Assalamualaikum.
Sebenarnya aku dah lama nak tulis confession kat sini. Niat utama aku bukan nak menjatuhkan sesiapa, cuma sekadar menyampaikan peringatan dalam dunia yang di akhir zaman. First sekali, aku bukan ustaz/ ustazah, dan disebabkan bukan title ustaz/ ustazah itu tak bermakna aku tak boleh nak sampaikan teguran ini pada kalian. Teguran ni hakikatnya untuk diri aku juga supaya lebih besederhana dan lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan di dunia yang fana ini.
Semenjak dari tahun lepas, aku perasan ada satu fenomena dekat Malaysia ni, yang dari apa yang aku belajar, bolehlah juga dikategorikan sebagai fenomena akhir zaman.
Dari cerita Suri Hati Mr Pilot sampai ke Hero Seorang Cinderella dan soon akan ada pula Wanita Terindah. Dari drama-drama ini muncullah # (hashtag) yang bermacam seperti #lofattah, #fatzzura, bukan setakat tu muncul jugalah berbagai-bagai group instagram untuk support cerita-cerita dan dari situ bermulalah masyarakat hidup dalam angan-angan kisah dongeng di kaca televisyen.
Lagi dasyat ada yang muncul jadi Tuhan dengan tiba-tiba untuk menjodohkan hero dan heroin di alam realiti. (mungkin agak kasar disini, minta maaf tapi thats the reality)
Bermulalah episod adegan-adegan romantis yang dipertontonkan kepada audience, melting dan bertempik ria peminat-peminat yang menonton.Romantiknya,
“Abam Tah sejak bila jadi manja ni”
” Biceps Abam Tah tu menggoda tak lena tidur malam.”
“Dua2 sweet, tak perlu peluk-peluk pun dah sweet dah”
“Drama Melayu paling bagus, tak perlu tunjuk aksi peluk-peluk pun dah boleh sampai mood romantik tu”
“Abam tah, main belai-belai rambut kaka Faz.. so sweet”
Maaf, cakap.
yang haram bukan sekadar berpeluk erat, tapi hakikat bersentuhan dengan yang bukan mahram itu juga haram.
Aku tau Fattah ni budah baik, datang pun dari keluarga yang baik-baik, cuma aku kesian kat dia. Sebabkan peminat-peminat yang terlalu obses dengan dia ni membuatkan dia jadi lebih seronok untuk melakonkan watak-watak dan bersentuhan dengan bukan mahram.
Apa yang aku nak cakap kat sini.
Untuk semua audience kat luar sana tak kisahlah peminat fattah amin ke atau mana-mana artis lelaki atau perempuan. Janganlah terlalu obses dan membawa apa yang dikaca tv itu keluar ke alam realiti. Jangan sebab kita minat pelakon tu terus apa yang dia buat nampak halal sedangkan disisi islam benda itu terang lagi bersuluh haram.
Ingat, Allah suruh lelaki tundukkan pandangan, janganlah meransang lelaki untuk terus memandang ke atas di saat mereka sedang berusaha untuk menunduk ke bawah.
Dan kepada Fattah Amin, aku cakap ikhlas pada kau, lepas ni, aku harap kau boleh pertimbangkan watak-watak yang kau akan bawa dalam drama, tak perlu jual muka hensem dan ayat-ayat manis dengan menunjukkan pada audience kau murah, sebab aku tahu kau MAHAL Fattah. kau ada maruah dan kau ada pemikiran bahawa yang haram dan halal tidak boleh bercampur.
And lastly, to penggiat-penggiat seni tanah air, i really hope, korang boleh pertimbangkan dengan sewajarnya untuk watak suami isteri dalam filem atau drama yang nak dibuat, ambillah pasangan-pasangan artis yang dah berkahwin kat Malaysia. Ramai kot, Jihan Muse, Ungku Hariz, Nazim Othman, Bella Dally, Scha Al Yahya, Awal Ashari.
Buat filem atau drama bukan sekadar untuk kaut keuntungan dan berlumba-lumba untuk jadi kaya, tapi yang paling penting REDHA ALLAH. Macam mana kau nak didik masyarakat melalui hasil karya yang dipaparkan sedangkan permulaan itu sendiri sudah dimulakan dengan sesuatu yang Allah murka..
Aku letak nama aku Peria, sebab aku tahu apa yang aku cakap ni mungkin pahit untuk di telan, tapi realitinya, yang pahit itulah yang selalunya menjadi UBAT.
Aku minta maaf salah silap sepanjang apa yang aku tuturkan kat atas ni, again, yang pahit itulah yang selalunya menjadi ubat.
Be Wise.
– PERIA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment