Sunday, 30 April 2017

Ex Employer Kaki Belit

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Aku tau confession takde nama ni adalah confession pengecut tapi aku memang tak tahan sangat-sangat. Aku perlu juga luahkan kat orang ramai baru hati aku sedikit lega.

Dulu aku bekerja di sebuah syarikat swasta milik bumiputera. Syarikat tu bukan la jenis syarikat besar-besar tapi aku gembira bila dapat bekerja di situ sebab aku rasakan aku dapat apa yang aku impikan. Aku dapat berkhidmat di kampung aku sendiri di utara dan aku bekerja dengan orang yang aku sanjungi. Untuk pengetahuan semua, ex-bos aku ni antara orang yang berpengaruh jugak la dan antara pioneer bidang aku di Malaysia. Pada permulaan kerja, aku tak de masalah dengan dia. Semua indah-indah belaka dan tiada isu antara aku dan ex-bos. Mungkin kerana aku jauh diutara (branch) dan ex-bos aku ni di KL (HQ).

Satu hari aku mengambil cuti untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan ku di pantai timur. Alang-alang aku kesana dan berdekatan dengan tempat aku belajar, aku pon melawat la lecturer-lecturer aku disitu. Kat situ mula la diorang tanya okay tak aku kerja dengan dia. Maka terkeluar lah cerita-cerita kurang elok berkenaan ex-bos aku ni. Rupanya diorang memang tak suka dengan Ex-bos aku ni. Aku pon dengar je lah tapi nak percaya tu xde la sangat sebab selagi tak kena dekat aku, aku malas nak percaya cerita-cerita buruk orang.

Hampir setahun berlalu dan aku perlu memperbaharui kontrak kerja aku. Oh ye, aku bekerja tak guna sistem pekerja tetap ye. Bila dah hujung tahun tu, ex-bos aku datang untuk aku sign kontrak baru la. Aku agak terkejut bila gaji aku diturunkan daripada RM3000 kepada RM 2400. Bukan turun RM60 okay. Turun RM600. Alasannya sebab dia da buat sistem komisyen. Dia kata kalau aku dapat capai target pertama RM30K, aku akan dapat komisyen RM800 dan kalau capai target kedua rm40K, aku akan dapat 6% daripada jumlah sales. Dia siap kata lagi kalau capai target memang aku tak rugi apa-apalah. Dalam hati aku sebenarnya agak risau sebab nak capai target pertama pon aku rasa susah sebab selama aku kerja ni bape kali je sales lebih daripada yang target pertama tu. Tapi aku redha je dan tawakal. Rezeki aku Allah yang pegang. Kalau Allah kata, tu rezeki aku, pasti akan ada rezeki aku. Kalau Allah kata bukan, maka aku hanya dapat la RM2400 tu je. Komisyen tu pula akan dimasukkan bersama gaji bulan berikutnya. Contohnya, komisyen bulan januari akan dapat pada bulan februari dan seterusnya.

Turun gaji satu hal, lagi satu hal dia cuba belit aku tentang KWSP. Aku tanya KWSP macam mana sebab aku memang tekankan simpanan di KWSP. Dia kata tak tahulah KWSP aku boleh carun ke tak bila gaji dah RM2400 tu. Dalam hati aku, ‘What???? Weh, dulu lepas SPM aku kerja kerani biasa gaji RM1000 pon boleh carum. Kenapa gaji RM2400 ni tak boleh carum plak?’. Aku pon cakap “Okay. Tapi incase tak boleh carum, saya nak carum sendiri boleh?”. Dia pon cakap nanti dia nak confirmkan dengan KWSP.

Sebulan telah berlalu daripada sign contract tu. Alhamdulillah aku capai target kedua pada bulan tu sebab sales aku RM45K. Maknanya aku berhak dapat 6% daripada total sales. Rezeki Allah nak bagi kan. Bila masuk je gaji bulan ke 2, aku cek komisyen aku sikit, tak seperti yang aku kira. Aku pon bertanya la kat bos aku kenapa komisyen aku banyak tu je. Dia cakap aku tak paham. Aku akan dapat RM800 sebab capai RM30K. Then dia kira 6% tu daripada RM45K – RM40K. Aku fight la. Tulis dalam contract 6% daripada TOTAL SALES bukan daripada yang tolak-tolak tu. Ex-bos yang siap mention masa sign contract tu berapa aku akan dapat kalau dapat 6%. Tak mungkin aku salah sebab bila berkaitan matematik dan duit, tolong jangan tipu aku. Dia pon kata dia akan bincang dengan management. Lepas 10minit dia telepon balik kata diorang akan bayar ikut apa yang aku paham. Tapi bukan sekarang. Dia akan masukkan 15hb bulan depan dengan alasan da terlepas tempoh pembayaran duit pekerja. Aku pon okay je la sebab tak urgent pon nak guna duit tu. Janji kau bayar sebab kalau tak memang aku nak jumpa pegawai tenaga kerja untuk buat laporan. 14hb dia ada datang ke pejabat aku dan dia kata dia minta maaf sebab terlepas pandang contract aku tu padahal masa dekat HQ, kawan-kawan aku cakap dia marah-marah kata aku ni BODOH ke apa tak paham contract. Tapi aku malas nak panaskan keadaan. Aku senyap je la padahal tau apa dia buat belakang aku. Dia pon tanya aku nak pakai duit tu ke sebab dia kata kalau tak, dia nak masukkan dalam gaji hujung bulan. Aku sabar je la dan cakap aku tak kesah. Kebetulan hujung bulan tu aku tak de komisyen sebab bulan kedua tak capai target. atleast takde la sikit gaji aku bulan tu kan. Setel.

Lepas tu aku dapat tawaran kerja yang lebih baik. Memang aku terus sapu lah sebab rasa tak tahan dan nak keluar daripada syarikat tu. Aku kena bagi notis 2 bulan. Syarikat baru pula minta aku masuk sekian-sekian tarikh. Kalau ikutkan, notis aku tak cukup 4 hari untuk 2 bulan notis tapi aku cuba nasib la. Mana tau kalau ex-bos aku ni memang baik hati, setakat 4 hari tu apa lah salahnya kan. Dari hari ke hari aku tunggu balasan emel ex-bos aku tu. Surat pon aku da hantar melalui pos. Seminggu berlalu tapi ex-bos tak bagitau apa-apa. Kebetulan masa aku nak update dengan ex-bos, dia pon naik ke utara ni. So dia tanya sama ada aku dah finalise nak berhenti kerja ke? Aku pon kata da muktamad da. Dia pon kata okey la. So aku ingat setel la sampai situ dan aku pon menghabiskan sisa-sisa hari kerja aku seperti biasa. Aku tinggalkan syarikat elok dan tersusun je. Kerja-kerja aku semua aku da siapkan . Hari terakhir dia datang untuk ambil alih kerja-kerja aku semua. Siap buat farewell party skali (belanja makan je). Sepatutnya dia kena bayar 9 hari gaji sebab aku tamat 9hb bulan ni pada hari terakhir aku kerja. Tapi dia kata disebabkan aku ada komisyen bulan lepas, dia akan bayar hujung bulan. Aku pon okay je la. Setelah tiga minggu berlalu, tetiba dia telefon aku (pada tarikh dia sepatutnya bayar gaji). Nak tahu dia kata apa? Dia kata aku hantar notis tak cukup 2 bulan. Sepatutnya aku kena bayar 2 bulan gaji. Dia da pegi pejabat buruh dan pegawai buruh tu pon kata aku kene bayar 2 bulan gaji. Ex-bos kata sebab dia malas nak bawa benda ni ke mahkamah, dia nak settle secara senyap je. Disebabkan ex-bos ada hutang komisyen dan gaji aku RM3K plus, dia tawarkan pada aku, kita contra je. Aku tak payah bayar 2 bulan gaji tu, dia xpayah bayar komisyen dan gaji aku tu. Aku punya terkejut gila sebab aku ingat tak cukup 4 hari tu dia okay je. Aku memang geram masa tu. Kenapa dia tak cakap awal-awal yang dia tak luluskan aku notis tak sampai 2 bulan? Kalau aku tahu dia tak okay, aku boleh la kawtim dengan syarikat baru agak postpone tarikh report duty tu. Kenapa da tiga minggu aku keluar daripada syarikat dia baru dia nak ungkit? Malam tu aku ceritakan masalah aku dan minta nasihat daripada ramai kawan-kawan terapat. Diorang semua kata ex-bos aku tak boleh buat macam tu. Aku kene pergi pejabat buruh untuk tanya pasal ni.

Esoknya aku ke pejabat tenaga kerja. Aku minta nasihat daripada pegawai tu tentang contract kerja aku. Pegawai tu banyak kali kata memang salah aku sebab tak cukup 2 bulan notis tapi aku kene ganti rugi berapa hari tak cukup je. Selebihnya, ex-bos kene bayar kalau tak aku boleh buat tuntutan. Aku pon lega lah dan kemudian telefon ex-bos aku tu. Dia insist kata aku kene bayar 2 bulan gaji, dia da pegi pejabat buruh dan dah minta pegawai baca contract aku sekali. Dia kata lagi sekali dia malas nak bawak ke mahkamah maka dia nak settle secara senyap. Aku pon bagitahu la saya tak nak settle dengan contra kot. Dia tanya balik ‘dah tu awak nak settle macam mana?’. Aku pon kata aku nak settle kat mahkamah. Dia pon kata ‘awak nak bayar ke RM4K plus tu?’. Aku kata memang aku sanggup nak bayar *kalau kalah la kan*. Dia kata okay. Pastu aku tanya balik ‘So saya boleh teruskan dengan buat tuntutan di pejabat tenaga kerja sini la kan?’. Dia terus tutup telefon dia. Geram la tu sebab aku melawan dia. Baru tau dia da jumpa buku bertemu ruas dia tu.

Jadi sekarang ni aku tunggu je dia masukkan duit dalam seminggu ni. Kalau dia tak masukkan jugak memang aku buat tuntutan lah. Tolong doakan aku menang weh. Aku tak kira, kalau aku kalah sekalipon, kalau aku kene bayar dia sekalipon, hati aku puas sebab aku mencuba. Dan hati aku puas sebab dah mencalarkan reputasi dia. Setakat 4 hari tak cukup dia nak sub aku bayar 2 bulan gaji. Kalau aku tahu kene bayar 2 bulan gaji, aku cabut terus 24 jam xpayah tunggu 2 bulan. Biar terkontang kanting kerja aku tinggalkan. Tapi aku bukan jahat macam tu nak tinggalkan kerja terbengkalai.

Dan barulah aku tau ramai sebenarnya tak suka bekerja dengan dia. Siapa yang tahu kes dia semua xnak minta kerja kat syarikat dia. Tinggal la adik-adik junior yang tak tahu apa terjebak jadi mangsa dia yang seterusnya.

Doakan aku berjaya wahai Rakyat Malaysia!

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Melayu Tak Reti Bersyukur

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks kpd admin if confession saya akan disiarkan. Dan utk lebih jelas, tiada isu perkauman untuk saya bahaskan disini sebenarnya. Cuma saya kesal dgn segelintir masyarakat melayu kita yg tak pandai/kurang bersyukur.

Alhamdulillah, selepas grad dahulu, lebih kurang dua bulan saya sudah pun dapat kerja. Ikut pengalaman saya setakat ini, saya pernah bekerja dgn cina, melayu dan juga india.

Secara ringkasnya, skrg saya bekerja dgn sebuah company di Johor yg diterajui oleh bangsa india dimana pengurus smua india. Tapi majority staff adalah melayu. Hampir setahun saya disini, apa yang saya nampak, pihak management (india) mmg semua okay. Saya tak nampak pun ada ketidakserasian antara kaum kat office.

Tapi apa yg saya nampak, staff melayu banyak bercerita keburukan management dan juga boss. Macam2 yg dihamburkan. Dikatakan gaji tak cukup, boss racist dan macam2 lagi lah.
Saya tak nampak pun benda yg racist dlm office. Cuma mmg saya nmpk, pihak management akan naikkan pangkat utk pekerja india yg kita sendiri mmg boleh nampak dia boleh buat kerja, boleh settle down masalah apa semua.

Saya dimomokkan dgn macam macam benda. Dikatakan caruman epf tak masuk dlm akaun kwsp lah, HR akan terminate org serta merta bila kita bagi notis nak berhenti lah, gaji bulan terakhir tak akan dpt bila kita bagi notis nak berhenti lah, dan macam2 lagi.

Si tukang cerita tu pun saya perhatikan je. Jenis boros. Mulut celupar. Mulut jenis pungpang pungpang, main sebut asal jalan cerita jadi menarik. Benda kadang2 saya rasa takda apa utk dijadikan isu, tapi bila dia buka mulut, nampak indah je jalan cerita dia. Selalu merungut gaji tak cukup. Padahal tak sampai 6 bulan lg kerja kat sini. Padahal baru je dapat naik gaji.

Emosi saya sedikit terjejas dgn keberadaan org yg tak reti bersyukur mcmni. Kalau awak sendiri tak reti nak manage duit awak, jgn pernah tunding jari ke arah lain. Sedangkan masa awak masuk kerja dulu mmg dah tahu itu gaji awak, level diploma takkan nak gaji level master ye dak? Kerja dia pun tak seberapa elok mana, setakat key in je tak payah pening fikir guna otak.

Ya saya faham, dia kata gaji tak cukup sebab duduk jauh dari family. Dia asyik kata nak resign then nak kerja kat kg dia. Org utara. So gaji sama mcm skrg, tapi kalau kerja kat kg sendiri pun akan rasa cukup je katanya.

Saya selalu fikir, kalau dh tahu tak ckup knp awal2 dulu dtg untuk kerja kat sini juga? Knp awal2 taknak cari kerja kat kg awak tu je? Lgpun sebelum dia kerja kat sini, dia kerja tempat lain smua tak lekat, tak pernah smpai 4-5 bulan pun.

Satu lagi sebelum ni saya dimomokkan yg kononnya boss saya ni suka maki maki pekerja. Tapi dah nak setahun saya kat sini, tak pernah pula saya nampak boss maki staff melayu. Kalau dia bising sikit pun, ayat last dia mesti dia ada selitkan buat lawak. Kalau dia marah betul pun takda pula sampai maki maki kami yg staf melayu ni. Kalau marah pun kejap je. 10min lepastu kalau ckp balik dgn dia, dia okay dah. Itu je.

Nak kata boss saya garang, tak juga. Tapi biasalah, boss mana2 pun sama kadang2 suka bising if kita buat salah. Kalau tak buat salah, takkan dia nak bising kan.

Kalau pasal gaji, increment mmg selalu ada je kat company tu. After probation, once confirm mmg gaji akan naik dlm 200-300. Year increment pun ada dalam 300 mcmtu. And kalau mcm perform apa apa, pun akan ada insentif kenaikan gaji.

Entah, saya rasa bangsa saya sendiri ni, mmg tak pandai rasa bersyukur. Kita berkerja dgn org, sepatutnya kita hormat. Kita kan cari rezeki yang berkat. Kalau dok maki hamun majikan sendiri, tabur fitnah yg entah apa apa mcmtu, mcmna nak berkat ye dak? Kalau rasa tak tahan kenapa tak berhenti je? Kenapa masih stay kat situ? Knp tak buka bisnes sendiri?

Saya pernah berkerja dgn cina. Bagi saya kalau berkerja dgn cina, hati lagi kena kental. Kadang2 saya cakap dlm hati je, mungkin diorang tak pernah kerja dgn cina. Sbb dgn cina, sekali buat salah, selamanya kau akan rasa tak diperlukan dan selamanya salah kau tu akan diungkit. Tapi tak semua, ada juga kawan saya yang okay saja kerja dengan company cina.

Saya tak tahu nak luahkan kat mana, kalau boleh saya nak buka mata semua org. Kalau kita rasa kita tak boleh nak teruskan, better kita stop. Buat apa kita nak tanggung dosa banyak banyak dgn benda yg kita sendiri tau kita tak suka.

Sekian dulu luahan saya. Thanks sebab sudi baca and jgn lupa tinggalkan komen :)

– Sha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Emak Berkira

PengakuanKu

Assalamualaikum/Hi.

Aku terus jelah pada confession aku yer. Tengok tajuk bukan tujuan aku nak mengaibkan sesiapa tetapi untuk meminta pandangan pembaca terhadap apa yang aku akan sampaikan. Sebelum itu, aku ceritakan sedikit latar belakang aku. Aku seorang anak perempuan dari sebuah keluarga yang berpisah sejak aku kecil. Lebih kurang 1 tahun lebih umur ku waktu ayah dan ibu aku berpisah. Atas sebab-sebab tertentu, aku berada di bawah penjagaan ayah sehingga sekarang.

Nak dijadikan cerita, selepas mereka berpisah aku tak pernah kenal yang namanya ibu/mama dalam definisi sebenar. Aku ada pengasuh tapi pengasuh aku juga seorang yang agak garang buat aku membesar kadang kala aku rasa pengasuh aku tak sayang aku pun. Tapi melihat pengorbanan pengasuh aku yang selalu sediakan keperluan aku selain daripada ayah aku lah (Alhamdulilah ayah aku penyayang orangnya), jadi aku cuba ubah persepsi aku… Mungkin pengasuh aku sayang aku, tapi dia tak tau nak salurkan macamana. Mungkin dia rasa itu tegas bukan garang. Tapi bagi aku, cara dia garang.

Disebabkan itu, walaupun aku perempuan tapi sampai sekarang aku ada isu untuk terlalu rapat dengan kaum sejantina aku sendiri. Cuma tak bermakna aku melayan lelaki ye. Pergaulan aku dijaga agak ketat oleh pengasuh aku.

Balik pada apa yang aku nak sampaikan, since ayah aku berpisah, aku tak begitu kenal ibu aku. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh aku percaya, adalah beliau datang jenguk aku, tapi hanya untuk beberapa tahun sebelum aku masuk 3 tahun. Jadi korang rasa budak kecik mana yang akan ingat yaa..

Jadi bila aku masuk sekolah, biasalah kalau cerita pasal family mesti ada kaitan dengan ibu bapa, tapi family aku pula incomplete. Aku ada ayah, tapi ibu?

Kena pulak dengan makcik-makcik mulut bawang yang sibuk jaga tepi kain orang balik-balik tanya “mana mak kau, kau tak nak junpa dia ke?”. Buat kau sebagai budak kecik masa tu rasa insecure yang tak mampu nak diluahkan. Yelah nak diluahkan ke pengasuh kang, aku takut aku yang kena marah balik. Jadi aku diamlah sampai bila? Sampai aku form 4.

Aku start ada fb masa aku form 4. Mula-mula aku guna fb ni, aku tak nampak lagi apa function dia boleh buat. Noob lagi kan. Lepastu, aku ni jenis excited pasal benda-benda baru. Kalau benda aku baru join, segala benda aku nak kaji. Sampai lah aku dapat faham apa fungsi fb ni selain tambah kenalan, boleh juga stalk dan cari orang sampai dapat.

Dari fb ni lah aku cari sendiri ibu aku. Jangan ada yang tanya kenapa ibu aku tak jumpa aku or tak cari aku. Walaupun pada dasarnya ibu aku yang tinggalkan aku dengan ayah. Dia yang minta, kalau ikutkan ayah taknak lepas pun. So, kira dia yang tinggalkan aku.. Tapi atas dasar prinsip syurga bawah tapak kaki ibu, aku rasa aku nak jumpa syurga aku.

Masa berjalan berganti hari, aku form 5 baru dapat jumpa. Awal jumpa tu biasalah jejak kasih, semua okey. Tapi lepastu ibu aku mula buat aku rasa sedikit rimas.

Otak aku yang belum matang masa tu berkecamuk be like dulu dia yang tinggalkan aku, sekarang dah jumpa dia cuba kongkong segenap kehidupan aku macam aku budak kecil.

Ibu aku cuba minta nombor ic aku, cuba minta slip exam aku. Motif? aku tak tau.
Sampaikan aku keluar dengan ayah aku pun dia kata kenapa tak bagitau dia.

Satu benda aku cuma anggap masa tu, ibu aku tak matang. Tak kisahlah umur lagi dewasa bukan penanda aras seseorang tu capai kematangan yang sepatutnya dalam hidupnya. Sebab? Aku tak tau. Korang buatlah research.

Sampailah aku tamat spm, aku dapat masuk sebuah universiti kat Malaysia tercinta ni. Jadi aku ni contact lah ibu aku untuk dapat restu je.. Tapi aku adalah sound-sound dia minta duit sikit. Bukan apa, aku kesian kat ayah aku yang bertungkus lumus belikan aku barang-barang nak masuk universiti. Aku dapat baju baru, kasut baru, handphone dan laptop baru. Sebab aku anak seorang boleh lah semua baru tapi aku rasa eh macam banyak pula ayah beli. Memang lah tu tanggungjawab dia, tapi aku terfikir kalaulah kami ni orang susah, macamana ya. Kat situ aku rasa kesian kat ayah aku.

Masa aku sound ibu aku (bukan sound menyindir ke apa, senang cerita aku memang minta lah dia hulur bantuan sikit) jadi dia hulurlah dalam beberapa ratus. Okey berhentilah sampai setakat itu, sampailah aku dah dekat universiti.

Masa aku nak masuk u ni, ayah aku yang risau lebih siap nangis. Berjaya jugaklah tangisan tu buat aku ingat kalau aku nak leka sikit.. Nak buat benda tak elok, teringat ayah.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu hari ulang tahun ibu aku, tapi aku tak wish. Aku memang jarang wish birthday orang ni. Ayah aku yang jaga aku pun aku tak wish dia, lagilah orang yang aku jarang jumpa. Bukan masalah dia ibu kita atau bukan, tapi masalahnya kita baru je jumpa, kekok tu masih ada. Aku jenis orang yang ada kepentingan dalam hidup aku semua aku sumbat je nama dalam doa tiap kali solat. Tapi orang tak faham. Aku rasa indah betul bila nama aku ada yang nak sebut dalam doa. Nama aku orang kirimkan kesejahteraan dari Yang Paling Agung, sweet sangat aku rasa. Tapi malangnya orang tak faham konsep yang aku bawa.

Best sangatlah orang wish birthday tu konon. So apa jadi lepas tu?

Ibu aku merajuk, dia ungkit pasal pemberian dia. Aku ni pula jenis hati keras dan simpan dalam, mungkin sebab aku cara aku dibesarkan, aku kurang diberikan ruang untuk ekspresikan apa yang aku nak, aku tantrum aku yang kena marah balik, korang rasa? Jadi aku besar dalam keadaan suka pendam.

Jadi bila aku ternampak pasal ungkitan tu, aku pendam jelah. Tapi aku serba salah. Perlu ke aku pulangkan balik duit tu?

Ada lagi satu, berlaku masa hari raya. Ayah aku minta teman dia ada kerja luar. Jadi aku postlah dekat fb… Ibu aku sebut lagi pasal “sumbangan” beliau yg dulu tu.

Lagi satu yang buat aku dilema bila dia sempat cakap aku bukan ciri anak solehah.

Ibu aku siap sindir keluar dengan ayah boleh, beri ucapan hari raya kat dia tak boleh dan masa tu di ruang komen fb adalah sesi sindir menyindir keluarga sebelah sana terhadap aku dengan ayah aku sampai buat aku block semua yang terlibat.

Ada juga “adik beradik angkat” yang sibuk masuk campur dalam sesi menyindir tu.. Sebelum aku block hantu tu, sempat jugalah aku bomb inbox dia masa tu. Inbox entahlah adik angkat ke kakak angkat ibu aku yang wall tak habis-habis menayang unsur ketuhanan, tapi perangai harammmmm.

Siap lagi time aku bomb inbox dia pura-pura pula tak kenal aku. Tiba-tiba tanya, maaf awak siapa ya, saya tak kenal. Tetiba jadi bodoh, aku tak kiralah masa tu umur kau 40 tahun ke 100 tahun ke aku hantar screenshot sesi sindir menyindir diaorang tu. Baru aku block. Sempat jugalah dia cakap aku biadap. Peduli sana, dia yang biadap. Orang luar sibuk masuk campur.

Sampai sekarang dah 2017, aku tak lagi contact dengan ibu aku. Bukan niat aku untuk memutuskan silaturrahim. Fb ni pun medium pemgantara je kan. Kalau takde fb, tak juga dapat contact. Tapi bila dah jadi macamni, aku menjauhkan diri tanpa niat memutuskan mana-mana silaturrahim cuma aku nak elakkan keadaan jadi bertambah keruh apatah lagi apabila melibatkan ayah aku. I know my father well so akuntak suka sapa-sapa pun sentuh pasal ayah aku. Aku cuma nak minta pandangan korang,

1. Patut ke aku pulang kan balik “sumbangan” ibu aku tu?

2. Aku ni anak derhaka ke bila ibu aku label aku bukan anak solehah sedangkan hidup aku sampai sekarang Alhamdulilah, full of blessings; tapi bila teringat pasal benda ni, tiba-tiba aku takut kalau-kalau aku ni sebetulnya dapat istidraj.

Mohon penjelasan.

– MNRS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buruk Sangat Ke?

PengakuanKu

Assalamualaikum semua . Terima kasih pada admin andai siarkan confession ni.

Aku taip ni subuh2 dalam keadaan menangis. Sebak sangat.Tengok tajuk pun aku rasa korang boleh tahu sebab nya.Aku nak luah sini sebab aku takde siapa nak luah.Even parents pun.

Lupa kenal kan diri.Aku faes,21tahun.Perempuan.
Buruk sangat ke aku?Aku kalau boleh taknak fikir pasal hal remeh ni.Tapi disebabkan bakal tunang yang kata macam tu.Im totally down.

Kulit aku cerah2 biasa.Tak gelap.Kening aku takde sangat. Hidung a bit mancung.Bibir macam bibir ikan(adik aku ejek).Muka takde jerawat.

Masa sekolah dulu aku gelap.So dulu biasalah perempuan selfie2.Aku ni lak suka edit gambar aku.So cantiklah gambar tu (for me lah).So kawan2 belek ah gambar2 aku edit.Ada yang puji cantik.Then sorang kawan celah “Faes ni dalam phone cantiklah.Depan2 hodoh” PAPP! Hati aku masa tu sakit sangat dan sedih.Aku senyum hambar je.Seburuk sebelum mana kawan2 aku.Aku tak pernah kata org,ejek orang. Tapi sanggup dia kata macam tu depan kawan2.Walaupun kes ni 5tahun lepas. Aku tak boleh lupa.

Dengan kata2 tu aku cuba berubah.Aku pun nak teringin cantik macam perempuan2 kat luar sana.Aku ni orang biasa2.Nak beli produk2 guna duit sendirilah bila dah kerja ni.Alhamdulillah sekarang tona kulit dan cerah sikit.Tapi masa tu aku tak makeup.Lukis kening pun tak.Memang look pale.Bagi aku masa tu aku dah cantik.Sebab skin bright n flawless.Tapi makcik kat kampung buat aku tersedar dari perasan cantik.”Cantik baju kamu faes.Tapi kamu bukan cantik pun “..and again..depan orang ramai.Ya Allah. Malu sangat.
Aku tak pernah cakap beria kat orang aku lawa.Kenapa suka suka cakap macam tu. Sbb sob sob

Bertahun lepas tu kawan aku paksa aku jadi model dia.Aku memang tolak awal2 sebab aku sedar aku tak lawa.Dia merayu2 aku pun ikutlah.So bila dah Make up aku rasa aku dah cantik.Situlah aku belajar dan first time aku lukis kening.Pakai lens.Ramai pandang2.Tapi May be my face look scary?So aku tak boleh nak bangga sangat.So aku try upload selfiselfie dengan makeup dan penampilan aku berubah.So kawan2 puji3.So keyakinan aku bertambah. Seronoknya lah kan.So aku mula makeup2 macam budak2 sekrang.
Bila k3luar orang pandang.Rasa macam seronoknya.Bukan gedik nk goda lelaki ke..nk show off ke..nak perasan cantik ke.Ini soal keyakinan kita nk hadapi org ramai.Rasa macam “Oh aku dah tak seburuk dulu.Orang duk hina aku ” so sangat happy.

Then tadi aku tanya bakal tunang aku.Sebenarnya cantik tak saya?dia kata tak cantik.Dia siap cerita kawan sekolah dia semua muka biasa.Habis sekolah semua superb2.Aku punya terdiam.Air mata aku berjurai.Kami otp so dia tak tahu aku nangis ke apa ke.

Bayangkan lah orang kau syg kata kau tak cantik.Keyakinan aku terus hancur.Aku malu nak tunjuk muka kat dia lg. Aku dah cuba ubah penampilan. Makeup tapi masih dihina.Aku rasa dah tak mood nak upload gambar.Semua gambar aku delete.Aku bukan tak bersyukur dengan ciptaan Allah
Ye aku cukup sifat.Tapi isu macm ni orang duk kata lagu tu.Then?Sape tak terasa hati.
Aku down sangat.Maaflah hal ni remeh.Tapi bagi aku dihina herdik aku sedih.Aku nak buktikan aku bolehcantik jugak.Tapi sayang..aku masih dihina.
Buruk sangat ke aku ni?

– Faes’

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Apabila Hati Terbuka

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Saya Cik Putih yang pernah kongsi beberapa pengalaman saya di page ni. Kepada yang tak pernah baca kisah saya, pendek cerita nya saya ni seorang pelajar malaysia yang sedang belajar di luar negara. Saya kongsi kisah2 yang saya alami sepanjang saya tinggal di negara asing ni.

Post saya sebelum ni bertajuk “Apabila hati tertutup” mengenai bagaimana saya berkenalan dengan seorang bekas muslim Ali, yang menjadi atheist. Saya sentiasa tak senang hati sejak kejadian tu. Tak tipu, tak tenang tidur, kadang2 takut kalau jadi pada saya.

Cerita kali ni mengenai seseorang yang saya kenal sebelum jumpa Ali tu lagi. Dalam beberapa bulan waktu saya awal2 sampai negara asing ni saya kenal dia ni. Kisahnya macam ni, suatu hari tu saya agak stress dengan kerja2 yang menimbun, jadi lepas lecture habis saya beli takeout coffee sambil stroll dekat taman berhampiran rumah. Kalau di sini tak rasa takut nak jalan sorang2, lagipun pakai tudung kan memang takda orang nak catcall ke apa.

Okay, balik ke kisah tadi. Tengah jalan2 kat taman tu saya termenung kat tasik sambil bagi makan angsa dan swan. Ni antara hobi saya dan sangat release stress. Beli makanan burung dan bagi makan mereka after kelas dan lecture. Tiba2 muncul seorang makcik ni tengah bagi makan burung2 tu juga, umur makcik dalam 30an nak ke 40 kot, saya tak reti nak agak. Dia bagi roti, kalau anda semua tahu bagi makan roti pada angsa or itik ni sebenarnya tak elok. Google lah kenapa ye, panjang pula nak explain di sini kan.

Jadi saya membuat kepututsan untuk tegur makcik tu elok2. Makcik ni orang local aka British. Saya cerita kat dia mengenai kenapa roti ni tak elok untuk burung2 tu. Ingatkan dia nak marah saya, tapi dia terima je teguran saya ni. Muka dia nampak risau juga lah. Saya yang jadi serba salah.

Lepas tu dia pandang saya beberapa saat tanpa kata apa2. Kemudian dia tanya saya, tak takut ke pakai hijab kat negara barat ni. Macam2 kes yang jadi di Europe ni yang menampakkan Islam sebagai agama yang jahat. Saya dalam hati dah terfikir, menyesal pulak aku tegur makcik ni. Tak pasal2 ditanya soalan macam ni pula. Baru nak cari alasan untuk larikan diri dari soalan tu, makcik ni cakap lagi.
“oh, don’t get me wrong dear. I’m myself a muslim too. I just do not have the gut to wear a hijab yet”

Terkejut saya dengar, lah makcik ni muslim juga rupanya. Dan rupanya dia juga student Phd di uni saya. Cuma tak pernah bertembung lah kot.  Saya hanya sembang2 kosong dengan makcik ni, oh ya lupa nama dia kata lah Auntie Anne macam pretzel tu. Bukan nama betul dia lah ye.

Saya ada tersempak dengan dia di uni lepas beberapa hari. Dia ajak minum2 dan siap offer nak belanja minum lagi. Saya ni orang dah nak belanja, tak kan nak tolak kan. Kemudian Auntie Anne cerita kisah dia macam mana dia boleh masuk Islam.

Dia cerita perkara yang buat dia ingin belajar pasal Islam selepas kejadian 9/11 . Auntie Anne ni jenis berpendidikan kan, jadi dia suka mengkaji benda sampai dapat tahu kebenaran sebenar. Lama juga dia kaji Islam ni.  Ditakdirkan Allah buka hati dia untuk terima Islam.

Auntie Anne kata dia tak dapat nak explain betapa indahnya perasaaan bila mula2 dia decide untuk revert ke agama Islam. Dulu dia tak kenal ramai muslim, populasi muslim di UK tak seramai sekarang. Jadi pada awal2 tu dia macam tak tau nak rujuk siapa. Tapi dengan pertolongan Allah, dia jumpa seorang perempuan muslim ketika dia jalan2 di grocery store berdekatan dengan perumahan dia.

Perempuan tu lah yang banyak membantu Auntie Anne dalam journey dia mempelajari Islam. Auntie Anne kata saat dia mengucap kalimah syahadah buat pertama kalinya adalah sangat2 indah. Buat pertama kali setelah beberapa tahun Auntie Anne merasa ketenanagan yang teramat sangat. Ya Allah time dia cerita tu saya sangat2 terharu rasa nak nangis. Ayat dia lagi sedap lah kan, saya ni pun ingat2 lupa je cara dia cerita.

Auntie Anne tanya saya, apa perasaan saya ketika mula2 memeluk Islam. Saya tak dapat jawab soalan dia, jadi saya hanya bagitahu bahawa saya lahir dalam keluarga Islam. Dia hanya angguk kepala dan kata betapa bertuah nya saya.

Betul bertuah kita yang dah lahir Islam ni, tapi cuba tanya diri masing2 berapa kali dalam sehari korang rasa bersyukur lahir dalam keluarga Islam? Ke sibuk sangat dengan hal dunia lupa antara nikmat terbesar kita, orang lain sibuk mencari kebenaran. Kita yang dah tahu kebenaran ni, kadang2 sibuk nak mempersoalkan lagi kebenaran tu.

Auntie Anne kata sampai sekarang dia tak pernah menyesal masuk Islam. Keluarga dia? Dia kata keluarga dia ni religious juga lah. Cuma Auntie Anne kata keluarga dia makin liberal, kerana beberapa tahun lepas ada seorang adik lelaki dia ni coming out depan keluarga, siap kenalkan pakwa dia. Auntie Anne ingat parents dia akan marah, tapi mereka terima sahaja adik lelaki dia. Sebagai keluarga Christian yang religious Auntie Anne terkejut parents dia accept adik lelaki dia macam tu.

Lepas tu baru Auntie Anne berani untuk mengaku dia sudah memeluk Islam. Akan tetapi keluarga dia ambil masa juga untuk terima. Tapi takda lah sampai tahap nak pulau ke apa. Auntie Anne telah merahsiakan mengenai penukaran agama dia ni agak lama juga lah.

Sampai sekarang dia masih tidak berani untuk berhijab. Ramai juga kawan2 dia yang masih tidak tahu. Dia takut nanti nak cari kerja susah kalau employer tahu agama dia. Dia pernah kerja di company besar sebelum sambung Phd. Memang di situ tak ramai langsung orang agama Islam. Auntie Anne kata buat masa ni dia ingin merahsiakan sahaja diri dia yang Islam ni dari orang sekeliliing dia. Tapi, dia sudah beranikan diri untuk berhijab ketika bercuti di luar negara sorang2, Auntie Anne suka perasaan pakai hijab katanya. Dia akan cuba suatu hari di sini, cuma belum masanya lagi.

Maaflah cerita panjang2 ni. Sebenarnya banyak lagi cerita. Tapi dah penat menaip, dengan macam2 typo nya. Oh ya, saya dah kenal lama juga Auntie Anne ni, perkara yang kami sembang2 di atas tu tak berlaku dalam satu hari ye. Berkali2 kami jumpa di uni ni, sembang2 kosong sambil tanya perkembangan dia dalam mendalami Islam.

Harap2 kisah ni ada lah memberi pengajaran kepada para pembaca.
Terima kasih bagi yang membaca sampai sini.

– Cik Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Gaji Masih Dalam Lingkungan Rm1000

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu aku cuma ingin kongsikan pengalaman aku kepada pembaca. Mungkin dalam kalangan belia mesti ada yang senasib seperti aku.

Begini, aku memiliki taraf pendidikan diploma akauntansi dari ipta dan punyai hampir 4 tahun pengalaman bekerja. Isu pemilihan pekerjaan berpunca dari kemahuan gaji yang setimpal dengan kelayakan.

Seperti aku juga, setelah tamat belajar, gaji permulaan hanya RM900 sebulan di firma amat-amat mencabar bagi aku yang menyara orang tua aku dan kelengkapan rumah. Kenapa sikit sangat? Tak tahu kenapa tapi range di bandar masa tu memang standart macam tu (bukan di KL).

Aku cuba juga mencari setiap peluang yang ada untuk tingkatkan pengalaman dan level tapi bila cari kerja baru, stage gaji masih sama. Tak lebih tak kurang antara RM1,300 sebulan. Mungkin ada di antara korang anggap kenapa aku tak cari kerja di kilang ataupun industri lain?

Iya sudah puas aku drop resume sana sini, print 10 copy tapi yang panggil interview sangkut 1, 2 je. Yelah, bukan mudah kerana kelayakan diploma aku memerlukan ijazah untuk ke peringkat seterusnya.

Ada sampai satu tahap dimana aku merasakan setiap bulan sebelum 15hb gaji aku dah habis sebelum waktu memaksa untuk aku bekerja part time di shopping complex. Tak banyak dalam RM300 sebulan tapi bole kata duit tepi untuk buat belanja harian. Tipulah kata tak letih tapi desakan ekonomi dan taraf gaji masih rendah pada masa sekarang mendesak untuk buat 2 kerja.

Kalau ditanya mana pergi gaji, jangan lah anggap yang aku suka perabis di luar sana. Masuk je gaji, benda pertama kena buat, hulur dekat parent aku. Kalau orang lain mungkin hulur RM100 dah kira memadai bukan ? Tp adalah faktor parent aku tak mempunyai punca pendapatan lain ataupun pencen yang memerlukan aku membantu mereka.

Aku juga punya adik beradik lain, cuma aku hanya anggap itu hak parent aku, mana yang mereka keluarkan itu lah yang dikongsikan bersama. Sekurangnya RM250 diberikan untuk duit poket mereka. Kadang-kadang sampai tak kisah sehingga adakala guna duit tu untuk beli barang basah sebab aku dah tak cukup duit.

Gedebak gedebuk bayar bil letrik, air, astro dalam RM150. Barang kering sebulan RM150. Bawa makan-makan luar dalam RM50. Beli barang kelengkapan diri RM100 maka tinggal lah RM300 belanja harian untuk survive sehingga gaji bulan depan. Simpanan? Tipulah kata ada. Aku hanya mampu simpan syiling sehingga penuh balang sebesar sos spegetti tu. Sedih kan?

Pernah satu tahap, punca pertelingkahan mesti sebab duit. Murung diri pun ya. Yelah dah umur meningkat tapi masih takde pape utk diri sendiri. Nak sediakan transport yang selesa untuk parent pun masih tak mampu lagi. Teringin nak travel dengan member. Pengaruh berfesyen, pernah kena label jenis tak bersosial tapi semua tu buat aku kenangkan belanja rumah yang sentiasa jadi komitmen aku. Hujung minggu abiskan masa di rumah je.

Lama kelamaan, gaji aku mencecah RM2,300 sebulan tak termasuk overtime selepas bekerja di KL. Tapi level di KL pun masih rendah lagi kan? Tapi bagi aku, itulah carta tertinggi gaji yang pernah aku dapat. Lepastu, atas sebab aku terpaksa berhenti kerana penat berulang setiap hari dan selalu outstation menyebabkan aku undur diri.

Tapi hikmah dia, Allah beri peluang kepada aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah walaupun secara part time. Now, aku masih bekerja dalam lingkungan gaji bawah dari RM1,800 sebulan yang dekat dengan rumah org tua aku. Yang penting sekarang, cuma tawakal yang rezeki Allah tu luas. Dari situ aku menyara orang tuaku seperti biasa serta menanggung yuran pengajianku.

Kalau korang rasa korang tak boleh, mengertilah, luasnya rezeki Allah tu. Usaha cari kerja yang bersesuaian sehingga kau terima rezeki yang setimpal. Amin!

– Gadis yang belum punyai kereta.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Tak Flawless

PengakuanKu

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada admin & para pembaca. Terima kasih aku ucapkan kepada admin yang sudi siarkan penulisan aku. Aku seorang wanita. Umur dah 26. Masih bujang. Masa zaman sekolah aku takda masalah kulit. Memang flawless la. Cuma kulit aku bukanlah jenis putih melepak. Cukup sawo matang.

Bila masuk zaman universiti dalam semester ke 4. Aku mula didatangi makhluk yang dinamakan jerawat. Mula2 aku tak peduli sangat. Mungkin hormon kot sebab semakin meningkat dewasa. Tapi lama kelamaan lepas satu, satu yang tumbuh. Sampai naik rimas aku tengok muka sendiri dalam cermin.

Macam2 produk dah aku cuba. Tapi aku tak la cuba dalam masa yang sama. Lepas try satu produk, bila tak sesuai aku neutralkan muka semula tak pakai apa2, pastu try lain pulak. Aku dah pernah g klinik pakar kulit. 2 klinik dalam tempoh yang berlainan. Mula2 je elok. Pastu datang balik. Padahal aku jaga kulit lebih daripada adik beradik aku yang flawless.

Dugaan datang dari diri sendiri. Rasa tak confident bila nak keluar nak berhadapan dengan orang ramai. Perasaan negatif bila orang tengok muka aku. Aku rasa macam dia kutuk kulit aku dalam hati. Pengotor, tak pandai jaga diri. Rasa jijik tengok muka sendiri. Semua perasaan rendah diri tu memang bersarang dalam diri.

Dugaan yang kedua aku hadap dengan keluarga sendiri. Adik beradik aku yang lain jenis kulit flawless & putih sebab kitorang ada kacukan cina. Aku pulak ikut kulit belah melayu. Sawo matang. Jangan salah faham. Aku tak salahkan takdir dna melayu tu dalam diri aku ye. Aku bangga aku sorang yang jelas mewarisi dna melayu tu. Jadi bila aku jalan dengan adik beradik, orang akan cakap, “Eh? Adik bradik ke? Kenapa muka lain ye?” dan aku cuma mampu senyum pahit je. Dalam hati, menjawab, “ye, aku tau, aku tak putih, kulit berjerawat, pendek pulak tu.”

Aku kutuk diri sendiri. Padahal orang tak cakap macam tu. Cuma aku yang rasa ayat tu seolah2 menghina aku. Aku pernah tanya pada kazen aku, apa yang dia pakai untuk kulit. Dia cakap, “senang je, pakai air wudhuk je.” Dan aku rasa macam nak bagi kamekameha time tu jugak kat dia. Abis kau ingat aku bertayamum je ke tiap kali nak solat?

Kadang2 aku rasa hairan dengan sesetengah orang yang jenis takda sensitiviti. Bila orang yang hadapi masalah low self esteem terutamanya tanya kau benda yang dia rasa nak perbaiki diri, kau jawab elok2 boleh tak? Jangan nak condenm dengan rasa riak atas nikmat yang kau ada. Ye, aku tau ada orang yang kulitnya tak pakai apa2 pun takda masalah. Cuci muka pakai sabun buku pun tetap flawless macam buat treatment kat spa. Tapi jangan la perkecilkan kami yang diuji ni dengan ayat2 yang menyakitkan hati.

Mak aku pulak jenis yang jaga kulit jugak. Kau rasa aku yang hidup dalam lingkungan orang2 flawless ni dapat duduk tenang tak bila keluarga sendiri selalu tegur? Mak aku selalu bandingkan kulit aku dengan adik beradik lain. Kalau ada waktu kitorang duduk2 berkumpul cerita2, mak akan cakap kat salah sorang adik beradik aku. Kakak aku contohnya. “Kulit kak rin cantik. Takda jerawat & parut2. Dah kawen makin berseri.” Start aku dengar ayat ni aku dh boleh agak, topik ni dituju untuk aku. So, aku kadang2 ada merajuk pada mak aku. “ye tau la.. Kulit kak rin memang cantik, kulit cik tak cantik. Sebab tu tak kawen2 lagi.”

Bila berkumpul dengan family, makcik2 atau jiran2 aku pun tegur pasal kulit aku. “kenapa dengan muka tu.” “Banyak boifren la ni.” “Ni tak sabar nak kawen ke ni?” What?? So, aku yang asalnya rajin berceloteh jadi lebih selesa bawa diri ke ceruk dapur tunggu pinggan2 kotor datang. Takda orang nak tengok aku kat sana.

Sekarang ni, bila adik aku nak kawen dah, makin ramai yang tanya aku bila lagi. “Kalau dah kawen nanti, mesti elok kulit muka tu.” Kau rasa apa perasaan aku waktu tu? Ye, aku tau la mungkin aku yang sensitif sangat. Tapi aku jawab la yang masih nak teman mak aku. Tak puas hidup bujang. Tunggu je kad aku sampai nanti. Sekarang aku dah tak kisah pun.

Sebenarnya bila aku diuji dengan kulit macam ni, aku boleh nampak mana lelaki yang pandang lebih kepada kecantikan semata2. Kalau waktu aku dalam keadaan sebegini pun dia tak pandang, apatah lagi bila aku tua kerepot nanti. Akan ada je orang yang boleh menerima orang macam aku seadanya. Walaupun kenyataannya memang ramai lelaki memandang rupa.

Kepada orang2 yang senasib dengan aku, bertabahlah. Kita terima ujian ni, memang bukan kehendak kita. Kita bukannya tak berusaha pulihkan diri. Dah try macam2 produk dari tradisional sampai ke moden. Sampai ke confession journey to the beautiful skin tu pun aku try masa ni. Tapi kalau Allah tak izin sembuh memang takkan sembuh. Kita diuji dengan kulit macam ni, kena terima dengan redha.

Ingat je ada orang yang lebih teruk dari ujian kita. Ada orang yang diuji dengan kecantikan. Bila diuji dengan kecantikan, rasa riak tu pasti datang. Selain rasa riak, dalam hati, kau akan pandang rendah pada orang yang kulitnya tak seelok kulit kau. Tak semua, tapi ada. Itu ujiannya. Dari situ kita boleh nampak siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur nikmat Dia bagi. Mungkin Allah x uji dengan kecantikan supaya kita tak riak dengan nikmat itu. Kita cuma hamba, Dia beri, kita jangan sesali.

– Cik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Alim Tapi Munafik

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada semua. Firstly aku nak ucapkan thanks admin sebab publish cerita aku. Kalau tak publish pun takpela tapi harap admin baca la. Takde la aku rasa tulis syok sendiri huhuhu. Aku tulis ni bukan sebab nak bad mouthing sesiapa atau pun nak buka aib tapi untuk aku luahkan sebab aku dah stress tahap dah takde hati nak pergi kerja.

Okay aku bekerja di sebuah syarikat di tengah kota di mana staffnya tak lah ramai mana, ada la dalam 30 orang. Aku kerja senior juga lah dalam syarikat tu tapi dalam aku ni senior ada lagi yang lebih senior dimana kami panggil dia kak G. First aku masuk kerja terus aku rasa mcm lawa betul dia ni dah la lawa, baik, beragama, tudung labuh. Memang aku suka la dia ni. Kak G ni masih bujang ya.

Memandangkan masa aku masuk tu tak ramai lagi staff jadi aku kira rapat la dengan kak G ni. Kemana saja bersama. Makan2 la keluar lunch pun sama. Orang kata sisters la. Aku jenis yang okay so senang la nak mesra dengan orang. Mula2 aku masuk memang dpt rasa bertuahnye aku dapat kerja sini.

Tapi lama kelamaan aku macam rasa sesuatu yang pelik dengan kak G ni. Kepelikkan tu jelas terpancar bila aku rapat dengan boss aku. Tiap kali aku keluar dari bilik boss dia akan masuk bilik boss and muka masam. Aku semakin pelik, rupa-rupanya dia skandal boss aku. Aku betul2 tak sangka dia macam tu sebab dia selalu nasihatkan aku and kawan2 lain. Nasihat bab agama. Rupanya dia skandal boss aku.

Boss aku pulak dah berbini and anak pun dah byk. Orang tua bila dah ada duit macam tula. Gatal merenyam tak ingat dunia. Dapat pulak perempuan muda cun2 kan. Kesian bini dia kena tipu dgn laki yg pandai berlakon. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal dia nak skandal dgn boss tapi yang tak boleh bla nya dia ni lalang. Depan lain belakang lain. Tak padan langsung perangai dia dgn gaya dia yang bertudung labuh. Tertipu betul rasa.

Sejak dari hari aku tahu hal skandal tu. Satu persatu benda jadi. Dahla batu api, kaki ampu boss, kuat pulak report kt boss pasal kitorang. Duduk ofis ni aku rasa macam kt sekolah. Itu tak boleh ini tak boleh. Apa semua lah tak boleh. Buat sikit mula la sampai kt boss aku sepantas kilat. Aku selalu tgk dia berzikir, istighfar tapi hati tak baik dan aku perasan dia suka bergaduh dengan orang. Selalu dengki dengan org lain dan dia selalu sekat rezeki orang sebab dia yg pengaruh boss aku bab2 gaji ke bonus ke.

Boss aku pun sama tak boleh pakai dengan sifat gatal dan cakap tak betul. Bukan dgn kal G je dia gatal tapi dgn staff perempuan kalau boleh semua dia nak try.Aku sebenarnya dah geli dengar si kak G ni nasihat and ceramah sebab apa yang dia cakap tu sebenarnya dia kena ckp dekat diri dia sendiri. Betulkan org kata 1 jari tunding kat orang 4 lagi dekat kita. Aku betul2 tak faham kenapa kak G yg bagi aku kuat agama ni berperangai macam ni.

Kak G selalu kutuk orang tapi dia sendiri gedik dengan suami orang. Kikis duit and buat tak senonoh dengan boss aku. Bab tak senonoh ni aku malas nk cerita. Cukup la korang faham tak senonoh tu perlakuan yg berdosa hehehe mana aku tahu semua ni? sebab boss aku yang cerita. Aku pun tak faham kenapa dia cerita kt aku perlakuan tak senonoh dia dgn kak G.

Dan satu hal yang aku pelik belakang kak G ni boss aku kutuk dia macam2 tapi bila kak G ni tak puas hati dgn kami boss akan sound kami pulak. Jadi kami pun tak faham manusia jenis apa mereka ni. Kadang2 hal2 yang takde kaitan dgn kerja pun kak G ni masuk campur. Tak puas hati je sampai la kt boss.

Aku bukan nak cerita aib pasal Kak G tapi aku dah tak tahan nak luahkan. Sebenarnya aku dah tak seronok nak kerja. Sepatutnya kat tempat kerja perlukan suasana yang aman dan seronok barulah kita enjoy utk kerja sbb most of the time masa kita dkt pejabat. Jadi environment di tempat kerja sgt lah penting. Untuk boss2 sekalian aku harap jgn la salah guna kuasa, kerja lah dgn amanah dan profesional. Dan untuk yang seangkatan dgn kak G ketahuilah perangai orang macam kau ni sangat lah tak elok dan patut dijauhi.

sekian, terima kasih

-anne

– anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Nak Banggakan Mak

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t pembaca iium confession,syukran admin kalau post cerita aku ni.

Tetiba terdetik aku nak berkongsi kisah hidup aku yg tak berapa nak menarik sgt ni.so aku mulakan dgn cerita tentang latar belakang aku sikit.aku lahir dlm keluarga yg sederhana dan ada 8 orang adik beradik aku anak keenam,6 lelaki 2 perempuan.walaupun adik beradik aku ramai dengan ekonomi keluarga yg sederhana Alhamdulillah mak ayah aku berjaya besarkan kami.

Oh adik beradik aku pun dibesarkan dgn cara melayu ortodoks(saje nak mention sbb terbaca kisah hasil didikan melayu ortodoks tu) cumanya adik beradik aku ramai lelaki so kami nak tak nak terpaksa and paksarela buat kerja2 rumah dari kecil and kami dah expert buat kerja rumah sampaikan aku pernah kene puji dgn cikgu aku mase sekolah rendah sebab lagi pandai sapu sampah dari budak perempuan,balik rumah cerita kat mak aku yg cikgu puji dekat sekolah tadi,mak aku buat tak tahu je then suruh aku cakar sampah pulak kat laman.HAMPA weh ! okay ni nak masuk dah point tajuk aku kat atas tu pasal mak aku.

Since mak aku sejenis yang suka bandingkan anak2 dia dgn anak orang lain(aku ada ramai sepupu yang sebaya) so aku cuba untuk berada pada tahap yg boleh dibanggakan tak kira la dalam sukan ke akademik ke even skill siang ikan pun mak aku nak aku pro kalau boleh mcm chef dekat sushi king tu,pernah sekali tu mase aku darjah 5 aku kene marah dgn mak aku sebab tak reti siang ikan keli(ikan tu hidup lagi),dia bandingkan dgn sepupu aku yg ayah dia penjual ikan dekat kampung.sah sah la budak tu pro sebab hari-hari duk hadap ayah dia siang ikan.palm face beb! *aku tak siang pun ikan tu sebab kesian.

Untuk banggakan mak aku,sejak sekolah rendah aku cuba tuk jadi top dalam kelas tapi malangnya aku tak pernah dapat no 1 dalam kelas,paling tinggi pun no 2..so aku cuba cara lain pulak.aku try jadi ketua kelas,dalam 6 tahun dekat sekolah rendah tu kalau tak silap aku 4 kali aku jadi ketua kelas but still tak cukup nak banggakan mak aku siap mak aku cakap “haish asyik jadi ketua kelas je “. Nak jadi pengawas tak lepas beb sebab majoriti pengawas anak cikgu haha.makan hati aku.

Masuk zaman sekolah menengah mak aku hantar aku masuk sekolah agama berasrama.aku satu-satunya anak yg masa tu masuk sekolah agama dalam adik beradik aku.abang and kakak aku semua sekolah harian biasa.aku masa tu ikutkan aje permintaan mak aku sebab katanya nak ada wakil adik beradik yg pandai agama.Hari first sekolah aku terkejut beruk sebab sekolah agama ada 20 subjek.tapi demi mak ayah aku teruskan jugak.So misi untuk banggakan mak aku diteruskan…

Start form 1 sampai form 5 aku cuba untuk jadi top dalam kelas but still no 2 je yang aku dapat hahaha,aku tak tahulah kenapa tak boleh dapat no 1,ada je makhluk lain yg akan lagi hebat dari kau.nak suruh jgn riak tu.Astarghfirullahalazim.tapi masa sekolah menengah ni mak aku tak kisah pulak aku dapat no berapa.korang tahu apa yang dia tanya setiap kali dapat result..berapa banyak ‘A’ yg aku dapat.yela sebab banyak subjek kan seronok je tgk result kalau banyak A,tapi malangnya tak kira lah result aku teruk ke baik ke mak aku tak pernah nak cakap “TAHNIAH” dekat aku.dia lebih concern dekat result sepupu2 aku yang sebaya dengan aku.hampa lagi.

Walaupun tak pernah dapat no 1 dalam kelas aku cuba untuk dapat no 1 dekat luar kelas pulak dengan masuk pertandingan2 ilmiah masa sekolah menengah.semua menda aku nak cuba dari syarahan,debat,kuiz,nasyid pun aku try walaupun suara ke laut.tapi aku lebih berminat dalam syarahan.nak jadikan cerita aku start wakil sekolah masa aku form 2 sampailah aku form 5,dua kali ak dapat pergi sampai peringkat negeri tapi tak pernah lepas nak pergi kebangsaan.So bagi aku tu dah satu pencapaian yg boleh dibanggakan.aku cerita beria2 dekat mak aku dari aku start menang dari peringkat zon sampai peringkat negeri siap tunjuk piala and medal2 lagi.die tgk then tanya sikit2 terus buat kerja lain.korang dapat bayangkan perasaan aku time tu.fuhhh rasa macam sia2 je aku pergi bertanding bagai nak rak sikit pun dia tak heran.nak cakap tahniah memang tak la.dia ada cakap spm tu lagi penting,hampa lagi sekali. *adik beradik lain terkejut aku menang syarahan sampai peringkat negeri sbb aku dekat rumah pendiam je.

Dipendekkan ceghita Aku pulun habis2 spm aku and Alhamdulillah aku dpt further study aku dekat oversea. Aku satu2nya dalam keluarga besar yang dapat study luar negara.Bila berita aku dapat tawaran study oversea mak2 pak2 sedara,sepupu sepapat semua terkejut and depa cakap depa bangga dgn aku,depa siap pesan dekat anak2 depa suruh ikut jejak langkah aku.Fuhhh kembang beb ! Aku seriously cerita ni bukan nak riak atau menunjuk tapi aku cuma nak parents aku bangga dengan aku tapi still dikala mak orang lain bangga dengan aku,mak aku sendiri tak pernah cakap dekat aku yg dia bangga dengan aku tak pernah cakap tahniah walau sekali pun.aku tak harap menda lain pun.cukup sekadar die bangga dgn aku tu dah buat aku rase puas dan berbaloi atas apa yg aku dah usahakan.

Sekarang aku dah tahun akhir pengajian (doakan aku grad sem ni ) situasi sama berlaku tiap kali aku bagitahu results aku setiap sem dekat mak aku tapi aku dah tak ambik hati sangat sebab aku dah lali hahaha.So natijahnya,lepas semua yang aku buat setakat hidup aku sekarang ni selain untuk dapt redha Allah aku cuba untuk buat parents aku bangga dgn aku.entah la..aku nak sangat sepanjang aku hidup ni nak dengar mak aku cakap dia bangga dengan aku.but still jauh dalam sudut hati aku..aku tahu mak aku bangga dengan aku walaupun dia tak pernah tunjuk dia tak pernah lafaz.cukuplah dengan hal tu dah menyedapkan hati aku.I LOVE YOU MAK.
aku tak pernah cerita perkara ni dekat orang lain,saje nak luahkan dekat sini. SYUKRAN .

– MuhammadAmir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Fobia Nak Tidur

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku VV, 24, dan bekerja. Ni first time aku nak buat confession dkt sini. Actually bukan confession pun but more to find a solution. Kalau publish alhamdulillah!

Ok lets start, singkat sangat je. Aku ada masalah takut nak tidur sebab takut susah bangun pagi. Waktu bekerja aku normal 9-6 (mon-fri). Lepas balik kerja aku buat part time pulak until 12 (mon-sat). Badan aku jenis cpt sangat penat, nak uruskan diri sendiri pun memang selalu tak sempat. Kebanyakan perempuan mesti nak jaga banyak benda kan, muka badan penampilan. Aku nak buat semua tu macam takde masa langsung. Apatah lagi untuk benda benda lain, sebab aku terlampau risau kalau aku tidur lambat aku akan susah sangat nak sedar pagi eventhough aku dah set alarm aku every 5 mins!

Aku takde masalah untuk benda benda lain sebab once dah bangun, buat apa pun mesti bersemangat tapi aku takkan sedar selagi lagi tak cukup 7 jam tidur! This week pun sekali je datang kerja awal sikit. Hari hari berikutnya mesti lambat setengah jam, dah confirm confirm terlajak subuh. Tahap phobia aku sampai aku rela tak tidur sebab takut bangun lambat pergi kerja (takut jugak dengan mulut mulut sumbang yang kata aku ada masalah disiplin termasuk la family sendiri). Aku phobia and aku takde solution langsung untuk masalah aku memandangkan aku jenis yang susah nak tidur dan susah nak bangun tidur.

Aku tak pasti samada ada lagi tak individu yang macam aku tapi yang aku pasti, aku boleh dapatkan jalan penyelesaiannya. Aku cuma usaha. Selalunya orang cuma akan cakap:

– tidur awal (kau takde masalah nak tidur boleh la cerita)
– pemalas (aku bukan seorang yang pemalas)

Kadang kadang weekdays 2 hari je aku tidur malam itu pun 3/4 jam. Hari hari selebihnya aku rela berjaga sampai subuh then terus pergi kerja sebab takut sangat tak boleh bangun pagi. Nak salahkan part time job pun tak boleh kot sebab kalau aku tak buat part time pun tetap tak boleh tidur awal so better aku kerja daripada aku buat benda tak berfaedah kat rumah kan?

Kalau korang boleh tolong suggest apa apa supplement atau cara untuk problem aku, mungkin boleh comment, aku akan baca semua. Aku mula benci dengan diri aku sendiri sebab tak boleh jadi efficient macam orang lain. Aku benci sebab aku susah nak bangun pagi, susah nak tidur walaupun badan penat sangat. Orang lain ingat aku suka tidur tapi diaorang tak tahu akulah orang yang paling susah nak tidur. Penat dah dengar orang cakap yang buruk buruk. Everytime aku bangun lambat, aku akan maki diri aku sendiri, aku akan rasa sedih, down sebab kecewa kenapa aku still tak dengar alarm yang berbunyi dari pukul 6-8 pagi tu.

Tolong suggest ya. Thanks!

– VV

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Crew Catering

PengakuanKu

Salam semua ,

Terima kasih iiumc , kerana memberi peluang untuk kami rakyat Malaysia meluahkan apa yang terbuku di hati kami.

First of all , nama aku k , aku dilahirkan dalam kalangan bukan anak orang yang senang. Tapi aku selalu bersyukur apa yang aku dapat. Aku dibesarkan oleh parent yg bercerai. Aku end up stay with my mom. Aku belajar tak pndai sangat , so aku pun lepas habis sekolah terus je kerja.

Aku kerja jadi pelayan catering. Ye , budak catering yg selalu kutip pinggan , cawan korang dekat majlis perkahwinan tu. Ye aku keje tu. Muka aku lah yg selalu kutip pinggan , cawan , etc. Aku perasan sikap orang melayu kita ni , memang tak boleh dibendung rasanya.

1. Suka ambil mudah
Aku ckp mcm ni sebab apa ? Most of the wedding yg aku dah kerja sebagai pelayan , tisu lepas lap mulut , tangan , mesti buang bawah meja. Kau tahu tak lepas korang balik tu kami golongan bawahan ni yang akan pungut tisu tisu tu ? Ye kami tahu itu kerja kami , tapi maaf , hormat kami langsung tiada kepada mereka yg suka buang tisu bawah meja @ kerusi ni. Mungkin kau segak bergaya datang kenduri kahwin org , tapi otak cetek.

2. Tak hormat orang
Ha ni nak marah jugak la , yg dok isap vape ni. Aku tahu sesetengah tu ok je , tp yg bebal ni , memang bebal jugak la. Kau dah tahu asap vape kau tu tebal satu lori , kalau nak isap tu , jauh la sikit dari orang lain. Takde orang yg nak rasa asap ‘second’ kau tu. Buat nya ada baby kat sebelah meja ? Tak naya ke baby tu? Beli Mod mahal , perangai kau lagi murah dari mod kau. Takde guna.

3. Tak letak dkt tempat asal
Ni kes naya , kau ambil bunga dekat pelamin orang tu konon nak acah acah sweet , tangkap gambar semua. Lepas habis acah kau tu , kau letak je dkt mana kau nak. Eh eh , kau igt decorator tu beli bunga plastik murah mcm perangai kau ? Bunga plastik pun mahal der. Cuba letak balik dkt mana tempat kau ambil tu. Kesian org yang buat pelamin tu. Kalau sekuntum je hilang takpe la , kalau dah 10-15 kuntum hilang ? Tak naya dia ? Fikir orang sikit. Jgn nk gambar lawa je. Tapi perangai tak lawa , tak guna.

4. Pakai gincu over
Ye tak salah pun kau nak make up 20 inch kedepan , yang jadi salah nya bila kau minum air kat kenduri tu , gincu kau melekat. Kalau sikit takpe la , ni pakai gincu merah menyala. Minum air tu mcm kau nak telan sekali gelas gelas. Amboih , golongan ni tak ditegur makin menjadi jadi. Yelah , kami memang bekerja utk cuci gincu kau yg tebal tu pun. Ha ah , memang kerja kami itu je. Aku perhati lama dah. Hu. Hu. Hu.

5. Senyuman
Kan manis kalau ckp terima kasih ke , at least senyum la dkt kami. Kami tahu kerja kami ni takde class mcm anda anda semua. Tapi bagi kami kalau ckp terima kasih pun dah seribu rahmat. Seronok je. Senyum pun takpe dah. Ni kau baru pergi kenduri kat kampung , dress up hipster , dah buat muka kerek. Yelah , siapa la kitaorg ni nak dibandingkan dgn kerjaya korang tu. Hu. Hu. Hu.

Itu cuma luahan aku. Aku tahu ada yg nak sangkal , ada yg setuju. Terpulang , pendapat masing masing. Nak dengar , dengar la. Taknak dgr lantak kau la labu.

Jgn ingat anda dah hebat bila dtg kenduri orang , dressup hispter , muka kerek , tisu buang bawah meja , sambil isap vape asap kepol , tangan pegang bunga yg anda ambil dari pelamin lepas tu tak letak balik. Baju anda lagi mahal dari perangai anda. Sekian.
Dari crew catering hingusan yg anda pandang sebelah mata.

– Budak catering anda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bahana Ego

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca setia iiumc. Terima kasih admin jika confession aku di terima.

Aku Yaya. Aku ada seorang kawan laki yang sangat rapat, Arul. Kami start berkawan masa study dlu. Dia ni sangat friendly, suka melawak. So, senang masuk la ngan aku.

Hari2 kami akan berbalas mesej, tapi selalunya memang mesej kutuk mengutuk la. Aku kutuk dia, dia kutuk aku. Takde nak cakap elok2 sopan2. Tapi, walaupun macam tu, tetap menghiburkan hari2 ku wakaka.

Hubungan kami berterusan sampai la dah habis study, dah start keje. Still contact. Non-stop. Percaya atau tak, kami tak pernah jumpa lepak sekali pun sepanjang berkawan, walaupun study tempat yang sama. Tapi, perhubungan kami hanya melalui whatsapp,fb n wechat.

Bohong la kalau takde sikit perasaan. Kalau dia tak mesej je, aku dah rasa sunyi. Tapi disebabkan batas sebagai seorang kawan, buat kami berjaga2 untuk tak lebih dari kawan.

Arul ni selalu je bagi hint kat aku tentang perasaan dia. Tapi aku selalu tolak/tepis dan buat2 tak paham. Tolak bukan cara elok, kasar pulak tu bahasa aku. Haihh yelaa, macam mana nak percaya dia, dah selalu sangat bergurau. Sampai tak tau nak beza dah dia cakap serius ke main2.

Tapi yang bagusnya dia ni, walaupun aku tolak dia, dia tetap setia dengan aku sebagai kawan. Sebab tu aku suka kawan dengan dia. Kami selalu share pendapat, discuss macam2 hal, ngadu apa2 la ngan dia. Dia memang seorang pendengar yang baik.

Lama2 bila aku selalu sangat tolak dia, dia makin jauh dengan aku. Dia dah tak reply mesej aku. Aku tunggu dia hari2. Masa tu baru aku sedar, aku perlukan dia. Aku rasa sunyi sangat.

Tapi, aku ego. Walaupun aku rindu dia, aku tak msej dia. Aku tunggu dia msej aku dulu. Aku selalu tengok last seen whatsapp dia. Tiba2 satu hari tu, aku tengok last seen whatsapp dia dah 3 hari tak aktif. Aku pelik jugak, tapi aku still ego dan pikir positif mungkin dia takde internet.

Hari kelima aku tengok, still last seen date and time yang sama. Masa ni aku betul2 tak sedap hati. Aku mula pikir negatif, mungkin benda buruk jadi kat dia. Tapi…. ego mengatasi segala2 nya. Aku tak msej or call dia. Aku tunggu lagi.

Hari2 aku tunggu dia dalam keadaan tak sedap hati. Sampai aku tak boleh focus keje. Asik teringat benda buruk jadi kat dia. Dengan kuasa Allah, satu malam tu aku mimpi, dia kata dia tengah sakit. Mungkin itu satu petunjuk dari Allah. Allah tolong aku disaat aku resah dan betul2 perlukan Dia.

Lepas sedar dari mimpi, aku dah agak. Ada benda buruk jadi kat dia. Aku tak kenal family dia. Aku tak kenal kawan2 dia. So, jalan terakhir aku cari dalam facebook, kot ada kawan2 dia post pasal dia. Disebabkan aku dah unfriend dia atas sebab2 tertentu haritu, takde la aku dapat direct info kat newsfeed. Dengan gigihnya aku tengok profile kawan2 dia. Sorang2 aku tengok.

Lepas sejam lebih mencari, aku terjumpa 1 post kawan dia. Aku tergamam, terkaku, terdiam. Semua ade la masa tu. Jantung aku hampir berhenti berdegup. Tak tau nak pecaya ke tak. ‘Sama2 doakan Arul cepat sedar. Koma, dalam icu. Accident tadi kat …. ‘ lebih kurang mcm tu la ayat yang di post. Ada gamba sekali. Wayar penuh satu badan. Status tu pada hari terakhir whatsapp dia aktif. Ya Allah, dah seminggu rupanya. Patut la aku tak sedap hati.

Aku mampu menangis sorang2. Aku tak tau keaadaan dia lepas seminggu tu. Aku terpaksa cerita kat kawan aku, Nia. Nia ni tak kenal pun Arul. Tapi dia tolong aku dapat kan info pasal keadaan Arul dan no tel family Arul. Nia cari kat fb jugak.

Arul ni dok utara, aku belah selatan. So jauh la kalo aku nak pegi tengok dia. Tapi, Allah datang kan lagi sorang kawan aku yg sudi bantu aku, Ina. Ina tawarkan diri dia untuk bawak aku tengok Arul.

Akhirnya, aku dapat tengok Arul di hospital. Tu la kali pertama aku jumpa dia. Seperti yang kami janjikan. Sepatutnya memang kami ada plan nak jumpa pada bulan tu. Tapi tak sangka aku jumpa dia dalam keadaan dia macam tu. Dan pertama kali jugak aku jumpa mak dia.

Apa yang buat aku rasa tak boleh percaya dan terima. Dia…. HILANG INGATAN. Sebab hentakan yang kuat pada bahagian kepala. Ya Allah! Dugaan apa ni. Aku betul2 rasa kehilangan. Orang yang ada dalam setiap hari aku, mungkin tak ingat aku dah.

Aku hanya mampu berdoa dia sembuh dan boleh ingat semula. Setiap perkembangan dia aku tau. Hampir setiap hari aku akan kol mak dia. Aku masih mengharap dia ingat aku.

Semakin hari dia semakin pulih, tapi dia tak macam dulu lagi. Ingatan dia tak sepenuhnya pulih. Dia lost memory untuk beberapa tahun. Dia cuma ingat aku masa mula2 kenal tu je. Dia dah tak ingat perasaan dia. Aku cuba ingatkan dia. Aku screenshot msej2 lama. Tapi hampa. Dia tak percaya msej tu dari dia dan dia minta maaf kat aku. Dia doa aku jumpa orang lain. So aku paham2 je la.

Akhirnya, aku hanya mampu berserah. Mungkin kami ditakdir berkawan je. Dia memang seorang kawan yang baik. Yang boleh buat semua orang happy.

Kepada kawan2, percaya la. Allah ada bila kita dalam kesusahan. Hanya kepada Allah tempat kita mohon pertolongan dan tempat kita mengadu. Tapi, jangan la cari Allah bila kita susah je. Bila kita dah dapat apa yang kita nak, berdoa la, berterima kasih pada Allah. Insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita.

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Si Tua dan Rumah Usang

PengakuanKu

Tanggal 31 Januari 2014, saya pasti tidak dapat melupakan tarikh ini sampai bila-bila. Malam itu, saya berseorangan pulang ke Besut. Meninggalkan Tuah Sujana dan Musafir Ilmu berdua di Kuala Terengganu. Saya bertolak lewat, dalam kira-kira pukul 11.30 malam.

Dalam perjalanan, saya sakit perut yang amat sangat. Dan saya terus membelok mencari surau berdekatan. Dan yang saya jumpai surau di Wakaf Tembusu. Apabila saya sampai, kedengaran bunyi salakan anjing. Saya memberanikan diri sendiri dengan membawa lampu suluh. Selepas keluar tandas, saya teringat bahawa saya perlu menunaikan solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak. Saya pun terus menunaikan solat di ruang luar surau. Surau itu berkunci. Ketika solat, di hadapan saya seakan-akan ada tangan yang melambai dan benda yang bergerak di hadapan. Hati saya tidak keruan, namun saya teruskan solat.

Seusai solat, saya mengambil lampu suluh dan menghalakan tempat yang saya nampak tangan yang melambai tadi. Astagfirullah, rupanya ada gelandangan di sudut surau. Pakaian cukup aneh sekali, dengan pakaian seperti seorang pemesin rumput, lengkap dengan ” mask ” dan sarung tangan. Tidurnya beralaskan kotak-kotak yang disusun rapi. Dia sedikit terganggu dengan lampu suluh yang saya halakan.

” Sah dia orang tak betul nie” bisik hati saya.

Kemudian, ketika saya singgah di Petronas berdekatan untuk mengisi minyak kereta, tergerak di hati saya untuk membelikan sedikit makanan kepada gelandangan di surau tadi. Sekadar memohon maaf kerana saya telah menggangu tidurnya.

” Assalamualaikum Pak Cik, nie saya bagi roti dan air mineral pagi esok. Makan ye. Maaf ye tadi pak cik kacau tidur” kata saya sambil meletakkan roti Gardenia dan air mineral Mesra di tepinya.

” Terima kasih , nak. Alhamdulilah, jazakalllah” balasnya.

Saya terkejut. Saya salah sangka pada pak ini awalnya.

” Balik mana nak?

” Balik Besut pak cik”

” Bawa kereta elok elok malam-malam, jalan gelap”.

Saya tersentuh. Betapa pak cik itu masih mampu mendoakan perjalanan seorang musafir seperti saya.

” Nama pak cik apa? saya Shafiq”

” Oh Shafiq. Nama pak cik, Abdul Rasid. Pak cik tumpang tidur dekat surau nie”

” Kenapa pak cik tumpang tidur sini.?”

” Pak cik berniaga minyak angin rata-rata. Tue motor pak cik. Pak cik kalau datang sini, nie lah tempat bermalam pak cik”

Saya tersentak. Betapa hidup seorang golongan marhaen seperti pak cik ini amatlah perit.

” Pak Cik, kenapa pakai macam baru lepas mesin rumput ye pak cik?”

” Oh, nie tak nak bagi nyamuk ketik. Kat sini nyamuk banyak”

” Kenapa tak pakai je Fumakilla?. Saya boleh tolong belikan”

” Tak usahlah nak, pak cik tak tahan asap dia”

Saya terharu.

” Pak cik, saya minta diri dulu ye. Maaf kacau tidur”

” Tak mengapa nak. Dekat sini tak hidup mana kariah surau nie. Surau berkunci. Kalau ada pun solat jemaah, Isyak sahaja. Subuh pak cik sembahyang sorang-sorang sahaja”.

Saya meninggalkan Pak Cik Rashid dengan seribu tanda persoalan. Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan nasibnya. Bagaimana dia bersusah payah mencari sesuap rezeki, barangkali untuk anak-anaknya di rumah nanti. Melihat keadaan hidupnya, air mata saya mengalir perlahan.

Dalam perjalanan pulang, betul-betul jiwa saya berkecamuk. Dan di minda saya , saya hanya mampu teringat pada lirik lagu Ramli Sarip ” Perjalanan Ini” .

” Manusia itu sebetulnya pengembara!”

Rupanya, ada persamaan antara pak cik dan saya. Ya,kami sama-sama bermusafir di atas Muka bumi pinjaman tuhan, walaupun caranya yang berbeza.

Barangkali Allah sedangkan menguji saya, dengan membeli harga sebuah kemanusian, menerusi kisah seorang tua dan surau usang!

-Apai Sigat-

– Apai Sigat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kakak Selfish

PengakuanKu

Mohon admin approvekan entry ini. Terima kasih.

Saat menaip luahan perasaan ini, aku rasa amat sedih mengenangkan yang aku punya seorang kakak yang sangat selfish.

Bukan untuk membuka pekung di dada. Tapi hanya meluahkan rasa menjadi seorang adik. Kadang tu cemburu bila rakan2 lain bercerita tentang kakak mereka yang pemurah, yang protective, yang bersikap betul2 seperti seorang kakak.

Kakak anak sulung. Sudah berkahwin dan punya 3 orang anak.
Untung si kakak ni, kasih sayang dari mak ayah dan datuk nenek lebih tertumpu kepadanya. Kenapa aku kata begitu?

1. Kalau ke supermarket, nenek selalu belikan makanan yang kakak dan anak2 nya suka(Nenek berusia 70++ dan tinggal bersama kami).

Kakak dah 30 lebih, punya gaji yang tetap, malahan boleh dikatakan tinggi juga gajinya. Tapi setiap kali tu juga nenek akan sibuk belikan makanan kesukaan dia dan anak2nya.

2. Setiap kali datang ke rumah, kakak jarang membawa buah tangan. Alih2 dia yang bawa balik buah tangan (brg yg dibeli oleh nenek) ada lah.

Seperti yang kita maklum, ibu bapa atau orang tua kan suka kalau kita bawakan sesuatu untuk mereka. Tapi ini terbalik.

3. Pernah sekali kakak ikut kami bercuti. Kami sewa homestay. Sampai2 je di homestay tersebut, terus kakak cari bilik master bedroom yang ada aircond tanpa bertanya pada ibu bapa dan nenek samada mereka nak tidur di bilik yang mana. Walhal dia tak bayar 1sen pun untuk percutian tersebut.

Begitu juga ketika bercuti ke luar negara, duitnya telah kehabisan. Jadi dia pinjam duit nenek. Nenek mudah kasihan. Jadi nenek beri semua baki duit yang ada. Alih2 nenek pula yang kehabisan duit.

4. Aku sudah bekerja. Selalunya bila dapat gaji hujung bulan, aku akan membeli barang dapur bagi menolong ibu bapa. Tak banyak, dalam rm150-rm200 akan dibelanjakan.(Aku masih duduk dengan ibu bapa). Alih2 barang yang aku beli, dengan selambanya dihabiskan oleh kakak dan anak2.

Aku bukan berkira. Cumanya bila kita sahaja yang penat2 tolong ibu bapa atau orang tua ke sana ke sini, kita sahaja yang keluar duit, tapi sudahnya dia datang lenggang kaki sahaja. Orang kata perabis beras je

5. Masa mula2 kakak nak pindah keluar dari rumah(suami berjaya beli rumah pertama), malam tu juga dia packing barang dan letakkan di ruang tamu bawah.

Tanpa berbincang apa2 dengan ibu bapa. Nak pindah bila, di mana, tak diceritakan pun pada ibu bapa. Masa pindah kan kebiasaannya orang akan buat makan2 doa selamat. Tak dijemput pun kami sekeluarga. Aku pun tak tahu apa dalam fikiran kakak.

6. Pernah sekali sewaktu kakak nak melahirkan anaknya, masa tu 2minggu lepas raya. Kakak masih tak datang ke rumah kami untuk beraya terutama untuk meminta maaf dengan ibu bapa.

Tepat raya ke7 barulah kakak datang. Ibuku pada masa itu amat terasa dengan sikap kakak. Yelah, anak sulung xdatang jenguk pun masa raya. Siapa tak sedih kan?

Tiba saat nak melahirkan, bayi dalam kandungan hampir mati kelemasan. 9jam di dalam dewan bersalin. Ibuku tak mahu melawat kerana masih terkilan dengan sikap kakak. Namun, abangku berterusan memujuk ibuku untuk memaafkannya. Syukur, ibu lembut hati. Ibu buat solat hajat, terus baby keluar.

Mungkin cukup setakat ini. Aku doakan kakak akan berubah. Aku tak kisah andai dia selfish denganku. Tapi jangan bersikap sedemikian dengan ibu bapaku dan datuk nenekku.

Aku mohon andai ada yang membaca agar doakan juga kakak berubah.

– Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Si Tanggang Moden

PengakuanKu

Siapalah x sayang anak?
Siapalah x sayang mak?
Perlukah mak manjakan anak?
Perlukah anak jadi si tanggang moden?

Saya warda (bukan nama sebenar). Saya terpanggil untk highlight mengenai tajuk diatas. Sejak akhir2ni, byk sgt kupasan isu menantu dan mertua.

Sebelum saya sentuh bab menantu&mertua, saya nak kongsi pemerhatian saya dari anak dara sehingga dah jadi isteri dan ibu.

Saya akui cara kita semua dibesarkan adalah berbeza. Kasih syg dan layanan dr ibubapa masing2 juga berbeza. Saya dibesarkan oleh ayah. Emak saya sibuk bekerja dan sudah berkahwin lain. Jadi, kami adik beradik tidak merasa sepenuh kasih syg dr ibubapa dan perlu berdikari dr kecil. Ok kisah hidup sy pnjg sgt. Bukan itu yg sy nk kongsi, tapi sy nk highlight mengenai tanggang moden.

Family A
Dulu semasa zaman belajar (ipt), saya ada rapat dgn seorg sahabat. Selalu study group dan tidur rumah dia. Sy kagum sahabat saya dan adik2nya mendapat kasih syg yg mencurah2. Ibunya selalu call dia, beri wang secukupnya dan menciumnya sebelum tidur.

Akan tetapi, yang saya pelik ibubapa nya tidak menyuruh anaknya langsung untuk membantu kerja rumah. Ibubapanya juga sibuk bekerja siang hari, di rumah juga ibubapanya lah yg sibuk lipat baju, basuh baju, sidai baju, masak, kemas rumah. Anak2nya hanya duduk didalam bilik dan keluar bilik untuk makan.

Perlukah anak dimanjakan sebegitu?

Saya sgt terkilan bila tgk anak2 membiarkan ibubapa buat segalanya. Bila sy tanya kenapa ibu atau ayah dia yang buat semuanya, dia kata itu memang tanggungjwb mereka.

Family B
Saya sgt bersyukur dapat berkahwin dgn suami dan dpt mertua yg baik. Jenis mertua moden tapi pengemas, pembersih, baik hati dan suka bantu org. Mertua sy pun jnis sygkan anak dan manjakan anak sehingga mereka yg buat segalanya. Suami sy sulung dari 3 org. A to z mertua sy yg buat dari gosok baju, basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan hantar ke kerja. Anak2 dilayan seperti raja. Anak2 sgt dependent kpd ibubapanya. Selain itu, mertua sy manjakan juga anak dan menantu perempuan.

Perlukah anak dimanjakan sebegitu?

Selepas suami sy berkahwin dgn sy, sy remind dan warning suami sy agar jgn menyusahkan ibubapa lg. Sy ajak suami tinggal berasingan. Itu bukan niat untuk merampas suami dr mertua. Tapi sy nk ajr suami berdikari. Mula2 memang sukar. Yelah sbb sebelum kahwin mertua yg buat a to z. Selepas kahwin, sy ajk suami buat kerja rumah sama2. Skrg dah ada anak, suami masih lg membantu ringankan kerja rumah seperti lipat baju, mandikan anak, sapu rumah.

Jangan kata sy buli suami. Tapi itulah suami isteri. Perlu ada kerjasama. Jangan libatkan ibubapa untuk hal rumah tangga kita. Jangan susahkan mereka dengan menyuruh mereka masak, basuh baju kita, jaga anak kita dan macam2 lagi.

Sy sbg menantu perempuan pertama sgt berhati2 dgn mertua sy. Walaupun mereka memberi layanan yg baik, sy x sanggup nak ambil kesempatan. Lagi2 sy dtg dr keluarga yg berbeza, yg perlu berdikari, masak dan mengemas sendiri, semuanya dah biasa buat sendiri. Akan tetapi, berbeza dengan menantu perempuan kedua. Dia dtg dr keluarga yg serba lengkap. Mksd sy dimanjakan dan dibesarkan seperti family A dan B. Oleh itu, mertua sy pun manjakanya. Mertua yg masakkan, basuh dan sidai bajunya. Apabila sy cuba slow talk dgn ibu merua, dia kata menantu kedua memang dilayan sebegitu oleh ibubapanya. Jadi, sy x boleh nak lebih2 nanti dianggap penghasut atau pendengki.

Berdasarkan family A dan B, sy perhatikan anak2 mereka mendapat kasih syg dan layanan yg secukupnya. Tapi yg menjadi persoalan, perlukah anak2 yg mendapat penuh kasih syg ni dimanjakan sebegitu rupa? Kadang2 sy rasa mcm x sanggup nak tgk ibubapa dilakukan seperti hamba atau kuli. Setuju tak?

Pernah berlaku pertelingkahan antara sy dan ibu mertua. Dia kata kan yg dia sanggup mati sebab anak. Waktu awal perkahwinan tu saya seperti inferior. Yela dtg dr keluarga yg kurang sempurna. Ibubapa yg bercerai. Hidup agak huru hara. Kita pun agak kekok nak masuk keluarga yg penuh harmoni. Jadi pernah ibu mertua seperti terasa hati dgn kelakuan sy. Sampai sekarang sy masih terngiang mcm2 kata2nya yang sgt menyanyangi anak2nya. Ibarat mcm sy yg salah dan perampas anaknya.

Apa yg saya nak tekankan disini, sebagai ibubapa didiklah anak2 berdikari. Sayang anak berpada. Ajarlah anak adab dan hormati ibubapa. Anak2 kamu akan menjadi ketua keluarga atau ibu kpd anak2nya. Basic living skill tu penting. Didikan agama juga penting. Kalau basic agama seperti solat dan aurat pun x jaga, mcm mana nak pastikan keluarga kita terjaga atau tersasar?.l

Anak2 pun tak ada ke rasa kasihan atau perikemanusian untuk membiarkan ibubapa kita terus menjadi hamba kepada kita? Jika ada anak yg menghulurkan wang bulanan kpd ibubapa, itu tanda terima kasih anak. Tanda kita menghargai pengorbanan mereka membesarkan kita. Bukan tanda komitment harian untuk membasuh baju, gosok baju, masak, hantar kita ke kerja, jaga anak kita.

Tergamaknya kita. Ingatlah. Hari ini hari kita. Esok lusa kita tua? Mahukah kita anak yg kita sayang lakukan sebegitu? Secara logik, bila kita dah meningkat umur, fizikal pun kurang bertenaga. Masa mahu diisi dgn ibadah dan lain2.

Berubahlah wahai anak manja. Jgn sampai di cop pemalas. Jaga lah maruah ibubapa kita. Jika mereka syg dan manjakan kita, kita perlu sedar untuk ubah sikap. X perlu tunggu kita berumah tangga. X perlu tunggu ibubapa kita makin tua baru nak balas jasa. Andai nyawa x tunggu kita?

Maaf jika kata2 sy ada mengguris mana2 pihak. Saya cuma terkilan dgn anak2 yg terlalu bergantung pd ibubapa. Bukan hanya keluarga A dan B. Mana2 keluarga pun. Sy x cemburu anda dimanjakan sebegitu. Tapi sy terkilan anda sanggup menghukum dan membebankan ibubapa mu. Sepatutnya anak yang berkhidmat untuk ibubapa. Jgn jadi tanggang moden.

– Si kupu kupu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Perempuan dan PMS

PengakuanKu

Assalamualaikum,
Saya seorang pelajar perempuan di sebuah universiti.

Ceritanya, saya sedar dari zaman sekolah lagi sampai lah sekarang. Perempuan ni kalau dia tengah bad mood waktu period atau sebelum period, suka guna alasan pms.

Maksud aku di sini, contoh dia tgh ber pms lah kan, tengah study sama sama atau keluar makan sesama tapi dia bermasam muka je. Bila tanya jawab endah tak endah. Sikit2 nak marah orang, emo2 gitu. Pastu dah habis period dia, boleh pula minta maaf cakap sorry pms haritu ter emo pula. Eh? The cycle repeat every month.

Setiap orang perempuan ni simptom pms mereka lain2. Aku paling menyampah kalau encounter orang yg pms jenis marah2, bad mood ni. Sebab apa? Sebab dia effect orang sekeliling. Kita ni nak happy2 kau pula bermasam muka je sepanjang hari. Dah kenapa? Nak semua bagi attention kat kau ke? Bila kita tanya okay ke tak, buat muka rimas.

Aku ada juga kawan jenis waktu pms suka marah2 orang. Bukan marah biasa tau, ni dia marah ayat pedas2 yang menusuk jiwa. Time awal kenal tak tahu perangai dia macam tu. Jadi steess aku kena marah dengan dia tiba tiba dengan alasan bodoh. Senang cerita benda simple pun dia nak marah. Lepas beberapa hari kemudian, dia mesej ayat cliche tu. “Sorry pms hari tu emo sekejap, jgn marah ye. Love you muahh :)”

Eh? Jadi logik dia ni. Waktu dia tengah pms semua tu, dia boleh suka hati marah2 org. Pastu boleh minta maaf macam takda apa2 berlaku. Kau tahu tak words hurt? Kata2 ‘maaf’ dari kau tu tak boleh ubah ayat yang kau dah lemparkan tanpa berfikir tu.

Aku perempuan juga, faham lah perasaan tengah pms ni macam mana. Rasa nak marah semua orang je. Tapi aku elak kan dengan tak jumpa orang sangat. Setakat pergi kelas jumpa orang macam tu je. Kat rumah aku akan elakkan jumpa housemate sangat. Terperap dalam bilik lama2. Bukan anti sosial, cuma aku takut terlepas cakap, termarah orang ke apa.

Tolong lah hati hati ketika berkata kata. Jangan guna alasan kau tengah pms boleh marah2 orang sesuka hati. Ada jenis yang tak nak terima pendapat orang, dia sorang betul. Time dia pms menjadi2 perangai dia sorang betul tu.

Masing2 ada tanggungjawab, bukan kau seorang je yang tengah stress atas muka bumi ni ye.

Irony pula post saya ni marah2 orang pms yang suka marah orang. Disclaimer, saya bukan tengah pms ketika tulis ni.

– Meh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Makanan Halal

PengakuanKu

Assalam semua. Actually confessions ni generally untuk semua pengusaha, peniaga dan jugak buyer makanan dekat luar sana. Pernah tak korang as a buyer terfikir adakah makanan yang korang beli dan makan tu betul-betul dari sumber yang halal (bagi orang Islam). Aku pernah terfikir adakah pengusaha makanan ni betul-betul go through bahan-bahan yang diorang guna samaada halal atau tidak. Tak kisahlah makanan tu dalam bentuk heavy meals atau dessert sekalipun.

Bagi aku, sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk mencari makanan dari sumber yang halal. “Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. Tapi susah kita nak praktikkan benda ni kalau kita beli makanan dekat luar. Kalau restoran-restoran yang memang terpampang logo halal tu takpe. Ni kalau kita pergi gerai-gerai jarang sekali kita jumpa logo halal ni. Tapi kenapa kita makan jugak dekat gerai makcik/pakcik tu? Sebab kita yakin dia Islam dan makanan yang dia jual pun halal. Takkanlah kita nak tanya seller tu halal ke idok makanan yang dia jual. Confirm-confirm seller tu pandang kau dengan pandangan yang agak annoying. Mesti dalam pemikiran seller tu, “budak ni nak tanya aku halal/haram pulak makanan yang aku jual, kalau cerewet sangat pergilah makan dekat kedai lain”. For sure ramai seller yang akan terfikir macam ni.

So dekat sini aku nak ringkaskan sikit apa tanggungjawab kita tak kisahlah as a buyer/seller dalam berurusan dengan isu makanan ni.

1) Buyer

Cuba selidik dulu makanan yang korang nak beli tu. Kalau nak pergi mana-mana restoran atau just beli makanan yang take-away, pastikan diorang dapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Sekarang banyak je restoran-restoran dekat mall yang tulis “no pork, no lard”. Tapi even diorang tak guna bahan-bahan dari binatang tu, korang boleh ke ensure yang utensil yang diorang guna takde campur dengan wine atau benda-benda haram yang lain. Kawan aku pernah tanya beberapa restoran yang agak “hipster” samaada restoran diorang tu ada pengiktirafan JAKIM atau tak. Dan most of them saying that “we are in progress to get halal certificate”. So dekat sini ianya terpulang pada buyer samaada nak makan atau tak dekat restoran tu. Penilaian terletak pada potential buyer tu sendiri. Kalau gerai-gerai makcik/pakcik tu aku tak boleh nak isu lebih-lebih sebab itupun depend individual tu sendiri. Tapi most of gerai makcik/pakcik ni jarang ada isu halal ni.

2) Seller (especially Muslims seller)

Makanan yang korang jual tu akan jadi darah daging buyer yang beli makanan kau. So bertanggungjawablah terhadap makanan yang korang jual. Pilihlah bahan-bahan yang halal sepertimana yang Islam dah ajar. Takut-takut bila ada bahan yang kau gunakan tu memang disahkan tak halal, kau pulak akan dipersoalkan dekat akhirat nanti. Buyer memang takkan persoalkan makanan kau tu halal atau tidak (lagi-lagi gerai/online seller) sebab diorang percaya dan yakin dengan apa yang korang masak. Kalau restoran-restoran besar takde masalah sangat sebab buyer boleh either cek online atau tanya direct dekat restoran tu whether they got that halal certificate or not. So jangan betray kepercayaan diorang dan guna bahan-bahan yang terlarang. Yang tau bahan apa yang digunakan dalam sesuatu masakan tu hanyalah korang sendiri sebagai seller. Jujurlah dalam apa yang korang guna untuk masak.

Mesti akan ada golongan yang akan cakap, “alah makan jelah, bukan mati pun makan benda tu”. Lagi-lagi bila orang lain yang belanja suatu makanan tu. Bagi aku bila berdepan isu macam tu, try tengok dulu ingredients yang digunakan atau tengok origin tempat makanan tu diproses. Kalau betul takde benda terlarang macam “lard, alcohol” or whatever yang terlarang, aku on je untuk makan. Tapi kalau dah terpaksa sangat makan sebab orang belanja makan dekat kedai yang kita taktau halal ke haram, it is better to choose something yang lebih pada ikan atau vegetarian food. Bukan apa kalau ambik daging tak kisahlah ayam or daging, kita tak sure samaada binatang tu disembelih dulu ke tidak.

Biar orang kata kita ni cerewet atau memilih bab makanan asalkan kita tau apa yang kita makan.

Wallahualam.

– Food Lover

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kau Yang Alim

PengakuanKu

Salam. Maaf kalau confession ni buat sesiapa terasa. Aku just nak memerihalkan apa yang dah aku pendam selama 5 tahun ni sebagai ‘orang luar’.

Ya, panggil saja aku Kak Kay. Usia 30-an. Dah berkahwin. Alhamdulillah bahagia. Cuma kebahagiaan kadang terganggu gugat dengan apa yang selalu terjadi depan mata aku. Otak aku kadang jadi tak waras memikirkan apa yang terjadi dalam keluarga mertua. Aku bukan menantu ayu juga bukan menantu hantu. Aku juga bukan plastik.

Adik-adik terutamanya perempuan,

1. Kau menjaga tutur katamu dengan orang-orang di luar. Mulutmu tak lekang mentarbiah dan menyebut Allah. Tapi sayang, kau memaki hamun ibu bapamu di rumah. Hanya kerana ibumu terlupa di mana letak jubahmu. Atau pakaian dalammu (serius??) Atau hanya kerana ayahmu terlambat menjemputmu pulang dari tempat kerja.

2. Kau mengingatkan aku, iparmu tentang aurat. Ya, aku tidak lengkap berpakaian menutup wajah sepertimu. Tapi kau sewenangnya berkemban di depan adik beradik lelakimu. Tidakkah kau tahu erti malu?

3. Kau berkata tentang keberkatan rezeki. Kau jeling sinis jika ada yang tak baca doa sepanjang kau sebelum makan. Tapi kau campak makanan bila ibumu masak tak ikut seleramu. Kau buang makanan bila ayahmu tak beli makanan kegemaranmu di pasar.

4. Kau kata tentang rumahtangga ipar-iparmu. Kau ingatkan tanggungjawab isteri pada suami. Kau ingatkan pula tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa. Tapi adakah tanggungjawabmu sebagai anak perempuan mengkulikan ibu bapamu? Yang wajib menyediakan segala-galanya sebelum kau pergi dan balik kerja. Jika tak, makian yang diterima.

5. Kau keluhkan penatmu. Sedangkan kau tak pernah ambil peduli perihal ibu bapamu. Sakit pening mereka. Kau dah dewasa, usia mereka makin meniti senja.

Bukan aku tak pernah menegur. Tapi macam kau kata, aku cuma ‘orang luar’.

Ya, aku bukan sesiapa. Tapi ingatlah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Kau boleh tunjukkan yang baik-baik di depan manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah.

Ikhlaslah pada diri sendiri.

– Orang Luar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saturday, 29 April 2017

Tips Survival Kewangan Mahasiswa

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku shah, pelajar tahun akhir di sebuah IPTA. Kat sini aku nak kongsikan tips2 macam mana aku survive dengan hanya RM 200 sebulan.

1) Limit budget makan RM15 seminggu.

Ini tak impossible, serious. Cuma kena banyak disiplin dan tak memilih makan. Macam mana aku buat? Tiap2 hari, aku beli makanan hanya sekali dengan budget RM2, maximum. Dan aku bawa ikan bilis dan sambal kering dari rumah. Jadi, kebiasaannya, aku cuma beli nasi kosong (50sen), berlaukkan ikan bilis atau sambal kering yang aku bawak dari rumah tu.

Aku amalkan makan macam ni untuk 5 hari seminggu (RM2.50). Lagi 2 hari tu, aku makan macam biasa dengan budget RM6.50 satu hari. Ye lah, nak jimat, jimat juga. Tapi jangan abaikan terus nutrisi2 untuk sel-sel otak bercantum dengan baik. Kau tu student. Haa, btw, aku didik perut aku untuk makan sekali je sehari. Kalau kau jenis makan dua kali sehari, waktu beli makanan tu, kau asingkanlah separuh, simpan buat makan malam.

RM15 x 4 minggu = RM60

2) Setiap awal bulan, beli stock makanan budget RM60.

Kalau kau tak tamak dan pandai didik nafsu haloba kau tu, RM60 ni banyak. Bila aku nak shopping untuk stock makanan ni, aku set fikiran beli benda2 yang mengenyangkan aku je. Contohnya:
-oat
-malt drink 3in1 (aku beli jenama pasaraya je ie. giant, aeon, etc)
-bihun 3 bungkus
-kiub2 tomyam/ikan bilis/etc
-kalau asrama univerisiti kau benarkan rice cooker, beli lah beras.

Dulu aku tak pandai makan oat, tiap kali makan aku akan muntah. Tapi aku pelan2 ajar perut aku untuk terima juga. Satu teknik aku, bancuh oat dengan malt drink. Aku rasa ni satu benefit besar bila perut aku akhirnya dapat terima. Kadang2, kalau satu hari aku tak sempat nak beli nasi dekat cafe, aku bancuh je minum oat+malt drink, letak dalam botol. Sambil2 aku buat kerja dekat library, sambil2 kenyangkan diri.

Bihun? Aku suka buat sup, letak kiub perencah, garam sikit, dan daun sup+daun bawang. Daun sup n daun bawang ni aku tanam sendiri dalam bilik, sangat senang nak hidup. Aku malas siram pun, dia tetap setia kekal hidup. Sup bihun ni aku makan bila dah bosan makan nasi dengan ikan bilis/sambal. Kalau aku ada duit lebih sikit, aku beli lah ayam ke apa dekat cafe, letak dalam sup. Oh ya, macam mana aku masak? Dalam electric kettle je!

Lagi satu, elaklah selalu sangat makan mee segera. Ganti dengan bihun, buat sup macam aku bagitau tadi tu.

RM60 x sebulan = RM60

3) Topup telefon RM10 seminggu

Aku guna prepaid, budget topup seminggu RM10, sekali dengan internet. Aku yakin, kalau guna postpaid, ada pelan lagi murah. Aku memang ada niat nak tukar postpaid, tapi tu lah, asyik bertangguh.

RM10 x 4 minggu = RM40

Total sekarang?
RM60 + RM60 + RM40 = RM160

Baki RM40?
Tu aku masuk tabung. Kalau aku kena guna duit nak beli buku ke, kena print bahan kuliah ke, kena repair laptop ke, semua aku ambil dari tabung.

Haa, tak mustahil kan? Alhamdulillah aku dah hidup macam ni hampir dua tahun. Banyak lagi cara untuk nak jimat lebih lagi. Kau boleh puasa sunat isnin khamis, and buka puasa dekat masjid. Kau boleh join program2 free yang bagi makanan waktu program. Banyak lagi, cuma kau kena pandai dan creative.

Aku kongsi ni bukan sebab nak korang rasa kesian, atau nak korang bank in kan kat aku duit belanja tambahan. Tak. Tapi sebab aku tau, sangat ramai mahasiswa yang selalu ikat perut sampai 3-4 hari tak makan. Jadi aku harap sangat, tips ni boleh tolong. Paling penting, sabar. Sabar, sabar, sabar.

Jom, sama2 jadi mahasiswa yang bijak urus kewangan.

– Shah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Driver Teksi Kenapa Masih Sombong?

PengakuanKu

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya luahan aku ni disiarkan.

DRIVER TEKSI KENAPA MASIH SOMBONG? tajuk tu sebenarnya persoalan aku untuk pemandu-pemandu teksi di kawasan Kuala Lumpur. Yang dari kawan sekitar dan luar KL pon aku rasa perlu untuk baca ni.

Baiklah, mari aku mulakan cerita tentang kenapa persoalan ni boleh muncul dalam benak pemikiran aku. Pertama sekali, aku seorang manusia yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur dan aku jugak tak mempunyai lesen kenderaan mahupun kereta atau motor. Jadi, kehidupan aku untuk kemana-mana memang sepenuhnya akan menggunakan ‘public transport’. Tapi benda tu langsung tak membebankan hidup aku. Sebab aku selalu rasa aku independent dan oke je sebab aku memang asal KL. Walaupun kadang-kadang kene tahan bau yang tak best. (paham-paham la bau ape tu).

Nak dijadikan cerita, aku ni selalu akan ke tempat kerja hampir setiap hari menggunakan teksi. Tapi bagi aku, tu oke je..sebab bas yang ade kt kawasan aku tu, setiap sejam sekali. Jangan tanya kenapa bas tempat aku sejam sekali. Aku pon tak tau kenapa. Tapi aku rilek je sebab ade teksi beratur kat stesen bas tu. Tetapi dalam banyak-banyak hari yang aku naik teksi, ade beberapa je yang aku nampak sangat efisien dengan kerjaya teksi ni. Selebihnya hmmmm.. ( Aku bercakap berdasarkan kekerapan aku naik teksi)
Sebelum aku huraikan lebih lanjut, korang mesti akan cakap, kenapa tak naik uber atau grab? hahah!! Ya anda betul, aku juga pengguna uber dan grab yang tegar. Tapi selepas jam 8pm. Sebabnye mudah untuk pickup aku depan ofis berbanding aku tunggu kat bustop yang macam rumah hantu. Takde Lampu dan agak sunyi untuk seorang manusia berdiri dalam kegelapan macam tu. ( untuk isu bustop yang gelap ni, aku tak pasti nak utarakan perkara ni kepada mana pihak, sebab aku seorang pengadu tegar. LOL) Jadi nak salahkan siape ye? So let it be..

Ok, dekat atas tadi aku ade cakap yang beberapa kerat je pemandu teksi ni efisien kan, dan selebihnye macam krik krik..OK, sebelum berlaku salah faham dekat persatuan teksi seMalaysia, aku cakap macam ni, sebab aku sangatlah kerap naik teksi. Jadi dengan keadaan ni dah cukup untuk aku membuat statistik dan kesimpulan. Cewahhh..
Tapi aku faham…manusia ni mana boleh ditegur, kang melenting kan..tapi geng teksi kena la faham..Kalau bukan aku sebagai wakil manusia pengguna public transport cakap macam ni, sape lagi nak cakap..walaupun aku pernah je nampak orang luahkan macam-macam perangai buruk pemandu teksi .(walaupun tak semua)

Antara perangai buruk yang aku selalu dapat ialah, bila pemandu teksi ni bawak slow namatiii.. weiii kat depan tu punyalah luas pemandangan daripada kenderaan, die punye slow rase nak bagi penampo..last last die nampak traffic light die lagi slow, nak tunggu merah kan….so, nanti, meter die bertambahlah…waktu tu aku mampu beristighfar je..sebab aku tak faham. macam ni ke cara die cari rezeki? dengan megambil kesempatan? Ok, sebelum tu jangan cakap, aku takde duit nak bayar ye, aku adalah sejenis manusia bekerja dan mempunyai sistem kewangan stabil. tapi bagi aku, kite kene jugak berhemah kan.. Dan kalau kau yang baca ni duduk dengan aku dalam teksi tu, kau pon akan rasa die sedang ambil kesempatan. Aku percaya ramai pernah terkena kes teksi bawak slow..Dan ade jugak jenis pemandu ikut jalan jauh. Ewah..ewah…aku ni, celah mana aku xtau jalan, die punye pusingan ke satu tempat tu, macam boleh sampai Ipoh kemain jauh plak. Aku bersuara oke, bukan diam je.aku akan terus sound je driver tu, kalau tetibe ikut celah mane tah. semua tu, gara-gara nak biar meter naik. geramnye aku rasa sebagai seorang manusia.
haa..mesti ada yang cakap, die ikut jauh nak elak jem, alah..kalau jem pon meter naik gak kannn.. Tapi kebanyakan pemandu teksi ni, tak nak pegi ke tempat yang aku request nak pegi tu, katanya jem. ohemgeeee… kalau macam tu nak suruh aku naik kapal terbang ke?

FYI, aku mintak pemandu hantar tempat dekat,die taknak hantar. katanya dekat sangat. Alasan ni paling aku tak boleh terima Sebab dekat pon RM10.00 jugak melayang tau, tapi jujur aku tak kesah, janji sampai ke destinasi. Habis tu, kau kau nak pegi jauh, katanya jem, hantar dekat, katanya tak berbaloi..
WOIIIIII pemandu teksi, korang nak ape sebenarnya ?? (nampak tak aku marah??) ye memang aku marah dan geram. Secara jujur la wei,..untuk aku dapatkan gaji aku sekarang berbanding keje dulu, sikit demi sikit aku terima. orang bayar ciput aku terima, sebabnye itu adalah rezeki. Kenapa orang seperti pemandu teksi tak boleh fikir yang pelanggan macam manusia seperti kami ni, dihantar untuk berkongsi serba sedikit rezeki kepada korang semua??? kenapa tak boleh fikir ?? Kalau kau pemandu teksi sibuk nak dapat segedebuk wang . contohnye nak pau pelancong asing kau dah salah. Salah macam mana aku tak tahu. Tapi tuhan lebih tahu.

Ada pulak tu, yang aku naik, siap bawak bini kat sebelah hoiiii…motif sangat si isteri follow ni? musykil aku sebagai penumpang. Aku nak tengok muka pakcik teksi pon kadang tak sempat hoii..hahaha.
Sebenarnye panjang lagi nukilan aku nak cerita tentang segelintir pemandu teksi. Baik pemandu lelaki dan perempuan dan dua alam pon ade.hahah..Tapi kebanyakannya negatif untuk aku beri kepada pemandu teksi Kuala Lumpur. Dan terima kasih atas kewujudan Grab dan Uber. Aku percaya teksi dalam 3 tahun akan datang walaupun diberi kemajuan dan peningkatan sistem, tapi kalau masih ada sikap negatif dan sombongnya mereka ini, anda tidak akan kemana-kemana. walaupun anda buat kempen boikot Uber dan Grab dekat tengah Highway sekalipon, aku sebagai manusia tetap akan pandang negatif sekiranya perkara yang aku cerita kat atas tadi tu, kau tak ubah. Dan buat pemandu muslim, buatlah kerja kerana ibadah. Bukan kerana nak ambil kesempatan. InsyaAllah aku sebagai manusia dan juga orang lain akan kongsi rezeki kami dengan anda walaupun sedikit.

Secebis cerita dari manusia

– seorang manusia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ramadhan

PengakuanKu

ASSSALAMUALAIKUM WBT .

Terima kasih admin sebab siarkan confession saya.

Saya seorang pelajar di utara tanah air. Saya dulu pelajar sekolah aliran biasa , bukan sekolah beraliran agama dan sekarang saya berada dalam bidang bukan agama juga.

Masa saya sekolah dulu, saya baca quran. Tapi baca saja-saja. Tak tengok makna apa pon. Belajar mengaji pon dengan makcik-makcik kat kampung. Tok guru saya dua orang. yang sorang ajar saya muqaddam… satu ayat seminggu baru tok guru alih ke ayat lain.
(yang ni nangis , sbb nak habis lambat sangat). Then , mak tukar tok guru, bawak ke rumah. Mak , ayah , dan nenek saya pon mengaji sekali dengan dia. Alhamdulillah…. masing- masing betulkan bacaan, bukan tak reti terus.

Tapi apa yang saya sedih sekarang, masa kecil mak ayah bagi belajar al-quran, ajar solat, ajar puasa. Tapi apa yang saya nampak, adik beradik ada yang tak solat langsung . Bila ditegur tak dengar, dan respond yang dibalas langsung tak positive, tapi selamba badak je . kadang saya terpikir , esok Allah campak dalam neraka, boleh selamba badak macam tu jugak ke…. haish laa. Tak tahu dah nak tegur cemana.

Itu baru bab solat, belum bab mengaji quran lagi. Kalau dah tak solat, celah mana nak mengaji?

Tiba-tiba saya teringat masa sekolah dulu. Ada satu masa tu… ustazah ajar satu baris ayat bahasa arab… saya dan yang lain-lain tak tahu tu ayat apa.
Ustazah cakap, “awak semua ni tak baca quran ke? ke baca je.. tapi tak tadabbur. Awak semua tak tahu ke ni surah apa? Tak tahu ke maksud dia apa?”

Saya time tu rasa zapppp .
Yela , baru terpikir …… Aku baca je quran selama ni, tapi tak baca pom makna ayat yang dibaca, yela bukan faham bahasa arab pon. So. baca lah terjemahan bahasa melayu.

Since that day, saya cuba baca quran berserta terjemahannya sekali . Btw kena istiqamahlah kan and jangan skip… sebab nanti ada juzuk yang tak baca pula. Satu lagi nak pesan, baca buka dengan tafsir ayat ikut kefahaman sendiri. kalau tk faham cari, tanya, dan gali ilmu dengan orang yang arif.

Btw, surah yang ustazah ajar masa kelas tu adalah surah yusuf. Once saya baca terjemahan , masa tu saya dah umur 15 macam tu dan surah yang saya start baca trjemahn tu adalah surah yusof. Can you imagine she is 15 years old person ,and baru start nak baca quran dan terjemahan , selama ni dia bacaaaa jee and without knowing the meaning of the quran. Sedangkan orang lain dah hafal quran usia 12 tahun dan ada yang dah 30 juzuk.

Sebenarnya tujuan saya tulis ini adalah untuk PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI.. dan semua yang mwncari-mencari kekosongan dalam diri.

Sekarang ni dah bulan syaaban dan tinggal berapa hari je lagi untuk kita semua berjumpa ramadahan JADI kita kena bersedia, even kau nak gi daing pon kau siap kemain lawo . ni nak ramadhan, siap-siap sedia lah jugak ye dok?

Kita solat, kita baca al-fatihah untuk setiap rakaat dalam solat, tapi faham ke al-fatihah?
Kita solat , kita baca bacaan dalam rukuk, sujud, tahiyat awal, tahiyat akhir, ….kita faham ke semua bacaan tu?
Atau kita ni hanya burung yang diajar untuk ajuk sahaja…..
Atau kita ni hanya tongang tonggek je solat…..

Mari kawan-kawan, akak ,abang, pakcik, makcik, kita hafal maksud, kita fahamkan bacaan dalam solat kita.
banyakkan tahajud, solat dhuha, solat taubat , dan berpuasa.

Since dah faham maksud dalam solat, in shaa allah solat jadi kusyuk… jadi seronok dan ada ruh dalam solat yang kita tunaikan. tidak lah menonong aja solat dan tidaklah kita rasa terbeban dengan anggap solat tu sebagai bebanan.

Tolong doakan orang terdekat dengan saya menjadi orang yang beriman, dan sentiasa dijalan yang lurus. Doakan yang tak solat segera menunaikan solat, yang sambil lewa menjadi tekun , yang rindukan syurga menjadi pemilik syurga. Dan doakan semoga kita semua bersatu bersama-sama keluarga dalam syurga kelak.

I actually thinking THAT what im doing right now by writing this essay is just nonsense .

– scopica

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.