun ada banyak cucu lain, kita tengok nanti”.

sekarang aku hidup jaga anak aku. dulu aku memang stress, sampai mak ayah aku bawa aku jumpa ustaz darussyifa untuk berubat. aku pun ada cerita lain lagi, perihal aku terkena buatan orang. tapi tak apalah, aku anggap yang membuat aku tu pun insaf lah kemudian hari.

cuma aku pelik, tak lama lepas aku bercerai, kawan baik aku pun kena benda yang sama. mak
mertua dia control duit suami dia, sampaikan kereta suami dia, kawan aku yang kena bayar. bukan tu aje, ruang suami dia mak mertua dia duduk, sekarang suami dia goyang kaki duduk rumah dia. sampaikan mak mertua nak shopping pun minta duit kawan aku.

aku tak nak komen hal rumahtangga kawan aku, aku tak nak aku jadi penyebab dia bercerai. cuma aku nak cakap dekat sini, kita perempuan kena bijak urus duit kita. jangan sampai kita jadi sole breadwinner dekat rumah. kalau suami kita oku ke, dah tua tak larat bekerja tu tak apalah. tapi kalau umur pun 20-30 an, tapi makan pakai pun kita bayar, baiklah fikir macam mana nak selesaikan. kalau suami memang awal kahwin tak mampu tak apa, ni kita tahu gaji sama dengan kita, tapi sebab keluarga mertua, suami jadi tak berduit…hurm…

sekarang aku happy dengan anak aku. nak kahwin lain tu aku kena fikir banyak kali. aku dah serik dengan mak mertua. bekas suami aku pun, sekarang ni je lah pun nak bagi nafkah dekat anak. sepanjang tempoh dua tahun aku duduk rumah mak ayah sebelum cerai, aku rasa adalah sekali dua dia bagi aku duit nak beli pempers dengan susu, itu pun tak cukup.

aku tak faham dengan dunia zaman sekarang. entah lah…pening

– anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.