Monday, 26 June 2017

Berjaya Tepis Soalan Maut

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Maaf buat admin atas kemunculan confession saya andai ianya menganggu mood hari raya. Saya perkenalkan diri sebagai Ridzwan. Setakat ini mood hari raya saya dalam keadaan bagus dan cemerlang (ceh, penilaian macamlah puasa hari tu diterima Allah dengan cemerlang), Cuma terjejas sedikit dengan ‘soalan maut’ yang sering menjadi igauan sesetengah orang. Sama ada soalan maut itu mengenai jodoh, anak atau material, saya kira pada yang tak tabah, memang mood rayanya hilang dibawa angin gamaknya.

Alhamdulillah, untuk soalan maut yang saya terima, dapat saya jawapnya dengan baik. Bukan kerana berbekalkan dengan jawapan-jawapan maut yang mengikis adab dan tatasusila dalam persaudaraan, tetapi jawapan saya memang itulah yang dinanti-nantikan oleh mereka yang bertanya. Soalan yang mana satu ya?

Secara berseloroh, ada beberapa sepupu sepapat saya kecewa dengan status yang akan saya pegang tidak lama lagi terutama yang lelaki. Selalunya sesama kami yang bujang ni, kami akan bertolak-tolakan sesame sendiri apabila ada makcik pakcik yang bertanya ‘bila mahu berdua’ dan lain-lain bentuk pertanyaan. Masa itulah saya akan kata tunggu si A, si A kata selepas si B, si B kata tak nak langkah bendul C dan C kata sayalah dulu sebab tua beberapa bulan daripada dia. Pendek kata, Selepas ini, saya tidak lagi berada dalam kelompok mereka yang saling tolak menolak itu.

Sebetulnya, saya tidak langsung merasa megah dengan jawapan yang diberikan. Malah apa yang menjejaskan mood raya seperti yang saya sebutkan tadi adalah berdasarkan hati yang penuh bimbang mengenai jawapan saya itu. InsyaAllah dalam suku tahun terakhir akan datang, saya akan berkahwin pada usia lewat 20-an.

Dalam pada ramai yang bersyukur dan mengucapkan tahniah, saya pula pesimis menerimanya. Apa yang menjadi kebimbangan saya, saya merasakan diri ini belum benar-benar bersedia untuk bergelar seorang suami yang tentunya suami yang soleh. Sejak bertunang beberapa bulan lalu, hampir setiap hari saya merintih kepada Allah akan kebuntuan yang saya hadapi.

Kalau ditanya, jika belum bersedia kenapa merancang untuk berkahwin? Macam ni, saya tidak katakan ianya perkahwinan paksa atau dijodohkan atas pilihan orang tua, tidaklah begitu. Yang sebenarnya, beberapa bulan lalu, keempat-empat orang tua saya (ibu, ayah, tok wan, tok aki), memberi tempoh untuk saya menamatkan zaman bujang saya. Ada dalam kalangan orang tua saya asyiklah menyebut takut tak sempat lihat saya berkahwin. Dalam masa yang sama, mereka ada pilihan sendiri (bukan satu, malah dua) yang tidak berkenan di hati saya (saya bukanlah memilih Cuma mengukur baju di badan sendiri sahaja). Begitu pun, mereka tidak memaksa, apa yang perlu tempoh itu mesti dipatuhi. Akhirnya, saya memperkenalkan Diana kepada mereka dan mereka menerimanya tanpa masalah memandangkan saya memenuhi kehendak mereka itu.

Diana bukanlah teman yang saya rembat di mana-mana untuk menyamar seperti dalam drama atau novel cinta, bukan juga teman baru kenal setahun dua. Tapi dia teman tapi mesra saya sejak hampir lima tahun. Kami tidak merasakan diri bercinta, namun seringkali keluar atas motif tertentu yang tidak bersifat lagho berasaskan kerjaya dan hobi yang sama. Begitu pun, selama tempoh berkawan yang saya kira sebagai bersahabat atas dasar passion yang sama tidak langsung menyebut-nyebut mengenai cinta apatah lagi perkahwinan. Syukur, sekali pun tidak ada rupa, Diana menerima saya seadanya setakat ini. Saya tidak berani menjamin diri ni selamat daripada ditolak olehnya lantaran ada beberapa kekurangan pada diri saya iaitu lembut.

Saya bukanlah bernaluri transeksual. Saya lurus dan normal. Cuma perwatakan saya ini menjadi penghalang kepada mewujudkan keyakinan penuh dalam diri saya bahawa saya diterima dengan baik oleh Diana. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana penerimaan keluarganya? Daripada cerita Diana, keluarganya khususnya ibu ayahnya tidak kisah dan meletakkan 100% kepercayaan kepadanya untuk menentukan kehidupannya. Namun, saya masih bimbang dengan keluarganya yang lain kerana daripada ceritanya, ramai saudara-maranya yang lelaki berperwatakan kasar (mereka juga ramai berlatar belakangkan tentera / polis). Saya tidak saja takut berhadapan dengan mereka jika diterima seadannya keadaan diri saya. Tetapi juga yang saya takut berada dalam keluarga besar Diana yang meriah. Kebetulan saya seorang introvert. Entah macam mana mahu saya adapt dengan keluarga itu.

Dalam tempoh yang kurang 100 hari ni, ada beberapa perkara telah dipersiapkan untuk majlis. Bukan hati ni saja yang belum bersedia. Kad jemputan dan busana majlis pun tidak lagi ditempah. Sengaja tidak buat awal-awal. Sedangkan ibu dan ayah sudah menguar-uarkannya kepada keluarga yang lain sejak hari pertama raya. Semasa bertunang pun tiada majlis. Jadi memang ramai yang terkejut dengan berita itu. Saya pula berlagak selamba dan kalau boleh mahu menyorokkan muka. Kawan-kawan ditempat kerja, malah sahabat-sahabat saya tidak mengetahui hal ini. Saya bukan seorang perahsia, namun hal ini sangat peribadi untuk dikongsikan.

Membaca statistik penceraian yang remeh temeh yang dilaporkan oleh jabatan-jabatan agama sangat menakutkan saya. Adakah apa yang saya fikirkan ini ujian buat saya? Adakah ia petanda bahawa tidak sepatutnya saya meneruskan langkah ini? Apa perlu saya lakukan? Boleh jadi, saya memikirkan betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang suami dengan kekurangan saya ini. Hampir setiap hari Diana bertanya khabar saya, berbanding saya bertanyakannya terlebih dahulu. Saya perah tanyakan apakah sebabnya dia mudah menerima saya sebagai suaminya? Katanya, tak perlu saya bertanyakannya.

Sebelum penutup, ingin saya tekan kembali, sekali pun nampak saya tidak sepenuh hati ingin melangkah ke gerbang perkahwinan, tetapi tidak bermakna tiada perasaan sayang saya kepada Diana. Cuma saya tidak pernah zahirkannya kerana tidak mahu menongkah adat dan syariat, dan dia pun akur dengannya. Lantaran itu, hadiah hari jadinya bulan lalu tidak juga saya pedulikan. Astaghfirullah al-azim.

– Ridzuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.