Bismillah… Aku harap confession ini dapat disiarkan sebagai tatapan untuk semua.
Keluargaku beraya di kampung biarpun tiada lagi datuk dan nenek. Tetapi selaku abang kedua (ayahku) sudah menjadi tanggungjawabnya kerana masih ada 3 orang pakcikku yang belum berkeluarga. Nak dijadikan cerita, masalah antara saudara. Ini biasa. Yee, sangat biasa bukan?
Kisah bermula apabila ada salah seorang keluarga (keluarga paklong) tidak diajak bersama untuk beraya dek kerana sikap makteh yang tidak suka akan maklong. SubhanAllah. Terkejut aku dengar alasan itu. Tidak munasabah. Tidak masuk akal. Akibatnya, makteh aku tu telah menyakiti semua ahli keluarga paklong. Aku dapat rasakan semua. Hubungan keluarga kami agak renggang antara anak-anak paklong. Hanya kerana makteh yang tidak suka akan maklong, keluarga aku jadi mangsa. Keluarga aku tidak bertegur sapa dengan keluarga paklong. Aku sedih. Tidak pernah lagi aku merasa suasana begini dengan sepupu yang paling aku rapat. Kami diam seribu bahasa biarpun bermalam di bawah satu bumbung. Aku sedih. Cukup sedih. Kami tiada salah, tapi kami yang perlu hadap kerana makteh tidak bermalam di rumah arwah nenek. Makteh tak merasa suasana dingin di rumah arwah nenek. Makteh seperti manusia yang tidak bersalah. Makteh tidak merasa apa yang kami rasa. Suasana cengkerik itu wujud.
Perkara yang memeranjatkan aku lagi ialah, keluarga aku juga sebenarnya tidak diajak oleh ‘makcik’ yang mementingkan diri sendiri tu. Berlaku juga pergaduhan antara pak uda dengan makteh hanya kerana makteh juga tidak mahu mengajak keluarga kami. Marah tidak mahu kami sekeluarga tumpang keretanya. Grand Livina la katakan. Boleh muat dua keluarga kan. Tapi sebab sikap makteh yang SELFISH, ni la jadinya. Huru-hara, salah faham, pergaduhan, hubungan dingin sesama keluarga berlaku dalam masa satu hari sedangkan semalamnya adik beradik ayah semua berkumpul di rumah arwah nenek. Pakcik, makcik, sepupu aku semua ada masa tu. Bersalaman memohon maaf segala tangisan kemaafan didengari tetapi dengan sekelip mata hanya kerana ‘sikap’ seseorang yang mementingkan diri sendiri (makteh), kemaafan dan air mata yang dititiskan di pagi raya hanya sia-sia. Aku ulangi, sia-sia.
Paling aku tidak sangka, sampai saja di destinasi, makcik aku senyum padaku. Bergurau, berselfie, bergelak ketawa bersama. Pada masa itu, aku belum tahu lagi kebenaran sebenar tentang makteh yang tidak mahu keluargaku ikut bersama. Aku punyalah happy siap selfie dan boomerang bersama pastu upload di Instagram caption sweet je hahhahahha. Macam orang b***h. Tulah orang kata jangan mudah percaya sangat gambar selfie, caption sweet2 tuu. Bukan bermakna kita cukup ‘bahagia’ dengannya.
Ni lagi satu situasi yang berlaku kat aku pada hari raya tahun nii. Pergi beraya rumah maklang (ipar dalam keluarga) tapi maklang hanya duduk dalam bilik. Gaya macam tak nak layan kami yang datang beraya rumah dia. Tidak sediakan air langsung. Yee, aku tau rumah baru atas tanah arwah nenek. Kau tu menantu je tau. Jangan salah faham aku masih hormat dia sebagai makcikku. Tapi elok pulak kami dah habis beraya rumah dia baru laa dia nak keluar, kitaorang ni pun kat luar dah. Siap dengan senyuman lebar yang terukir. Alasan “nak cepat, nak beraya rumah mak dia(mak kepada makcik aku)”. Habis kami ni bukan keluarga dia ke diperlakukan begini ? Sepanjang aku berada di kampung, sudah tentu ingin melawat ke rumah makcik dan pakcik yang terdekat tapi apakan daya saat kami datang ke rumah maklang, pagar dikunci dari dalam dan tiada langsung pelawaan untuk kami masuk kerumahnya. Sedih. Kami hanya mampu duduk di luar di gazebo sahaja. Aku masih mampu senyum. Pergi rumah makcik satu lagi, diketuk pintu langsung tak terbuka. Bagus semua perangai kan. Mujur bawak adik sepupu aku yang baru 9 tahun dan 2 tahun bersama. Terus adik sepupu aku yang 9 tahun cakap “dah lah kak jom kita balik rumah nenek, kita datang nak masuk tapi tak bagi pulak. Duduk luar ni buat apa” terus lepas dia cakap kat situ tak tahulah makcik aku tu dengar atau tidak. Harap dengar. Jujur aku katakan, raya tahun ini tidak seperti yang aku gambarkan. Suasana dingin. Cukup dingin.
Nasihat aku buat anda semua, jangan kerana sikap ‘buruk’ kita, orang lain jadi mangsa keadaan dan rendahkanlah egomu, mohonlah maaf andai ada salah yang telah anda lakukan. Jangan biarkan ‘setan’ merenggangkan hubungan persaudaraan kita. Ingatlah, ahli keluarga anda juga ada hati dan perasaan. Hormatilah yang lebih tua. Kalau nak beraya tuu ajaklah semua keluarga yang ada. Jangan pulak kau diam-diam pergi antara 3 keluarga je sedangkan kau masih ada lagi 2 keluarga yang kau palaukan. Ingat yee… Mereka juga manusia yang ada perasaan. Ajaklah walau kau x suka salah seorang ahli dari keluarga itu. Sampai bila nak bermasam muka. Tak kesian ke kat arwah datuk dan nenek yang telah tiada. Andai mereka ada, tentu mereka sedih. Ingat yee, kita keluarga jangan pernah putuskan pertalian persaudaraan itu. Ubahlah sikap wahai anak2 Adam untuk kemaslahatan kira bersama. Nasihat untuk semua dan diri sendiri.
-Si cucu sulung
– Si Cucu Sulung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment