Assalamualaikum semua readers. Salaam lebaran. Terima kasih admin kerana approved perkongsian saya.
Saya nak kongsi kisah yg telah lama saya pendam selama hampir 4 tahun.alhamdulillah hampir 4 tahun hati makin redha dan pasrah atas segala ketentuan Allah.
Kisahnya begini, saya ada seorang abang ,satu ayah mak yg berbeza…abang saya ini, biasanya kami panggil yeop.
Yeop seorang abg yg baik..walau kami berbeza mak, tapi yeop selalu menjadi abang yang baik buat kami dan kadang2 kuat mengusik….tahun 2013 yeop telah ditemukan dengan seorang calon isteri oleh mak anjang, calon isteri yeop merupakan seorang janda anak satu berumur 33 tahun.manakala yeop ketika iu berusia 37 tahun…sebelum ini yeop telah ada calon,org jauh,tapi mak abah tolak sebab jauh.yeop memang anak yg baik.dia taat. Yeop setuju dgn calon mak sedara.kami adik beradik begitu gembira sebab akhirnya abang kami sudah lama nak tengok yeop bernikah.tak sabar nak timang anak yeop.masa berlalu..yeop selamat diijabkabulkan..aku masih ingat lagi detik itu, yeop berbaju nikah warna kelabu,segak bersongkok.kakak iparku juga cantik dan comel..dan itulah kali terakhir aku bertemu dengan pasangan pengantin yg sama segak dan sama cantik..
Masa berlalu,kerana masing2 mempunyai keluarga dan kerjaya, kami jarang bertemu.zaman itu,wassap pun takde lagi..satu pagi pukul 7pagi,suami aku dpt panggilan dari emakku,menyatakan bahawa yeop telah pergi…aku terkedu dan bingung..yeop dah takde…betul ke..otakku kosong…aku terpaku..mujur suami sedarkan aku utk maklumkan pd bos utk crk..dan aku mcm jadi org bodoh yg tak tahu nak buat apa selepas dengar berita itu..dlm kepala tergambar senyuman yeop di hari pernikahannya..hampir 6 bulan yeop bergelar pengantin baru..tatkala sampai rumah mak, jasad yeop telah ditahan di hospital kerana tiada ic…yeop kena bedah siasat …aku terus cuba utk hadam apa yg berlaku…alhamdulillah jasad yeop selamat sampai dirumah sebelum zohor..kulihat wajah yeop seperti org yg tidur, tersenyum dan dahinya berpeluh…aku cium dahi yeop..sejuk…yeop bangun yeop..hanya hati aku yg berbicara..mak sedara aku sempat sebut, arwah abang kamu ni banyak harta…aku terkedu..adakah dgn harta itu boleh hidupkan yeop…hanya terluah dihati..
Malam itu,tahlil pertama buat yeop,aku masih bingung utk menerima taqdir Allah..aku hanya ikut apa yg org buat..aku tunduk mulut mengungkap tahlil..selepas tahlil, makyang menyendeng siku ku..dan berkata, boleh tahan kakak ipar kamu kakyang, aku bertanya kenapa, makyang minta aku lihat kakak iparku arwah isteri yeop.ku lihat kakak iparku bertudung merah, baju dan skirt labuh warna merah menyala,cincin penuh di jari..tapi otakku tak mampu hadam..kerana aku masih terkejut dengan kematian yeop..seusai tahlil,aku lari ke rumah kakak yg hanya selang dua pintu..aku tak mampu duduk lama dirumah mak abah..terbayang kelibat yeop..sedihnya Allah yang Maha Tahu..tiba2 abah datang dengan wajah kosong dan mengadu kakk iparku nakkan beg fail dlm kereta arwah yeop..abah minta kakakku ambikkan..aku bertanya kenapa kakak ipar nak.abah hanya geleng kepala..aku mohon izin utk lihat fail arwah yeop..kulihat dlm fail itu lengkap segala dokumen geran rumah,kereta,motor ,insuran dan resit2 kesihatan sama ada hospital kerajaan,swasta dan tradisonal…aku mula pelik..yeop sakit apa sebenarnya..tebal resit perubatan hampir segenggam dan pelbagai saiz…ku susun satu- satu mengikut tarikh…akhirnya terjawab soalan yeop sudah mula sakit bulan disember 2013…ku baca laporan doktor pakar hospital swasta penang menyatakan yeop sebenar didagnosis ada masalah jantung dan dr beri tempoh 6 bulan..jika jantungnya tidak berfungsi dengan baik..yeop kena jalani bypass…yeop bernikah januari 2014..aku tanya abah dan kakak tahu tak berkenaan dengan laporan dr ..mereka terkejut kerana tak tahu langsung…aku mula curiga..kenapa ahli keluarga seorang pun tak tahu..kenapa kakak ipar tak maklumkan pd kami yeop kena tahan wad di penang..dan kenapa kakak ipar tak kongsi laporan.dr tu…kenapa kenapa kenapa
Aku mula jadi penyiasat..ku tanya pada kakak abah dan mak..apa sebenarnya yg berlaku sebelum yeop meninggal..yeop telah dihantar oleh isterinya kerumah mak abah 2 minggu yg lepas kerana kakak ipar tak tahan melayan karenah yeop,selama 2 minggu itu isterinya langsung tak jenguk suaminya,ic dan kad atm yeop isterinya pegang.duit pampasan dari company yeop rm15 k kakak ipar ambil dan dia cuma beri pd yeop rm200 masa yeop dihantar pulang ke rumah mak abah..
Aku mula curiga sikap kakak ipar aku tu..apa punya bini..suami sakit langsung tak jenguk,ic dan kad atm dia ambik,kemudian dia bercuti ke melaka dengan anak dan emaknya..otak aku tak boleh terima..
Hari kedua tahlil,kakak ipar aku join abah dan adik aku ke company abang utk maklumkan yeop dah meninggal..kakak ipar aku selamba tanya staff situ utk tuntut insurans yeop..staff kata pewaris adalah nama abah..kakak ipar melenting kenapa bukan nama dia sebab mereka dah nikah 6 bulan..kakak ipar tanya bagaimana nak tuntut,staff kata kena pergi hq di kl bawak abah atau ic abah dan surat kematian yeop. Sampai rumah mak abah..kakak ipar nak balik kl, katanya nak tuntut insuran yeop..mak abah terdiam…hati mereka masih kosong ..kehilangan anak…aku cakap pd kakak ipar..boleh tak tunggu sampai esok..selesaikan tahlil kedua malam ni…dia akur..kemudian kakakku, abang aku dikejar kakak ipar utk dia dptkan hp dan kunci kereta yeop..aku tak faham kenapa kakak ipar aku tu kelam kabut di saat kami bersedih hati…dia mcm tak sedih dengan pemergian suami dia..masa aku sampai rumah mak abah hari yeop meninggal..dia boleh baring diruang tamu dengan anak dia tengok kartun dalam astro…kepelikkan aku mula menimbulkan kecurigaan dalam kepala otak aku.. Peliknya dia.. Suami meninggal pakai baju merah.. Org sepatutnya berkabung bersedih, mengaji… Dia tak buat semua tu.. Dia memang pelik..
Aku terus tanya kakak mana hp yeop,aku baca mesej2 yeop dengan kakak ipar..patutlah yeop tak nak dengar pendapat abah masa isu harga cincin nikah..kakak ipar dah ugut yeop utk pilih dia atau keluarga yeop…yeop sanggup beli cincin harga rm2k ..abah pesan tak payah mahal sebab bakal isteri yeop bukan anak dara..yeop bangkang..rupanya kakak ipar dah ugut dalam mesej…baru aku tahu..padan le dia nak sangat hp yeop..ada rahsia yg dia tak nak kami tahu…
Hari ketiga kakak ipar aku nak balik jugak..aku panggil kakak iparku masuk bilik dan sembang face to face..aku tanya dia kenapa dia jadi janda..cerai hidup ke mati..katanya cerai hidup..sempat 2 tahun.suaminya jurutera.cerai sebab curang dengan officemate..katanya bekas suaminya kena ilmu P..penunduk dan pengasih….saya tanya apa yg berlaku sebenarnya dengan ..dia kata yeop suka marah2 dia,marah anak dia. Aku tanya dia tahu tak abang aku sakit jantung…kenapa akak nak kahwin dengan abang saya yg dr dah sahkan dia sakit jantung..dr bagi tempoh 6 bulan ..dan memang genap 6 bulan jantungnya bekerja…kemudian yeop pergi..kenapa akak tak bagitahu kami tentang laporan dr tu…kakak ipar aku boleh kata dia tak nak susahkan mak abah….aku kata yeop masih ada abah,mak dan adik beradik.benda ni bukan main2 ..kalau saya tahu laporan ni awal..saya akan jadi org pertama yg menghalang pernikahan ni berlaku..makruh nikah dengan org yg sakit..dia diam dan bingkas bangun nak balik..
Dia nampak abah aku, terus nak minta hp yeop..katanya nak simpan buat kenangan..abah masih terdiam..aku terus bersuara..akak, semua barang2 yeop hold dulu,dah tenang suasana kami bagi..bagi abah dan kami bertenang dan waras…mak kakak ipar aku mencelah..takkan hp pun tak boleh bagi..bagilah dia nak buat kenangan…aku jawab sabar makcik…abah saya ni lagi banyak kenangan dengan yeop…hak anak makcik jangan takut ..kami takkan ganggu..dia isteri yeop dia akan dpt hak dia..cuma saya minta bagi ruang keluarga saya bertenang..kami sampai sekarang sedang usaha terima takdir…mereka blah dengan muka bengang….
Yeop,maafkan kakyang sebab tak pernah jenguk pusara yeop…kakyang bukan tak nak jenguk..tapi kakyang selalu rasa yeop masih hidup…tapi raya tahun ni 2017…kakyang dah mula redha ketentuan ini…yang yeop dah pergi selamanya…inshaAllah tahun ini kakyang akan ziarah rumah baru yeop….selamat hari raya yeop..maafkan adikmu ini
Yang sentiasa menyayangimu dari kejauhan
Adikmu
Kakyang
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment