Friday, 17 November 2017

Sayangi Orang Tua Sementara Mereka Masih Ada

PengakuanKu

Aku terpanggil untuk menulis apa yang aku lihat beberapa hari lepas. Entah kenapa sampai sekarang aku masih teringat apa yang aku lihat. Tampak biasa, tapi beri impak yang besar pada aku. Aku berusia awal 30 an, belum berkahwin dan seorang kakitangan swasta yang sibuk. Kadang tak ada masa dengan orang tua aku. Tambahan aku duduk berasingan dengan ibu bapa aku. Kadang aku cuma sempat call ibu bapa aku seminggu sekali sahaja dan kadang aku tak sempat lawat mereka. Tapi ibu bapa aku keduanya masih sihat, jadi aku tak risau.

Berbalik kepada apa yang aku nak cerita. Beberapa hari lepas aku hadir ke majlis konvokesyen adik bongsu aku. Konvokesyen uitm. Awalnya aku malas, tapi dipujuk orang tuaku supaya ambil cuti kerana majlis tersebut pada hari bekerja. Jadi aku turutkan. Pada hari tersebut, hanya orang tuaku yang masuk ke dewan dan aku duduk di khemah tetamu. Semuanya seperti biasa. Keadaan hari konvo. Bukan aku tak pernah konvo. Kadang rimas juga sebab ramai orang. Tapi demi adik bongsuku, aku ikutkan saja. Selesai majlis konvo, waktu yang aku tunggu tunggu, untuk ambil gambar dengan adik ku dan aku boleh balik. Haha. Tak banyak gambar kami ambil sebab hari hujan, jadi lebih kepada selfie dalam khemah sahaja. Adik aku pula leka ambil gambar dengan kawan kawan. Aku biarkan. Aku ajak orang tuaku duduk sementara tunggu adik aku. Sedang aku dengar ibuku bercerita tentang keadaan dalam dewan tadi, mata aku terpandang satu kelompok ni. Seorang pelajar perempuan. Baya adik aku mungkin. Konvo degree rasanya sebab dia pakai hood yang macam adik aku pakai.

Mata aku tertacap padanya sebab dia nampak clumsy dan bising juga haha. Oh dia nak suruh kawan dia ambil gambar dia dengan family. Aku masih pandang. Nampak dia kelam kabut selongkar beg dia, entah apa lah dia cari. “Orang nak ambil gambar kau, kau cari barang pula ” bisik aku dalam hati hahaha. Aku lebih tertumpu bila dia keluarkan sekeping gambar. Aku tak nampak sebab aku dari tepi. Jadi tak jelas gambar apa. Aku tersentak bila dengar dia cakap “eh kejap. Amik kan gambar dengan arwah abah aku ni”. Aku terdiam. Terlihat senyumnya kelat tapi begitu teruja riak wajahnya ketika memegang gambar itu. Pasti dia cuba menahan sebak. Aku masih perhatikan. Selesai dia ambil gambar, dia dan keluarganya duduk di kerusi dan aku lihat dia mengesat air mata. Aku jadi sebak. Aku masih tertumpu pada gadis yang satu itu, dan aku lihat kali ini dia pula selfie dengan gambar arwah bapanya itu. Riak wajah yang begitu gembira. Tapi aku tahu pasti dia sedih. Tak lama lepas tu aku nampak dia dan keluarganya pergi. Mungkin hendak balik dan pulangkan jubah. Aku sempat pandang sewaktu dia berlalu, tangannya masih mengesat ngesat matanya. Walaupun aku tak kenal, tapi aku rasa sebaknya.

Waktu gadis itu berlalu, adik aku datang untuk ajak pulang, terus aku tanya pada adikku kalau kalau dia kenal gadis itu. Katanya gadis itu sama course cuma lain kelas. Tak berapa rapat. Tapi apa yang adik aku dengar dari classmate gadis itu, Gadis itu menjaga bapanya dari sakit sehingga ke akhir hayat bapanya. Dia sanggup tak kerja sebab nak jaga bapanya. Dia baru kematian bapanya dua minggu kata adikku. Patutlah dia masih menangis. Besar pengorbananmu dik. Adik aku grad bulan januari tahun ini. Dan gadis itu tidak bekerja sejak grad sebab nak jaga bapanya. Besar jasamu.

Waktu aku tulis ni, aku tengah tunggu waktu rehat untuk ke solat jumaat. Teringat pada ibu bapaku. Sudah cukupkah baktiku pada mereka? Bersediakah aku jika Allah menjemput mereka dahulu? Sedangkan kalau bapaku admitted sebab gastric sahaja aku dah risau tak boleh buat kerja, inikan kalau dia pergi tinggalkan aku. Allah, tak mampu aku bayangkan. Aku harap aku sekuat gadis itu. Dan aku harap kita semua berkesempatan berbakti pada orang tua kita sehabis mampu. Pada yang sibuk seperti aku, carilah masa untuk lawat orang tuamu. Kita tak tahu sampai bila mereka ada untuk kita. Untuk gadis itu, aku doakan moga ada sinar baru dalam hidupmu dan moga kau tabah.

Hargai orang tua kita sementara masih ada. Pesan pada diriku sendiri juga.

– Yang masih mempunyai ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.