Tuesday, 22 August 2017

Hit Rock Bottom

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hai semua…

Kata orang hidup ni ibarat roda. Kadang kita di atas kadang kita dibawah. Bila aku perhati kan hidup aku balik, aku rasa hidup aku selama 24 tahun ni complete satu putaran roda tu. Dia naik slow slow, bila aku form 5 dan makin bertambah usia dia turun balik. Makin lama makin laju dan dia duk diam kat situ takde dah nak naik semula.

Aku juga rasa yang hidup aku dalam setahun dua ni ibarat berada di tepi gaung. Entah bila dan macam mana, aku terjatuh kedalam gaung tu. Tapi belum jatuh gedebuk lagi. Masih jatuh. Masih bermasalah. Ada satu ketika yang aku rasa “I have hit rock bottom”…
Dan orang juga ada kata “when you hit rock bottom, the only way out is to go up”. Jadi aku teruskan hidup aku dengan sisa baki semangat yang masih ada. Sehingga tahun ini. Sehingga saat ini. Tapi sekarang ni aku rasa samada aku belum lagi hit the rock bottom or maybe I fell again. But this time, even harder.

Kau tahu, awal tahun ni aku siap buat list tau benda2 yang aku nak capai untuk tahun ni. New year goals lah. Aku usaha keras untuk capai setiap satu.. Tapi entah lah apa yang silap nya, lepas satu… satu fail. Takde satu pun yang aku berjaya lakukan. Sedih.

Baru baru ni, aku kehilangan ayah aku. Aduh tak tahu nak cakap macam mana sedihnya. Di saat aku punya sisa baki semangat semakin nipis, di saat aku perlukan bahu untuk bersandar, ayah aku dijemput menghadap ilahi. Dalam pada tak sedar aku dah bergelar anak yatim pada usia aku 24 tahun. Kau tahu, aku anak sulung, dan sejak kecil aku dah tanam impian untuk berjasa pada mak ayah. Nak mewah kan mak ayah dengan segala benda sebab mak ayah bukan lah orang senang. Sebab tu aku terkilan sangat bila ayah takde disisi aku sebab aku baru nak balas jasa ayah, ayah dah pergi dulu. Sedih weyh sedih. Allahu. Sekarang apa yang aku boleh buat hanya lah sedekah kan arwah ayah surah al fatihah dengan surah yaasin serta doa setiap kali solat.

Baru baru ni, aku berjaya tamat kan study aku. Degree. Adoi letih jugak lah nak habis kan 4 tahun pengajian. Dan sekarang aku bergelar penganggur terhormat. Sejak semester yang terakhir sampai sekarang aku dalam proses mencari kerja. Merata tempat aku pergi cari kerja dalam bidang aku ni. Sampai satu tahap, duit aku dah kering. Wallet dengan aku sama sama menangis. Dan sampai satu tahap, aku nak print resume pun aku berkira kira, aku nak pergi open interview pun aku berkira kira. Sebab aku takde duit. Loser betul rasanya masa tu. Allahu. Tak boleh jadi ni, kata aku. Aku pergi pulak merata tempat cari kerja part time. Kat kedai makan lah mana lah. Masih belum ada rezeki aku disitu. Maka aku masih bergelar penganggur hingga sekarang.

Pihak universiti pulak banyak minta update status. Dah kerja ke belum? Kerja kat mana? Apa status employment? Dan aku tak tahu nak jawab apa. Kawan kawan satu batch aku kebanyakan nya dah dapat kerja yang bagus bagus. Jauh di sudut hati, tipu laaaa kalau aku kata aku tak jealous. Tapi aku juga rasa syukur dan gembira untuk diorang. Sekarang rezeki diorang. Mungkin rezeki aku tak lama lagi. Tapi aku juga rasa begitu loser hahaha.

Aku saje nak menulis confession harini. Nak cari platform untuk luahan hati. Bila cerita kat adik beradik diorang ejek aku balik. Takpe lah. Diorang tak faham.

Tadi aku pergi jogging. Tiba2 rasa dahaga. Bila check wallet duit tinggal rm1. 30. Singgah kedai, air mineral harga rm1. 40 paling murah. Sadis betul. Aku pun tahan dahaga, tahan hati dan perasaan dan berjalan balik rumah. Tu yang nak buat confession ni sebab entah lah… Sedih betul rasanya. Okay lah bye… Thank you baca! Doakan aku dapat kerja tau!

– Job Hunter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.