Sunday, 31 July 2016

SAAT TERAKHIR BERSAMA AYAH

PengakuanKu

salam. saya ada nk kongsi sedikit kisah hidup saya. Saya dahulukan ucapan terima kasih jika kisah saya disiarkan dlm ruangan ini. Kisah ini ketika SAAT TERAKHIR BERSAMA AYAH….
Assalamualaikum warga IIUM Confessions. Oleh kerana aku juga sering membaca page ini , aku terpanggil untuk berkongsi sedikit coretan yang hingga kini masih berbekas di hati.
23/12/2012
HARI ni aku tiba di Bandar Kuala Terengganu Kg halamanku. Ketika di dalam perjalanan sewaktu tiba di Kemaman berlaku kemalangan yang mana telah meragut beberapa orang nyawa. Aku sekadar menjadi pemerhati dan pendengar di atas bas. Begitu hiba mendengar khabar akan kemalangan yang meragut nyawa tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, bas yang aku naiki telah terkandas dalam kesesatan lalu lintas. Oleh hal yang demikian aku tiba agak lewat di Kuala Terengganu tidak seperti kebiasaan. Setibanya di perhentian bas Kuala Terengganu aku menunggu ketibaan adikku. Tidak lama selepas itu, adikku tiba dan kami mengatur langkah ke kedai makan untuk mengisi perut di pagi hari tersebut.

Kami memesan nasi lemak. Sedang asyik kami berbual, tiba-tiba aku menerima panggilan daripada mak. Mak bertanyakan keberadaan aku dan menyatakan bahawa ayah sering menanyakan akan kepulanganku. Aku hiba, aku sebak. Seringkali aku terbayang wajah redup ayah. Bagaimanakah keadaan ayah, setelah 2 bulan aku tidak pulang ke rumah oleh kerana jarak tempat pengajianku agak jauh dari rumah. Setiap hari aku teramat risaukan kesihatan ayah. Ayah insan yang teramat aku sayang. Hatiku melonjak-lonjak untuk pulang cepat ke rumah untuk bertemu dengan ayah. Tiba-tiba adikku bersuara, kata adik sekarang ayah sudah tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Hatiku resah gelisah serta merta air mata seakan mahu menjirus keluar. Namun, kutahan jua agar tidak menitis. Aku harus kuat. Seteguh hati ayah yang kental.

Belum sempat aku sampai ke rumah, mak menelefonku. Mak menyatakan bahawa ayah teringin untuk makan buah pear. Pesan mak, belikan ayah buah pear yang selalu ayah makan iaitu pear yang bersaiz besar dan segar. Lantas selepas letak panggilan daripada emak aku terus ke Mydin. Namun, hampa kerana buah yang aku cari tiada. Aku dan adik bergegas ke Pasar Chabang Tiga selepas itu untuk mencari buah yang diingini oleh ayah. Aku teramat berrsyukur kerana buah yang kami cari untuk ayah ada juga.

Setiba di rumah, aku menyalami mak. Mak memesan agar aku masuk ke kamar ayah untuk bertemu ayah. Aku akur dengan perintah emak. Apabila aku memasuki ruang kamar ayah, aku terkejut. Aku tersentak. Aku hiba. Aku sedih, pilu. Melihat keadaan ayah yang sangat tidak bermaya. Tubuh ayah sudah semakin menyusut. Wajah ayah pucat. Air mata tidak dapat ditahan. Aku menangis juga. Namun ku pastikan ayah tidak melihat aku menangis. Ayah melihatku. Dan tidak semena-mena ayah termenung. Tidak pasti apa yang berada di fikiran ayah, apa yang sedang bermain di fikiran ayah.

Tidak lama selepas itu, ayah menyuruh aku membeli kacang hijau. Kata ayah, ayah mahu makan bubur kacang. Aku tidak sanggup menolak permintaan ayah. Walau pada masa itu hujan turun agak lebat. Aku meminta izin mak untuk pergi ke kedai. Pada mulanya mak memesan supaya pergi setelah hujan reda. Namun, hati ku tidak akan reda selagi apa yang diingini oleh ayah tidak dipenuhi. Dalam hujan aku redahi jua. Namun, harapan kuhancur apabila kedai yang aku pergi telah kehabisan kacang hijau. Aku mengambil keputusan meredah hujan untuk pergi ke kedai yang terletak agak jauh dari kampungku. Walau dalam hujan aku teguh dengan pendirian. Selagi apa yang dingini oleh ayah tidak aku jumpa aku akan tetap mencari.

Alhamdulillah. Aku berjaya mencari kacang hijau yang dipesan oleh ayah. Setiba di rumah emak terus memasakkan ayah bubur kacang. Kata emak, tiap kali ayah makan pasti akan muntah apa yang dimakannya. Ayah memanggil ku lagi. Kali ini seperti kebiasaannya ayah akan menyuruh aku memicit kakinya. Aku akur. Mak yang berada di sebelahku asyik bercerita akan kesihatan ayah yang semakin menyusut sejak 3 bulan lepas. Aku hanya mendengar. Tidak mampu untuk bersuara. Kadang-kadang air mata jatuh kerana tidak sanggup melihat keadaan ayah. Aku bertahan supaya tidak nampak lemah di depan ayah. Aku sedih. Aku tidak kuat melihat wajah sugul ayah. Tubuh ayah semakin menyusut, yang aku picit sudah berlainan dengan dulu. Dari kecil sampai sekarang aku masih disuruh ayah untuk memicitnya.

Emak meninggalkan aku berdua dengan ayah. Aku ralik memicit ayah. Memang ternyata pucat sekali tubuh ayah. Ayah bertanya bermacam-macam perkara padaku seperi kebiasaannya. Pada akhir bicara ayah, ayah berpesan padaku. Kata ayah ‘jika nanti ayah sudah tiada, jagalah diri baik-baik, solat jangan tinggal, puasa pun jangan tinggal’. Ayah berpesan padaku seolah ayah tahu akan kepergiaannya. Aku hanya mampu menangis. Namun, apakan dayaku. Aku tetap insan yang lemah tidak mampu untuk menjadi seteguh karang di lautan.

Keesokkannya, begitulah rutin harianku. Ayah asyik memanggilku untuk mengurutnya. Aku akui, aku agak rapat dengan ayah, sering berbual dengan ayah. Ketika kepulangan aku ke rumah pada cuti minggu peperiksaan tersebut, aku teramat rasakan perubahan ayah. Sehinggalah aku terasa ingin meluahkan dalam kata. Supaya apa yang aku rasa dapat diterjemahkan. Ayahlah insan yang mulia di sisi ku selain emakku. Ayahlah yang mengajar aku mengaji, mendidik aku menjadi seorang yang pekerti. Tapi, aku tahu aku bukan anak yang baik, sering cuai dalam menilai dan menjaga hati ayah.

Hari berganti hari. Tiba jua waktu untukku pulang kembali ke Universiti(bukan UIA), Kuala Lumpur untuk mengambil peperiksaan akhir. Kakiku seolah berat untuk meninggalkan rumah. Lebih-lebih lagi keadaan ayah seperti itu. Saat aku menyalami tangan ayah ketika kali terakhir aku bersua, ayah seolah tidak mahu melepaskan tangan aku. Aku dapat rasakan tangan ayah menarik tanganku. Tapi, apa kan daya aku. Air mata menitis lagi. Aku takut menghadapi sebarang kemungkinan andai aku tiada di sisi ayah. Kucium pipi ayah buat kali itu. Aku seakan merasai kesyahduan yang teramat dalam. Aku sayu, aku hiba. Ku atur langkah untuk memburu impian dan juga harapan ayah yang sangat dalam untuk melihat kejayaanku…..
~

17 JANUARI 2013
AKU mengira-ngira detik di kalendar. Hari lahir ayah jatuh pada 17 May. Aku teringin sekali memberikan ayah kejutan. Aku menatap gambar ayah yang aku letak pada bahagian depan pintu loker. Aku tersenyum sendiri seolah ayah sedang memerhatikanku. Aku tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ayah walau di mana aku berada. Ayah lah insan yang bermakna dalam hidupku.

Hari ini merupakan peperiksaan terakhir aku. Pukul 11.30 aku akan mengambil peperiksaan terakhir. Semalaman aku mentelaah nota. Aku terasa seakan dingin tubuhku. Bimbang demam melanda di saat itu. Aku bermohon kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik agar aku tenang menjawab peperiksaan. Pada pukul 12 pagi aku menemani teman baikku makan di Café berdekatan KolejKu, yang baru sahaja dibuka. Pada malam itu aku sangat gembira. Gembira akan suatu perkara yang tidak perlu aku ceritakan. Cuma teman-temanku yang tahu akan hal itu. Mereka mengerti riak gembira di wajahku. Aku sememangnya tidak keruan. Yang aku tahu aku gembira pada saat itu.

Pada pagi khamis yang dingin, sedang aku asyik menghafal nota ku menerima beberapa keeping mesej daripada adik yang bertanyakan bila peperiksaan terakhirku dan berpesan padaku agar aku terus pulang ke rumah selepas berakhir kertas yang terakhirku pada 11.30 pagi nanti. Aku mendesak agar adik memberitahu akan hal sebenar. Namun demikian, adik tetap membisu. Aku tetap berkeras selagi adik tidak memberitahu akan hal yang sebenar aku tidak akan pulang. Selepas itu, adik berterus terang yang bahawa ayahku sedang nazak tetapi keluargaku bersepakat tidak memaklumkan padaku sebelum aku menghabiskan peperiksaan akhir. Mungkin adik tidak sanggup menyimpan sesuatu yang aku sepatutnya mengetahuinya. Selepas aku membaca pesanan mesej adik, aku terus rebah tidak terdaya. Aku menangis semahu-mahunya. Rakan sebilikku memapahku dan menyuruhku mengambil wudu’ untuk sama-sama membaca yassin untuk ayah.

Saat itu, aku begitu berharap agar aku sempat berjumpa dengan ayah. Aku teringin untuk menatap ayah di saat itu. Peperiksaan yang aku jalani bagaikan sudah aku tidak hiraukan. Wajah ayah, senyuman ayah, gelak tawa ayah, sering bermain-main di kotak fikiranku. Aku langsung tidak dapat fokus sewaktu peperiksaan sedang berjalan. Saat itu, aku mengira detik demi detik masa berlalu untuk aku pulang ke rumah. Aku berharap aku sempat menatap dan memeluk ayah untuk kali terakhir. Sedang menjawab peperiksaan air mataku tidak henti-henti mengalir kerana teringat akan ayah. Aku berdoa semoga ayah kembali pulih seperti sedia kala. Aku seakan-akan pilu, hiba, sedih mengenangkan wajah ayah yang menahan kesakitan.

Aku bersyukur dikelilingi teman yang sangat memahamiku. Mereka sentiasa berada di sampingku apabila susah mahupun senang. Dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu, air mataku tidak dapat ditahan. Keluar juga menjurai di birai mataku. Tidak dapat kutahan mahupun kupendam. Peristiwa inilah yang tidak akan pernah kulupa sepanjang hidupku. Hatiku bertambah sayu dan pedih apabila menerima khabar yang bahawa jenazah ayah akan dikebumikan selepas asar. Hatiku pedih yang teramat dalam, aku teringin sekali menatap wajah ayah. Namun, sudah takdir aku tidak sempat melihat jenazah ayah. Aku tidak sempat memeluk dan mencium ayah untuk kali terakhir. Sebak di dada tidak dapat kutanggung. Sungguh perit saat itu.

ibu

PengakuanKu

Assalamulaikum. Semua duk cerita pasal ‘derhaka’ je. Aku nak share pasal ibu aku.

Ibu akulah ibu dan ayah aku. Ayah aku dah meninggal. Aku masih kecik kot. Waktu tu memang no feelings. Tak tau apa tu ‘kehilangan’. Aku ingat lagi, waktu tu aku tak menangis langsung. Rasa macam takde apa2. Tapi dah besar panjang ni, baru rasa kehilangan tu. Aku pun nak juga ibu ayah aku ada masa aku graduate nanti. Huhu.

Ibu aku kerja gaji RM500. Sekarang gaji RM900. Sikit bukan? Waktu kecik2 dulu, aku nak basikal, tak dapat. Aku nak kasut pun susah. Nak itu tak dapat. Tapi aku faham, she gives me what I need not what I want. Aku tak pernah rasa kurang. Rasa susah, ya. Ibu aku penyayang. Ibu tak pernah keluarkan kata2 kesat dengan kitorang adik-beradik. Mungkin sebab itulah aku pun tak suka sebut dan dengar perkataan yang kasar. Kakak aku selalu kata dengan ibu “Saya sayang ibu. Saya rindu ibu.” Berbeza dengan aku. Aku tak cakap. Tunjuk pun memang tak lah. Tapi aku selalu menangis lepas call ibu (sebab rindu lah haha. Kadang2 homesick juga). Ibu seorang yang baik sangat. Sampai kebaikan yang ibu buat tu aku marah. Ibu suka bagi orang makanan. Kekadang ibu sendiri yang tak makan. Ibu suka bagi orang duit (terutama abang aku), tapi ibu sendiri tak banyak duit. Ibu kata “kalau ibu ada duit, ibu bagi je”. Sedih tau. Oh ya, abang aku dah berumah tangga tapi asyik tak cukup itu ini. Aku tau abang aku tak minta duit ibu tapi memang sifat ibu kan. Mana sanggup tengok anak susah.

Waktu matrikulasi hari tu, aku dapat elaun (RM250 kot). Aku bagi ibu aku RM50. Tahu tak perasaan waktu happy sangat. Huhu. Walaupun diri sendiri tak cukup duit haha. Aku sambung belajar kat sebuah U. Aku dapat biasiswa. Alhamdulillah cukup. Tapi kekadang ibu aku bagi aku duit. Aku tak nak ambil tapi akak aku suruh ambil. Sebab apa? Sebab nak jaga hati ibu. Huhu. Masa mula2 masuk U, banyak guna duit kan? Tahu tak ibu aku hutang sana sini. Sedih wehh. Ribu2 kot. Aku tengah kumpul duit nak bayar hutang tu. Kekadang pak cik aku bagi je aku duit tapi tak banyak pun. Yang aku sedih bila abang ipar aku bagi aku duit. Padahal keluarga diaorang pun nak guna banyak duit. Aku sedar, ramai orang berkorban sebab aku masuk U (korban duit). Itulah semangat aku. Aku tau hidup aku susah tapi aku tak pernah tunjuk susah. Aku macam biasa je. Kalau kawan2 tengok pun memang macam ada duit je (padahal duit biasiswa). Hahaha kalau nak cakap pasal duit memang tak habis.

Ibu aku tak belajar tinggi. Setakat sekolah rendah je. Aku bersyukur dapat keluarga yang baik. Walaupun kami kekurangan dari segi harta benda. Terima kasih ya Allah. Aku harap dapat graduate pada masa yang ditetapkan. Aku harap aku berjaya dalam bidang yang aku belajar. Aku harap dapat bahagiakan ibu aku, keluarga aku. Aku harap aku dapat memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. Aku harap kita berjaya di dunia dan akhirat. Doa ini untuk kalian juga.

Harta Ternilaimu:)

PengakuanKu

Assalammualaikum.

Setiap orang ada mak .Mana ada manusia yang lahir dari dua atau tiga mak.Ada tangan kau dari orang ni , kepala kau dari sini .Tak ada kan ? Satu satu mak tu jelah yang kau ada dunia akhirat.Tak kisahlah dia macam mana pun .Terima dia seadanya.Ingat , mak kau tu pun manusia ,bukan malaikat ! Ye ,I know .Diaorang memang perlu bagi contoh yang baik and whatsoever  tapi kau kena tahu juga lain orang lain caranya.

Pasal yang ada mak suka maki hamun tu , pada pendapat aku lah kan . Mak kau pun serba salah sebenarnya nak maki hamun kau .Huhuhu macam mana aku tahu ?Ni pasal interview mak sendiri dan mendengar hasil perbualan makcik makcik yang selalu datang rumah.Kau tu yang patutnya kna bersabar.Nak kecik kecik hati pulak.Yelah memanglah kau pun penat stress and semualah tapi kau tanya tak mak kau ,kenapa marah marah ni ?Ada apa apa yang tak kena ke ?

Selalunya parents tak nak cerita pasal masalah diaorang dekat anak anak especially yang duduk jauh sebab dia tak nak kau risau .Gundah gulana fikir masalah diaorang.Last last kau balik rumah , bukan seperti yang diharap pun .Balik nak kasih sayang dan perhatian lebih dari mak kau tapi kau beri tak perhatian dan kasih saying lebih pada diaorang ?

Ya aku tahu kau sehari pun tak lupa doakan mak ayah kau.Percayalah aku cakap , diaorang setiap saat otak tu asyik terbayang dekat anak diaorang tau lagi lagi yang duduk jauh .Cuma diaorang tak cakap je .Aku selalu jugak kena maki hamun dengan mak aku hahaha tapi salah aku jugaklah hehehe.Kadang kadang diaorang ni stress , atau memendam perasaan .Kau apa tahu kalau diaorang ada masalah dengan mertua ke , ipar duai ke .Masalah duit ke.Apa apa jelah.

Jangan sebab kau kecik hati macam ni senang je mulut nak petik baik kau matilah , tak nak balik rumah lah .Weh , aku ada je jumpa orang yang bertahun tak balik rumah sebab kecik hati dengan mak sendiri.Ayah kandung dia meninggal pun dia tak balik jenguk ! Kau nak macam tu ke ?Ego orang tua ni tak macam orang muda .Diaorang kalau kau pandai pujuk , pandai cakap , lama lama lembut.Orang muda je darah panas .Cepat melenting dan terasa.

Mungkin kau pun ada buat silap yang kau tak sedar.In everything selak diri sendiri dulu.Jahat mana pun mak kita , percayalah jauh dari lubuk hati dia , dia bangga dengan anak dia.Dia sayang dengan anak dia. “Ibu bangga dengan anak ibu ,ibu terus terang cakap.Walau penat atau sakit macam mana pun , ibu dengan ayah akan usaha cari duit untuk bagi dekat anak anak dengan harapan anak anak akan berjaya .” Meleleh doh bila mak aku cakap gitu ! Huhuhuhuhu.

Dia bukanlah seorang yang suka sweet keh3.Ni kau Nampak part sweet kalau time harimau jadian dia datang aku tersengih jelah.Hehehehehe.Dah tak kuasa nak kecik hati terasa bagai .Sebab setiap kali nak terasa , akan terdetik hati kecil ni setiap kebaikan dan jasa. Macam mana nak buat hati mak kau lembut ? Time dia duduk duduk tu , datanglah dekat dia. Bual bual , cuba selami hati seorang ibu . Urut kaki dia In Sha Allah dia akan terbuka hati nak cerita masalah dia.Macam mak aku , hahaha pantang aku balik semua cerita keluar . Dari A sampai Z ,kadang kadang cerita tu replay je weh huhuhu dah dua tiga kali cerita sama, tapi dah kalau bukan dengan aku dia nak cerita , takkan dengan dinding kot .Dia sunyi tu percayalah !

Ingat , ibu dan ayah satu satunya anugerah berharga yang kau takkan dapat kat mana mana .Baik buruk mereka kau wajib terima dan sedekahkan Alfatihah untuk mereka setiap kali habis solat.Percayalah , di mana pun kau berada , doa mereka tak pernah putus untuk anak dia.Luaran mungkin macam singa ,tapi dalaman mereka Allah sahaja yang tahu .

Itulah harta ternilaimu yang sangat bererti untuk kau kasihi dan cintai tanpa penggantinya lagi nanti…. I’m homesick ,oh man !!!

Habis madu sepah kau buang dan kau jijak selumatnya

PengakuanKu

Assalamualaikum. Apa yang aku nak luah adelah kisah hidup aku.

Masa tengah study tahun 2008, aku kahwin dengan pilihan aku sendiri. Kenal xlama, tapi kitorang kahwin juga biarpun aku tengah belajar. Aku dapat anak masa sem 3 dan ‘extend’ study 1 semester. Masa ni aku bahagia je & S(bekas suami) layan aku baik biarpun kitorang jauh, dan aku PJJ dengan dia. Anak aku MIL & S yang jaga sampai aku habis study. Grad je dari tempat belajar, kitorang duduk sekali dengan family aku sebab S dapat kerja area Selangor.

Start duduk sekali baru aku paham, dunia xseindah syurga. Aku curiga sebab handset dia selalu sorok-sorok. Kitorang selalu gaduh bab handset ni. Lepas sebulan macam tulah, pagi raya haji ex adik ipar aku dapat mesej dari seorang perempuan kata dia menunggu S hantar dia dekat airport sebab nak balik negara asal dia, baru la kantoi terang-terangan dia ada perempuan lain. Aku masa tu berapi tak payah nak cakap la. Aku packing barang  & ajak anak aku balik Selangor haritu jugak. Tapi exMIL tahan aku & suruh bincang dengan S elok-elok. Aku pun bincang malam tu lepastu S cakap dah insaf dan janji tak buat lagi.

Lepas peristiwa kantoi tu, aku & S balik negeri asal kitorang & S dapat kerja lain. Tahun 2012 aku pregnant anak kedua, hujung tahun aku dapat kerja goverment tapi kena bertugas dekat pendalaman. Aku terima offer sebab memandangkan nak tolong S sebab ahli keluarga nak bertambah dan aku punya niat memang nak senangkan family kecik kitorang ni.

Selama aku kerja dan duduk pendalaman aku sendiri uruskan anak, dekat sana line kurang kena letak dekat tingkap untuk mengemis 1 bar line. Aku gigih juga tidur 1/2 pagi nak mesej dengan S sebab xnak dia rasa sunyi even aku penat gila sebab urus anak sendiri dekat kawasan pendalaman ni. Tapi aku mengaku, aku selalu tertidur masa aku mesej sebab line kekadang slow sangat dan aku mengantuk tunggu mesej lepas dan sampai dekat S.

Dalam  2 tahun aku duduk sana aku dah try banyak kali untuk mohon tukar tapi tiada rezeki aku nak duduk dekat dengan S semula. Tahun 2014 rezeki aku pregnant anak ketiga n krisis kitorang bermula sebab aku memang tak larat nak mesej sampai jauh malam sebab penat kerja urus anak sesorang dan mengandung, tapi S macam tak paham . Dan dia selalu aku tinggal keseorangan malam-malam tak dapat nak layan mesej dia. Tapi bila jumpa hujung minggu aku layan jelah seadanya. Dia yang kebosanan tak dapat layanan mesej dari aku mula masuk club kereta dan mula la join group whatsapp, start dari situ dia dah lain sangat dan handset dia aku xboleh sentuh lansung. Masa tu bulan 9/10 2014.

Tahun tu jugak aku ade buat loan untuk tambah rumah abah, aku bagi S pegang kad bank aku dan suruh bagi dekat abah aku, rupanya dia xbagi sesen pun dekat abah aku, tapi dia guna pergi siapkan kereta dia. Aku senyap dan taknak bergaduh jadi aku ignore jelah benda tu. Masa tengah pregnant tu aku, hujung tahun 2014 aku nak balik dekat S tapi dia tak bagi ada kerja kata dia, masa tu birthday dia. Aku punya sedih, malam birthday dia aku wish guna mesej sebab xdapat contact dia.

Awal 2015 aku dapat tukar dekat dengan S, tapi nasi dah jadi bubur, S dah ade perempuan lain dan dia mengaku dengan aku yang dia takde perasaan pun sekadar nak tolong perempuan tu sebab tengah krisis dengan suami dia. Aku cari sampai dapat number perempuan tu dan aku jumpa. Aku stalk fb dia & apa yang aku betul terkejut masa birthday S diorang pergi bercuti dekat PD dengan kereta S sebab aku kenal sangat barang2 dan suasana kereta tu. Perempuan tu xsah lagi cerai dengan ex suami dia dan S masih suami aku. Hancur hati aku ni tuhan je tahu. Anak-anak & isteri sendiri dia tak pernah bawak bercuti pergi mana-mana sebab aku paham kitorang ni xsenang mana, dan takde lah boleh bercuti mana-mana.

Aku call perempuan tu and cakap bebaik dekat dia. Perempuan tu tak percaya dan aku bagi fb aku yang ade gambar kitorang ber4. Malam tu S tak balik lepas dia keluar settle hal dia dengan perempuan tu. Dia marah kat aku sebab memandai call I (perempuan tu). I janji dengan aku takkan ganggu S lagi dah. Aku pun percaya tapi takdelah sepenuhnya. Dalam masa tu duit S selalu takcukup dan aku dapat call dari boss dia cakap S ade guna duit dia puluh ribu. Aku yang tengah semak ni dengan memacam masalah aku buat loan atas nama aku sebab dasar sayangkan suami aku bayar 9k dekat boss dia dan 1k aku guna untuk keperluan anak aku n yang bakal lahir.

Bulan 2 2015 aku tgh sarat 8bulan masa tu CNY, S cakap dia kena kerja pendalaman seminggu n suruh aku balik selangor, dia hantar aku naik bas dengan anak2. Bayangkan aku 8bulan dengan 2 orang anak naik bas, sampai dekat pekeliling aku turun and naik tren pe semua nak sampai dekat rumah mak aku..seminggu tu aku xdapat contact dia, dan dia cakap line takde. Aku takde lah bodoh sangat. Balik dari cuti seminggu dari rumah parents aku, aku stalk Wechat kawan keret dia.

Nah lagi sekali aku terhenyak. Rupanya ade event kereta dia dengan kawan-kawan dia  & guess what? Aku nampak pic dia dengan perempuan tu. Diorang pergi seronok main air, bbq ape sume. Kali ni kena tikam bertubi aku. Sakit dia tuhan je tahu.  Aku bergaduh teruk dengan I tu pun aku maki dan dia block aku. Sapa yang tahan. Aku yg tengah sarat dia suruh naik bas balik sendiri rumah parents dengan anak. Dengan duit aku dia kikis sebanyaknya.

Aku tak tahan, sepanjang 2 bulan sebelum bersalin aku bergaduh hari-hari dengan S. Dan masa nak dekat bersalin dalam awal bulan 4 2015 S hantar aku dekat dengan mak dia. Dia balik pagi aku nak bersalin, aku sempat mintak maaf dengan I sebelum bersalin, n I siap cakap maybe kehadiran anak aku ni dapat eratkan kembali hubungan aku dengan S. Semua itu lakonan dari lidah kau biawak. Lepas bersalin aku pantang seminggu dekat rumah ex MIL aku. Aku suruh akak aku jemput, sebab anak aku kena sawan tangis, n ade lah a few mulut cakap sebab aku duk makan hati n menangis je kerjanya masa pregnant anak ke3. Eh, kau xkena macam aku, so jangan banyak bunyi, sapa tahan laki main kayu 3 belakang kita.

2 bulan pantang dekat sana aku selalu bergaduh dengan S. Sebab dia ignore anak. Jarang tanya pasal anak. Nafkah memang takbagi lah. Aku guna duit aku je untuk anak aku. Aku dapat balik semula dekat sana bulan 6 2015 tu pun lepas jenuh aku pujuk nak pantang sana pulak. Bulan puasa dekat sana aku rasa takde makna, S dah berubah habis. Dan satu malam, aku bergaduh dan aku ugut, kalau dia duk main cinta lagi dengan perempuan tu aku bagitahu family perempuan tu. Dan dia pun ugut.

‘Kalau awak bagitahu family dia,jatuh kat awak 1 talak’. Terkedu aku. Dia lagi sayangkan perempuan tu dari aku. Malam tu aku nekad, aku mesej semua adik beradik perempuan tu, dan jatuh kat aku talak. Dan penerimaan adik beradik perempuan tu ade yang ok ade yang xok. Ah pergi lantak lah. So, start dari malam tu aku bukan isteri dia lagi.

Dari sejak tu, aku ade rasa menyesal dan cuba berbaik, n pujuk S nak bersama balik, tapi S xnak dan dia ade tidur dengan aku, tapi atas dasar nafsu. Bukan niat nak bersa balik. Terhinanya aku rasa. Dan aku rasa maruah aku tercampak tempat paling hina. Sejak dari tu, aku duduk sesorang dengan 2 anak aku, aku belajar bawak kereta, dan ambik lesen. Anak yang bongsu mak aku jagakan sebab sawan tangis dia xsurut2.

Aku survive sendiri, nafkah memang S jarang sangat bagi, gaji aku ni xbanyak. Staff je pun, banyak family aku lah support. Anak yang bongsu sepenuhnya parents n adik beradik aku bagi. Dari duit pampers,susu,baju ape semua. Sesen dia xmerasa duit ayah kandung dia.

Aku fail kes cerai kitorang dekat mahkamah. Dua kali jumpa hakim settle hal kitorang. Sebab aku nak cepat, aku nak pindah balik selangor. Dan awal  bulan 4 2016 aku pindah selangor. Sekarang aku duduk rumah parents aku, dan nafkah memang takde S bagi. Raya baru ni aku beli sendiri baju untuk anak-anak aku dan oh, sebelum puasa baru ni S dah nikah dengan I. Tahniah la. Semoga kau berubah laku. Raya ni anak aku 2 orang S ambik n bawak beraya dekat sana, diorang dapat la baju raya 2 pasang sorang dari S dan I. Yang kecik ni alhamduliah, ade family aku yang support sikit. Dapat la dia pun beraya dengan aku.

Sekarang aku nak fight untuk nafkah anak dan hak penjagaan anak. Kalau ada sesiapa nak tolong aku dan caj tak mahal sangat boleh la tinggalkan number atau fb korang. Sebab gaji aku pun, loan untuk dia saja dah dkat RM 500 potong tiap bulan selama 10 tahun. So, 10 tahun aku tanggung beban biawak hidup sesorang. Aku dah buntu. Sebab aku sayang anak2 aku. Aku taknak diorang jauh dah dengan aku. Dan aku nak hak anak aku terbela. Hal aku, biarlah tuhan yang tentukan.

Sekian

Mommy of 3 awesome kiddos

reply for bercinta lepas kahwin tak semanis khabarnya

PengakuanKu

assalamualaikum..

aku terpanggil untuk kongsi kisah kat sini setelah aku baca confession bro fadhil..aku kesian kat kau bro..aku faham sebab aku pun pernah lalui apa yg kau lalui..jadi mangsa dera..hahha..cuma yg bezanya wife aku (sebetulnya ex-wife) tak pakai niqab..hahah..

aku tak tahu silapnya kat mana..aku teringat dulu aku pernah kena belasah dengan abang2 ipar aku hanya sebab ex aku mengadu pada diorang yang aku pukul dia..padahal tu semua rekaan..tak ada sebab pun untuk aku perlu berkasar dengan dia..ex aku ni bukan calang2 orang..belajar tinggi dari aku, kos agama, bertudung labuh, join usrah..tak macam aku ni, belajar level takat diploma, dan aku bukan dari background keluarga yg islamik..tapi hubungan aku dengan Tuhan memang aku jaga..

awal2 dulu dia yang beriya2 sangat nak kahwin dengan aku..padahal aku ni tak ada apa pun..dia ‘kejar’ aku gila2..aku ingat lagi awal2 perkahwinan dia janji nak susah senang sehidup semati dengan aku..tapi janji tinggal janji, baru 3bulan bersama dia dah mula merungut mintak cerai..alasannya hanya sebab aku tak mampu nak tanggung dia, gaji aku kecik dan aku tak ada kereta..korang bayangkan waktu tu aku baru beberapa bulan bertapak dalam dunia pekerjaan..sepatutnya dia kena bersabar sikit..lagipun makan pakai semua aku bagi dia cukup dan aku tak pernah sentuh langsung duit gaji dia..

disebabkan aku sayang kat dia, aku buat ot..hampir tiap2 hari.semua hanya sebab dia..tapi dia tetap tak berubah..lagi teruk lagi ada lah..dia dah mula halau aku tidur luar..cakap pun dah ber’aku engkau’ dengan aku..maki hamun dan mencarut tak kira masa..babi, sial, pukimak dan sewaktu dengannya semua aku dah pernah rasa..kadang2 aku menangis sensorang..bukan sebab aku sedih dgn cacian dia, aku sedih kalau Allah murka pada aku sebab aku tak pandai jaga bini..aku takut kalau aku dipersoalkan di akhirat nanti..

lepas dia dapat offer kerja, sikap dia makin menjadi2..mana taknya, gaji dia lagi besar dari aku yang ciput ni..dia pandang aku sebelah mata..dia dah mula keluar rumah tanpa izin..bila aku tegur, dia cakap aku dayus dan berdosa sebab tak izinkan dia pergi usrah, cari ilmu agama..dia dah mula angkat tangan dan kaki pada aku..aku ingat lagi masa dia kejut aku pagi2 guna kaki dia..kadang2 dia siram air kat aku dan sepak2 aku sambil marah2..aku ingat lagi dia pernah pijak aku masa aku demam, mc tak pergi kerja..dia tuduh aku pemalas..dia paksa aku pergi kerja..dia langsung tak fikir aku teruk kerja siap ambil ot tiap2 hari sampai sakit2 hanya sebab dia..aku ingat kahwin dengan perempuan tinggi ilmu agama macam dia hidup aku akan bahagia..tapi aku silap..lagi tinggi ilmu dia, lagi hina aku dimata dia..

segala urusan rumah bukan lagi kerja dia..masak, kemas rumah semua aku yg kena buat..dia pulak hanya goyang kaki tak buat apa..aku tahu dia sengaja buat tu semua semata2 dia mahu aku ceraikan dia..tapi aku tak nak sebab aku sayangkan dia..aku yakin rumah tangga aku boleh diselamatkan lagi..aku teruskan bersabar..

pergaduhan tercetus bila ada sekali tu dia tengah buat kerja kat laptop dia..dan aku tanpa sengaja terlanggar wayar charger dia dan laptop dia automatik off..dia mengamuk menjerit maki hamun aku..dia pukul2 aku tapi aku langsung tak balas..tiba2 dia ambil helmet aku dan baling kat kepala aku..wktu tu aku hilang sabar dan buat pertama kali aku tampar muka dia sampai terduduk..kebetulan jiran sebelah rumah suami isteri datang sebab dengar suara bising2..bini aku cepat2 pergi kat diorang sambil menangis dan mengadu konon aku selalu pukul dia..waktu tu jiran aku si isteri tu berkeras nak buat report polis, tapi suami dia tak bagi..rupa2nya si suami dah dapat agak bukan aku yang salah dalam hal ni..malam tu aku demam, kepala aku sakit..dia?? memang langsung tak ambil tahu pasal aku..besoknya suami jiran aku tu (aku panggil dia abang R la) yg bawak aku ke klinik lepas tengok aku keluar rumah nak pergi kerja dalam keadaan yg sangat lemah..hentakan helmet tu memang buat kepala aku betul2 sakit..

abang R jadi tempat aku mengadu..sekeras2 aku sebagai lelaki, haritu memang air mata aku tumpah jugak..abang R cadangkan kami pergi kaunseling..tapi dengan sikap bini aku yg holier than thou tu aku dah tahu, takat kaunseling memang dia takkan layan..tapi aku tetap tak lupa berdoa moga Allah ampunkan dia dan berkati hidup dia..tu doa aku hari2 untuk dia dulu..

benda ni berlaku lama jugak..makbapak kitorang langsung tak tahu kalau selama ni hidup kitorang bermasalah..akhirnya lepas lebih kurang hampir 2tahun hidup berumah tangga, aku lafazkan talak..tu pun lepas aku dapat tahu dia ada hubungan dengan lelaki lain..aku dapat tahu lelaki tu serba ‘ada’..aku jadi tak ada hati nak teruskan perkahwinan yang menyeksakan ni..lagi2 bila dia dah mula hina2 orang tua aku depan aku..waktu tu, semua keluarga aku termasuk orang tua aku sendiri pulaukan aku..diorang semua cakap aku jahat sebab sanggup ceraikan ‘isteri solehah’..hahhahah..memang dia dah betul2 berjaya ‘berlakon’ dan tipu semua orang sampai tak ada siapa lagi percayakan aku kecuali abang R..

tapi Allah tu maha adil..kebenaran akhirnya berpihak pada aku..family dia yg dah maki aku dulu akhirnya tahu jugak sikap sebenar anak diorang..begitu jugak orang tua aku..tapi aku tak marah dan salahkan diorang sebab aku tahu yang diorang tak tahu..apa pun berlaku pada aku tu aku yakin pasti ada hikmah dan kebaikannya..

alhamdulillah, sekarang aku dah kahwin lain..Allah kurniakan aku seorang isteri yg sangat baik dan solehah..juga belajar tinggi lebih dari aku, kos agama dan bertudung labuh..tapi dia sangat2 menghormati aku sebagai ketua keluarga..isteri aku ni dulu study uia macam korang jugak..kalau orang tanya aku tak serik ke kahwin dengan perempuan macam tu? aku akan jawab ‘tak’..aku percaya tak semua perempuan bertudung labuh tu jahat..sama jugak dengan perempuan berniqab..sama jugak dengan manusia yg lain..kita tak boleh pukul rata..kita kena faham, orang yang ‘tahu’ agama tak semestinya ‘faham’ agama..kalau tak, takkanlah aku kahwin dengan isteri aku yg sekarang? hahaha..

apa pun aku mohon doa korang semua untuk aku sekeluarga terutama isteri aku yang bakal melahirkan cahaya mata kami yg pertama tak lama lagi..kisah aku ni, apa yang baik korang ambil la bawak balik..yang buruk tu korang campak jauh2..dalam hidup kita ni, memang kita akan jumpa macam2 orang dan keadaan, tapi yakinlah seteruk mana pun ujian yang datang, tu semua adalah tarbiah dari Tuhan untuk kita jadi hamba yang lebih bersyukur dan lebih menghargai..bersangka baik lah dengan Allah..
wassalam..

jiran

PengakuanKu

Setiap org inginkan jiran yg baik. Saya tinggal di kawasan teres 2 tingkat. Surrounding alhamdullilah baik. Semua ok. Jiran2 semua ok best.

Beberapa tahun lepas suami jiran sebelah rumah saya terlantar stroke. Isterinya shj yg bekerja jauh di kl. Rumah kami memerlukan akak tu naik train byk kali sblm sampai ke rumah. Balik kerja kdg2 akak tu balik lewat. mmg kesihan tgk dia. Satu hari, dia serahkan kunci rumah dianpada sy in case kalau dia terbalik lewat boleh saya belikan  makanan utk suami dia atau in case rumahnya black out tiba2 time kerja boleh minta suami saya masuk rumah dia dan on kan balik switch letrik rumah beliau waktu dia kerja.

Melihat akak tu terkejar uruskan anak2 dan suami. Kdg2 saya menyapu dihalaman rumahnya.kdg2 suami hantar makanan. Ada sesetgh keadaan saya suruh suami saya hantarkan buku2 motivasi dan cd motivasi agama.saya faham , bukan mudah duduk rumah keseorgan dlm keadaan sakit.carikan kerja yg suaminya boleh buat online dirumah. Suami akak tu kami suami isteri sifatkan sgt baik. Manis je senyuman bila kami dtg.

Disebabkan lihat suaminya terlantar sorang2 , saya mengajak jiran lelaki depan rumah sama2 bagi moral support kepada suaminya.nawaitu agak suaminya tak sunyi.

Dari situ bermula episod akak sebelah rumah mula tak suka. Bermula dgn akak tu meminta kunci rumahnya balik. Dah start marah2 anak2 saya yg kecik2 ni kalau ada sedikit sampah tersesat masuk rumah dia. Mmg dia marah.kalau tutup pintu terkuat sikit dapat msg yg kurang enak dibaca. Saya tertanya2 apa salah saya.tahun lepas suaminya meninggal dunia.tapi akak tu tak bertegur sapa. Saya pelik apa salah saya kat dia.

Kemuncak cerita, satu hari atap porch rumah saya bocor. Saya letak bekas x mau air menitik jatuh kerumahnya. Habis je hujan akak tu msg tanya kenapa letak bekas tu. Rumah dia ada cctv tau boleh monitor apa saya letak. Saya kata air hujan takut kene rumah dia. Dia kata, ada ustaz kata suaminya meninggal sbb buatan org. Dia kata org yg buat dekat je duduk dgn rumah dia. Saya kata lain mcm je bunyi msg ni kak. Dia kata org yg buat nampak je pakai tudung labuh tapi buat macam2 (referring to me). Saya kata kenapa akak cakap mcm tu? Dia kata ada org nampak saya duduk depan rumah dia .sapu2 sampah. Saya mengucap pjg. Saya kata kak, saya tolong sapu sampah daun2 sampah depan rumah tu je. Kenapa negetif benar perception dia pasal saya. akak tu maybe ingat saya yg tabur pasir utk sihirkan suami dia. padahal kita tolong sapu2kan sampah je. mcm mana serong benar pandangan dia pada saya. Dia kata sampai mati pun suami dia tak maafkan org yg sihir2kannya. Pdahal suaminya baik orgnya x mungkin suaminya marahkan kami.

Akak tu kata menyesal bagi kunci rumah dia kat saya. Sedangkan saya dan suami bantu belikan makanan utk suami. Klu dia rasa saya perempuan masuk tgk suami dia. dan kalau saya masuk rumah dia , suami saya yg masuk dulu dan bila suami akak tu kata ok boleh masuk saya masuk dgn suami dan anak2 .x pernah hayat synmasuk rumah dia time dia x de .dah diberitahu mcm tak puas hati juga. Saya kata kenapa ni kak.saya tolong akak akak kata gini kat saya.. dia kata saya ngungkit . Pertolongan saya x ikhlas katanya.

Benar org kata buat baik berpada2. Saya dapat rasakan jiran2 lain sejak suami akak ni meninggal mula menjauh dr kami. Saya pun x tahu nak buat mcm mana.

berkali minta maaf tapi x maafkan.sampai dia tuduh melampaui batas perbuatan yg saya tidak pernah buat saya rasakan diri saya difitnah dgn begitu dahsyat. Dlm hal ini perlu tak saya memohon maaf lagi? Tak seronok jumpa jiran muka masam hari2.tp apa nak buat hatinya sudah tertutup. Hanya Allah je yg boleh lembutkan hatinya.sampai hari ni saya masih x faham kenapa dia marah sgt kat saya.

Saya tak menaruh marah atau dendam cuma kalau boleh biar dia berbaik semula dah 2 thn x bertegur sapa.tp suami menegah katanya dah habis limit saya minta maaf dan kena tuduh pula sihirkan suami dia ,suami kata itu sudah melampaui batas memfitnah kami. dlm islam adakah saya perlu terus menerus minta maaf. Atau biarkan dia tidak bertegur sapa.

Saya harap suatu hari nanti hatinya terbuka utk memaafkan. Kalau kak baca msg ni..saya mohon maaf x de niat kak. Dah puas teknik nak pujuk hati akak.buang yg keruh kita ambil yg jernih. Hidup kita singkat sgt.

Keluarga

PengakuanKu

Aku ni manusia biasa. Kalau nampak kat mana2 asyik tersenyum je.Tapi dalam otak serabut. Serabut dengan hal family.

Tentang diri aku:

1) Aku muda lagi. Anak yatim. Dah bekerja. Belum berkahwin. Tinggal dengan nenek bersama 2 orang adik beradik (abang, adik perempuan).

2) Nenek anggap aku sebagai cucu dia yang boleh diharap. Sumber pendapatan rumah.

3) Adik aku gelarkan aku seorang yang pentingkan diri. Aku je nak menang dalam semua hal. Aku anak kesayangan Mak. Apa aku mintak semua dapat kononnya.

4) Mak ingat aku seorang yang hidup senang. Berduit.

Kisahnya:

Aku baru 7 bulan bekerja. Aku tak berduit tak ada simpanan walaupun dapat gaji setiap bulan. Sebabnya aku tanggung 100% perbelanjaan rumah (bil api, air, ASTRO, stock makanan dan barangan keperluan rumah), duit wajib untuk mak, duit belanja untuk nenek, dan bayar loan PTPTN.

Aku senyap tak pernah mengungkit walau sedikit pun selama ni. Tapi hati dah tak dapat pendam lagi bila asyik bergaduh hidup tak tenang.

Kejadian pertama bila adik WhatsApp aku masa tengah kerja gambar barang aku yang ada kat lantai bersepah katanya. Aku cuma kelam kabut sebelum pergi kerja dan tak sempat alihkan barang tu. Masa tu langit mendung nak hujan. Bilik bocor tak mampu nak betulkan bumbung lagi. Dia maki hamun aku kata “Berapa kali aku cakap jangan letak barang sepah2. Memang tak lah aku nak angkat. Nanti balik jangan nak tanya asal tak tolong.” Aku cakap dia selfish. Biar je lah tak yah tolong apa2. Basah pun basah lah. Dia kata pulak kau ingat kau tak selfish? Aku pun layankan jelah dengan mengaku aku selfish. Tapi benda ni aku tak mampu nak bagi kat dia.

1) Ye aku memang selfish bila dia tengah belajar takde duit sebab duit PTPTN dah habis mintak kat mak. Mak pun takde duit aku pun tolong lah bagi. Sebenarnya banyak kali tapi dia ingat duit tu datang dari mak. Dia tak tau aku yang bagi duit tu.(Beli ticket flight melancong dan beli iPhone 6 ada duit) Akak yang bekerja ni pun pakai Huawei RM200 lebih je.

2) Aku memang selfish bila dia mintak tolong beli topup aku tak pernah fail walau sekali belikan untuk dia.

3) Aku memang selfish bila dia ada angan2 nak berniaga mintak modal RM500 aku bagi duit kat dia. Last2 apa pun takdak duit entah kemana. Walau sekali pun aku tak pernah tanya mana duit atau mintak dia bayar balik.

4) Aku selfish bila dia nak pergi melancong flight pukul 6 pagi takde sesiapa yang boleh nak hantar. Aku ‘volunteer’kan diri aku sebab kesian. Aku pinjam kereta bf aku untuk hantar dia. Pukul 3 pagi kena bangun sebab tumpangkan kawan dia sekali tunggu nak dekat sejam kawan dia lambat. Kena saman pulak sebab no plat kereta bf aku satu terjatuh. Lepas tu redah jam pergi kerja.

5) Nak keluar enjoy dengan kawan takde duit nak “pinjam” kat aku. Aku sentiasa bagi kalau dia mintak duit. Tapi tak pernah mintak balik. Dan banyak lagi aku tolong dia.

Kejadian kedua, nenek buat open house. Saudara mara pakcik makcik semua datang makan2. Macam biasa lah orang balik kena kemas rumah. Aku kemas separuh sebab tiba2 boyfriend ajak keluar pergi mamak jap teman makan. Aku pesan kat nenek jangan buat apa2 nanti aku balik aku sambung kemas. Tiba2 masa tengah kat mamak dapat whatsapp kat group family dari adik maki hamun semua orang dah makan tak reti nak kemas. Makcik2 datang beraya dia expect orang nak kemas dulu sebelum balik? Tu kan kerja tuan rumah. Aku pun kata aku dah kemas sikit nanti balik sambung kemas balik. Dia kata tiap malam nak jumpa boyfriend macam boleh mati tak jumpa sehari. Biar orang tua tu buat kerja semua. Dia bebel siap tweet lagi pasal aku macam aku mengelat kemas rumah suruh nenek aku buat kerja. Bila balik rumah aku ingat dah siap kemas lah sebab adik aku bising sangat. Rupanya dia tengah gelak2 tengok korea. Aku pun sambung kemas sampai pukul 1 malam. Dalam otak fikir mampus nak kerja esok. Yang aku geramnya adik aku punya emosi ingatkan dia yang kemas. Rupanya dia bising2 sampai nak tweet bagai sambil tengok Korea. Aku tak boleh terima betul.

Kejadian ketiga, rumah ni ada 3 bilik. Satu nenek. Satu adik. Satu abang. Aku? Bilik aku kat ruang tamu depan TV. Setiap hari bentang ‘toto’. Aku tidur pukul 11 malam paling lambat setiap hari sebab pagi nak bangun pergi kerja. Adik beradik aku boleh bantai tengok TV gelak kuat2 bukak TV kuat2. Setiap malam asal nak bentang tempat ada mata yang tak puas hati aku dah nak tidur.

Kejadian keempat, pasal tidur jugak. Aku sakit, demam sakit tekak selsema. Balik kerja terus nak tidur. Nenek aku tutup TV awal. Sekali adik aku keluar dia kata siapa pandai2 tutup TV? Aku nak tengok Running Man lah. Nenek kata akak nak tidur tu. Dia kata takde matinya lah kalau tak tidur pun. (Masa ni lah aku tulis benda ni sambil dengar dorang (abang dan adik) gelak2 dengan kuatnya tanpa rasa bersalah).

Ni baru adik punya perangai je. Abang? Abang aku baik. Cuma dia tak bertanggungjawab. Kenapa aku sorang kena tanggung semua benda? Makan minum abang aku kena tanggung? Bil2 rumah aku kena bayar sorang? Abang apa yang duduk rumah melepak, kerja part time bila takde duit je, duit untuk main game kat CC, siang tidur sepanjang hari malam keluar sampai pagi, siang bangun untuk makan je. Mana pergi tanggungjawab untuk ahli keluarga? Ayah dah takde sepatutnya adik beradik bergantung harap pada abang yang sorang tapi…..

Nenek pulak harap duit dari anak2. Anak ada 5 tapi 2 je yang bagi duit tiap bulan. Tapi yang sorang tu pulak bagi duit tak lah banyak. Nenek kena jaga anak dia pulak. Dah anak pulak makan memilih. Nak ayam je. Mana anak yang lain? Kenapa aku yang kena tanggung mak kau? Kenapa aku kena tanggung semua benda? Takde sorang pun yang offer nak bayar sikit perbelanjaan rumah. Even belikan beras untuk mak dia makan pun takde. Nak bayar bil aku bagi duit kat nenek. Aku takde transport. Aku tak sempat nak bayar bil2 tu semua sebab aku pergi kerja. Tak ada sorang pun anak dia nak offer pergi bayarkan bil tu. Tak mintak duit pun. Duit aku dah bagi. Nenek aku ni pun pergi lah jalan kaki jauh2 nak bayar bil. Tu pun bayar kat kedai2 agent. Jangan kata bayar bil. Nenek aku ada appointment jumpa doctor kat klinik kerajaan tak ada sorang pun anak offer nak datang rumah bawak mak kejap. Jarak rumah dengan klinik tu macam kau jalan dari Times Square nak pergi Pavillion lah jaraknya. Sorang2 panas terik berjalan. Semua anak buat bodoh. Ada sekali bumbung rumah tercabut sebab ribut. Aku yang keluar duit untuk betulkan balik. Ada lah sorang makcik kasi duit 100. Mula2 dia bagi 200. Aku kesian sebab dia pun anak ramai aku pulang kan balik 100 and masa tu aku expect yang lain2 pun bagi sumbangan. Sekali hampeh. Habuk pun takda.

Mak tanya bila aku nak beli kereta? Senang sikit nak bergerak kalau ada kereta. Ingat kereta boleh beli macam nak beli ayam kat pasar? Mak aku tak pernah tau aku takde duit. Dia ingat aku senang. Aku tak pernah bagitau gaji aku berapa. Tak pernah cakap aku tengah takde duit bila tengah bulan. Dia tak tau berapa banyak duit aku habis kat family. Aku tak duduk sekali dengan mak aku sebab dia ada keluarga lain. Aku tak ikut tinggal dengan dia sebab tu rumah flat kepunyaan bapa tiri aku. Mak ada anak tiri lelaki yang dah besar tinggal kat rumah dia. Tak berapa sesuai nak tinggal kat situ.

Yang penting family aku tunggang langgang. Selalu gaduh. Tak bertanggungjawab. Tak pernah rasa hati tenang. Niat di hati nak je aku sekolahkan semua pakcik makcik mak abang adik aku. Tapi dorang pun tak hormat aku. Aku pun banyak kekurangan. Tak perfect. Muda pulak tu. Siapa nak dengar?

Bagi aku. Aku rasa sebab keluarga aku kurang didikan agama punca segalanya. Aku pun sembahyang tak pernah lengkap. Kadang2 sehari tu tak sembahyang langsung. Bukan nak aib kan mak bapak. Tapi aku tak pernah diajar sejak kecil apa tu tanggungjawab. Hormat menghormati sesama keluarga. Kasih sayang antara keluarga tak pernah ada. Solat pun bukan lah benda yang dipupuk dalam diri sejak kecil. Tak pernah disuruh untuk solat bila kat rumah. Sekarang baru ada kesedaran sikit demi sedikit. Dari kecik sampai besar aku tak pernah ungkapkan perkataan aku sayang mak bapak aku. Cium dorang. Tak tahu macam mana nak luahkan kasih sayang.

Apa saja dugaan yang aku terima sekarang adalah pengajaran untuk aku bila aku dah ada keluarga sendiri. Didikan agama tu paling penting. Sekarang dalam proses menjadi sorang yang lagi kuat dari segala segi. InsyaAllah. Dengan harapan masih kuat nak hadap masalah family.

 

Kelebihan Dhuha & Surah Al Waqiah

PengakuanKu

Salam & hai everyone. Ni nak kongsi cerita yang jadi dekat diri aku sendiri. Aku student dari ipta. Peminjam ptptn. Nak dijadikan cerita , masa sem berapa ntah. Ptptn aku disekat sebab dapat bad gpa. Ya Allah masatu aku dah macam hm nak buat macam mana ni , mana nak cekau duit nak bayar yuran lagi. Nak buat tu nak buat ni all the sem.Jyeahh ofcourse aku tkbagitahu my parents about the ptptn sb tknak susahkan diorang dan aku memang jenis tksuka susahkan makbapak dan tksuka guna duit makbapak.

Aku memang buntu. Dan sampai waktu ni aku sedar yang Allah tu ada saat aku susah & senang. Yelakan , mana tak nya saat ni hati berbicara , ” aku kena solat dhuha ” . Start dari tu , aku solat sunat dhuha. 2 rakaat . Sebelum gerak ke kelas , aku pastikan aku dah tunaikan solat tersebut.Doa sungguh sungguh minta Allah permudah urusan rezeki untuk aku sepanjang sem . Dan lepas maghrib, aku tkpernah miss baca surah Waqiah.

Tklama after that, hati aku tergerak nak check balance bank. And guysssssss ,guess what? Balance bank aku ada nilai yang agak banyak. Aku agak curious , and i do ask my mom , ” umi ada masukkan duit ke ? ” & she replied , ” eh tkda pun , kakak or abang kot ” . Aku tnya kakak & abang and their answered was same to umi. Tkde bank in duit pun dekat aku. So aku cakap dalam hati , mungkin berkat solat dhuha & waqiah.

At the same time, aku pun ada google tentang cara nak dekatkan rezeki ,dan aku jumpa cara yang sama macam aku buat , solat dhuha & surah waqiah after maghrib prayer. Start dari haritu, aku selalu solat sunat dhuha & amalkan surah al waqiah. Bukan hanya nak dekatkan rezeki dalam kehidupan, tapi sebagai tanda syukur atas rezeki kurniaan Allah. InsyaAllah. Dan dgn amalan beserta usaha aku , alhamdulillah result aku makin baik setiap sem.

So, my advice here is, amalkan lah dua perkara ini insyaAllah Allah akan kurniakan kita rezeki yang tkdisangka sangka. Dan kita tkkan pernah rugi Wallahualam đź’•

kakak kasar

PengakuanKu

bukan nak cerita masalah ke apa. tapi cuma nak mintak kata-kata nasihat dari korang semua. macam tajuk kat atas, aku jenis yang kasar. dari segi cara cakap, cara berjalan, cara aku buat kerja. aku tak reti jenis yang lambat-lambat kalau buat kerja. sebab kerja aku pantas. mungkin aku ni terbentuk sebab cara didikan ayah aku. ayah aku jenis kasar, baran dan cakap dia suka menengking kalau lambat. kalau boleh lepas panggil terus pumm depan mata.

aku masa form 3 dah diajar cara bancuh simen, pasang batu. tapi aku paling tak suka wiring. memang aku fail bab tu. aku jugak bukan jenis penggeli. bila datang mood je rasa geli tu datang. haha. pelikkan? disebabkan cara didikan ayah aku yang kasar dan taff walaupun adik beradik aku ramai perempuan, mungkin aku terbiasa ikut cara dia. aku tak mengharapkan bantuan orang lain kalau angkat benda berat. orang nampak aku selalu ingat aku lemah. sebab pakaian aku dah mula berubah dari dulu. lebih feminim. ayah aku banyak mengharapkan aku jaga keadaan rumah kalau dia ttak ada. jaga kakak aku, jaga mak aku kalau aku cuti sem. padahal adik lelaki aku ada. abang aku duduk jauh.

sebab selalu buat kerja kasar, tangan aku naik callulouse. camtu eh eja dia? tak reti eja. tapi orang selalu komplen aku kasar, mak aku suruh aku lembutkan sikit. btw, cakap kasar tak bermaksud aku suka mencarut, perkataan carut yang selalu keluar pun bongok. paling geram keluarlah boddd dengan shiiiii.

aku malu jugak dengan diri aku ni. aku dah try pakai tudung tutup aurat, tutup dada. pakaian yang tak nampak tubuh badan, tapi still pakai jeans. tapi bahasa aku kasar. memula je boleh cover, tapi bila dah selesa keluarlah woi, gila. aa cam tulah. so aku malu, dan aku cuma nak minta korang punya pendapat untuk hilangkan kasar aku.

mekasihh yawww.

di mana iman aku pergi ?

PengakuanKu

Tak pernah aku merasa dugaan yang lebih berat dari yang satu ini.
Aku pernah merasa takut dan trauma.
Aku pernah kehilangan syurga yang aku bina.
Aku pernah merasa susah dan miskin.
Aku pernah merasa sakit yang dahsyat.

tapi tak mampu melawan ujian yang 1 ini.
Kira aku , ini lebih kepada musibah.
Bila hati aku Allah bolak balikkan.
Bila iman aku Allah rentap sekelip mata.
Aku jadi lupa aku hamba.
Aku angkuh padahal aku bukan siapa.
lebih busuk,
Aku jadi biasa dalam dosa.
Tanpa punya rasa.
Hati mati.
Hati jadi hitam dan kelam.
Dari 5 . jadi 4 . kemudian 3. terus 2 dan 1.
Terkadang langsung , dahi ini tak tercecah lantai. Terus mendongak ke langit ,
Angkuhnya aku !
Kadang aku tersentak,
AKU BERDOSA!!
tapi jiwa aku, hati aku, iman aku.
SEMUANYA sudah kering dan mati.

Aku cuba utk sempurnakan 5.
dari 1, kemudian 2, 3 dan 4.. KADANG saja mampu 5.

Setiap malam, aku cuma harap aku bakal bangun esoknya.
Supaya masih ada WAKTU utk berubah dan bertaubat.

tapi esoknya TETAP SAMA.
tetap seorang hamba yang alpa.
Aku masih mencari ketenangan bersujud aku yang dulu.
Aku masih mencari di mana diri aku yang sentiasa meletakkan Allah dahulu.
Aku masih mencari cebisan iman aku yang keciciran.
dan Aku sedang resah mencari kembali NIKMAT MENCINTAI ALLAH DAN RASUL.

Tuhan yang Maha Pengasih. Yang sentiasa mengasihi , mencintai hambaNya. Tuhan yang tak pernah lena.

“Sungguh.. dulu aku tak mengerti kesusahan utk menggapai kecukupan 5. kerana aku semulajadi terdidik begitu.
Bila Allah rentap. Faham lah aku.
Allah mahu aku rasa resahnya jiwa tanpa Dia.
Allah mahu aku rasa susahnya membina iman.
supaya aku buang sifat mudah menghukum.
supaya aku lebih mengerti setiap hamba Allah yang juga seperti aku.
yang sedang merangkak mencari dan menggapai nikmat iman. “.

moga kita semua beroleh husnul khotimah.

-Yang mendambakan cinta Allah-

Aku penipu, Kau penipu, Kita penipu.

PengakuanKu

Assalammualaikum, terima kasih admin sudi kongsi cerita saya ni.

Saya nak kongsi cerita manis dan pahit yang mana saya rasa semua orang pernah atau sudah atau akan tempuhi dalam hidup ini. Saya seorang pelajar yang pernah cemerlang ketika dulu, semasa PMR dan SPM, saya antara pelajar terbaik di sekolah saya. kesemua kejayaan ini saya dapat dengan berkat usaha dan doa daripada ibu bapa saya. kesemua kegembiraan ini saya raih dengan suka namun ianya luntur sekelip mata. selepas result SPM keluar saya mendapat tawaran dari Institusi pengajian awam, dan disini semua manis dalam hidup bertukar pahit.

Semasa pengajian saya di Uni, saya sangat bersemangat dan kerap kali berdamping dengan lecturers dan hampir setiap pagi sebelum ke kelas saya selalu mengulang kaji pengajian saya, dan diantara waktu lunch dan kelas (1jam) saya kerap ke perpustakaan untuk ulang kaji, rutin ini dilakukan hampir setiap hari. Tetapi saya hairan apabila datang exam, ilmu yang saya timba bagai bocor di jalanan, sering kali saya cuba fikirkan dimana salah silap, atau mungkin tak hormat dgn ibu bapa, tenaga pengajar atau ilmu, namun tidak pula saya rasa begitu, sebab semuanya okay. Solat juga saya tak tinggal, bacaan al-quran dan lain ibadah sunat. Akhirnya saya tak terpaksa berhenti dari Uni itu atas sebab result yang teruk. Perasaan sangat sedih dan down mula tumbuh, iyalah jika kita sering menyiram air, menjaga dan memberi baja pada pokok bunga tapi diakhirnya bunga tidak jugak kelihatan siapa yang tidak kecewa.

Tidak habis disitu lagi. Selepas itu saya pulang ke kampung saya dan mula mencari kerja, disini pula saya diuji dengan sakit gout pada umur 19 pada waktu itu. Keluarga saya memang selalu makan seafood tapi diantara semua hanya saya yang terkena dan keluarga kami pun tak ada latar belakang penyakit ini, dan ditambahkan lagi saya antara yang paling aktif dalam keluarga, tapi itulah kalau Allah nak bagi yang sihat pon boleh sakit. Disebabkan sakit ini banyak kali saya sering diberhentikan kerja, kerana cuti yang agak lama(kadang2 hanya hampir seminggu), tetapi saya cuba fahamkan situasi mereka, mereka memerlukan tenaga kerja dan tak mampu lagi menanggung rugi jika tidak cukup tenaga kerja, jadi saya tidak menyimpan dendam. Selain itu mulut2 dari saudara mara jugak mula menyakitkan telinga, saya mula menjadi malu untuk ke mana2, tambah2 kenduri saudara, bukan saya tak mahu pergi, bila pergi akan ada suara sumbang yang akan mengata itu ini. “masuk U pastu keluar”, “kerja pon malas”, dan lain2, sedangkan mereka tak tahu situasi saya, dan betapa saya letak effort masa dekat U, tapi itulah kita.. suka judge orang, padahal tak tahu apa pon yang dia hadap. Disebabkan ini dan setiap kali saya balik kerja ibu saya sering bertanya “tak mahu sambung mengaji ke?” , hati saya menjadi lembut dan setuju dua cuba masuk IPT utk kali ke 2.

Saya diterima lagi untuk masuk IPT. Kali ini semangat saya tak seperti Uni awal2, saya masuk seperti terpaksa, tapi saya bertekat nak habiskan juga pengajian disini. Pada sem awal2, saya usaha bersgguh2, dan dapatlah sedikit ganjaran atas usaha saya. kemudian pada sem2 yang kedepan subjek menjadi susah (engineering) . saya pernah gagal selepas bersungguh2 study subjek demikian, tapi itu pada mid term. dan disini, disini bermula “aku tipu” kerana saya melihat “kau tipu”, saya berani jamin hampir 70~80% pelajar didalam dewan(exam) semasa itu menipu/tiru. Pada awalnya saya tidak tertarik lagi untuk turut bersama, tetapi apabila result saya dan mereka bagai langit dan bumi, dan saya atas pagar sedangkan mereka dan setinggi KLCC, disini saya mula tiru bukan atas sebab nak result cantik dah, saya tiru untuk pass. saya tiru tak mahu repeat, kerana apa? bila berbual dengan kawan akan ramai yang kata “kalau repeat, duit lagi nak pakai, masa lagi, eh banyak benda la kau boleh buat daripada buang masa repeat subjek yang sama”, so bila dengar selalu, ia dah masuk dan serap dalam otak. JANGAN KECAM lagi, baca sampai habis.

Di akhir semester, hanya tinggal praktikal dan selesailah pengajian saya di IPT ini. Disini Maha Suci Allah mahu membersihkan segalanya, Praktikal saya sering direject, tapi last2 dapat, dapat dengan boss yang… tak terungkat dengan kata, mungkin akan ada orang cakap saya manja, tapi ini dah soal nyawa, dia suruh saya pergi site yang jauh2 dengan moto(saya tak ada kereta), jalan nak ke site tu lecah dan lincin, sempit dan banyak lori sebesar lori balak lalu lalang, with no gaji, dan kerja itu ini lagi dah jadi mcm kuli dah, kalau kerja hal site saja tak apa ni termasuk hal2 selain dari tu. Praktikal saya di negeri org bkan negeri sendiri. last2 saya mntak extend praktikal saya, dan nak mntak praktikal di tempat lain. Semasa pulang ke kampung, niat saya untuk terus cari tempat praktikal tertunda lagi sebab sakit datang dan memakan masa hampir sebulan, Gout dan sakit urat belakang dkt pinggang.. ntah sakit apa.  selepas sembuh saya cadang utk cari praktikal utk jangka masa sem akan datang iaitu 4 bulan dari masa itu. Saya bekerja dgn ayah saya di sawah padi dan bendang. semasa saya bekerja, jika anda pernah kerja di sawah padi anda akan tahu, anda bekerja seorang diri, di tengah2 sawah yang luas, pada masa itu banyak perkara difikirkan.. dan antara perkara yang membuat saya berhenti dan berfikir sejenak adalah perihal “HALAL”.

Hari2 selepas itu, setiap kali saya sedang bekerja perkara inilah yang terlintas.. dan yang terlintas dalam fikiran saya adalah imej saya yang sedang meniru semasa pengajian saya.. kemana ia akan pergi? apa akan jadi jika suatu hari aku bekerja dengan sijil yang aku dapat melalui cara menipu? adakah dengan gaji aku dapat nanti dgn sumber itu aku sanggup beri pada ibu ayah aku? dan bila berkeluarga, sanggupkan aku suap anak bini aku dengan sumber yang haram ni? setiap daging yang haram tempatnya hanyalah di neraka jahanam. dan rezeki yang berkat inshaAllah akan mendekatkan kita pada Allah. perkara ini aku ambil masa hampir 2 bulan utk fikirkan jalan terbaik dan diakhirnya, aku terpaksa melepaskan segulung sijil yang mana aku mahu2kan selama ini. Apalah guna jika senangku pada sumber yang tak baik. Ramai yang tak bersetuju, tapi aku tak marah dengan pendapat mereka. 3 tahun pengajian, orang gila manalah yang mahu berhenti diakhir pengajian, ingat seronok ke? tapi atas dasar haram dan halal, aku terpaksa pilih yang jalan terbaik.

Aku tahu ramai diluar sana telah pun bekerja yang mana diorang pernah tipu/meniru semasa pengajian mereka, nasihat aku, cubalah tinggalkan sedikit demi sedikit, mulalah cari sumber dgn cara lain selain mengharapkan sijil anda, tak lari, berjalan, tak berjalan pun boleh merangkak, asalkan jangan hingga di akhir hayat, bilamana nafas di penghujung, baru anda menyesal. jika anda tak kasihankan diri sendiri, kasihanlah anak bini dan ibu bapa yang mana awk beri makan dari hasil yang tak baik. akhir kata, saya tak suci, kau tak suci, kita tak suci, tapi jangan terus tipu dan menipu diri sampai mati.

Semoga bermanfaat.

Skim Cepat Kaya

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada yang beragama islam

Salam sejahtera kepada bukan beraga islam.

Hari ni, aku nak cerita sedikit tentang skim cepat kaya atau sedekah. Sedekah ni, adalah pemberian ikhlas tanpa mengharapkan sedikit imbuhan dari penerima.

Hari ni aku nak ajar matematik sedekah. Formula ni aku belajar dari Ustaz Yusuf Mansur  (Indonesia) melalui ceramah beliau dalam youtube.

Mula-mula dengar ceramah beliau aku dah mula rasa tertarik. Mungkin sebab apa yang beliau cakap disertakan dengan fakta serta logik akal dan mungkin itu kena dengan diri aku yang sama dengannya.

Dalam ceramah beliau, beliau ada bagi formula ‘SKIM CEPAT KAYA’ melalui sedekah. Dan benda ni aku praktik sampai sekarang bila aku bersekah. Formula matematik sedekah ni diambil dari surah al an’am ayat 160 yang berbunyi:

“Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amal balasannya.” ( Al- An’am:160).

Mari aku bagi formula. Contoh.

Sedekah RM1 akan dapat RM10. Begitu juga jika sedekah RM10 akan dapat dalam gandaan sepuluh. Beemaksud akan dapat RM100. Begitulah seterusnya.

Aku akan bagi kisah benar yang berlaku pada diri aku ketika menggunakan formula matematik sedekah. Masa ni, ia kali pertama aku cuba nak praktik ayat 160 dari surah Al- An’am.

Masa tu aku bercuti dekat KL. masa dah nak balik ke Kelantan dan berjalan kaki nak ke stesen bas putra tu aku mahu naik tangga ikut jalan jejantas. Sebelum naik stesen LRT Putra tu kan adalah pengemis yang duduk tepi-tepi jalan. Masa tu aku dah tak ada duit. Membeli punya pasal. Hanya ada air buah yang kawan aku beli dekat 7E yang harga RM3. Nak menghulur duit memang tak ada la. Aku pun hulur air buah tadi yang belum aku minum tu. Masa ni aku pegang betul² ayat quran tadi. Yakin dapat komisyen punya.

Pagi tu sampai kelantan. Petang tu, Tetiba abang aku bagi Rm30. Lihat. Benda ni kena yakin. Baru dapat. Start pada hari tu lah, aku yakin dengan formula yang ustaz yusuf bagi.

Ada lagi, masa kengkawan ajak pergi Ipoh, masa ni tengah kering poket.

Dalam hati, melonjak nak pergi. Ye lah, cuma sediakan tiket bas aje. Makan minum diorang tanggung. Lagi pula aku dah Lama tak menjejak Ipoh. Termenung dekat kaki lima sambil tengok hujan lebat. Dalam hati tak putus² mintak, “Ya Allah, aku ada sedekah RM5 dalam tabung masjid hari tu. Sampai sekarang aku tak dapat duit lagi. Bagi la aku pergi Ipoh.” (Benda ni sepatutnya kita tuntut kat akhirat, tapi biasalah kalau nafsu nak pergi tu dah melebihi akal.) Balik rumah, gitau mak aku nak pergi Ipoh. Kena bebel. Huish. Duit² tak ada pun nak berjalan. Heh. Sedih betul masa tu. Bukan senang nak berkumpul dengan kengkawan. Dua tiga hari lepas tu, barulah mak aku hulur RM50 buat beli tiket bas. Bapak aku tambah pulak RM50 untuk jajan. Alhamdulillah… Rezeki.

Banyak lagi lepas tu peristiwa ajaib pasal sedekah ni. Aku tak nak cerita. Nanti orang kata riak. Aku bukan nak riak. Cuma aku nak kongsi, SKIM CEPAT KAYA melalui Al Quran ataupun cara mudah nak dapat income. Kekadang kita sedekah hari ni, tak bermakna esok kita dah dapat on the spot. Macam aku, benda yang aku mintak 2-3 tahun lepas, tahun ni baru dapat atau dipermudah. Mungkin benda yang aku mintak tahun ni, 3-5 tahun depan pulak dapat.

Sedekah ni, selain dapat duit, mungkin kita diberi benda lain macam sihat, tenang, murah hati, dan semua benda yang positif la.

Nota kaki:

-Senang ja nak praktik benda ni, AMAL & YAKIN. jangan ada rasa was-was. Tiap kali nak sedekah ingatlah formula ni dan surah Al-An’am. Gerenti tak menyesal.

-tiap kali aku nak sedekah, automatik otak akan cakap, sedekah seringgit dapat sepuluh ringgit. Biar tak banyak. Asal ikhlas dan yakin membantu orang lain.

-sayangnya Allah dekat kita, kita bagi sikit Dia balas banyak.

– Annoy

Aku nak gemok!

PengakuanKu

Salam semuaa. Nama aku fhani. Gadis berumur 21 tahun dengan ketinggian 152 cm. Berat aku? Hmm. Aku dah lama dah nak share masalah ni kat orang. Tapi aku taktahu nak cerita kat siapa memandangkan jarang ada orang yang punya masalah yang sama ngan aku. Kalau kau yang gegerl ni timbang berat acah acah nak menyorok. Lari timbang belakang locker dalam bilik tu. Orang tanya pun nak tacing. Merajuk. Aku pun macam tu. Ye aku juga malu. Kenapa? Sebab aku rasa aku tak normal. Aku kurang berat! Sangat sangat kurang. Budak darjah 6 sekarang pun dah ada yang sama berat ngan aku. Berat aku, hmm nantilah aku bagitahu. Aku sedih.

Kalau orang tengok aku mesti rasa kesian. Macam budak tak cukup  makan. Kurus. Sekeping. Papan. Adik aku pun kata lengan aku macam ranting! Kuajaq betul. Nasib baik adik. Hm nak kata aku mahasiswa kelaparan, tidak. Nak kata family aku tidak berduit, pun tidak. Tapi inilah masalah aku. Aku jarang rasa lapar. Kalau aku busy, aku takde rasa pun nak makan. Tapi aku nak gemok! Aku suka tengok perempuan yang pipi pau. Aku tak paham kenapa gigirl yang sejenis takde lah gemuk. Biasa aje. Cuma pipi je pau. Tapi dia punya reaction tu dah macam orang obesiti. Dah kenapa? Asal nk hiperbola sangat? Kau tahu tak kita sekarang ni la perlu badan berisi sikit. Nanti dah tua kecut jugak. Jangan jadi macam aku. Belum tua lagi dah cengkung. Dah tua nanti macam tengkorak kat makmal sekolah tu.  Buruk gilaaa. Aku takdapat bayang macam mana nanti kalau aku berterusan kurus.

Dulu, aku takdelah macam ni. Dulu aku ada pipi. Dulu aku berisi lah jugak. Sedang sedang. Kalau korang tengok pun mesti jatuh hati. Cehhh hahahaha. K gurau je. Tapi kira cantik ahhh. Sekarang pun cantik jugak hihi cuma aku rasa kalau aku lagi berisi mesti lagi cantik. Hmm. Aku kecewa bila aku balik rumah, family aku, kaean kawan aku, cikgu aku semua kata aku makin kurus. Muka cengkung. Cikgu siap tanya, “awak duduk sana tak cukup makan ke? Kesian saya tengok.” Aku nak jawab apa? Aku bukan takde duit. Mungkin aku terlalu memilih. Cepat bosan dengan makanan yang sama kat u tuu. Plus, aku sebenarnya ada alergic. Ada certain2 bahan yang aku tak boleh makan. Contohnya udang kering. Belacan. Kalau aku makan, confirm naik gatal gatal. Korang  makan je tahu tak ingredient dalam makanan tu? Haaa ayok. Ok lah aku bagi contoh. Haaa contoh macam bihun goreng, bubur lambuk, nasi kukus. Certain orang maybe tak bubuh. Tapi certain chef guna bende tu. So aku teragak agak nak makan. Kalau makan, aku jugak yang merana.

Aku pun taktahu apa penyakit aku ni. Semuanya bermula masa aku form4. Aku makan seafood. Naik gatal gatal. Tapi kat celah jari je. Tapi masa tu masyaallah aku garu dah kalah beruk dah. Sampai tangan aku mengelupas. Kering. Sampai 1 tahap yang aku malu nak jumpa kawan kawan. Ye lah dulu sampai sekolah je gigirl ni salam2 muah2 kan. Tapi dengan tangan aku yang macam ni, aku malu. Aku selalu lari drp nak salam orang. Sorry lah kalau ada yang terasa tapi aku memang tak bermaksud apa apa pun. Bila tangan aku macam ni, aku start makan pakai sudu. Around 2 years jugak lah. Pinggan tak basuh. Baju pun orang basuhkan. Aku tak boleh kena sebarang sabun pun. Nak pegang budak, aku tahan je tangan aku ni. Aku takut orang lain pun berjangkit. Nak basuh muka sendiri pun aku was was. Takut naik sampai ke muka. Aku guna lengan aku nak basuh muka. Time tu, ayah bawak aku jumpa doktor homopati. Alhamdulillah makin ok. Cuma kos ubat tu sangatlah mahal. Around rm100 jugaklah ubat tu utk masa 2 minggu. Lepas 2 minggu, checkup balik. Tapi alhamdulillah, sekarang gatal aku tu dah ok. Dah boleh makan seafood tu sikit sikit. Gatal tu masih ada lagi tapi ikut masa je. Kadang kadang muncul, pastu hiang. Pastul ada blik. Depends on apa yang aku makan. Sampai habuk pun aku tk boleh kena! Tapi aku dah boleh tahan rasa gatal tu. Cuma tangan aku mungkin dah nipis. Kalau makan cili api tu cepat je pijar. Tapi masakan pedaslah feveret aku. 

Berbalik kpd masalah kurus aku tu, aku taktahu kenapa aku susah sangat nak gemok. Sekarang ni aku makan apa yang aku nak. Bila lapar, aku terus makan takde tunggu tunggu dah. Aku jenis suka makan. Tapi mesti amik masa yang lama nak habiskan. Makanan lunch tu aku boleh simpan makan petang . Tapi aku still lapar bende lain pulak. Tak boleh nak fokus dengan 1 makanan. Rasa macam nak makan semua, tapi bukan makan sebenarnya. Nk rasa je lebih. Haha aku je ke yang ada masalah macam ni? Ke ada yang perangai macam aku jugak? Aku sedih. Ayah aku selalu marah aku. Cakap depan orang pulak tu. Dia kata aku jenis pompuan yang tajut gemok. Sebab tu tanak makan. Ayah selalu paksa aku makan. Tapi aku tak boleh kene paksa macam ni. Bila sedih, lagilah aku tak boleh nak telan nasi tu. Rasa pasir kau tahu takk? K ni bukan ayat novel. Ni ayat aku sendiri. Sekarang aku tengah frust ngan sorang laki ni. Pun aku tak lalu nak makan. Dulu dia lah pembakar semangat aku nak gemok. Tapi sekarang dia dah takde. Masa puasa dulu aku rasa pipi aku dag naik sikit. Tapi sekarang dah turun balik. Kuajaaq laki tu. Aku pun bongok jugak. Kata nak grmok tapi malas makan. Haihh

Okaylah, Aku mintak tolong sangat ni. Boleh tak korang share tips cepat gemok kat aku? Tapi tanak ah gemok banyak kolestrol. Aku nak tips gemuk secara sihat. Share sikit ke pengalaman mana yang dulu ni keding sekarang dah berisi. Aku nak tahu sangat macam mana. Pleaseeeeee

-fhani,  34kg .

Saturday, 30 July 2016

Manusia Second Class

PengakuanKu

Aku pun tak tahu kenapa aku nak share cerita ni tapi kalau sudi baca jer la..

Entah kenapa dari kecik memang aku dilayan macam manusia kelas kedua. Bukan mak saja, tapi semua orang. Mungkin aku ni tak pandai kot. Atau pun aku ni anak yang tak dirancang. Entah la. Tapi selalunya aku fikir macam tu la. I was the unwanted child.

Sekarang aku dah besar dan dah kawen pun. Tapi aku tak lupa benda2 yang mak buat kat aku masa kecik dulu.
Setiap kali waktu makan, abang aku dapat lauk lebih. Contohnya kalau ayam, aku dapat seketul, dan abang aku dapat dua ketul. Macam tu la keadaannya sampai aku form 5. Macam hal kecik je kan? Tapi entah.. Aku terkesan. Mungkin ada yang akan cakap, aku tak tahu mak ayah aku mungkin susah masa tu. Tapi pada aku susah bukan alasan untuk tak berlaku adil. They could afford that extra piece for him and only him, consistently.

Pernah sekali tu, waktu sarapan, aku dengan abang sama- sama dapat dua ketul (ayam ke ikan ntah dah lupa haha), dan halfway tengah makan sarapan tu, mak aku ambik lauk aku dan bagi kat abang aku. Aku menangis. Mak pukul aku. Aku tak lupa, mak ambik lauk yang sengaja aku tak sentuh sebab nak makan last sekali, dan bagi pada abang, sebab mak lebih sayangkan abang aku. Masa aku membesar kat rumah, aku rasa macam mak aku layan aku macam musuh pun ya jugak.

Aku membesar memakai baju-baju yang abang aku dah taknak atau tak muat. Kalau tidak, takde la baju baru untuk aku. Masa ni family aku dah kira senang gak la. Ayah selalu bawak abang aku pegi shopping baju dan seluar baru. Aku pulak.. Gigih kumpul duit seringgit sehari sampai cukup untuk aku beli sehelai jeans sebab aku malu asyik pakai seluar lelaki untuk pergi tuisyen. Pernah sekai tu, abang aku malu dengan kawan dia sebab terserempak aku dekat pekan. Apa dia buat? Dia ejek aku kuat2 cakap aku ni berpakaian kampung sangat. Padahal, aku pun takde pilihan kan? Bila aku ingat balik benda tu, aku rasa macam hati aku ni ditoreh2. Sakit.
Sampai sekarang, walaupun aku dah ada duit sendiri, tapi aku memang tak reti beli baju mahal2. Baju mahal kalau bukan husband aku paksa aku ambik dan dia bayarkan, memang aku tak tergamak beli.

Ya.. Memang aku lembab sikit nak faham sesuatu benda. Tapi aku rasa aku jadi lagi teruk sebab dari kecik self-esteem aku sangat rendah.

Aku benci cikgu tadika aku. Masa kat tadika dulu, sebab aku ni lembab, jadi kau tak dapat siapkan tugasan harian (takde apa pun.. hari2 tulis huruf dalam buku latihan yang kotak2 tu) dalam masa yang ditetapkan. Cikgu tu bukannya nak tolong aku. Aku lembab kan. So aku tak reti nak tulis huruf2 tu lagi. Dia habiskan masa bersembang je dengan assistant dia. Lepas tu hari2 dia akan bagi meals aku kat sorang budak ni (budak ni tua dari kami) yang akan tunggu adik dia kat tadika tu. Kecewa tau tak. Aku tengok budak lain makan bihun, aku seronok nanti boleh makan jugak. Tapi, bihun aku budak tu yang makan. Hari2 macam tu. Masa tu aku bodoh lagi, ye la 6 tahun je kan, so aku tak ambik apa2 tindakan la. Kalau sekarang.. Hmm.. Tau la cikgu tu beza rabu dengan khamis hahahahaha!

Kakak aku pun buat benda sama kat aku jugak. Dari aku kecik dia buli aku. Jurang umur kami 14 tahun tau. Masa aku kecik kakak aku dah kawen pun. Dia suka ejek2 aku. Kalau abang aku tanya apa2, dia boleh jawab dengan baik dan teratur. Tapi kalau aku, dia akan perli2 aku, sebab dia rasa aku ni lembab kot?

Masa aku sekolah rendah pun, ada sorang cikgu ni, beriya-iya compare aku dengan abang aku. Abang aku senior tapi sebab satu sekolah, so kami ada banyak cikgu yang sama. Aku takkan lupa dia cakap, “why can’t you excel like your brother?” sambil cebik bibir kat aku.

Dear Teacher, I know you will never read this because you have departed with the living long ago, but guess what? It turns out that I now write and speak better English than my brother. So, thank you, Teacher.

Kat sekolah aku pun tak ramai kawan. I was the freak kot hahaha. Tapi aku bersyukur jugak la sebab dalam ramai2 tu, ada gak yang jadi real bff aku sampai sekarang. Tapi entah la.. Aku rasa benda2 ni semua macam menghantui aku. Bila aku nak bercakap dengan orang, aku jadi tak yakin.

Cakap pasal keyakinan pulak, aku pernah berkenalan dengan sorang lelaki ni, dan lepas tu kami bercinta. Sampai sekarang aku rasa masa aku dengan dia lah self esteem aku paling tinggi. Hari2 dia puji aku pandai, puji aku manusia yang paling cantik dia pernah jumpa. Aku jadi yakin dengan apa yang dia cakap, sampai aku jadi apa yang dia cakap. Masa tu bila aku tengok cermin, aku nampak reflection seorang yang lawa. Its like I grew a new spine. Aku tak takut berbual dengan orang seperti sebelum ni. Result study aku pun makin improve sebab setiap kali aku study, dia mesti cakap aku pandai, aku boleh, dia yakin dengan aku, etc etc. Tapi tu lah.. Takde jodoh nak buat macam mana.

Aku pun dah happy dengan suami aku yang sekarang ni. Walaupun suami aku tak cakap aku cantik atau pandai hari2, but he said enough. Plus, suami aku seorang yang selalu ucapkan terima kasih kat aku, walaupun aku cuma hulur segelas air sejuk kat dia. Aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku suami yang faham yang bini dia ni mungkin ada masalah mental kot hahahahaha

Berbalik pasal aku balik. Apa perasaan aku pasal kehidupan aku sekarang? Entah la.. I’m not unhappy, I guess. But I’m not content either. Bila aku jauh dengan family aku, aku rindu. Rindu sangat dan sayang sangat. Tapi bila aku balik, aku rasa macam never good enough. Aku rasa tertekan, dan tak kira apa aku buat, pada family aku, aku tetap seorang yang bodoh, lambat, dan lembab. Udara kat rumah mak aku, mungkin takkan berubah, sentiasa rasa macam berat sangat.

Tu jer la aku nak citer. Sori kalau panjang sangat. Sila google gambar potato. Kbye.

Masuk islam, bukan masuk melayu. Dah masuk islam, jgn tgk islam melalui orang islam.

PengakuanKu

Assalamuaalaikum,

Ok, first, saya sorang yang tionghua, and saya seorang muslim. Cerita bermula dari bulan lepas, dan saya diberi hidayah yang tak dijangka. Tak pernah saya terfikir akan minat islam, and tak pernah saya rancang nak masuk islam. Sebab, saya takut dengan islam.

Dari sekolah menengah lagi, saya kawan baik dengan melayu, dekat uni, roomate dengan kawan baik melayu. Tapi, minat sy terhadap islam langsung tak ada. Sebab biaselah, mentaliti chinese tengok islam memang takut, lepas msuk tak boleh keluar, banyak larangan dan peraturan, nama perlu ditukar, asal usul cina akan dilupa, budaya cina tak boleh di ikut, tak boleh makan makanan haram..and yang paling rigid tu, ada je yang kata makanan yg chinese msak tu pun tak boleh dimakan.haa..sebab dulu saya tengok islam dari melayu. Then, lepas setahun roomate dengan kawan baik saya tu, dia pindah keluar, sebab dia tak tahan dengan mulut-mulut senior, yg kata malay tak boleh roomate dengan chinese sebab chinese tu bukan mahram, kalau tertnjuk aurat dekat chinese means awak tunjuk aurat pada lelaki. Okay, saya frust. Lepas kes ni hati sy lagi tak suka dengan islam. Sy frust sebab ‘islam’ nak rosakkan hubungan antara kawan baik, nak bezakan bangsa..lepas tu, saya diletakkan sebilik dengan seorang chinese. Masa tu lah saya start baca tentang islam, sy nk debat balik..adakah islam ajar macam ni.. I want to prove them wrong..Then makin baca, makin suka. Islam xsuruh pun, malah islam ajar kena berbuat baik dan layan baik setiap insan tak kira bngsa atau agama. Kalau roomate dgn yg berlainan agama, bagitahu awl2, bab2 aurat n makanan yg halal dan haram dll. Asalkan mereka boleh jaga, boleh bertoleransi, inshaAllah boleh je roomate skali..makin bljr, makin sy tgk islam yg sebnar lain dengan melayu. Saya org kl, so culture dekat kl sememangnya western sikit. Short skirts legging, berpegang tgn berpeluk brduaan tu memang biasa jer dekat kl. and for me yg mmg chinese, biasa je benda macam ni. tapi lepas belajar tentang islam, baru saya tahu, rupanya couple tak baik, tak boleh bersentuh tangan antara lelaki and perempuan, tak boleh keluar brduaan dll. Kenapa islam restrictkan semua ni? And rupanya, setiap peraturan yang diberi ada je sebab n penjelasan disebaliknya. Islam tidak haramkan atau tidak mengalakkan sesuatu tanpa sebab. Dan kadang kala, apa yang so called ‘diharamkan’ hanya melalui manusia dan tidak ditakluk dalam Quran. Sebagai contoh, pokemon go, selena gomez, dan yang paling common, yang non-muslim xboleh makan didepan muslim semasa bulan puasa.  Bayangkan, kalau saya tak ambil inisiatif untuk belajar islam tu sndri, nak tengok mlalui melayu yang xamalkan islam dengan baik, memang saya tak kan tahu semua ni. Nak tengok melalui orang islam yang amalkan islam yang melampau rigid, memang saya forever takut dengan islam. Tak mungkin saya akan masuk islam.

Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, yang buat terasa hati. Tiada niat untuk sentuh isu bangsa atau agama. Saya hanya tujukan kepada sesetengah golongan sahaja. Contohnya, kalau tengok dari melayu, atau cina, kebanyakkan suami mereka akan suruh isteri tak yah kerja, jadi je suri rumah, cari isteri pun minta macam2,  yang pandai masak yang pandai jaga rumah dll. Suami dirajakan dan lepas tangan tnggu isteri untuk dilayan. Tapi, itu semua hanya budaya. Dalam islam, tak ajar macam tu, isteri bukan maid, suami sendiri kena tolong isteri, basuh pinggan sekali, kemas rumah sekali. Islam memartabatkan wnita. Seriously, agama apa yg ada ajar laki kena buat kerja rumah? Agama mana yang ajar kena tolong jaga anak2..agama apa yg details sampai jika isteri pantang, suami yang kena uruskan hal ehwal rumah, basuh baju pinggan mop lantai sapu lantai? I can bet, sekian lama saya explore pelbagai agama, hanya dalam islam sahaja. Tapi selama ni tengok melayu, isteri suri rumah, isteri tu maid, suami tunggu serve. kalau isteri dah tak lawa lepas beranak, berpoligami madu sini sana cari anak dara. Kalau dulu saya yang tidak tahu semua ni, sememangnya, takut betul saya tengok Islam.

So cerita sampai sekarang, walaupun dah beberapa tahun saya berjinak-jinak dengan islam, tapi saya tak terfikir lagi nak ucap shahadah, sebab dengan final year saya ni yang busy dengan research, internship, assignment, and yang paling penting, family saya yang tak boleh terima islam. Sebab, family saya ni, ada jer mindset and mentality yang macam saya dulu2. Lagi-lagi, mak saya yang pernah belajar pengajian islam, yang pernah belajar tulisan jawi. Kawan dia kebanyakannya melayu, and dia ada jer beberapa kawan yang cina muslim. Tapi, dia tak suka islam. whyy??? Sebab, dia tengok islam melalui melayu, and dia tengok islam melalui chinese yang kahwin dengan melayu. Dengan situasi2 yang berlaku di sekeliling dia, dia hanya nampak benda yang negatif tentang islam. Contohnya, kawan cina dia yang sebelum ni kahwin dengan melayu, skrg dah cerai and dia nak keluar dari islam, tak dapat. Mak xnak saya menyesal seumur hidup lepas masuk islam then xboleh keluar. Mak risau kalau saya dah mati, saya dikuburkan di kubur islam, dan mereka xdapat nak jenguk saya. Mak kata islam boleh kahwin empat, dah masuk islam xboleh makan besar dengan keluarga, and bila dah mati, mak sbg non muslim xkan dapat waris sesen pun. Semua ni, dia tahu melalui orang melayu, tapi, adakah islam halangkan semua ni? tak. Semua ni boleh dijelaskan dan ada yang langsung tidak benar. Nak tahu kenapa tidak benar? Sila cari sendri dalam islam. Kalau nak taip sini takut terlalu panjang pula.

Dalam quran, sememangnya tiada paksaan agama. Islam tidak akan memaksa seseorang untuk mengikuti agamanya. Ramai chinese yang masuk islam sebab kahwin dengan melayu. Lepas masuk islam, tetap tak amalkan islam yg sebenar and pasangannya yang melayu, kebanyakkannya gagal untuk membimbingnya juga. Ni la yang dikatakan masuk melayu bukan masuk islam. So skrg, bila dah cerai, menyesal la pula. But, in the first place, kalau dah betul2 minat and masuk islam kerana agama dan bukan kerana manusia, kenapa nak keluar lagi? Jika cinta allah dan bukan pada manusia, tak kan rasa nak keluar sebab islam terlalu indah. Allah jer yang selama-lamanya tak kan tinggalkan kita. And sebab tu lah, dalam bulan ramadhan, dengan tidak dirancang, tidak dijangka, dengan pelbagai halangan, cabaran and rintangan yang bakal dihadapi, yang saya tidak mengetahui, saya tetap diberi hidayah oleh Allah. Allah mengingati saya melalui ajal kematian. Jika saya tak lafaz hari ni, dan saya ditakdirkan mati keesokan hari tanpa kesempatan untuk lafaz shahadah, saya akan mati tanpa agama. Saya dah tak percaya dengan agama lain.. Jadi kalau dah percaya, kenapa nak tangguh lagi? Kalau nak guna alasan belajar, seumur hidup orang islam tgh belajar, atau alasan keluarga, sampai bila-bila pun tak ada kesempatan untuk masuk islam. So, alhamdullilah.. Saya syukur.. walaupun dengan pelbagai halangan and cabaran yang tengah hadapi sekarang, saya tidak menyesal dengan pilihan saya sekarang. Sy sntiasa berdoa pada Allah taala, bergantung pada Allah taala, dan jadi seorang anak yang lagi baik kepada mak ayah mengikut ajaran islam. Nama saya, tetap kekal nama cina, sebab nama tu diberi oleh mak ayah. Saya akan hargai mereka tak kira camna mereka layan saya. Lepas masuk islam, makin sayang pula pada mereka. Saya pcaya, suatu hari nanti, Allah akan lembutkan hati mereka. Amin.

-Anonymous

 

Ayah yang tak seperti ayah

PengakuanKu

Assalamualaikum. Saya bukan student IIUM tapi saya suka baca page ni kerana banyak confession yang menarik beserta dengan komen yang menarik. Maaf ye jika confession saya ni campur bm bi, saya tulis confession ni mengikut cara percakapan saya.

Banyak confession sekarang ni pasal ayah berpoligami, ibu tiri, ayah tak adil, etc…saya rasa terpanggil untuk menceritakan kisah diri saya pula. Cerita saya ni panjang sikit, jadi sediakan popcorn awal awal ye. Hehe.

First, saya nak cerita dari mula perkenalan ibu dan ayah saya. Ibu saya berusia 35 thn dan bekerja sebagai cikgu ketika berjumpa dgn ayah saya. Ayah saya waktu tu berusia 33 thn. Ayah saya merupakan adik kepada housemate mak waktu tu. Panggil dia makcik c jela. Makcik c mmg rapat gila ngan mak sampai nak berbesan. Mak time tu satu-satunya anak kg yg berjaya masuk U dan jadi kebanggan keluarga, tapi downsidenya mak x kawen² sampai 35 sbb sibuk cari duit sara keluarga. Family biasala asyik dok tanya bila nak kawen sampai mak jadi rimas, so bila makcik c recommend adik dia, mak pun ok jela. So diorang pun kahwinla.

Hidup saya dan kakak sememangnya bahagia dr kecil. Ayah sememangnya seorang yg penyayang dan sentiasa belikan apa saja yg km nak. Ayah saya ni selalu tukar keje, saya pun xtau apa kerja first dia. Dlm gambar² lama nampak dia bergusti la, jd askar la, anak kapal la, mcm² la. Saya xpernah soal ayah sbb dia selalu xde kat rumah. Semua kerja dia kat tpt yg jauh.

Start saya darjah satu, ayah mula jarang balik ke rumah. Mak kata ayah sibuk kerja outstation. Mula mula saya rindu jugak bila ayah lama tak balik rumah, tapi lama-kelamaan saya dah jadi biasa. Saya dan kakak jadi bertambah-tambah rapat dengan ibu, sampai jiran selalu perli “oi, tido bawak ketiak mak lagi ke?” Hihi, mmg saya anak manja mak pun, xterasa pun bila org perli macam tu. Lagipun jiran saja je nak melawak, sy gelak gelak je bila orang perli.

Ntah bila, tiba-tiba saya dengar yg ayah kahwin lain. Tapi mungkin sbb saya dah terbiasa dok dgn mak je, jadi saya macam tiada perasaan bila dengar berita tu. ‘Ooo, kahwin lain? Ok.’ Macam tula perasaan saya. Mak tiri saya pun baik orangnya, cikgu juga. Ada banyak anak kecil. Xtaula anak ayah saya ke bekas suami dia. Entah, xpernah terasa nak tanya.

Masa kecil saya teringat yang ayah kadang² bawak balik mak tiri mai rumah. Saya dan kakak ok je, dapat adik baru yayyy. Yela jiwa kanak², mana faham masalah org dewasa masa tu. Lani saya dah besar, saya terfikir balik apa perasaan mak masa tu, tengok isteri baru ayah mai rumah, dengan anak² kecil, main dengan saya dan kakak.

Mak tak pernah tunjukkan apa apa masalah depan kitorang. Sedih ke, marah ke, mmg kitorang xtau. Mak senyum je. Yg kitorang tau time tu just nak main je. Adik tiri mai rumah, apalagi ajak la main longkang belakang rumah. Mmg seronok la time tu.

Ayah dari jarang² balik, terus tak balik rumah. Dia hanya call kitorang je. Then satu hari, mak bagitau yang dia nak cerai dgn ayah. Then dia tanya saya dan kakak nak dok ngan siapa. Sudah tentula kami pilih mak. Ayah pada masa tu dah seperti keluarga jauh dah bagi kami, yg mai time raya je tu.

Then start dari hari tulah pelan² saya tau cerita sebenar. Ayah sebenarnya dah pernah kahwin lain sebelum cerai ngan bini first. Takde anak. Mak pulak pernah keguguran lepas lahirkan saya. Sejak dr tu, mak dah xnak mengandung dah. Satu sbb sedih, satu lg faktor umur. Mak time tu dah 40-an, ada risiko kesihatan jika mengandung lg. Masalahnya ayah still nak anak lagi. Jadi mak bg ayah kahwin lain, dgn syarat ceraikan dia dulu. Jadi lepas ayah berkahwin lain, mereka pun bercerai la.

Satu sbb lg kenapa mak nak cerai dgn ayah sbb mak sebenarnya dah lama makan hati dgn ayah. Mak kerja cikgu, zaman tu kerja cikgu kira gaji tinggi la. Ayah pula takde keje tetap, jadi kebanyakan perbelanjaan rumah dll mak yg bayarkan. Sewa rumah, kereta, bil air, elektrik, barang dapur, baju sekolah etc semua guna duit mak. Ayah pula ada satu tabiat buruk, suka pinjam duit org. Pinjam sana sini, duit mak pun dia pinjam. Mak yg dah lama pendam perasaan dgn perangai ayah mungkin dah xtahan lg, tu sbb mak minta cerai.

Bila saya tahu cerita sebenar, saya rasa kesian sangat dgn mak. Masa kecil saya selalu minta mak beli itu, ini. Rasa bersalah gila. Dekat ayah pula…saya langsung, LANGSUNG tak rasa apa². Serius. Sejak dr tu saya sedar yg saya dah lama tak anggap dia mcm ayah. Yela, apa apa masalah pun, saya cari mak. Kakak pun sama. Bagi kami, mak jela keluarga kami.

Ayah pula seolah² lupa langsung dia ada anak di sini. Dari call tiap minggu, perlahan lahan dia makin jarang call dan kini, langsung tak call dah. Kalau call pun tak sampai 5 minit, hanya ‘hai, buat apa tu, bye’. Tu je. Baik xyah call, bazir kredit je. Nafkah jangan cakap la. Semua mak yg tanggung. Alhamdulillah mak seorang yg kuat. Kebajikan km xpernah terabai. Sayang mak ketat².

Baru² ni saya dengar cerita ayah kawen lain. Saya dengar ni dr mulut keluarga belah ayah. Kami masih lg rapat dgn makcik c dan keluarga belah sana. Mereka pun tahu kisah kami. Dah puas mereka nasihat ayah suruh berubah, tp ayah still degil. Biarla kat dia, saya malas nak ambil tau dah. Yg saya tau, lepas abeh belajar sy nak keje nak sara mak pulak. Kakak dpt keje kerajaan masa umur 22 thn,mmg rezeki dia. Lepas mak bersara, kakak yg jaga mak. Sy tak dpt balik rumah sgt sbb belajar jauh. Tapi saya tiap minggu call mak tanya khabar.

Pasal kawen lain tu, tahun lepas sy dpt tau mak tiri saya kena strok satu badan. Jadi kena berhenti kerja. Anak² dialah yg jaga dia selama ni. Ayah? Entahla. Saya,ibu dan kakak ada jugak jenguk, masa ayah tiada di rumahnya. Ye,km tau kat mana rumah ayah, tu pun sbb kakak call minta alamat. Kakak sy ni bagus,dia still call ayah. Tp kakak bagitau yg dia call pun sbb mak tiri je.mak tiri km baik dan km pun suka dia. Dia sabar je dgn perangai ayah.

Mak tiri kena strok tahun lepas, kini dah tiada. Moga dia dimasukkan dlm kalangan org yg beriman. Kasihan dia,tengah sakit, ayah kata nak kawen lain dgn alasan dpt jaga mak tiri. Mmg saya terasa gila dgn ayah bila dengar berita ni. Sampai hati dia kawen lain masa isteri dia sakit. Macam la anak anak dia tak jaga mak mereka selama ni. Apa perlunya dia kawen lain? Yg lagi sadis, isteri baru ayah mai rumah masa mak tiri tgh terlantar sakit kat katil. Anak dia bagitau saya yg mak dia menangis masa tu. Ya Allah kasihannya dia.

Kini mak tiri dah takde. Km pun dah tak ambil port sangat pasal rumahtangga ayah. Buatla apa ayah nak buat, km dah tak kisah. Yg penting kebajikan mak terjamin. Alhamdulillah berkat kesusahan mak, rezeki dia xpernah putus. Duit sentiasa ada dlm bank. Kakak dpt rezeki kerja kerajaan, adik beradik belah mak dan ayah sentiasa ambil berat pasal km.

Saya tau ayah takkan baca confession ni. Saya cuma mintak satu je dengan ayah, tolong jangan abaikan hak anak ayah dgn maktiri selepas kawen lain, sepertimana ayah abaikan kami selepas kawen baru. Ingat, balasan Allah sekejap je. Apa gunanya pergi masjid 24 jam buat ibadah² sunat bila yg wajib ni diketepikan? Percayalah saya dan kakak tak berdendam dengan ayah. Kami dah takde apa² perasaan terhadap ayah. Apa yg ayah buat, itu urusan ayah dengan Allah.

Setiap Kesusahan Ada Kesenangan

PengakuanKu

Salam admin IIUM, hope admin sudi kongsikan kisah aku ni. Aku suka baca kisah2 dalam IIUM ni, dan bila baca kisah-kisah dalam ni buat aku berfikir dari sudut positif. Kadang2 apa yg Allah beri pada kita ada hikmah yg tersembunyi. Bukan tujuan untuk melemahkan Iman kite, tapi meningkatkan iman dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. Lagi diuji, kite sebagai hamba harus dekat kepadaNYA. Allah Maha Penyayang, penuh dgn kasih sayang yg tak dapat dihitung kalu nak dibandingkan sayangnya seorang ibu kepada anak.. Besar lagi kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNYA, cuma kite sendiri yg leka.

Berbalik kepada kisah aku, aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, kami 5 beradik dan aku anak bongsu. Ibu berpisah dgn abah disebabkan orang ketiga. Ketika berpisah aku baru berumur 7 bulan. Dan aku tak penah kenal manusia bernama “Ayah” dan macam mana rasanya kasih syg seorang “AYAH”. Mak aku tetap menjalankan tugas sebagai ibu macam biasa, di mana setiap tahun (Time kami kecik2) dia akan sewakan teksi untuk hantar kami 5 beradik ke rumah abah pada Hari Raya Aidilfitri, sebab tak nak pisahkan hubungan yang ada antara anak dengan Ayah walaupun kami berpisah. Ayah tak penah menjenguk kami, aku mula kenal sapa tu “Ayah” pada umur 6 thn. aku masih ingat saat mula-mula Kakak sulung kenalkan “Ayah” kt aku yg baru berumur 6 tahun. Sangat2 kekok keadaan tu and bercampur sedih, tak sangka aku masih ada ayah mcm kawan2 tadika yg lain.

Mak aku seorang ibu tunggal, dialah ayah & ibu untuk kami 5 beradik, bekerja keluar pagi2 dan balik malam. Waktu weekend jadi maid part time kt rumah saudara mcm basuh baju,kemas rumah. tu cara mak aku besarkan kami 5  beradik walaupun pendapatan yang terhad, tetapi cukup untuk besarkan kami 5 beradik. Bagi aku ini dimanakan berkat. Allah yg tentukan cukup or tak rezeki kte. Kami hidup sangat susah waktu kecik, hidup menumpang rumah nenek, nenek pindah duduk rumah pakcik aku disebelah je rumah nenek (Pakcik aku pindah duduk kuartes, so rumah kosong, nenek aku duduk). Aku anak bongsu, selalu menangis dan buat perangai maybe kurang kasih syg mak sebab mak aku busy cari nafkah untuk kami 5 beradik. Waktu mak aku jd Ibu tunggal, kakak aku umur 8tahun dan aku yg bongsu umur 7 bulan so yg tengah2 tu umur korang assume je…hikhik

Mak aku pergi keja, aku ditinggalkan dgn nenek, makcik & kakak aku. most of the time kakak aku no.3 yg jaga makan minum aku and kakak no.4. Kami anak ibu tunggal yang miskin, jadi layanan yg kami terima macam cerite drama tv, dihina tak disukai dan jd mangsa pilih kasih. Nenek aku marah sgt2 kt ayah aku sebab kes perceraian dgn mak aku so disebabkan dia marah ayah kami, dengan kami 5 beradik dia benci sekali. Even mak aku anak kandung dia, dia mcm berdendam & tak suka dgn kami 5 beradik. So, mcm2 perangai dia buat untuk kami time kecik dl. Yela la, dah la susah, 5 beradik sapa suka kan..semua orang tak suka. Kami ada sepupu yang 4 beradik jd cucu kesayangan or anak emas nenek kami. rumah yg nenek kami duduk tu (sebelah je dgn rumah kami) rumah ayah 4 beradik ni, sebab tu diorg jadi kesayangan sebab family diorg agak senang, mak ayah bekerja and so on.

Kejadian waktu kecik yg aku tak boleh lupa, bila aku tengok cite cartoon dgn sepupu kesayangan nenek aku, pastu kami bergaduh depan tv, aku kena halau dari rumah nenek sebab bergaduh dgn cucu emas dia, sbb aku budak kecik lg, mak plak takde kt rumah sbb keja, so aku nk juga tgk cartoon tu aku mengintai dr tingkap naco rumah nenek untuk tengok tv. Sedih kan, kalu jd kt anak aku skrg,,mau aku nangis sorg2. Kejadian kedua yg masih segar dlm ingatan, makcik2 aku dh kerja dapat gaji, so diorg nak belanja KFC, sanggup diorg keluar senyap2 melalui pintu belakang rumah untuk bawa sepupu aku & nenek pergi makan ramai2 kt luar tak bawa kami yg miskin ni, sebab menyusahkan..bila igat kisah tu, terasa hina & bencinya orang keliling dekat kami. Ada 2 3 kali bergaduh mulut antara nenek dgn kakak aku no.3 & mak balik kerja, kami menangis2 cerita kt mak, ajak mak pindah rumah sebab tak sanggup dah hidup dibenci, dihina & dipilih kasih. Tp mak hanya mampu suruh bersabar, sebab kami nak bayar sewa rumah pun tak mampu. Time ni aku rasa hidup aku paling malang kt dunia, aku selalu bandingkan kehidupan kawan-kawan yg senang ada mak ayah dengan kehidupan aku yang serba kurang.

Tahun 90an, malang lg menimpa, rumah yg nenek bagi kami duduk terbakar dijilat api dan kami hanya tinggal sehelai sepinggang, time tu aku umur 10thn. Sebab kebakaran tu, kami menumpang duduk sekali dgn nenek. Tapak rumah bekas kebakaran kosong, dapat bantuan kerajaan bagi rumah PPRT. so sementara tunggu rumah nak siap dibina, kami menumpang duduk sekali dgn nenek. Kami tido di ruang dapur, cucu2 kesayangan tido di ruang tamu (cucu kesayangan always dtg rumah nenek, sbb nenek mengasuh diorg, mak & ayah bekerja). Kami 5 beradik dgn mak sekali tido diruang dapur & kena gigit tikus benda biasa, telinga masuk semut benda biasa. Macam-macam konflik berlaku, time berbuka puasa pun, buat 2 hidang berbeza. Hidang makanan kami biasa2, ikan pun kena kongsi 5 beradik, tp hidangan cucu2 kesayangan sgt mewah (lgpn mak ayah diorg yg beli) so cukup2 untuk diorg je makan. Kami just tengok je la, sedap macam mana mampu tengok je.

Lepas semua 5 beradik dah dewasa, Allah limpahkann kesenangan. Tak de la kaya raya, tp senang dgn pendapatan dan kehidupan sendiri. Kakak sulung kerja gomen, abg kerja kt luar negara, kakak no.3 menjahit, no.4 cikgu and aku skrg kerja professional di Kuala Lumpur. 4 beradik sepupu aku skrg, dl jadi cucu kesayangan nenek & anak buah kesayangan makcik2 aku dh macam2 masalah timbul antara diorang adik beadik,dl time diorang kecik, berabis makcik2 aku tlg diorg bawa jalan belanja makan. Sekarang makcik2 aku dah susah, xde nye diorg nak tolong, siap maki2 lagi ada la…kami yg tak disukai ni menolong sebab didikan mak, jgn berdendam dgn orang walaupun orang buat jahat dgn kite, tetap kite layan baik. Tak rugi pn kan, hati pn tenang tak de la rasa dendam yang tak sudah2.

Aku dah berkawin dan mempunyai anak, Alhamduillah, Allah kurniakan suami yang penyayang untuk aku & anak2. Dulu aku sedih nape aku takde rezeki dapat kasih sayang seorang ayah. Rupanye Allah simpankan kasih syg “Ayah” untuk anak-anak aku skrg dan aku lebih menghargai benda tu. Dulu aku kecian tgk mak aku, nape takde peluang dia merasa kasih syg seorg suami yg penyayang, tp Allah simpankan kasih syg sorang anak lelaki yg taat kepada mak aku dan aku ase mak aku lebih menghargai. Dulu dalam adik beradik mak aku, hidup mak aku paling susah, skrg dalam adik beradik mak aku. Hidup mak aku paling senang sampai pakcik aku kata, “hampa tak pa, senang dgn duit skrg, semua orang suka”. mean dl orang tak suka kami sebab miskin dan menyusahkan. Alhamdulillah, kami 5 beradik ada kehidupan sendiri yang senang dan tak menyusahkan mak. Mak byk berehat dan abiskan masa belajar ilmu agama.

Tujuan aku kongsi kisah ni, aku just nk jadikan contoh kepada pembaca yang sekarang melalui kisah hidup yg susah, perit dan terasa sgt malang, jgn sedih..please, jom kite berbalik kepada ALLAH. ALLAH rindukan rintihan kite, rindukan luahan kite, cerita masalah kt DIA. Setiap kesusahan tidak akan selamanya, InsyaALLAH ada kesenangan. Setiap kesenangan pasti akan diuji dengan kesusuhan. Jangan terlalu sedih dengan kesusahan, dia tak kekal selamanya dan jangan terlalu senang dengan kesenangan, pasti akan ada ujian melanda. Yang penting sentiasa bersangka baik dgn apa yang terjadi dan bakal terjadi. Just be a positive and u will be great. Al-Baqarah, ayat 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengertahui, sedang kamu tidak mengertahui”

-anak bongsu.

Pertolongan Allah tu Dekat

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Saya just nak share kisah yg berlaku pada saya 10 tahun yang lepas. Saya masih ingat cerita ini dengan detail. Saya dulu bersekolah di suatu sekolah asrama penuh (terpaksa saya rahsiakan). Keluarga saya bukan senang, adik beradik ramai. Tapi ayah memang nak anak dia belajar juga di asrama penuh tu. Ayah saya kerja gaji dalam rm500 je masa tu.

Kisahnya begini. Waktu tu saya form 3. Masa tu tengah cuti, jadi saya duduk rumah kakak saya, mengasuh anak saudara. Malam tu dapat panggilan daripada mak saya. Dalam telefon tu mak saya beritahu pasal ada surat sampai dari sekolah mengatakn ada bayaran tertunggak untuk tahun tu. Rasanya dekat rm300 macam tu la.. Sekolah ni ada sistem tersendiri. Yang rm200 lebih tu duit memang kena bayar setiap tahun.

Masa tu saya rasa zappp kat jantung.. Banyaknya… And masa tu juga saya rasa sedih. Mak saya cakap ayah marah-marah kat rumah sebab saya tak bayar awal-awal duit tu. Saya diam ja. Saya cakap nanti saya balik saya tengok.

Masa tu dalam pukul 8 macam tu la. Saya tak makan malam lagi, tapi lepas dapat berita tu saya dah tak lalu dah nak makan, terus saya naik atas masuk bilik. Dalam bilik saya menangis. Saya sedih sebab kenapa banyak sangat yang masih tak berbayar. Saya sedih sebab mak saya yang kat rumah kena marah dengan ayah. Kalau ayah marah kat saya, saya tak kisah. Saya menangis sampaila saya tertidur.

Malam tu saya bangun. Dalam pukul 2 atau 3 pagi macam tu la. Saya ambil wudhuk saya solat isyak. Masa solat isyak tu, saya tak berhenti menangis. Bagi orang lain rm300 tu bukan masalah. Tapi bagi saya masa tu duit tu sebenarnya banyak. Kat mana nak cari duit tu nak bayar.

Saya solat tahajud. Saya akui masa tu saya bukannya pengamal solat tahajud atau solat2 sunat yang lain. Sujud terakhir tu saya doa lama..Panjang..Sambil menangis.. Saya bercakap dengan Tuhan. Saya masih ingat. Saya cakap, tak ada ke keajaiban yang boleh berlaku pada saya. Dalam sujud tu saya berharap yang surat tu silap, jadi saya tak perlu membayar duit sebanyak itu.

Walaupun masa tu saya cakap kat diri saya mana mungkin duit tu berkurang, tetapi saya mohon juga pada Allah sungguh-sungguh suruh Allah kurangkan bayarn tu. Masa tu hanya Allah je tempat saya bergantung. Saya tak tahu nak cakap kat sapa dah rasa sedih kat hati ni. Sampaila saya tertidur sekali lagi di tikar sejadah.

Beberapa hari lepas tu, saya balik rumah kat kampung. Saya nervous takut ayah masih marah lagi pada saya. Bila saya sampai rumah, saya dah bersiap sedia nak kena marah, tapi ayah saya tak marah pun. Sikit pun tak. Lagi la saya rasa bersalah. Ayah seorang yang cold-blooded, senang marah tapi cepat sejuk. Tapi ayah saya, marah dia guna mulut je.

Tibalah masa untuk ambil result PMR. Bayaran tu kena buat masa ambil keputusan PMR. Saya dengan mak pergi naik teksi time tu. Ayah kerja hari tu. Sebelum result PMR sampai, cikgu suruh beratur bayar apa2 yang tertunggak dulu. Saya pun pergi la kat kaunter. Masa tu cikgu X (cikgu geografi, sy ingat lagi nama beliau) yang jaga kaunter. Dia tengok saya, lepas tu dia cari list nama kat kertas. Dia pun sebut jumlah yang saya kena bayar.

Lepas tu, sebelum saya bayar dia tanya saya. Saya ni anak XX (nama ayah sy) yang kerja kat XX (tempat ayah saya kerja) ke? Saya jawab ye. Then, dia tanya la saya pointer hari tu dapat berapa. Saya cakap la berapa pointer yang saya dapat. Lepas tu tiba-tiba dia cakap kat saya suruh bayar rm90 kot. Saya lupa jumlah yang sebenar. Tapi tak sampai seratus.

Saya pun macam… dalam hati, why? Cikgu cakap la dia kenal ayah saya (terima kasih pada muka saya yang memang nak sama dengan muka ayah). Dia cakap tak pa saya bayar banyak tu ja. Masa tu saya rasa gembira sangat. Tak sabar nak cakap, nak telefon ayah saya sekarang jugak sebab kena bayar sikit je.

Lepas tu saya terus telefon ayah saya cakap pasal kena bayar sedikit tu. Bukan main gembira lagi saya. Budak zaman sekarang tak tahulah dieorang faham tak perasaan gembira saya ni. Sebab sekarang duit rm300 ape la sangat. Masa tu result tak sampai lagi kat sekolah. Lepas tunggu dalam sejam dua, result sampai. Alhamdulillah saya dapat 8A. Satu lagi berita gembira bagi saya dan buat mak ayah saya.

Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat. Pertama sebab duit tertunggak tu saya kena bayar sedikit je. Yang ni memang saya rasa tak terkata.. Ia berlaku pada saya. Allah bantu saya.

Dan lepas pada insiden ni, membawa perubahan besar jugak dalam hidup saya. Allah ni dekat je dengan kita. Kita yang jauh dengan Dia. Time kita susah DIA masih tolong kita. Masa tu saya rasa saya tak cukup baik untuk ditolong oleh Allah. Saya menangis untuk keberapa kalinya. Saya ni tak baik, tapi Allah bantu saya.

Tapi tiada yang mustahil bagiNya. Kadang-kadang kita berdoa, kita rasa Allah tak makbulkan doa kita. Tapi sebelum tu tanya diri kita adakah masa kita berdoa tu kita yakin pada DIA? Adakah masa tu kita memang bergantung sepenuhnya padaNya?  Sekian saja perkongsian dari saya. Terima kasih sudi membaca.

p/s:-sapa pernah rasa hidup susah akan faham perasaan saya masa tu. And satu lagi saya nak tegaskan, ayah saya baik. Marah tu biasala. Ketua keluarga memang kena ada sifat macam tu. marah tapi sayang :)

from

-a.n

Powered by Blogger.