Friday, 29 July 2016

Dilema seorang isteri

PengakuanKu

Saya seorang surirumahtangga yg bakal menimang cahayamata kelima. Saya mempunyai 3 org anak hasil perkahwinan dgn bekas suami. Selepas bercerai saya yang menjaga sepenuhnya semua anak2 manakala bekas suami hanya mberi nafkah rm600 setiap bulan dan kadangkala ada juga dtg mengambil anak2. Tapi urusan pendidikan, perubatan dan pengurusan diri anak2 mmg dia jarang ambil tahu. Kadang2 bila saya mohon tambah nafkah terutama waktu anak2 naik sekolah tahun baru atau hari raya pun dia susah sgt nak bagi. Tapi takpelah, saya redha. Saya cuba fikir positif mungkin dia pun susah sbb dah berkahwin dan ada anak lain. Dan saya selalu fikir ramai lagi isteri2 yg bekas suami langsung tak bagi nafkah dan memgabaikan anak2. Bagi saya tak apalah, itu tanggungjawab dia sebagai bapa utk dia jawab di sana.

Kisah dilema saya ialah, suami saya skrg menerima seadanya anak2 tirinya. Saya sudah 3 thn berkahwin sesudah bergelar ibu tunggal selama 2 thn. Antara saya dgn dia, pendekatan mendidik anak2 sangat berbeza. Saya seorang ibu yang lembut hati dan agak pendiam. Saya jenis yang tak suka berkeras dgn anak. Saya tak kuat membebel dan saya tak suka bising2. Tapi ada masa saya tegas. Berlawanan dgn suami, dia mmg dari keluarga yang mulut bising. Pertuturan kasar dan suka berleter. Tapi peramah, pandai buat kelakar dan pandai ambil hati org. Dlm keluarganya mmg dah diterapkan dgn disiplin dari kecil. Darjah 2 dah diajar masak nasi, basuh kasut, gosok baju dan lain2 kerja rumah. Pendek kata maknya mmg tegas sehingga ada masa dia lari dari rumah sbb tak tahan kena buat semua kerja2 tu. Jadi, mungkin dari pengalaman dia masa kecil dia cuba pula apply kpd anak2nya. Sebab dia rasa didikan maknya tu buat dia jadi ‘orang’. Anak2 saya yang 3 orang ni pula tak biasa dididik dengan cara macamtu sebab lepas saya bercerai, saya duduk dengan mak ayah. Faham2 sajalah nenek dengan atuk ni manjakan cucu lain sikit. Bila saya berkahwin baru, anak2 ni dah membesar dan dah nak jadi buluh la org kata. Jadi, bila nak dibentuk dengan cara yang keras tu agak susah.

Anak yang sulung lelaki sekarang berumur 12 tahun. Setiap hari kena marah dengan suami saya. Untuk pengetahuan semua, anak saya tu masa baby pernah nak kena sawan tarik. Dan masa umur setahun pernah tengok saya kena pukul dengan bekas suami. Sampaikan dari seorang budak yang aktif, tiba2 jadi pasif dan pendiam. Kat sekolah pun cikgu banyak complaint sebab dia susah sangat nak jawab pertanyaan dan tak pernah bertanya. Dari segi pelajaran, dia nampak kurang minat. Suruh belajar, buat homework susah sangat. Tapi klu bab main, game, tv, internet, kartun cepat jer otak dia berfungsi. Tu yang selalu kena marah. Sambil tu suami memang ada ajar anak2 buat kerja2 rumah macam yang disebutkan di atas. Tapi cara menegur tu saya kurang setuju sebab berunsurkan ugutan dan lebih banyak menjatuhkan semangat anak. Contohnya, bila anak malas belajar, suami kata kalau tak suka belajar, berhenti sekolah jer. Kalau tak tau buat kerja rumah, besok kerja jadi tukang pungut sampah. Klu taknak hormat ibu bapa, dah besar nanti jadi penjahat. Bagi saya kata2 tu merupakan doa. Kadang2 bila anak dah buat kerja, pun kena marah jugak sebab buat tak kemas, tak betul. Bila saya tegur, dia cakap saya manjakan anak. Dia kata kalau dia taknak jaga anak2 ni pun saya kena taat pada dia, saya tak boleh lebihkan anak2 saya dari suami. Saya dilema antara suami dan anak2 sendiri. Saya tak sanggup nak bagi bekas suami jaga sebab saya tau anak2 tak menjadi apa nanti. Anak yang kedua dan ketiga perempuan. Hari2 bergaduh dan susah sangat nak dengar cakap. Masing2 keras hati.

Saya hari2 berdoa agar anak2 dan suami dilembutkan hati. Bila saya ajak suami berbincang, selalu saya yg disalahkan. Dia kata kalau saya tak suka cara dia, dia takkan tegur lagi anak2. Takkan ambil peduli lagi. Sampaikan satu masa memang dia tak bercakap dan tak ambil peduli dengan anak2. Bayangkan perasaan sedih saya. Walaupun saya tahu itu cara dia nak sedarkan anak2 tapi pada saya kalau anak2 tak faham pun tak guna. Anak2 lagi hilang hormat dan simpan dendam.

Bertahun saya simpan rasa ni. Saya tak tau nak luahkan pada siapa. Hanya pada Allah tempat mengadu. Suami pula bukan jenis jaga solat. Lebih banyak masa dengan kawan2, jiran dan orang luar. Suami pula kerja sendiri. Tak suka kerja dgn orang. Buat bisnes pun ala2. Suka join MLM dan pelaburan yang akhirnya tak ada hasil. Duit banyak habis tapi nan hado. Pendapatan tak tetap. Kalau rajin, dapatlah duit. Tak rajin, menganga saja. Bak kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak kais, takdelah makan. Kadang2 harapkan ihsan orang, ihsan adik beradik. Tak mampu nk hantar anak pergi tuisyen, apatah lagi program motivasi atau sebagainya. Tak mampu bagi yang terbaik untuk anak2. Sebelum ni saya buat macam2 untuk bantu suami. Saya buat dropship, buat bisnes kecil-kecilan, berniaga makanan dan banyak lagi. Tapi bila dah sarat terpaksalah berhenti dulu. Suami pula sekarang memang tak ada kerja. Siang duduk rumah, malam keluar, kadang2 pukul 2,3 pagi baru balik. Saya kecewa dengan life macamni. Tak dapat sokongan suami. Ada suami tapi macam tak ada. Saya banyak menangis sepanjang mengandung sebab rasa diabaikan. Rasa macam saya seorang yang menanggung semua beban. Kadang2 rasa macam nak bercerai pun ada tapi mengenangkan anak2 saya sabar. Saya anggap ni ujian Allah. Mungkin kifarah atas dosa2 saya. Bukan niat saya nak aibkan suami, tapi saya tak jumpa cara nak ubah sikap suami tu. Bukanlah semuanya buruk. Saya bersyukur suami rajin bantu saya buat kerja rumah tapi kewajipan pada Allah dan nafkah untuk keluarga dia abaikan. Macamana nak cakap, rumah sewa dah berbulan tak bayar. Tunggu tuan rumah halau jer. Kereta pun mak yang tolong bayarkan. Bil api air dah lama tertunggak tunggu kena potong jer. Ni pun hampir saya nak gadaikan barang kemas. Saya dah tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi. Dah tebal muka ni dengan mak ayah dan adik beradik. Semuanya dalam dilema. Mohon pendapat yang baik dari rakan2 semua. Terima kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

– Jannatul Humaira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.