Asslamualaikum, Terima kasih admin kerana siarkan kisah aku sebelum ni. satu persatu komen yang aku baca dan hadam. syukur alhamdulillah rata-rata komen adalah komen yang memberikan aku semangat positif dan cekal untuk terus kuat demi anak-anak ini. ada yang meminta aku untuk ceritakan lebih jelas duduk perkara yang sebenarnya. bukan aku tak mahu ceritakan semua. tapi terlalu banyak yang perlu aku susun. Jadi, aku menulis kali ni cuma untuk jelaskan dan perincikan agar tak ada yang salah faham. Dan tertanya tanya lagi tentang apa yang berlaku.
Untuk aku cerita secara menyeluruh, maaf ia sangat lah mustahil bagi aku. Jadi aku cuba ringkaskan. Ya, aku di pihak arwah abang. Dan jika ada persoalan mengikut faraid pun, ayah aku lah sebenarnya penjaga yang paling berhak ke atas mereka dari dulu hingga sekarang. Tapi, Arwah abang dan kakak ipar memang dah pun menyusun wasiat sejak dari awal lagi. proses-proses nya mungkin perlu kan ruangan lain untuk lebih di perjelaskan. Jadi, waktu itu, jika ada yang perlu bersikap tamak dan menuntut pada ketika arwah meninggal dunia, sepatutnya aku lah yang paling layak. Bukan mereka. Kerana aku lah satu-satunya adik yang arwah ada.
keluarga aku memang keluarga kecil. hanya ada mak, ayah, aku dah arwah abang. tak macam keluarga arwah kakak ipar aku yang lebih ramai adik beradik. arwah kakak ipar aku pun memang bekerja. dan memang setiap bulan tanggungjawab dia bagi duit pada mak dia(ayah nya dah meninggal dunia). Dan aku tahu itu adalah benda yang arwah tak pernah missed setiap bulan. arwah abang aku pulak seorang Engineer electrical. jadi boleh kata, ada juga kerja luar, tak balik rumah. banyak masa arwah kakak ipar dan anak-anak kat rumah aku. jadi, aku dgn arwah kakak ipar memang rapat, tak ada masalah antara kami. Kerana anak anak juga lebih rapat dengan aku, mak dan ayah. Berbanding dengan keluarga sana. Mungkin juga faktor jarak.
Sejak awal, arwah abang aku dah pun amanahkan semua urusan kepada kawan baiknya. beliau juga merupakan seorang peguam. Jadi sebenarnya, soal itu awalnya aku tak mahu campur sangat memandangkan arwah dah pun menyusun dan aku pasti arwah tahu apa yang dilakukannya. Aku pun bukan lah tahu sangat tentang proses2 dan pembahagian waktu itu. Tapi, yang menjadi perbalahan adalah ketika keluarga arwah dapat tahu, mereka tiba-tiba bangkitkan isu kami membelakangkan mereka. Kononnya kami nak ambil semua harta penginggalan arwah.
Masa awal mereka bertekak sana sini habis semua dimaki pasal warisan arwah, yang aku faham cuma satu, mereka tak puas hati kerana semua keputusan adalah lebih berpihak pada kami (anak-anak). mereka keras menentang, mengatakan mak arwah kakak ipar sepatutnya dapat lebih kerana selepas ini, arwah kakak ipar tak kan dapat lagi tunaikan tanggungjawab belanja ibu setiap bulan. Itulah awal tuntutan mereka, Dan isu yang mereka bangkitkan.
Memang hak dan bahagian ibu arwah kakak ipar tak dinafikan sesiapa. Dan kami tak sama sekali pun menghalang pembahagian itu. Kawan baik arwah abang yang perjelaskan satu persatu. Tapi akhirnya mereka tetap tak puas hati kerana bahagian itu mungkin bagi mereka hanya cukup untuk mak arwah kakak ipar. Lalu, Mereka menuntut pula mahu semua yang di atas nama arwah kakak ipar, diserahkan pada mereka yang hakikatnya masa tu semua dah pun tertulis. Mereka memujuk dan meminta ayah aku berlaku adil katanya. Mereka minta semuanya dibahagi sama rata, antara keluarga aku dan keluarga mereka. Dan memandangkan keluarga aku kecil, mereka kata, bahagian mereka sepatutnya lebih besar. Tapi, ayah aku memang hanya berdiam diri. Mungkin kelu dengan permintaan mereka.
Dan waktu kemuncak hilangnya rasa sabar aku adalah ketika mereka menuntut lagi agar rumah yang arwah abang aku beli, di jual atau di beri duduk pada mak arwah kakak ipar aku. Dengan alasan, anak-anak akan tinggal di rumah kami. Jadi, Disitulah aku melenting! Aku tak perlduli dan aku menegaskan, apa-apa yang dah tertulis, itu akan kekal di situ, dan rumah pula akan tetap menjadi tempat perlindungan anak-anak bila mereka besar. Memang aku tak memahami terlalu banyak soal pembahagian harta waktu itu. Aku bersyukur sangat masa tu kawan baik arwah abang ada bersama kami. Beliau lah yang menerangkan sehabis baik pada mereka dan yang menguruskan semua. Betul kata salah seorang komen, buat lah wasiat. Buat hibah waktu hidup ni. Bila dah buat, datang lah seramai mana pun cuba menuntut, yang berhak akan tetap berhak. Dan alhamdulillah arwah abang dan kakak ipar sempat buat semua tu.
Ada yang tanya, bila aku ambil mereka semula? umur aku masa tu pun baru 26tahun, tahun 2011 lebih kurang. Anak pertama umur lebih kurang 5tahun dan kedua 3tahun. Apa yang aku Nampak masa tu? Aku rasa semua pun dah boleh agak apa yang berlaku. bertahun berlalu sekali pun, aku takkan pernah lupakan kebodohan yang aku dah buat. aku memang menyesal lepaskan mereka dan biar mereka lalui hari2 mereka di sana hampir 2tahun. Sebab aku percaya macam mana mak ayah aku sayangkan mereka, jaga mereka , macam tu lah keluarga sana akan perlakukan mereka. Dan salah satu sebab aku bagi mereka dalam jagaan keluarga sana adalah, waktu arwah meninggal, aku terlalu mentah, muda dan masih lagi gigih cari masa depan sendiri.
Dan disitulah silap aku. betapa aku biarkan saja raya tahun pertama tanpa anak2. mereka tak balik, aku pun tak jenguk atas alasan jauh. Hadap jem. Dan aku juga diperbodohkan dengan gambar-gambar yang kononnya mereka bahagia. Mereka gembira. Sekolah cukup, makan pakai terjaga. Tapi Hakikatnya, Allah saja yang tahu apa yang anak2 tanggung. Masa aku datang sana, di laman rumah, anak-anak, si adik yang hanya pakai seluar dalam tak berbaju. si kakak pulak peluk adik, duduk rapat rapat di satu sudut. Pintu rumah tertutup. Tinggal mereka berdua di luar rumah saling berpelukan. Ya mungkin juga anak2 ada melakukan apa2 kesalahan hingga di hukum begitu. Dan mungkin ada yang rasa benda ni biasa je tapi aku tak pernah terdetik pun walau sehari, aku tengok mereka dalam keadaan macam tu. berderai-derai air mata masa aku teliti satu satu badan mereka. Kesan lebam, birat belakang badan sama ada rotan atau hanger, kesan tapak tangan di paha, kesan luka, telinga, tapak kaki. teruk! cukup teruk untuk aku senaraikan. dan yang paling teruk si kakak. aku menangis setiap kali ingat semua tu. Tergamak korang perlakukan anak2 yang baru saja nak mengenal dunia macam tu? Ya mungkin mereka degil. Tapi, mereka hanya kanak2 5 dan 3 tahun ketika itu. Patutkah? Siapa korang? Apa hak korang?
Mujurlah waktu aku datang, aku dengan kawan baik aku. Dia yang ambil semua gambar2 setiap inci badan anak-anak. Masa tu aku pun tak fikir dah semua. tapi rupanya itu lah senjata paling kuat untuk tundukkan mereka lepaskan anak2 waktu tu. Yang aku tahu masa tu, hati aku lebih kepada rasa meluap nak bakar seluruh rumah tu! Nak koyak2 mulut manusia yang dulu janji nak jaga mereka sepenuh hati! Dan aku cuma terfikir nak bawa mereka balik. Jadi di situ aku buat kesimpulan, mereka ambil kononnya untuk jaga dua anak2 ni, sebab satu, mereka akan dapat wang penjagaan setiap bulan dari kami. Dan lagi satu, aku dapat tahu, orang kampung ada bagi sumbangan anak yatim setiap bulan melalui tabung masjid. Aku bersangka buruk ke? Tak. Memang terbukti pun. Mereka kata si kakak mereka dah hantar sekolah tadika. Rupanya ayat manis mereka je. Dan aku sangat pasti budak2 ni tak pandai menipu. Satu demi satu mereka cerita pada aku. Dan aku yakin, Korang lah penipu paling besar sebenarnya! Bijak sungguh korang ni. Aku pun tertanya dimana letaknya hati manusia korang.
Lepas dari situ, memang aku, mak dan ayah lah yang jaga mereka. Betul masa tu aku baru umur 26tahun. dan aku seorang perempuan. Masa kawan sebaya sibuk tunang, ada yang kahwin, ada yang travel all the world, kerjaya luar negara, tipulah kalau aku kata sesekali tak pernah terfikir nak ada hidup sendiri. Aku pun manusia biasa. Aku bukan malaikat. Cuma aku sedar, jika semua semua pihak menolak keberadaan anak anak ini, aku lah satu2 nya yang perlu ada untuk mereka berlindung. Memang ada saja perkara yang berlaku sepanjang aku jaga mereka. tapi taklah sekeras awal-awal dulu. sebab mungkin mereka ingat aku perempuan, aku lemah. Ya, Dulu mungkin aku masih boleh berlembut. Tapi, lepas kejadian kat kampong tu, depan mata aku, aku takkan sesekali biar korang perbodohkan aku lagi. Mama janji!
Alhamdulillah, aku masih bernyawa, bernafas hingga kini. Anak-anak dah besar. Si kakak tahun depan pun dah nak ambil upsr. Alhamdulillah, nanti aku boleh jawab pada abang dan kakak, anak anak mereka membesar jadi sebaik baik manusia. Ya aku berdendam dengan mereka. Ya mungkin hati aku busuk sebab tanam sifat itu dalam diri aku. Tapi, aku Tak pernah sekali pun ajar anak-anak berdendam dengan sesiapa. Tak pernah aku ajar mereka doakan kajatuhan orang lain. Sebab aku tahu doa anak anak ini tiada hijab di sisi Allah.
Buat masa ini, rumah arwah abang masih kosong, kalau ada yang tanya kenapa tak duduk sendiri, jawapannya sebab mak ayah aku lebih senang duduk di rumah sendiri. Dekat dengan jiran jiran lama. Senang jika berlaku apa2. Jadi rumah arwah, aku cuma jaga dan bersihkan saja setiap bulan. In sha Allah awal tahun depan ada keluarga baru yang akan masuk menyewa. Doakan semoga berjalan dengan lancar. Dan kepada korang yang masih ada hati nak kan rumah tu, waima nak duduk sewa sekalipun sila lah bermimpi sampai bila2. aku bukan baru kenal korang semalam. Aku tahu benda ni dah sampai kepada korang. dan kepada korang yang mendoakan aku cepat mati, perempuan tak sedar diri dan segala yang seangkatannya tu. Takpe lah, alhamdulillah aku ada anak-anak yang selalu doakan aku panjang umur setiap hari. Aku doakan korang ada lah sedikit hati melihat muka anak-anak ini. Tak banyak, sikit pun jadi lah.
Nasib aku baik kerana sejak awal lagi, arwah abang dah mudahkan urusan kami. semua hak telah pun dipihak kami. Cuma mereka saja yang menuntut tak tentu pasal, mungkin ada orang juga dalam situasi aku. Malah mungkin lebih teruk. tolong jangan gentar. Aku tahu manusia seperti mereka masih ada. Buta bila melihat harta. Tapi aku doakan kalian tabah, cekal dan hadapi dengan tenang. Jangan takut. Berjuanglah demi masa depan anak2. Jangan menyerah sebelum berjuang. Terima kasih atas semua komen positif, doa yang baik baik dari semua. Aku pun doakan semoga doa tu berbalik pada anda semua. Semoga kita semua berada dalam lindungan kasih sayang Allah selalu dan dalam limpahan rahmat Allah selamanya.
Kalau ada yang kata aku tabah, aku kuat, alhamdulillah juga. Aku jadikan itu juga satu doa. Kerana sesungguhnya aku pun hanyalah manusia biasa. Aku tak nak minta doa di kurniakan jodoh. Kerana aku takut memikul tanggungjawab lain. Aku pun dah nak masuk 33tahun. Aku Cuma harap, doakan semoga aku mampu membesarkan mereka menjadi sebaik baik insan yang berjaya dan solehah. Kalau si manis fazura tak terfikir kahwin sebab karier, aku pun tak fikir semua tu, sebab aku pun dah ada anak anak yang baik. cukup lah tu. hehehehe. Banyak dan hampir segalanya yang arwah abang aku buat dan korbankan masa hidupnya untuk aku, satu-satunya adik yang paling arwah sayang. Mungkin kini tiba pula masa aku.
Tolong doakan juga Semoga arwah abang dan arwah kakak ipar tenang di satu alam yang pasti kita semua akan ke sana. Aku harap penerangan aku ini jelas dan tak tergantung di mana mana. Sebab untuk aku habiskan cerita ini, aku pun tak tahu di mana dan macam mana pengakhirannya. Kerana hidup ni masih aku lalui. Semoga pengakhiran nya baik-baik saja. aaamiiinnn.. Terima kasih semua :)
– Mama Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment