Wednesday, 27 September 2017

Insan Yang Dambakan Syurga

PengakuanKu

Aku hidup dalam zaman di mana rakyatnya suka menjatuhkan orang lain. Di negara yang mempunyai setengah rakyat yang tidak pernah cuba memahami dan berfikiran positif. Aku kelihatan baik pada pandangan tapi manusia tidak pernah lihat di mana kejinya aku. Pandangan manusia seolah aku terlalu baik seolah tidak pernah melakukan kesalahan. Aku islam tapi aku tidak pernah mengenali agama aku sendiri. Aku terdetik untuk berubah tapi mungkin hati terlalu hitam untuk mencari dan menerima hidayah.

Aku tidak pernah merasa cukup dengan apa yang aku ada. Aku penat dengan dosa yang aku lakukan, Aku tahu ianya berdosa dan aku masih melakukannya. Aku seolah tidak merasakan apa-apa. Aku perlukan teman yang mampu membimbing aku. Aku semakin jauh menjatuh. Aku kelihatan seolah-olah orang yang alim. Tidak berpegangan tangan kerana haram tapi aku minum arak. Aku tidak solat. Aku tidak amanah. Allah tutup aib aku, Aku terkadang tidak mampu menilai mana satu dosa dan mana satu pahala.

Aku malu mahu belajar mengaji kerana orang sekeliling. Aku tidak pandai mengaji aku malu. Malu dengan tuhan, malu dengan orang sekeliling. Aku melihat separu di antara mereka yang menutup aurat dengan sempurna juga tidak solat, ada yang tidak cukup kain pakaiannya menjaga solatnya tapi aku siapa mahu menilainya. Aku mahu menunaikan solat tapi aku tidak pandai. Aku cuba menghafal bacaan dalam solat dan memahami apa itu solat tapi aku gagal. Aku malu bagi mereka yang nampak aku baik pada hakikatnya aku tidak. Aku cuba untuk betulkan diri aku tapi aku gagal. Aku gagal.

Aku cemburu dengan mereka yang jatuhkan diri mereka berbakti dan mencintai agama, tuhan dan rasulnya serta sunahnya tapi aku tidak mampu untuk mencari sesorang yang boleh aku percayakan membimbing aku. Aku teringin menjejakkan kaki kerumah-Nya tapi aku merasa aku hambah yang taubatnya tidak di terima. Aku dalam kesusahan aku merasa tuhanku tidak membantu dan mendengar doaku padahal aku sendiri yang tidak melihat bantuannya. Aku sendiri yang tidak mahu mendekatinya.

Aku hidup di zaman dimana mereka memviralkan sesuatu yang kecil tapi terlihat besar di mata masyarakat. Aku hidup di zaman mereka yang sukakan kegelapan. Aku mahu membantu orang lain sedang diri aku tidak terbantu. Aku melihat bilamana aku mahu menegur kejahatan tetapi aku juga melakukan. Aku melakukan kesilapan, kita semua lakukan kesilapan. Mereka yang mengecam, dikecam dan tekecam antara mereka yang melakukan kesilapan. Aku bukan sesiapa. Ulama terkenal juga melakukan kesilapan.

Silapnya kita, kita tidak cuba untuk menarik orang seperti aku yang dalam kegelapan. Diselubungi kegelapan yang memerlukan bimbingan. Kita hanya mewar-warkan tapi tidak mengajak mereka. Ayah, ibu, abang , adik, saudara , sahabat serta rakanku. Jika satu hari nanti aku menjadi punca menarikmu ke neraka. Aku minta maaf. Tegurlah aku, bawalah aku kesyurga bertemu dengan bidadari syurga. Sedarilah aku anakmu, adik perempuanmu, kakakmu, kawan mu dan sahabatmu. Bimbing aku kerana esok lusa mungkin tiba ajal menjemputku. Manusia mana yang tahu?

Duit yang tidak pernah cukup, rezeki yang sempit, hutang yang berlambak, hati yang tidak pernah tenang. Aku dambakan kehidupan syurga di akhirat. Aku mahukannya. Ajari aku cara bertaubat.

– Pendosa tanpa nokta.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.