Soalan hari raya: Eh, kau belum kahwin? Bila lagi ni?
Ingin je aku jawab: Saya ni memang tak ada orang mahu, rupe dah la tak ade, duit lagi la tak ada. Sob..sob sob.
Tapi entah kenapa aku tak boleh bagi jawapan tu, mungkin sebab kalau aku jawab nanti air mata jatuh berlinangan, jadi drama pukul 7 pulak di pagi syawal yg mulia tu.
Realitinya aku memang macam tu 1 tahun lepas. Aku mudah marah dan bersedih dengan soalan yang singgah. Sekarang, aku simpati dengan rintihan kawan-kawan (wanita) sekeliling yang seangkatan denganku. Meh sini aku kisahkan situasi mereka. Mudah-mudahan orang sekeliling bukan sekadar bertanya, tapi boleh menolong. Sekurang-kurangnya tolong diam dan jangan la melukakan hati orang lain. Itu pon dah kira bagus.
—
Situasi 1
Masa kenduri kahwin kawan sepejabat
Brad Pitt: Kau ni tak kahwin sebab takut ye? Takut terkahwin dengan lelaki jahat ye?
Aku: Hah?
Brad Pitt: Kau tak boleh anggap macam tu. Kau belum cuba belum tahu. Cinta tu memang sakit, tapi itulah pengalaman.
Aku: Hahahaha. (Speechless)
Realiti: Kau pon tak sudi nak lamar aku utk dijadikan isteri, ini kan pula orang lain. Baru tadi kau perli aku. Kau kata aku ni tak cantik la, aku ni taste orang tua la, selekeh laa. Semoga Tuhan ampun kan kau.
—
Situasi 2
Tengah susun file dalam office.
Fatah Aman: Kau tak de rasa nak kawin ke?
Aku: Sape tak nak kahwin, Fat.
Fatah Aman: Kalau nak, kau kena lah usaha. Kalau kau nak makan pon kena usaha, inikan pula jodoh. Sama la.
Aku: Ye aku tengah usaha lah ni.
Realiti: Dalam hati rasa nak nangis, baru semalam ayah aku tetiba marahkan aku, ayah persoalkan aku. Kenapa aku ni tak pandai cari jodoh sendiri? Kata ayah, dia susah hati andainya aku tiada jodoh hingga ke tua. Sepupu aku semua dah kahwin, tapi anak dia je yang tak laku-laku. Sebenarnya, aku sendiri susah hati sebab ini soal hidup aku, bila ditekan lagi aku susah hati. Aku pun sedih juga tengok mak ayah malu dan susah payah gara-gara aku.
Tuhan saja yang tau usaha mak ayah aku. Mak ayah aku cekal bertanya kawan-kawan dia. Namun, setiap kali asyik kena reject. Aku? Aku memang pemalu, ade jugak suruh kawan-kawan aku cari. Tapi bila aku suruh kawan cari terjadilah situasi seperti di bawah ni:
—
Situasi 3
Bila berbual dengan rakan sepejabat.
Tom Cruise: Calon yang aku cadang haritu, macam mana?
Aku: Mak aku tak setuju, katanya tak sekufu. Aku kan university graduate, lelaki tu lepasan SPM.
Tom Cruise: Laa. Tuhan tak tengok semua tu.
Aku (dalam hati): Ye lah kan. Jadi, kau memang kenal la lelaki tu kan?
Tom Cruise: Aku kenal gitu-gitu je la. Aku kenal rapat ngan ayah dia je. Ayah dia memang baik.
Aku (dengan nada perli): Kalau macam tu, aku kahwin dengan ayah dia je la. Senang !!
Tom Cruise: -Bengkak hati-
Aku (dalam hati): OOh..gf die punyalah educated. Boleh pulak die suggest utk aku orang yang die sendiri pon tak kenal. Sakit pulak hati kite.
Realiti: Cuba lah nanti kau ada anak perempuan, nanti kau faham la perasaan seorang emak dan ayah. Sekufu tu kan penting juga dalam sebuah perkahwinan. Jujurnya aku tak kisah pasal income, tapi rasa tak berbaloi bergaduh dengan mak ayah disebabkan seorang lelaki yang aku tak kenal ni. Lagipun mak ayah aku dah pangkah awal-awal.
—
Situasi 4
Terjumpa kawan sekolah:
Cik cute: Kau ni Nampak happy je, dah ada calon ye? Carikanlah untuk aku satu. Aku dah 30 series da tahun depan ni.
Aku: Aku ni bukan geng ngan budak baik-baik pon. Kawan lelaki aku, hisap rokok, suka mencarut dan ada tu menganggur lagi. Adei , senang kata aku sendiri pon tak berani nak lamar diorang jadi suami aku. Usahkan nak suggest kat kau. Kau suruhla jelaa mak ayah kau carikan.
Cik cute: Ayah aku dah berpisah ngan mak masa aku kecil. Dia tak pernah pon contact aku, jauh sekali tanya khabar aku.
Aku: Mak kau?
Cik Cute: Mak aku pulak tak nak campur urusan jodoh aku. Dia suruh aku cari sendiri. Dia malas nak campur.
Aku (Dalam hati): Sentap. Tak semua orang untung macam aku. Masih ada ayah dan ibu yang sayangkan aku, sentiasa doakan aku, dan tolong carikan jodoh untuk aku. Aku doakan kan kau Cik cute. Walaupun kau tak secantik Neelofa, kau orang baik, aku yakin Allah sayangkan kau. Aku sayang kau juga, wahai sahabatku (Huhuuhuu).
Realiti: Walaupun keluarga Cik cute berantakan, dia tetap yakin dan bersangka baik dgn Tuhan. Aku bangga dengan Cik cute.
—
Situasi 5
Di office, aku cuba merengek pada kakak senior yang paling osem.
Aku: Akak tahu? Mak ayah kite sibuk suruh kite kahwin. Masalahnya kita tak de calon.
Lady X: Oh ye ke. Itula kan.. Akak niha dah 34 pon belum kahwin.
Aku: Maaf kak kalau akak terasa, bukan ape. just nak mengadu je ni. Rimas lah. Akak tak pernah stress ke? Mak ayah tak bising?
Lady X: Diorang tak tanya pon.
Aku: Aik?
Lady X: Sebenarnya..dulu2, akak ade terdengar ayah akak cakap satu benda ni.
Aku: Cakap apa kak? Cer citer (dengan harapan dapat dengar cerita motivasi supaya aku tak down sangat)..
Lady X: Ayah akak cakap dia okay je, akak tak kahwin. Sebab, selagi tak kahwin, akak boleh bagi dia duit bulanan secara tetap. Kalau akak kahwin, mesti dia tak dapat merasa duit gaji akak macam yang akak berikan pada dia sekarang.
Aku: Astaghfirullah. Berilah hidayah kepada Pak Cik tu (Dalam hati). Mak akak tak marah ke ayah akak macam tu?
Lady X: Mak akak dah meninggal (Mata dia mulai berkaca).
Aku: Akak, saya nak pergi tandas jap (sebenarnya, mata aku pon berkaca).
Aku (Dalam hati): Ya Allah jadikan aku hamba yang bersyukur kepadaMu dan kepada ibu bapa yang engkau kurniakan kepada aku.
Realiti: Lady X bukan tak nak kahwin, bukan dia tak yakin pada rezeki, bukan dia tidak mencari. Tapi kebetulan memang belum ada lelaki yang minat dia. Lagipun dia sedang menyara kehidupan keluarganya. Adik-adiknya ramai. Komitmen Lady X berat sebab dia sudah kehilangan ibu, sedangkan ayahnya goyang kaki di rumah. Semoga Lady X tabah menghadapi, aku doakan adik-adik Lady X berjaya dalam hidup mereka dan Lady X akan bertemu jodohnya one day. Aku percaya selepas kesusahan, pasti akan ade kesenangan untuk Lady X; seperti firman Allah dalam surah Al Insyirah.
—
Situasi 6
Bos yang tiba-tiba risaukan aku. Sebab workaholic sangat kot.
Bos: Awak bila lagi?
Aku: Bila ape bos?
Bos: Bila nak kawen?
Aku: Bos tolong la carikan untuk saya. Haha
Bos: Ok…Diam (dan selepas 1 tahun pun, masih mendiam).
…….Selepas 1 tahun…
Aku: Bos tak de ke?.. calon suami untuk saya niha, penat dah mencari.
Fatah Aman: Yela bos, sian die dah lanjut usia sangat da tu..Tula kau, memilih sangat, memangla..
Aku (dalam hati): Ada yang patah kaki ni kang.
Bos: Maaf, saya tak berani kenenkan orang. Nanti kalau ape2 awak salahkan saya pulak.
Aku (Dalam hati): KiKiiki. tahu pon, len kali jangan tanya kalau tak sudi nak membantu. (Lain kali tanye lerr, gaji bulanan tu cukup ke tak? workload banyak sangat ke? Perlu tambahan staff ker?) haha
—
Situasi 7
Terpandang housemate baru balik dari kampung. Muka dia ketat macam lepas kematian kucing kesayangan.
Aku: Eh kau..kenapa sedih je ni?
Adik jelita: Tak dela..Semalam ade kawan mak aku, sibuk je nak kenenkan aku dengan anak dia. Nyampah aku..
Aku: Kenapa nyampah?
Adik Jelita: Sebok je mak cik tu, aku ade la ciri-ciri lelaki idaman aku sendiri. Tak perlu la nak kenen-kenen
Aku (Dalam hati): Pulak dah. Orang nak tolong salah, kang kalau mak cik tu tanye je, tapi tak tolong, jadi macam situasi 6 pulak. Adeiii, aritu die jugak yg cakap sedang mencari calon suami. Mungkin die emo nak datang bulan kot. Abaikan. Kesian dia. Korang yang tak pernah rasa PMS, jangan kecam ea. Kalau kau kena PMS baru kau tahu !!
—
Situasi 8
Datang tengok best friend bersalin anak sulong, dan aku tak tahu nak tanya ape.
Aku: Wah, seronoknya ada baby
Kawan baik: Tula.. kau pon kawen la cepatt..
Aku (Dalam hati): Andainya Mr Husband tu boleh dipilih kat pasar raya. Sekarang jugak aku beli.
Realiti: Kalau kawan baik pon tak faham, sedara mara jauh lagi la..kan? Ok sekarang aku paham, diorang ni agaknya tak de benda nak borak atau terlepas pandang atau terlepas cakap. Tak pela, aku maafkan korang.
Macam tu la realitinya. Cerita orang sekeliling aku. Sempena Ramadhan ni aku doakan semua yang belum bertemu jodoh akan dipertemukan jodoh masing-masing. hanya Allah yang tahu perasaan dan masalah yang mereka hadapi. Mungkin mereka tak dedah cerita kat korang sebab cukuplah Allah tempat untuk mereka mengadu. Aku harap orang sekeliling dapat kurangkan sikap judgemental mereka dan semoga kaum wanita berkenaan tabah dan mampu mengabaikan segala sindiran yang lalu dengan penuh berakhlak dan berhikmah. FYI, aku pon belum kahwin.
Semoga Allah rahmati hidup kita. Wallahua’lam
– Aisha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment