Confession aku ni lebih pada ibu-ibu dan bakal ibu, mungkin ada juga yang senasib dengan aku. Aku punya 7 beradik dan aku anak sulong dan sudah bekerja. Besar tanggungjawab anak sulong ni tambah-tambah yang membesarkan kau tu adalah mak kau sorang “single mother”. Perjalanan hidup aku dan adik beradik berubah 360 darjah setelah kematian ayahku. Dah hampir 10 tahun ayah aku pergi dan waktu tu adik bongsuku baru 3 tahun. Ibuku terlalu taksub mencari duit. Berkerja siang dan malam. Ya dia memahami tanggungjawab membesarkan anak perlu ada duit.
Semua orang tahu sifat seorang ibu adalah penyayang tapi sifat ibuku sukar diterjemahkan, jarang sekali datang untuk membelai dan mengusap kerana ibuku sibuk dengan kerjanya. Ibuku berniaga di gerai di tepi jalan, dia akan keluar tengah hari dalam pukul 3 petang dan akan pulang pukul 11 atau 12 malam. Di sebelah pagi ibuku akan menyediakan makanan untuk jualannya. kadang-kadang banyak kerja-kerja rumah tergendala. Sebagai seorang anak akulah yang akan mengemas dan panaskan lauk apa yang ada untuk adik-adik ku dan setelah aku menjejak kaki ke universiti adikku yang lain mengambil alih. Mak aku berniaga 7 hari seminggu, tidak pernah tutup kedainya. Begitu lah kehidupan kami sekuluarga. Ibuku berkejar-kejar mencari sesuap nasi, dan anak-anak di rumah buat hal masing-masing.
Kini, seorang adik lelakiku bermasalah, dari merokok, minum air ketum sehinggalah sekarang entah apabenda lagi dia cuba. Bila ibuku bercerita pasal adik ku ini, aku nasihatkan ibuku supaya berhenti meniaga, dengan duit bulanan aku dan angah mampu menampung perbelanjaan ibuku dan adik-adkku. Aku pinta untuk ibuku beri perhatian terhadapa adik-adikku di rumah dan masa yang terluang isikn dengan majlis-majlis ilmu disurau, aku jga minta dia perbaiki diri kerana usia sudah menjengah 50an. Namun nasihatku ini dibiarkan sepi, sebaliknya aku dimarahkan ” mentang-mentang dah besar sekarang dah ada pkerjaan sendiri pandai pulak nasihatkan aku”. Aku nasihat untuk kebaikan masa depan.
Bukan aku tidak ambil peduli akan adikku yang bermasalah itu, aku masuk kebiliknya, slow talk dengan dia tanya kenapa dia ambil benda alah ni, dia cakap saje try-try. Dia cakap semua orang tak faham dia, dia cakap ibuku mana ambil peduli pasal dia, ibuku sibuk dengan kerjanya. Macam-macam dia luahkan pada aku, tapi setiap yang diluahkan banyak meletakakan kesalahan pada ibuku. Aku cuba nasihatkan dia, aku mintak dia berhenti ambil semua benda alah ni, apakan daya, susah untuk dia berhenti. Aku pernah usaha carikan dia kerja supaya dia jauh dengan kawan-kawan dia, itu pun hanya tahan 2 minggu sahaja. Aku pun buntu dengan cara bagaimana lagi untuk aku berhentikan dia ambil benda alah ni.
Pada aku, masalah ini salah dua-dua belah pihak. Sebagai seorang ibu, jangan terlalu taksub mengejar harta dunia, sibuk dengan kerja sehingga anak terabai. Anak ni harta dunia akhirat kita, kita punya anak tapi nakal, itu tanda ujian dari Allah, usahalah dengan cara bagaimana sekalipun untuk mendidiknya menjadi soleh. Aku ni hanya seorang kakak yang tidak punya kuasa. Usapan dan belaian ibu ini punya keajaiban yang tersendiri kerana itulah aku mintak ibuku beri perhatian kepada adiku. Aku teringin melihat adikku kembali ke pangkal jalan, menjadi seperti manusia yang lain. Mohon doakan supaya ibuku lembut hati untuk menerima nasihatku itu dan adikku berubah menjadi manusia berguna.
– kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment