Salam Admin dan terima kasih.
Aku tak tau macam mana nak mula cerita, tapi apa yang aku nak nasihatkan adalah kita semua perlu lebih berhati-hati untuk membuat loan swasta.
Bermula cerita, aku terjumpa iklan tentang pinjaman wang di Maja***.c** (hanya yang pernah apply je yang tahu). Aku diperdaya sehingga menyerahkan kad atm, password online banking dan membayar “loan fee” sebanyak RM1500 kedalam akaun aku sendiri. Dipendekan cerita selepas penyerahan itu, selalu ada transaksi duit keluar masuk, aku musykil jugak, tapi bila aku tanya, mamat(cina) tu cakap itu hanya transaksi sementara duit loan yang saya akan dapat. Disebabkan kerja aku yang selalu kena keluar daerah menyebabkan aku selalu terlupa hal ini.
Bila tiba-tiba aku baru teringat baru aku tanya pasal loan aku dan mintak cancel sekaligus mintak document n kad atm aku, tapi mamat cina tu selalu berdalih, akhirnya aku membuat keputusan tuk “block” kad, tetapi yang paling aku rasa bodoh sekali kenapa aku tak buat report polis masa tu. Mungkin perangai aku yang malas nk panjang cerita dan kerja yang terlalu banyak membuatkan aku malas nak fikir.
2 bulan kemudian ada polis datang kerumah dan menahan reman aku selama 2 malam. Demi Allah, aku sangat rasa sangat teraniaya dengan apa yang berlaku terhadap diri aku. Sekiranya orang ramai yang memohon loan dan menyelidik dulu dengan siapa yang kamu berurusan, dan akaun siapa yang kamu masukan “processing fee”, mungkin kamu tak akan sewenang-wenangnya bank in ke akaun orang lain (selain akaun mamat cina yang kamu berurusan).
Dan Demi Allah, kepada kamu yang membuat laporan polis menyatakan dan sekali gus memfitnah aku,keperitan aku sewaktu ditahan, menzalimi isteri aku yang sendirian terpaksa menguruskan tiga anak kecil pada malam aku ditahan, dan berulang alik ke balai polis diatas kecuaian kamu sendiri akan aku tuntut diakhirat.
Sewaktu aku ke PPIM untuk minta pertolongan, rupanya ramai yang mempunyai kes yang sama dengan aku, PPIM tidak dapat membantu kerana ini memerlukan kos yang besar untuk mencari mamat cina tu.
Aku berharap sangat kamu jangan senang-senang masukkan “loan fee” kedalam akaun seperti yang diarahkan, pemilik akaun itu sendiri jugak memohon loan dan telah dianiayai.
Semoga ALLAH tunjukkan ke jalan yang benar.
*kes aku masih belum selesai dan akan naik ke mahkamah dan mungkin akan dikenakan denda. Terima kasih pelapor diatas kebodohan kita bersama.
– Aku Mamat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment