Aku merupakan anak sulong dari 6 adik beradik. Aku membesar dalam keluarga yang serba kekurangan. Tapi aku bersyukur. Keluarga aku bahagia. Mak ayah aku banyak bagi semangat kat aku dan adik2 aku untuk terus belajar. Kisah keperitan hidup aku mula dirasai bila aku meningkat dewasa.
Memandangkan ayah aku merupakan seorang pekerja kampung. Yang kadang ada kerja, kadang takde. Semua kerja dia pernah buat. Dari bertani, buat rumah, noreh getah. Semua ayah aku buat untuk sara kami adik beradik. Krisis ekonomi teruk mula menghantui keluarga aku sekitar tahun 2012/2013 sampai lah sekarang. Setahu aku ayah aku ada hutang mencecah ribuan ringgit. Setiap kali aku balik dari tempat belajar aku. Linangan air mata aku laju mengenangkan nasib keluarga aku.
Makan mereka sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak mana yang tak sedih bila tengok mak ayah adik2 susah macamni. Kadang2 aku menangis mengenangkan adik2 aku. Ape yang adik aku makan. Ape yang adik aku buat. Semua tu buat aku menangis.
Tahun 2016/2017. Aku dapat tawaran ke sebuah ipta tempatan. Orang yang paling gembira adalah mak dan ayah aku. Diorang nk sangat anak2nya berjaya. Pada awalnya mmg diorang pening nk cari duit kt mana. Mujur mak sedare n sedare2 lain yg bnyk support aku untuk sambung belajar. Sepanjang tempoh belajar. Aku tak pernah mintak mak ayah aku masukkan duit untuk aku. Seingat aku hanya sekali yang mak aku masukkan duit tanpa aku minta. Lepas tu memang aku dh cakap awal2. Aku tak nak duit. Sbb aku dah ada duit. Aku tak nak susahkan mak ayah aku. Duit yang aku guna kat universiti kebanyakannya dari pinjaman pelajaran dan bisnes kecil kecilan yang aku buat.
Kadang2 aku buat part time untuk cari duit.
Dengan duit tu lah aku buat belanja makan. Makanan aku berbekalkan menu sama setiap hari. Kecuali kalau ad duit lebih baru aku tukar ke menu lain. Bila tiba waktu makan. Aku suka bersendirian. Sebab menu aku tak sama dengan kawan2 aku. Kadang2 aku terdetik rasa malu sbb aku makan makanan yang paling murah. Bila kawan2 aku ajak makan kat luar. Aku selalu tolak. Aku kata yang aku banyak kerja. Padahal aku free je time diorang ajak. Aku sengaja bagi alasan sebab aku nak jimat. Aku nak simpan duit untuk orang lain. aku cuba tahan untuk makan kat luar sebab mungkin duit tu aku boleh belanja adik2 aku. Aku boleh bagi kat mak aku. Kadang2 aku bank in kan duit untuk mak aku kat rumah. Aku tolong setakat aku mampu. Kadang2 bila aku balik, aku habiskan duit untuk adik2 aku ke sekolah. Aku bangga, aku suka tengok family aku suka. Aku suka tengok adik2 aku pegi sekolah berbekalkan duit walaupun tak banyak. Umur 21 dah cukup kuat bagi aku untuk tampung sedikit sebanyak beban yang mak ayah aku pikul.
Kisah yang paling aku nak menitiskan air mata waktu ramadhan tahun 2016. Waktu tu aku kat hospital melawat sepupu aku sakit. Lepas settel melawat semua. Aku dan abah aku decide untuk pulang. Disebabkan kami takde kereta. Tahun 2016. Bayangkan kami masih lagi takde kereta. Kami hanya naik teksi ke hospital. Alhamdulillah teksi tu turun berhadapan hospital. Dekat sangat untuk kami jalan kaki ke wad. Tapi sebaliknya berlaku pada waktu petang. Waktu untuk kami pulang. Takde sebuah teksi pun yang kelihatan di sekitar hospital. Kami terpaksa ke jalan besar yang agak jauh dgn hanya berjalan kaki dan lari2 anak disebabkan hujan.
Ramai orang yang tengok kami berlari kejar teksi. Mungkin perasaan malu mula menghantui aku. Masa tu air mata aku mula mengalir. Aku sedih tengok ayah aku berlari cari teksi. Aku sedih sebab aku tak mampu nak tolong ayah aku. Semua perasaan bercampur baur.
Kini ramadhan 2017. Sekali lagi aku ditimpa masalah yang aku sendiri cari. Dulu aku ada special friend (perempuan) yang pernah janji nak setia. Tapi semua tu tipu dan dia cari lain. Hati mana yang tak sedih tengok orang yg kita rapat dulu dah berpunya. Sehari sebelum tu. Aku di uji dengan kehilangan wang yang agak banyak nilainya. Beratus2 ringgit. Aku cuba untuk senyap dan tak bagitahu family aku. Aku tak nak tengok diorang sedih. Aku sedih mengenangkan nasib hidup aku. Ramadhan 2017 ni, aku lah antara orang yang balik kampung agak lambat sikit semata2 sebab kerja di ibu kota. Kerja untuk cari duit bantu keluarga. Tapi sebaliknya berlaku waktu aku ke tempat kerja. Duit aku telah dicuri syaitan bertopengkan manusia di bulan ramadhan.
Kadang2 aku give up. Kadang2 aku tak semangat. Aku pernah tertanya2. Kenape aku kena hadapi semua ni? Kenapa mesti aku? Kenape aku mesti cari duit untuk belajar? Kenape bukan aku just belajar je and skor pointer je?. Semua persoalan pernah berlegar dlm fikiran aku. Tapi aku buang cepat2 takut merebak. Aku tahu. Allah uji aku sebab aku mampu. Aku cuba berusaha berbekalkan semangat dari family dan kawan2. Penat, jatuh, dihina, tak dihargai semua aku pernah rasa. Doakan aku kuat. Aku tahu ada yang lagi hebat ujiannya dari aku.
– Mrs F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment