Assalamualaikum. Sekalung penghargaan kalau post ini dapat dipublish.
Di sini aku ingin bercerita.
Haritu, seusai peperiksaan akhir aku, ada seorang lelaki pesan kepadaku, “Banyak ketawa, hati akan mati.” Aku tak faham langsung dengan kata-katanya. Aku yang sudah habis periksa tentunya rasa gembira, tentunya riang ria. Kerana akhirnya, aku dapat pulang ke pangkuan keluarga. Pada aku, salahkah ketika itu aku ketawa?
Seminggu sesudahnya sejak tamat peperiksaan haritu, aku hanya duduk di rumah menemani ibuku. Kami duduk di sofa, dan mencari siaran yang baik untuk ditonton bagi menghiburkan hari kami. Aku melihat banyak, terlampau banyak cerita yang kini tak ada moralnya.
Ada itu ada, semua perkara ada baik buruknya, depends on how we see it. Tapi untuk kali ni, aku rasa siaran di kaca TV kurang memberikan moral dan akhlak yang baik untuk ditunjukkan kepada semua orang tak kira usia.
Nak melawak itu tak apa, tapi kita kena tahu satu perkara. Semua benda pasti ada hadnya sendiri. It really saddens me how orang zaman sekarang tak reti nak bezakan bila boleh buat lawak, kat mana boleh buat lawak, dan dengan siapa kita boleh melawak. Sampaikan kita langsung tak menghormati seseorang kerana kita terlalu terbawa-bawa perangai nak melawak semata-mata.
Nak mengejek pun agak-agaklah. Kita berhibur dengan mengejek nama orang. Kita berhibur dengan benda yang remeh temeh. Kita anggap perkara itu mudah sedangkan ia menyakiti hati-hati lain. Kita pandang sesuatu itu kelakar namun ia menjadi tangisan pada mata-mata lain.
Benarlah pesan lelaki itu, “banyakkan ketawa, hati akan mati”. Hati kita mati sampaikan kita hilang perasaan untuk menghormati orang lain. Hati kita mati sampaikan tak reti nak kenal sensitivity orang lain.
Bila kita cakap pasal rancangan TV, kita semua kena tahu yang tengok TV are people by all ages. Tua, muda, budak-budak pun tengok TV. Kita ketawa huha-huha tak ada imput, macam mana kita nak didik budak-budak zaman sekarang yang makin terdedah dengan sosial? Macam mana kita nak tunjuk remaja zaman sekarang?
Tak salah untuk adakan gameshow ataupun apa-apa jenis show. Tapi yang penting, adanya pengajaran. Supaya the young generations grow up to be a better generation. And have a better nation, too. Itu yang semua orang nak kan? Want it that way, try to be that way.
Dah-dahlah. Marilah kita sama-sama hidupkan kembali hati kita yang kering, hati yang dah mati dengan ilmu dunia dan akhirat.
Cukup sampai di sini luahanku. Everyone is free to lay their opinions, tak ada paksaan untuk terima pendapat aku. Semoga Allah redha semuanya.
– Siapatah diriku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment