Thursday, 16 November 2017

Rakyat Malaysia Kaki Kecam

PengakuanKu

Assalammualaikum buat admin dan pembaca IIUM, haaa mesti scroll2 je hp bila baca tajuk confession aku ni terus rasa nak marah kan? Ke rasa nak kecam?

Tapi tulah realiti apa yang berlaku pada hari ini kan. Sedih tengok, semuanya nak dikecam, semuanya nak dipertikai, semuanya nak bagi komen2 yang bersifat peribadi. Tak boleh kah anda belajar utk menerima sikap dan perangai atau keputusan org lain dgn berlapang dada?. Contoh baru baru ini ada pembukaan gudang beli belah baru di selatan tanah air, gigih la orang dok beratur nak masuk dan menyebabkan kesesakan yang luar biasa berlaku kat area tu, so pada yang tak suka bersesak dan shopping mulalah kecam geng2 yang beratuq panjang ni dengan hastag seperti tiada hari esok. Haa memang terasa nak gelak kan dengar kata kata perli itu, sebab anda pandang itu dari sudut negatif. Nak tahu camne pandangan aku dari sudut positif?

Yang beratur siapa? Anda kah? Yang penat siapa? Anda kah? Yang keluar duit siapa? Anda kah? Nak tahu sebab apa mereka sanggup buat macam tu? Sebab mereka enjoy dengan apa yang mereka buat, sebab itulah cara mereka menggembirakan hati mereka yang bersedih selepas kenaikan minyak malam sebelumnya.. anda apa tahu? Tahu kecam je.. setiap orang ada cara dan pendapat masing masing utk mengurusnya hidup. Bagi aku selagi org tu tak menyusahkan atau apa dia buat tak bertentangan sangat dgn ajaran agama kita tak perlulah kita nak pertikai dan kecam keputusannya. Apa anda ingat keputusan yang mereka buat utk dtg seawal 12 malam tu mudah ke? Banyak yang mereka korbankan termasuk tenaga, masa dan duit utk menggembirakan hati mereka. So please la kalau anda rasa sakit hati dengan geng2 ni sebab menjadi punca jalan jammed silalah anda muhasabah diri sebab jalan raya utama tu hak bersama bukan milik anda sorang. Kalau anda rasa tak nak jammed silalah lalu jalan lain ok.

Budaya kecam memgecam ni aku tgok dah jadi macam trend pulak dalam setiap lapisan umur dan peringkat situasi dalam kehidupan bermasyarakat. Contohnya dalam pejabat. Bila ada lah orang ni yang ada hobi lain dari yang lain macam suka pakai baju warna terang terang ke atau baju gelap gelap ke mesti jadi bahan kecaman dalam office. Ataupun orang ni golongan minoriti yang suka pakai kasut tumit tinggi ( bila dalam office sume pakai kasut leper) mesti dia kena kecam sebab buat bising dalam office. Sudahnya kawan ni segan asyik kena kecam pakailah dia selipar jepun dalam office dan terpaksa lupakan hasrat utk bergaya mengikut seleranya. Sian kan?

Bagi lelaki pulak mungkin ada golongan minoriti yang jenis hidup sihat tak merokok dikecam oleh si perokok tegar dengan ucapan tak macho la tak merokok. Puihh!… ( maaflah terlebih emosi sikit) bukan apa, sedih tengok budaya tak sihat ni semakin menular dalam masyarakat dan buat aku risaukan nasib dan perangai anak anak akan datang bila mak pak depa ni punya perangai je dah macam gini… anak anak mereka nanti macam mana pulak yer? anda tanya hati anda dalam dalam.tak sedih ke ?

Nampak simple kan tapi tulah hakikatnya. Rakyat malaysia kebanyakkannya suka cepat menghukum & kecam tindakan seseorang tu tanpa berniat nak soal selidik dahulu kesahihannya. Cth lain adalah seorang artis ni pernah muatnaik gambar dengan bapanya yang sakit sedang makan makanan ringan. Netizen kecam perbuatan dia sedangkan memang bapanya sendiri yang teringin nak makan makanan tu. Sudahnya banyaklah komen2 kecaman sebelum hal sebenar didedahkan. Tak pasal2 dapat dosa kering kan? Tak kesian kat dri sendiri ke? Banyaknya dosa nak kena tanggung disebabkan kecetekan akal dalam menghukum dan mengecam.

Satu lagi penyakit hati dikalangan netizen kita ni cepat lah panas hati bila orang lain up gambar2 tempat cantik pergi holiday… mulalah la komen riak la..suka menunjuk la.. cubalah anda lihat dari sudut positif. Sepatutnya anda kena berterima kasih pada mereka ( ada yang siap buat live lagi kat media sosial) sebab tanpa liputan dari mereka belum tentu anda dapat merasa melihat keindahan ciptaan Allah atau keseronokan tempat tu dengan usaha sendiri secara live. So kenapa nak dengki?

Ada pulak la yang ala ala alim cakap kebahagiaan usah ditunjuk sangat sebab mengundah fitnah dan penyakit hati manusia lain dalam media sosial. So, Inilah membuktikan rakyat kita zahirnya memang dah maju dgn penggunaan teknologi dan media sosial tapi hakikatnya masih belum terbuka mindanya dalam menerima arus kemodenan pada masa ini. Sebab apa? Sebab kalau kita sentiasa berfikiran positif dan cuba bersaing secara positif, setiap gambar dan apa sahaja yang di kongsi di laman sosial akan jadi maklumat yang berguna dan boleh jadi pendorong kepada kita untuk sma sama lebih berjaya atau dapat memilikinya seperti mereka yang kongsi gambar2 kejayaan mereka.

Akhir kata tepuk dada tanya selera, anda nak jadi netizen berhaluan kiri atau kanan. Netizen yang happy tengok org lain happy atau netizen yang dengki tengok kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Nasihat aku pada anda dan my self reminder janganlah kita cepat mengecam dan hukum setiap keputusan dan cara orang lain menguruskan hidup mereka sebab kita tak tahu disebalik kejayaan & kebahagiaan itu tersimpan seribu kepayahan dan duka. Anda apa tahu? Tahu kecam je…

Kalau anda rasa cara mereka tak betul silalah PM dan janganlah diaibkan orang itu sebab kita tak tahu nasib kita dikemudian hari. Lagi satu kalau nak share ape ape maklumat tu check dulu kesahihannya sebab kalau tak betul tak memasal bertambah dosa kering kita hanya disebabkan tekan butang share.

Sebab at last pokok pangkalnya adalah hati. Bila hati bersih dan baik, apa saja yang kita nampak akan kelihatan baik, indah dan memberi hikmah dan hidayah yang baik. Yang baik jadikan pemodan yang buruk jadikan sempadan. So boleh tak kita niat nak ubah sikap sama sama mulai sekarang..? Amalkan sikap positif, dan saling menegur secara berhikmah bukan mengecam .. alangkah seronok dan bahagianya hidup kita ini kalau kita happy tengok orang lain happy, mana tahu rezeki kita pula menanti esok.
Janji Allah itukan pasti.mengapa perlu kita risau? Jomlah semua sama sama kita perbaiki sikap kita, bukan untuk siapa untuk diri kita dan keturunan kita juga.. percayalah… anda mampu mengubahnya…

– Saya rakyat biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.