Friday, 21 April 2017

MLM

PengakuanKu

Assalamualaikum. aku Qid berusia 23 tahun dari Johor. aku nak ucap terima kasih kat admin kalau cerita aku ni dia publish. kalau tak, dia baca lah sorang-sorang. tapi aku harap sangat admin approve. hihi. Sebelum itu, aku ada beberapa penafian.
1. maaf kalau cerita aku tak seronok (intro panjang sikit)
2. aku bukan nak buka aib siapa-siapa
3. aku cuma cerita pengalaman aku
4. coretan aku agak panjang, jadi maaf kalau bosan

pakwe aku (sekarang dah ex) ni senior aku dari sekolah menengah. tapi sebelum aku masuk tingkatan 1 aku dah ada perasaan kat dia sebab aku selalu nampak dia. (mak aku cikgu di sekolah yg sama, jadi kadang-kadang aku ikut mak aku pergi sekolah terutamanya kalau dia buat kelas tambahan) jadi sempat aku usha dia. miang keladi buluh betul perangai. masa ni pakwe aku gemuk macam baymax, badan banyak tayar spare part, muka hitam gelap, jalan macam dugong. tapi still nampak handsome dia sebab bapak dia datang dari negara India spesies Bollywood Hindustan yang bermastautin kat sini. sampai lah aku habis tingkatan 5, (pakwe aku habis sekolah masa aku naik tingkatan 3) yg tahu aku suka kat pakwe aku ni cuma kawan baik aku.

tahun 2012
lepas keputusan SPM keluar, aku sambung tingkatan 6. waktu ni pakwe aku approach aku. ntah macam mana dia dapat nombor aku. kenal punya kenal, rupanya dia tahu aku suka dia dari dulu sebab kawan baik aku tu bagi tahu kat dia. tak guna betul. tapi sekarang dah tak jadi kawan baik, kawan hai hai bai bai je dari jauh. masa ni perasaan aku kat pakwe aku dah macam samar-samar dibalik kabus pergunungan. yelah, kali terakhir aku nampak dia masa aku tingkatan 2. tapi dia ajak aku jumpa. waktu ni dia baru habis diploma kat poli.

masa jumpa dia, punya lah aku terkejut sebab dia berubah 360 darjah kiri kanan depan belakang atas bawah dari macam masa sekolah dulu. tayar spare part dia memang dah takde, selim melim kurus-kurus tough gitu. kulit dia memang cerah, muka bersih suci. memang nampak hero Hindustan habis. yg dulu gemuk pun handsome, lagi masa dah takde lemak ni… memang handsome habis. fuhh bergegar tulang belulang, sendi, sel otak aku masa ni. tak menyesal aku menaruh harapan kat dia masa dia macam dugong dulu. lepas beberapa bulan kenal, kami teruskan hubungan. tapi aku pelik, dia tak kerja. bila aku tanya, dia jawab nanti dia cari. walaupun dia tak kerja, dia sentiasa ada duit. aku pun husnudzon sebab dia baru habis belajar, mungkin sebab keluarga dia nampak orang ada-ada.

lama-lama dia start ajar aku pasal cara hidup sihat. kelakar tau bunyi dia. sekali lagi aku husnudzon sebab badan aku memang naik sikit lepas habis SPM. akhirnya, keluarlah senjata dia, rupanya dia join MLM satu international company. terus terang, Herbalife. kalau ada yg tak tahu, Herbalife ni jual produk-produk kesihatan dan kosmetik. nak sihat, nak gemuk, nak kurus, nak cantik, semua boleh. gitew. mula-mula pakwe aku bagi free beberapa produk suruh aku guna. konon bagi awek sebab nak suruh awek sama-sama sihat dengan dia.

lepas beberapa purnama, dia suruh aku beli pulak. Mungkin sebab dia rugi kot. Hahahaha. dia ni downline kakak dia, kakak dia downline kawan kakak dia. kira kalau aku nak beli harga murah, aku kena join jadi ahli. kalau tak aku dapat harga retail mahal nak mati. lepas pujuk-pujuk mak aku, mak aku pun suka dia punya teh, lalu mak aku laburkanlah duit dia untuk aku jadi ahli bawah pakwe aku. mula-mula dia cakap jadi ahli ni tak semestinya kena jual, beli harga murah untuk makan sendiri pun boleh. dia ada tingkat-tingkat (level). kiranya, dari ahli boleh jadi supervisor, pastu naik lagi tangga-tanga kejayaan sampai langit diorang tu.

okay. aku cuma join sebab nak harga murah, sebab family aku semua pun beli produk-produk tu kerana diorang pun suka. bagi aku, produk dia memang bagus dan berkesan. kau bayangkan, dalam masa 2 minggu aku boleh turun sampai 6 kg. ehh macam promote pulak. mak bapak aku pun nampak makin sihat dan cergas. kena coach habis-habisan dari pakwe aku, kiranya tak minum produk bodoh-bodoh pastu tiba-tiba turun kg. produk kosmetik dia pun bagus walaupun kesan dia lambat, natural ingredients la katakan.

Tahun 2013
waktu ni kakak dia dah berjaya la jual produk ni. kakak dia sanggup tinggalkan kerja kat BMI (sila google kalau tak tahu) yg basicnya 3000 ++ semata-mata sebab dia buat benda ni dengan jayanya. dia mampu beli sebuah kereta mewah dan renovate untuk upgrade rumah mak bapak pakwe aku. tapi kakak dia tak duduk sini. dia duduk kat kl. aku pulak di tahun kedua STPM yang hanya diberi duit belanja harian RM10. seminggu, RM50. aku diberi kereta untuk ulang alik sekolah sebab sekolah agak sedikit jauh. jadi, duit belanja tu tak ada lah mewah mana. seminggu, tolak makan minum, barang kerja kursus, minyak lagi menjadikan duit tu memang ngam-ngam untuk belanja harian aku.

sampai waktu ni, bisnes MLM pakwe aku ada merudum sikit sebab dia malas nak cari pelanggan. kalau tak cari orang, tak ada lah income. bangun pun lepas zohor. badan dia pun makin naik, tapi tak segemuk dulu. aku suruh dia kerja sebab dia ada diploma. dia boleh je buat jualan MLM tu sebagai part time tapi dia tak nak. kira macam dia letak faith dia sepenuhnya dekat produk jualan dia tu.

lama-lama barulah nampak belang dia. rupanya family dia tak ada lah senang mana. kais makan pagi petang jugak. duit-duit keuntungan kakak dia dan dia tu antaranya buat bayar hutang mak bapak dia. sampai lah hampir 3 bulan pakwe aku ni takde income langsung, duit belanja anak-anak lain bagi pun dah habis. mak bapak pakwe aku ni dah tua jadi dah tak kerja. waktu ni lah pakwe aku mintak tolong sebab mak bapak dia belum makan dari pagi. aku dengan duit simpanan seminggu seringgit, baki-baki belanja mingguan aku, belikanlah sikit lauk untuk diorang bertiga ni. topup pun aku topupkan, seminggu RM10. Dia cakap nak pinjam dulu. Nanti dia bayar.

lepastu Herbalife ni ada lah buat macam program diorang 5-6 bulan sekali untuk ahli-ahli MLM ni. nak join pun kena bayar. oleh sebab pakwe aku ni takde duit, aku keluarkanlah lagi duit simpanan aku RM300. korang bayangkan, budak sekolah mana ada duit sangat. ni pun duit hasil duit masa aku kerja part time tunggu result SPM keluar. dia cakap dia nak pinjam. aku suruh dia janji, lepasni dia kena cari kerja sebab bisnes dia macam tak jalan. Program tu kat genting highland seingat aku. Balik dari ni, dia jadi semangat lebih laa konon baru lepas kena boost kat sana.

Barulah nampak sikit income dia. Tapi dia masih tak nak kerja. Nak jugak buat MLM ni. Hasil jualan tu semua ngam-ngam cukup makan je. Tak balik modal sangat sebab rupanya pakwe aku banyak hutang dengan kawan-kawan dan adik beradik dia yang lain. Terbongkar lah lagi rahsia. Masuk tengah tahun, wujudlah program terbesar tahunan Herbalife. International event.

Masa tu diorang kena pergi Bangkok. Nama event tu Extravaganza tak silap aku. Disebabkan pakwe aku ni takde duit nak modalkan ke sana, dia mintak tolong aku lagi. Mana lah aku ada duit banyak nak bagi dia. Budak sekolah, kau nak expect apa? Aku bukan anak raja. Akhirnya dia dapat idea bangang yang aku pun bangang pergi ikut sekali idea tu. Dia suruh aku gadai rantai aku. Aku ni ada lah sikit harta emas hadiah dari mak bapak aku. Rantai tu dapat RM1300 (dia ambil 70% harga sebenar emas waktu tu). Jadi, itulah duit dia pergi joli kesana. Balik lepas seminggu berjoli, dia dapat semangat.. kononnya. Barulah nampak maju sikit perniagaan tu. Dia pun bekerja keras sikit.

Tahun 2014
Sekali lagi event besar Extravaganza tapi ni awal tahun. Dia nak pergi, tapi takde duit. Aku pun pelik. Selama ni takde saving ke hasil-hasil tu semua? Rupanya hutang-hutang dia belum settle. Hutang aku pun tak settle. Lalu dia mintak tolong lagi duit. Aku dah mula kerja part time sementara tunggu keputusan STPM. Mana lah banyak mana duit aku, separuh saving, separuh lagi joli. Dia lagi sekali suruh aku gadai rantai yang kedua. Aku ada 3 rantai emas. Aku pun dengan bangangnya ikut jugak gadai dan kali ni dapat RM1500. Yang ni special sikit sebab mak aku baru bagi hujung tahun 2013. Hadiah dia cakap. Loket dia besar sikit ada ukir nama aku. Aku buat sistem gadai ni semua tanpa pengetahuan siapa-siapa ye. Kalau tak lunyai aku kena sebat dengan bapak aku.

Dia balik dari program tu, aku pun berhenti kerja part time dan aku join kerja dia. Baru aku faham dia terangkan itu ini. Cara nak dapatkan orang lah semua. Kerja memang enjoy tapi penat. Lepastu kena tebalkan muka hadap orang. Cara orang layan kita berbeza, ada yang baik, ada yang tak. Takpe. Aku belajar. Tapi hutang aku semua dia belum bayar. Dia nak start main gym balik, dia mintak tolong aku. Sebab? Dia cakap nak jual benda-benda ni kita kena lah tunjuk bukti diri kita sendiri. Baru orang percaya. Aku dah takde duit. Takkan aku nak kacau saving aku. Kebetulan… dia boleh pulak teringat aku ada satu handphone lama masa aku beli sebelum masuk tingkatan 6 dulu tapi aku dah tak guna sebab aku dah beli handphone lain. Dia pujuk aku suruh jual phone tu. Dia cakap nanti dia bayar. Sayang kot nak jual. Dah lah handphone pertama aku beli guna titik peluh aku. Akhirnya jual lah juga semata-mata nak lepaskan gym dia tu. Dapatlah 200 gitu.

Pakwe aku mula mengeluh penat lah, stress lah, takde customer la. Jadi dia ambil keputusan nak cari kerja, Herbalife tu dia buat part time. Bak aku cakap, dia ni sengkek. Jadi segala interview dan penghantaran resume adalah dengan duit aku. Naik kereta aku, minyak aku. Naik kereta dia, minyak pun aku sebab dia takdak duit! Tapi dia cakap hutang semua dah settle. Tinggal nak bayar hutang-hutang aku. Disebabkan tempoh gadaian dah cecah 6 bulan, kedua-dua rantai tu diperbaharui gadaiannya, juga guna duit aku. Rantai pertama dah setahun (dah 2 kali bayar, guna duit aku!), kedua baru 6 bulan.

Lepas 4 bulan, baru dapat kerja. Bila dah dapat kerja, pergi balik tiap-tiap hari aku hantar dan amik. Sebab? Kereta bapak dia guna. Motor ada pun motor purba zaman sebelum masihi abang dia punya tapi dah rosak. Dia cakap nak repair motor tu. Pun mintak tolong aku. Tambah tolak darab bahagi square root sin cos tan, total repair motor tu hampir RM1500. Semua duit, aku! Nanti dia bayar. Aku pun bebal percaya.

Lepas sebulan kerja, dapat gaji, ingatkan nak bayar hutang aku sikit. Hampeh. Masa ni aku tengah tunggu result universiti pulak. Intake bulan 9. Kau tahu dia buat apa duit gaji pertama dia? Dia beli handphone. Masa tu aku rasa nak maki je. Tapi aku sabar. Aku cakap dengan dia elok-elok. Padahal handphone lama dia elok lagi kot! Kau tahu dia jawab apa? “kalau duit gaji habis, mak tanya buat apa? Nanti tak ada bukti nak tunjuk pelaburan duit tu.”

Tu alasan paling bodoh dan memang aku mengamuk. Dekat 2 minggu aku diamkan diri. Sakit betul hati ni, bagi laa pulang balik duit-duit aku. Takpun tebus ke rantai tu. Ohh ya, basic dia kerja tu RM1800 campur tolak bahagi dia boleh dapat lebih kurang RM2400 sebulan! Kenapa aku masih bertahan? Sebab aku sayang. Hubungan dah 2 tahun. Pada otak aku masa tu aku rela bersusah-susah dengan dia, supaya nanti tua teringat kenangan konon susah senang sama-sama.

Lepastu dia start buat MLM tu part time dengan serius dan main gym sungguh-sungguh. Dia janji dia akan bayar dan settlekan semua. Memang nampak lah hasil dia buat MLM dan main gym tu. Tak sampai 2 bulan dia kerja situ, masa tu birthday dia. Aku sebagai awek mestilah rasa nak buat something kan. Aku pun gigih buat kek red velvet bersalut cream cheese. Bukan cikai punya aku buat, semua aku guna barang mahal. Yg paling mahal whipping cream dia. Total beli bahan-bahan tu je dah cecah RM90. Baru barang. Bil api air, tenaga aku lagi. Aku bungkus elok2. Letak sekali cupcake-cupcake comel keliling…

Ni paling aku ingat sampai bila-bila. Sebab haritu hari jadi dia, lupakan sengketa lama. Aku amik dia kat rumah, pusing-pusing sekejap dalam taman, hantar dia balik, aku suruh dia bukak bonet. Kau tahu apa reaksi dia masa bukak bonet tu? Muka dia hampa dengan ayat, “laaa… awak bagi kek ke? Kan awak tahu saya tengah jaga badan. Mana boleh makan benda-benda gini.” Macam kena sambar petir jantung aku. Hanat punya pakwe. Amik jelah tak nak makan pun. Tak payah lah kata gitu. Kalau kau? Awek kau buat gitu setahun sekali, mesti laah rasa touching walaupun tak makan, amik bawak balik bagi orang lain. Aku kutip jantung hati limpa aku yang jatuh tadi, cakap “takpelah kalau awak tak nak. Tak payah ambik. Biar je situ.” Lalu dia tutup bonet dan blah.

Aku balik rumah, aku makan semua kek tu share dengan kakak, abang, anak buah, mak bapak, jiran sebelah. Kakak aku siap tanya, kata nak bagi pakwe kau. Aku cuma cakap, aku takde pakwe. Aku terus mintak putus. Tak guna punya pakwe. Selama ni aku bersabar dari mula aku kenal dia, dengan duit aku semua tak pernah bayar, rantai aku, MLM bodoh dia tu, motor, topup je aku rasa lebih RM500 sepanjang aku kenal dia, interview sana sini, pergi balik kerja aku amik, mak nenek dia yang lain dan seangkatan dengannya. aku cuma harap dia hargai aku je. Gaji kedua dia, dia tebus rantai yang pertama, datang jumpa aku bawak kereta baru. Aik, takkan dah keluar kereta. Dia cakap tu kereta kawan dia. Gaji bulan ketiga, tebus rantai kedua pun naik kereta sama. Rupanya kereta baru awek baru dia. Takpelah. Kau pun dah jadi ex aku masa tu. Last-last kantoi dia dah usha minah tu sejak mula-mula dia kerja situ. Tak guna punya dugong.

Dan senyap sampai sekarang….. segala kata “nanti saya bayar dia” tu, ntah dah sampai mana. Aku ada dengar dia masih buat MLM dia dan baru putus dengan minah dia usha tu hujung tahun lepas sebab kena sailang dengan kawan dia sendiri. Padan muka. Dia pun dah berhenti kerja kat tempat tu, sekarang kerja kat Singapore. Kakak dia pun dah buat kerja lain. Ada kerja tetap dan buat part time MUA. Power gak kakak dia ni sebab magazine besar-besar amik dia jadi MUA.

Itulah kisah MLM dan hidup aku. Lepasni aku tak mau join dah benda gini. Setakat nak dengar tu boleh lah. Aku pun masih beli dan makan sendiri Herbalife tu, aku tak jual ye. Semua aku buat sendiri sebab aku tak nak ada kaitan dengan dugong tu. Herbalife direct terus hantar rumah.
1. nak buat MLM boleh tapi buat lah bersungguh. Jangan buat bodoh-bodoh lepastu menyusahkan orang.
2. dah hutang tolong bayar.
3. aku bukan nak mengungkit, cuma bercerita.

Sekian, Terima kasih.

– Qid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.