Tuesday, 27 June 2017

Helping Hand

PengakuanKu

What is wrong with me?

Saya seorang yang bermasalah. Kenapa saya kata macam tu? Sebab kawan kawan saya semua tinggalkan saya.

Honestly, saya tak tahu nak luah macam mana. Saya ada masalah, and saya tak reti nak handle masalah tersebut sampai berlarutan, dan akhirnya semua orang membenci saya.

Saya yakin saya ada masalah. Tetapi sejak beberapa bulan lepas saya rasa makin worse. Selalu sangat jantung saya berdebar debar, berdegup degup kuat walaupun saya tak buat apa apa aktiviti. Saya rasa jantung macam nak pecah!

Moment paling saya ingat, pernah saya tengah baring atas katil. Saya duduk tingkat atas, sebilik dengan roomate kat master bedroom. Saya baring tutup mata. Then dengar bunyi tapak kaki kat tangga, saya takut roomate saya dah balik. Tapi jantung saya berdegup kuat. Rasa panik. The moment roomate bukak pintu, lagi rasa jantung nak pecah! Saya tutup mata, tak buka, even dengar roomate bagi salam. Dah lama sikit baru saya buka mata. Saya rasa jantung saya berdegup laju, nafas saya tak cukup. Rasa macam sesak nafas, and tangan saya menggigil. Saya rasa tak normal.

Kat tempat kerja, time drive dalam kereta, kat rumah, time mandi, kat mana mana pun selalu sangat jantung saya degup degup kuat. Nafas saya turun naik turun naik.

Saya selalu rasa letih. Kadang kadang kaki menggigil, tak boleh berdiri. Kat bilik saya tidur all the time. Saya selalu tutup pintu bilik, tingkap, sebab cahaya matahari buat saya sakit kepala.

I completely isolated myself. Saya tak nak bercakap dengan orang, saya tak nak pergi mana mana. Even keluar bilik pun saya tak nak. Saya tak nak jumpa sape sape.

Kepala saya selalu sangat sakit. Kadang kadang kaki kejang, sakit. Pernah jugak saya sakit belakang, tengkuk, leher.

Saya selalu rasa kosong. Tak ada apa apa. Saya solat. Saya doa. Still tak rasa better. Kepala saya kosong.

Pernah seminggu saya tak makan nasi sebab saya tak rasa nak makan nasi. Saya makan roti ja.

Kadang kadang saya rase serba tak kena. Rasa cemas, macam rasa ada benda nak kejar saya dari kiri kanan depan belakang. Saya bawak kereta laju laju, 120km/h even kawasan kampung, sebab saya rasa tak keruan. At that moment saya rasa kalau excident memang saya redha je. Time drive pernah saya drive laju laju sebelah tangan, tangan kiri saya genggan handbrake kuat kuat. Mula mula tak perasan saya genggam handbrake, dah nak sampai rumah baru perasan.

Saya rasa better saya tak ada kat dunia ni. Saya rasa kawan kawan saya akan lega kalau saya tak ada kat sini.

Kadang kadang saya tak buat apa apa. Tapi aleh aleh je air mata saya mengalir. Saya rasa sedih yg teramat amat sedih. Kaki saya rasa lemah.

Bila saya selalu moody dan isolate myself, kawan kawan mula menjauh dan buang saya. Semua dah give up sebab saya bersikap acuh tak acuh dengan mereka terutama on my bad days.

Saya rasa diri tak berguna. Saya rasa semua orang benci saya. Sebab kawan saya pun kata saya pentingkan diri sendiri. Masalah saya, kalau saya rasa diri kena buang dengan kawan tu, saya tak boleh berkomunikasi dengan dia. Pandang pun tak boleh. Saya rasa saya jahat, menyusahkan orang dan semua orang benci saya.

Saya tahu diorg bercakap pasal saya. Sebab saya ada terdengar sedikit.

Saya malas nak buat apa apa. Saya malas nak pergi kerja. Saya tak nak jumpa siapa siapa. Saya pergi kerja pun, saya tak ada semangat. Nak berdiri pun rasa tak larat. Nak bercakap lagi lah rasa tak larat. Saya rasa tak cukup nafas.

I think something wrong with me. I need help. Saya tak tahu nak minta tolong siapa. Roomate pun tinggalkan saya. Dia tak pernah pun tanya “Are you ok? ” even dia nampak saya dah lain dari dulu.. Saya menangis termenung kat tangga pun dia buat bodo dah tak tanya apa apa. Kawan kawan yang lain semua dah tinggalkan saya.

I feel abandoned. Useless. Saya rasa orang sekeliling pun mula pandang saya serong. Semua dah mula tak berteguran dengan saya even bertembung depan mata. Ada yang jeling saya, saya perasan time dia buat tu.

Saya tak tahu sampai bila saya kena rasa macam ni. Tolong lah saya.

– Help me

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.