Friday, 24 November 2017

Keretapi Awam

PengakuanKu

Asalamualaikum. Thanks admin kalau cofession ini di “approve”.

Cofession ni more kepada luahan hati. Maaf kalau bahasa rojak habis. Bila geram tak dapat nak fikir sangat.

Aku geram dengan perkhidmatan KTM. Untuk pengetahuan semua, aku berkerja di kota. Kawasan rumah aku, public transport yang reachable adalah KTM (KTM Rawang ) , lepas itu aku akan transit ke lrt atau mrt. Perjalanan aku ke office mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. Kerja aku mula pukul 8.45 pagi . Kalau naik pukul 7, memang sampai office 8.30, tapi kelam kabut , tak sempat nak bersarapan dan kena berdiri sepanjang jalan. 1 jam 45 minit aku manfaatkan untuk tidur,jadi gigih aku bangun 5.00 untuk kejar train pukul 6.30 , jadi aku dapat tempat duduk , letak bantal kat bahagian kepala. Dan Zzzzz. Kalau 6.30 , aku sampai 7.45. So semuanya berjalan tenang belaka. Intro Done.

Yang aku geram sekarang ini, kenapalah perkhidmatan KTM teruk bebenor. Sakit kepala dibuatnya. Caj tambang bukan main tinggi, tapi perkhidmatan masyallahh.

1. KTM selalu tidak menepati masa. Kata pukul 9.16 tapi muncul 30 minit kemudian, 1 jam kemudian. Pernah sekali sampai 2 jam bro ! 2 jam !!! ( waktu ini tiada kes2 keretapi tergelincir or kabel terputus ) Subhanallah ! Baru2 ini, aku ada terbaca, ada syarikat train dari negara mana entah, minta maaf bersungguh2 sebab terawal 20 saat. Kalau dengan KTM ini mahukan 2 jam, jangan berharap maaf akan dipinta. Hahaha.. Barai.

2. Pengumuman. Yang paling pantang, dah tahu train akan lambat, kadang tak buat pengumuman. Kadang skrin gelap, membiarkan kami terkial – kial menungu KTM. Part ini, memang kesian, sebab akan ada penumpang yang kejar masa, entah berapa kali diorang masuk office lambat. Kenapalah susah sangat nak on time si KTM ni especially during night time. Dah train hanya setiap satu jam ( laluan tanjung malim), itu pun tak boleh nak tepati masa.

3. Ada sekali itu, train berhenti tiba – tiba sebab ganguan elektrik. Boleh pula kata tidak tahu bila train akan bergerak. Subhanallah. Kesian orang yang depends pada KTM sahaja termasuklah orang tua. At least kalau ada backup plan macam sediakan bas ke apa ke takpa jugak, tapi itu pun tidak. Kesian dekat orang – orang tua yang blur nak meneruskan perjalanan.

4. Perjalanan antara dua station kadang sampai 30 min. Kadang tu rasa macam dekat je, tapi sampai 30 min. Hmm..

5. Pihak KTM tak boleh ke kerapkan perjalanan terutamannya laluan tanjung malim ? ( yang aku rasa memang ramai penumpangnya ). Lagi2 waktu peak. Selalu sampai sungai buloh je. At least buat perkhidmatan jauh sikit sampai rawang (ramai kot penumpang disini )

On the other side, dalam marah – marah aku, ada terfikir gak, KTM kekurangan train ke ? Kerajaan tidak memberikan dana ke kepada pihak KTM ? Kenapa train2 baru seperti MRT, LRT lebih effision, sedangakn KTM ini lebih berpengalaman, tahap effision dia subhanallah!!
Ada siapa2 tahu tak kenapa boleh jadi macam ini?
Kadang terdetik juga dalam kutuk2, kita tak tahu macam aturan laluan train ( yang aku rasa mungkin susah ), macam mana sebenarnya KTM beroperasi terutamanya waktu2 genting. Kita tak tahu struggle pihak KTM untuk menyediakan perkhidmatan baik bila train haywire.
*rasa bersalah kutuk, tapi nak kutuk*

Dari sudut hati yang lain, aku berharap KTM dapat perbaiki perkhidmatan, kasihanilah kami yang hanya bergantung pada KTM untuk pergi bekerja. Kasihanilah kami yang gigih datang awal naik train , untuk menghadapi rintangan yang disediakan oleh pihak KTM , yang kadangnya masih kami tidak lepas dari rintangan tersebut dan masih lambat ke destinasi kami. Wahai KTM sentiasalah sediakan back up plan, jika berlaku kegelinciran kargo atau kabel elektrik putus tetiba. Kadang tempat yang anda berhenti, perkhidmatan teksi apatah lagi grab, tiada untuk bantu kami ke destinasi kami. Wahai KTM sudah tahu perkhidmatan agak teruk, berilah kami diskaun tambang, train yang effision pun lagi murah ,En KTM. Macam dah berdoa dah aku hailaaa..

Kepada staff2 KTM yang berusaha untuk bantu kami, teruskanlah berusaha, semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga KTM akan lebih baik dimasa akan datang

Sedikit nasihat kepada penumpang train,

1. saya faham anda nak duduk tapi beradablah sila beri laluan orang nak keluar, baru masuk.

2. Kepada penumpang lelaki, Silalah jangan menyibuk di coach perempuan. Banyak kali annoucement dibuat, banyak juga sticker warna pink! saya tidak pastilah sama ada anda buta ketika mata celik belaka atau pekak belaka.

3. Tolonglaahhhhh masukkk dalam ye hakak2 habang2 , orang lain pun nak balik juga.

4. Kalau rasa nak kentut, kentut jauh2 sikit. Bila anda sedang berdiri, saya sedang duduk, memang sangat berdekatan dengan “terowong angin” anda. Tolonglah consider na.

Lastly, dulu2 kalau naik train, banyak bunyi bersembang, saling tegur menegur. Kalau bersembang, memang kita jadi tumpuan dalam trainlah. Sekarang dah lain, semua tengok telefon je. Paling2 kurang pun budak2 sahaj yang bising, itu mak dia “shhh”. Hmmm..

Sekian saja luahan saya yang tidak teratur, thank you kepada yang membaca.

-Miss KTM-

– Miss KTM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.