Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confessions. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Saya pilih medium ini kerana medium ini memang dekat dengan netizen dan saya harap mesej saya sampai la ya.
Saya pasti semua pun sangat familiar dengan tagline ‘Adab Kat Mana’ ni kan? Sebenarnya, tujuan saya menulis di sini adalah untuk berkongsi luahan hati saya tentang sikap segelintir artis-artis lawak Malaysia yang saya kira kurang adab bila membuat lawak, contohnya, kes yang baru saja terjadi yang mengaitkan atlet ternama negara kita. Kepada Mr Watson Nyambek, my big respect for you sir. Kenapa perlu mempermainkan nama orang sebagai bahan lawak anda? Sudah kurang ideakah anda? Atau sudah tidak ada modal lain untuk anda membuat penonton ketawa? Mana adab?
Kepada artis pelawak ini, anda merupakan seorang yang ditontoni oleh setiap lapisan masyarakat. Ini bereerti, budak-budak juga menonton anda. Zaman sekarang ini, adab itu seperti satu benda yang sangat asing. Anda buat lawak kurang bijak, budak-budak akan mengikut. Hasilnya, di sekolah, ramai sungguh budak-budak sekarang buat lawak bodoh dengan cikgu-cikgu mereka. Fikirkanlah, budak-budak akan mengikut kata-kata anda dan tindak-tanduk anda yang disangkakan kelakar tapi sebenarnya, entahlah, tak tahu nak cakap macam mana. Jadi, saya menyeru kepada anda, tolonglah, hentikanlah semua kebodohan ini. Mengejek-ejek sehingga menimbulkan prasangka dan perasaan tidak enak pada yang diejek atau diusik. Tolonglah, saya percaya mesti ada guideline dalam melakukan persembahan lawak kan? Takkan semberono saja? Adab kat mana bro?
“Ala, no chill la bro. Lawak je kot, orang nak dengar santai-santai”.
Bukan no chill, tapi dah menjadi-jadi masalah ini. Sebagai contoh, ada satu segmen profesor di satu radio popular ni yang buat-buat bagi tips apa benda entah, tapi isi kosong. Nak kata lawak pun tak, mungkin lawak bagi mereka sebab mereka saja yang ketawa kuat-kuat dalam konti. Ada pulak sebuah rancangan nyanyian yang menonjolkan muzik bergenre nasyid, tapi pengacaranya yang juga merupakan pelawak berkelakuan berlebih-lebihan. Menjerit-jerit, buat punchline tak sampai dan sedikit sebanyak memadamkan tujuan sebenar program tu. Yup, mungkin saya silap, mungkin sebenarnya rancangan itu juga berbentuk hiburan yang bersalutkan nasyid? Ada juga yang menjadi pengacara kepada rancangan sendiri, tapi ye lah. Sekali lagi, benda yang sama, buat lawak tak kena tempat dan masa. Wahai pelawak-pelawak yang menjadi pengacara, banyak lagi cara untuk menaikkan seri program, tolong, saya merayu, jangan menjerit-jerit dah bila mengacara dan kurangkan lawak bodoh anda. Adab bro, adab.
Tolonglah, saya merayu, nak buat program kelakar, buatlah. Tapi adab. Adab tu kena la ada. Takkan sebab lawak, pakai langgar je semua benda. Sekian saja la luahan hati saya ni, minta maaf atas kesalahan bahasa dan kesilapan kata…anda juga, kongsikanlah pendapat anda, tak kira yang positif atau negatif. Bukan kita tak support artis-artis lawak local ni, pasal support la ada yang menegur.
Ok bai gerak duluuu
– May J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment