Sunday, 27 August 2017

Aku dan Dekan

PengakuanKu

Terasa nak share sikit pasal aku dengan dekan ni. Mudah mudahan bermanfaat untuk semua…

Aku sedang menuntut di universiti awam. Sekarang di part 2. Kos? Biarlah rahsia… Dekan? Siapa je yang tak impikan untuk dapat dekan kan. Dipendekkan cerite, paper aku banyk yg subject killer. Sebab aku tengk soalan2 past year memang susah gilerrrr. Semua jawapan tak de dalam nota. Kau rasa ??? Tapi bila kau tengok jawapan tak de dalam nota, soalan2 past year susah. Kau jangan give up!!! Sebab USAHA tu penting!! Aku pon berusaha la cari jawapan tnye mr.google tanya lecturer tnye kawan2 yang pandai smbil2 tu berdoa mudah mudahan usaha aku diberkati Allah. Bila da berusaha. Jangan lupa DOA!! Exam pukul 10. So aku manfaat kan masa pagi tu untuk buat solat dhuha. Setiap kali ada masa terluang aku akan tunaikan solat dhuha. Korang tau apa jadi masa dekat dewan peperiksaan? Bila dapat soalan exam, subject yang aku rasa subject killer sangat tu, tak de la killer mana. Aku cakap mcm tu, sebab aku boleh jawab soalan2 tu dengan mudah walaupun tu bukan soalan yang senang. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku. Mungkin berkat doa mak ayah juga doakan aku masa exam. Ha, doa mak ayah tu penting. So, bila nak exam tu, call la diaorang cakap kau nak exam. Minta diaorang doakan kau. Tak rugi ape2 pon.

15/8 result exam keluar. Aku tak jangka aku dapat dekan sem ni. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Masa aku sem 1, pointer aku 2 point lebih je. Beza masa aku sem 1 dengan sem 2 ni, sem 1 aku tak pernah tunaikan solat dhuha. Masuk sem 2, ade je masa terluang, aku akan buat solat ni. Kalau tak buat sehari tu rasa macam sayang sangat. Terima kasih untuk roomate ku norhar…… kerana telah menyedarkan aku tentang solat ni.

Back to the story, masa aku tengah study nak exam. Ada la seekor kucing ni masuk bilik aku. Lapar agaknye. Aku pon mintak la biskut tiger roomate aku nak bagi dia makan. Sebab aku tak suka makan biskut. Haha. Sambil2 bagi makan tu, aku cakap dekat kucing tu, “doakan aku dengan roomate aku dapt dekan ye” sebab kucing ni aku dengar dia boleh mendoakan kita. So buat baikla pada kucing. Bukan takat kucing, haiwan yang lain pon sama.

Nak bagi sikit tips, masa aku exam, aku ada nazar kalau aku dapat dekan aku nak puasa. Orang kata kalau kita nazar, In Shaa Allah, akan dipermudahkan jalannya. Kalau dapat apa yang kau impikan, maka WAJIB tunaikan nazar tu!!! Sekarang, aku belum bayar lagi, sebab tengah kena chicken pox. Huhuhh. Doakan aku cepat sembuh!!!

Itula sedikit sebanyak perkongsian aku dengan dekan. Mudah mudahan boleh bagi tips atau pengajaran dekat pembaca.

– Auni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.