Usia remaja sering terisi dengan kebahagiaan dan kemanisan namun yakin aku katakan, tidak semua merasakan itu. Saat diri teruji dengan sakit ketika usia masih muda, saat itulah kau mulai sedar kalau dunia ini bukan cuma milikmu. Dunia ini bukan hanya menceritakan tentang betapa bahagianya kau, betapa berhartanya diri kau tapi dunia ini turut memberi kau segala macam rasa yang bakal membuat kau menjadi dewasa.
Aku sihat. Seperti manusia yang lain, aku selalu bersama sahabat tapi wujud satu tabiat yang sukar untuk dilenyapkan. Sewaktu kecil lagi aku memang minat dan obses terhadap rancangan realiti seperti American Model, patung-patung Barbie dan anime yang bertubuh kurus dan halus. Seusia 12 tahun aku sudah terdedah dengan cara menjaga berat badan untuk kekal cantik dan slim. Aku sememangnya seorang gadis yang sudah tersedia kurus namun akibat terlalu takutkan kegemukan, aku mula diet ketat.
Sewaktu usia remajaku, aku perlahan-lahan memotong jumlah makanan harianku, kurangkan pengambilan nasi, kurangkan minuman manis, aiskrim langsung takkan kusentuh kerana bagiku aiskrim tergolong dari makanan yang sangat menggemukkan.
Untuk ini, aku langsung tak rasa nikmat makanan. Hari-hariku hanya bergantung pada vitamin C(for energy) dan sup sayur. Kalau ibu tanya aku lapar atau tak, jawapan aku mestilah tak. Im full padahal aku tengok orang lain makan benda sedap-sedap, keinginan dalam diri ni membuak-buak sampai aku pernah termakan benda manis sebab tak tahan dan akibat dari perbuatan tu, aku menyesal lalu pergi ke tandas dan terus memuntahkannya semula. Keadaan ini berlarutan hinggalah usiaku mencecah ke angka 19 tahun. Waktu ini berat badanku hanya sekitar 20-27kg dengan ketinggian 153cm. Waktu aku mula masuk ke universiti, semasa mds selalu fasi akan sediakan nasi dan aku hanya meminta roti dan selepas makan, aku akan buat sit up(kalau dalam bilik). Masa ku banyak di habiskan untuk joging dan berjalan hingga beberapa jam dalam sehari. Tubuh yang makin susut dan kurus buat family aku risau dan mereka menghalang aku untuk diet lagi. Kalau sebelum ni, mereka izinkan sebab mereka tahu aku adalah sejenis gadis yang obseskan kecantikan dan kesempurnaan namun itu semua menjadi salah setelah melihat keadaan diriku seakan mayat hidup.
Dengan mata yang membesar terkeluar, diri sering berasa sejuk, wajah yang pucat dan cengkung, bibir yang sangat kering, tulang siku yang sudah timbul, bersama tulang rusuk yang sudah jelas kelihatan, benar-benar membuat diri ini sudah tidak berupa manusia. Aku dah tak cantik tapi aku tak nampak apa yang orang nampak pada aku. Bila lihat cermin, aku rasa peha ku masih besar, lenganku masih berlemak dan aku tertipu dengan semua ini. Kalau lengan paling atas ni aku tak dapat nak genggam, itu akan membuat diriku bersama gemuk.
Langit lalu menunjukkan kegelapannya. Aku mengalami muntah darah sewaktu berada di Univerisiti dan pengsan beberapa kali. Akibat dari itu, aku quit dari pelajaranku dan mendapatkan rawatan di Hospital. Doktor sahkan aku mengalami IBD atau bahasa yang mudah di fahami, aku ada masalah pencernaan makanan. Entah kenapa aku rasa gembira mendengar itu. Bagiku sakit bakal membuatku bertambah kurus. Doktor mula bertanya tentang rutin makanan harianku. Aku tipu doktor tu. Aku cakap aku makan macam orang lain tapi ibuku telah membongkarkan segalanya.
Ibuku menceritakan tentang segala tingkah anehku. Antaranya, berjoging selepas makan, kerap menimbang berat badan, menangis sebab berat tak turun dalam sehari, selalu ukur lengan, melihat diri di cermin, bertanya pada orang apa aku kurus atau gemuk. Doktor mula syak kalau aku mungkin mengidap penyakit mental lalu aku di rujuk ke bahagian psikiatari.
Aku marah family aku. Aku tak gila. Aku rasa apa aku buat ini adalah perkara normal yang orang lain pun buat. Bagiku diet ini adalah perkara normal namun ibuku tetap memujuk untuk aku buat follow up di psikiatari. Aku menangis didepannya dan mengatakan aku tak gila. Kalau aku gila, sapa yang nak aku nanti. Ibu ikut menangis sama. Dia peluk dan pujuk aku. Aku marah dan masuk bilik. Aku stress sebab quit Uni ditambah dengan family yang memaksa aku untuk mendapatkan rawatan di psikiatari. Aku mula menunjukkan tanda protes.
Makan tak menentu. Tidur lebih kerap. Family aku buat aktiviti seperti family day, aku tak ikut. Aku kerap termenung dalam bilik. Perasaan aku kosong. Rasa lifeless. Family aku tak bagi aku buat anything aktiviti fizikal lagi tapi aku berkeras. Aku kunci diri dalam bilik dan melakukan senaman tanpa rasa penat. Bila timbang, berat aku statik 27kg, aku geram. Aku hempuk mesin penimbang tu. Aku tidur lagi sampai esok paginya aku bangun dan rasa macam nak mati.
Aku rasa baik mati aje dari hidup macam ni. Aku rasa tak berguna. Aku rasa aku ni hodoh. Cukup hodoh bila rasa diri ini gemuk. Ibu masih pujuk untuk ke hospital membuatku rasa permintaan dan keinginanku di ketepikan. Aku lalu cut tangan agar diri ini terasa diperhatikan namun hatiku makin sedih melihat ibu menangis memelukku.
Akhirnya, aku akur dan mendapatkan rawatan di psikiatari. Di sana, aku melihat dan belajar berbagai-bagai penyakit manusia. Ada yang kecil-kecil lagi sudah menelan ubat penenang, ada pesakit yang backgroundnya sangat menyedihkan. Aku di kaunselingkan. Doktor tu tunjuk pada aku betapa cantiknya diri ini kalau tubuhku sedikit berisi dan dia perlihatkan aku pesakit-pesakit kanser yang berjuang untuk hidup demi mendapatkan rambut mereka semula, demi mendapatkan semula tubuh yang lumpuh, demi merasa nikmat Tuhan. Saat tu, timbul rasa kesal dalam diri ni.
Kenapa perlu seksa diri demi mengejar kecantikan yang tak mungkin kekal pun. Aku mula berubah meskipun perlahan-lahan hinggalah usiaku sekarang 21 tahun dengan berat yang sudah mencapai ke 35kg. Walaupun belum mencapai paras bmi yang normal, apa yang penting adalah kebahagiaan dan senyuman ini. Aku hadiahkan senyuman ini untuk ibu dan parents yang selalu bersamaku.
Buat kalian di luar sana, hidup ini adalah kenikmatan. Sedih itu nikmat. Bahagia juga nikmat. Andai kau rasa kau adalah manusia paling lonely, kau salah kerana Dia tidak pernah meninggalkanmu. Kita yang tinggal Dia. Teruslah menikmati hidup ini walau dugaan itu datang tanpa dipinta.
– Nobody
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment