Monday, 24 April 2017

Bila Meniaga Tak Jujur

PengakuanKu

Assalamualaikum..aku bekerja di sebuah syarikat milik 100% bumiputera. Tiada Pekerja asing. Aku adalah PA bos. Semua aktiviti bos aku tahu dan Akulah yg aturkan.

Pada awalnya aku suka sangat kerja aku, tak busy, mudah aku berurusan dgn bos. Sehingga aku ditakdirkan untuk mengetahui semua aktiviti penyelewengan pihak atasan. Hati aku makin takut dan marah sangat. Aku mula selidik satu2 untuk cari bukti dan pertahankan hak aku agar tidak sewenangnya aku diheret kelak.

Aku juga merupakan konsultan utk berunding dgn pihak pelanggan. Apa yg pelanggan minta aku akan sedaya penuhi mengikut kehendak mereka dan aku sangat tegas dlm keputusan aku. Sehinggalah suatu hari..bos aku cakap.. ” awak bagi apa yg suruh dan bukan apa yg customer minta!!”” What???

Means aku kena belajar menipu customer utk bagi benda yg tak betul..bagi benda defect..bagi yg da kena reject.Quality??? Tak ada kualiti dan pada kadar harga yg sgt mahal..tak berbaloi……kualiti langsung tak ada. Aku terkedu. Aku mula memberontak.aku mula menjawab bila bos herdik2 aku. Aku rasa tggjawab utk perbetulkan apa yg dia buat. Mengkhianati amanah customer sedangkan customer berhak dptkan apa yg mereka nak!! Sebab itulah misi company…memenuhi kehendak pelanggan!!

Namun bos aku teruskan juga bagi produk tanpa ada kualiti. Sudahnya customer dtg maki hamun. Bos aku lari ntah mana. Takut jumpa customer. Aku juga yg kena hadap sbb akulah yg meyakinkan customer utk beli..sakit nya hati aku dgn bos aku.

Selang beberapa hari, isu besar timbul then aku mula bersuara depan bos. Aku da makin berani sebab aku rasa dia mula perbodohkan aku as worker. Dia maki hamun aku atas alasan dia buat kerana dia bos dan aku kena ikut apa yg dia suruh. Dia cabar prinsip agama aku yg selama ni aku tanam dlm diri.. dia cakap jgn pandai sgt nak nilai level agama dia sedang aku ni bukan orang berniaga . Dia tahu hukum..aku tak? Kepala hotak dia
.

Aku campak produk yg dia wat depan mata dia dan saksi staff yg lain.aku mula berang. Aku cakap hukum apa yg bos ckp kan sampai saya tak tahu? Hukum apa yg membolehkan bos dpt untung dengan menipu dan myalahkan staff sedangkan terang2 salah bos! Aku rsa sume org tgk aku naik berang.

Walaupun aku perempuan, aku ada prinsip utk tegakkan kebenaran. Bukan lemah sepeeti yg kaum laki pandang aku.. dia bos laki aku rasa dia mula tercabar dgn kata2 aku. Ikutkan hati aku nak je aku sepak meja depan aku walaupun aku tgh pkai jubah..sakitnya hati aku rasa Allah je tahu.

Semua staff bela aku dan sangat terkesan dgn apa yg berlaku. Itu baru tentang produk..belum benda2 yg melibatkan management. Bos aku pernah suruh staff edit invois. Edit amount. Inikah peniaga org Islam??? Huhhu… Aku dah antar surat resign.bagi aku,aku tak hadap cari rezeki dgn menipu org..hidup kau tak kan tenang.

Dalam hidup aku..aku pegang 2 prinsip;
1. Aku benci org tipu aku
2.aku benci org cabar pegangan agama aku..sedangkan kau juga org Islam..

Aku mohon kepada pembaca2 yg tahu ttg penyelewangan company dan hal2 berkaitannya
Ape tindakan yg boleh kita ambik utk kes2 dibawah dan kpd siapa kita perlu adukan…. ;
1_ penyelewengan invois / resit
2_kualiti produk tak sama seperti yg dijanjikan dan harga mahal
3_memaksa staff buat kerja bukan bidang kemahiran staff .then bila buat..staff tersebut disaman sedangkan da nyata staff tak tahu nak buat..
4_ gaji tidak dibayar mengikut terms
5_cuti tidak diberi sedangkan layak cuti.

Aku harap sangat dapat bantuan dari pihak pembaca supaya aku dan kawan2 tidak dianiaya oleh majikan…

selamatkan pekerja..hak2 pekerja.

Ika

– Ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.