Aku 22 tahun. Tersalah pilih tempat sambung diploma. Berjaya tamatkan pengajian dengan hutang 100k+ di zaman kegawatan 2016 semasa umur 21 tahun! Inilah silap paling bodoh aku pernah buat dalam hidup aku apatah lagi aku bukan dari keluarga orang berada. Dan course yang bukan course professional macam perubatan, jurutera or arkitek.
Aku mula terasa beratnya hutang belajar bila mana sukarnya mencari kerja berkaitan bidang dengan gaji lumayan(yela nak bayar hutang banyak kan). Terus terang gaji paling tinggi aku dapat basic rm1200 je dengan guna diploma. Aku depress setiap kali fikir pasal hutang aku. Hidup aku serius tak tenang beb. Dengan takde simpanan.
Lepas 4 bulan kerja dengan basic rm1200 tanpa elaun dan ot aku nekad resign. Dua bulan aku aku menggangur dekat rumah. Mulanya aku cuba apply dengan dengan syarikat2 dalam Malaysia. Tapi sebab offer yang aku dapat tak seberapa akhir nya aku dapat idea untuk cuba kerja singapura. Pendek cerita aku dapat kerja assistant warehouse dengan purata gaji $2000 bila dicampur elaun, ot kerja 12 jam 6 hari seminggu. Kerja memang macam kuli batak la tapi bagi aku berbaloi.
Memang niat aku kerja untuk kumpul duit sebanyak yang boleh. Jadi tiap bulan aku aku cuma belanja $200 bilik dekat sg(kongsi 3 orang), $250 untuk makan,bil telefon(makan biasa masak sendiri dan bawak bekal utk jimat kaw2. Kalau bajet ade lebih bawak ke bulan depan). Transport pulak disediakan company jadi tak payah risau. Bajet utk hiburan? Boleh kata tak wujud sebab aku kerja 12 jam sehari 6 hari seminggu. Hari cuti reserved utk tidur/rehat dekat rumah. Ramai kawan2 kata takde life tapi diorang tak tau yg aku tengah bina life aku.
Jadi lepas dah setel duit belanja aku tinggal la around rm4.6k camtu(kadang lebih kadang kurang ikut gaji dan rate tukaran) Rm600 untuk parents. Baki simpan ke tabung haji. Dah genap setahun aku kerja. Simpanan aku pun dah cecah 49k bulan lepas.
Kenapa aku simpan tabung haji? Kenapa tak bayar terus je hutang belajar 100k tu??
Sebab institusi yang memberi pinjaman belajar pada aku menawarkan diskaun bagi pelajar yang menamatkan pengajian. Jadi aku tunggu diskaun lulus dulu la(harap2 dapat la). Hehe.. Lagipun tiap2 tahun ade dividen. Selain tu kelebihan meyimpan dekat tabung haji ialah nama dah masuk senarai queue utk pergi haji :)
Exit plan aku? Kerja dan kumpul duit sampai la aku boleh tampung hidup dengan dividen simpanan je sambil sambung degree tanpa ambil hutang lagi. Mungkin aku kena tahan kerja lagi 3-4 tahun.
Nasihat aku bagi yang kerja dekat luar tak kira la kat negara mana pun jangan lupa sediakan exit plan korang. Korang tak selamanya muda dan sihat. Gaji memang masyukk tapi kalau tiap bulan gaji licin susah la. Kena belajar uruskan kewangan betul2.
Untuk adik2 yang nak sambung belajar dekat ipts tu hati2 pilih tempat belajar ye. Jangan jadi macam aku hutang sampai 6 angka untuk diploma pengurusan. Tak kisah la dia janji senang dapat kerja ke gaji tinggi ke ape ke. Semua tu bullshit. Hutang korang yang tanggung sorang2 nanti. Fikir sampai hangus2 dulu.
– Encik 100k+
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment