Assalamualaikum,
1. Baca tajuk pun dah tahu apa yang aku nak tulis dalam artikel kali ni. Kali ini aku terpanggil untuk meluahkan apa pendapat aku tentang hartanah, OPSS , spesifiknya, rumah. Seperti mana kita semua tahu, rumah ini merupakan antara keperluan bagi manusia seperti juga makanan,ubatan dan pakaian. Jadi, barang2 keperluan ini, hendaklah dikawal harganya oleh pihak berwajib(Contoh : kerajaan ) supaya semua orang dapat barang keperluan ini. Ye lah . Dah barang perlu, macam mana pun kena ada. Kalau takda rumah, macam mana nak tidur, berehat, makan , mandi dan sebagainya.
2. Jadi , sekarang ni trend hipster2 hartanah(ye ke hipster) post cara beli rumah walaupun bergaji RM2,000. Aku tak marah pun dgn hipster hartanah ni sebab mungkin mereka cari makan melalui cara itu. Tak perlu pergi seminar pun kalau nak tahu strategi diorang. Basic principle yang diorang guna, 1)Deposit -> 2)Hutang bank -> 3)Sewakan -> 4)Bayar Hutang Bank. Pastu, recycle balik proses tu. Nanti aku ulas sikit bab ni di perenggan lain.
3. Tambahan pula, sesetengah orang yang dah berjaya beli , tanpa segan silu menyindir orang yang merungut tentang harga rumah mahal. Ni namanya orang yang sakit. Iaitu sakit dengan sifat pentingkan diri dan mula timbul bait2 rasa bangga dengan harta dunia sedangkan semua ini hanya sementara. Uishh, masuk bab agama pula. sorry, sikit je. yang penting kali ini aku nak tulis berdasarkan kesan yang aku rasa.
4. Pertama sekali, bab deposit. Ni yang hipster2 duk bagi tips tu. Dengan penjimatan berganda, anda mampu kumpul sejumlah deposit dalam 3 tahun n etc. Duit simpanan tu letak dalam ASB(financing atau saving). Biasa diorang cadangkan financing. Tahu tak, financing tu apa? maksudnya kau pinjam duit bank, simpan dalam asb. of course, ada bunga. Bab bunga ni nanti aku cerita. yang penting , islam larang riba. Kesan mungkin tak kena kat spesifik orang atau kita. Tapi bila sistem ni dah pecah, sistem ni kena kat masyarakat secara umum. Buat apa kau pinjam duit lepastu simpan. orang pinjam duit sebab terdesak baru pinjam. Konsep barat mana lah pinjam duit sebab nak simpan. Basicnya,ASB ni kau untung kalau dividend kau lagi tinggi dari interest. Tu kalau korang tak kena buang kerja dan tak mampu nak bayar bulanan lah. Kah! Opps . tak baik. Positif. Senang citer, simpan je duit tu dalam tabung haji atau buat asb saving. simpan duit yang kau ada sudahlah. nak pinjam pastu simpan buat apa.
5. Kedua , aku sama sekali tak marah kalau diorang nak beli rumah pastu sewakan. Itu hak masing-masing. Tapi kalau sampai lebih 3 rumah seorang. Cukuplah beli rumah untuk sewa dan duduk satu. Kalau lebih, ia seolah-olah menindas hak orang lain. Tunggu! mungkin satu hari nanti , dia sendiri akan tertindas? haa, camna tu. Dengar sini. Dalam Islam, konsep berhutang ini amat tidak digalakkan. Sebab itu pernah tak kita baca kisah pesanan Hasan al Basri kepada anaknya. Iaitu jangan kutip hutang dengan kata lain hutang ni tak bagus(Bukan buruk, kalau terdesak silakan). Ingat, hutang dengan manusia, kita boleh tunda2 nak bayar, tapi kalau dengan bank, cukup bulan kena bayar. Bayar lewat sehari, rosak rekod pinjamam. Bayar lewat berbulan2, ada risiko kena lelong.
6. Ketiga, islam juga menentang riba atau dengan kata lain , bunga, barat panggil “interest”. .(Bukan bunga flower tu ya :P). Bila berhutang kita kena bayar interest. Katakanlah, kita beli rumah 100k, pastu pinjam bank dan kena bayar 35 tahun (prinsipal + interest) , total = 200 k(Contoh secara kasar). Ingat, sbnrnya rumah kita bukan 100k tapi 200k sbb interest tu kita bayar juga. Pastu kita pun jual lah 180k di masa depan. kita kata dapat untung 80k sebab harga rumah naik. Ciss, sebenarnya dia rugi 20k , dia je tak sedar. Kah! ish, tak baik gelak. Positif k(kata geng hartanah).
7. Keempat, aku pendekkan lah, ni bab kesan. katakanlah , korang yang bergaji 2000 tapi ada rumah banyak tu diberhentikan kerja, nak bayar dengan apa? Okay, korang pun kata duit sewa ada. Kalau penyewa korang pun diberhentikan kerja. Dia nak bayar rumah korang(sewa) dengan apa. Kah! Kalau sebulan je rumah tu takada penyewa. korang dah panik dah. Oh lupa, korang ada deposit sewa kan. Cover pakai tu lah kan. Haha. Kalau berbulan2 (ni yang korang tak expect, sbb pegangan korang, rumah mesti ada orang nak sewa), baru sakit .Nak jual? bukan sebulan proses jual rumah.
8. Kelima, korang nak beli rumah lagi ke? EH , mana salah beli rumah. Belilah sebab kita nak duduk dengan keluarga atau orang tersayang. Nak melabur silakan, lagi bagus kalau bumiputra ada banyak aset. Tapi berpada-padalah. Jangan menyindir golongan muda yang baru bekerja. Aku kesian kat orang muda sebenarnya. Masyarakat sentiasa push mereka(kawen, rumah, bantu family) sehingga mereka hanya fikir nak cari duit je . Bila orang muda mula berfikir bab duit je, takada masa untuk keluarga dan orang tersayang. Kesian. Kita bukan bahagia dengan duit, tapi kalau tak ada duit kita boleh sengsara! Berpada2lah . Sekian.
Disclaimer :
Ini hanyalah pendapat peribadi aku, mana yang betul ambillah. yang tak betul letak tepi.
– Mr. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment