Assalamuailaikum dan thanks admin siarkan post ni.
kelmarin aku ade baca post sorang confessor bertajuk MANUSIA PELIK, aku pun terasa nak kongsi gak tentang masalah yang sama.
Aku nak cite pasai anak abang aku.anak sedara aku ni baru umo 5 tahun dan menghadapi masalah yang sama macam confessor MANUSIA PELIK cakap tu .ciri-ciri macam:
-tak bole dok.diam/statik.bila dia tengok tv pun jangan arap la dia nak dok diam macam kita.paling lama 5 minit.lepas tu mula la lari-lari lompat-lompat main mainan dia..maksudnya dalam 1 masa tu serba serbi dia bole buat.aku ni mulut puaka gak.aku penah kata kat abang ni,” acu rimas la abang dok tak diam macam ni..acu ikat hang kat krusi kot ..” .huhu..tapi dia tak layan pun buat tak tau je.tapi tu aku cakap je.bukan nak buat btoi pun.aku maksu yang penyayang la..hahaha.
-abang gak jenis cepat hilang fokus bila blajar.
-slow learner dan cakap tu agak pelat.sampai lani dia dok panggei aku ” bakcu” ..blasah jelah abang oi..dah tak tau nak pulaih lidah hang kot mana dah.hihi
tapi kan..ada gak somethinh yang bole buat dia stay/ statik berjam- jam.tapi buat kami sekeluarga naik seram plak bila tengok macamtu.dia dah tak peduli makan minum dah. kadang- kadang kencing pun dia tahan.lepas tu satg bila dah tak tahan..terabur la…dia dah macam hidup dalam dunia dia sendiri. bila pangei pun dah tak dengar.contohnya macam:
-bila dapat layan cite kartun dekat utube.selalunya weekend baru bagi dia layan utube
-dapat main lego dan puzzle
-suka tulis dan mewarna .dia memang suka hat warna warni. bila tanya,”awat abang kolor warna warni?”..dia jawab,” abang suka rainbow kolor”.
lani umo abang ni dah 5 tahun .dah masuk tadika.petang-petang aku la dok jadi cikgu tuisyen dia sebab dah tak da buat pape .so dari pemerhatian aku ..bila time belajar dia memang cepat bosan, cepat hilang fokus. baru 5 minit buka buku dia dah cakap,” bakcu..abang bosan la ..” .bila dengar dia cakap macamtu ..aku try la cakap kat dia “ok abang baca lagi 2 kali lepas tu abis dah ..dah bole p tengok kartun semula …or take 5 dulu la baru sambung semula…aku tengok cara macamtu saja berkesan untuk tarik mood fokus dia semula.dia memang tak bole concerntrate lama-lama.
abang ni ada gak kelebihan dan istimewa dia sendiri. dia lebih bijak bila blajar or sebut sesuatu tu in english compared dalam bahasa melayu ni.contohnya ,” abang..tulis number 9″. kalau dia terlupa dia akan tanya 9 tu ape?”. bila aku habaq number nine..laju ja dia tulis..dan kadang- kadang tu ada yang aku terlupa sebutan dalam english..laju je dia bagitau..malu iolls ..haha..budak tadika lagi tere tu..
ok..nati aku nak suruh SIL aku bawa abg ni p jupe pakar secepat mungkin.tak kan nak biaq lagi dengan ADHD/ AD tu.seksanya rasa dengar pengalaman confessor tu.tak sanggup nak biar abang lalui sume tu bila dia dah masuk sekolah dan kolej/universiti nati.kita yang normal ni pun tak tahan nak abiskan kelas/ kuliah yang makan masa 30 minit or 1 jam tu walaupun takde naluri nak bangun lari-lari lompat- lompat tu..ni kan plak budak yang sememangnya ada masalah macam ni.sengsara jiwa dia.
si abang- pelik tapi istimewa
– bakcu si abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment