Assalamualaikum, para pembaca.
Selama ini, yang kita sering dengar adalah peminat-peminat taksub artis (penyanyi, pelakon) yang acapkali mendapat kecaman dari kesemua sudut. Tatapi pada hari ini, saya ingin mambawa anda semua untuk mengenali PEMBENCI TAKSUB (atau CHISUB, nama timangan mereka), kerana kewujudan golongan ini adalah amat berleluasa di Malaysia, tetapi terlindung kerana kita lebih suka mengecam peminat taksub.
Terlebih dahulu, sedikit penjelasan mengenai PEMINAT taksub. Mereka ini adalah golongan yang siang malam hanya membaca berita artis, mendengar lagu, menonton drama / movie, dan mengikuti perkembangan artis ketaksuban mereka, bagaikan seorang stalker taksub. Pantang artis ketaksuban merekan dicuit, meraka akan bangun membentuk pasukan tentera dan menentang sesiapa sahaja yang mencuit artis mereka.
Netizen Malaysia yang memang terkenal dengan sikap mengecam (bukan semua. Jika anda tidak pernah mengecam sesiapa di media sosial, tahniah!) sememangnya gemar menunggu peminat-peminat taksub ini mempamerkan ketaksuban mereka di media sosial. Pantang tular apa-apa berita ketidakcerdikan peminat taksub, barisan pengecam bersedia ke medan perang menunggang kuda kepang. Eh.
Sekarang, mari kita bincangkan tajuk utama kita pada hari ini, iaitu PEMBENCI TAKSUB. Kita semua sudah memahami dan mengenali apa itu peminat taksub. Tapi, kenalkah kita dengan PEMBENCI TAKSUB? Pembenci taksub adalah segolongan manusia rencat minda, yang menganggap diri sendiri sempurna, dan mempunyai kelayakan setinggi ijazah PHD untuk membenci artis.
Golongan ini mendakwa diri mereka TIDAK KISAH dan TIDAK AMBIL TAHU akan hal-hal artis, tetapi apabila nampak sahaja apa-apa berita berkenaan artis yang mereka benci secara taksub, mereka akan mula memaki hamun, bahkan dengan menggunakan alasan sebagi seorang Muslim, mereka BOLEH MENDOAKAN KECELEKAAN orang lain (artis dan peminat taksub adalah manusia juga, ya).
Golongan ini sebenarnya sedang menderita penyakit CELASUB (celaru minda + taksub). Mereka rasa mereka neutral, tapi sebenarnya hati mereka penuh iri dan kebusukan.
Contohnya. Apabila ada berita pasangan artis yang baru berkahwin yang amat merindui pasangan sehingga nak kelip mata pun tak sanggup, golongan PEMBENCI TAKSUB (jangan lupa nama timangan mereka ya? CHISUB) ini akan mula mengumpul dosa dengan memaki hamun artis-artis ini. Ya, berita itu tidak berfaedah dan tidak bermanfaat. Ya, berita itu tidak membantu rakyat Malaysia menambah wang simpanan. Tapi, tidak semena-mena, golongan CHISUB yang tiada kaitan telahpun menambah dosa, dan menempah nama ke neraka. Alangkah ruginya. Orang lain yang buat berita tak berfaedah, orang lain pula yang masuk neraka.
Contoh lagi. Apabila ada artis yang sukar ditentukan jantinanya ke udara (LIVE di media sosial), golongan CHISUB akan mula memaki hamun, mencarut-carut seolah-olah tidak pernah diajar perkataan yang elok seumur hidup. Ya, mungkin artis itu menipu. Ya, mungkin artis itu mungkar. Tapi kenapa kita yang tiada kaitan perlu ke neraka? Kesian sangat. Yang mungkar orang lain, yang tiada kaitan turut sama ke neraka.
Contoh lagi. Apabila ada artis KEPOK membunuh diri. Inilah golongan artis yang paling tinggi jumlah PEMINAT TAKSUB di Malaysia. Ada sahaja berita berkaitan, golongan CHISUB bingkas bangun, mara ke medan perang media sosial. Bersenjatakan carutan dan maki hamun, semua mula mengumpul dosa beramai-ramai. Sayang seribu sekali sayang. Orang lain yang bunuh diri, para PEMBENCI TAKSUB yang jauhnya beribu batu dari negara KEPOK GORENG turut sama beratur ke neraka.
Paling menyedihkan, apabila ramai dari golongan PEMBENCI TAKSUB ini yang menggunakan nama Allah untuk melakukan dosa. Nama Islamnya sudah indah, Muslim Sya Alyah (bukan nama sebenar), tapi terang-terangan mendoakan umat Islam yang meminati KEPOK turut membunuh diri. Kecelaruan minda apakah ini?
Jika benar kita tidak kisah dan tidak minat, abaikan sahaja mana-mana berita atau post yang tidak kita sukai. Menasihat dan memaki tidak pernah sama definisinya.
Mungkin ada golongan CHISUB yang akan menuduh saya sebagai peminat taksub mana-mana artis yang menjadi mangsa kecaman mereka. Ikutlah anda nak kata apa pun, saya tidak rugi apa-apa. Tujuan saya menulis hanyalah untuk menekankan : Serugi-rugi manusia yang masuk ke neraka kerana artis yang mereka sayang, LEBIH RUGI LAGI manusia yang masuk ke neraka demi artis yang dibenci. Sangatlah rugi.
Bawak-bawaklah mencuci minda dan hati. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan selain memaki dan mencarut di media sosial.
Sekian.
– Cadar Polkadot
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment