Thursday, 2 February 2017

Hiburan dan Ilmu

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malas nak cakap banyak, aku mengaku aku minat Kpop, Kdrama, & Kvariety. Sebenarnya aku minat K-entertainment ni dah lama, sebelum ramai rakyat Malaysia kenal apa itu Kpop. Dulu suka senyap-senyap je, sebab benda ni kurang mainstream jadi macam pelik kalau orang tahu dan sebab itu lah kami peminat tak annoying gaduh-gaduh di comment Fb macam sekarang lol.

OK, stop melalut. Banyak kali aku baca comments pembenci Kpop (termasuklah benci fans Kpop sekali), mostly cakap yang K-entertainment ni hiburan je. Thanks Captain, ko tak bagitau pun kami tau. Sama jugak kalau minat rancangan/drama/lagu tempatan, Indonesia, America dan banyak lagi lah, aku pun tak tau preference korang. Tapi! Benda hiburan kalau otak kau panjang sikit, kau boleh ubah hiburan jadi ilmu.

Contohnya dulu haruslah aku buta huruf Korea (hangul), bila tengok nampak macam kunci je. Lepas tu terfikir takkan la selamanya aku nak hentam je menyanyi. Perasaan dia macam dulu-dulu kau dengar lagu Backstreet Boys tapi tak tau lirik omputih jadi kau bantai je menyanyi. Jadi aku usaha pergi dekat websites yang ajar hangul dan cara sebutan. Lepas dah pandai baca huruf, aku cari lirik lagu yang aku suka dan salin. Bila dah siap aku tulis balik perkataan dalam rumi dekat bawah setiap perkataan. OK bangga la sebab dah pandai sikit. Mulai dari saat tu, bila aku tengok je show Korea, aku mula pay attention dekat captions. Lama-lama aku makin pandai baca. Lagi satu, dulu nak dapat english subtitle untuk sesuatu drama/show memang makan masa. Kekadang tengok je walaupun tak ada english subtitle. Tapi curiosity level aku tinggi so aku nak tau jugak apa yang diorang cakap dlm drama/show tu. Jadi aku buat satu notebook untuk catit vocab Korea dan translation. Caranya aku tengok variety show yang ada korean & english subtitle. Sebabkan aku boleh baca tulisan Korea, senanglah aku pick up words. Setelah vocab aku berkembang, semakin senang aku faham walaupun tak ada english subtitle. Tak lama lepas tu aku masuk kelas bahasa Korea dekat universiti, sebab aku nak belajar bab nak construct ayat etc. Tak lama, satu sem je. Lepas habis sem tu berkembang la sikit ilmu walaupun tak de la boleh cakap fasih berhabuk. Sekarang ni, aku tengok drama sejam tak ada subtitle pun lebih kurang 95-98% aku boleh faham. Dah tentu ada je perkataan yang aku tak tahu lagi. Bukan setakat aku happy boleh enjoy berhibur, aku jugak dapat kuasai satu lagi bahasa baru.

Point aku kat sini:

1. Kalau kau tak buka minda kau dan anggap satu benda tu sekadar apa yang kau nampak itu sangat merugikan. Hiburan boleh jadi ilmu, kena pandai dan jangan taksub.

2. Apa faedah kau bertahun-tahun minat sesuatu benda tu tapi tak bawa manfaat pada kau. Jangan tengok sekadar tengok, try ubah hiburan tu supaya jadi ilmu yang berguna untuk kau jugak.

OK tu je, harapannya korang boleh ubah cara korang berhibur dari seronok semata-mata kepada satu kelebihan buat korang. sedia untuk kena kecam dkt comment section in 3, 2, 1…but seriously weh, I don’t care haha

– Anak Sedara Goblin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.