Bismillah.
Hai semua thanks admin kalau berkenan dengan post ni and thanks kat pembaca juga.Anyway bukan niat nak aibkan atau apa. Tapi mana yang baik tu kita simpan dan buruk tu kita buang jauh jauh. Sebagai pengajaran dan pengalaman nak kongsi dengan saudari saudari yang pernah bergelar isteri atau masih isteri.
Actually I’m a single mother of one beautiful dotter. hehe. It’s so fresh news but then perkarani dah lama berlaku dan aku kira kategori orang yang sabar jugaklah even aku taw ada gak yang blame aku as perempuan lurus macamtu (tadah aje apa yang ex husband kau buat)
Last 7 month, aku telah selamat melahirkan anak aku.Kalau cerita part aku mengandung dengan perut boncet tu kehulu hilir sorang diri memang tragik gila. Even masa last day aku berhenti sebab disuruh ‘resign’ sorang sorang turun naik tangga office tuh angkatla apa apa barang yang patut,ye tak !
Dia suruh resign supaya aku dapt jg kesihatan since masatu memang aku selalu cuti sebab bleeding tak henti macam period tuh risiko keguguran tinggi.plus suruh jaga anak nanti bila lahir.duduk rumah jela, gaji dia pun besar apa. YE PASTI !
Lagipun aku memang zero loan.takda loan besar nak dibayar bulan bulan, takat pinjaman MARA sebulan seratus macmatu.Kalau cerita detail sumpah mesti ada keyboard yang basah nanti.
Masatu memang aku masih isteri dia even dia cakap aku bukan istri dia. Cakap aku ‘derhaka’ macam macam lagi lah tohmahan daripada dia.Aku sendiri tak tahu apa perempuan tu buat sampai dia sanggup tak mengaku aku isteri dia. apatah lagi anak dalam perutni dia langsung tak ambil peduli.ada satu masatu memang kantoilah pasal dia memang affair dengan perempuan tu. so dia decide memang taknak teruskan hidup dengan aku lagi.katanya dah takda hati lagi dengan aku.
hmm.. senang je kan hidup ni, kau dah dapat kau cakap taknak hidup bersamalah, takda hati lah bla bla… sampai aku sendiri tanya dengan dia, kenapa buat aku macamni, habis anak dalam perut ni macamana dan dengan selamba and muka innocent dia jawab yang dia taw apa dia buat. dia akan jalankan tanggungjawab sbg seorang AYAH. Haish MARYAM kau nangislah macamana hodoh ke apa muka kau buat memng sikit pun dia tak layan beb!
Sebab masatu dalam kereta and aku menangis tak henti, sepanjang perjalanan tu rasa luluh hati and bengang and geram etc. tapi dia sama je buat muka bodoh je tanpa setitik simpati pon dengan keadaan aku mengandung.
Sampailah aku balik kampung, sebab dia suruh balik kampung duduk dengan parents. Ye memang dia suruh aku balik kampung siap cakap dengan aku mana barang barang aku dia nak tolong angkat kan.haish Zalim kan ! (tapi…. mak dia cakap dia mengadu yang aku tinggalkan dia kat rumah sewa tu, kesian anak dia-kata ibunya).
Aku keluar rumah tanpa izin dia (katanya) SEDIH lahai rasanya, terbelah belah hati ni, sebab dapat taw husb tu duduk menipu sokmo. Entah apa dia story lain lain kat family dia pun aku tak tahu. Sepanjang aku mengandung boleh dikatakan 90% semua tentang ‘aku and kandungan aku’ semua aku buat sendiri.Daripada part checkup klinik 3 bulan-9 bulan, warded hospital sampai cari makanan mengidam semua aku buat and cari sendiri.Bayangkan pengalaman tu, fuh berganda ganda sangatlah berharga. And aku sendiri pernah rasa sampai nak bunuh diri taw, terjun kereta, kelar tangan ke apa apa lah. kalau tak kuat iman ni memang aku pernah terfikir nak gugurkan kandungan (SubhaAllah) memang menduga sungguh masatu. Dengan dugaan yang tak pernah putus.Hmm…
Latest nie, lepas je aku habis pantang 100hari rasa dah recover emosi dan kesihatan aku. Aku dah ready fail perceraian dekat mahkamah syariah. KERANA even dia cakap dia taknak lagi hidup dengan aku, takda hati dengan aku, and suruh aku balik kampung semuatu tak jatuh talak pun. Dan aku masih isteri dia. Too bad sebab aku dah berhenti kerja and takda sumber kewangan. So atas belas kasihan ibu aku, then buat lah pinjaman PAMA untuk failkan kes kat mahkamah..
22.6.2016
malam sebelum tuh memang tak boleh tidur,macam macam aku fikir.
Pagitu hari cerah je, aku pun otw ke mahkamah syariah dengan atok saudara, ibu and aku bawa sekali anakanda sorang ni. Dengan niat nak suruh baby teman aku. Aku memang nekad yang aku mmg tak mau dah menangis, aku nak jadi kuat.
Duduk tunggu bicara,daftar kes bla bla, aku nampak dia duduk kat kerusi hujung duk hadap hp dia sokmo.alahai macam dia selalu bt kat rumah masa duduk serumah dulu.
( eksen !! ingat hang sorang je ada Ipung ke ? ) pui..
sampai ketika peguam aku panggil nak masuk dewan bicara, dia dekat dengan telinga aku cakap ‘suami awak taknak ceraikan awak’.. OMG ! what, dia insaf ke ?!…
….kalau awak nak cerai juga kena terima syarat dia..
1. gugur mutaah
2. tiada nafkah iddah
3. anak RM150
gugur jantung aku masatu. marah geram tak puas hati semua ada.
Tapi more pada, tak puas hati, tak adil kan. mana taknya dulu kau yang beriya iya nk berpisah lastly cakap tuntutan lepas cerai tak mahu bagi, anak RM150. peh ni bapaku bukan bapaku !
ini memang ZALIM ! taraf firaun punya zalim.Gaji punya besaq, hampeh betol. Masa aku pregnant dulu kau sikit pun tak ambil kisah, ulang alik klinik semua aku buat sendiri, duit minyak ubat semualah !
Kalau dikira aku ni dah baik dah tak pergi serang perempuan tuh masa dia duk menggatal goda laki orang.Tak payah nak acah acah artis sangat ler ! Kau tahukan aku pregnant,kau pun kalau ada rezeki nanti akan mengandung juga.kenapa ek takda sensitiviti, sampai nak aniaya aku, now turn anak aku pulak. . Yang ‘suami’ ni pula tak sedar diri dah jadi ayah pun masih nak pentingkan diri. Dulu ms susah sapa yang bantu semua deposit rumah sewa topap bayarkan. Set bilik tidur aku belanja tilam,katil almari. Deposit beli rumah pun aku ikhtiarkan cari. Pinjam sana sini.
Ya Memang aku tak puashati.
Hmm aku cuba hadam selumat lumatnya apa segala bagai yang kau buat pada aku and anak aku. Dan aku tahu, kau (ex husband) tw yang aku mmg tak puashati.(dia bilang pada kawan kawan akuni dah gila meroyan)
sedih taw, dah masa mengandung takda ambil berat, sampai part anak dah lahir pun masih macamtu juga. Kalau aku tengok anak aku memang aku sebak, sedih kesian pun ya!. dia kecik lagikan tak tahu apa apa langsung. even menaip sekarang pun rasa nak jatuh air mata aku teringat semua yang aku lalui dan terfikir fikir apa yang dia (anak) bakal lalui untuk membesar dengan aku. Aku sangatlah banyak berkorban untuk anak aku. Sakit bersalin tuh memang sakit, tapi lagi sakit hati aku hidup bersama manusia yang tak ada hati perut. Memang aku pernah sayang dia sbb dia suami aku tapi…nilai sendiri lah…!
haish sabar sabar sabar jelah ! aku pun terpaksa terima syarat dia dengan paksa rela sbb aku dah tak mampu nak hadap siang malam dengan perangai dia yang zalim ni.
Scene sedih masa hakim tanya setuju kah kamu ‘mutaah digugurkan dan nafkah anak RM150’. Aku tunduk diam tanda protes, sampai peguam aku siku kan akuni suruh kata setuju. Bila duduk peguam cakap “awak sabar ya… ”
Sayunye hati, selama mana aku jadi isteri dia makan minum pakai semua aku tak pernah berkira.bantu dia.Sanggup dia aniaya aku sampai macamni. Dia lebih pentingkan diri, mengutamakan perempuan tu lebih daripada aku, malah lebih daripada anak dai sendiri. Dalam dewan masatu memang tak dapat tahan hati ni teresak esak, rasa nak aku peluk je sesapa masatu.sobsob !
Aku pernah dengar kes cerai berai ni, tapikan ayahnya masih ada hati perut taw..lepas berpisah si ayah yang bekerja tukang kebun bulanan gaji Rm900 masih memberi nafkah anak dia RM250.Dan masih ada hati nak ziarah tengok anak. tanya khabar .
Kalau ex akuni, hampeh kelaut ! nafkah pun mampu RM150, nak mesej call tanya khabar anak lagi lah tak ada kredit,haih !.lupa pulak dia and gf dia dah block fb, wassap call etc drpd aku. then sokay !nampak sangat kau mmg malas amik taw pasal anak kau, kan!
Dia explain ke peguam dia yang dia takda duit so dia mampu bagi anak RM150, plus nafkah iddah RM200. Tu aku tak kira yang part nafkah tertunggak lagi, tempat tinggal makan minum. Tipu tak mampu!! Gaji dia besar kot, lebih berganda ganda drpd gaji aku, dia bekerja dalam bidang professional. Kau kerja peguam, arkitek, doktor takkan gaji kauu takat RM1800 sebulan. pastinya gaji dia 4-5k ok! Katanya-dia taknak hidup bersama akuni sebab aku demand.habis duit dia nak semua benda mahal,makan mahal etc. Walhal selama aku kahwin dengan dia pun aku bantu dia juga, makan pakai even baju raya sehelai pun dia tak pernah belanja aku untuk raya. Aku yang belanja dia adalah! Lagipun aku pregnant kan, salah ke nak layan tekak isteri kau ni. !
peliknya kalau gf dia belanja sokmo takpernah berkira pun. Makan minum semua nak sponser, siap hantar ambil lagi kehulu hilir. Dan.. dan.. ex ni pun bukan kaki bola, tak taw pape pun pasal bola,player ke tapi since dah dating ni galak dengan gf asik tengok bola kat stadium.Part ni memang aku speechless!
Then thats it! tak lama lepas turun mahkamah aku dapat kerja, sama field macam before ni juga. Alhamdulillah..
Mulakan hidup baru dan InsyaAllah aku akan ikhtiarakan untuk tuntut hak anak aku.
Sekarangbermulalah kehidupan aku sebagai ibu tunggal.
Sudden news, aku dapat tahu dia akhirnya bertunang dengan perempuan itu. So fine aku dah meluat nak dengar kisah cinta dia tuh. Iyelah aku baru deliver baby 7 bulan dan aku masih dalam iddah. Dengan gembiranya aku lihat wajah family dia hantar rombongan meminang tu. Memang sakit hati tapi aku dah kuat lebih kuat daripada dulu masa pregnant and pantang.
So harap harap nya dia takda lah datang rumah nak tengok anak bawa tunng ke isteri dia tu.Dulu pernah sekali dia datang jenguk anak katanya, aku buat aqiqah anak aku dia datang dengan gf dia tulah ..
SYUKUR sabar itu tak pernah jauh daripada aku. cuma turun naik macam lift tuh … hehe
Sebab aku pasti and tahu ‘ perempuan baik untuk lelaki baik ‘
Ameeen..
– maryam
0 comments:
Post a Comment