Bismillahirahmanirahim..
Pertama kali aku ucapkan terima kasih kalau confession aku ni disiarkan. Aku harap confession aku ni ada manfaat untuk semua pembaca. Admin, please hide my identity. Aku tak nak orang fikir aku riak or apa. Nama aku Nur. Umur belasan tahun (yang pasti aku dah habis SPM..hehe). Aku tak tahu nak cerita macam mana. Benda ni aku simpan sendiri even keluarga aku atau kawan baik aku pun tak pernah tahu pasal ni. Tapi aku akan cuba cerita.
Seperti tajuk, ‘Salam Istimewa.. aku nak cerita satu mimpi aku yang terjadi masa tahun 2015 (masa ni aku masih sekolah menengah). Sekarang 2017, kiranya dah dua tahun aku pendamkan benda ni sebab aku confused nak cerita atau tak kat orang. Since harini israk dan mikhraj, entah mengapa hati aku tergerak nak menulis mimpi aku tu kat sini. Pendidikan awal lepas aku habis UPSR, aku melanjutkan pelajaran di sebuah maahad (Maahad yang aku belajar tu agak strict la jugak sebab nak student yang 5A atau 4A 1B UPSR). Then, dengan keputusan exam tingkatan 3 yang sedikit ok.. aku ditawarkan belajar di MRSM. Masa ni family aku especially parents aku memang happy teramat sebab adik aku pun MRSM. Aku agak keberatan nak terima tawaran tu tapi parents aku paksa. Boleh bayangkan tak dari budak sekolah agama ke budak sains? Memang aku culture shock kat MRSM sebab aku tak pernah bergaul dengan lelaki sejak sekolah rendah sebab aku sekolah perempuan. Pendek citer, aku tak pernah kenal mana-mana lelaki selain bapak aku dan arwah atok aku.
First time aku duk MRSM, ada seorang classmate aku, dia ajak aku couple. Aku tanya dia kenapa ajak aku couple? Dia cakap sebab aku dari sekolah agama dan baginya alim. Sejak haritu, dia selalu kacau aku..nak angkat beg sekolah aku la, nak ambil makanan kat dewan makan, kiranya dia suka cari peluang nak rapat dengan aku. Aku?? Aku tak pernah nak benda ni jadi. Disebabkan budak laki tu, semua kawan-kawan termasuk cikgu-cikgu pandang sinis kat aku. Yela, budak sekolah agama tapi ‘berkepit’ dengan budak laki. Jadi aku ambil keputusan nak keluar dari MRSM dan balik maahad. Tapi sayangnya, pengetua maahad tak izinkan mana-mana pelajar yang keluar dari maahad masuk belajar semula di maahad.
Since, pengetua aku tak benarkan. Aku gi PPD untuk buat pertukaran sekolah ke sekolah SMK (aku buat sendiri sebab masa ni mak dan bapak aku tengah mengerjakan umrah). Pertukaran aku diluluskan. Aku rasa happy sebab aku takkan jumpa lelaki tu lagi.Tapi semua tu tak lama. Bila mak bapak aku balik Malaysia diorang marah teruk kat aku sebab aku takda pendirian masa pindah ke MRSM(sedangkan aku dipaksa) dan keputusan exam aku tu tak sesuai di sekolah SMK. Masa ni Allah jer yang tahu perasaan aku. Satu kampung mak aku beritahu, sampaikan aku p kedai nak beli topup pun makcik kedai tu kata ‘ingatkan duk sekolah agama kuat pendirian, rupanya lembik.’ Allah.. sedih sangat-sangat.
Masa ni memang aku lemah giler. Jiran-jiran, kawan-kawan mak aku, saudara-mara sepupu sepapat, kawan-kawan sekolah aku bahkan cikgu aku kat maahad dan MRSM tu jugak buat fitnah kat aku. Fitnah yang bukan-bukan kat aku. Aku ingat aku pindah ke SMK, mak bapak aku akan sokong. Tapi, mak aku memang teramat marah sampai aku nak SPM. Bapak aku time tu dah tak nak tahu pasal aku. Bagi dia, aku bukan lagi urusan dia. Adik-adik aku semua pulaukan aku sampai 2 bulan jugakla. At that time, I am alone.. hanya Allah jer tempat aku mengadu nasib. Tapi syukurla, semarah-marah mak aku, dia masih lagi nak hantar aku gi sekolah tu even bukan sekolah pilihan dia.
Ketika tu, tiap malam aku nangis sujud kat Allah supaya kuatkan hati aku dan lembutkan hati mak bapak aku. Haa.. lupa nak cakap, masa ni aku takda smartphone nak ber’whatsapp’ atau ber’facebook’.So, memang aku takda social networking nak story kat kawan baik aku. Lepas je solat magrib aku akan mengaji Quran dan menghafal sebab aku tahu aku betul-betul gantung harap dengan Allah. Then, aku study sebab aku taknak ketinggalan dengan kawan-kawan aku yang lain. Lepas solat isyak, aku akan sambung study sampai pukul 11.30 dan akan ended up dengan surah Al-Mulk. Lepastu, aku akan tunaikan solat-solat sunat (taubat, hajat dan lain-lain) sebelum aku tido.
Rutin aku macam tu sejak aku dipulaukan dengan keluarga. Memang terkurung dalam bilik jer. Sampaikan satu malam. Lepas solat, aku nangis seboleh-bolehnya sebab aku tak tahan dengan hidup aku. Stres! Yela sampai sebulan aku hidup macam sebatang kara atas dunia ni. Mak bapak aku sikit pun tak kisah pasal aku..aku nak makan ke tak, nak study ke tak, tu bukan hal diorang. Aku tido dalam keadaan aku nangis sampai aku mimpi aku masih lagi menangis. Now, baru nak masuk tajuk ‘Salam Istimewa’.
Betul firman Allah bahawa “Aku takkan menguji hambaku melebihi kemampuan dirinya.”-surah AL-Baqarah. Aku mimpi aku nangis kat sebuah tasik yang airnya jernih, awan berarak tenang dan sekeliling aku tu macam taman bunga. Tenang sangat tapi tak setenang hati aku yang duka lara. haha.. Masa aku nangis ni.. tetiba ada satu salam, bila aku pandang belakang..ada seorang lelaki. Berjubah putih, mukanya putih bersih dan di tangannya ada tasbih. Kemudian lelaki tu kata ‘wahai orang muda, apakah yang menyebabkan kau sedih sebegini?’ Aku diam. Lelaki tu sambung semula, ‘Aku merupakan utusan dari kekasih Allah, sesungguhnya, kamulah orang yang paling beruntung di dunia hari ini kerana baginda Rasullulah mengirimkan salamnya untukmu. Maka, berbahagialah kamu dengan seisi dunia hari ini.’ Ketika tu aku memang terkejut sangat, aku nangis dan aku balas kepada lelaki tu ‘Saya bukan sesiapa. Malah saya banyak dosa. Tidak layak bagi saya terima salam dari junjungan Mulia.’ Lelaki tu balas, ‘Kamu sangat beruntung anak muda. Apakah kamu tidak gembira dengan perkhabaran ini?’ ‘Saya gembira. Sangat gembira. Bolehkah saya bertemu dengan Rasulullah?’-aku tanya lelaki tu. Lelaki tu sambung ‘Subuh dah nak hampir. Lain kali akan ku temukan kamu dengan Baginda. Assalamualaikum..’ Lelaki tu terus hilang..
Aku bangun dari tido dan siapkan diri untuk ke masjid. Lepas pada mimpi tu, seminggu kemudian pengetua maahad aku tu call aku. Dia suruh aku masuk belajar balik di maahad.Tapi aku tolak sebab masa tu aku dah bahagia sangat kat SMK sebab ada sorang cikgu ni sudi jadikan aku anak angkat dia. Tiap hari dia jaga kebajikan aku.. bawa bekal makanan untuk aku, belikan buku-buku exercise. Hubungan aku dengan mak bapak aku jadi baik lepas aku dijadikan ikon pelajar contoh sekolah dengan result yang agak gempak masa form4. Now, aku dah habis SPM dan result aku agak elok la berbanding kawan-kawan aku kat MRSM dan mak bapak aku happy sebab aku berjaya buktikan sekolah SMK pun boleh berjaya. Jadi, aku nak ingatkan korang yang tengah give up or sedih or sedang dilanda ujian.. ingatla.. Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Aku harap citer aku ni ada inspirasi dan bermanfaat untuk semua. Maaf sebab agak panjang..aku dah cuba sedaya upaya nak taip. Akhir sekali, aku tulis ni bukan untuk riak, tapi aku tulis agar dapat motivasikan orang dan SABAR ITU INDAH. Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri.
Nanti bila-bila aku citer tentang pertunangan aku. Aku bertunang masa aku sekolah menengah dan dijangka melanjutkan perkahwinan lepas aku habis grad. Tapi disebabkan tunang aku tu kaum kerabat raja, pertunangan kami baru putus sebab banyak pihak sebelah dia menentang. Ye la, aku ni rakyat..dia pula kerabat. Tapi aku yakin, Ajal maut, jodoh semua di tangan Allah. Aku tak bercinta dengan dia, so aku tak sedih sangat bila pertunangan kami putus. Bagi aku, biar bercinta lepas nikah. Doakan aku supaya aku kuat untuk hari-hari mendatang.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment