Assalamualaikum. hope admin dapat siarkan confession ni. saya nak sangat tolong orang kat luar sana yang sedang ikhtiar zuriat. Sebenarnya saya terkesan dengan kisah penantian itu manis buahnya. sungguh besar kesabaran puan ikhtiar zuriat. saya sangat respect. Kisah saya tidaklah seberapa. Tapi saya selitkan cara saya ikhtiar. Harap dapat membantu.
Sebelum saya kahwin. saya banyak terbaca pasal suami isteri yang ttc. Ada yang setahun. 2 tahun. 3 tahun. malah hampir 10 tahun masih belum dikurniakan zuriat. Ya Allah. saya amat terkesan membaca kisah mereka. Kadang-kadang saya jadi amat takut sehingga berfikir-fikir jika saya tak dapat berikan zuriat kepada suami selepas berkahwin.
Hari berganti hari. Akhirnya saya pun selamat mendirikan rumah tangga. Siapa yang taknak bunting pelamin kan. harapan saya gagal. sebulan berkahwin tidak lekat. Tak mengapalah. saya usaha untuk bulan seterusnya. Tetapi tetap gagal. Saya pelik saya dah makan folic acid tiap hari tapi kenapa gagal. Menangis selepas cik P datang jangan cerita la. Ditambah dengan senggugut yang serius. Saya rasa sakit sangat. Sebab sebelum kahwin saya tak senggugut. Saya lagi terkesan sebab kawan-kawan yang kahwin lebih kurang saya terus mengandung. Alahai senangnya. Alhamdulillah suami selalu ada di sisi. Tapi saya sedih sebab suami selalu menyalahkan dirinya dan kata dirinya tidak ‘sihat’. Dia asyik minta maaf kat saya banyak kali kalau saya sedih menangis. Dia sanggup beli dan makan supplement dari farmasi untuk ‘sperma lelaki’. Saya jadi serba salah melihat suami begitu. Dia kata dia tak boleh tengok saya sedih menangis. Tak mengapa dengan harganya yang agak mahal. Dia sanggup ikhtiar. Akhirnya saya redha dan kuatkan segala mental saya untuk menunggu cik P datang setiap bulan. Saya tekad tidak mahu menangis lagi di depan suami. Alhamdulillah saya berjaya lakukan tu pada bulan keenam berkahwin. Saya ok bila datang bulan. Sampai suami pelik dan bertanya. sayang ok ke?. Saya ok sebabnya period datang tepat pada waktunya dan saya tak lagi senggugut. baru saya sedar sebenarnya saya tak makan acid folic tu. mungkin sebab tu period saya lancar. Bila saya senyum kata ok dia pun senyum. Hehe. Baru la saya rasa bahagianya perkahwinan selepas 6 bulan tu. Saya tak stress dah.
Tak lupa juga nak bagi tahu sebenarnya stress saya hilang sebab saya sangat bergantung dengan yang maha satu. Dia jugalah tempat saya mengadu dan bermohon untuk dipermudahkan diberikan zuriat. Bangun malam tahjud. solat hajat, solat dhuha buat lah selalu. Hafal doa ikhtiar zuriat. Baca Al Quran. Saya buat semua tu.
Pada 1 hari iaitu seminggu sebelum Ramadan. saya terbaca kisah ttc seseorang di blog. Maka saya catitkan di atas kertas supaya saya senang refer. Cara dia ikhtiar banyak juga. tapi saya ambil beberapa cara yang saya rasa rasional tanpa keluarkan duit yang banyak. Apa yang saya buat. saya buat air jus buah-buahan tiap hari. Saya buat jus epal hijau sebiji tiap pagi atau malam. Saya juga buat susu diblend dengan kurma 5 atau 3 biji. minum pagi atau malam. Kalau saya minum jus pagi so minum susu kurma tu malam. saya buat hari-hari bermula hari saya datang bulan sampailah waktu subur. seeloknya buat ni sampai bila-bila. Selepas habis period saya minum segelas air kunyit yang dicampur asam jawa. Minum suam-suam. minum ni sekali je ye jangan banyak kali. Jangan minum air manis. Buang habit minum air manis. Setakat nak rasa-rasa tak apa. Banyakkan minum air masak/mineral. Minum banyak ikut berapa liter yang korang mampu.
Jaga pemakanan. Buang segala atok nenek fast food dalam peti ais tu. Kentang. Nuget. Sosej. Banyakkan makan sayur dan ikan. Saya tak makan acid folic sebab taknak berharap.
Dalam posisi bersama suami silalah pelbagaikan. Layan suami bukan sebab semata nak anak. Tapi layanlah suami dengan ikhlas sebab kasih sayang kita pada dia. Banyakkan buat pembacaan tentang ni. Saya tak berani nak cerita lebih pasal ni. Itulah cara saya usaha. Saya juga banyak sedekah pada bulan Ramadan lepas. siapa saja yang saya jumpa baby ke orang tepi jalan ke. saya hulur saja beberapa yang saya mampu.
Alhamdulillah tak sampai sebulan buat. cara tu rupanya berhasil. Bulan puasa lepas saya menunggu datang bulan. tetapi seminggu tak datang. akhirnya saya check upt test. Positive. Happy nya saya sebab doa saya Allah dengar dan makbulkan. Memang saya banyak berdoa pada dia. sebelum sahur. sebelum berbuka. Waktu berdoa yang dimakbulkan Allah dan saya yakin dengan tu. Alhamdulillah pada 21 Ramadhan saya dapat berita yang paling happy.
Saya start makan acid folic semula. Doakan baby dalam kandungan ni sihat. Amin. Harap cara dan usaha ni dapat membantu semua. Saya tahu saya bukan lah seseorang yang diduga hampir bertahun-tahun tidak punya zuriat. Tapi saya pernah merasai perasaan menunggu dan berharap untuk mengandung. Bersihkan hati dan berdoalah selalu. Tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Cuma cepat atau lambat sahaja. Jika tidak dimakbulkan mungkin kita ada banyak kesilapan dan mungkin kita belum lagi bertaubat. Saya doakan awak semua yang sedang ikhtiar zuriat untuk dipermudahkan dalam urusan ni. Aminn.
Sekian
– si peminta
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment