Wednesday, 27 December 2017

Hanya Kerana Aku Cikgu

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks admin kalau entry aku berjaya diluluskan.

Tengok tajuk, mesti dah tahu apa yg bakal aku tuliskan. Straight to the point, aku seorang cikgu di sebuah negeri di selatan tanah air. Baru beberapa tahun mengajar. Mungkin aku boleh dikira budak hingusan lagi dalam dunia sepak terajang pendidikan ni.

Meeting baru ni, cikgu2 digesa untuk menyediakan bilik darjah selari dengan pembelajaran abad ke-21. Siang2 cakap yg sekolah tiada peruntukan untuk itu tetapi guru2 digesa untuk menggunakan kreativiti yg ada untuk menghias kelas. Dalam erti kata lain, cikgu2 pakailah duit poket sendiri ya untuk keselesaan anak2 murid.

Benda ni jarang2 cikgu hebohkan pada umum. Bimbang dicop tak ikhlas, duit gaji banyak tak berusik, cuti dah banyak pun takleh nak berkorban lagi ke dan sebagainya. Kenyataannya, guru sediakan bilik darjah yg selesa daripada poket cikgu sendiri tanpa sesen pun duit daripada pihak sekolah atau kerajaan. Ya, memang cikgu ada gaji tapi kenapa bila gaji cikgu, orang senang2 nak label sesuka hati ke mana duit tu perlu pergi? Kenapa gaji orang lain orang tak peduli pun? Adilkah itu?

Kalau nak cakap pasal cuti, orang lain ada je yg dapat cuti 30 hari setahun. Cuti tak habis, boleh carry forward. Waktu cuti, memang cuti. Tapi cikgu? Cuti hanya mengharapkan cuti sekolah. Cuti rehat khas diperuntukkan sebelum ni 7 hari. Nak kumpul sampai 150 hari untuk dapat golden handshake masa pencen nanti pun jenuh.

Cuti carry forward?
Takde.
Waktu cuti sekolah cikgu cuti?
Tak sepenuhnya.

Jadi, kenapa perlu dengki? Bahagian masing2 kan. Rezeki masing2. Kenapa masih tak puas hati?

Selama ni cikgu tak berkira dan tak kecoh kerana kita harap dapat lahirkan generasi yg berguna pada masyarakat dan negara. Tapi, dengan mudahnya masyarakat menuding jari dan menghina guru. Generasi bagaimanakah yg kita cuba lahirkan sekarang ini?

Aku just nak cakap, apa pun pekerjaan kita, hormatilah pekerjaan orang lain jugak. Aku bukan nak claim kerja cikgu paling mulia confirm masuk syurga pun. Ada je cikgu yg aku tengok tak boleh pakai. Sama je benda ni. Mana2 kerja pun, mesti ada sorang dua yg jadi titik nila yg merosakkan susu sebelanga. Bukan kata jadi cikgu mesti perfect tapi aku sedih tengok orang label cikgu macam2 umpama guru tiada harga diri untuk dipertahankan hanya kerana kita seorang cikgu — perlu ikhlas, redha, dan terima segalanya dengan hati yg terbuka.

Sebenarnya, semua orang adalah guru. Ibu adalah guru, ayah adalah guru, rakan kita adalah guru. Sesiapa yg memberi kita ilmu, beliau adalah guru.

Aku doakan semua cikgu di negara ni terus bertahan dan kuat untuk generasi pemimpin akan datang. Aku? Aku akan terus berikan yg terbaik buat anak2 muridku walaupun terpaksa berkorban harta, rasa, dan tenaga.

Hanya kerana aku cikgu.

– Bukan cikgu awak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.