Wednesday, 22 November 2017

Kpop dan Drama Melayu

PengakuanKu

Assalammualaikum WRWB. Aku sekali lagi ucapkan terima kasih kepada admin sebab siarkan penulisan aku pasal perspektif lelaki tentang Kpop dan drama Melayu, dan jujurnya aku menulis ni pun sebab ada komen request supaya aku detailkan lagi penerangan aku. So kalau disiarkan lagi aku ucap terima kasih, And of course, aku doakan semua kita berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Ramai jugak yang marah sebab aku pinpoint isu nafsu tu haha. Ada yang menuduh lelaki insecure sebab artis Kpop hensem, ada yang menuduh aku aku hipokrit sebab aku defend muzik kegemaran aku tapi aku anti Kpop, walaupun jelas dalam penulisan aku, sikit aku tak nyatakan muzik mana kegemaran pun. Ada yang cuba mengatakan muzik lain pun membabitkan minat daripada nafsu.

Tak kurang ada yang kata nafsu bukan datang daripada mata yang menatap, sedangkan dalam Surah An-Nur:30-31 telah dijelaskan bahawa “JAGALAH PANDANGAN MATAMU” yang mana tafsir ulama menekankan kita mestilah mengelakkan zina mata. Siapa-siapa yang tak setuju tentang perkara ni, pastikan korang berilmu dahulu untuk nyatakan point korang sebab risau nanti korang menafikan kandungan Quran.

Di hujung artikel aku, aku dah clarify – Kalau kita tak fanatic, kita tak taksub, kita tak perlu sentap or terasa. Meaning kalau seorang Kpopper tu bukan minatnya datang daripada nafsu, tiada apa yang perlu dirisaukan. Jadi nasihat aku, kepada yang respond dalam keadaan marah dan bengang tu, inilah masa korang muhasabah diri semula.

Sambil kita berdiskusi, tahukah korang yang industri muzikK-Pop yang korang suka ni tidaklah indah seperti korang bayangkan. Artis-artis kegemaran korang tu sebenarnya dilayan seperti hamba. Sebahagian besar keuntungan dikaut oleh syarikat, sementara artis tu pula ditekan dan diperah sehingga ada yang bunuh diri. Bagaimana aku tahu semua ni? Insha Allah sesiapa saja boleh tau perkara begini asalkan mengikuti perkembangan isu semasa.

Untuk makluman la, of course muzik lain ada jugak bahaya nafsu. Kalau korang layan J.Bieber atau OneDirection atau sesapa saja bukan sekadar lagu tapi melting menghadap video artis tu, dosanya tetap sama. Tak semesti penyanyi, it can be pelakon, ataupun selebriti dan public figure. Memetik kata wanita sendiri – ovari meletup katanya. Jadi para wanita, fahamkan di sini, perangai serupa begini lah yang menjatuhkan maruah kalian.

Dan of course lelaki pun sama saja dosanya bila menatap sesuatu dengan nafsu. Pada confession aku yang lepas, ada commenter tak puas hati – bagaimana pula lelaki yang minat menonton video artis wanita. Aduh, wahai wanita yang tersentap, dosa tentang perkara ni jelas. Kami sengaja menatap perempuan yang menutup aurat pun boleh mendatangkan dosa. Kalau ini pun perlu aku perjelaskan, apalah gunanya kita belajar tentang Islam daripada kita kecil hingga besar.

Pasal drama Melayu, aku agak terkejut juga sebab komen-komen banyak yang bersetuju dengan aku. Peminat drama Melayu mungkin tak sesentap peminat Kpop agaknya.

Main point aku di sini, tontonlah apa yang kita minat tapi jangan tonton dengan hawa nafsu. Untuk makluman korang, aku seperti ramai lelaki lain, kami tonton jugak je drama dan filem Korea. Takde masalah bagi aku di sini, sebab asalkan jalan ceritanya menarik dan mengembangkan minda, why not? Yang penting, janganlah menonton sehingga berhabis berjam-jam dalam sehari, jangan taksub hingga ibadah terabai. Dan elakkan menonton pada waktu-waktu yang digalakkan kita beribadah seperti waktu Maghrib dan waktu sepertiga malam.

Tentang drama Melayu….bukanlah aku tak sarankan menyokong industri tempatan, tapi pilihlah menonton drama yang berkualiti saja. Bila menonton drama yang tiada kualiti, otak kita pun takkan berkembang, dan pembikin drama pun akan berterusan menghasilkan drama yang teruk, disebabkan tiada demand daripada penonton.

OK, berkenaan bolasepak. Kalau kita lihat, majority penggemar sukan bolasepak ni terdiri daripada lelaki. Kebanyakan lelaki ada pasukan dalam Liga Perdana England yang disokong. Lately, bolasepak tempatan pun makin meriah. Tapi yang jadi pedihnya apabila semangat kenegerian dan Asobiyyah mempengaruhi kita. Jadi sebab itu mulalah kita lihat perbalahan baik di stadium dan di social media. Menambahkan lagi buruk apabila mereka yang berada di stadium ada yang meninggalkan solat, berperangai samseng ala Hooligans.

Meminati sukan ini tiada masalah. Hatta semasa hidupnya Allahyarham Nik Aziz pun aktif menyokong sukan bolasepak. Tapi sama seperti peminat muzik mesti mengawal diri, lelaki pun sama saja perlu ada self-control dalam menjadi peminat sukan. Jadilah peminat yang bertamadun, lagi-lagi kita ini lelaki yang dipertanggungjawab memimpin. It is good to have passion. Tetapi janganlah over sangat hinggakan kita lupa yang status kita sebagai orang Islam adalah berkali-kali lagi mustahak daripada negeri dan pasukan kegemaran kita.

Akhir kata, aku ulangi lagi – kepada yang tidak taksub dan tidak fanatik, tiada sebab untuk merasa terpukul daripada perkongsian ini. Sama-sama kita jadi umat Islam yang bertanggungjawab.

– Mr Traveler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.