Tuesday, 19 September 2017

Jiwa

PengakuanKu

Hi. Aku Afif. Dari tajuk pun korang dah boleh agak, harap jgn ikut tertekan sudah hoho. Aku Cuma perlukan someone to talk to, thanks to iium  Cuma ingin berkongsi cerita tentang tekanan psikologi anak muda yang selalu dipandang ringan. Ini cerita pasal aku.

Dulu, aku slalu jadi pelajar terbaik. Tapi, aku banyak kali pindah sekolah masa sekolah menengah atas sebab kesihatan, dan sebab2 lain. Dipendekkan cerita, masa pegang title top student PMR dulu, aku ditawarkan masuk beberapa skolah. Aku tolak beberapa tawaran skolah sebab jauh sgt, tapi akhirnya pilih satu skolah ni. Jaraknya dalam 10 jam perjalanan dari tepat asal aku. Skolah tu was the best choice utk aku masa tu. Bukan 100% atas pilihan sendiri, tapi sebab parents insist me untuk pergi sekolah tu wlupun aku x mau, sebab dorng slalu kedepankan maklumat dan pandangan adik beradik mereka berbanding mengambil kira pendapat anak sendiri. Aku sgt teringin masuk MRSM. Rupanya dpt tawaran. Tapi sayang, tawaran tu aku xtahu pun keweujudannya sebab masa tu aku dah msuk asrama skolah baru  I was okay at first. “Kita anak, mana boleh belakangkan ibu bapa”. Aku mengalami sedikit tekanan, sebab impian terbesar aku masatu was crashed. Well, oleh orang2 yg aku syg dan hormat sekali.

(Nota: Please, tulisan ini bukan utk boast. Please, don’t get me wrong.)
Dalam skolah baru, mcm yg aku ckp, “okay at first”. Skolah tu antara skolah terbaik jugak. Dan pelajarnya pun, bukan yg calang2. Dipendekkan cerita, my presence was not that favourable there. Dlm ramai2 kami yg budak baru masuk masa ting. 4, aku masuk dengan gred PMR tertinggi. Aku pun, terpilih pergi macam2 camp yg bukan pelajar biasa2 dapat pi. Semua camp yg aku dpt join pun, cikgu2 yg pilih dan tas usaha sendiri of course. The fact that aku sgt jauh dari rumah dn tempat asal, aku masih slalu dilawat oleh saudara mara yg duduk dekat sana  Dan utk sebab itu juga, ada mata yg cemburu. Tak pasti schoolmates masa tu cemburu sebab aku dilawat setiap minggu, atau sebab kereta yg family guna utk lawat aku semuanya kereta mewah? “Well it’s not even my fault my uncles aunties are so rich but why did they hate me so much?” Lagi, aku pun slalu dpt backup dari guru2. Sebab pernah ada mpp (title pengawas sekolah tu) yg dtg mengadu dekat seorang guru pasal aku. But then the teacher said to her, “Habis tu, takkan semua kena bagi dekat kamu?” aku terharu ada guru backup mcmtu sekali, tapi pada masa yg sama felt bad untuk mpp tu. Lagi buruk, aku ada dapat gelaran tak ingat dah apa, gelaran yg maksudnya aku x faham pun pada mulanya, sampailah seorang ni bgtau. Dan dia ckp “Ehh kesiannya awak xtahu rupanya.” Well ya, that hurts. Dan tekanan aku lagi bertambah.

Yg paling buruk dlm masa skolah tu, aku kena fitnah . Bukan aku sebenrnya, tapi ibu. Ada org buat cerita, yg konon Afif suruh ibu dia jumpa guru2 sekolah itu supaya Afif dapat pergi kem2, dapat benda yg baik2 lah. Masa tu aku terkejut sgt2, stress bukan kepalang. They have already done so many (bad) things to me, apart from apa yg aku dpt bgtau dlm ni, and yet ad org nak burukkan nama ibu. Kalaulah masa tu aku ada sedikit kekuatan, but no I didn’t, so Afif remained in her silence.
Sekolah tu bukan yg terbaik, I must say. Tapi masih, setiap hujung minggu aku harap utk stay asrama wlupun kami ada apartmen dekat tempat tu. Sebab? Aku pun penat di rumah. Perang dingin yg x putus2. Aku takut pulang ke rumah. Sebab sudah mula rasa takut dengan keluarga sendiri. Xda satu pun ahli keluarga yg aku boleh percaya sepenuh hati. Tapi mcmtu pun, aku masih kena balik setiap minggu balik asrama, just so aku boleh jaga ibu, teman ibu, mend her broken hearts, tolong buat kerja2 rumah. Failing her is the thing that scares me the most. Walaupun pernah kecewa dengan ibu, tapi ibu tetap ibu :)

Aku masih ingat tahun-tahun itu, yang sujudku cuma sebab aku tahu sembahyang tu wajib dan untuk tunjuk dekat ibu. Aku tahu Islam, tahu ada tuhan, tapi x percaya langsung dengan kuasa Allah. Aku x murtad by words mahupun dengan hati dan jiwa, tapi aku x percayakan Dzat tuhan itu sebagaimana seorang muslim patut percaya. Aku mahu bunuh diri, beberapa kali, sebab aku ‘penat bernafas’ masa tu, tapi aku takut dengan soalan tuhan pada hari kemudian nanti. Macam yg aku cakap,kami ada apartmen, jadi aku selalu rasa nak terjun.
Aku ada kecenderungan terhadap benda tajam. Sampai pernah aku rasakan macam aku perlu dan boleh mengapa-apakan diri sendiri. Kamu lihat, menjadi ‘heartless’, aku mahu tahu apa rasanya kalau berdarah, kalau cedera yg parah. I thought it must be perfectly fine back then. I want to feel ‘something’ again, sebab being heartless by ‘jiwa’ aku mahu merasakan sakit daripada fizikal pula.

Aku perempuan, bertudung, masih terlalu naïf untuk macam2. Tapi aku mahu merokok. Aku teringin meneguk yg tidak halal bagi aku. Sebab I thought then, ini caranya untuk lupakan beban dan tekanan, aku fikir it would be fine because I was so young and so damaged.

Aku masih ingat tempoh yg lama itu, tahun-tahun itu yang aku cuma nantikan ‘tidurku’ di malam hari. Satu-satunya ruang yg aku boleh tenang, sebab aku dpt lepaskan diri dengan mimpi2 yg aku selalu cuba create sebelum tidur. Aku nantikan tidur malam, dan takut sgt untuk bangkit dari tilam di pagi hari, sebab sangat x sanggup berdepan dengan semuanya.

Cerita tentang tekanan aku, dan everlasting anxiety. Aku mula x kisah pasal semua hal. Pelajaran, masa depan, hidup, hati orang, ibu baba, the whole family. Lukakan hati ramai orang adalah benda yang paling aku suka. Berkasar dengan pensyarah, hurt kwn sebilik A.T2, classmates bc4t19 di KML dulu. Kebal dgn semua benda, feelings, sebab rasa its always okay now to hurt people, saya pun, damaged juga. Study, x faham wlupun seremeh2 benda, simplest words, x faham paragraph, xtau kenapa mcm otak sdh diblok. “Bukan aku top student ker dulu?” HEARTLESS lah I must say. Sebabnya tahu dn sedar yg saya lukakan hati org, tapi masih rasa yg it was perfectly fine and nothing was wrong if I did that. Jadi rentetan itu, aku teruskanlah dengan pemikiran sebegitu. Aku x belajar sungguh2 masa dkat matrik, tapi bersyukur sgt dpt top uni dgn kos yg aku betul2 mau.
UniLife. 2 tahun pertama, wlupun dpt university dan kos yg paling aku mahu, aku cuma duduk uni sebab xmau duduk rumah. X sanggup hadap muka parent yg sanggup hntr skolah jauh2 dulu tapi akhirnya ank ni nak duduk rumah. ‘Mahu Universiti dan kos ini’ atas faktor branding shja kut. Only up sampai tahun dua, 3rd year aku dah ok sebab dah belajar banyak benda dari ramai professionals :)

Sedih untuk menyedari bahawa, koleksi buku berkisarkan tekanan jiwa, psikologi, anxiety dan yg sewaktu dengannya, lebih bertambah berbanding buku2 yg boleh membina masa depan; bertambah dalam rak buku. Tapi bersyukur mungkin itu jalan tuhan untuk kembalikan aku ke jalan yg betul. Pesanku, jangan memandang rendah tekanan seseorang. Jika benar kamu kisah, cuba ambil tahu perihal orang, untuk bantu dia, bina dia, bukan untuk hancurkan seseorang. Kematangan bukan dikira dari umur atau lamanya kita merasa garam, tapi sebaliknya sedalam apa kita sudah mengambil iktibar dalam hidup. Belajarlah, belajar untuk mengenal orang, bertanya jika tidak pasti, berbanding menyebarkan sesuatu yg kemungkinan boleh consume seluruh hidup orang itu. Contohnya, depresi menyebabkan bunuh diri. Terakhir, tidak pernah adil untuk menyebar keburukan tanpa tahu cerita sebenar, dalami qisas, belajar ilmu tuhan. Kita sentiasa boleh memilih jalan yang lebih elok :)

– Afifi M.H.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.