Friday, 30 June 2017

Generasi Manja

PengakuanKu

Terima kasih sebab menyiarkan confession ini. Aku tak pandai nak mengarang ayat seperti orang lain. Tapi aku harap, confession aku dapat buka mata pembaca semua.

Maaf juga sebab panjang sangat. Aku memang rasa terbuku. Dan aku rasa these issues must be heard.

Aku merupakan seorang penuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah ipta di selatan tanah air. Sepanjang di ipta, banyak program yang telah aku sertai, untuk peroleh pengalaman dan juga mata merit bagi membolehkan aku tinggal di kolej kediaman. Dalam menganjurkan program ni, banyak sangat masalah yang aku dan team terpaksa hadapi.

Aku hairan kenapa masalah sebegini berlaku sedangkan penganjuran tahun tahun terdahulu (menurut lecturer) baik baik sahaja. Pada mulanya aku cuba selidik salah di pihak aku sendiri. Namun, setelah kami perbaiki, tetap tidak molek hasilnya.

So aku nak listkan beberapa masalah yang sering berlaku kat sini.

1. Kurang penyertaan
Ni masalah yang sangat kerap berlaku. Antara pendekatan yang aku ambil adalah dengan mengkaji semula kontent event aku. Adakah ia menepati jiwa anak muda? Adakah ia bermanfaat? Adakah yuran penyertaan dikenakan berbaloi? Masa dan tempat.. dan sebagainya. Kadang-kadang, ada peserta yang sudah memberi nama namun tanpa rasa bersalah tidak hadirkan diri di hari kejadian. Maka program pun tidak lancar.

2. Lepas tangan
Ramai sangat ajk/peserta bersikap ambil mudah dalam semua perkara. Bila berhadapan masalah, terus nak batalkan program, terus mengadu, terus melatah. Tiada inisiatif. Tiada usaha. Usaha tak seberapa. Komplen banyak. Bila diagihkan tugas, siapkan ala kadar. Tiada empati sesama rakan satu organisasi untuk saling membantu rakan rakan yang lain.

3. Tidak menepati masa
Jujur, aku seorang yang sangat sibuk. Dan aku pasti orang lain juga begitu. Dengan tuntutan kuliah, tugasan lecturer, lab report, project, test, quiz, proposal…belum lagi include program program lain… Sesungguhnya aku memang atur masa betul betul supaya aku akan ada masa yang cukup untuk siapkan semua perkara on time dan cukup tidur. Contoh, kelas ada kelas dari 8 pagi hingga pukul 6 petang. Aku ada meeting program pukul 8.00, 8.45 dan 10.00 malam (tiga meeting berbeza). Aku akan gunakan waktu petang untuk bersihkan diri, makan, selesaikan hal hal pengurusan diri sendiri.

Pukul 7.45 aku akan mula bergerak ke tempat meeting. Sambil itu, aku akan buat pre reading supaya aku dah bodoh bodoh je masuk meeting. Supaya aku bersedia dan meeting lancar. Begitulah untuk meeting meeting seterusnya.

Malangnya, sikap orang lain yang dengan selamba datang lewat 5/10/15 minit amat mengecewakan aku. Alasan yang aku dapat? Nak makan dulu lah, nak solat dulu lah, nak itu nak ini. C’mon lah. Aku pun Islam. Aku juga manusia. Aku pelajar macam korang. Kenapa aku boleh atur masa aku. Dan kenapa pula korang kena bazirkan masa aku yang sepatutnya aku boleh allocate untuk hal lain?

Kalau korang rasa meeting tu terlalu awal, why korang decide pukul 8.00 at the first place. Just name a time that korang betul betul boleh make it!

Dan banyak lagi sebenarnya masalah masalah berbangkit lain dalam menganjurkan program di universiti ni.

Dalam pemerhatian aku, generasi sekarang suka buat kerja, asalkan hidup dia senang, lantak orang lain lah nak jadi apa pun.

Contoh, satu program aku yang dah lepas. Department kami disuruh menganjurkan family day untuk persatuan kami. Bila ditanya lokasi dan aktiviti yang mereka inginkan, macam macam request kami terima. Expectationnya cukup tinggi melangit langit. Idea kami untuk anjurkan yang mudah dan dekat ditolak mentah mentah.

Kami teruskan juga dengan permintaan majoriti untuk ke Pulau Langkawi. Persatuan kami mempunyai ahli kira-kira 35 orang. Dan family day merupakan acara terakhir sebelum sidang akademik berakhir, maknanya selepas family day, persatuan ini ada recruit ahli baru.

Banyak usaha yang kami letak untuk plan program ni. Dahla diusulkan tiga minggu sebelum, menyukarkan kami mencari pengangkutan dari selatan ke Kuala Perlis di saat saat akhir. Namun kami usahakan juga biarpun terpaksa menghubungi puluhan syarikat bas persiaran.

Kami juga berjaya dapatkan the best deal untuk penginapan. Kami siapkan bajet untuk setiap seorang sangat murah.

Tapi, seminggu sebelum program, kami mendapat tahu seorang demi seorang menarik diri dari family day atas pelbagai alasan. Ada yang munasabah, ada yang hanya pentingkan diri sendiri.

Kerana mereka tahu, kalau mereka tak pergi pun, mereka takkan rugi apa apa kerana mereka belum membayar sebarang wang kepada kami. Mereka juga takkan diugut dikeluarkan dari persatuan kerana sidang akademik sudah berakhir dan semuanya akan dibubarkan juga.

Aku tak kisah soal kewujudan mereka. Tapi. Sedarilah berapa banyak duit yang terpaksa dibelanjakan oleh persatuan untuk cover kos kos yang tidak disertai oleh ahli lain.

Akhirnya hanya 15 orang pergi di mana kami menyewa bas dengan kapasiti 40 orang. Tidakkah membazir?

Jika seorang perlu membayar rm150, sekurang-kurangnya rm3000(untuk 20 orang) terpaksa dikeluarkan dari duit persatuan untuk langsungkan program ni.

Ini lah masalah generasi zaman sekarang. Aku malu segenerasi dengan orang orang sebegini. Attitude zero. Time management kelaut. Hanya tau nak berseronok.

Mungkin ni semua sebab zaman sekarang ramai sangat parents yang sudah senang. Yang bergaji besar. Yang mampu sediakan macam macam untuk anak anak. Sebab itu generasi sekarang berani buat macam macam. Sebab mereka rasa entitled. Mereka rasa “takpe kalau aku messed up pun, parents aku ada untuk cover aku..”

“Ahh buat apa aku nak ikutkan sangat program bodoh ni, aku global minded..aku anak Dato okay!”

“Biarlah lambat pun, mereka bukannya bos..student macam aku jugak..”

To my generation, berubahlah. Jangan rosak masa depan negara sebab orang macam kita.

– Akmal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Seringgit Je?

PengakuanKu

Assalamualaikum Wr. Wb. Salam sejahhtera pada warga IIUMC. Selamat Hari Raya pada semua..

Sayu jugak hati aku bila baca macam-macam kerenah waktu raya, bermacam-macam masalah keluarga. Semoga korang tabah menghadapinya.

Apa aku nak confess kali ni adalah mengebai duit raya. Aku tak tau tentang orang lain tapi ramai orang sekeliling aku yang meletakkan nilai duit yang perlu kita letak dalam sampul raya untuk budak-budak.

Ada anak-anak buah aku, depan orang yang beri duit raya tu, dah bukak sampul, tengok berapa yang orang tu bagi. Bila seringgit atau 2 ringgit, mula lah mereka mengeluh.

‘Seringgit je.’

‘Dua ringgit je??’

Anak aku kecik lagi. Baru 2 tahun. Peringkat umur yang akan ikut perbuatan atau percakapan yang dia nampak. Bila nampak sepupu sepapatnya but macam tu, dia pun bukak sampul depan orang yang bagi. Aku terus halang. Aku mintak suami aku ambik sampul tu dari dia.

Aku cakap dengan anak aku dengan nada yang tegas jadi anak-anak buah aku pun dengar.

‘Abang. Sampul ni, dapat terus simpan. Nak bukak, dah sampai rumah nanti, dah balik rehat-rehat baru bukak.’

Walaupun anak aku cuma 2 tahun dan dia mungkin blur apa aku cakap, aku akan cuba sebaik mungkin untuk ulang banyak kali sampai dia hadam.

Sejujurnya aku rasa cukup biadap untuk bukak sampul depan orang, apatah lagi komen berapa banyak yang kita dapat. Anak-anak buah aku bukan 5-6 tahun tapi dah sekolah darjah dah.

Ramai aku nampak sekarang budak-budak buat macam tu dan tak ditegur oleh orang-orang tua. Mungkin sebab tu jugak lah budak-budak ni jadi berani.

Dik. Seringgit yang pada kau ciput tu, mungkin macam 10 ringgit pada orang yang memberi. Kau tak tau peritnya dia mencari rezki dan ketepikan duit raya untuk kanak-kanak riang macam kau dan anak-anak kakak.

Aku mohon lah pada ibu bapa sekalian, tolong didik anak-anak jadi beradab lagi-lagi bab sensitif macam ni. Tersiat hati orang tu kalau dengar dan nampak anak kau buat macam tu. Aku sendiri walaupun anak aku cuma ikut apa sepupunya buat tanpa faham sepenuhnya, aku dah rasa salah sangat dah tu.

Lagi satu, ajarlah anak-anak untuk bersyukur tak kira berapa nilai yang dorang dapat. 1sen ke 50sen ke. Mak aku siap cakap, sekarang ni paling sikit orang bagi 4 ringgit. Aku bantah terus. Tak ada lah kurang ajar. Aku cakap elok-elok.

‘Kita tak boleh lah nak letak berapa banyak atau berapa sikit orang patut bagi. Kalau orang tu cuma mampu bagi seringgit, takkan nak perlekehkan. Kita tak tau mungkin seringgit dia nak bagi tu pun sampai banyak benda dia korbankan.’

Kalau boleh kita ubah mindset kita. Benda ni nampak kecik.

‘Alah dengan budak kecik pun nak berkira. Nak terasa.’

Kita tak berkira, kita tak terasa, orang lain mungkin terasa kak. Penat-penat dia cari duit, masukkan dalam sampul, kita senang-senang memperkecilkan hati dia.

Dari kecik lah kita ajar. Aku pun baru mula sebab anak-anak masih kecik. Doakan lah aku berjaya didik anak-anak aku untuk beradab dan bersyukur dengan berapa pun nilai yang dorang dapat hasil dari pemberian orang lain.

Salam ‘Edulfitri,

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Anak Akhir Zaman

PengakuanKu

Assalammualaikum..pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin IIUM kerana sudi beri aku peluang untuk menyiarkan confession ini. Aku terpanggil untuk membuat confession ni apabila aku dah tahan dengan sikap segelintir anak-anak yang tanpa sedar mereka telah menghambakan ibu mereka. Aku ada seorang ibu saudara, aku panggil dia maksu. Maksu baru saja kehilangan suaminya lapan bulan yang lalu dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki yang masih kecil. Sorang 4 tahun dan seorang lagi setahun. Aku harap readers dpt ambil pengajaran daripada kisah maksu aku ni. Niat aku bukan untuk memburukkan keluarga sendiri tapi aku kesian. Kesian melihat ibunya..

Maksu seorang cikgu dan sejak suaminya meninggal, dia mula berjinak jinak dengan business di rumah. Aku faham, kenapa dia menjadi terlalu ghairah untuk mengejar duit. Salah satunya dia ingin balas jasa tok dan opah dengan cara menyediakan semua keperluan mereka. Tak dinafikan, maksu seorang anak yang selalu mengutamakan mak dan abahnya. Tapi, ada satu perkara yang membuatkan dia lupa dan tak sedar. Dia telah menghamba kan ibunya sendiri yang agak uzur dan mencecah umur 60++ tahun..

Opah selalu mengadu pada aku. Maksu kau tu kerja dia bersandar je, haram tak kisah nak sediakan makanan ke..nak masak ke..aku jadi sedih dengan luahan hati opah aku. Opah sekarang kena jaga dua orang cucu iaitu anak maksu yang masih kecil dan tak mendengar kata. Kalau aku balik ke rumah opah, mesti bersepah rumahnya..

Aku tak nak kehilangan opah. Aku masih sayangkan dia. Sejak dua menjak ni, dia selalu sakit kepala. Masa hari persiapan untuk raya haritu, kami sedang sibuk mengemas rumah opah, maksu dengan senang hati landing atas katil main phone. Opah yang kemas bilik maksu yang bersepah sepah macam sarang tikus tu. Kalau aku dan adik-adik ada, lagi la seronok dia mengarah arah kami. Mandikan anak dia, bagi makan anak dia, macam-macam lah. Sampai aku naik fedup tau. Kau mak dia, kau uruskan lah. Betul kata mak aku, maksu beruntung, ada orang nak jaga anak-anak dia. Masa mak aku dulu, dengan susah payah tak cukup duit, bela anak-anak berdua je dengan ayah.

Maksu suka sangat main handphone. Sampai anak-anak dia, opah yang uruskan. Pernah masa dulu, dia tengking dan marah opah sebab opah tak bagi tahu, pampers anak dia dah habis. Katanya, banyak kerja nak diselesaikan, sepatutnya beritahu dia awal. Menangis opah aku kerana sedih. Pertama kali opah menangis kerana maksu..

Opah pernah beritahu ibu aku, dia sebenarnya tak larat. Tapi dia gigihkan juga kudratnya. Allahu, sedih aku bila opah berkata begitu. Andai saja maksu tahu, betapa uzurnya ibu dia sekarang, mesti dia akan menyesal kerana telah menghambakan ibunya sendiri.

Aku tak berani nak tegur maksu. Cuma aku minta Allah buka pintu hati dia agar berubah menjadi anak yang lebih baik. Aku tahu, dia bergaji besar dan dapat beri apa yang opah dan tok nak, tapi adakah wang ringgit tu semua dapat menggantikan keredhaan ibu ke atas dia ? Dia ingat dengan duit sahaja, semua jasa ibu dan ayah terbalas kah ?

Aku sedar, apa yang terjadi pada maksu, adalah berpunca daripada kesilapan opah sendiri. Yelah, mak aku pelajarannya setakat stpm dan maksu ada degree. Mestilah opah lagi sayang anak yang ada degree dan satu satunya masuk ipta. Dulu, emak aku selalu dibenci oleh opah. Opah pilih kasih dan selalu memuji maksu sehingga opah tak sedar yang dia telah manjakan maksu. Maksu tak pernah diajak dan diajar masuk ke dapur. Aku ingat lagi, waktu maksu muda-muda, dia main laptop, opah memasak untuk dia sorang-sorang di dapur. Dan kalau nak dibandingkan antara mak aku yang tak berpelajaran tinggi tu, dia lebih hormat pada opah. Emak tak pernah sesekali tengking dan marah opah..

Aku rasa, sekarang opah dah sedar dengan kesilapannya dulu..sekarang, opah dah tak pilih kasih..dia malah bersyukur ada anak seperti mak aku. Untuk opah, akak selalu doakan kesihatan opah. Akak berdoa semoga opah panjang umur. Akak tak bersedia untuk kehilangan opah. Sayangnnya akak pada opah sama seperti sayangnya akak kepada mak. Buat maksu, semoga Allah buka pintu hati maksu. Jangan buat opah penat. Kesiankan opah. Sesekali rajinkan diri kemas rumah opah. Ringankan tulang memasak untuk opah. Kesian opah.

Sebagai pengajaran, please jangan manjakan anak-anak. Ajar mereka masuk dapur terutama perempuan. Dan jangan sesekali pilih kasih, para ibu dan ayah. Kesian anak tu. Sayangi mereka sama rata. Emak aku tak dapat sambung belajar bukan sebab tak pandai, tapi sebab tok tak mampu. Tak dek duit. Dan anak yang bergaji tinggi, sedarlah, korang tak kan jadi macam tu tanpa redha mak ayah. Sebelum nak tengkin mak, fikir dan istighfar banyak2. Memang, ibu dan ayah semakin mereka tua, perangai mereka semakin annoying. Kerana apa ? Kerana mereka nak perhatian anak-anak. Jangan terlalu cepat marah kepada mereka. Doa pada Allah, agar hati tu lembut sikit. Dan lagi satu, kalau rasa macam penat sangat nak mengemas, memasak, membasuh, fikir la balik mak kita yang dah tua tu. Mesti beribu kali penat. Fikir..fikir..fikir. Kalau aku, jadi opah, aku tak bangga lah dapat anak belajar tinggi, tapi tak hormat mak ayah dia. Tak masuk dapur, tak reti buat housecore. Itu kalau aku la. Last but not least, pegang kata-kata ni. Bukan 99 kata Fattah Amin kay. Pertolongan yang diminta oleh ibumu tak seberat dia melahirkan mu. Haa, fikir-fikirlah. Aku tengok, anak zaman sekarang, liat nak masuk dapur tolong mak bapak. Tak payah tengok anak orang, adik aku sendiri tu ha. Berbulu mata aku tengok dia syok je tidur. Tak pa la, utk ibu yang ada anak seperti ni, tak terlewat untuk didik mereka masuk dapur dan selalu baca Ya Latif dalam masakan supaya hati mereka lembut dan mendengar kata. Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ikhtiar Zuriat Di Bulan Ramadhan

PengakuanKu

Assalamualaikum. hope admin dapat siarkan confession ni. saya nak sangat tolong orang kat luar sana yang sedang ikhtiar zuriat. Sebenarnya saya terkesan dengan kisah penantian itu manis buahnya. sungguh besar kesabaran puan ikhtiar zuriat. saya sangat respect. Kisah saya tidaklah seberapa. Tapi saya selitkan cara saya ikhtiar. Harap dapat membantu.

Sebelum saya kahwin. saya banyak terbaca pasal suami isteri yang ttc. Ada yang setahun. 2 tahun. 3 tahun. malah hampir 10 tahun masih belum dikurniakan zuriat. Ya Allah. saya amat terkesan membaca kisah mereka. Kadang-kadang saya jadi amat takut sehingga berfikir-fikir jika saya tak dapat berikan zuriat kepada suami selepas berkahwin.
Hari berganti hari. Akhirnya saya pun selamat mendirikan rumah tangga. Siapa yang taknak bunting pelamin kan. harapan saya gagal. sebulan berkahwin tidak lekat. Tak mengapalah. saya usaha untuk bulan seterusnya. Tetapi tetap gagal. Saya pelik saya dah makan folic acid tiap hari tapi kenapa gagal. Menangis selepas cik P datang jangan cerita la. Ditambah dengan senggugut yang serius. Saya rasa sakit sangat. Sebab sebelum kahwin saya tak senggugut. Saya lagi terkesan sebab kawan-kawan yang kahwin lebih kurang saya terus mengandung. Alahai senangnya. Alhamdulillah suami selalu ada di sisi. Tapi saya sedih sebab suami selalu menyalahkan dirinya dan kata dirinya tidak ‘sihat’. Dia asyik minta maaf kat saya banyak kali kalau saya sedih menangis. Dia sanggup beli dan makan supplement dari farmasi untuk ‘sperma lelaki’. Saya jadi serba salah melihat suami begitu. Dia kata dia tak boleh tengok saya sedih menangis. Tak mengapa dengan harganya yang agak mahal. Dia sanggup ikhtiar. Akhirnya saya redha dan kuatkan segala mental saya untuk menunggu cik P datang setiap bulan. Saya tekad tidak mahu menangis lagi di depan suami. Alhamdulillah saya berjaya lakukan tu pada bulan keenam berkahwin. Saya ok bila datang bulan. Sampai suami pelik dan bertanya. sayang ok ke?. Saya ok sebabnya period datang tepat pada waktunya dan saya tak lagi senggugut. baru saya sedar sebenarnya saya tak makan acid folic tu. mungkin sebab tu period saya lancar. Bila saya senyum kata ok dia pun senyum. Hehe. Baru la saya rasa bahagianya perkahwinan selepas 6 bulan tu. Saya tak stress dah.

Tak lupa juga nak bagi tahu sebenarnya stress saya hilang sebab saya sangat bergantung dengan yang maha satu. Dia jugalah tempat saya mengadu dan bermohon untuk dipermudahkan diberikan zuriat. Bangun malam tahjud. solat hajat, solat dhuha buat lah selalu. Hafal doa ikhtiar zuriat. Baca Al Quran. Saya buat semua tu.
Pada 1 hari iaitu seminggu sebelum Ramadan. saya terbaca kisah ttc seseorang di blog. Maka saya catitkan di atas kertas supaya saya senang refer. Cara dia ikhtiar banyak juga. tapi saya ambil beberapa cara yang saya rasa rasional tanpa keluarkan duit yang banyak. Apa yang saya buat. saya buat air jus buah-buahan tiap hari. Saya buat jus epal hijau sebiji tiap pagi atau malam. Saya juga buat susu diblend dengan kurma 5 atau 3 biji. minum pagi atau malam. Kalau saya minum jus pagi so minum susu kurma tu malam. saya buat hari-hari bermula hari saya datang bulan sampailah waktu subur. seeloknya buat ni sampai bila-bila. Selepas habis period saya minum segelas air kunyit yang dicampur asam jawa. Minum suam-suam. minum ni sekali je ye jangan banyak kali. Jangan minum air manis. Buang habit minum air manis. Setakat nak rasa-rasa tak apa. Banyakkan minum air masak/mineral. Minum banyak ikut berapa liter yang korang mampu.
Jaga pemakanan. Buang segala atok nenek fast food dalam peti ais tu. Kentang. Nuget. Sosej. Banyakkan makan sayur dan ikan. Saya tak makan acid folic sebab taknak berharap.

Dalam posisi bersama suami silalah pelbagaikan. Layan suami bukan sebab semata nak anak. Tapi layanlah suami dengan ikhlas sebab kasih sayang kita pada dia. Banyakkan buat pembacaan tentang ni. Saya tak berani nak cerita lebih pasal ni. Itulah cara saya usaha. Saya juga banyak sedekah pada bulan Ramadan lepas. siapa saja yang saya jumpa baby ke orang tepi jalan ke. saya hulur saja beberapa yang saya mampu.
Alhamdulillah tak sampai sebulan buat. cara tu rupanya berhasil. Bulan puasa lepas saya menunggu datang bulan. tetapi seminggu tak datang. akhirnya saya check upt test. Positive. Happy nya saya sebab doa saya Allah dengar dan makbulkan. Memang saya banyak berdoa pada dia. sebelum sahur. sebelum berbuka. Waktu berdoa yang dimakbulkan Allah dan saya yakin dengan tu. Alhamdulillah pada 21 Ramadhan saya dapat berita yang paling happy.

Saya start makan acid folic semula. Doakan baby dalam kandungan ni sihat. Amin. Harap cara dan usaha ni dapat membantu semua. Saya tahu saya bukan lah seseorang yang diduga hampir bertahun-tahun tidak punya zuriat. Tapi saya pernah merasai perasaan menunggu dan berharap untuk mengandung. Bersihkan hati dan berdoalah selalu. Tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Cuma cepat atau lambat sahaja. Jika tidak dimakbulkan mungkin kita ada banyak kesilapan dan mungkin kita belum lagi bertaubat. Saya doakan awak semua yang sedang ikhtiar zuriat untuk dipermudahkan dalam urusan ni. Aminn.

Sekian

– si peminta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Beraya Di Tirai Besi II

PengakuanKu

Sekali lagi terima kasih admin iiumc sebab sudi siarkan cerita aku part 2. Aku terima semua komen baik/buruk dari semua pihak kat komen. Aku faham, semua orang ada pandangan masing-masing dengan abang dan adik aku.

2-3 hari ni aku duk mikir. Betul ke aku nak cerita kisah abang adik aku kat umum. Aku sebenarnya masih trauma dengan apa yang terjadi walaupun dah berlaku 3 tahun lalu disusuli adik aku.

Tapi takpela. Sebab aku baru balik NSK ni, mata ni tak boleh lelap. Aku nak share la sikit cerita pasal macam mana aku happy kan abang adik aku di balik tirai besi ni. Hahaha

Aku ingat lagi.

Macam biasa, masa aku lawat abang aku, bila no badan abang aku kena panggil, aku terus melulu masuk konti telefon.

Oh ye, masa tu abang aku dah masuk penjara kajang sebab dah jatuh hukum. Penjara kajang ni syok sikit berbanding sg buloh. Sebab ko boleh tengok muka banduan lain yang tengah junpa family dia. Kalau dekat sg buloh, takleh tengok, sebab ade dinding.

So bila aku dah mula duduk kat kerusi, telefon berdering, aku angkat. Aku memang takkan buat muka sedih ke ayat sedih. Aku mesti tanya soalan yang buat dia happy dulu.

Aku suka tanya dia, ‘Weyh, siapa sebelah kanan ko tu? Apa kesalahan dia?’ Yang abang aku pulak bangang. Selamba dia jawab. ‘Dia ni perogol bersiri, tapi sekarang dah jadi imam teraweh.’ hahaa.. Lepas tu, aku dengan dia gelak gelak.

Tapi.. bila aku bagi je ganggang tu kat mak aku, aduhhh.. Menangis je dah 10 minit. Aduh.. Memang berkira kira la masa tu. Kira masa bercakap jelah aku, buat aku tak jadi nak sedih sedih.

Masa aku melawat, aku memang orang paling happy. Sebab apa? Sebab aku suka dengar cerita dia masa kat dalam.

Soalan lazim aku tanya dia. 1. Tadi sebelum no badan kena panggil, dia buat apa. 2. Dah makan ke belum. 3. Dah doakan aku ke belum. Hahha..

Part doa tu best. Abang aku cerita. Kalau kat dalam, semua hajat akan di tulis dekat whiteboard. Macam aku, suruh doakan aku GOT Master, dia pun tulis lah kat situ.

Abang aku cerita. Macam macam doa dia baca. Ada yang tulis doakan dapat jumpa isteri dia yang dah 15 tahun tak jumpa dia. Ada tulis harap Allah terima taubat dia lagi 3 bulan nak hukum gantung. Yang paling sebak, ada yang tulis harap Allah buka hati keluarga dia datang melawat sebelum dia kena gantung.

Aku memang takkan tanya dia ‘dah solat ke belum’. Sebab dia mesti akan tanya aku. ‘ DAH SOLAT MALAM KE BELUM MALAM TADI’. Kau jangan. Dorang ni hampir setiap hari qiyam bangun malam solat tau. Aku yang malu dengan dia. Haha

Lepas tu, jangan korang tak tahu. Abang aku keluar je dari penjara, macam macam kemahiran dia ada. Dari tak tahu masak, jadi tahu masak, siap boleh buat roti kek bagai bagai tu tau. Hahha..

Kat dalam penjara ni, bukan setakat ilmu agama, akademik dorang ajar. Kemahiran pun dorang belajar. Macam abang aku, belajar bakeri. Tapi bukan lah kek macam kita kat luar ni ha. Siap ada fondant bagai. Haha. Asal jadi bentuk roti ke kek, kira jadilah. Banyak pulak duit kau nak buat kek 3 tingkat kat dalam tu. Haha..

Dorang ni, setiap hari ada je kerja kena buat. Macam abang aku, kerja dia banyak. Yang paling seram, dia lap dan basuh bilik gantung.

Lepas je banduan dilepaskan dari tali gantung, macam macam keluar dari mulut atau bontot atau hidunh dorang. Nasi la, air la, darah lah.

Jadi, peranan abang aku lah yang bersihkan bilik tu. Punya seram dia bersihkan. Sambil baca ayat kursi. Hahha..

Tapi Alhamdulillah, sampai sekarang arwah arwah takde pulak ganggu. hehe..

Ok la. Mak dah bebel suruh tidur. Esok nak sambung raya lagi. Sebarang perkongsian dan soalan di komen ye.

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mari Ubah Mentaliti

PengakuanKu

Salaamun ‘alaykum aku ucapkan kepada pembaca IIUM Confessions. Aku berharap anda semua telah menyambut Aidilfitri dengan baik dan dalam keadaan yang sihat.

Izinkan aku menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pengakuan ini agar tiada pihak yang mencela aku cuba mencampur adukkan penggunaan bahasa. Jadi, bagaimana sambutan hari raya? Tentunya seronok dapat menyambut Eid walaupun aku ada membaca pengakuan yang menyuarakan kesedihan, perasaan tidak puas hati dan sebagainya ketika bertemu sanak saudara dan kawan-kawan. Tujuan aku menulis pengakuan ini adalah untuk mengubah mentaliti kita semua untuk mengambil apa-apa yang terjadi dengan cara yang positif walaupun pahit untuk ditelan dan fokus aku dalam pengakuan ini ialah cara-cara untuk menghadapi ahli keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan yang kurang adabnya. Nasihat utama untuk aku dan anda semua, kita tak boleh lawan api dan api.

Bertemu dengan saudara-mara yang gemar mengulas tentang hidup orang lain a.k.a BBC BREAKING NEWS tidak berbayar

“Eh gemuknya kau sekarang!” “KAU BAGI ANAK KAU MAKAN APA WOI MACAM TENUK DIPAM-PAM” “Apa anak kau muka banyak sangat jerawat ni?! Kau tak belikan dia face cleanser ke” “Apa hodoh sangat baju raya kau tahun ni kau borong kain langsir sekali ya” “Eh kau ni masak kedekut garam ke” “Hoi ni je ke kau hidang kami datang jauh-jauh?” “Wah, loaded eh suami kau, kalau orang lain dah pasang nombor dua tahu tak” “Mekap kau ni macam polaroid tak siap dah kenapa?”

Ha, siapa nak tambah dialog-dialog beracun, tambahlah. Tidak dapat dinafikan, dalam kalangan sepupu-sepapat, kenalan, ada yang mulut bacul dan perkataan keluar meluncur takda filter macam paip bocor. Betul la apa orang cakap, mulut manusia bukan tempayan boleh ditutup, kalau ya pun apabila Tuhan tarik nikmat bercakap, aman sikit dunia. Tetapi apakan daya, golongan sebegini masuk rumah kau dah macam diarrhea, jenuh kau nak membasuhnya bersih-bersih nanti kalau tercirit.

Cara untuk berhadapan dengan orang macam ni adalah dengan lawan balik melalui adab. Kalau kau balas balik dengan kekasaran, apa yang kau dapat? You don’t have to stoop so low to shut these people up. Mereka rasa kau ni sama sahaja dengan dorang, silap hari kau yang menanggung malu fikir balik apa yang kau balas. Balas secara pasif, senyum ke, gelak meletup bagi dia terdiam ke, ataupun balas dengan cara yang menunjukkan kau tak terguris pun. Kalau kau sentap dalam, tu lain hal. Sabar. Sabar. You are far better than them to be as low as them.

Orang macam ni selalunya bukan fikir apa dia cakap, apabila kena dekat dia sendiri baru rasa macam kena conteng arang di muka. Takpa, itu bukan kerja kau, Tuhan Maha Melihat dan Maha Mendengar apa yang dia cakap. Kalau kau dah tak tahan pun, balas secara ilmiah dan professional. Pernah ke kau dengar berita gunung runtuh sebab anjing menyalak dekat dia?

Aku faham ada orang tak boleh terima kena sergah macam ni, the way to do it is to time yourself out. Minta diri, buat breathing routine, ambil wudhu’. Nabi sAllāhu ‘alaihi wa sallam pun ajar kita, apabila marah ketika berdiri, kita duduk dan vice versa. Aku pun baran, tetapi aku takda la nak hentak kepala dia dengan botol kuih raya tu. Pernah sekali aku beraya di rumah moyang, datang segerombolan manusia melawat, datang-datang sahaja dah melalak lagu raya, berkinja depan orang tua tu. Sayang betul, Ramadhan baru sahaja berlalu. Dah la terkinja macam monyet kena asid, lepas tu sibuk mengambil gambar orang tanpa izin. Kalau korang ada saudara macam ni, be firm. Tunjukkan kau tak suka apa yang mereka buat. Kalau tak faham time tu jugak, lama-lama dia akan faham dan malu sendiri.

M E N G U M P A T

Lagi satu perangai orang kita adalah suka mengumpat. Backbiting. Gossip. Mengumpat ni cakap pasal benda yang orang tak suka kalau dia dengar pasal dia. “Ehh tapi ni cerita betul”. Itu mengumpat la, kalau tak betul, kau fitnah. Duduk sambil kunyah kuih raya, kau makan daging saudara sendiri. Takutlah kepada Allāh, baru sahaja sebulan berpuasa, bertarawih, iktikaf sepuluh malam terakhir, jangan la macam tu sayang oi. Apa yang aku selalu buat apabila ada orang berdekatan mengumpat, aku bangun ataupun alihkan perhatian. Bukan apa, mengumpat ni macam dadah, lagi kau dengar, lagi kau nak tahu. Contohnya, “ha dia tu baru bercerai” “eh kenapa pulak haritu bukan main berchenta” “curang katanya tu la kalau bahagia jangan menunjuk” dan bersambung … Mentaliti sekeliling kena ubah, apabila seseorang dah macam nak start mengumpat, yang lain ubahlah topik diskusi. Misalnya “eh sedap pulak kuih kak ngah ni, buat sendiri ke” “lawanya jubah kau mek, kau jahit sendiri ke” dan sbg. Asalkan tak cakap pasal orang. Mengumpat ni baik laki atau perempuan, sama je. Buatnya kau tengah sedap mengumpat, tuan punya badan dekat belakang? Naya. Jadi, apabila orang start mengumpat, kau cepat-cepat cantas sebelum akarnya merebak ke dahan.

Aku tak nafikan, aku pun masih ada darah muda, asyik menggelegak dan asyik nak serang orang je apabila orang nak buat salah ataupun cuba cabar aku. But, at the end of the day, what good will it bring? Walaupun orang itu provocative? Itu bukan asbab untuk kau menjadi sebodoh itu. Aku lahir dalam sebuah keluarga yang mulut celupar tetapi semakin aku kenal ramai orang, some people have it worse but they manage it better, so why can’t I? Kalau lah, seluruh keluarga kau memang perangai negatif, suka bahan membahan, make a change. Tak semestinya apa yang majoriti orang buat itu halal.

One thing is, be the point of change that you want people to change. People will respect and stop treating you like their equals if you stop acting like them and show them a better example. Lead by example, kan? Even though, the most foul-mouthed person in your family is your brother. Or your grandmother. Or your uncle who thinks he is funny all the time. Or your filthy rich cousin who thinks people live out of their money so they can well speculate about others so easily. The other thing is, don’t retaliate by showing rebellion, it will never work. Trust me, even if your family member spends a whole five minute yelling at you or embarrassing you in the public, you don’t need to yell at them back to prove a point. Silence is the best reply, sometimes. Aku sendiri perasan, lagi kau diam, lagi senang mereka faham yang kau ni tak suka, dah muak dengan perangai mereka.

Ibn al-Qayyim rahimahullāh said “Restrict your anger for anger is like a dog: if you set it free, it causes damage.”

Kau perasan tak, kalau kau gaduh dengan seseorang, lepas gaduh tu mesti ada setitik penyesalan daripada apa yang kau cakapkan dan paling perit apabila nak minta maaf. Mentaliti kita kena ubah, we don’t have to reply every time we listen, because we would lose the point why we wanted to listen initially, which was to comprehend. Lagi lagi lepas Aidilfitri, baru gembira-gembira, sebab satu perkataan je, tak bertegur sapa, sampai dah nazak baru nak ampun maaf. Minta maaf bukan kena tunggu time raya je, sahabat.

Disebabkan perangai yang mundur ni la, masyarakat kita tak maju. We take ALL criticisms personally that we think it is based on hatred, not for guidance. Perkara ini terbawak-bawak ke tempat kerja, belajar dan menjadikan kita tak professional. Sebab budaya membahan tak tentu hala. Sampaikan we fail to differentiate constructive and destructive criticism. Apabila colleague tegur kau datang kerja lambat, kau tuduh dia saja cari pasal, walhal dia taknak boss marah kau. Apabila classmate argue against your ideas, kau ingat dia busuk hati dengki dengan kau. Padahal kalau kau gabung idea kau dengan dia, it’s a masterpiece. Think positively. It doesn’t hurt to hope for easy times after rough patches.

Apabila aku bergaul dengan masyarakat Muslim di Timur Tengah dan Barat, mereka lebih menghormati satu sama lain dan menegur secara berilmiah dan bergurau mesra tanpa perlu menyakitkan hati. Kalau terlepas cakap pun, cepat-cepat minta maaf. Kalau terbuat silap, retract what they have said dan apologise. And exchange hugs. Hehe. Bukan la aku nak cakap Muslim di Asia ni teruk, some are like that too and some are just as lovely but we can improve our akhlaaq.

Why? Because they are equipped with knowledge. Not just because when someone decides to practise their religion more seriously and leave the forbidden things behind, nobody calls him a Haram Police. Not just because she tells you your hijab should be over your chest and the garments should be loose and we should not let retail stores define what MODEST fashion is, others don’t call her “Mrs-Know-It-All”. Not just because a brother tells you to unfollow those girls on Instagram, doesn’t mean he’s poking his nose into your personal affairs. It’s about wanting good for others as much as they want good for themselves.

Aku minta maaf kalau confession ni more to ranting instead of a list of guidance to make us members of society with better akhlaaq and understanding towards each other. Sama la kita seperti nak komen apa-apa pun di social medias, kalau benda tu rasa menyakitkan hati, baik kita jangan tulis. Perahu terlajak boleh diundur, komen terhantar edit pun boleh nampak. Mahu orang printscreen pastu viral, tak ke haru hidup? Apa-apa pun, we should have faith that we can and will be better individuals in the future. Even if a minute ago you just sinned.

I ask Allāh to make us better people, with better understanding of our religion and of the people around us. May we always strive for a greater good. And I ask Allāh to protect and bless you wherever you are. Aameen

– angloarabophile

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Dugaan Adik Lelaki

PengakuanKu

Thank you admin sudi siarkan confession aku,

So, lets begin. Aku ada sorang adik lelaki yang masa kecik Allahu solehnya. Nak lempang pun rasa bersalah sebab comel sangat. Perangai dia baik je, sampai lah dia masuk sek menengah biasa masa form 2. Setakat form 1 je dia tahan duduk kat asrama penuh sebab kena buli teruk. Sampai tahap kami satu family pegi tengok dia setiap minggu je dia nangis. So, kami decide untuk keluarkan dia dari sekolah tu sebelum dia depress teruk.

Masuk je sekolah menengah biasa, perangai dia terus berubah. Aku rasa dia culture shock. Banyak benda berubah pada dia, contohnya dia dah start merokok, kurang ajar. Perkataan bangang, babi, sial dan segala jenis carutan keluar dari mulut dia sampaikan mak aku dah tak tahu nak buat apa. Aku yang akak dia ni langsug dia tak respect. Pernah satu hari tu masa bulan puasa aku bau rokok dekat badan dia. Aku pun apa lagi, aku marah tengking dia. Dia pulak mati2 tak mengaku. Cover belakang handphone dia tu memang bau rokok. Mana dia pegi dengan bau rokok tu? Aku paksa dia mengaku walau pun sebenarnya aku tak sure sebenarnya. Aku ambik buku kat tepi dia, aku hempuk muka dia sekali suruh dia mengaku. Sumpah aku tak expect yang dia akan lawan balik. Dia pegang kuat pergelangan tangan aku and cekik aku! Sial betul. Aku memang benci gila dengan dia sampai tahap tak mengaku adik kau tahu

Walau mcm mana besar pun aku, kudrat aku takkan sama dengan lelaki. Aku memang tak mampu nak lawan dia. Lepas kena cekik tu aku tanya dia mana dia lepak dengan bau rokok ni kalau bukan dia yg merokok. Dia kata dia lepak kat kedai india. Aku pun apa lagi, start enjin kereta aku bawak dia pegi kedai india tu. Aku tunjuk mula adik aku kt india tu and tanya “you ada nampak muka ni lepak sini tak tadi?” Kau tahu india tu kata apa? Dia kata tak ada. So , aku memang tak percaya dia

Mak aku selalu menangis dengan perangai adik aku sorang ni, ada jugak tanya member2 perangai budak lelaki memang macam ni ke? Anak org lain tak teruk pun kenapa anak mak aku dampai sukar dikawal? Ada satu hari tu pulak, sebab dia selalu sangat keluar pagi, balik malam, aku mangga pintu. Masa dia nak keluar tu, muka dah mcm kena rasuk sebab aku cakap tak boleh keluar. Dia apa lagi, dia carut hebat, aku tak boleh nak buat apa. Sebab aku takut kena cekik lagi sekali. Mati wei! Aku dah tak tahu sape lagi yg boleh tegur dia sebab adik beradik lain semua perempuan. Harapkan ayah aku? Memang tak lah. Dia diam je dengan perangai adik aku tu. Kira mcm bapak memang tak ada fungsi la. Benda ni berlarutan sampai la penghujung form 3

Aku ni study uitm shah alam, dulu selalu jugak balik rumah. Tp sejak kes kena cekik dengan adik sendiri tu aku rasa menyampah nak balik rumah. Kalau boleh time mid sem break tu aku meronta ronta nak balik Uni balik sebab tak tahan dengar mak aku membebel kat dia 24 jam, dengan perangai dia yg mcm setan tu. Benci aku, tak harmoni langsung.

Baru ni dia kantoi dengan aku sebab sembahyang olok2. Lepas sahur aku tido balik biasanya. So, dalam 6.30 mcm tu mak aku kejut solat subuh. Aku pun mamai2 pegi dapur(toilet kat dapur), sampai dapur tengok2 ada org kt toilet. So aku duduk kejap kat meja makan. Masa tu lah, aku ternampak dia bentang sejadah lepastu terus duduk konon2 bertafakur. Tiba2 dia lipat sejadah. Aku terkejut la dia buat mcm tu. Kau dah besar kot! Tak kan tak dapat beza dosa dengan pahala. Tak semua benda org nak guide. Aku apa lagi, aku panggil dia dengan nada tinggi. Lepas dah kantoi baru dia sembahyang betul2. Aku pun confess kat mak aku. Aku ni kalau boleh tak nak bagitau mak aku tahu sebab tak nak dia stress. Aku pegi jumpa dia dulu lepas dia sembahyang tu, aku cakap dekat dia kau jangan jadi munafik bla blaa aku bebel panjang. Dia boleh tak mengaku, aku bengang betul. Tu yang aku pegi lapor kat mak aku pulak. Mak aku pun apa lagi, mcm machine gun dia basuh budak tu. Pun tak mengaku,asal la dia nak menegakkan benang yang basah. Kan bangang nama nya tu.

Adik aku ni satu lah, dia dengan mak aku je yg boleh buatkan hati di meruntun sikit. Mak aku tanya balik elok2 pagi tu pasal solat subuh,baru dia mengaku. Tak paham la. Aku ingat sekarang dia dah berubah. Ternyata tak, dia memang budak baik. Tapi menipu dia tak boleh nak keluar dari badan dia. Since masuk form 4 perangai dia dah elok sikit, takde dah dia mecarut. Aku anggap form2 sampai form 3 tu adalah tempoh awal remaja yang mana dia nak try semua benda termasuklah mencarut. Tapi masih menipu.

Tadi dia kantoi lagi sekali dengan aku. Dia memang suka keluar malam, tp tak bagi dia merayau jauh sebab takde lesen. Kalau nk bawak motor pun setakat area taman je. Aku rasa allah tu nak tunjuk kat aku. Aku drive kereta nak pegi rumah member, lepastu ada traffic light untuk masuk simpang. Tapi tadi traffic light tu rosak. So, pandai2 la masuk time kereta dari depan tak ada. So, before aku masuk simpang tu, aku bagi lepas dulu sebijik motor dari depan ni. Lepas motor tu lepas barulah aku nak masuk ikutkan. Sekali yang bawak moto tu adik aku. Aku tak buta lagi, aku kenal badan, moto tu macam mana. 16 tahun aku hidup, jaga dia. So , akak confirm kenal adik dia.lepas aku nampak tu terus aku mengamuk kt group whatsapp family. Wei, dia boleh tak mengaku. Aku tahu tu dia. Aku tahu sebenarnya dia takut dengan family aku yang akan attack dia bertubi tubi. Memang dia defend diri dia gila gila. Aku malas nak fikir dah, sebab aku tahu perangai di mcm mana. Dia takkan mengaku. Aku dah penat slow talk dgn dia sebab dia jenis tak makan saman. So, aku decide utk sembur dia terus kat group whatsapp. Biar satu family tahu.

Budak lelaki mmg mcm ni ke apa? Dia memang ada improvement dari tahun ke tahun. Tapi motor tu yg buat dia rosak. Bila sorok kunci motor, dia pegi pandai2 bukak moto sampai enjin motor tu boleh start. Aku dah malas dah dgn dia. Aku paling tak suka part menipu dia tu. Aku kalau boleh tak nak fikir, tapi tak boleh la. Dia adik aku kott.

Tu je la yg aku nk confess, tolog doakan adik aku agar betul2 berubah dan tak jadikan dunia ni sia2. Tolong bagi cadanga sekali mcm mana nak ubah adik aku ni. Thank guys !

– Akak cun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Nenek Jadi Orang Gaji

PengakuanKu

Nenek jadi orang gaji bila hari raya

Tengok tajuk je dah boleh tahu apa yang aku nak tulis. Serba sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku anak tunggal perempuan dalam family, selebihnya 2 orang abang , dan sorang dah berkahwin aku beri nama zul (bukan nama sebenar) dan mempunyai 2 orang anak alisa (17 tahun) dan erna (16 tahun)

Alhamdulillah raya tahun ini memang meriah rumah kami dengan kehadiran sedara-mara yang tak putus-putus. Walaupun emak aku penat tapi masih mampu tersenyum melayan tetamu yang hadir.

Di sini aku cuma nak cerita mengenai anak buah aku yang dah besar dan memang layak di gelar anak dara. Dah besar panjang tapi pemalas ya amat, langsung tak nak menolong di dapur malah membuat emak aku iaitu nenek mereka seperti orang gaji. Aku tak tahu la budak-budak sekarang memang dunia mereka dengan handphone je ke?

Baru-baru ni viral mengenai chef wan menegur anak buahnya sehingga ada yang tak nak pulang beraya. Yes aku setuju dgn cara chef wan, “kalau tak nak tolong ringan tulang, jangan balik raya”

Aku mula geram tengok perangai anak buah aku masa cuti sekolah masa bulan ramadhan yang lepas, alisa dan erna tinggal di kampung selama seminggu. Bayangkan dalam masa seminggu tu mereka langsung tak pernah tolong mak aku masak untuk juadah buka puasa. Hanya keluar bilik waktu sahur dan buka puasa sahaja. Kain baju semua mak aku basuh. Mak aku dah tua yerr, bukan nenek muda. Jalan pun dah tak kuat.

Memang aku meyirap,aku masuk bilik mereka. Aku basuhkan sorang-sorang, tapi apa yang dapat? Hanya respon kurang ajar dari mereka, “biarlah” “rilekslah macam tak biasa plak”. Bayangkan generasi sekarang, aku ni pangkat mak cik mereka. Beza berpuluh tahun dari mereka tapi tengok respon macam mana mereka lemparkan ke aku.

Dan semuanya berulang kembali masa hari raya ni. Aku ingat lagi mak masak tengahari penat-penat (aku sorang tolong masa ni sebab akak ipar dan abang aku keluar pergi beraya) tapi langsung tak ditinggalkan makanan untuk mak. Mereka balik je dari beraya terus makan anak beranak. Bila aku nak makan, tengok dah habis, apa reaksi abang aku “sapa suruh makan lambat”. Dan siang tu mak aku tak makan pun.

Belum habis situ lagi, raya ke-3 abang zul dan keluarganya pulang ke rumah mereka semula tapi aku naik menyirap, sarsi, bandung soda semua ada bila mak masuk bilik mereka, mak kata berlonggok baju kotor dalam bakul. Weii korang ingat nenek korang orang gaji nak kutip baju korang, basuh, lipatkan semua.

Di sini aku jugak nak listkan beberapa perkara yang aku nampak memang salah dari abg zul sendiri dan akak ipar aku :

1. Handphone – aku tengok setiap kali balik kampung abg zul dan akk ipar pun sama tak lekang dari handphone. Habit ni akan jadi ikutan ke anak-anak. Ingat ya, anak-anak akan ikut apa yang mak ayah buat

2. Kurang ajar – abang zul memang cara percakapan kasar. Akak ipar jenis membebel yang non stop. “hawau” “kepala otak” bangang” memang mainan mulut mereka. Jadi segala percakapan ini juga yang membentuk cara percakapan anak-anak buah aku yang kurang ajar

3. Tinggal baju kotor – benda ni akak ipar aku pun sama. Selalu tinggalkan baju untuk mak aku basuh. Anak- anak pun ikut. Sepatutnye baju kotor bawa balik, jangan ditinggalkan di kampung untuk orang tua basuh.

4. Tolong masak- abang zul tak pernah langsung menegur anak-anak dia untuk tolong di dapur. Hanya membiarkan anak-anak duduk depan tv, main handphone

Tulisan aku ni bukan nak membuka pekung di dada tapi lebih kepada pedoman supaya kita sendiri tersedar jika ada melakukan perkara yang sama. Membiarkan anak-anak yang kian membesar dgn handphone lalu memperhambakan ibu (nenek) kita sendiri tanpa kita sedar.

Ya memang betul mak tak tegur depan-depan tapi mak banyak mengadu dengan aku. Kecik ati. Aku tak tahu la kalau bagi korang pembaca sekalian yang masih menganggap “biarlah mereka budak-budak lagi, baru nak up”. Tidak bagi aku mendidik hendaklah dari kecil dan bagi aku anak buah aku dah besar panjang (mana tak nya tinggi dan besat kot dari aku).

Apapun doakan anak buah aku berubah satu hari nanti.

– mak su yg dah berkahwin dan ada anak-

– Mak su yang dah berkahwin dan ada anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Indahnya Rezeki Allah

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Saya ingin kongsikan beberapa peristiwa dalam kehidupan saya yang membuatkan saya bersyukur padaNya. Benarlah orang kata tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Saya tinggal bersama abang saya, kami kongsi duit untuk bayar sewa rumah tapi sayang abang saya baru sahaja dipecat dan dah menganggur 6 bulan. Jadi sekarang sewa rumah dan duit barang semua saya yang tanggung dahulu.

Mula-mula, memang hati ni berat nak membantu tapi saya selalu ingat pesan mak, “Kau dah kerja,gaji banyak jangan berat nak tolong orang pula tambah saudara sendiri”.

Jadi sekarang dah masuk 6 bulan saya tanggung semuanya, saya tahu abang berusaha cari kerja sekarang dan saya nampak usaha dia cuma mungkin rezekinya lambat sedikit sampai.

Alhamdulillah, baru-baru ni dia baru sahaja lulus temuduga di syarikat yang agak besar dengan gaji yang lebih tinggi daripada syarikat dulu.

Kebetulan dah dekat hari raya jadi kami adik beradik sibuk beli tiket flight takot nanti harga naik. Abang taknak balik katanya belum gaji lagi tak mampu. Saya belikan juga tiket dia balik saya cakap takpe nanti bayar la.

Tiba hari raya, semua adik beradik berebut hulur duit raya dekat mak dengan abah tapi abang sambil menangis peluk mak cakap “Duit nanti abang bank in ye mak sekarang belum ada lagi”.

Balik KL saya hulur abang RM200 ” Ni nanti abang bank in dulu bagi mak takpe nanti ade duit bayar la balik”. Bila di kira- kira balik dekat RM3000 saya pinjamkan kepada abang.

Kawan-kawan semua persoalkan, “kau dah kenapa bagi je kat abang kau tuh bukan dia tak mampu kerja hidup sendiri”. Saya senyum sahaja bila orang cakap macam tu ” Mereka tu adik beradik aku juga bukan siapa-siapa, nanti aku mati yang menangis, bacakan yasin untuk aku diorang juga”

Esok dah masuk kerja balik lepas raya. Orang lain semangat sebab bonus masuk bulan ni. Saya tak mengharap sangat sebab baru je kerja tak sampai setahun.

Ya Allah terkejutnya bila dapat tahu bos bagi dua bulan bonus untuk tahun ni sama macam staf-staf yang dah lama kerja. Mungkin Allah nak suruh sabar dulu dengan duit yang keluar Dia ganti yang lebih baik lagi.

Abang dah selamat bekerja sekarang dan duit yang saya bagi pinjam tu dia bayar sikit-sikit dulu. Saya cakap takpa bayar je bulanan ke macam mana sikit pon takpa ni bukan PTPTN.

Cerita ni sekadar peringatan untuk semua, mungkin kadang kita berkira-kira untuk memberi tapi kita tak nampak rezeki yang lebih luas Allah buka untuk kita semua.

Janganlah kedekut tambah dekat mak ayah. Mereka syurga kita nanti aminn.

Yang benar,
Salmah (bukan nama sebenar)

– Salmah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kemaafan Yang Sia-sia

PengakuanKu

Bismillah… Aku harap confession ini dapat disiarkan sebagai tatapan untuk semua.

Keluargaku beraya di kampung biarpun tiada lagi datuk dan nenek. Tetapi selaku abang kedua (ayahku) sudah menjadi tanggungjawabnya kerana masih ada 3 orang pakcikku yang belum berkeluarga. Nak dijadikan cerita, masalah antara saudara. Ini biasa. Yee, sangat biasa bukan?

Kisah bermula apabila ada salah seorang keluarga (keluarga paklong) tidak diajak bersama untuk beraya dek kerana sikap makteh yang tidak suka akan maklong. SubhanAllah. Terkejut aku dengar alasan itu. Tidak munasabah. Tidak masuk akal. Akibatnya, makteh aku tu telah menyakiti semua ahli keluarga paklong. Aku dapat rasakan semua. Hubungan keluarga kami agak renggang antara anak-anak paklong. Hanya kerana makteh yang tidak suka akan maklong, keluarga aku jadi mangsa. Keluarga aku tidak bertegur sapa dengan keluarga paklong. Aku sedih. Tidak pernah lagi aku merasa suasana begini dengan sepupu yang paling aku rapat. Kami diam seribu bahasa biarpun bermalam di bawah satu bumbung. Aku sedih. Cukup sedih. Kami tiada salah, tapi kami yang perlu hadap kerana makteh tidak bermalam di rumah arwah nenek. Makteh tak merasa suasana dingin di rumah arwah nenek. Makteh seperti manusia yang tidak bersalah. Makteh tidak merasa apa yang kami rasa. Suasana cengkerik itu wujud.

Perkara yang memeranjatkan aku lagi ialah, keluarga aku juga sebenarnya tidak diajak oleh ‘makcik’ yang mementingkan diri sendiri tu. Berlaku juga pergaduhan antara pak uda dengan makteh hanya kerana makteh juga tidak mahu mengajak keluarga kami. Marah tidak mahu kami sekeluarga tumpang keretanya. Grand Livina la katakan. Boleh muat dua keluarga kan. Tapi sebab sikap makteh yang SELFISH, ni la jadinya. Huru-hara, salah faham, pergaduhan, hubungan dingin sesama keluarga berlaku dalam masa satu hari sedangkan semalamnya adik beradik ayah semua berkumpul di rumah arwah nenek. Pakcik, makcik, sepupu aku semua ada masa tu. Bersalaman memohon maaf segala tangisan kemaafan didengari tetapi dengan sekelip mata hanya kerana ‘sikap’ seseorang yang mementingkan diri sendiri (makteh), kemaafan dan air mata yang dititiskan di pagi raya hanya sia-sia. Aku ulangi, sia-sia.

Paling aku tidak sangka, sampai saja di destinasi, makcik aku senyum padaku. Bergurau, berselfie, bergelak ketawa bersama. Pada masa itu, aku belum tahu lagi kebenaran sebenar tentang makteh yang tidak mahu keluargaku ikut bersama. Aku punyalah happy siap selfie dan boomerang bersama pastu upload di Instagram caption sweet je hahhahahha. Macam orang b***h. Tulah orang kata jangan mudah percaya sangat gambar selfie, caption sweet2 tuu. Bukan bermakna kita cukup ‘bahagia’ dengannya.

Ni lagi satu situasi yang berlaku kat aku pada hari raya tahun nii. Pergi beraya rumah maklang (ipar dalam keluarga) tapi maklang hanya duduk dalam bilik. Gaya macam tak nak layan kami yang datang beraya rumah dia. Tidak sediakan air langsung. Yee, aku tau rumah baru atas tanah arwah nenek. Kau tu menantu je tau. Jangan salah faham aku masih hormat dia sebagai makcikku. Tapi elok pulak kami dah habis beraya rumah dia baru laa dia nak keluar, kitaorang ni pun kat luar dah. Siap dengan senyuman lebar yang terukir. Alasan “nak cepat, nak beraya rumah mak dia(mak kepada makcik aku)”. Habis kami ni bukan keluarga dia ke diperlakukan begini ? Sepanjang aku berada di kampung, sudah tentu ingin melawat ke rumah makcik dan pakcik yang terdekat tapi apakan daya saat kami datang ke rumah maklang, pagar dikunci dari dalam dan tiada langsung pelawaan untuk kami masuk kerumahnya. Sedih. Kami hanya mampu duduk di luar di gazebo sahaja. Aku masih mampu senyum. Pergi rumah makcik satu lagi, diketuk pintu langsung tak terbuka. Bagus semua perangai kan. Mujur bawak adik sepupu aku yang baru 9 tahun dan 2 tahun bersama. Terus adik sepupu aku yang 9 tahun cakap “dah lah kak jom kita balik rumah nenek, kita datang nak masuk tapi tak bagi pulak. Duduk luar ni buat apa” terus lepas dia cakap kat situ tak tahulah makcik aku tu dengar atau tidak. Harap dengar. Jujur aku katakan, raya tahun ini tidak seperti yang aku gambarkan. Suasana dingin. Cukup dingin.

Nasihat aku buat anda semua, jangan kerana sikap ‘buruk’ kita, orang lain jadi mangsa keadaan dan rendahkanlah egomu, mohonlah maaf andai ada salah yang telah anda lakukan. Jangan biarkan ‘setan’ merenggangkan hubungan persaudaraan kita. Ingatlah, ahli keluarga anda juga ada hati dan perasaan. Hormatilah yang lebih tua. Kalau nak beraya tuu ajaklah semua keluarga yang ada. Jangan pulak kau diam-diam pergi antara 3 keluarga je sedangkan kau masih ada lagi 2 keluarga yang kau palaukan. Ingat yee… Mereka juga manusia yang ada perasaan. Ajaklah walau kau x suka salah seorang ahli dari keluarga itu. Sampai bila nak bermasam muka. Tak kesian ke kat arwah datuk dan nenek yang telah tiada. Andai mereka ada, tentu mereka sedih. Ingat yee, kita keluarga jangan pernah putuskan pertalian persaudaraan itu. Ubahlah sikap wahai anak2 Adam untuk kemaslahatan kira bersama. Nasihat untuk semua dan diri sendiri.

-Si cucu sulung

– Si Cucu Sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Kerana Pelakon, Yang Haram Jadi Halal

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku dah lama nak tulis confession kat sini. Niat utama aku bukan nak menjatuhkan sesiapa, cuma sekadar menyampaikan peringatan dalam dunia yang di akhir zaman. First sekali, aku bukan ustaz/ ustazah, dan disebabkan bukan title ustaz/ ustazah itu tak bermakna aku tak boleh nak sampaikan teguran ini pada kalian. Teguran ni hakikatnya untuk diri aku juga supaya lebih besederhana dan lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan di dunia yang fana ini.

Semenjak dari tahun lepas, aku perasan ada satu fenomena dekat Malaysia ni, yang dari apa yang aku belajar, bolehlah juga dikategorikan sebagai fenomena akhir zaman.

Dari cerita Suri Hati Mr Pilot sampai ke Hero Seorang Cinderella dan soon akan ada pula Wanita Terindah. Dari drama-drama ini muncullah # (hashtag) yang bermacam seperti #lofattah, #fatzzura, bukan setakat tu muncul jugalah berbagai-bagai group instagram untuk support cerita-cerita dan dari situ bermulalah masyarakat hidup dalam angan-angan kisah dongeng di kaca televisyen.

Lagi dasyat ada yang muncul jadi Tuhan dengan tiba-tiba untuk menjodohkan hero dan heroin di alam realiti. (mungkin agak kasar disini, minta maaf tapi thats the reality)

Bermulalah episod adegan-adegan romantis yang dipertontonkan kepada audience, melting dan bertempik ria peminat-peminat yang menonton.Romantiknya,

“Abam Tah sejak bila jadi manja ni”
” Biceps Abam Tah tu menggoda tak lena tidur malam.”
“Dua2 sweet, tak perlu peluk-peluk pun dah sweet dah”
“Drama Melayu paling bagus, tak perlu tunjuk aksi peluk-peluk pun dah boleh sampai mood romantik tu”
“Abam tah, main belai-belai rambut kaka Faz.. so sweet”

Maaf, cakap.

yang haram bukan sekadar berpeluk erat, tapi hakikat bersentuhan dengan yang bukan mahram itu juga haram.

Aku tau Fattah ni budah baik, datang pun dari keluarga yang baik-baik, cuma aku kesian kat dia. Sebabkan peminat-peminat yang terlalu obses dengan dia ni membuatkan dia jadi lebih seronok untuk melakonkan watak-watak dan bersentuhan dengan bukan mahram.

Apa yang aku nak cakap kat sini.

Untuk semua audience kat luar sana tak kisahlah peminat fattah amin ke atau mana-mana artis lelaki atau perempuan. Janganlah terlalu obses dan membawa apa yang dikaca tv itu keluar ke alam realiti. Jangan sebab kita minat pelakon tu terus apa yang dia buat nampak halal sedangkan disisi islam benda itu terang lagi bersuluh haram.

Ingat, Allah suruh lelaki tundukkan pandangan, janganlah meransang lelaki untuk terus memandang ke atas di saat mereka sedang berusaha untuk menunduk ke bawah.

Dan kepada Fattah Amin, aku cakap ikhlas pada kau, lepas ni, aku harap kau boleh pertimbangkan watak-watak yang kau akan bawa dalam drama, tak perlu jual muka hensem dan ayat-ayat manis dengan menunjukkan pada audience kau murah, sebab aku tahu kau MAHAL Fattah. kau ada maruah dan kau ada pemikiran bahawa yang haram dan halal tidak boleh bercampur.

And lastly, to penggiat-penggiat seni tanah air, i really hope, korang boleh pertimbangkan dengan sewajarnya untuk watak suami isteri dalam filem atau drama yang nak dibuat, ambillah pasangan-pasangan artis yang dah berkahwin kat Malaysia. Ramai kot, Jihan Muse, Ungku Hariz, Nazim Othman, Bella Dally, Scha Al Yahya, Awal Ashari.

Buat filem atau drama bukan sekadar untuk kaut keuntungan dan berlumba-lumba untuk jadi kaya, tapi yang paling penting REDHA ALLAH. Macam mana kau nak didik masyarakat melalui hasil karya yang dipaparkan sedangkan permulaan itu sendiri sudah dimulakan dengan sesuatu yang Allah murka..

Aku letak nama aku Peria, sebab aku tahu apa yang aku cakap ni mungkin pahit untuk di telan, tapi realitinya, yang pahit itulah yang selalunya menjadi UBAT.

Aku minta maaf salah silap sepanjang apa yang aku tuturkan kat atas ni, again, yang pahit itulah yang selalunya menjadi ubat.

Be Wise.

– PERIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lelaki Punya Perasaan Juga

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t.

Tengok pada tajuk, mesti anda semua rasa bosan dan cliche sebab lelaki lembut punya cerita dah bersepah-sepah kat banyak laman facebook ni. Tujuan aku tulis ni bila terbaca ada confession tentang lelaki lembut ni. Jadi ada beberapa la perkara aku nak luah sedikit untuk tatapan kalian yang tak lembut dan dilahirkan menjadi seorang lelaki yang normal.

Pertamanya, lelaki lembut ni tak pernah pun minta diri mereka dilahirkan untuk jadi lelaki lembut. Mereka ni pun lansung tak tahu mereka ni lembut sehingga orang lain panggil dia pondan, bapok atau sebagainya , barulah dia tahu yang dia adalah seorang lelaki lembut. Korang nak tahu tak, kalau diberi pilihan untuk jadi lelaki keras atau lembut, mesti mereka ni nak pilih jadi lelaki keras. Mana taknya, bila jadi lelaki lembut, mesti kena hina, kena ejek, caci dan banyak lagi. ( siapa yang pernah hina tu dia tahu la).

Kedua, bila korang ejek atau hina lelaki lembut ni, tak terfikir ke apa perasaan dorang, dan apa kesannya pada mereka. Segala ejekan korang pada lelaki lembut ni, sampai bila2 mereka akan ingat walaupon kau ejek dia masa dia darjah satu sekali pun. Kesannya sangat mendalam dan berbekas dalam diri mereka.

Ketiganya, korang harus bezakan antara lelaki lembut dan maknyah atau pondan ataupon gay. Seorang lelaki lembut, hanya lembut dar segi perwatakan yang seperti keperempuanan sedikit. Berbeza dengan pondan. Pondan tu yang macam maknyah , pakai baju perempuan jalan sana sini tu. Jadi, jangan samakan kawan korang yang lembut tu dengan maknyah atau pondan. Kerana, perwatakan mereka sahaja macam perempuan, tapi naluri tetap macam lelaki. Cuma mungkin minat dia je berbeza contohnya tak suka main bola, tak suka main futsal atau pes dan sebagainya. Masyarakat kita terlalu pelik sampaikan definisi seorang lelaki tertakluk kepada dia main bola atau tak.

Keempat, pesan aku kepada korang tak kira lelaki atau perempuan yang dilahirkan normal, jangan sesekali ejek atau sisihkan golongan lelaki lembut ni. Kawanlah dengan mereka, bimbinglah mereka kearah kebaikan dan jangan sesekali ambil kesempatan keatas mereka. Mereka jadi lelaki lembut mungkin adalah satu ujian dan asbab untuk mereka masuk kedalam syurga kalau mereka orang yang sabar. Korang2 yang sempurna ni, jangan fikir korang dah terlalu bagus dan beruntung. Sebab, kalau hari ni kau ejek mereka, entah2 kau dah kahwin nanti, anak kau jadi macam tu. Jadi, kau nak ejek anak kau pulak?

Akhir kata, post ni bukan berbaur marah atau dendam, tapi nak beri peringatan bersama untuk kita semua. Allah letak ujian pada tiap orang itu dalam keadaan berbeza2. Kita tak layak ejek orang atas ujian yang dia alami sebab kita tak berada pun dalam posisi mereka. Cuba kau bayangkan , sekali Allah kata jadi, maka akan jadilah. Takut2 kau pulak ditimpa bala yang lebih besar dan lebih memalukan daripada menjadi seorang lelaki lembut walaupon hakikatnya lelaki lembut bukan suatu masalah, tapi anugerah.

– mr not perfect

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Raya di Bandar

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt..

Sebelum aku start confess apa-apa aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin…

Straight to the point aku ni mmg orang yang tinggal di pekan (bukan pekan Pahang tu) dan juga sebelah suami di KL.. tp yang aku nak ceritanya adalah stail raya aku n family which kami panggil Stail Raya Bandar a.k.a BORING!

1st, sah sah ko takde yang namanye merewang, merendang, melemang, mengketupat dan segala apa lah.. semuanya order.. Sudahnya sampai aku da kawen ni aku xpandai masak rendang.. *kesian* Sungguh aku jeles dgn org yang ada kampung and ada aktiviti2 tu semua..

2nd, disebabkan dua2 belah atok nenek dah takde sudahnya ko raya je dgn mak ayah ko dgn jumlah adik beradik yang sikit *nangis tepi bucu katil sebab xmeriahnya raya* org lain post gambar tido ramai-ramai sembang dgn cousins sampai pagi, berebut toilet, iron dsb.. Aku smooth gila perjalanan raya takde nak berebut2 tapi aku xdpt nk feel apa korg feel tu… teringin weh!

3rd, Sambutan pagi raya yang krik krik krik… lepas solat sunat aidilfitri, balik rumah.. hmmmm buat apa eh.. ok la singgah la visit kejap rmh nenek sedara yang masih ada or jiran depan rumah.. kuih dah tersedia tapi takde yg dtg ke *hampa*. Raya 2 3 baru ada org datang haaa berkecah la dekat dapur jap! Baru rasa best sikit!

4th, plan nak pg raya rumah kawan-kawan tapi malangnya ramai BALIK KAMPUNG! *nangis lagi* habis nak pergi mana ni? Jalan raya sikit punya clear ni… TAK JEM langsung KL ni.. tapi kawan-kawan takde.. apalah maknanya Raya?

Sungguh aku nak bgtau Raya Stail bandar is sooo sooo sooo boring! Paling aku teringin sekali nak rasa suasana kampung ramai-ramai dgn cousins, makcik2 bergossip, dgr nenek membebel nasihat itu ini, how I wish tapi sebaliknya pulak yang kene raya dkt kampung kan! Tu namanya manusia tak pernah bersyukur..kah3..

By the way sape geng saya Raya Bandar time ni la nak serbu mall and shopping, boleh parking kete melintang, sape ada kereta yg cc tinggi tu time ni la korang nak tekan minyak sepanjang MRR2 tu..tukar2 lane tol sbb takde sape nak hon aihh salah lorong ke smart tag tak function ke… hahaha! Ok Guys enjoy your Raya!

Oh lupe reminder yang Raya stail bandar sebenarnya seminggu je ko murung, minggu depan tiap weekends hadap jem org dok sebuk pi open house! hahahah!!! (gelak jahat)

– Puan Raya Boring

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

My Complicated Life

PengakuanKu

Assalamualaikum.Aku harap semua sihat walfiat belaka di musim raya ni.Sebenarnya ni kali kedua dah aku share cerita tapi cerita pertama aku tak dipublish tapi takpelah.Kalau cerita yang ni dipublish aku ucap terima kasih bebanyak la kat admin.Sebenarnya aku tak penah cerita pasal benda ni kat sapa2 so ni kira first time la.

Nama aku M dan aku tahun ni akan ambil SPM.So, korang boleh agak la umur aku berapa kan? Aku lelaki dan dilahirkan dalam keluarga yang biasa biasa sahaja.Boleh kata susah jugak la tapi aku bersyukur ade jugak orang bagi rumah untuk kami satu family duduk.Aku ni boleh kata budak bijak la sebab sejak darjah 1 aku selalu dapat nombor 1 dalam setiap exam.Masa darjah 1 ngan 2,family aku stay di daerah A dalam negeri Terengganu.Tapi lepas papa aku meninggal,kami pindah ke daerah B dalam negeri yang sama dekat dengan keluarga belah mak aku.Masuk darjah 3,aku jadi lembut.Yeap lembut.Macam2 dah orang panggil aku.

Pondan,bapok,maknyah,sotong dll.Mulut aku jugak boleh tahan laser sebab aku suka kutuk orang macam yang orang selalu label pondan.Family aku tak bagi support langsung kat aku,so aku jadi lebih teruk lah.Jalan kepit,cakap gedik,gossip ngan budak perempuan dah jadi tabiat aku masa sekolah rendah.Masa ni aku taktahu kenapa aku jadi macamtu,mungkin sebab aku hilang role model iaitu arwah papa aku.Aku jealous tengok budak lain gi sekolah pegang tangan ngan ayah dorang.Tapi aku buat biasa2 je sebab dah takdir nak buat macam mana.Kadang2 aku pernah persoalkan kenapa Allah ambil role model aku sebelum aku kenal dunia ni lebih dalam.Aku hilang tempat untuk aku mengadu masalah aku,hilang orang untuk aku belajar berpakaian and so on.Akhirnya aku jadi lembut sebab classmates perempuan selalu buat baik ngan aku.Dorang bagi aku hadiah tiap2 hari,aku ingat lagi.Aku jadi macam nekad gitu nak jadi macam dorang.

Mak aku pulak selalu sindir aku depan adik beradik dia.Aku bukan nak burukkan dia tapi aku dapat macam tu since nenek aku panggil aku ‘anak dara’ lepas tu.Pakcik aku pulak selalu ejek aku.Aku tak mengamuk depan dorang tapi dalam hati aku macam nak meletup,aku hempas pintu,aku mencarut tak ingat dunia,aku mogok dan macam2 lagi menandakan aku tak suka orang mengata aku pondan.Tapi yang peliknya,aku takda rasa nak berubah pun sebab takde sape nak hulur tangan nak ajak aku kembali jadi lelaki.Darjah 6 pulak aku masuk asrama sebab nak lari dari semua ni tapi nasib aku macam tak berubah je.Masih kena kutuk and tambah satu lagi buli.Yes,buli.Sampai sekarang aku benci orang yang buli aku tu.Mentang mentang aku takda kawan since aku lembut,dorangingat dorang boleh buat suka2 je dekat aku.Tapi aku bertahan sebab tahun tu tahun last aku sekolah dekat situ.Aku buat bodoh je and tak pernah berani lawan diorang sebab aku takut kena bantai.Kat asrama aku jadi lebih gedik,jalan catwalk pastu selalu kena pinggir.Tapi aku berjaya hadap semua ni and berjaya dapat 5A dalam UPSR and Tokoh Murid.Dengar pencapaian aku macam gah je tapi takda sape yang tahu perit yang aku kene hadap nak jadi sehebat tu dengan struggle sorang diri.

Habis sekolah rendah,aku ada dapat tawaran ke sekolah elit tapi aku tolak sebab aku rasa aku tak mampu hadapi suasana sekolah dia.Tapi last2 aku menyesal sebab masa ni aku tak fikir matang2,main ikut perasaan je.Masuk tingkatan 1,aku masih lagi gedik tapi dah kurang sikit.Aku masih ingat lagi aku kena buli dengan geng yang sama dari sekolah rendah sebab diorang cakap aku sombong dengan diorang.Macam bodoh kan kena buli sebab dorang cakap aku sombong? well,tulah realitinya kalau kau sekolah kat negeri aku ni.Aku tak tahan then menangis.Ada la sorang dua tolong pujuk bagi aku berhenti nangis.Mujur ada lagi yang nak kawan ngan aku masatu.Aku tak cerita benda ni kat siapa2 pun sebab aku macam dah fobia dengan orang.Aku mula rasa benci ngan diri aku.Aku cemburu tengok budak lelaki lain yang hidup biasa2 sedangkan aku lembut dan dibenci ramai.

Habis form 1 masuklah aku ke form 2.Masa ni,aku ubah style sikit tapi hmm kena pulau lah jugak sebab muka berjerawat,berminyak rambut serabai,kulit hitam and so on.Oh,masa ni jugak kawan sekelas aku,A dia berkapel ngan B yang tua setahun dari kami.B pulak berkawan baik dengan C.Aku pulak macam suka dengan C sebab dia lawa.Tapi aku sedar diri,aku ni dahlah buruk,lembut sapelah yang nak kat aku.Aku hanya mampu tahan je perasaan suka tu.Jalan depan senior tunduk je sebab aku ni buruk dan dipinggirkan.Tapi ada hikmahnya jugak di balik semua ni sebab aku dapat fokus belajar and result maintain.Masuk form 3,I met my turning point.Aku mula rasa benci dengan lelaki yang act ganas sebab aku masih kena buli.Tapi tak semua lelaki lah aku benci cuma yang acah2 kuat ngan poyo yang aku menyampah.Lagi satu aku benci lelaki sebab kawan aku selalu ponteng koko sedangkan kiteorang kelas depan kut.Aku yang skema ni pun pergilah koko sorang2 walaupun tahu akan dipinggirkan.Aku memang skema,kerja sekolah memang kena siap,tak lawan cakap cikgu and tak pernah ponteng sekolah lagi setakat ni.Masa ni aku fikir,ada kawan pun takguna .Aku pun mulalah google dan cari maklumat sendiri nak ubah diri aku.Akhir tahun tu aku tak pondan dah,Tapi,aku berubah jadi pendiam dan tak suka duduk dalam crowd.Aku ambil masa berbulan bulan dengan berendam air mata sebab aku taknak jadi aku yang dulu.Ramai kata perubahan aku drastik sebab masa darjah 6 orang memang kenal aku dengan mulut aku yang macam perempuan,lebih lebih lagi bila aku gelak.Pasal crush aku si C tu aku dah buang sebab aku jadi awkward dengan perempuan lepastu.Sebenarnya dia orang no2 yang aku crush.Yang no1 masa aku darjah 6 tapi aku dilayan mcam nak tak nak.Aku jadi macam tak suka terus dengan perempuan,lebih lebih lagi yang gedik.Tapi aku tak benci orang lembut,tapi kalau dorang over the top macam mengilai macam potianak memang aku anti lah.

Sebenarnya aku ade sebab kenapa aku tawar hati terus.Aku gay.Yes,gay.Tapi jangan lah kecam aku sebab aku pun tak nak jadi gay ni.I’m neither proud nor upset with my sexual orientation.Aku jadi gay ni bukan sebab aku kecewa ngan perempuan tapi aku memang dah rasa aku suka lelaki since aku kecik.Aku lebih suka tengok kawan lelaki,pakcik,artis lelaki dari tengok perempuan sejak kecik lagi.Aku pun terminat jugak dekat arwah papa aku.Masa tu aku kecil lagi dalam 4,5 tahun macam tu,tak kenal lagi dosa,pahala.Bila ingat balik aku rasa berdosa je sebab minat kat papa sendiri.Tapi masa tu aku tak minat lelaki 100% sebab aku ada jugak perasaan kat perempuan tapi tak sebesar perasaan aku pada lelaki.Mak aku pernah cakap yang aku sepatutnya lahir sebagai perempuan tapi tuptup aku lahir sebagai lelaki.Mungkin sebab tu kut perasaan suka dekat lelaki wujud dalam diri aku ni and mungkin sebab tu kut aku berperangai cam perempuan.Aku approach crush aku masa darjah 6 ngan form2 tu sebab aku taknak perasaan suka kat lelaki jadi makin kuat tapi semuanya tak menjadi.Hati aku koyak rabak bila fikir balik pasal aku kena reject tu tapi salah aku jugak,sebab aku lembut padahal aku sendiri taktahu kenapa aku jadi camtu.Sapelah yang nakkan orang yang lembut ni,kan?

Naik form 4,aku tak kena buli dah sebab aku dah act macam lelaki.Tapi aku still tak suka benda tough,aku tak suka bersukan sebab aku memang tak suka benda ni sejak kecil lagi.Orang pun macam dah lali dah nak mengata.Yang peliknya ramai pulak yang approach aku sebab dorang kata aku makin hensem.Kulit aku dah cerah sikit pastu jerawat pun dah takda.Cara berjalan ngan bercakap pun dah lain.Masa ni aku lega gila sebab ade yang sudi dekat dengan aku.Dalam hati aku,nak je aku jerit kat orang yang hina aku tu yang aku dah berubah dan aku tak lembut dah.Tak sia sia aku amal petua dari internet nak bagi hilang jerawat.Aku pun hidup macam biasalah sampai ke harini .Tapi aku masih gay.Aku rasa bersalah sangat sebab adalah 3,4 orang perempuan cuba rapat dengan aku tapi aku tolak mentah2.Aku rasa awkward gila sebab aku takde perasaan ape ape pun dekat perempuan.Aku tak nak dorang terseksa time kapel sebab aku maybe akan layan dorang macam nak tak nak je.Tapi aku bersyukur sangat,mungkin Allah nak lindungi aku dari buat dosa sebab sejak aku berubah sampai sekarang aku tak pernah kapel ngan perempuan sentuh2 apatah lagi.Tapi dengan lelaki aku takleh control kadang2.Bila bercakap je muka tunduk tengok lantai,sampai budak laki cop aku sombong.Weh,aku takleh tengok muka korang la sebab aku jadi tak tentu arah bila tengok lelaki.Jantung aku macam nak meletup.Tambah pulak aku ni pendiam,lagilah kene kutuk sombong.Jujur aku cakap kawan aku boleh kira pakai jari je sebab personaliti aku yang macam ni.Aku rasa sedih sangat.Aku dah tak pondan weh,tapi aku takleh sembunyi hakikat yang aku ni gay dengan introvert.Susah sangat aku nak approach orang and benda ni buat aku rasa bimbang tentang nasib aku bila aku dah besar nanti.Macam mana lah aku nak kerja,nak bersosial and nak sambung belajar nanti dengan sikap aku yang tak peramah dan bernafsu songsang ni. Yang paling aku takut, dapat ke aku bagi menantu dekat mak aku nanti ?

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Berkongsi Hidup

PengakuanKu

Memohon maaf kerana topik yang tipikal.

Lupakan zaman nenek moyang dahulu, yang mana norma masyarakat adalah isteri di rumah dan suami bekerja. Ini tahun 2017, sila berfikir mengikut peredaran zaman.

Pandangan yang berkata kepada anak bujang supaya bernikah cepat agar ada orang menjaga wajib dihapuskan serta-merta, kerana pandangan itu ramai lelaki mencari isteri untuk dirinya (suami) dilayan seperti raja! Jika ketika bujang tidak reti mengurus diri sendiri, bagaimana hendak mengurus keluarga. Berkeluarga bermakna bertambah tanggungjawab, bukan berkurang.

Kerana desakan ekonomi, majoriti suami dan isteri perlu bekerja. Tetapi segelintir perempuan rela menjadi suri rumah demi keselamatan anak-anak, juga kerana faktor ekonomi dengan mengorbankan perasaan dan keinginan peribadi. Lelaki hendak berkerjaya, perempuan juga sama. Bertolak- ansur, setiap pihak ada pengorbanan masing-masing.

Dua orang diperlukan untuk berkahwin, dua juga diperlukan untuk mendapatkan anak, tetapi kenapa selalunya hanya seorang yang perlu mengurus rumah tangga dan menjaga serta mendidik anak? Ingat, tiada seorang pun berkahwin untuk menjadi hamba kepada seorang yang lain.

Lelaki dan perempuan, berkahwinlah kerana ingin berkongsi hidup. Bukan untuk dilayan seperti raja, bukan untuk mencari pengurus atau pun penaja hidup, tetapi kerana rasa kasih dan mengambil berat tehadap satu sama lain. Perasaan dan persefahaman ini penting dan relevan sepanjang perkongsian hidup.

Layan ibu bapa pasangan seperti ibu bapa sendiri. Saya tidak berpegang kepada syurga suami pada ibunya, dan syurga isteri pada suami. Betapa ramai yang menyalah- guna untuk kepentingan diri. Saya yakin, redha Allah ada pada redha ibu bapa, kedua-dua belah. Berbincang dan berlaku adil.

Lelaki dan perempuan dicipta berbeza untuk melengkap, bukan untuk seorang menjadi tuan kepada seorang yang lagi. Pandangan bahawa kerja rumah dan menjaga anak adalah tugas perempuan dibentuk secara sosial, ia bukan pandangan agama. Berhenti memfitnah agama dan mengambil tugas Tuhan menghantar orang ke syurga-neraka.

Tengok anak-anak yang rosak moral dan etika. Perhatikan keluarga mereka. Ini bukan tentang agama, ini tentang pengetahuan asas untuk hidup berharmoni. Belajar tinggi- tinggi, jangan sekadar megah di sijil tetapi masalah asas kepada pembentukan masyarakat, gagal serba-serbi.

Terima kasih.

30/06

– m.s

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tarbiyah Kucing

PengakuanKu

Assalamualaikum & salam aidil fitri buat admin & para pembaca budiman.

Kucing. Siapa lah yang tidak kenal dengan makhluk comel ini?

Ada org tengok kucing sebagai makhluk penghias bumi, penenang duka tatkala melihatnya. Ada yg tengok biasa saja, tak wujud lagi bagus.

Ada orang, tengok kucing sebagai makhluk mulia disayangi Rasulullah, dan ujian buat manusia kerana mampu membuatnya bertambah amal, atau dikutuk para malaikat.

Dulu aku kategori yang kedua, biasa saja. Tak ada kucing lebih elok aku rasa. Malah, aku geli dan takut pada kucing.

Kegelian aku melihat kucing sama seperti kalian melihat tikus. Cepat-cepat aku teriak dan lari tak cukup tanah apabila ada makhluk itu melintas.

Kadang-kadang ketakutan itu membuat aku benci pada kucing.

Sehinggakan ketika aku menyewa rumah, ramai kawan-kawan aku yg sayang pada kucing bertindak membawa kucing liar masuk untuk diberi makan, tapi ketika aku ada, seringkali aku hentakkan kakiku dari jauh di hadapan kucing-kucing itu sehingga bertempiaran mereka ketakutan lari.

Sekiranya aku tak ada mood, aku akan lempar saja apa yg ada pada mereka, ada juga aku bantai mereka dengan penyapu dan kadang kala tak sempat mereka makan mereka dah ketakutan dan berlari keluar.

Kawan-kawan aku tahu perangai aku, salah seorang daripada mereka sehingga tidak bertegur lagi dengan aku setelah aku tak pedulikan teguran dia mengenai layanan kasarku terhadap kucing.

Bila kenang kembali, sungguh aku insan yg berdosa.

Sampai lah suatu hari, kami bergaduh besar sebab masuk kali kedua kucing liar yg mereka bawak masuk tu kencing dlm rumah. Hidung aku sensitif, gelisah aku bila terbau-bau hancing. Satu hal pula kena cium dan cari dari mana baunya.

Kawan-kawan aku semua bertanggungjawab mencari dan cuci lantai yang kemungkinan besar dikencing. Tapi aku masih tak berpuas hati, walaupun disental, baunya masih ada.

Nak masak tak selera, nak makan tak selera, nak buat apa semua tak selera dgn bau hancing yg tak hilang itu.

Gaduh kami tak surut. Akhirnya mereka berangkat keluar dari rumah itu dan tinggal lah aku seorang diri.

Ketika itu aku semakin marah dgn kucing-kucing. Puas hati? Kau suka lah aku hilang kawan, kan? Semua sebab kau!

Kucing-kucing yang sering dibawa masuk itu meow lagi di hadapan pintu. Mungkin dah terbiasa dibuka, dibawa masuk dan dilayan. Kali ni, langsung aku tak peduli.

Masuk sebulan keseorangan, aku jatuh sakit (demam yg amat panas) dan tiada siapa ada di sisi. Tiba-tiba aku rasa sunyi, kalau dulu pasti kawan-kawan aku masuk bilik bertanyakan apa aku nak makan, tekapkan tuala basah di dahi dan mungkin bawa aku ke klinik.

Kini, aku sorang. Bertemankan bunyi kucing yg aku tak endahkan mengeow depan pintu rumah.

Berhari-hari aku tidak boleh bergerak jauh dari katil. Syukur lah bilik air memang ada dlm bilik, jadi aku masih boleh mandi dan ambil wudhu’. Cuma aku terlalu tak larat utk ke dapur dan masak apa-apa.

Hari kelima, badan aku mula kebah dan aku cuba menelefon mak. Aku tanya khabar dan akhirnya mengadu masalah aku. Mak hanya mendengar dan minta aku mohon petunjuk dari Allah di mana silapnya. Mak aku ada kata juga, mgkin silapnya kerana layanan kasarku terhadap binatang.

Aku pun apa lagi. Langsung menidakkan. Takkan lah hanya sebab tu.

Perbualan berakhir dan aku melangkah ke dapur utk masak. Walaupun masih longlai tapi aku kuatkan juga, aku perlu makan. Aku keluarkan daging dan bahan rencah yg lain utk persediaan. Setelah daging lembut direndam, aku memotongnya dgn sebilah pisau.

Tiba-tiba kakiku disondol laju dgn sesuatu yg berbulu dan berbunyi “meow”, lantas aku terlompat dan pisau potong daging tersebut terlepas dari tanganku.

Aku cepat2 berlari keluar dari dapur dan rebahkan diri di sofa dan mengurut-urut dadaku yang bernafas naik turun. Dari mana kucing tu datang?! Seolah2 aku tidak percaya. Tingkap terbuka, kah? Pintu terbuka, kah?

Macamana pulak aku nak keluarkan makhluk tu?!

Setelah nafas sesak ku reda, samar-samar ku terdengar bunyi “meow” yang menggigil dan tidak normal. “Meow” yang selalu aku dengar berbunyi manja kini nyaring dan tersekat-sekat.

Aku beranikan diri mendekati dapur, berharap kucing itu tidak meluru kearahku.

Aku menjengah, dengan perlahan aku ternampak di lantai bawah singki tempat ku potong daging tadi, rebahnya seekor kucing terketar-ketar menggeletek kesakitan. Di belakang badannya tegak tertusuk pisau dan darah mengalir dengan banyak.

Air mataku mengalir takut. Seperti tidak percaya dengan keadaan itu. Betambah kaku aku melihat darah yang banyak di lantai dan… kucing tersebut cacat tiada satu kaki!

Lantas aku mencapai kain kering berhampiran dan mengangkat kucing itu letak di ribaku. Sambil aku menangis aku cuba menarik kembali pisau tersebut dari badannya kerana tusukan itu tidak terlalu dalam.

Jerih kucing itu kesakitan. Tindakku semakin teragak2. Semakin ku tarik semakin badannya menggeletek. Darahnya membasahi kain di atas ribaku.

“Jangan mati jangan mati jangan mati….!!!!”

Setelah ku berhenti seketika dan kaku tidak tahu buat apa, kucing itu memandang tepat ke mataku. Lalu dia memejamkan mata perlahan dan celik kembali perlahan. Matanya masih tenang melihatku.

Dia memanjangkan tangannya dan menyentuh tanganku yang menggigil. Seolah dia tahu aku serba salah.

Tiba-tiba aku rasa mahu menjaganya.

Geliku hilang, lantas dengan longlai aku bangun keluar membawanya ke veterinar. Separuh jalan sahaja kucing itu pengsan tidak sedarkan diri tapi nafasnya masih ada.

Aku menyerahkan 100% pada doktor. Tidak larat aku melihat prosedurnya. Kos rawatannya mencecah 600 iaitu bedah, jahitan dan ubat-ubatan yg mahal.

Tulang kucing itu juga sedikit teralih dari kedudukan.

Ketika itu aku sedang tipis duit, baru bayar sewa seminggu yg lepas, sewanya bertambah (kerana kawan2 tidak ada lagi dan aku bayar sorang), duit yg ada skrg tidak sampai separuh dari kos rawatan itu.

Salah aku juga, setiap kali gaji aku boros membelanjakan wang pada produk kecantikan dan makanan sehingga cecah hampir seribu ringgit. Sekiranya aku berjimat, pasti aku masih mampu membayar kos rawatan kucing ini.

Tidak sanggup aku melihat kucing itu mati. Sudah lah cedera atas kesilapanku, tak akan ku biarkan mati kerana khilaf kewanganku juga!

Aku membayar dahulu doktor itu seratus. Aku meninggalkan kad pengenalanku dan beritahu esok aku akan dtg kembali.

Aku pulang mencari apa yg ada di rumah. Make up mahal2 yg aku baru beli dan belum digunakan aku cuba jual pada jiran2 rapat dgn harga yg sangat murah.

Wangian Bath & Body Works, Estee Lauder, Victoria Secret dan lain2 aku jual sehingga 60% rendah dari harga sebenar.

Alhamdulillah ramai membelinya. Aku kira2, tidak cukup lagi 240.. baru ku teringat aku ada pelaburan emas dan tanpa berfikir panjang aku ‘sell’ pelaburan emas ku.

Akhirnya wang mencukupi. Esoknya aku datang kembali dan kosnya bertambah kerana aku tinggalkan kucing itu semalaman.

Syukur tidak terlalu mahal, rm30 satu malam.. lebihan duit pelaburan emas tadi aku gunakan. Maka hadir lah kucing itu di di hadapanku, siap berjahit dan dibalut belakangnya. Sekali lagi dia memandang dan memejamkan mata perlahan..

“Aku minta maaf..” aku beranikan diri menyentuhnya. Satu getaran di perutnya berbunyi. Aku cuak dan mengangkat tanganku.

“She likes you..” doktor yang memerhati dari tadi bersuara. Perlahan aku menyentuhnya lagi. Getaran masih ada.

Aku membawanya pulang dan sesekali rasa geli masih ada juga. Ketika aku geli, aku menyentuhnya dengan kain.

Hari demi hari kucing itu tinggal bersamaku. Aku sering tertinggal solat subuh. Tetapi sejak kucing itu ada, walaupun cacat tiada satu kaki dan masih bengkak di belakang badan, dia gigih memanjat katilku dan mengurut badanku setiap kali jam 6 pagi.

Ia berlarutan setiap hari. Aku menjadi selesa dengannya. Aku memanggilnya “Rex” kerana kecacatan kakinya.

T-Rex.

Dengan adanya dia aku tak sunyi lagi. Ketika aku solat pasti dia menunggu di sebelah. Ketika dia lapar dia akan duduk tunggu di mangkuk makanannya, ketika ingin keluar dia meow di pintu.

Tidak jarang juga aku meletakkan makanan di hadapan pintu rumahku untuk ‘kawan-kawan’ Rex yg lain di luar.

Masuk 4 bulan, jahitan Rex semakin bercantum dan tidak lagi nampak luka. Aku menjaga makan minumnya sehingga gemuk dan gebu. Bulunya jadi cantik kerana makanannya berkhasiat.

Cuma aku tidak berani memandikannya. Masih geli utk memegangnya lagi-lagi membayangkan dia takut air dan keberangkalian dia utk mencakarku.

Namun aku akui, kehadiran Rex mengubah sedikit sebanyak caraku. Aku mula suka bersedekah, sering berjimat duit gajiku dan lebih prihatin terhadap binatang tepi jalan meskipun aku masih geli.

Sekiranya ada dlm facebook atau instagram yg meminta pertolongan kos rawatan binatang, pasti aku menderma.

Rex, apatahlagi. Aku jaganya sebaiknya.

Sebulan sekali pasti aku membawanya ke pet grooming (kerana aku belum berani membersihkan badannya tiap2 bulan), namun pesanku supaya berhati2 supaya tak mengena pada jahitannya.

Alhamdulillah Rex baik-baik saja. Sekiranya dia senang hati dia akan menjilat bulu.

Minggu terakhir, aku sudah tak nampak Rex. Meownya juga tiada. Pada mulanya aku fikir mungkin dia merayau.

Sehingga aku balik dari kerja dan ingin mengangkat baju, aku nampak 2 ekor kucing terbaring kaku di bawah ampaian.

Kemudian… aku ternampak Rex.

Juga terbaring dan mulut berbuih kuning. Matanya tegak terbuntang. Tidak jauh dari tmpt Rex rebah, ada satu bungkusan berbau racun.

Menjerit aku kesedihan dan mengangkat Rex. Siapa yg tergamak meracuni kucing2 ini?!

Aku memangku Rex dan badannya sudah sejuk dan keras. Kakinya kejang dan mata hitamnya penuh. Mati sudah kucingku!! Ya Allah!!!

Tidak pernah aku menangis sekuat ini. Jiran rapatku keluar dan mendekatiku. Dia menenangkanku dan mengatakan salah seekor kucingnya juga terkena racun. Semakin kuat tangisku.

Petang itu kami menanamnya bersama2. Hari demi hari aku pergi kerja dalam keadaan bingung.. tidak percaya apa yg berlaku. Tidak percaya Rex telah pergi. Tidak percaya Rex diracuni.

Apakah itu balasan terhadap layanan kasarku terhadap kucing, dahulu? Sekasar2 ku tidak pernah aku bertindak meracuni mereka. Tidak pernah aku bertindak menyeksa mereka!

Hari raya kali ini kusangkakan dapat ku sambut dengan Rex, ternyata tidak..

Cuma, kali ini rayaku berbeza. Setiap kali aku bertandang di rumah saudara mara yg punya kucing, aku bermain dgn mereka. Ramai yg pelik dgn perubahanku. Dahulu aku benci kucing, sekarang aku menyayangi.

Salah seorang sepupuku mempunyai kucing kecil yg digigit kuat oleh kucing besar sehingga tertimbul tulangnya di belakang. Kasihan, tidak dapat dia bermain dgn kucing sebayanya yg lain kerana sakit.

Dengan duit yg aku ada, aku sedekahkan pd sepupuku supaya dibawa terus kucing itu ke tmpt rawatan.

Jauh di sudut hatiku merindui Rex.. si cacat berbulu oren.. bermata hijau.

Aku turut menceritakan kpd kawan2 ku yg bergaduh dulu mengenai hal ini, mereka tersentak kerana Rex mmg kucing paling baik di antara kucing2 liar kawasan kami. Mereka seolah tidak percaya aku akhirnya mencintai haiwan. Kami akhirnya berbaik.

Hidupku saban hari berubah, subuhku terjaga, rezekiku semakin murah. Namun aku belum berani nak bela kucing lagi.. biar lah kucing2 liar yg masih hidup itu sahaja menjadi penemanku di luar rumah.

Sering aku membersihkan kawasan luar rumah dan menjengah kucing2 itu supaya tiada satu pun racun yg sesat.

Aku doakan sesiapa sahaja yg meracuni kucing2 yg mati itu menghadapi balasan yg setimpal atau paling kurang, diberikan petunjuk.

Sungguh, haiwan merupakan ujian buat kita sama ada bertambah pahala atau dikutuk para malaikat. Kehadiran mereka mengindahkan dunia ini.

Kalau ada yg tak suka tak perlu menganiaya mereka. Cukup lah kita buat hal kita dan jangan ganggu mereka. Sekiranya geli, halau dengan cara lembut atau jauhkan sahaja diri.

Rasulullah SAW pasti marah sekiranya melihat apa umatnya buat pada haiwan kesayangannya ini.

Semoga kita jumpa lagi di sana, Rex. Sungguh aku rindu sekali. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku walaupun seketika, dan memberi peluang aku menjaga mu.

Tahukah kau, kau telah mengubahku menjadi insan yg lebih baik..?

Aku minta maaf tidak dapat melindungimu sayang, dari insan2 yg menganiayamu. Maafkan aku Rex.

Tunggu aku di sana.

– Selamanya, Mama Rex

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Thursday, 29 June 2017

Pinggan Kaca dan Polisterin

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Salam lebaran buat semua. Musim raya ni memang seronok kita ziarah menziarah dan buka rumah menerima kehadiran tetamu. Amalan mengeratkan silaturrahim sepatutnya kita teruskan. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi rasa berkenaan isu penggunaan pinggan kaca ke polistrin yang kadang2 nampak remeh tapi boleh kasi raya yang seronok jadi tak seronok. Isu kecil sahaja kan. Peredaran zmaan dan perbezaan generasi x,y dan z mungkin ada pendapat berbeza nak guna yang mane satu, yang mane yang senang dan tak renyah.

Di hari raya, golongan nenek dan ibu akan minta keluarkan segala pinggan cawan kaca untuk hidangan. Tapi bagi setengah kami pinggan cawan baik guna polistrin sahaja. Dahulu masa sayan kecil2, saya dan sepupu selalu gilir2 untuk basuh pinggan. kadang ngelat2 pun tapi kami akan bergilir atau basuh sama dengan mak sedara. yelah masa tu nak main, nak sembang lagi, nak jalan raya, nak tambah hidangan lagi pun da banyak kerja. Tapi masih boleh buat sama2.

Sekarang saya sudah kawen dan ada anak kecik jadi terbatas sedikit nak tolong2 ni. Ipar2 pun sibuk melayan karenah anak. Saya tengok adik2 dan anak sedara sekarang bukan nak ke dapur. sibuk main hp, selfie sana sini. yelah pakai baju da cantik2 takkan nak basah2 pulak. Kalau panggil tolong pun ngelat. Jadi kami sekarang memilih untuk pakai polistrin sahaja. Tapi mak kita bantah sangat2. Katanya pemalas la, tak muliakan tetamu la. Tapi kerja perempuan masa raya semamngnya banyak. Nak masak, top up lauk lagi, berkemas dengan generasi muda yang tak ke dapur. Kadang kita balik kampung lama x jumpa keluarga sedara, banyak isu nak sembang bagai. Semua main letak je pinggan cawan. Pastu bila habis kelam kabut nak basuh yang banyak2 tu.

Polistrin ni bukan mahal sangat pun. Saya sebenarnya seorang yang go green jugak. Tapi bila raya atau buat event ni memang tak dapat nak hadap basuh membasuh ni lagi2 kalau tak dapat kerjasama orang lain. Ye raya jangan la nak merungut, tetamu pembwa rezeki tetapi kalau ada yang malas turun buat kerja dapur sama keseronokkan raya jadi hilang. Geram pulak yang ada. Sekarang pun saya pergi rumah sedara ramai yang guna polistrin pastu balik mak akan cakap x patotla. Berhuhu ajelah dengan mak ni.

Raya ni untuk keseronakkan jumpa saudara mara, bermaafan dengan sekarang susah nak jumpa semua sibuk. Kesimpulan saya di sini, bagi saya bukanlah teruk kita hidang orang pakai polistrin. Kalau pakai pinggan cawan kaca pun, tolonglah sama2 buat kerja. yang ada anak dara tu latihlah anak untuk turun padang sama. Dulu saya adik beradik buat jadual lagi supaya xda yang ngelat.

Yang benar,
Generasi Y

– lililalalulu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Keturunan

PengakuanKu

Sehari dua ni memang banyak kenduri pastu ade yang plan nak naik pelamin pun ade. Ade yg tengah cari calon pun ade. Dan kalau bab cari calon ni mestilah mak kita takpun makcik2 kita yang duk kalut carikan calon. Contohnya abang aku sendiri. Ramai yang cari calon utk dia tp selalu dia reject dan memang dia memilih sangat sangat sangat. Nak ustazah/cikgu yang tinggi,putih,kurus,hidung mancung dan ade lagi la kot list yg dia nak. Abang aku ni stay rumah atok aku so kami xduduk sebumbung. Mungkin dia xtau disebalik perempuan cantik tu xsemestinya sentiasa cantik. I mean they look pretty when on social media and we are not supposed to believe on pictures. Betol tak??

Bila dah carik calon ni mestilah makcik makcik or mak kita sendiri tanya pasal keturunan. Abang aku ni adik beradik ayah lain tp mak sama. Aku xsure term ape org panggil. Bila orang2 tua dah belek pasal keturunan kita smpai ke ayah kpd atok kita pn makcik2 ni belek tau. Belah abang aku ni keturunannya baik2 dan ma aku pn keturunan baik2 so no wonderlah ramai org berkenan dekat abang aku tp dia yg memilih.

Tapi keturunan belah abah aku pulak, *mksdnya abah tiri abang aku lah* keturunan abah aku ni agak kureng agamanya, ade yg solat ade yg tak, dan ade yg berjudi so aku just wonder mcm mne pndangan makcik2 nti bila mereka belek2 psal keturunan aku dan kakak2 aku. Dan abah aku sendiri pn berjudi aku malu malu sangat. Kenape x tegur? Org tua mane yg suka kena tegur? Yessss abah aku pantang ditegur, pantang diajar dan baran*tp bukan jnis yg kaki pukul tp cukup terpukul dgn maki hamun dia*

Hari tu aku ade terbaca ade sorang penceramah ni cakap perempuan yg malang bila tersalah pilih suami. Lebih kurang mcm tu lah ayatnya aku pn dah lupa. Tp bila baca ayat tu balik aku takot tersalah pilih. Aku rase semua kakak aku xnak kot dpt suami perangai mcm abah aku. Aku nk explain pn susah sbb kami yg merasai mcm mne jgn korang bash pulak. Yee memang sejahat mane pn dia tetap abah kandung kita tp smpaikan nk tlong pegi htr pegi balik kerja pn xnak klau nk suruh htr sila bgi duit minyak dan bagi gaji. Korang rase???so smpai skrg aku dgn kak ngoh aku menganggur. Rumah kami ni hujung kg so nk gi bus stop klau jln kaki dlm 15-20minit jugak weh klau shift pgi?? Kami ni perempuan dan aku lesen pn xde. So kehidupan mematangkan aku supaya jgn bergantung dgn lelaki 200%. Aku lebih sygkan atok aku sbb dia slalu ambik berat psl kami smpaikan exam pn dia tnye pdhal bnda biase je kan. Klau rsult kluar atok lah org prtama yg kalut nk tau. Atok jgk selalu tolong dri segi kewangan sbb dia kesian tgok kami ade abah xboleh harap.

Aku harap korang jgn la bash seandainya confession ni admin publish aku just nk kongsi ape yg aku rase dan bnda yg kaum perempuan agak risau bila brckp psl keturunan. Mmg aku dgn kak ngoh single sbb kami takot dgn lelaki. Tkot tersalah pilih dpt mcm abah. Keturunan kami dah la mcm ni. Lgi pn kitaorg bru 20an so still young lah nk ckp psl kawin. Aku pn xpndai nk flirting dgn laki even mse diploma dlu pn aku xpandai sgt nk bergaul dgn classmate lelaki.. takpelah jodoh aku agaknya bru nak exam spm tahun ni agaknya..hahaha

Btw jiran sebelah aku kawin hari ni korang doakan mereka kekal sehingga anak cucu since jiran aku ni satu uitm dgn aku tp kos lain dan lgi senior pd aku. Dia ade kisah silam yg agak xberapa elok dan memandangkan kami jiran so kami tau dgn sendiri. Nk sorok xboleh sbb bnda nampak then tau2 dia kawin hri ni. Allah tu xkan uji org tu diluar kemampuan hambanya. Dan sekarang hari bahagia dia so korang doakan dia. Aku tumpang gembira xsabar nk tgok dia bersanding japlgi. Hahahaa
*Well she so lucky found a good man that accept who she is*

-Kening_taUk

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Penantian Itu Manis Buahnya

PengakuanKu

Hari tu aku ada post.. tp tak disiarkan… kalau kali ni pun tak disiarkan tak mengapalah.. anyway tq admin kerana baca cerita aku..

Aku mendirikan rumahtangga ketika berusia 24 tahun.. suami aku setahun lebih tua dari aku..
Tahun pertama, ok tiada sebarang tanda untuk kehadiran si kecil…. Begitu juga tahun ke 2.. ke 3…
Hidup mula terasa sunyi… kadang2 aku bosan juga bilamana suami aku ada hal kerja di luar..
Satu hari aku terfikir untuk make a move… aku mulakan 1st step pergi ke klinik dan berjumpa dengan doctor..

Doktor explain dan melakukan procedure… dan aku diminta berbaring… Allah !! aku tak tahu pula gitu procedurenya.. aku rasa mcm berlaku curang pula dengan suami aku (hahahaha, adik2 diluar sana, sila ambil tahu dan belajar cara2 atau procedure untuk fertility check up ni yer.. jangan jadi mcm hakak…)

Selepas sample diambil, dan dalam beberapa hari baru datang semula untuk berbincang dengan doctor.. pada hari yang ditetapkan kami pun datang ke klinik tersebut untuk info lanjut..

Sementara menunggu doctor, suami aku melawat persekitaran bilik tu, membaca maklumat2 yang berkaitan dan yang membuatkan suami aku reject terus klinik ni sebab gambar-gambar yang tertampal di dinding klinik tu sangat la tak munasabahnye.. hahaha gelihati bila ingatkan balik.. Punyalah nak tunjukkan klinik tu boleh melakukan procedure yang tidak melibatkan pembedahan besar, dia orang tampal gambar2 orang baring dan darah2 ada yang terkena dinding.. itu yang suami aku fikir macam tak logic langsung klinik tu… dengar serba sedikit penerangan doctor (dengar pun sebab terpaksa sebab dah bayar rm90 waktu tu.. rm90 15 tahun dulu besar tau nilainya.. ngeee…).

Selepas pada tu, terus suami aku particular bab2 rujukan dan pemilihan doctor ni..

2nd optio, kami pilih HUKM.. ingat lagi, rujukan kami Prof. Hashim (aku rasa sesiapa yang pernah dapat rawatan kat HUKM mesti kenal prof ni.. last year aku nengok si Misha Omar pun ada amik gambar ngan dia.. hehehe femes doctor ni )
Semua procedure yang disyorkan kami buat ikut step… dari sekecil2 procedure sehinggalah aku buat pembedahan buang cycst.. lebih kurang 2 tahun lebih usaha kami di HUKM tapi tiada hasil yang positif… kecewa, sedih, stress segala macam perasaan semua aku rasa…

Kami beralih arah kepada Dr Hamid Arshad pula… again start from zero… hampir 1 tahun lebih juga tiada apa2 yang kami harapkan.. walaupun kecewa, tapi yang buat aku bersemangat meneruskan semua benda ni bila aku direfer kepada Dr Marsita Mansor.. Doctor ni balik ke Malaysia untuk berkhidmat di Malaysia sebab sebelum ni dia bertugas di Madinah.. Lembah lembut orangnya, setiap perkataan yang keluar dari mulut dia menenangkan sehingga aku rasa dia ibarat mak aku.. hahaha sampaikan aku bermesej2 dengan dia bila aku terlampau stress memikirkan hal zuriat ni dan dia setia melayan setiap mesej aku…

Selepas tu dia ditukarkan ke hospital lain.. aku ikut jer mana hospital dia pergi dan sampai satu ketika suami aku minta semua ni distopkan.. Suami aku tak sanggup lagi tengok aku menghadapi segala macam ubat dan segala macam pembedahan.. Suami aku kata kalau Allah memang tak izinkan kita punyai zuriat di dunia ni maka cukuplah dia ada aku buat peneman dia dikala susah dan senang dia.. dan antara patah2 perkataaan dia yang aku betul2 redha bila suami aku minta aku supaya jangan risau sekiranya kami tiada zuriat dia tak akan mencari lain semata2 kerana zuriat.. dia sudah redha dengan keadaan dan kehidupan kami ketika itu..

Betul kata orang, suami adalah rakan terbaik seorang isteri.. setiap ayat2 dan kata2 peransang dari suami betul2 menenangkan jiwa dan raga aku… kali ni aku betul2 redha… Demi Allah, aku temui ketenangan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata2 bila kita betul2 faham dan selami apa itu redha… saat itu aku dapat rasai kenikmatan dalam segala apa yang aku lakukan sehingga aku jadi bersedia sekiranya ditakdirkan Allah mengambil nyawa aku saat itu (tp kalau korang tanya aku sekarang, aku memang gigil… hahaha tak sama macam saat ketika aku betul2 redha dulu… memang ada hikmah disetiap segala sesuatu yang Allah aturkan dalam perjalanan hidup kita ni.. Kita je yang selalu buruk sangka….)

Suami aku beri cadangan, sebelum kami tutup cerita mengenai zuriat ni.. kami cuba pula cara yang tak perlukan sebarang ubat2an dan procedure2 yang memenatkan..
Kami berjumpa dengan Ustaz Haron Din di Darul Syifa. 1st time pergi kami hampa kerana tak sangka mereka menggunakan system nombor.. 1-200 sahaja yang boleh berjumpa dengan Ustaz.. selepas itu anak2 buah dia yang akan ambil alih.. jadi since kami dapat no 200+ lebih, kami pun balik..

Minggu depannya kami datang semula (Ustaz hanya bertugas hari selasa shj, selain dari hari selasa maka orang lain yang ubatkan.. Disebabkan kami tetap mahu Sifu juga saya dan suami bersiap sedia seawal pukul 5 lebih pagi dah keluar rumah. Sampai je disana dalam pukul 5.45 pagi.. itupun dah beratur orang tunggu diluar perkarangan rumah beliau.. hati aku berdebar tuhan je yang tahu sebab takut terlebih dari no 200.. Alhamdulillah, jika sudah ditakdirkan ada jodoh kita in shaa Allah bertemu juga.. kami dapat no 151 (aku masih ingat lagi no tu walaupun dah lebih 15 tahun berlalu).. kami bersyukur sangat2…

Tidak habis disitu sahaja, ada beberapa petua dan pesanan yang perlu kami buat utk nex appointment… dan kali kedua kami pergi tu kami pergi lebih awal.. pukul 3 pagi itu pun dah beratur org depan perkarangan Darul Syifa tu.. aku dan suami tidur sambil duduk sementara nak tunggu pukul 6 pagi (kaunter no buka pukul 6 pagi).

Disamping itu aku ada juga mengirimkan doa kepada seorang Tuan Haji yang bawa rombongan ke Mekah setiap tahun tu.. aku minta dia tolong doakan kami dari sana.. Alhamduillah, tak akan aku lupa Tuan Haji tu call aku dari sana dan dia minta aku berdoa sendiri sambil bayangkan aku berada di sana.. Dia beritahu aku yang dia sekarang berada betul2 dihadapan pintu kaabah, tempat dimana doa2 mustajab.. dia beritahu yang dia dah doakan untuk aku, dan sekarang minta aku minta secara peribadi.. Tuan Haji tu beri aku dlm 2-3 minit juga untuk berdoa dan kemudian dia kata sekarang hanya berserah sahaja kepada Allah..

Dan antara yang terakhir aku buat, aku pergi kerumah anak2 yatim.. aku minta penjaga tu memanggil dalam 3 orang anak yatim yang dibawah umur 7 tahun.. aku minta anak2 syurga itu ikut membaca dan mengaminkan doa yang aku baca.. comel sungguh waktu mereka mengikut setiap bait2 doa aku…

Selepas 3 perkara tersebut, aku sudah redha seikhlasnya dengan perjalanan dan ketentuan hidup kami berdua.. biarlah apa pendapat orang tentang kami.. biarlah nanti tiada tangisan bayi dalam kehidupan kami, kami terima.. itu takdir kami…

Alhamdulillah, manisnya erti sebuah redha…… Sesungguhnya ada doa diantara orang alim dan anak2 syurga itu Allah makbulkan.. 4 bulan selepas itu… aku ingat lagi.. bulan February, 2008 (setelah 8 tahun kami mendirikan rumahtangga…), pertama kali dalam hidup aku, aku lewat 2 hari.. aku beli pengesan kehamilan dan aku sujud syukur…………………………………………………………. Aku menangis teresak2 sehingga suami aku juga turut sama mengalirkan air mata….

Bermulalah pengalaman aku sebagai seorang ibu… proses mabuknya.. tak lena tidurnya kerana perut semakin membesar.. sakit sana sini… dan sehinggalah aku selamat melahirkan putera tercinta kami…….

Aku dan suami bersyukur sangat dan kami masih berdoa jika terbaik untuk kami mempunyai zuriat lagi maka hamil lagi selepas2 itu..

Masa berlalu dari tahun ke tahun dan aku menghampiri usia 40 tahun..

Disebabkan satu kemalangan, aku mengalami pembedahan bahu pada tahun 2015.. sebelum pembedahan, aku melakukan xray.. ct scan, dan mengambil pelbagai macam ubat tahan sakit… dan pelbagai ubat lain lagi..
Setiap kali sebelum melakukan x ray mesti nurse tu akan bertanya samaada aku mengandung ke tak…hahahaha aku dengan yakinnya cakap tidak kerana pada aku mana mungkin dah 8 tahun aku tak da apa2 takkanlah dan2 nak buat xray ni aku pregnant pulak…

Makanya berjalan lah operasi pembedahan bahu aku… dengan xray, ctscan, ubat bius, ubat tahan sakit, etc tanpa aku sedari yang aku dah 5 minggu pregnant…… Allahu, aku gigil sebenarnya bila tahu aku pgnt.. takut baby jadi mutant (hahaha jahat tak fikiran aku… cuak sebenarnya sebab aku under medication pelbagai jenis bahan kimia disaat janin tu baru bertapak beberapa minggu)..

Aku sentiasa panjatkan doa kepada Allah, jika terbaik untuk aku punyai zuriat itu maka sampaikanlah dan kuatkanlah kandungan aku sehingga cukup usia kandungan ku dan permudahkanlah kelahiran dan sempurnakanlah kejadian……

Alhamdulillah…. Bulan February 2016, setelah 8 tahun jarak dengan putera ku yang pertama, aku selamatkan melahirkan seorang lagi putera yang kedua.. Alhamdullilah ku panjatkan syukur ke hadrat Allah.. puteraku sihat.. cukup segala sifatnya… (dalam hati ada lagi hajat untuk menambah… tapi masak juga kalau lepas 8 tahun.. menopos pulak dah…. hehehehe)

Sekarang putera kedua ku sudah berusia setahun lebih… bila ku lihat kedua2 puteraku seperti aku tak percaya lahirnya mereka ke dunia ini.. dulu rumahku senyap sunyi sepi… sekarang hiruk pikuk dek abang nye yang suka menyakat.. dek suara adiknya yang terjaga ditengah malam minta susu… dulu lena tidurku kerana tiada siapa yang mengganggu tp sekarang aku terjaga dengan sendirinya untuk memeriksa mereka setiap malam terutama ketika mereka demam dan memerlukan perhatian aku… aku akui memang penat… tp aku terima keadaan ini kerana itu yang pernah aku pinta…..

Aku doakan setiap kalian yang tengah mencuba, in shaa Allah semoga Allah kurniakan kalian zuriat seramai yang kalian pinta.. amin….

– me myself and i

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.