Monday, 24 April 2017

Ceritera Orang Satu Rumah

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, thanks pada admin sebab sudi post confession aku ni.

1. Peminat KPOP
First of all, nak cerita pasal budak-budak rumah sewa aku ni. Ada 7 orang semua sekali.5 orang masih belajar dan 2 lagi bekerja. Most of them suka kpop. Minat kpop ni tak salah. saya pun kadang-kadang layan jugak hiburan dari korea ni. Tapi minat berlebihan ni mendatangkan masalah jugak. Salah satu masalahnya ialah menyusahkan orang lain. Internet kat rumah ni semput. Tersangat la lembab kalau racing dengan siput babi pun, siput tu boleh menang. Budak-budak kpoppers ni pulak suka sangat bukak youtube layan lagu-lagu kpop. Berkali-kali jugak tegur, kalau tengok youtube tu berpada la, internet dah la semput pegi tengok youtube pulak. Orang nak download nota pun tak lepas. Paling sakit hati bila dah tegur tu, bila aku keluar bilik and lalu dekat group dorang, sekor-sekor bukak youtube. Macam menganjing pulak. Lagi berapi bila tengok dorang bukak movie online. lagi bagai tambah minyak dalam api bila tengok dorang tengah download movie. Astaga. penat dah tegur. Kenapa la peminat kpop ni KEBANYAKANNYA memang bebal eh? Payah sangat ke nak interpret info yang aku cakap tu sampai tak boleh nak consider ada insan lain yang perlukan internet dalam rumah tu. Semua bayar internet sama banyak tiap2 bulan tapi yang guna banyak nya budak-budak kpoppers ni. Kang kalau mintak excuse tak nak bayar tenet mencuka pulak muka tu sampai hujung sem.

2. Pemalas
Semua orang tak boleh lari dari sikap ni. Sama ada dapat dibendung ke tak bergantung pada kekuatan dalam diri masing-masing. Tapi. Haihhhhh. Budak-budak ni tak tahu la kenapa. Dok bising kata tak suka rumah bersepah bagai. Semua orang kena jaga kebersihan konon. siap tampal nota kot-kot ada yang terlupa nak kemaskan tempat kerja masing-masing. Tapi bila aku keluar bilik, tempat dorang yang paling bersepah. Dengan baju bersepah-sepah. Beg, rambut yang dah bercampur dengan sawang. belum campur bau stokin, bau masam. Serius. Tak paham. Aku bukan pembersih sangat. Aku ada masa pemalas nak mampos. Bersepah jugak barang aku. Tapi dorang punya pemalas ni tahap infiniti kot. aku kadang terfikir, sibuk sangat ke sampai baju yang baru lepas angkat dari ampaiaan tu tak boleh nak lipat terus? bergulung gulung. Serius malu kalau ada orang datang rumah tengok. Tapi macam biasa la. Aku tengok baju-baju yang berlonggok tu. Bila aku tengok dorang sibuk mengadap laptop, mengadap movie, mengadap youtube. Aku bukan tak nak tegur, kang aku tegur overdose sangat bermasam muka pulak. Aku tak suka suasana tak harmoni kat tempat aku tinggal.

3. Sampah
Berulat. Cliche sangat rasanya kisah ulat ni bila cerita pasal housemate. Aku ni agak aktif dengan aktiviti kelab. setiap minggu mesti ada aktiviti yang aku join. Hari tu aku ada pegi kem waktu hujung minggu. Jumaat sebelum pegi tu aku dah buang sampah siap letak plastik sampah baru dekat tong sampah. Kalau aku tak cerita pun mesti korang dah boleh agak. Berjalan weh ulat tu dari dapur sampai panjat dinding bagai. Aku pegi dapur tong sampah penuh dengan sampah. Aku balik ahad tengah hari tu masing- masing membongkang lagi. Geram je rasa nak tabur ulat tu dalam selimut masing-masing. Yang duduk kat rumah payah betul nak buang sampah. Aku yang rajin tak ada kat rumah ni yang kena buang sampah. Geram! Tu ok lagi sebab aku fikir aku pun ada contribute sampah dalam tong sampah tu. Ni jenis yang tegur-tegur tulis nota kononnya kata kosongkan singki . Pastikan pinggan mangkuk basuh. Ok .Pinggan mangkuk settle. Yang tak settle ialah, sisa-sisa makanan tu. Tulang, sayur, nasi berkumpul dalam singki. Kau nak suruh orang majlis daerah yang datang rumah tolong clearkan sisa korang tu? Aku bab buang sampah berulat aku boleh consider lagi. Tapi bila nak clearkan sisa orang dalam sinki ni aku geli betul. Masalahnya kalau aku tak bersihkan, siapa yang volunteer nak seluk tangan dalam air bertakung tu. Geli siak sisa kau makan pun orang yang kena bersihkan. Elok la kau meninggal je. Sekali je menyusahkan orang lepas tu tak dah. Urghhh!!.

4.Nasihat
Well, semua orang tak sempurna. Aku tak ada masalah orang nak tegur aku.Aku pun ada sikap buruk jugak. Aku pun pemalas jugak. Tapi kena la sedarkan diri. Kalau kita tak mampu nak menyenangkan orang, tolong tolong tolong sangat jangan menyusahkan orang. Kita sama-sama nak hidup. Kalau waktu bujang ni kita tak nak ubah diri kita. Jangan pelik bila dah berlaki nanti laki naik tangan, laki makan luar. Kau sendiri pun buat perangai nauzubillah, mana la orang tak buat perangai. Last but not least, kalau ada orang tegur tolong consider benda tu penting. Orang yang tak banyak cakap, benda yang keluar dari mulut dia biasanya benda-benda penting. Bila dia dah tak tahan baru dia akan luah. Aku tak suka gaduh-gaduh. perangai jahanam ni la kadang-kadang yang mengeratkan hubungan kita. Tapi kalau dah jahanam sangat pegi jahanam la sama kau. Tak ada orang boleh ubah diri kita ni kalau bukan kita sendiri yang usaha nak mengubahnya. Thank sudi baca sampai ke akhirnya. Moga kehidupan kita semua ni sentiasa berada dalam rahmat ALLAH. Assalamualaikum

– Cik Kenanga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.