Thursday, 30 November 2017

Jangan Putus Harapan TerhadapNya

PengakuanKu

Aku biasanya seorang “silent reader” je tapi kali ni terdetik nak tulis sedikit sebanyak pasal diri aku. Tajuk yang aku tulis tu lebih kepada kisah hidup aku ketika aku menganggur. Sebelum ni, aku ada kerja yang bagus dengan gaji yang besar. Alhamdulillah…cukup untuk menampung segala keperluan. Aku bukannya pandai menyimpan pun jadi semuanya aku belanjakan. Duit yang aku belanjakan lebih kepada ahli keluarga dan orang-orang di sekeliling aku. Hakikatnya, orang ingat aku sentiasa berduit padahal orang tak tahu aku bekerja siang malam nak cari duit. Aku kerja penat-penat sampai 3-4 kerja sehari dan takde cuti rehat semata-mata nak cukupkan keperluan keluarga dan menampung hidup sendiri. Tapi yang sedihnya, ketika aku menganggur dan berada di “lowest point” dalam hidup, masa itulah aku kenal siapa saudara, siapa kawan.

Ketika aku menganggur, aku bernasib baik kerana aku masih boleh bergantung dengan kerja-kerja sambilan yang aku dah biasa lakukan selama ini. Boleh la nak bernafas sedikit dan tak ada la di tahap melarat. Cuma “melarat” dari segi bayaran balik hutang. Sentiasa tak cukup nak bayar kesemua hutang. Kalau minggu ni boleh bayar..minggu depan terpaksa hutang sebab kena bayar hutang lain pulak yang tertunggak.

Tapi satu perkara yang aku pegang dari dulu sampai sekarang. Jangan putus harapan terhadap Allah. Kalau keluarga..kawan-kawan tak ada di samping kau masa kau susah, jangan susah hati. Allah sentiasa ada dan sentiasa dekat dengan kita. Atas sebab itu juga, walaupun aku sudah nampak secara terang-terangan sikap orang di sekeliling aku…aku pekakkan telinga, butakan mata dan kuatkan hati. Aku cuma mengadu kat Allah. Aku percaya suatu hari nanti Allah akan bukakan pintu rezeki untuk aku. Kadang-kadang “frust” jugak. Terutamanya apabila aku dipanggil untuk interview dan memang aku berpeluang cerah untuk dapat pekerjaan itu, tetiba pulak tak jadi. Tapi aku cuba positifkan diri dan anggap bahawa Allah tengah “reserve” pekerjaan paling best kat aku. Jadi jangan buruk sangka dengan Allah tau. Sentiasa anggap perancangan Allah yang terbaik.

Aku pun bukannya baik sangat atau alim sangat. Banyak lagi kekurangan dalam diri aku sebagai seorang muslim. Tapi dari dulu sampai sekarang, aku suka mengamalkan sikap bersedekah. Aku anggap duit aku ni adalah duit orang lain. Tak perlu rasa sayang pada sesuatu yang bukan milik kita. Bayangkan..makan nasi ramai-ramai, kan seronok? Haa, macam tu lah yang selalu aku buat. Walau sedikit mana atau sebanyak mana duit yang aku ada..aku cuba sedekah atau bagi orang lain merasa sama duit yang aku ada tu. Alhamdulillah…setakat ini, takde lagi kesempitan sampai tahap nak membunuh diri atau tekanan sampai nak gila. Masalah bukan takde tapi rasa boleh je mengatasinya. Walaupun yang sedihnya orang yang sentiasa aku bantu, tiada di saat aku memerlukan…aku belajar sesuatu yang berguna iaitu, jangan letakkan harapan kat manusia. Kalau kau letak harapan kat manusia, kau akan kecewa. Jadi aku tetapkan dalam diri aku supaya jangan mengharap balasan segala perbuatan baik yang kau buat kat orang sebab bagi aku, bila kau buat sesuatu yang baik dan tolong orang dengan tujuan orang tu tolong kau, mende ni dah jadi tak ikhlas. Ikhlas tu adalah buat sesuatu untuk harap keredhaanNYA, bukan sebab nak balasan. Bermula daripada itu, aku teruskan usaha aku untuk tolong orang lain dengan tidak mengharap balasan pun. Yang paling penting, hati aku jadi lapang selapang-lapangnya dan gembira.

Apa yang bagus daripada perkara yang aku buat, aku rasa lebih tenang, yakin, kurang penyakit hati dan sentiasa berlapang dada. Rezeki pun datang tanpa diduga. Memang betullah apa yang Allah janjikan sekiranya kita bersedekah. Ketenangan jiwa tu yang penting. Duit boleh dicari bila-bila masa. Buat sesiapa yang telah meninggalkan aku ketika aku susah, aku tetap berterima kasih. Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa pada saat aku mati nanti, aku tetap akan seorang diri mengadap Tuhan. Tiada kawan, tiada saudara-mara. Aku tak mahu berdendam dan aku pun sudah maafkan semua orang yang pernah melukakan aku. Bagi aku, masa di dunia ni terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membenci, mendendami orang lain. Lebih baik kita buat sesuatu yang bermakna, betul tak?
Maafkan aku jika apa yang aku tulis kali ni macam bosan. Mula-mula aku nak tulis pasal sikap manusia..selepas tu aku rasa macam tak perlu la aku panjangkan lagi perkara yang lepas. Lebih baik aku fokus dengan apa yang aku ingin capai dan semoga dengan apa yang aku tulis kali ni, lebih ramai orang yang mendapat manfaat dan meneruskan sikap suka bersedekah dan tidak putus harapan terhadap Allah.

– Chiron

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Meniru Dalam Exam

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hai semua.

Benda ni dah lama bermain difikiran aku sebabnya aku juga tergolong dalam golongan orang yang pernah meniru/ditiru dalam test dan exam.

Habit ni sebenarnya bermula dari zaman sekolah lagi. I still remember the very first time I cheated in exam. Masa tu paper maths darjah berapa tak ingat and it’s objective paper. Aku bukanlah pelajar yang bijak pandai pun masa tu so my result was always average. Tapi that one day masa tengah jawab paper maths, aku tak cukup masa dan ada banyak soalan lagi yang belum berjawab so I actually made a tremendous effort to cheat. Kebetulan masa tu paper orang depan macam kebawah sikit and aku boleh nampak jawapan dia. So sepantas kilat aku meniru tanpa rasa bersalah pun masa tu. Bila keluar result tak payah cakap la. Memang terbaik. Walaupun lepas tu sebenarnya ada rasa bersalah sikit but with good results I became ignorant about it. Benda tu buat aku seronok. Well benda haram kan

Tapi aku taklah sentiasa meniru. Selalunya tak pun. Fast forward, bila masuk Universiti, masa tu dah pandai sikit so aku jarang meniru but instead ditiru. Dan aku dengan rela hatinya ditiru. Sebab murah hati ke? Tak. Sebab perasaan riak yang merebak di dada. Hati aku dah hitam masa tu. Aku bangga sebab kawan kawan aku tiru jawapan aku which led to another misconception of being ‘intelligent’. Rasa macam aku lah yang paling pandai dalam kelas tu. Tapi aku silap. Aku bodoh sebenarnya

Sampailah semester 5 atau 6. Ada seorang lecturer yang sentiasa punctual dan kalau kelas dia 3 jam memang 3 jam lah dia buat. Unless kalau ada sebab tertentu. Dia pernah cakap, even 5 minit terlambat pun benda tu tetap akan dihitung kelak. Sebab itu adalah tanggungjawab dia. Jangan pernah main main dengan tanggungjawab. Same goes to the students. Dari sekecil kecil assignment sampai lah exam, semua tu tanggungjawab as a student. Just make it simple, kita datang belajar ni adalah amanat dari Allah dan juga ibu bapa. Sekali kita melanggar amanat tu maka berdosalah hukumnya. Aku sebak, berapa kali aku meniru dan ditiru. Ponteng kelas tak payah cakap lah.

So aku cakap pada diri aku sendiri, walaupun dah agak terlambat, aku akan cuba untuk jadi seorang pelajar yang baik. Jadi aku terapkan rasa kejujuran dan aku niatkan aku buat semua ni kerana Allah Taala. Aku bukanlah dari keluarga yang alim ulamak tapi alhamdulillah ibu aku sentiasa pesan untuk sempurnakan solat dan menutup aurat dan harus sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap benda yang kita buat.

Bila aku sambung master in coursework, aku dah buang perangai lama masa degree. I tried my best though it wasn’t perfect. Coursework ni dia ada masuk kelas plus research. Lebih kurang macam masa degree but it was a whole another level. So dalam kelas aku ni ada pelbagai jenis manusia. Mostly yang datang dari professional background. Takde yang direct entry. Long story short, tibalah hari test. To my surprise, the so-called engineers/exec dan sebagainya ni meniru. Dan ada yang cuba meniru aku juga. But I refused untuk meniru dan ditiru. Bila habis test, semua cakap aku kedekut. Aku dengan jujurnya bagitau asbab untuk kenapa aku taknak meniru dalam test ni. Then dorang cakap, benda ni normal. Bila dah bekerja pun corruption is everywhere. Itu aku tak nafikan.

Pernah sekali tu, company yang aku pernah bekerja mengamalkan ‘No gift policy’. Even ada Universiti buat site visit pun kami tak dibenarkan terima apa apa hadiah. I respect the company for that. Tapi sesuatu yang buat aku tersentak bila time solat jumaat. Big boss tak solat, dengan anak anak buah semua tak solat. Aku rasa macam nak mengamuk masa tu walaupun aku perempuan. Aku diamkan je. Aku nak tegur pun masa tu masih baru mula bekerja. In the end I decided to leave

Oklah. Sebenarnya aku just nak share pengalaman. Sejujurnya aku sedih dengan semua situasi yang aku pernah hadapi. Aku sendiri pun pernah melakukannya. Kawan kawan, please doakan supaya Allah ampunkan aku dan kita semua. Semoga setiap sen yang kita terima ni adalah dari sumber yang halal. Amin

– Cik Limau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Wednesday, 29 November 2017

Bukan Semua Kecacatan Dapat Dilihat

PengakuanKu

Assalamualaikum, saya ingin berkongsi kisah, saya harap admin dapat siarkan untuk tujuan kebajikan serta kesedaran masyarakat dan menyuntik semangat pada yang terlibat.

Kisah ini, yang saya pasti bukan saya saja yang mengalaminya di Malaysia sekarang. Saya hanya mampu mengadu kepada Tuhan, dan saya sayangkan keluarga saya dan teman yang memahami dan cuba untuk memahami apa yang ‘kami’rasa. Ya kami, secara keseluruhannya. Kami adalah pesakit bagi penyakit yang jarang dikenali di Malaysia ini yang menjejaskan 1 orang didalam 500 ke 2000 populasi manusia iaitu Keratoconus. Saya juga menulis teks ini bersempena Hari Keratoconus Sedunia pada 10 November yang lepas.

KERATOCONUS

Keratoconus ialah satu penyakit mata dimana kornea mata pesakit yang mengalami penipisan serta perubahan bentuk seperti bujur / kon ke depan dan mengakibatkan masalah penglihatan mata yang teruk. Penglihatan menjadi kabur, dalam masa yang sama objek atau subjek yang dilihat boleh jadi lebih dari 1, 8 pun boleh jadi. Even sedang menulis/menaip ni pun terkebil-kebil mata. Apa yang membuatkan ianya melemahkan semangat pesakit ialah keadaannya tanpa kita sedar, akan beransur-ansur bertambah teruk sehingga berpuluh tahun lamanya. Dengar bunyi macam biasa pada orang lain, dan orang akan mengesyorkan “buatlah rawatan lasik ke, laser ke” Kami sebenarnya sudah penat mendengar cadangan sebegitu, kerana kami tahu, doktor pakar mata pun tahu, bahawa ianya tidak akan membantu. Untung bagi mereka yang awal mengenal pasti dan masih di tahap awal penyakit Keratoconus ini kerana masih boleh melakukan beberapa cara rawatan yang kurang berisiko seperti crosslinking, intact, dan pemakaian contact lens keras scleral. Tetapi bagi advanced stage seperti saya ni, sampai ‘power’ cermin mata pun dah terlebih had daripada apa yang supplier dapat bekalkan, pakailah yang paling maksimum. Tu pun masih tak berapa nampak sangat, muka jangan cakaplah, dah macam singa laut bila pakai spec tebal macam tu. Advanced stage yang saya serta rakan-rakan di luar sana alami ini meninggalkan kami dengan pilihan terakhir, iaitu pembedahan pemindahan kornea yang sangat berisiko. Bagaimana tahap risiko yang boleh dikatakan, senang cerita Doktor Pakar Mata Konsultan sendiri berat hati untuk melakukannya. Risiko dari segi kesesuaian sel, komplikasi dalaman dan jangkitan kuman. Kadang-kadang, pernah terdetik di hati saya. Rasa nak mati jer astaghfirullahalazim, tapi mula lah sedih, teringat amalan kat dunia pun tak cukup lagi… 

CUBA BERAKSI NORMAL

Baiklah, sebenarnya apa yang buat kami sedih bukanlah sebab rawatan atau apa. Cuma kehidupan kami yang sangat berbeza dengan orang lain, tapi orang lain takkan faham dan nampak.. adakalanya pepatah Inggeris amat tepat dalam situasi ini, “Not every disability is visible”

Adakalanya.. kami ingin memandu kereta seperti orang biasa. Ada yang bila nak belok simpang, terpaksa teran mata untuk tengok kereta kiri dan kanan, pernah sekali nampak macam takde kereta sebab kereta hampir sama warna dengan jalan tar, sekali dah masuk simpang kena hon, nasib baik kena hon, kalau kena langgar, Allahu. Ada yang kepalanya sakit bila cuaca terlalu panas dan silau. Ada juga yang hampir menggadai nyawa terlanggar sesuatu yang mereka tak nampak dan terlepas simpang membayangkan seperti ada satu jalan yang lain terutamanya di waktu malam. Ya, itu kisah di jalan raya.. Nak jalan mana-mana mesti nak kena ada handphone buka Google Maps (bila tak tahu jalan) sebab tak nampak signboard, itupun kalau dalam kereta letak di phone holder masih nak bukak full volume atau pakai handsfree sebab masih tak nampak skrin handphone!

Ada ketika, dengar macam ada bunyi manusia memanggil nama “Oiiii Si Polannnnn” tapi serba salah samada nak menyahut atau tak sebab memang kami tak nampak siapa yang panggil. Buat-buat tak dengar je lah. Pernah sekali tu ada kawan panggil dari jauh, kita pun ‘ter’menyahut buat-buat kenal padahal tak cam muka ni, dah jalan dekat sedekat jarak 3 langkah, baru lah nampak wajahnya, buat-buat tegur macam dah lama nampak dari tadi.

Bila berjalan pula, malu. Kadang2 tengah turun tangga pun terkebil-kebil fokus kat anak tangga, nasib tak baik tersilap pijak malu kat depan gadis2 dan abam2. Kalau malam, rasa takut nak keluar sebab tak nampak, longkang depan mata pun dah teragak-agak nak melangkah.

KERJAYA

Kisah pekerjaan. Ada yang ingin bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau pentadbiran, tapi terpaksa kerja dua tiga hari saja sebab gerak kerjanya yang lambat kerana matanya meliuk-liuk mencari fail, mencari-cari dimana dokumen itu ini dalam tempoh masa yang lama, atau kadang-kadang bila fokus lihat sesuatu objek tu, tumpuan penglihatannya hanya tertumpu disitu sahaja, sehingga hampir 70% bukaan penglihatan lainnya tertutup. Pelanggan datang pun boleh tak sedar! Yang ingin bekerja di bahagian operasi, lagilah. Kadang-kadang syarat sahaja sudah perlukan penglihatan yang baik. Belum ditambah dengan sakit kepala disebabkan terlebih waktu kerja. Kadang2, kami rasa kami tak mampu untuk kerja makan gaji atau dengan mana-mana syarikat kerana kami takut tak dapat capai expectation dan performance yang diperlukan. Sampai satu masa, semangat tu hilang, timbul rasa putus asa, putus asa dalam kerjaya dan hidup. Ada di antara kami yang cuba untuk memulakan perniagaan sendiri kerana tak mampu mengikut rentak bekerja syarikat2 kerana penyakit ini. Kami cuba berbuat apa yang kami mampu dengan cara kami sendiri, dan ianya tidaklah mudah kerana masih berhubung kait dengan dunia luar yang pesat dengan arus kemajuan. Still, kami cuba mengejar, walaupun dengan langkah perlahan.

SIAPA KAMI?

Kami terdiri dari pelbagai demografi, ada yang menjalani kehidupan sebagai seorang ibu, ayah, anak sulung, anak tunggal, bongsu, perempuan, adik lelaki dan sebagainya. Ada yang mula perasan penyakit mereka ketika stage awal dan ada yang ketika sudah kritikal. 

PALING SUPER SEDIH

(kami bahasakan diri kami sebagai “kau” untuk anda faham dan cuba meletakkan kaki didalam kasut kami)

1) Perkara yang paling menyedihkan setakat ini ialah bila kau dah struggle dengan penyakit yang ada, belajar tinggi2 sampai Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, tiba masa nak masuk alam pekerjaan dah jadi dua hal. First, lambakan graduan di Malaysia ni, Second kau tahu yang kau memang tak mampu nak compete dengan lambakan graduan ni dengan kekurangan yang kau ada.

2) Kau mungkin dianggap sebagai seorang pekerja yang tidak berprestasi baik oleh bekas majikan kau disebabkan faktor prestasi, tempoh kerja kau yang tak berapa lama dan tak mampu bertahan macam orang lain walaupun kau dah cuba yang terbaik.

3) Kau seorang anak yang pada awalnya bercita-cita besar untuk membalas jasa ibu bapa kau ketika mereka sudah tua, bercita-cita untuk mendapat kerjaya yang baik, peroleh kewangan yang baik, untuk menjaga orang tua sebagaimana mereka menjaga kau ketika kecil. Kau mula stress fikir pasal diri kau nak jadi apa, ada yang umur dah meningkat tapi masih keluarga even adik-beradik tanggung kau! Kau malu, malu dengan mak ayah, adik beradik, masyarakat, kau takde motivasi, putus asa, rasa tak mampu nak buat apa-apa, rasa diri kau tak berguna lagi. Tapi jauh dalam sudut hati kau, kau nak sangat hidup normal macam orang lain, ada pekerjaan yang baik, bercampur dengan komuniti, dapat belikan mak ayah barang-barang keperluan, belikan adik-adik itu ini, bawa mereka jalan-jalan dan banyak lagi.

4) Tekanan perasaan yang di alami sangat menyedihkan tetapi kau tak mampu nak bercerita dengan orang sebab kau taknak dianggap menagih simpati, kau taknak dianggap lemah di mata masyarakat. Tapi di setiap penghujung hari sebelum melelapkan mata, kau sedar yang kau memang lemah, kau mungkin perlukan sedikit simpati.. Sebagai suntikan semangat untuk terus hidup di bumi Malaysia yang kaya raya ekonomi maju ini. 

[ Pernah sekali saya berborak sesi luahan perasaan dengan seorang sahabat yang juga mempunyai Keratoconus katanya “Tension la bro, bawak kereta sikit-sikit nak excident, kerja tak boleh buat, apa pun tak boleh, rasa tak guna dah hidup ni,  tiap-tiap hari saya menangis je”]

5) Kau jugak sayangkan pasangan kau, tetapi kau bimbang masa depannya tidak cerah untuk bersama dengan kau. Apetah lagi penerimaan keluarganya untuk manusia kekurangan seperti kau. Kau sendiri takut kau takkan dapat berikan kebahagian dalam hidupnya.

KESIMPULAN

Diharap sedikit luahan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat yang mungkin pernah berurusan, atau bakal berurusan dengan komuniti ‘kami’ (Kami bukan lah Mutant atau apa2) Kami juga berharap agar penyakit Keratoconus ini mendapat perhatian yang lebih dikalangan masyarakat dan para Pakar Perubatan dari sudut kajian dan teknologi rawatan yang baru atau lebih terperinci. Kepada insan yang membaca teks ini, silalah jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Anda mungkin tidak tahu perit seorang pesakit yang memaksa diri untuk menikmati sebuah Pancaindera dari Allah SWT. Jadi jaga lah ia, buat yang dah berkaca mata tu, pergilah check di Klinik Pakar Mata Ofttalmologi awal2, mencegah lebih baik dari mengubati. Doakan kami pesakit-pesakit Keratoconus Malaysia agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Terima kasih admin dan para pembaca. Assalamualaikum.

– Syrup

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hidup Kita Berbeza

PengakuanKu

Assalamualaikum semua..

Saya adalah seorang pembaca setia iiumc..Semalam saya ada baca pasal seorang brader yang ada saving sebanyak 6 angka..

First of all,brader..Saya nak ucapkan tahniah..Semoga anda dimurahkan rezeki ye..Semoga simpanan anda itu betul2 membawa manfaat dan digunakan sebaiknya..Berbaktilah kepada ibubapa anda.

Saya tau anda anak yang baik..Pedulikan apa orang nak kata.

Ok. Now saya nak kongsi pulak tentang diri saya.

Nama saya Wina. Umur saya 23 tahun..Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

Masa saya study..Mak saya keje jaga tandas je kat satu kedai makan ni. Mak saya dah tua tau. 60 lebih dah..

Masa mak saya lahirkan saya,umur dia 40 lebih gitulah. Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik..Dan jarak usia antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh.

Saya dengan kakak atas saya pun beza 15 tahun. Kiranya mak cakap saya ni accidently lah. Tapi mak cakap nilah kebetulan yang paling membahagiakan..

Sebabnya di usia senja mak,mak ada peneman..Saya lah tu. Ayah dah lama takde..Masa tu saya sekolah rendah lagi.

Masa saya study dulu,saya rasa kesian sangat dekat mak saya..Sebabnya walaupun dah tua dia korbankan tulang empat kerat dia untuk saya..Supaya saya dapat belajar dengan selesa.

Mak kerja kuli2..Kadang2 bila balik bercuti saya tolong dia. Bila saya dekat kolej,saya selalu menangis rindukan dia. Risaukan dia. Plus dia ada sakit thyroid..Malam2 dia tersedak kan. Saya risau kalau dia terbatuk,takda sapa nak hulurkan air.

Bila solat,saya doakan dia..Sampai menangis. Saya minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik..

Abang-abang saya kerja kerajaan..Sorang navy,sorang airforce. Diorang jarang balik..Dua2 dah kawin..Kakak saya pulak surirumah tangga.

Saya faham diorang jauh..Sibuk kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan. Anak bini. Tapi saya kekadang terasa jugak..Bila balik,mesti komplen. Rumah mak ni semak. Rumah mak ni buruk,kotor lah.

Kecik hati mak..Bila bercakap selalu yang pedas2. I feel her..Kerja keras untuk besarkan anak bongsu. Sedangkan anak2 keje gov kan. Sembang kencang gaji ribu2..Kereta brand tempatan tak main lah. Tapi mak? Mak kerja jaga tandas.

Habis je belajar..Saya terus balik kampung..Dan cari kerja dekat2 dengan rumah. Alhamdulillah..

Harini saya gi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Saya hepi gila masa tu.

Saya terus peluk mak..Walaupun dapat keje kedai hardware je. Hahaha. Basic pun adalah rm1200..

Teringat masa dapat gaji pertama..Sebab baru kerja..10 hari je. Pastu hari gaji kan. Saya gi cek ada rm600. Saya seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Hahaha. Bila teringat mengalir air mata..Sedih ada. Seronok ada.

Saya teringat opah kata. Kalau dapat gaji pertama,bagi dekat mak sikit. Saya siap beli angpau raya. Excited punya pasal. Saya bagi dekat mak rm250..

Mak,Wina dah dapat gaji ni. Ni Wina belanja mak. Saya taktau kenapa rasa nak nangis bila remind benda ni.

Mak sebak sangat. Mak tolak,mak kata simpanlah untuk Wina..Saya bagi jugak..

Saya kerja pagi sampai malam..Cuti sehari seminggu. Bila hari cuti saya bawak mak ronda naik motor..Pegi pekan beli barang dapur.

3 bulan lepas saya kerja..Saya pujuk mak berhenti kerja..Saya nak dia rehat,tanam pokok kat rumah. She really loves planting. Dia pun dah tua..Saya dah habis belajar. Saya dah kerja..Ya,mak berhenti kerja.

Mak berehat saja. Seperti seharusnya.

Saya pun gembira di tempat kerja. Kawan2 saya baik hati. Kekadang ada jugak selisih faham. Alah. Biasalah.

Saya kerja rajin2..Sebab target nak beli kereta. Saya ambil lesen. Lepastu lama jugak menyimpan,baru dapat beli kereta.

Dalam 7 bulan kerja,saya beli kereta kancil. Saya nak tergelak sangat. Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted takde. Dah macam akuarium.

Saya perbaikilah sikit2..Yang mana mampu. Kereta tu saya beli cash..Yang penting maklah orang yang paling hepi.

Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta. Kadang2 cuaca hujan,bila naik moto basah kuyup kami berdua. Tapi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami.

For me,mak lah bestfriend saya. Saya takda kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa. Tapi saya ni macam introvert. Tak reti nak sembang apa. Nak buka isu apa. Cuma hai2 bye2 gitu jelah.

Ada kawan masa kolej. Ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. Tapi lama dah tak jumpa..

Saya tak kisah orang nak kata saya takde life ke apa. For me,inilah life saya. Even orang kata duduk dengan mak tak pandai berdikari. Sewa rumah takyah bayar. Bil api air ditanggung beres. Err. Suka2 je kan. Mandai je. Buat dosa kering cukup mau. Hello saya bayar ye bil api air since bukan mahal pon. Saya dan mak saja.

Tak kata orang luar..Adik beradik sendiri pun mengata. Mak tu manjakan sangat adik. Ahahaa.

Kadang2 pedih rasa hati ni..Dan kadang2 rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau?

Kau rasa kasih sayang abah sampai kau kahwin,kau ada anak..Aku? Aku sekolah rendah abah dah takde.

Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil..Aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan..Aku bermotor tengah hujan..Aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup.

Kau ambil lesen abah bayar..Aku? Aku kerja aku kumpul duit sendiri..

Kau masuk kolej abah hantar abah ambil..Aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku..

Kau kerja gov pun pakai kabel..Yang interview tu kawan abah..Aku? Aku pegi mintak kerja sendiri..Aku kerja cari rezeki yang halal untuk bahagiakan mak..

Yee. Itu kata hati saya..Yang saya pendam sekian lama. Tak mampu nak meluah..Telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja..

Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat..

Duduk dengan mak tayah bayar sewa rumah..Yaa itu bonus. Tapi selebihnya saya cuma nak spend masa banyak2 dengan mak. Saya cuma nak peluk dia setiap malam..Nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari2..

Bila hari cuti bawak mak berjalan..She loves shopping very much. Kami tengok wayang bersama. Especially horror movies..Dia suka cite hantu.

Saya terlalu sayangkan mak saya. Saya nak bahagiakan dia..

Walaupun takdelah kaya tahap boleh travel 30 negara. Huhu. Tapi hidup saya bahagia..Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi taktaulah pulak lepas travel merata ni jadi riak takbur..Makin sempit tengok otak.

Bahagia ni universal..Ada orang bahagia travel. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang.

Saya? Saya bahagia dengan mak saya. Saya tau jasa dia melahirkan dan membesarkan saya takkan mampu saya balas. Tapi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni,saya nak sangat berjalan dengan dia jauh2..

Jadi takyah la kita compare2 life kita. Nak kecam2 sana sini. Kalau betul bahagia,teruskan..Semoga kebahagiaan melimpah ruah.

Kalau boleh saya pun nak jadi macam confessor 6 angka tu. Tapi maklumlah. Saya tak dapat kawal nafsu makan dan membeli belah saya. Hahaa. Saya kagum lah cemana dia boleh sejimat itu.

Saya ada jugak saving..Kot ada emergency ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi taklah seekstrem beliau..

Alhamdulillah..Berkat doa mak. 3 tahun dah saya kerja. Saya bertahan dengan pelbagai dugaan..Saya dinaikkan gaji dan pangkat..

Saya renovate rumah mak ni sikit2..Pasang tiles. Cat baru..Supaya mak selesa..Dan supaya abang2 saya tak kata rumah mak ni buruk lagi.

Last but not least..Saya doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki..Dan semoga anda doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik selalu.

Ingat ya. Life kita berbeza..Jangan berani kata orang takde life. Tak travel,tak lepak dengan kawan..Bukan makna takda life. Tapi life kami lebih kepada ibu ayah kami.

– Darwina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Body Language

PengakuanKu

Baru-baru ni ada saya ada membaca sebuah buku bertajuk ‘I Know What You’re Thinking’ hasil penulisan Lillian Glass. Secara asasnya buku ni menceritakan macam mana kita nak membaca fikiran orang atau emosi seseorang yang kita sedang berdepan. Oh ya, bila sebut tentang baca fikiran, jangan salah faham pula. Jangan tafsirkan fikiran ni seperti dapat mengetahui masa silap atau setiap butir perkataan yang terlintas dalam fikiran. Ini bukan magik atau Nujum Pak Belalang. Cukuplah kita dapat tahu emosi sebenar yang tersimpan kemas dalam dada mereka walaupun pada luarannya, mereka kelihatan gembira, supportive atau relax.

Lebih mudah kalau orang yang kita sedang bercakap itu berada di hadapan kita, bukan ‘on the phone’ atau bukan di dalam media-media komunikasi seperti di Whatsapp yang memaparkan emoji-emoji yang pelbagai. Selain itu, kita pun kena peka dengan ‘gesture’ atau bahasa badan orang tersebut. Kalau kita tak guna skil ‘observe’ pun tak jadi juga. Saya tak dapat tulis semua sebab memang banyak isi-isi dia jadi saya hanya menulis mana-mana point yang menarik. Maaf juga kalau apa yang saya tulis nanti bercampur bahasa inggeris sedikit sebab risau pula lain maksudnya bila terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Berikut adalah situasi-situasi atau gesture manusia:

1) Menguap semasa perbualan

Tinggi kemungkinan orang akan fikir kita tengah bosan dengan perbualan tu. Tetapi psikologis yakin bahawa menguap semasa berbual mempunyai maksud lain selain bosan.

Apabila kawan kita membincangkan isu yang kita yang tak mahu nak deal with, secara tak sedar kita sering menguap untuk mengelak daripada subjek isu tersebut. Ini dipanggil sebagai ‘escape mechanism’ manusia semasa berhadapan dengan sesuatu yang susah, menyakitkan atau isu yang stress.

(It may be an escape mechanism used for not confronting difficult, painful or stressful issues. They subconsciously yawn in order to avoid the subject.)
Contoh, seorang bapa dipanggil oleh cikgu sebab anaknya yang bermasalah di sekolah. Sepanjang sesi tu, si bapa asyik menguap sahaja. Dari sudut psikologinya, si bapa tak dapat deal dengan kenyataan yang dia tu terlalu permissive dan bapa yang kurang prihatin.

2) Jealous atau gembira sebenarnya?

“Oh kau mengandung lagi? Aku gembira dengan berita ni. Bestnya korang ada baby nanti.” Kata Anita sambil menelan air liur (gulping) selepas mendengar Nisa mengkhabarkan berita bahawa dia mengandung lagi. Dengan nada suara yang monoton dan ‘hard swallow’ (gulping) – di mana halkum akan bergerak atas dan bawah, adalah sesuatu yang nyata untuk memberitahu apa sebenarnya yang Anita rasa tentang Nisa. (Lagi mudah kalau nak tengok kat lelaki kan. Halkum terang lagi bersuluh. Kalau perempuan, halkum kecik, pakai tudung pulak.)

Selain berasa gembira dengan berita Nisa, dia juga berasa cemburu. Anita dalam situasi ‘shock’ dan ‘autonomic nervous system’ ambil alih. Maksudnya ia adalah satu tindak balas spontan. Kalaulah dia boleh berlaku jujur, maka ayat inilah yang keluar “Aku tak boleh terima dah. Aku cemburu dengan kau. Kau dapat semua yang kau nak dan sekarang kau nak dapat baby. Tengok aku ni, kahwin pun tak lagi.
Pesan penulis: Next time when you meet someone new or you tell someone something great that’s happened to you, watch the neck. It will reveal what they really feel about you.

3) Kelip mata secara berlebihan

Ia adalah sign bahawa kita sedang risau, nervous atau insecure. Boleh juga menjadi sign bahawa seseorang itu tidak memberitahu perkara yang benar atau merasakan apa yang kita katakan tidak dipercayai oleh orang lain.
Dalam situasi student, contoh, kita ingat semua assignment dah siap. Tiba-tiba groupmate cakap rupa-rupanya ada satu submission yang kita tak buat. Kita automatik pandang depan dengan pandangan yang kosong, mata kerap berkelip sambil berfikir macam mana nak siapkan secepat mungkin. Ia menandakan kita tengah nervous.

4) Mata memandang ke arah ‘atas kiri’

Keadaan ini berlalu bila kita nak cuba recall memory kita; apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Cikgu-cikgu atau pensyarah boleh tengok keadaan ni masa student tengah jawab exam.

5) Mata memandang ke arah ‘atas kanan’

Keadaan ini berlalu bila kita nak cipta sesuatu gambaran/fikiran yang baharu. Senang kata, ketika berimaginasi atau ketika brainstorming. Masa ni otak kita menggambarkan sesuatu peristiwa yang tak pernah berlaku. Pihak polis sangat aware dengan eye-position ni terutama sekali apabila mereka sedang menyoal siasat penjenayah. Semasa exam pula, kalau lecturer atau cikgu perasan eye-position macam ni kat student mereka, get ready lah dengan jawapan yang tak pernah mereka ajar, fatwa merepek-merepek, atau wujudnya hadith-hadith palsu baru pada abad 21 ni.

Sebenarnya ada banyak lagi. Nak tulis setiap satunya pun sangatlah panjang. Kalau nak lagi info pasal body language ni, I’m happy to share. Dalam buku ni pun ada cerita juga tentang emotional hands, leg reading, walk reading, what you wear, dan facial codes. Selain itu ada juga disebut tentang personality types seperti 1) The Victim, 2) the Narcist, 3) The Liar, 4) The Snob dan lain-lain.

Semoga info ini bermanfaat untuk kehidupan seharian kita.

– Bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Putus Asa

PengakuanKu

Hai dan Assalamualaikum.

Aku Om. Perempuan. Umur 26 tahun. Aku tak ramai kawan. Kalau ada pun aku tak pernah pun cerita masalah aku kat kawan-kawan aku. Jadi aku rasa macam nak buat confession kat sini.

Aku anak no.4 dari 5 orang adik-beradik aku. Baru je adik aku yang baru je lepas konvo balik dari interview dan maklumkan dia mula kerja minggu depan. Alhamdulillah. Mestilah aku tumpang gembira kan. Maka, tinggallah aku lagi bersama mak aku.

Aku cuma nak cerita pasal diri aku. Ayah aku dah meninggal tahun 2014. Masa tu aku final sem first degree. Lepas tu aku sambung belajar. Aku ulang alik je dari rumah ke tempat belajar sebab dekat. Lagi satu, aku nak teman mak aku. Sebab masa tu memang kat kampung tinggal mak aku je. Adik-beradik lain tinggal jauh dari kampung.

Dah habis belajar,, mulalah sesi cari kerja kan. Tapi masih belum ada rezeki aku nak kerja walaupun dah bermacam interview aku pergi. Beribu resume aku dah submit. Kadang-kadang ada jugak rasa useless. Results bukannya ke laut. Kerja takde jugak. Malu lah jugak kan. Tapi kenalah tebalkan muka bila makcik bawang mula bertanya. Jadi dalam sesi pengangguran aku ni, bukanlah aku tak ada kerja langsung. Aku ada buat home tutor, berniaga online, tolong mak aku kat kebun sayur dia (sayur jual). Adalah jugak income aku. Nak bayar ptptn, takaful, belanja sikit-sikit. Cuma nak menyimpan lebih tu sakit lah kan.

Aku nak je jadi operator kilang kerja bahagian retails semua tu. Tapi tu la. Aku ni duduk kampung. Ada pekan pun kecik je. Kalau dapat pun, kenalah duduk jauh dari rumah mak aku. Mak aku memang selalu cakap, carilah kerja kan. Tapi jauh di sudut hati dia, aku tau apa yang mak aku rasa. Kalau boleh dia nak ada seorang yang duduk dengan dia. Haruslah aku faham sangat peel, bebelan, sakit pening dia. Hari-hari kot aku duduk dengan dia. Memang aku faham sangat apa yang mak aku fikir atau rasa. Walaupun macam tu. Aku masih jugak cuba cari kerja. Hari-hari. Tak pernah berhenti. Yelah aku pun fikir juga masa depan aku. Nak plan masa depan kan. Bukan apa, aku pun ada keinginan nak hidup sendiri. Ada kehidupan aku sendiri. Tapi, setiap kali tu jugak, aku akan terfikir mak aku. Macam mana lah dia kalau dia duduk sorang. Setahun kebelakangan ni dahlah dia kerap jugak sakit. Tak sampai hati aku. Adik-beradik aku yang lain mungkin tak tahu dan tak faham. Aku tak salahkan diaorang pun, yelah kalau ikutkan dalam family aku, aku kot yang memang selalu ada kat rumah dari aku sekolah sampai habis belajar.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah ayah aku masih ada kan, adakah aku masih macam ni. Entahlah. Ada masa datang jugak stress tu, rasa macam apa lah yang aku dah buat selama aku hidup ni. Tengok kawan-kawan lain seronok je ada life sendiri. Tak macam aku tersorok kat ceruk kampung ni. Bukanlah aku tak suka duduk dengan mak aku atau tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Entahlah macam mana nak explain perasaan nak ada life sendiri tu. Aku takut kalau aku tak kerja apa-apa, macam mana nanti aku dah tua. Huhuhu. Dahlah macam harapan kekal membujang sampai tua tu sangat tinggi. Hahahaha.

Tapi, semenjak dua menjak ni aku rajin pulak membaca. Ramai yang kongsi konsep berserah/bertawakal pada Allah, sabar dan sebagainya. Dan hari tu aku ada baca tafsir; kisah Nabi Zakaria (kalau silap betulkan) yang tak putus-putus berdoa supaya dikurniakan zuriat dan akhirnya pada usia 70 tahun, Allah makbulkan doa baginda. Masa baca tafsir tu, menitik air mata aku. Time tu pulak aku tengah macam rasa give up dengan hidup aku. Walaupun perasaan give up dengan hidup tu kadang-kadang ada, macam rasa marah dengan Allah (Astaghfirullah, teruk sangat aku ni) kenapa antara adik-beradik aku, aku yang ada kat sini. Kadang-kadang lah perasaan tu datang. Jadi sekarang, aku selalu dan tengah cuba untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku cuba positif. Mungkin Allah nak bagi aku peluang berbakti dengan mak aku.

Semoga Allah sentiasa bersama aku dan aku harap mudah-mudahan apa yang aku selalu doakan dimakbulkan. Aku tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Doakan aku sentiasa kuat dan berlapang dada. Doakan juga kebun sayur mak aku bertambah maju, aku dalam proses nak memperbesar kebun mak aku. Dan sekarang aku dah tak kisah orang tanya aku kerja apa. Dengan happynya aku cakap PENGANGGUR SEPENUH MASA. Hahaha.

Bye.

– Om bukan Kokom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bahagia Pada Mata Aku

PengakuanKu

Assalamualaikum…
Sekadar menjengah khabar setelah membaca kisah lelaki bujang mampu menyimpan rm 100k +++ selama 5 tahun…

Untuk pengetahuan.. aku bukanlah dikalangan yg rajin bercerita tentang kisah hidup aku. Tp selalu mengikuti kisah2 di confession sini kerana ingin memerhati tingkah laku manusia.
Untuk pengetahuan. Aku bukannya dilahirkan dalam keluarga yang mewah. Namun aku bangga, aku mewah dgn adik beradik yang ramai iaitu 11 orang kesemuanya.

Abah aku hanyanya peniaga ubatan tradional di tepi2 jalan dan pasar2 malam. Pastinya kalian pernah melihat situasi peniaga ubatan trasional yang menarik pelanggan menggunakan pembesar suara di pasar2 malam. YA, itulah profesion abah.

Arwah mama pula.. hanya seorg suri rumah yg patut dan sentiasa redha dgn rezeki yg dibawa pulang suaminya setiap hari.. jika banyak.. pastinya ada makanan yg sedap untuk kami adik beradik.. jika tiada.. apa yg ada itulah rezeki kami hari itu..

Jika confessor bujang itu beruntung sentiasa bersama keluarga sehingga sekarang. Aku pula seawal umur 16 tahun sudah merantau meninggalkan keluarga di negeri pantai timur untuk mencari ilmu. Tinggal diasrama di sempadan pahang johor sehingga tamat spm. Tamat spm, waktu terluang aku bekerja di sebuah restoren siam dgn gaji rm 7 sehari, walaupun hanya rm 7 aku mampu menyimpan dan digunakan untuk membayar yuran diploma di UiTM pahang tahun 1998. (Waktu ini PTPTN masih belum wujud)

Sepanjang pengajian diploma, wang yg diminta dr abah dan mama hanyalah untuk membeli tiket bas pulang ke kampung ketika cuti panjang. Makan minum? Aku hanya makan apa yg dihidangkan di dewan makan sahaja.

Tamat diploma tanpa membuang masa sewaktu menunggu panggilan sambung degree.. aku bekerja menjaga gerai suratkhabar dan majalah2 dengan bayaran rm 10 sehari. Dengan wang gaji inilah aku gunakan untuk membayar yuran degree di UiTM Shah Alam tahun 2001.

Namun, agak malang bagiku, sepanjang degree aku tidak diterima untuk berada diasrama. Jadi, rumah sewa lah pilihan terakhirku.

Sepanjang degree, aku dibantu oleh abang sulungku yg sudah berkerjaya sebagai doktor waktu itu sebanyak rm 300 sebulan. Cukup? Ye memang cukup.. rm 300 itu aku guna bayar sewa bilik rm 150, tambang bas ke kelas rm 2 sehari (kadang-kadang tumpang kawan). Bakinya untuk makan sekali sehari. Telefon? X mampu guna walaupun semua kawan2 sudah menggunakannya. Hanya semester ke 5 degree, aku memohon pinjaman PTPTN.

Tamat degree aku terus merantau. Mencuba pelbagai kerja dari menjadi staf McDonald’s,Kerani Stokis produk MLM, Marketing Executive di sebuah syarikat Interior Design dan sehingga akhirnya terdampar disebuah kilang di Pasir Gudang, Johor sebagai Management Staf. (Tahun 2005)

Semasa di kilang inilah aku mula mebeli motor (kriss 110) untuk kegunaan kerja. Kereta? Tiada keperluan sebab masih bujang. Gaji yg diterima sebahagiannya disimpan dan sebahagian lagi diberi kepada keluarga dikampung.

Tahun 2006 bermulalah perubahan besar dalam hidup aku apabila diterima untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) diUtara Semenanjung. Dengan simpanan yg ada sebelum ini.. aku gunakan untuk menampung hidup sementara 3 bulan pertama sebelum mendapat elaun pengajian (rm 1300 sebulan)

Syukur.. tamat kursus aku terus diserap menjadi guru di sebuah sekolah Kuala Lumpur. Aku juga telah bertemu jodoh dengan Gadis Utara yg juga seorang guru seawal tahun tahun pertama menjadi guru. Walaupun PJJ untuk tempoh 3 tahun pertama perkahwinan. Susah senang kami berjaya tempoh bersama. Setahun berkahwin, barulah aku berjaya membeli kereta (proton wira)..

Syukur, sekarang kami sudah 4 tahun pulang berkhidmat dinegeri Isteri. Sudah mempunyai beberapa orang anak dan sebiji rumah yang agak selesa (rumah taman perumahan)..

Menyimpan? Masih cuba berusaha. Tapi walaupun tidak mempunyai simpanan beratus2 ribu.. kami bahagia dengan hidup kami sekarang.

Bagi aku, kebahagian bukan dinilai dari banyaknya duit, tp bagaimana usaha kita menikmati hidup dan membuatkan orang sekeliling kita sama2 bahagia

– Cikgu nad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

RM400,000 Dalam Masa 4 Tahun

PengakuanKu

Menarik tak tajuk confession aku? Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Sebelum ni aku cuba explain dekat kawan-kawan n family, tapi sorang je yang terpengaruh dengan explanation aku..haha. Yelah, investment ni minat sebenarnya. Macam simpan duit, pun sejenis minat. Sama macam penyimpan emas, penyimpan hartanah (tengah hot ni sekarang). Jadi tujuan aku buat confession ni adalah untuk menyebarkan kepada cakupan kelompok masyarakat yang lebih besar, supaya lebih ramai buka mata.
Aku nak cerita pasal Pinjaman ASB (ASB Financing). Ok, sebelum aku pergi jauh, aku cerita sikit latar belakang aku. Aku wanita, umur awal 30an (haha 31 to be exact), berkahwin, datang daripada family yang biasa je, mak ayah aku bukan orang berada, ayah pekerja kerajaan mak surirumah sepenuh masa. Aku degree holder (je), berjaya mendapat pekerjaan pada umur 24 tahun (lepas grad) dan skala gaji pun biasa (starting RM1.5k, sekarang RM3k). Ok, ramai boleh relate kehidupan korang dengan aku kan? Aku tambah lagi satu, aku bukan jenis KAKI MENABUNG/KAKI SIMPAN DUIT or whatever you name it. Haha. Ye, dapat gaji memang aku jenis belanja habis. Owh, lagi satu, aku beli kereta pertama brand new dengan loan RM50k untuk 9 tahun selepas 6 bulan kerja, komitmen bulanan RM600.
So, masa tahun pertama kerja, dah ada kawan aku berjinak-jinak dengan ASB Financing ni. Masa tu argument dia adalah untuk renew roadtax kereta guna duit dividen. Yeah, sounds good. Tapi aku pun jenis optimistic. Aku takkan buat satu-satu movement melainkan aku dah study semua pros n cons. So aku tak terjebak lagi masa ni. Aku kerja dengan Chinese, tp bos aku Sabahan Chinese, so I/C dia bumiputra dan dia eligible untuk ASB. So, bos aku ni pun ada buat ASB Financing masa tu, RM30k. Tapi dalam 2 tahun dia terminate, sebab dia dengar cakap-cakap orang, kenapa nak bagi bank untung? Dia punya analogi, kita pinjam RM100 dari bank, bank untung RM10, kita dapat RM1. Ok, tambah 1 point untuk aku skeptical dengan ASB Financing. Yelah, bos aku kan cina, circle of friends dia of course la semua cina, cina pandai matematik n kumpul harta. So, makin aku drag untuk study pasal ASB Financing ni (walaupun masa tu aku ada rasa macam something not right dengan penyataan bos aku tu). Pastu timbul pulak isu haram/harus ASB Financing. Masa tu (aku tak ingat ustaz mana, tak silap Mufti Perak Harrussani-maaf kalau salah fakta) kata ASB Financing haram. Ok, masa tu aku ‘end of talk’ pasal ASB Financing. Kita hidup nak cari redho Allah, betul?
Aku idle 3 tahun dari sebarang bentuk simpanan dan investment. Hari-hari aku pergi kerja balik kerja, dapat gaji aku pakai habis. Takdelah benda-benda lagho sangat pun aku belanja, tapi aku memang tak menyimpan. Sehinggalah satu hari aku jumpa satu post yang turut skeptical pasal ASB Financing (aku tak payah cerita detail lah pasal tak penting). Menariknya, aku jenis suka baca komen under post, so aku scroll through the comments, then ada satu bro ni bagi tau dia dah buat few years ASB Financing ni dan bayar guna cara ‘rolling dividend’ . Dari sudut fatwa pulak, dia bagi link Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan ASB Financing ni. So, lepas aku baca penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan tu (hukumnya harus) dan firm dari sudut agama, aku proceed construct excel untuk study ASB Financing ni.
Aku buat beberapa jadual guna excel untuk study. Basically, kalau kita buat pinjaman ASB untuk RM100,000, 25 tahun (maksimum), monthly RM615. Dividen tahunan setakat ni, kerajaan tak pernah lagi umumkan bawah daripada 6%. Jadi menggunakan dua rules ni aku construct table aku. Aku buat comparison berikut:-
1. Simpanan biasa sebulan RM615 selama 25 tahun (tanpa sebarang pengeluaran wang pokok atau dividen)
2. Pinjaman ASB RM100,00 untuk 25 tahun dengan komitmen bulanan RM615 (tanpa pengeluaran dividen, wang pokok(pinjaman) adalah dalam bentuk sijil, jadi memang tak ada dalam akaun ASB secara nyata)
3. Pinjaman ASB RM100,00 untuk 25 tahun dengan komitmen bulanan RM615 (kesemua dividen dikeluarkan setiap tahun bagi membayar komitmen bulanan pinjaman)
Ok, berdasarkan 3 senario ni, aku boleh nyatakan senario ketiga lebih menguntungkan dan lebih mudah untuk semua orang buat dan patuh, termasuk si bukan kaki menabung/menyimpan macam aku. Rulesnya, jumlah pinjaman adalah ikut pelepasan kuota gaji korang, RM100,000 adalah amount pinjaman yang boleh dikatakan ‘mudah’ untuk semua orang dapat kelulusan, dan buat untuk tempoh yang paling maksimum. (Kalau ramai nak lebih faham aku akan explain pasal ni dalam 2nd post)
Jadi, tak tunggu lama, aku start buat ASB Financing untuk akaun ASB aku. Makluman ya bagi semua yang dah berjaya membaca sampai tahap ni, Setiap bumiputra di Malaysia boleh buat 2 akaun ASB; ASB dan ASB2. Jumlah maksimum pelaburan bagi setiap akaun adalah RM200,00. Jadi bahasa mudahnya, setiap seorang bumiputera boleh mempunyai jumlah pelaburan maksimum dalam ASB (ASB + ASB2) sebanyak RM400,000 sahaja. (Eh tu dah cukup banyaklah bagi si yang tak punya duit simpan macam aku!)
Jadinya, aku mulakan dengan pinjaman RM100,000 yang pertama untuk tempoh paling maksimum, 25 tahun (pinjaman untuk ASB maksimum hanya 25 tahun, manakala ASB2 sehingga 30tahun). Komitmen bulanan RM615, aku buat dengan Maybank Islamic pada kadar faedah 5.12% setahun, tahun 2015. Jadi aku secara istiqomahnya bayarlah RM615 sebulan. Struggle jugaklah. Tapi untuk komitmen RM600++ sebulan, aku rasa ramai yang mampu sebenarnya kalau range gaji RM2k-3k. (Kalau kau kata kau tak mampu, baik kau kaji semula expenses kau, mesti kau ada membazir di mana-mana.)
Januari 2016, aku mula tuai hasil, dividen masuk dalam ASB aku RM7k lebih, masa ni tak silap dividen 7.15% tak termasuk bonus. Seronoknya! Tapi keseronokan hanyalah sementara. Aku cekalkan hati, aku bank in semua ke dalam akaun pinjaman ASB aku dan teruskan hidup macam biasa. Dan aku terus buat pinjaman RM100,000 untuk akaun ASB yang kedua. Alhamdulillah lulus. Sama, dengan Maybank Islamic, interest rate 5.12% setahun, komitmen bulanan pun RM615. Aku istiqomah lagi bayar bulan-bulan untuk pinjaman kedua ni. Pinjaman pertama aku dah xpayah fikir sebab aku dah bayar untuk 12 bulan guna duit dividen. Januari 2017, dividen aku dapat dalam RM13,000 (sebab 2nd loan aku jalan lambat, so dividen pro-rated) pun sama, aku masukkan semua duit dividen ke dalam kedua-dua akaun pinjaman ASB pertama dan kedua. Aku buka akaun ASB2, dan alhamdulillah tahun ni rezeki aku lebih sikit, gaji naik, aku terus buat RM200,000 pinjaman ASB untuk ASB2. Alhamdulillah, lulus. Sama macam sebelum ni, dengan Maybank Islamic, rate interest 5.12%, tempoh pinjaman 30 tahun, komitmen bulanan RM1.1k.
InsyaAllah tahun depan ASB investment aku dah lengkap RM400,000. Aku cuma perlu keluarkan dividend dan transfer ke akaun-akaun pinjaman setiap kali dapat dividen (ini memang kena buat secara manual sehingga loan selesai). Jumlah masa aku fullkan investment ASB aku hanya 3 tahun. Tapi aku sebut 4 tahun untuk korang yang nak buat RM100,000 setahun dengan bayaran RM615 sebulan, dan ulang step secara istiqomah selama 4 tahun sahaja. Lepas tu korang dah tak suffer dah (atau boleh cari investment lain pulak macam ASN2 contohnya). Tapi nanti lepas 25 & 30 tahun taraaa korang dah ada RM400,000 dalam ASB & ASB2 (sebab dividen diambil yearly, kemungkinan selepas tamat tempoh pinjaman korang cuma ada duit pokok je (tp RM400,000 untuk aku, it’s a lot-daripada tak ada apa-apa). Benefit lain, pinjama-pinjaman ni ada insurans. Kalau jadi apa-apa dekat peminjam (cacat kekal atau kematian) sijil akan ditunaikan dan duit akan dimasukkan ke dalam akaun ASB yang berkenaan. Jadi, dah boleh jadi 1 source untuk waris korang (jangan lupa hibahkan kepada desired person secara wasiat). Pada aku, aku lebih prefer ini daripada ambil Pru-Warisan tu (ini aku belum habis kaji, tapi buat masa ni aku masih skeptical sebab syarikat-syarikat insurans ni sentiasa cari jalan untuk tak bayar claim)
Ini jelah yang aku boleh share so far, tapi aku dah separuh jalan dan aku rasa benefited. Jadi aku nak orang lain pun benefited. Secara summarynya, duit poket yang aku keluarkan cuma RM30,000 dalam masa 48 bulan (RM615 sebulan), tapi aku dapat RM400,000 selepas 30 tahun. Best kan? Semoga confession ni bermanfaat dan semoga berjaya untuk semua readers!

P/s:
1. Oh ye, aku bukan pekerja bank atau sewaktu dengannya. Aku buat confession ni bertujuan supaya kaum bumiputera lebih celik dengan peluang-peluang pelaburan/kumpul harta sedia ada. ASB ni pelaburan risiko rendah atau boleh kata tak berisiko langsung. Nilai jual dan belinya tak pernah berubah, tetap pada kadar RM1 seunit. Dividen tak pernah kurang 6% (kalau bawah dari 6% maknanya ekonomi negara adalah sangat tidak stabil). Ini adalah antara medium bantuan yang kerajaan sediakan untuk kaum bumiputera tapi kita tak ambil port (kebanyakan dari kita), malah institusi perbankan pun menyokong dengan facilitate kita dengan skim pinjaman ASB
2. Aku tak kata Maybank Islamic yang terbaik, korang boleh go and search for other banks. Aku buat dengan Maybank sebab gaji aku masuk situ, senang urus.
3. Pada bank, pinjaman ASB bukan satu liability sebab kita tak pegang duit pokok, ianya dalam bentuk sijil yang kita tak boleh akses, jadinya takkan affect kuota pinjaman korang. Buktinya, dalam masa 3 tahun ni di mana aku punyai pinjaman ASB beratus-ratus ribu (Kah! Kayo makcik), aku pun masih boleh buat loan rumah dan belikan ayah aku sebiji kereta (juga loan)
4. Aku terpanggil nak confess pasal ni lepas baca confession ‘Simpanan 6 Angka Pada Umur 28’. Haha aku rasa seksanya bro ni menyimpan, sekat semua perbelanjaan. Aku tak mampu buat macam tu.

– misszue

Demi Masa vs Demi Harta

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih admin sebab post kan perkongsian ni.
Tuan punya penulisan berumur 26 tahun, single, tinggal di sebuah bandar sederhana di tengah negara J. Bekerja dalam bidang marketing (in house) dengan gaji basic 1.4k sebulan.
Alhamdulillah, ni bukan cerita gaji x cukup atau macam mana nak simpan 100k dalam akaun tabung haji.
Sy cuma nak share, mungkin juga untuk ajak berbincang tentang apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup. Oh ya, saya beragama islam, tapi bukanlah alim ulama mahupun ahli abid. Banyak kelopongan tapi InshaAllah sedang memperbaiki.
Saya perasan rata2 antara kita ni meletakkan kejayaan tidak semestinya pada pangkat, tetapi tidak lari daripada meletakkan kejayaan pada wang ringgit. Kenapa? Sebab ramai yang tidak kisah untuk bekerja apa jawatan sekalipun, asalkan pulangan yang lumayan.
Baiklah, mcm tajuk post ni, Duit vs Masa, saya ada sedikit perkongsian. Sebelum tu jom kita pergi ke Tahun 2016. Bulan sept 2016 alhamdulillah saya selesai bergraduasi dari universiti antarabangsa awam di Malaysia. Dan selepas grad mmg payah nak cari kerja. Interview saya dah mula pergi sewaktu practical lagi. Akhirnya masuk SL1M lepastu dihantar ke call centre untuk OJT dan dalam sebulan alhamdulillah dapat kerja di tengah2 bandar KL. Macam grand, hari2 lalu KLCC, ofiice depan Pavilion.
Kerja dengan gaji 2.5k, commitment 500 sebulan untuk sewa bilik+api+air+unifi. Ok sebenarnya sebab duduk condo. Keselesaan itu penting. So 2k untuk belanja sendiri n simpan.
Tapi, as time flows, saya dah mula nampak, masa mmg xde, nak pergi kerja nak elak sesak keluar awal, balik kerja nak elak sesak balik lambat, walaupun naik moto, walaupun naik lrt. Masa habis di atas jalan dan d pejabat. Balik rumah, semua orang terperuk dalam bilik masing2, no interaction, mungkin ada la seminggi dua tiga kali tegur. Padahal time belajar n masa skolah mmg kita ni bercampur masyarakat sentiasa.
So waktu tu saya banyak berfikir, walaupun saya ada duit, tapi tak ada masa, akan jadi saya akan berbelanja besar pasa satu satu masa kerana nampak ada duit, tp takda masa nak spend.
Jadi saya buat keputusan untuk tinggalkan hidup bandaraya dan pulang ke tempat asal di negara J. Walaupun agak susah nak cari kerja, tapi sangkaan saya betul, 4 bulan jobless, tapi saya boleh survive dengan gaji dari 3 bulan kerja KL. Living cost sangat berbeza. Dan pada waktu itu saya bukan berseorangan, saya sewa rumah dan ibu saya bersama saya, saya x nafikan ini berkat dari ibu, tapi saya rasa lapang walaupun tak berduit.
Alhamdulillah 4 bulan lepas dah dapat kerja sampai sekarang, gaji x besar tapi cukup. Saving x banyak tapi ada. Kereta x beli, rumah x beli, xde investment.
Kereta akan dibeli, investment InshaAllah akan dibuat. Rumah saya buat masa sekarang x nak beli lagi. Unless dpt rumah rakyat.
Yang pasti sekarang saya ada banyak masa, bersama kawan, bersama keluarga, ziarah saudara, kenduri kawin, sambutan macam2 majlis di masjid,
Dan juga yang pasti duit x banyak. Saving x banyak. Kena fikir rarusan kali sebelum berbelanja.
Memang teori ini terbukti, kalau nak lebih wang kita akan kurang masa, kalau nak lebih masa kita akan kurang wang. Terletak pada kita mana nak pilih. Dua2 penting dan berharga.
Simpan duit banyak2, simpan harta banyak2 ada juga faedahnya tapi ada juga backlash nya. Lagipun bukan bermakna segala harta peribadi bila dah mati. Dan manusia, which is kita semua, xkan cukup dengan duit yang ada, lagi banyak kita cari pasti x akan cukup. Mungkin ka ada yg kata.. Ooh aku dah ada 1j dalam tabung haji. Ok la. X payah cari duit lagi. Rasanya mcm xde.
Cari duit tu cari la. Tapi duit bukan segalanya. Dan yang rasa hidup ssesak di kota raya, pilihan tu sentiasa ada, buat pilihan, hijrah. InshaAllah rezeki sentiasa ada. Hidup di kotaraya bukan mudah, ujian pun berat. Tekanan hidup yang tinggi membawa kepada tabiat berhibur rang banyak yang membawa kepada pembaziran yang tidak terkata. Tak perlu hidup ikat perut dengan gaji 2k di bandar metro sedangkan boleh hidup selesa dengan 1.2k di kampung halaman.
Saya tidak memaksa, pasti ada yang akan kecam, tapi ini pilihan. Live your life to the fullest, but always remember u will need time to enjoy your life. Time is the essence. It is so valuable that if you keep it too much you lost and if u waste too much also u will lost. Sebab tu adanya ayat Demi Masa bukan Demi Harta.

– Din Dang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

RM400,000 Dalam Masa 4 Tahun

PengakuanKu

Menarik tak tajuk confession aku? Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Sebelum ni aku cuba explain dekat kawan-kawan n family, tapi sorang je yang terpengaruh dengan explanation aku..haha. Yelah, investment ni minat sebenarnya. Macam simpan duit, pun sejenis minat. Sama macam penyimpan emas, penyimpan hartanah (tengah hot ni sekarang). Jadi tujuan aku buat confession ni adalah untuk menyebarkan kepada cakupan kelompok masyarakat yang lebih besar, supaya lebih ramai buka mata.
Aku nak cerita pasal Pinjaman ASB (ASB Financing). Ok, sebelum aku pergi jauh, aku cerita sikit latar belakang aku. Aku wanita, umur awal 30an (haha 31 to be exact), berkahwin, datang daripada family yang biasa je, mak ayah aku bukan orang berada, ayah pekerja kerajaan mak surirumah sepenuh masa. Aku degree holder (je), berjaya mendapat pekerjaan pada umur 24 tahun (lepas grad) dan skala gaji pun biasa (starting RM1.5k, sekarang RM3k). Ok, ramai boleh relate kehidupan korang dengan aku kan? Aku tambah lagi satu, aku bukan jenis KAKI MENABUNG/KAKI SIMPAN DUIT or whatever you name it. Haha. Ye, dapat gaji memang aku jenis belanja habis. Owh, lagi satu, aku beli kereta pertama brand new dengan loan RM50k untuk 9 tahun selepas 6 bulan kerja, komitmen bulanan RM600.
So, masa tahun pertama kerja, dah ada kawan aku berjinak-jinak dengan ASB Financing ni. Masa tu argument dia adalah untuk renew roadtax kereta guna duit dividen. Yeah, sounds good. Tapi aku pun jenis optimistic. Aku takkan buat satu-satu movement melainkan aku dah study semua pros n cons. So aku tak terjebak lagi masa ni. Aku kerja dengan Chinese, tp bos aku Sabahan Chinese, so I/C dia bumiputra dan dia eligible untuk ASB. So, bos aku ni pun ada buat ASB Financing masa tu, RM30k. Tapi dalam 2 tahun dia terminate, sebab dia dengar cakap-cakap orang, kenapa nak bagi bank untung? Dia punya analogi, kita pinjam RM100 dari bank, bank untung RM10, kita dapat RM1. Ok, tambah 1 point untuk aku skeptical dengan ASB Financing. Yelah, bos aku kan cina, circle of friends dia of course la semua cina, cina pandai matematik n kumpul harta. So, makin aku drag untuk study pasal ASB Financing ni (walaupun masa tu aku ada rasa macam something not right dengan penyataan bos aku tu). Pastu timbul pulak isu haram/harus ASB Financing. Masa tu (aku tak ingat ustaz mana, tak silap Mufti Perak Harrussani-maaf kalau salah fakta) kata ASB Financing haram. Ok, masa tu aku ‘end of talk’ pasal ASB Financing. Kita hidup nak cari redho Allah, betul?
Aku idle 3 tahun dari sebarang bentuk simpanan dan investment. Hari-hari aku pergi kerja balik kerja, dapat gaji aku pakai habis. Takdelah benda-benda lagho sangat pun aku belanja, tapi aku memang tak menyimpan. Sehinggalah satu hari aku jumpa satu post yang turut skeptical pasal ASB Financing (aku tak payah cerita detail lah pasal tak penting). Menariknya, aku jenis suka baca komen under post, so aku scroll through the comments, then ada satu bro ni bagi tau dia dah buat few years ASB Financing ni dan bayar guna cara ‘rolling dividend’ . Dari sudut fatwa pulak, dia bagi link Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan ASB Financing ni. So, lepas aku baca penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan tu (hukumnya harus) dan firm dari sudut agama, aku proceed construct excel untuk study ASB Financing ni.
Aku buat beberapa jadual guna excel untuk study. Basically, kalau kita buat pinjaman ASB untuk RM100,000, 25 tahun (maksimum), monthly RM615. Dividen tahunan setakat ni, kerajaan tak pernah lagi umumkan bawah daripada 6%. Jadi menggunakan dua rules ni aku construct table aku. Aku buat comparison berikut:-
1. Simpanan biasa sebulan RM615 selama 25 tahun (tanpa sebarang pengeluaran wang pokok atau dividen)
2. Pinjaman ASB RM100,00 untuk 25 tahun dengan komitmen bulanan RM615 (tanpa pengeluaran dividen, wang pokok(pinjaman) adalah dalam bentuk sijil, jadi memang tak ada dalam akaun ASB secara nyata)
3. Pinjaman ASB RM100,00 untuk 25 tahun dengan komitmen bulanan RM615 (kesemua dividen dikeluarkan setiap tahun bagi membayar komitmen bulanan pinjaman)
Ok, berdasarkan 3 senario ni, aku boleh nyatakan senario ketiga lebih menguntungkan dan lebih mudah untuk semua orang buat dan patuh, termasuk si bukan kaki menabung/menyimpan macam aku. Rulesnya, jumlah pinjaman adalah ikut pelepasan kuota gaji korang, RM100,000 adalah amount pinjaman yang boleh dikatakan ‘mudah’ untuk semua orang dapat kelulusan, dan buat untuk tempoh yang paling maksimum. (Kalau ramai nak lebih faham aku akan explain pasal ni dalam 2nd post)
Jadi, tak tunggu lama, aku start buat ASB Financing untuk akaun ASB aku. Makluman ya bagi semua yang dah berjaya membaca sampai tahap ni, Setiap bumiputra di Malaysia boleh buat 2 akaun ASB; ASB dan ASB2. Jumlah maksimum pelaburan bagi setiap akaun adalah RM200,00. Jadi bahasa mudahnya, setiap seorang bumiputera boleh mempunyai jumlah pelaburan maksimum dalam ASB (ASB + ASB2) sebanyak RM400,000 sahaja. (Eh tu dah cukup banyaklah bagi si yang tak punya duit simpan macam aku!)
Jadinya, aku mulakan dengan pinjaman RM100,000 yang pertama untuk tempoh paling maksimum, 25 tahun (pinjaman untuk ASB maksimum hanya 25 tahun, manakala ASB2 sehingga 30tahun). Komitmen bulanan RM615, aku buat dengan Maybank Islamic pada kadar faedah 5.12% setahun, tahun 2015. Jadi aku secara istiqomahnya bayarlah RM615 sebulan. Struggle jugaklah. Tapi untuk komitmen RM600++ sebulan, aku rasa ramai yang mampu sebenarnya kalau range gaji RM2k-3k. (Kalau kau kata kau tak mampu, baik kau kaji semula expenses kau, mesti kau ada membazir di mana-mana.)
Januari 2016, aku mula tuai hasil, dividen masuk dalam ASB aku RM7k lebih, masa ni tak silap dividen 7.15% tak termasuk bonus. Seronoknya! Tapi keseronokan hanyalah sementara. Aku cekalkan hati, aku bank in semua ke dalam akaun pinjaman ASB aku dan teruskan hidup macam biasa. Dan aku terus buat pinjaman RM100,000 untuk akaun ASB yang kedua. Alhamdulillah lulus. Sama, dengan Maybank Islamic, interest rate 5.12% setahun, komitmen bulanan pun RM615. Aku istiqomah lagi bayar bulan-bulan untuk pinjaman kedua ni. Pinjaman pertama aku dah xpayah fikir sebab aku dah bayar untuk 12 bulan guna duit dividen. Januari 2017, dividen aku dapat dalam RM13,000 (sebab 2nd loan aku jalan lambat, so dividen pro-rated) pun sama, aku masukkan semua duit dividen ke dalam kedua-dua akaun pinjaman ASB pertama dan kedua. Aku buka akaun ASB2, dan alhamdulillah tahun ni rezeki aku lebih sikit, gaji naik, aku terus buat RM200,000 pinjaman ASB untuk ASB2. Alhamdulillah, lulus. Sama macam sebelum ni, dengan Maybank Islamic, rate interest 5.12%, tempoh pinjaman 30 tahun, komitmen bulanan RM1.1k.
InsyaAllah tahun depan ASB investment aku dah lengkap RM400,000. Aku cuma perlu keluarkan dividend dan transfer ke akaun-akaun pinjaman setiap kali dapat dividen (ini memang kena buat secara manual sehingga loan selesai). Jumlah masa aku fullkan investment ASB aku hanya 3 tahun. Tapi aku sebut 4 tahun untuk korang yang nak buat RM100,000 setahun dengan bayaran RM615 sebulan, dan ulang step secara istiqomah selama 4 tahun sahaja. Lepas tu korang dah tak suffer dah (atau boleh cari investment lain pulak macam ASN2 contohnya). Tapi nanti lepas 25 & 30 tahun taraaa korang dah ada RM400,000 dalam ASB & ASB2 (sebab dividen diambil yearly, kemungkinan selepas tamat tempoh pinjaman korang cuma ada duit pokok je (tp RM400,000 untuk aku, it’s a lot-daripada tak ada apa-apa). Benefit lain, pinjama-pinjaman ni ada insurans. Kalau jadi apa-apa dekat peminjam (cacat kekal atau kematian) sijil akan ditunaikan dan duit akan dimasukkan ke dalam akaun ASB yang berkenaan. Jadi, dah boleh jadi 1 source untuk waris korang (jangan lupa hibahkan kepada desired person secara wasiat). Pada aku, aku lebih prefer ini daripada ambil Pru-Warisan tu (ini aku belum habis kaji, tapi buat masa ni aku masih skeptical sebab syarikat-syarikat insurans ni sentiasa cari jalan untuk tak bayar claim)
Ini jelah yang aku boleh share so far, tapi aku dah separuh jalan dan aku rasa benefited. Jadi aku nak orang lain pun benefited. Secara summarynya, duit poket yang aku keluarkan cuma RM30,000 dalam masa 48 bulan (RM615 sebulan), tapi aku dapat RM400,000 selepas 30 tahun. Best kan? Semoga confession ni bermanfaat dan semoga berjaya untuk semua readers!

P/s:
1. Oh ye, aku bukan pekerja bank atau sewaktu dengannya. Aku buat confession ni bertujuan supaya kaum bumiputera lebih celik dengan peluang-peluang pelaburan/kumpul harta sedia ada. ASB ni pelaburan risiko rendah atau boleh kata tak berisiko langsung. Nilai jual dan belinya tak pernah berubah, tetap pada kadar RM1 seunit. Dividen tak pernah kurang 6% (kalau bawah dari 6% maknanya ekonomi negara adalah sangat tidak stabil). Ini adalah antara medium bantuan yang kerajaan sediakan untuk kaum bumiputera tapi kita tak ambil port (kebanyakan dari kita), malah institusi perbankan pun menyokong dengan facilitate kita dengan skim pinjaman ASB
2. Aku tak kata Maybank Islamic yang terbaik, korang boleh go and search for other banks. Aku buat dengan Maybank sebab gaji aku masuk situ, senang urus.
3. Pada bank, pinjaman ASB bukan satu liability sebab kita tak pegang duit pokok, ianya dalam bentuk sijil yang kita tak boleh akses, jadinya takkan affect kuota pinjaman korang. Buktinya, dalam masa 3 tahun ni di mana aku punyai pinjaman ASB beratus-ratus ribu (Kah! Kayo makcik), aku pun masih boleh buat loan rumah dan belikan ayah aku sebiji kereta (juga loan)
4. Aku terpanggil nak confess pasal ni lepas baca confession ‘Simpanan 6 Angka Pada Umur 28’. Haha aku rasa seksanya bro ni menyimpan, sekat semua perbelanjaan. Aku tak mampu buat macam tu.

– misszue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mana Pergi Gaji Graduan

PengakuanKu

Assalamualaikum & hi semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni admin dapat publishkan.

Aku El , 25 & sekarang dah setahun kerja di Selangor lepas grad. Aku tak pandai sangat nak intro panjang since aku ni jenis yg straight-to-the-point kinda guy. Sekarang ni memang korang semua pun tahu, tengah hot pasal “Graduan manja” la “Geli hati graduan takboleh beli rumah” la “Graduan memilih” la etc.

Aku rasa macam terpanggil untuk huraikan satu satu mana pergi gaji kami ni (so that semua orang kat Malaysia ni lebih faham & berhati perut before nak kecam ke complain ke nak mintak duit ke & macam macam lah)

Aku bagi contoh life aku sekarang (Please take note eh setiap orang lain life nya) Gaji aku sekarang RM2800 (basic + allowance), lepas tolak segala EPF SOCSO semua tu tinggal la dalam RM2500. Okay kita start, ni perbelanjaan TETAP aku untuk SEBULAN sebagai orang bujang.

– Mak Ayah : RM400 (RM200/sorang)
– ‎2 Adik di Uni : RM200 (RM100/sorang)
– ‎Petrol : RM200 (RM50/minggu)
– ‎Tol : RM 125 (RM5.20/24 hari bekerja)
(RM2.60 pergi kerja and RM2.60 balik)
– Ptptn : RM178
(Macam mana, tak pandai & tak kaya)
– ‎Masjid : RM40 (RM10/jumaat)
– ‎Kereta : RM330
(Kerja aku memerlukan aku ada
‎ kenderaan untuk travel. Family cuma
‎ ada satu kereta kecil je, so terpaksa beli
‎ kereta second)
– Makan : RM300 (RM10/hari)

TOTAL: RM1773
BALANCE: RM727

Balance RM727 ni la untuk simpan duit kahwin, hulur duit kenduri kawan kawan, sabun habis, stokin koyak, kereta rosak, cermin mata pecah, beli ubat, beli baju/kasut/peralatan sekolah adik2, etc. Oh satu lagi, kos balik kampung kat Kedah. And bila balik kampung, of course la aku kena tanggung perbelanjaan harian family sampai la aku balik Selangor balik. Ni belum kena bayar rumah sendiri or tanggung family sendiri lagi :(

Rezeki aku company sediakan tempat tinggal. Kalau tak, memang lagi parah. And rezeki aku, company dapat bagi gaji macam tu. But still, aku takmampu nak ada simpanan lagi melainkan simpan sikit sikit untuk kahwin.

Ada orang dapat gaji lagi rendah. Ada orang kena bayar rumah/bilik sewa min RM200 sebulan, tak campur lagi bil bil elektrik, air, etc. Ada orang ada adik-beradik lagi ramai untuk ditanggung. Ada orang parents dah tua, tak mampu nak kerja dah untuk cari pendapatan. Ada orang nak kena penuhi impian parents nak tambah rumah, nak beli kelengkapan rumah/kebun/sawah, pergi kenduri kawan kawan lama yang jauh jauh tu. Ada orang kena bayar insurans family or kos perubatan family.

Conclusionnya, setiap manusia ada komitment, ujian & kelebiban yang berbeza beza dalam hidup diorang. Kita tak layak sikit pun nak kecam orang lain sebab kita tak ada kat tempat diorang. Tak kan semua umat manusia nak kena cerita satu satu life diorang kat media sosial kot baru nak faham.

Bagi Mak Jemah belakang rumah and Kak Timah depan rumah, sudah la compare kan anak orang ini dengan anak orang itu. Yang bestnya, compare dengan perbelanjaan zaman 80 90 an dulu. “Kamu ni gaji 2 3 ribu sebulan tak nak bawa mak ayah pegi umrah ke. Beli la keta besar sikit. Cuba tolong support ayah kamu beli mesin baru. Eh kamu ni sama umur dengan Si Abu tu kan, dia dah ada bini & rumah lagi dekat bla bla. Zaman makcik dulu, lepas je gaji tak sampai 1000 tapi boleh kahwin ada anak, buat rumah (sebab dia dah ada tanah) semua cukup je”

Lagi best, Mak Jemah ni siap suruh aku buat personal loan. Dia cakap “ni pegi pinjam bank, cepat sikit kahwin. Pak Mat kau dulu nak kahwin pinjam bank la. Okay je sampai sekarang (padahal sampai sekarang kena bayar hutang) Cepat sikit kahwin, umur dah 25. Orang lain baya kau ni dah ada anak. Kesian mak kau nak menantu” Nasib mak aku ajar adab, kalau tak memang dah kena backhand. Kalau dia nak bayarkan personal loan tu, dah lama aku on je. Hehe Dengan ekonomi sekarang, gaji kami sekadar untuk hidup & bernafas je. Kami ada impian & target hidup macam macam tapi terkubur je la.

Aku rasa setakat tu je lah kot aku bebel, menitik air mata fikir mana nak korek duit lagi. Memang boleh depressed. Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk halalkan si dia & bantu keluarga.Jarang aku bawa si dia makan sedap sedap, pegi jalan jalan, belikan hadiah. Tapi dia masih setia sebab faham tanggungjawab aku. Kesian dia :(

Terima kasih Ya Allah atas segala ujian & rezeki kau bagi selama ni. Apapun, kita sama sama beringat hidup di akhirat yang abadi. Tak guna ada 6 rumah di dunia tapi saham akhirat kita terlupa.

Adios guys.

– El, Anak Sulung.

– Mr. El

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tips Pengurusan Perbelanjaan Orang Bujang

PengakuanKu

Salam warga IIUM. Aku lelaki, bekerja makan gaji. Sejak baca confession jimat saving 100k minum air putih tu, terus terasa nak menulis. Sejak kebelakangan ini byk perkongsian tentang tips jimat, jana duit, hartanah, asb bagai. Tak ada pun tips tentang cara cara berbelanja. Dengan itu aku nak kongsi tentang cara pengurusan belanja yg relevan khas untuk org bujang sahaja. Yg dah kahwin masih nak belanja besar2 tu bengap namanya. Banyak lagi tanggungjawab kau yg lain. Tapi sebelum tu kena faham satu tiga perkara di bawah

1. Cash is king
Duit cash paling penting. Sila maksima kan duit cash macam EPF buat 8% sudah, duit cash tu penting. Kau EPF 11% umur 55 baru boleh guna. Padahal nak membayar segalanya sekarang kereta, rumah, komitmen ibu bapa. Belanja benda yg mmg kau nak je. Contoh PS4 tgh sale 1000, tapi kau main satu dua game je, haa tak payah la beli. Simpan cash tu kita beli benda yg lagi penting pasni. Kredit kad tu bagus, macam2 kategori dapat cashbank 5%. Simpan duit cash dalam simpanan yang bagi dividen % macam Tabung Haji, ASB atau FD.
Oh insurans tu penting, macam extra saving emergency cash. Ambil perlindungan yang sederhana pun takpe tak perlu juta juta. Yang penting mampu konsisten bayar bulan2.

2. BELANJA SATU PER SATU
NI SYARAT PALING PENTING. Tips yg paling senang nak praktis ialah bila kau dah belanja sesuatu yg besar, jgn belanja benda besar yg lain lepas tu. Sampai lah gaji kau naik satu level lagi. Aku bagi contoh cara aku, aku beli kereta import time gaji 3.5k, pastu aku takkan beli apa2 yg besar sampai lah gaji aku 5k. Pastu aku buat syarat aku hanya akan kahwin kalau gaji aku atleast 7k. Macam tu aku displin diri (mmg takda makwe pun), tapi realitinya mungkin lain la sikit. Maksud yg aku nak sampaikan, tahun ni bila kereta, pastu tahun depan kau plan nak kahwin, apa la bengap macam tu. Tu yg dgr hantaran 10k pun terkejut. Kalau dah plan next year nak kahwin, jgn lah beli kereta atau rumah. Kalau dah beli kereta jgn lah gatal nak kahwin. Buat lah jarak supaya boleh menyimpan and gaji lebih besar supaya boleh tambah komitmen.

3. Komitmen
Nak belanja tgk komitmen jugak, aku taknak cerita bab ni sbb benda ni basic kau boleh kira sendiri. Dan byk org dah share tips komimen/simpanan ni. Lepas tolak2 komitmen wajib, berapa baki simpanan berapa baki boleh belanja or buat hutang. So kalau byk komitmen takleh nak belanja besar lah, sbb kalau belanja jugak besar tu bodoh namanya tak sedar diri.

Okay dengan tiga syarat tu, anda mampu berbelanja besar tapi mengikut kemampuan ya. Pembelian besar pun ada ikut kemampuan masing-masing ya sebab tu aku tulis ‘pengurusan’ kat tajuk. Pertama sekali buat senarai wishlist apa benda yg kau teringin sangat nak beli dalam duniawi ni. Kalau nak kira benda benda besar yg byk guna duit senang je. Standard wishlist macam kat bawah

-Gajet
-Kereta
-Kahwin
-Rumah

1. Kereta
Kebanyakan nasihat suruh beli kereta murah2 je sbb kereta ni liability, nilai depreciate tiap tahun. Kenapa fikir pasal nilai kereta, kita ni beli kereta nak pakai sampai selamanya bukan nak jual balik atau macam singapore 10 tahun kena tukar kereta baru. aku sarankan belilah kereta idaman anda, tak kisah lah tempatan atau import. Yg penting anda mmg betul betul suka kereta tu. Sbb kereta ni boost your confidence, bila kita bawa kereta yg kita suka dia punya segak tu lain macam, kenyakinan tinggi nampak macho je. Lagi satu kereta tu nanti kita akan jaga macam awek, 2 minggu basuh, polish dan wax bagai. Tapi jgn lah beli harga tak sedar diri, kalau gaji 2500-3000, nak angkat kereta 800 sebulan boleh la lagi kot. Kereta pertama aku beli 800 sebulan time tu gaji 3500. Ada member aku beli honda civic baru dgn gaji 4500. Lepas aku dgr dia tak ada komitmen sgt, so mmg takpe lah kalau dia nak spend kat kereta dia suka. Beli kereta sekali dgn takaful loan kereta, so apa jadi kat kau kereta tu jadi free. Tak mahal sangat pun takaful tu

2. Kahwin
Bab kahwin ni takda isu sgt byk je yg buat ok sedarhana. Byk masalah remeh temeh je bridesmaid lah, campur tgn keluarga lah. Kalau cash kau dah byk lantak lah kau nak buat grand macam mana pun, takyah la buat sampai kena loan sbb lepas kahwin byk loan nak buat ni. Cuma aku nak nasihat bila bab hantaran, kalau hantaran mahal, kau jgn judge dia dengan level education dia. Judge dgn dia punya gaji pekerjaan. Contoh mak bapak dia mintak hantaran 15,000, kau rasa berat tapi kau tau bakal bini kau tu kerja dgn gaji 3500 sebulan. Apa lah sgt 15k sekali bayar kau kan dah pakai kereta import takkan lah pasal duit pun kau nak tinggalkan kekasih tercinta. Tapi kita lelaki bukan lah nak menumpang rezeki isteri, teruk lah kalau suami perangai macam tu. Cuma rumahtangga ni kena tolak ansur lah, sbb tu ada term “household income” kat setiap form, bukan “husband income”.

3. Rumah
Ni paling aku sensitif sekali. “Beli lah rumah awal, buat lah pelaburan hartanah, beli rumah di usia muda, saya ada 6 biji rumah”. Bullshit semua tu, tu semua penindasan bukan pelaburan. Satu rumah apartment 3 bilik pastu sewakan 10 orang, kau pun share tips pelaburan hartanah yg kau je lah mmg untung besar. Yg bersempit dalam rumah tu anak muda kais pagi makan pagi hidup di kota taknak kasihan pulak. Pastu lagi jenis owner rumah yg ruang tamu di tambahnya dinding papan buat bilik baru….

Aku taknak cerita context tu, nak cerita pasal pembelian rumah pertama yg nak duduk sendiri ni. Selagi kita tak perlu beli rumah, selagi tu jgn lah beli rumah. Sebabnya kenapa satu, rumah ni kita nak duduk sendiri lama2, tapi kita tak tau kat mana nanti nak settle down dgn isteri. Jadi kalau beli rumah awal, dapat kerja kawasan jauh, bini pulak keja tempat jauh yg lain. Dah rumah tu tak boleh nak duduk. Dua, salary capacity. Makin besar gaji kau makin byk pilihan rumah kau boleh beli. Gaji 2k dapat flat or apartment. Mungkin lagi 3 tahun gaji kau naik 5k, dah boleh beli landed satu. Kalau beli awal2 gaji kau naik 5k pun tak boleh beli sbb dah beli flat berhutang besar dgn bank. So nampak? Untung ada cash byk sbb tak beli rumah boleh beli subsale dp besar.

4. Jangan ASB financing
Banyak betul nasihat ambil ASB financing ni. Diorang tu semua ejen sebab tu suruh ambil. Kalau gaji kau masih byk lagi lepas tolak semua benda, ambil lah ASB financing. Kalau tak byk, jangan lah ambil. Lebih baik simpan biasa bulan2 kat ASB atau tabung haji. ASB financing ni loan, jadi nak kira kalau ambil loan, effective rate ASB berapa je tinggal, effective rate tu dividen rate – loan interest rate. Bank merah rate 5.2% pa, dividen tahun lepas 6.75, long term compounding mmg nampak banyak tapi sebenarnya…

Lebih baik kita simpan 10k cash, pastu masuk tabung haji/simpanan asb (bukan loan). 10k je transfer, 10k je transfer. Emergency nak guna terus withdraw balik. Kena faham asb ni sebenarnya long term investment, and redundant dgn EPF. Umur 55 EPF keluar, ASB pun keluar. Umur 55 terlebih byk duit, padahal rumah dah habis bayar, kereta dah habis bayar. Tu yang berjoli sakan melancong lah, renovate rumah lah

5. Invest on people
Ni paling penting sebenarnya. Dah kereta mewah, rumah cantik, gaya segak hensem kunyit, tapi dengan member kedekut. Lepak kat mamak dgn member bayar asing asing, pergi wedding kawan minyak tongtong, semua benda nak berkira. Kemon lah kereta dah cantik baju dah lawa, murah la hati sikit. Belanja kawan, belanja family adik beradik, belanja kawan2 lepas tu semua akan suka kita, akan ingat kita. Takde kutuk2 belakang takde backstabber. Takde lah org cakap kereta import tapi kedekut. Kalau kita susah, org2 ni akan tolong kita. Insyallah rezeki tu akan datang balik betul tak tipu. Aku bagi contoh aku lah, baru2 ni tak disangka house loan aku approved dgn rate 4.25%. Berapa ratus ribu penjimatan kat situ! Ni salah satu cara Allah nak balas kat benda2 yg kita tak jangka. Bab sedekah or zakat tu aku tak perlu explain la ya tu perkara asas.

Ok dah panjang taip cukup lah. Bukan aku nak suruh korang bermegah ke apa, cuma aku nak share sebenarnya ada cara cara lebih baik untuk berbelanja dari boros hilang arah dan tersangkut dgn hutang. Asyik org share tips jimat lah tips simpanan lah tips pelaburan lah. Aku share lah tips berbelanja. Kalau korang komen cakap apa jadi kalau hilang kerja? Mana nak bayar semua tu? Kak abang2, uber grab ada, rumah tu kau buat lah sewa murah2 tak payah nak kejar untung. Cukup kalau dpt bayar ansuran bulanan. Kau balik la kampung duduk rumah parents, dah tak kerja kan buat apa nak duduk rumah tu. Ingat ni untuk org bujang je. Kau dah kahwin, belanja besar beli superbike tu namanya nak pasang bini satu lagi. Sekian

– ~lelaki mencari calon wanita gaji 5k

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Depress?

PengakuanKu

Assalamualaikum

Nama aku hana, lahir 90’an masih bujang.
Kalau tengok dari tajuk pon korang dah tau cerita pasal ape. Tapi aku sendiri tak tau yang aku ni depress ke ape..tah la hahahahahaha.

Ok lah kita start cerita,
Waktu kecil aku tak seindah kanak2 lain yang sentiasa dibelai ibubapa. Kisah pahit manis mesti la ade kan, tapi kisah aku tercalit sikit kisah hitam yang aku sendiri malas nak ingat balek.aku bukan budak pandai, masa kecik aku antara budak2 yang malas belajar, tak minat belajar lembab dalam akademik..aku tau main je hahahaha. Tak tau la kenape. Nak tau upsr aku dapat berapa? Aku dapat C dgn D je. Kelaut betol belajar.

Zaman awal remaja aku pulak lain ceritanye, habis je upsr ayah aku terus buat keputusan untuk berhentikan aku belajar.maksudnye aku tak dapat masuk sekolah menengah, aku dapat sambung sekolah agama je, sedangkan adik beradik lain dapat sambung, tapi aku tak dapat la nak bantah sebab aku tak rapat dgn ayah, plus die garang dan dari situ aku baru sedar betapa bodohnye diri, aku start kemurungan. Balek sekolah agama je aku terus masuk bilik, duduk sorang2 tak banyak cakap, yela mana tak murung pegi sekolah agama je kawan2 dok cite pasal sekolah menengah best la, cikgu baik la..yang aku ni tenganga je la dengar dorg cite.

Aku pon penah terfikir kenapa mak tak bela aku, mak tak sayang aku ke?.waktu umur 13-14 ni la aku mula main dgn perasaan, selalu fikir bukan2, kadang2 fikir macam aku ni bukan anak mak ke, kenapa aku disisih, rasa nak bunuh diri pon ade, kadang menangis sorang diri senyap2 *tibe-tibe rase sebak bila ingat balek*.masa ni ayah aku dah mula sakit2.masa tu aku tak tau sakit ape tibe2 badan die susut, cengkung, tak berdaya. So aku la yang kene tolong mak jage ayah, makan pakai mandi amek wuduk semua aku tolong, dan masa umur 14 ayah aku dijemput Allah. Masa tu aku dekat rumah dgn akk sulung, tibe2 ade orang call bgtau ayah dah tak ade, meninggal di hospital. Terduduk aku macam org hilang akal, aku terus amek wuduk amek yassin, baca sambil sedu-sedu. Tu lah kali pertama aku menangis yang teramat sedih sampai aku sakit dada, tak tau berape lama aku nangis.sampai je jenazah yang dah siap dikafankn kat rumah, suasana jadi terlalu pilu bagi aku, esak tangis sayup2 kedengaran disetiap sudut rumah aku. Yang datang menziarah sangatlah ramai sampai aku nak tengok jenazah pon aku terpaksa menolak beberapa org disitu.menangis kecil aku ditepi jenazah sambil ditenangkan org.

Selepas ayah aku pergi, aku banyak termenung, tak tau ape dalam otak aku..blank. tak tau nak describe. Tapi waktu tu alhamdulillah pakcik2 aku semua datang bantu family aku ape yang termampu. Sebab adik beradik aku ramai lagi yang sekolah kan, mak aku pulak suri rumah. Dan pakcik aku pernah tanye kat aku tahun depan hana sekolah nak? Aku masih blank, dan aku jawab..hana dah hilang minat nak belajar la, dengan muka suram, pakcik aku terus pujuk aku berkali2. Die cakap kalau takde pmr, spm nanti susah nak kerja, macam mane nak tolong mak, mak sorang2 kene jage family, ayah dah takde tau..mata aku terus bergenang. *taip sambil mata basah.
Dan aku pon bersetuju untuk sambung sekolah, dan pakcik aku yang uruskan semua biaya sekolah aku.

Habis pmr dan spm aku dapat masuk tingkatan 6, masa ni aku berazam sungguh2 utk dapat yang terbaik, sebab spm haritu aku dapat cukup makan je, ade la 2A hahahaha..
Aku minat art so aku amek la yang ade kene mengena kan. Dan aku bole buat dengan baik masa stpm, sebab org selalu cakap stpm ni susah. Aku sendiri tak percaya aku ni bole jadi pandai tibe2 hahahahahaha…
Dan result aku tak menghampakan, aku dapat 3.xx cgpa. Result tu melayakkan aku untuk masuk U dengan course yang aku minat, yesss..art. masa dapat tu aku terlalu lah happy bagai nak rak, rase nak peluk semua orang nak lompat2 nak baling2 kelopak bunga, satu hari senyuman melekat je kt muka ni.

Dalam aku bergembira tu tibe2, ade suara2 nyaring yang aku dengar tak bagi aku pegi, dan alasannye jauh..dia bagitau lagi tempat tu susah nak cari makan la, susah nak kemana2 la. Dan mak aku yang tak tahu menahu pasal tempat tu pon terus menghalang aku untuk sambung belajar, dan masa tu takde siapa pon pertahankan aku. Masa tu aku rase macam hati aku kene hiris2 ditikam2 dan hati tu jatuh ke lantai. Kenapa buat aku macam ni? Kenapa akak aku boleh sambung belajar sedangkan aku semua tak boleh, bodoh sangat ke aku? Kenapa takde org yang sebelahkan aku?.

Lepas kejadian tu, aku terus cari kerja..dapat pulak kerja dalam bidang kanak2. Masa tu nafsu amarah aku meluap2, aku mula benci diri sendiri, benci family, benci orang sekeliling aku. Dan aku kadang2 terlepas rasa marah tu dekat budak2 yang tak bersalah yang pernah aku jage. Lepastu aku insaf balik, dan menangis. Dari kerja tu aku mula suka kanak2, aku lebih bersifat keibuan dan tegas dalam mendidik.*rindunye kat budak2 tu.*
Dan selepas setahun aku kerja situ, aku dapat offer dari seseorang untuk bekerja di luar negara, wooowww aku tersangat lah teruja masa tu. Yelah tak pernah terfikir pon untuk kesana, tapi sebagai ape? Babysitter sahaja hahahaa..tapi gaji lumayan kan, ape salahnye mencuba, aku pon suka kanak2 ok la tu.

Dan bermula lah drama pujuk memujuk mak aku untuk bagi aku pegi sana. Dan aku tahu mak aku tak kan bagi aku pegi. Aku hampir mengalah sebenarnye pujuk die. Dan ayat terakhir aku ialah “kalau mak tak bagi hana belajar dulu hana dah tak kesah mak, sekarang ni hana nak pegi sana untuk kerja mak, cari duit cari pengalaman, tolong la restu mak, jangan la halang hana lagi. Hana dah besar, dah boleh jaga diri.”*umur baru 20 haha*
Mak aku terus setuju untuk aku pegi sana. Aku pon ape lagi melompat la gembira tak terkata..dan segala persiapan untuk aku pegi sana, guna duit simpanan aku masa kerja. Satu sen pon aku tak nak usik duit mak atau family. Tiket, visa dan pasport pula ditanggung oleh family yang offer kerja sana la ofcorse

Tiba lah hari yang dinanti utk aku terbang ke negara orang, for the first time in my life naik kapal terbang yang mengambil masa 12 jam. Kemetu punggung oiii…
Sampai je aku kt airport. Husbund die(abang malik) yang amek. Bayangkanlah org kampung macam aku sampai negara sejuk, dengan takde sweater, kasut biasa je baju pulak nipis..beku la kau kt airport, belum keluar airport lagi dah sejuk macam tu hahahahaha..
Sampai je rumah orang tu, wife die(kak nor)dengan anak2 dah tunggu,anak die 2 orang je lelaki(hassan)dan perempuan(mira). Aku dilayan mesra dengan menu makan malam siap terhidang. Aku bedal la ape lagi, lapar kan. Lepas tu aku rehat. Esoknye kak nor bagitau kerja2 ape yang aku kene buat. Dan ajar nak guna microwave, oven, dishwasher dan segala barang2 elektronik dalam rumah tu…alah kacang je la keje2 rumah ni, aku dah biase buat.

Dalam beberapa hari tu aku dah boleh sesuaikan diri dengan cuaca di sana jet leg pon dah takde. Kerja2 rumah pon aku dah boleh buat. Dari iron baju sampai lap tingkap, memasak sampai cuci tandas semua aku boleh buat. Tapi tak semua yang aku buat akan disenangi kak nor, disini aku diuji lagi sekali dari segi mental. Kak nor seorang doktor yang sentiasa sibuk di hospital. Balik tak tentu masanya. Kadang2 on call tengah malam, kadang2 tak balek 1 hari. Oleh kerana jadualnya yang padat dan sangat sibuk, die stress dan seorang yang agak pemarah ade kalanya. Dan segala kemarahan dilepaskan pada aku.agak sedih bila aku takde siapa2 untuk meluahkan. Tapi aku ada Allah sebagai tempat mengadu.

Hari-hari yang aku lalui semasa bekerja disana sangat perit, mental aku tak kuat. Setiap hari ade saje kak nor tak puas hati dengan kerja aku. Dari kerja dapur sampai la ke bilik tidur, die kalau boleh habuk sekecil taik hidung pon die tak nak tengok. Aku punye lah bangun seawal 5 pagi untuk siapkan anak2 die ke sekolah buat sarapan semua, lepas anak2 pergi sekolah aku terus kemas rumah, vacum, mencuci, basuh tandas, masak. Last2 die balek rumah die boleh cakap aku ni tak buat ape2 kat rumah. Siap pakage maki hamun sekali, aku pulak jenis tak reti menjawab lagi suka la die maki. Ade satu hari tu kak nor cakap sesuatu yang sngat sakit bila aku dengar, masa tu aku tengah mop “hana sini kau, kau tengok pinggan cawan ni semua asal tak berbasuh lagi hah! Kau ingat aku bayar kau mahal2 nak tengok kau makan tidur makan tidur je ke””mak bapak kau tak penah ajar kau buat kerja rumah ke ape””buat kerja lembab!” sambil baling cawan plastik kt aku. Terkulat2 aku kutip balek cawan tu sambil mata bergenang.

Terlalu banyak kisah pahit aku disana. Aku dijadikan seperti hamba. Aku di pukul ditendang di tarik rambut di gigit anak mereka yang kurang adab, tapi didiamkan oleh ibubapanya. Tidak dibenarkan memarahi mereka. Aku pon pernah difitnah mencuri barang anaknya, yang aku sendiri tak tahu barang ape.habis di geledah barang2 aku, berselerak barang2 dalam bilik aku. Tapi dorang jumpe barang tu kat bilik anak die sendiri. Sakitnye hati aku,pedih..sepatah maaf pon die tak kata blah macam tu je. Ade satu hari tu aku dah siap lipat cantik2 baju anak die, susun rapi dalam laci, tapi akhirnye kak nor keluarkan balek nak letak tempat lain katenye..tapi tak perlu la nak kembur2 baju tu, kau ni manusia jenis ape ye, kenapa buat aku macam ni. Aku ni pon tahu penat jugak.

Hari-hari aku menangis dalam sujud, selalu teringatkan arwah ayah. Selalu terfikir kalau arwah ade lagi mesti die akan halang aku kerja kat sini. Dan hidup aku tak kan merana macam ni. Tiap malam mesti aku nangis dulu sebelum tido. Aku teringatkan family. Ingat dosa2 aku yang lepas. Tido aku tak pernah lena, ade satu masa tu aku rasa macam nak lari je dari rumah tu, tapi aku tak boleh. Sebab yelah negara orang, kalau kat malaysia dah lama aku lari.

Hampir 2 tahun aku kerja disana, aku cakap terus terang dengan mereka yang aku nak balik malaysia. Dan mereka seolah2 tak nak aku balik, ade saje alasannya. Tapi aku tegaskan juga yang aku nak balik. Mereka tidak boleh menghalang aku lagi sebab pasport aku pon dah nak tamat tempoh. Dan mereka pon terpaksa lepaskan aku dari cengkaman mereka selama ini. Aku bersyukur pada Allah akhirnya penderitaan aku selama ini akan berakhir.
Akhirnya aku pulang pada tahun 2014 yang lepas. Alhamdulillah sampai dengan selamat.

Lepas aku balik kadang2 aku akan tibe2 menangis tak kira masa berdoa ke masa mengaji ke masa masak masa mengemas atau tido, bile aku teringat balik ape mereka buat pada aku dulu, air mata laju mengalir. Tak tau kenapa, aku depress ke? Tolong la bagi nasihat kat aku ni sikit.

Itu saje kisah aku, terima kasih yang sudi baca,

Wassalam

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.