Monday, 24 April 2017

Hidup Berkumpulan di UIA

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan.

Aku salah seorang pelajar uia yang jenis tak boleh hidup bersendirian, sehingga boleh dikatakan jarang sekali aku makan atau berjalan kemana-mana bersendirian. Jika ada waktu yang terpaksa jalan sensorang pasti akan ada yang menegur kerana melihat aneh. Oleh itu, aku bersyukur kerana sejak dibangku sekolah lagi aku ditakdirkan mempunyai ramai kawan disekeliling. Tapi disini bukan kisah zaman sekolah yang aku ingin kongsikan, tapi kisah kehidupan aku bersama kengkawan semenjak menjejakkan kaki di uia.

Masuk ke uia bukanlah impianku, namun bagiku ianya adalah takdir yang terbaik untuk aku. Geng aku zaman sekolah dulu 3/5 orang dapat tawaran masuk uia juga. Tapi kami tak dapat bersatu selalu macam dulu sebab kami masing2 dialiran yang berbeza. Jadi sejak di asasi uia tanpa tersengaja terbentuk lagi geng baru yang terdiri daripada 5 orang. Geng ini terbentuk disebabkan kekerapan menjadi classmate yang sama sejak awal sem di asasi. Kemudian, kami seringkali mejadi satu team untuk projek2 dikelas. Maka terbentuklah sebuah persahabatan yang baru (versi uia). Kami seringkali berjaulah bersama2 diluar uia sama ada pergi shopping, pergi program atau pergi bercuti bersama2.

Namun, apabila tiba masa untuk memilih jurusan untuk masuk ke degree nanti, masing2 membuat keputusan sendiri hasil berbincang dengan keluarga dan mengikut minat dan kemampuan masing2. Makanya kami merasakan sem terakhir di asasi adalah saat2 yang perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana kami tahu di uia Gombak nanti kami sukar untuk bersua seperti di asasi dek kerana kawasan yang sangat luas. Oleh itu, aku mula gelisah memikirkan nasib aku tika masuk degree nanti, kerana ramai yang menasihatiku agar belajar untuk berdikari kerana alam degree sangat berbeza dengan asasi. Senior aku kata “kat Gombak nanti semua orang buat hal sendiri, bilik pon dah asing2”.

Hal ini yang membuatkan aku gelisah untuk meninggalkan asasi uia. Aku tidak seperti yang lain, tak sabar2 nak masuk ke alam degree. Aku tak sanggup nak kehilangan kemanisan ukhuwah yang terbentuk di asasi. Aku takut kehilangan mereka apabila masuk degree nanti. Hanya Allah yang memahami perasaanku saat itu.

[TIBA HARI PREREG SUBJECT DEGREE YANG PERTAMA]
Saat ini semua mulai bertanyakan antara satu sama lain akan jurusan yang dipilih saat mendaftar, and guest what?? semua pilih jurusan yang sama!! Allahu..sangat tak disangka2..seolah2 Allah sangat memahami kebutuhanku.. Then apa lagi, bila kos dah sama maka bolehlah merancang study plan yang sama..maka kami rancang untuk sama2 tamatkan pengajian selama 4 tahun di sini dan graduet bersama2 pada tahun 20**. Kami mendaftar subjek untuk kelas yang sama! Haha sape sangka kami yang berlima ni mampu mendaftar untuk dapatkan section yang sama. Apabila kelas dah sama, maka mudah untuk kami luch sesame, solat dimasjid sesame, dan paling ketara markah exam kami pon nak hampir sama! Namun tak dapat dinafikan pasti akan berlaku setiap kali prereg subjek ada saja yang tak sempat daftar section yang sama dek kerana terpapar sudah di screen “section close”…makanya kami akan bersama-sama sedaya upaya menbantunya dalam melakukan “add manual” hingga Berjaya!

[KELAS]
Apabila berlima, maka siapa yang datang paling awal haruslah menjagakan tempat untuk yang lain. Kedudukan kami didalam kelas selalunya barisan yang terakhir..biarpon datang kelas awal..almaklumlah suka sangat bergosip(benda baik2 ja), kalau duduk belakang taklah ketara sangat.hihi geng kami agak dikenali kerana ramai yang mengkagumi kami yang mampu kemana2 secara bersama2. Bak kata mereka..”dimana ada Si Dia.. Si yang lain2 pasti ada juga”.

Bab kerja berkumpulan sudah semestinya kami akan memilih untuk bekerja dalam satu team. Jika syaratnya hanya 4 orang kami akan cuba merayu untuk berlima juga..hihi..(tak boleh berpisah konon).. tapi sejujurnya dalam soal ini aku agak lemah..kerana menurut pengalamanku bekerja satu kumpulan, pasti akan ada seorang ahli yang cakap banyak tetapi tidak melakukan kerja, akan ada seorang lagi menghilang entah kemana dan akan ada hanya satu atau dua orang yang akhirnya akan menyiapkan semua kerja. Akhirnya, markah akan diberikan sama rata, maka keadaan ini langsung tidak adil.. Tetapi itulah hukum peraturan dunia ciptaan manusia, tidak akan ada yang adil sepenuhnya. Itulah asam dan garam bekerja satu kumpulan. Yang membuatku lemah kerana aku tak sanggup untuk terasa hati dengan teman sendiri, aku tak sanggup tegur atau marah kalau ada yang tak puas hati. Ini semua sebab mereka “geng” rapat aku. Ia tidak semudah yang dijangka. Namun aku melihat dari segi positifnya sahaja. Aku tahu classmate yang lain mempunyai team yang berbeza2 untuk semua subjek, pasti lebih sukar untuk berjumpa kerana jadual ahli yang berbeza2.

Apa yang positifnya??
Banyakkk..antaranya, bila kita team dengan Geng sendiri, untuk semua subjek pulak tu..pertamanya, mudah untuk berjumpa sebab dah tahu jadual free masing2 sama sahaja. Keduanya, apabila ada yang tak dapat settle maka yang lain boleh backup. Ketiganya, kita dah kenal kelebihan dan kelemahan masing2, jadi mudah nak bagi2 kerja. Contohnya yang pandai mengkaji,mengedit, mengarah, membentang, berlakon dan sebagainya. Dari teamwork ini aku belajar banyak benda. Aku sedar masing2 ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Part yang paling dekat ngan aku adalah part mengarah, mengkaji dan mencompile. Kadang aku tak puas hati gak sebab asik aku jer yang kena bagi arahan untuk berjumpa, tetapkan due date, bahagi tugas dan sebagainya..aku merasakan bahawa kalau aku tak gerakkan maka kerja takkan berjalan sampai bila2. Namun lama kelamaan aku sedar, bukan mereka tak mahu menggerakkan, tetapi mereka tak mampu untuk melakukannya. Kelebihan mereka bukan disitu.
Tapi satu hal yang paling aku kagum! Diorang tak akan membantah apa2 arahan yang datang dari aku. Nak kata aku garang memang tak lah..mungkin diorang appreciate aku sanggup amek tugas mengarah. Walaupun aku bukanlah yang paling pandai dalam geng aku ni, tapi aku diberi kepercayaan untuk conduct apa2 esaimen atau projek. ~TAMAT KISAH KELAS~

[DI LUAR KELAS]
Bila dah jodoh memang tak kemana, sejak mula masuk uia Gombak masing2 duduk berasingan tetapi berdekatan (pon tanpa dirancang). Padahal banyak kot Mahallah (istilah asrama di uia) dalam uia ni. Itulah yang dinamakan “takdir”. Tapi ada satu saat kami perlu berpindah dek kerana Mahallah yang diduduki itu akan diberi kepada pelajar asasi. Maka kami di pecah2 kan ke Mahallah lain. Tapi tanpa dijangka, kedudukan kami boleh dikatakan masih berdekatan. Jadi mudah untuk kami berjumpa untuk lepak2 mahupon berjumpa untuk menyiapkan projek kelas. Kami juga akan gerak ke kelas bersama2. Ketika duduk di Mahallah jauh dulu, kami memerlukan perkhidmatan bas. Maka kami akan saling menjagakan seat untuk yang lain kerana jika lewat pasti kena berdiri.
waktu2 begini kami gunakan untuk beramah mesra, tukar2 pendapat dan saling menguatkan. Jadi Mahallah yang jauh dirasekan hanya sejengkal. hihi melampau! pengalaman mengejar bas dengan mereka paling tidak akan dilupakan.

[EXAM]
Sejak aku jejak uia, aku belum jumpa orang yang lemah dalam study. Malah saingan untuk menjadi yang terbaik juga agak sukar. Namun seperti biasa, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri yang membuatkan mereka mampu cemerlang dalam pelajaran. Dalam geng aku, ada sorang tu jenis kuat ingatan. Cuba bagi satu hadith suruh dia hafal, sekejap je dia dah boleh ingat. Ada sorang tu jenis yang sangat2 rajin. Dia antara yang rajin menyalin nota dalam kelas dan menyalin setiap apa yang pensyarah bagitahu. Ada sorang tu jenis poyo tapi bijak jugak. Maksudnya, tak perlu belajar lebih2 pon dah boleh skor.

Aku pulak jenis apa? Haha.. aku bukan jenis orang yang suka menghafal. Ingatanku juga tak sehebat yang lain. Tapi Allah kurniakan aku kelebihan pendengaran yang sangat peka, pandai membuat nota dan pandai dalam meramal soalan ujian. Boleh dikatakan 7/10 tekaan aku pasti betol! Ini memang perangai aku sejak di bangku sekolah lagi. Geng aku semua mula percaya sejak di asasi lagi. Wajib sebelum hari ujian mereka akan minta aku soalan yang diramal dan photostat nota yang aku buat. Biarpon nota aku hudoh dan tak sedap dibaca, tapi mereka sanggup untuk salin semula isi nota2 aku tu. Mungkin sebab diorang tahu isi nota aku tu adalah yang aku target akan masuk exam dan aku sangat bergantung pada nota2 tu. Kiranya, kalau ada soalan keluar selain yang terdapat dalam nota, aku akan pasrah.hihi.. cita-cita kami adalah untuk buat yang terbaik. Kami meletakkan target minima hanyalah B dan jauh sekali untuk dapat C atau repeat..nauzubillah.. (CGPA harus dijaga untuk terus dapat scholarship). sama2 doakan yang terbaik untuk semua.

[SUKAN]
Hanya seorang sahaja dikalangan kami yang tidak aktif sukan. Yang lain boleh dikatakan atlete sejak dibangku sekolah. Ada yang main netball, handball, bola jaring, larian dan lompat tinggi. Aku sendiri aktif dalam sukan ping pong dan lompat jauh. Pernah suatu ketika kami terlibat dalam satu perlawanan lari berkumpulan (4×100) maka kami rancang untuk satu kumpulan. Bila group dengan geng, semangat nak lawan tu lebih membara. Mudah nk turun training sesame. Bila down masa lawan, ada saja kata2 semangat dari mereka. Ada suatu ketika aku cedera di bahagian kaki selepas tamat larian 400m. Ketika itu sakit yang amat sangat sampai tak mampu nak jalan dengan normal. Masa tu bila kengkawan dapat tahu, mereka terus cuba mencarikan transporter untuk hantar aku pulang Mahallah (sebab stadium agak jauh). Masa ni memang kemanisan ukhuwah tu sangat terasa. Ada orang yang ambil berat pasal kita disaat keluarga tersayang tiada disisi.

[BISNES]
Dalam bab bisnes, 3/5 dari kami aktif berbisnes dalam uia. Ada yang jual makanan, wangian, pakaian dan produk kesihatan. Kami saling membantu untuk promote barang jualan masing2. Ada tu kami cipta instagram khas untuk bisnes di uia. Followers cecah lebih 4k! Alhamdulillah sangat membantu. Ada suatu ketika kami merancang untuk buat produk tudung sendiri. Pada peringkat awal kami beli sesama sendiri dan pakai ke kelas. Sehinggalah ramai yang bertanya dan berminat dengan tudung kami, barulah kami mulakan jualan kepada yang lain. Model tudung pon dari kalangan kami, tak perlu susah2 upah orang lain..hihi

Itulah indahnya hidup bergeng di iium!

So ibrah dan pengajarannya disini, hidup secara berkumpulan itu lebih baik dibanding bersendirian. Ramai yang kata susah nak maju kalau nak harap sama2 dengan geng..tidak…bila kita bergerak berkumpulan keberkatan itu lebih dirasai. Semoga melalui perkongsian ini ada yang teriinspirasi untuk berusaha bersama dengan kengkawan menuju ke arah kejayaan. Wallahua’lam.

– Imah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.