Saturday, 3 June 2017

Adab Sesat Mana?

PengakuanKu

Assalamualaikum, Salam Ramadhan kepada semua pembaca dan terima kasih kepada admin kerana sudi post confession aku. ini kali ke empat aku menghantar confession dan aku merupakan pelajar di sebuah ipta di pantai timur. sorry lah kalau post ni agak membosankan dan pendek je . Okay,berbalik pada tajuk aku iaitu Adab Dekat Mana? , adab yang aku nak cerita di sini ialah adab bergurau dan adab menegur.

Aku jenis yang easy going dan tak kisah orang nak bergurau tetapi biarlah bertempat. Masa kat universiti aku ada masuk persatuan badan beruniform dan adalah sorang mamat ni aku gelarkan dia sebagai Z. Zmerupakan pengerusi persatuan tu, seorang yang peramah dan senang cerita dia jenis masuk airlah. Tapi lawak-lawak dia adakalanya membuatkan orang menyampah ( tak semua tapi mostly annoying). Bila perjumpaan tengah dalam baris, orang lain serius, kau tiba-tiba buat lawak bodoh. bila orang lain bising kau marah pastu cakap pasal hormat semua, walaupun pun kau tak suka tetap kena hormat juga. habis kau? sebab itu lah bila perjumpaan aku paling malas nak dengar dia berucap sebab tak pernah serius. Masa pengajar kami ada pun dia sempat buat lawak bodoh. buat malu aje. Okay lah aku cuba nak bersangka baik mungkin tu cara dia nak rapat dengan semua orang.

Ada seorang sahabat aku cerita pasal Z yang jenis kalau bergurau tu tak sah kalau takde elemen lucahnya. Memang lah dia tak cakap straight to the point benda tu tapi dengar ayat dia pun tahu dah ada double meaning. kau nak cerita macamtu dengan member-member lelaki cukuplah, sampai dengan budak perempuan pun kau bergurau lucah tu apa cerita ? Kau budak kos agama tapi bergurau melampau macam tu. Member-member perempuan dia yang dengar tu boleh ketawa je. ketawa je. aku yang dengar ni pun malu sangat sebab tahu otak lelaki ni berfungsi macam mana kan. Ada satu masa tu dia cakap kat kawan aku,”Wei korang jangan percaya sangat dengan si siti ni, badannya je kecil tapi otak ‘kotor'”. Orang lain yang ‘takde otak’ tu mungkin anggap dia bergurau tapi bagi aku tak. boleh jadi aib benda tu. So sejak aku tahu dia jenis bergurau lucah, aku cuba untuk tak rapat sangat dengan dia.

Tentang adab menegur pula, ada satu hari tu aku post kat story ig yang berbunyi “mak kau tak ajar kau ke macam mana adab dengan perempuan? harapkan budak kos agama je tapi perangai tak elok”. lebih kurang gitulah ayat aku sebab masa tu aku geram sangat dengan si Z, macam-macam aku dengar pasal dia dari kawan-kawan aku. tak lama kemudian ada seorang mamat ni (bukan Z) post story kat ig dia yang berbunyi,”bukan student agama je perlu tunjukkan agama. dah tu mak kau mengandungkan kau, lahirkan kau anak haram yahudi ke? jadi orang agama yg tak membandingkan apa2″.

okay part anak haram yahudi tu memang melampau gak lah bunyinya. first, aku tak mention nama kau pun dalam story dan lagi satu mana adab kau, bahasa kau, kalau nak tegur orang bukan macam tu caranya. okay, ya mungkin salah aku juga sebab aku tiba-tiba up story dan ada sebahagiannya yang terasa ( memang salah aku, minta maaf ) . ada yang dm, tegur aku cara baik, tanya kenapa dengan story tu . tapi dia siapa nak panggil orang anak haram yahudi? mulia sangat dah ke kau ni sampai nak kata orang gitu?kalau bukan tuju kat aku pun atau tak kisahlah kau tujukkan story tu kat siapa-siapa pun tapi adab bro, adab dengan mana? Sebab tak nak bertindak kebudak-budakkan aku biarkan saja. dia nak orang hormat dia tapi dia tak nak hormat orang dulu.

itu baru sikit pasal dua orang lelaki ni, banyak dan ramai lagi sebenarnya yang perangai macam tu cuma aku tak nak cerita sini nanti kantoi lah identiti aku. Aku nak minta maaf jika cerita aku ada mengguriskan hati pihak-pihak tertentu. Akhir kata, Salam Ramadhan kepada semua umat Islam, semoga kita sentiasa diberkati Allah SWT. Terima kasih.

– Ayih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.