Hai salam semua !
Aku perkenalkan diri aku sebagai Joyah a.k.a J…. Actually one of family ada sorang kru dalam dunia lakonan ni.. Dah lama dia jadi kru di sebalik tabir ni.. almost 15 years… Kau sebut je nama artis lama-lama dan yang terbaru, confirm dia kenal… cuma nak kata rapat tu, tak semua lah dia rapat.. retis ni pun ada geng2 dia sendiri sebenarnya… ada yang jenis down to earth, boleh masuk dengan semorang.. ada yang jenis kerek sikit.. ada yang bajet hot macam diva… ada yang jenis bermasalah disiplin… ada yang jenis tak reti hormat orang,. jenis mulut murai, kasar dan macam2 lah.. tapi ada juga yang jenis baik… walaupun free hair memang jaga solat.. suka sedekah.. suka tolong orang… macam2 lah….dah nama pun manusia kan…
Aku tahu, ramai rakyat Malaysia terlalu mengagumi retis. Bahkan, korang jadikan dorang idola korang. Aku tak halang untuk korang ambik sisi baik diorang dan jadikan ikutan. Tapi kalau semua benda nak dijadikan ikutan termasuk yang buruk, itu memang aku tak setuju.
Dan kepada kipas susah mati yang selalu sangat back up retis ni, ingat retis korang tu maksum sangat? Yang korang nampak di instagram tu hanyalah apa yang ingin ditontonkan. Korang takkan nampak real side diorang selagi korang tak berkawan sendiri dengan retis tu.
Ni dari apa yang sedara aku citer la… dia cakap, ramai je retis dari zaman dulu sampailah zaman terkini jenis yang memang suka clubbing untuk enjoy… Yang perempuan tu kalau hisap rokok, memang tak terkejut… Even yang pakai tudung pun, ada yang merokok… sedara aku ni memang dah kenal sangat mana retis yang ikhlas bertudung, mana yang fake, mana yang jenis liar, mana yang betul2 baik, mana yang jenis kaki minum, jenis solat, jenis tak solat, semua dia tahu.. even bukti2 pun ada memandangkan sedara aku ni pun kaki clubbing jugak haaha… so kalau nak tahu artis mana kaki clubbing, boleh la godek handphone dia dan tengok sendiri artis mana yang mabuk dan sebagainya..
Tapi satu benda aku respect dengan retis ni, dorang pandai jaga aib sesama dorang.. maksudnya diorang nak party ke apa ke, dorang tak kecoh,.. yelah nak jaga imej kan… takkan nak hapload gambar seksi dan minum.. gila ke apa….
Dan kudos to my sedara sebab dia masih kategori yang baik, tak suka cari pasal dengan orang dan tak dedahkan aib retis-retis.. dia boleh je khianat retis retis tu dengan upload gambar diorang tengah mabuk, tengah minum, tengah clubbing… tapi dia tak buat… sebab dia nak jaga aib kawan2 dia sendiri… well, orang yang liar tak semestinya jahat.. orang yang tak liar tak semestinya baik… kalau nak cakap soal baik atau jahat, sampai kiamat pun tak habis.. sebab baik atau jahat seseorang tiada siapa yang tahu… tapi iman boleh nampak dari luaran (umpamanya berpakaian) sebab orang yang beriman sudah tentu dia takkan derhaka dengan hukum Allah…
Sebenarnya kalau kau nampak sisi sebenar retis kesayangan kau, mesti kau kecewa.. serius aku sendiri kecewa sebenarnya sebab expectation aku lari dari realiti.. yelah selama ni aku stalk insta diorang je.. memang perfect la insta diorang… tapi realitinya.. hmmm hampeh
Aku bukanlah nak cakap semua retis macam ni… ada je yang betul2 suci especially yang betul2 menjaga… tapi gitulah… kadang2 kau tengok muka dia pun kau dah boleh tahu dia liar ke tak… tapi satu jelah aku nak cakap, kalau retis tu buat salah, janganlah kau back up dosa dia pulak… mana boleh menghalalkan dosa hanya kerana dia tu retis.. dan sebab retis tu lawa dan cantik, kau boleh je cakap “biaq pi lah dia nak buat dosa tu pun, dia tak kacau orang”.
Aku nak habaq kat korang ni……mencegah dosa tu wajib… tapi tak bermakna aku nak suruh korang kecam.. maksud aku, kalau tak mampu nak cegah, cukuplah korang benci dosa tu dalam hati je dan JANGAN KOMEN APA-APA KAT INSTA ARTIS TU… tak payah nak back up dia ke hentam dia ke… kalau kau rasa nak nasihat, kau nasihat elok2.. jangan sampai mengaibkan… sebab tu adalah adab dalam Islam…kalau kau rasa dia baca dm kau, kau dm lah dia.. tapi aku tak rasa diorang baca.. haha
Kalau kau betul sayangkan retis tu, sentiasalah doa untuk kebaikan dia,. supaya dia berubah…bukannya menghina memaki hamun dia… kau tahu tak, menyakiti hati orang ni satu dosa besar?
Meh aku quote hadith sikit..
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya. Kalau kau jenis yang suka kecam orang, so kita boleh nampak dah betapa hitamnya hati kau. Hati-hati ! Sebab kau mungkin dah terbiasa menyakiti hati manusia lain tanpa sedar.
Kalau korang nak tahu, pada zaman dahulu ada seorang wanita ni sangat kuat beribadah. Tapi lidah dia selalu menyakiti hati orang lain. Akhirnya Rasulullah cakap tempat dia adalah di neraka kerana lidahnya.
See? Lidah ni sangat powerful sebab kerana lidah, kau boleh masuk neraka. Disebabkan zaman sekarang ni ramai sangat keyboard warrior, jadi aku nak korang beringat la sebelum komen apa-apa, kalau komen korang tu menyakitkan hati, pandai-pandailah kira dosa sendiri dan pandai-pandailah seimbangkan dosa dan pahala korang supaya korang tak terjerumus ke neraka esok lusa
Ceh permulaan citer aku macam nak burukkan retis je kan? Sad truth is memang cenggitulah tapi kita tak de hak nak kecam diorang, unless kita doakan yang baik2. Sedara aku tu pun sama gak, dia liar pun, aku takdelah nak kecam-kecam dia, cuma aku dakwah la slow-slow.
Hidayah ni memang susah sikit nak terjah masuk dalam hati seseorang. Setiap orang bentuk hidayah dia lain-lain.. kalau kau kuat untuk berdakwah , kau masuk dunia hiburan dan berdakwah.. tapi aku jamin kau pun akan lagha sekali, percayalah haha. sebab once dah berada dalam dunia hiburan , only the one with strong faith je akan survive tanpa terjebak dari parti-parti liar dan sosial. And the percentage is about 10% only.
Tapi aku taknak korang pandang hina golongan retis ni. ,. Cukuplah korang tahu depa tak maksum #punchlinesampai
Last word dari aku, fikir dulu sebelum taip apa-apa komen di mana2 sahaja. Komen anda ibarat lidah anda. Jaga lidah, jaga jari jemari anda. Hokeyh?
Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang sentiasa menjaga aib manusia dan tidak menyakiti hati sesiapa
– Joyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment