Sedar tak sedar, Ramadan hampir pergi. Aku cuba untuk memanfaatkan bulan mulia ini sebab aku memang banyak buat kesilapan dan dosa. Azam aku pada awal Ramadan untuk datang beribadah di masjid-masjid atau surau-surau. Sajer nak merasa suasana kemeriahan beribadah. Selalu dengar dari mak ayah dan kawan-kawan jer.
Tapi itulah, semakin aku perhatikan aku rasa ada tanggungjawab aku sebagai seorang saudara seislam nak tegur perangai jemaah-jemaah masjid dan surau, terutamanya perempuan. Tak tahulah kalau kat saf lelaki pon ada berlaku. Kadang-kadang berlaku kat aku dengan geng aku, rasa hot jugak tapi kami berdiam diri jer.
Paling kerap berlaku pasal battle of the saf ni. Aku ingat orang bergaduh naik komuter je. Rupanya dalam saf nak berjemaah pon ada battle. Terutamanya makcik-makcik berumur ni. Kami yang muda ni tersepit. Serba salah dibuatnya. Memang kita perlu rapatkan saf. Tumit ke tumit, siku ke siku. Banyak kajian menunjukkan faedah saf yang lurus dan rapat. Selalunya akan ada dua orang makcik, dah letak bag dia siap-siap dengan jarak yang jauh. Bila ada gap ni kami masuk untuk lengkapkan saf, tapi makcik-makcik ni seorang pun taknak berganjak. Yang kiri nak kami masuk kiri yang kanan nak kami masuk kanan. Imam dah start baca Al-Fatihah. Kami bukan boleh menggelembung macam belon nak tutup ruang yang ada.
Paling menyampah (OK aku dah start ni), dah 7-8 kali makcik-makcik ni tarik tangan atau telekung aku dengan kasar kalau aku lambat berganjak. Aku belajar kat sekolah boleh jer jemaah langkah perlahan, sedikit demi sedikit kalau tiba-tiba ada gap.
Come on la makcik-makcik! Hadith ada menyeru yang tua kita hormati, yang muda kita kasihi. Kasih tu dengan cara teguran lembut, bukan main tarik budak-budak muda yang suruh rapat kat kau. Selalunya orang dah start solat kot. Belah satu lagi lompang nak buat macam mana?
Pernah kami saksikan makcik-makcik bertekak sesama sejurus Imam angkat takbir. Sama jugak kisahnya. Pasal saf. Tidak boleh bertolak ansur. Macam mana nak jadi role model pada kami dan anak cucu ni?
Kemudian, yang bawa anak-anak. Kami faham bagus jemaah melatih anak-anak datang ke masjid. Kebanyakkan ibu letak anak di belakang dan diorang bermain. Kami ok jer budak-budak berlari dan ketawa dan main-main dibelakang. Yang comel pakai telekung lagi besar dari badan tu, sejuk je hati tengok. Tapi ada segelintir ibu kasi tablet kat anak, anak crank up the volume macam nak kasi seluruh surau belajar My Little Ponnies. Sepanjang Isya’ boleh bersabar lagi. Tapi ibu dia buat tak tahu jer, anak kadang -kadang datang duduk kat dia masa wirid. Sambung pulak masa terawih, sampai Imam naikkan suara. Ada juga ibu solat saf depan, anak nak pergi jenguk main langkah jer kepala orang tengah sujud. Kami syorkan ibu dengan anak-anak kecil ni sebaiknya duduklah saf belakang, senang anak nak jumpa.
Yang buang pampers anak , tak balut dalam plastik pulak tu dalam tong sampah (bukan tong sampah dalam tandas ye) jangan cakaplah. Semoga Allah memberi hidayah kepadamu.
Perihal makcik-makcik yang uzur dan memakai kerusi. Hmmm. Wahai makcik-makcik yang dikasihi, kami meminta jasa baik semua untuk consider jemaah dibelakang anda. Kerusi kalau jenis lipat tu atau kerusi plastik tu letak jangan makan space belakang sampai takde tempat orang nak sujud. Yang parahnya makcik-makcik yang nak duduk tengah-tengah saf dan depan sekali. Haru betul. Saf belakang pulak jadi tak lurus. Tambah lagi yang duduk tepi sekali, bila saf tak sampai kat dia, dia panggil suruh the whole barisan beranjak kat dia. Maaf la kami katakan, ini perbuatan kurang beradab.
Bab universal macam berborak-borak, bergossip tu kami tak nak sentuh kat sini. Geng kami selalu berbual kat luar dewan solat. Ada tazkirah kecil kami join pun selalu buat diluar sebab tidak mahu menganggu jemaah solat sunat atau baca Quran.
Lagi satu, kalau ada saudara baru datang, mungkin tudungnya kurang betul dan gerak solatnya teragak-agak jangan lah kita pandang slack. Kita semuakan nak datang beribadat bersama-sama.
Last sekali, bab memandu laju di kawasan masjid dan surau. Sekarang ini kami tegur kaum Adam sekali. Tolonglah slow down dan considerate. Semua orang nak balik rumah dengan selamat. Apa salahnya kasi laluan kat pejalan kaki yang terutamanya pegang anak-anak kecil atau yang berumur. Tunggu lebih 2-3 saat jer, tidak rugi pun.
Semoga dengan Ramdhan ini kita semua menjadi lebih baik dan beretika dalam mengerjakan ibadah bersama-sama. Aku tak serik dengan pengalaman ini, tapi aku harap kita semua jadi umat yang Rasullah SAW banggakan. Harapnya Makcik-makcik dan kakak-kakak semua menerima teguran ini dengan hati yang terbuka.
Assalamualaikum
– Anchor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment