Thank you admin sbb post.
Aku seorang pelajar ipt. Dulunya, menetap di sebuah bandar tapi sbb ayah aku meninggal setahun yg lalu…kami berpindah.. Dipendekkan cerita..hidup aku berubah selepas ayah pergi.
Kalau dulu masakan ibu lah yg aku makan setiap hari tak kira sarapan makan tghhari kuih2 waktu petang ataupun malam. Jarang kami makan kat luar sbb arwah ayah tak suka. Tak best katanya.Ibukulah yg terbaik. Masakannya tak pernah mengecewakan.
3 bulan pertama ayah pergi. Ibu menangis siang malam. Taknak keluar bilik. Keluar bilik Cuma utk ke tandas. Makan ke mana apa ke mana. Aku risau. Amat risau. Ibu jadi kurus sgt. Aku, yg satu satunya rapat dgn ayah..terpaksa pendam sedih menangis aku. Dah la hilang ayah, ibu pulak jadi mcm tu. Menangis bila balik asrama. Sampai la satu masa ibu dah boleh terima kenyataan ayah dah takde. Oleh sbb adik2 perlukan internet utk sekolah. Ibu beli wifi dan dpt percuma satu smartphone. Di sini bermula segalanya bila ibu sudah mula pandai menggunakan whatsapp.
Ibu mula berhubung dengan kawan2 sekolahnya. Gembira sgt dia bila kawan2 dia bagi semangat tntg kepergian ayahku dalam group sekolahnya.. Pada masa tu aku rasa , tak salah dia begitu. Asalkan ibu gembira dan tidak sangat fikirkan soal ayah yg dah pergi. Tapi…lama kelamaan aku perhatikan ibu jadi terlalu taksub dgn smartphone nya. Bayangkan tidur pun smartphone masih di tangan. Makanan kami kalau tak makan di luar, nasi bungkus. Ibu jadi lagi tak blh berenggang dengan smartphone nya apabila dia mula join2 business kawan2 sekolahnya. Tapi ada satu masa aku amat curiga dgn ibu. Ibu dah pandai melawa . ringkasnya,ibuku bukan lagi yg dulu. Aku curi2 membaca whatsappnya. Rupanya ibu ada chat dgn seorg lelaki dan lelaki itu suami orang! Chatnya mcm orang sedang bercinta. Ibu tahu aku baca whatsappnya. Dia marah lama jugak kami tak bertegur. Dan sekarang…aku tau ibu masih berhubung dengan lelaki tu. Ibu dh tiada masa lagi utk kami. Aku terlalu merindui ibu yg dulu. Ibu yg dulunya sering masak masakan kami bukan cuma plastik bungkusan atas meja. Ibu yg dulunya sering ada masa utk kami bercerita bukannya yg 24 jam phone di tangannya. Aku kehilangan ayah. Tapi seolah –olah aku juga kehilangan ibu. Aku mohon pada yg membaca. Doakan ibuku kembali seperti dulu. Kasihan adik-adikku yg masih perlukan perhatian ibu.Doakan juga lelaki yg sedang berhubung dengan ibuku berhentilah segera. Kau sedang rampas perhatian dan kasih syg ibu kami. Kami dahagakan kasih dari harta yg satu satunya kami miliki. Allah, kembalikan ibuku yg dulu yang sentiasa ada dengan kami …..
-Anak yg merindui ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment