Tuesday, 28 February 2017

Cinta Itu Milik Allah

PengakuanKu

Thankyou admin approved cerita ni.

Mula mula aku nak cerita sikit tentang aku. Masa aku belajar dulu, ada classmate aku suka kat aku. Dia selalu msg and call aku tapi kadang kadang aku reply kadang kadang tak reply. Aku pun pelik, ada apa dekat aku ni sampai dia terkejar kejar kan aku? (Hehe) dia cakap dia tak pandang pada rupa tapi dia nak orang yang boleh didik dia and jaga anak anak dia bila dah kawin nanti. Aku terfikir, bukan ke lelaki yang kena didik perempuan? Ini terbalik pulak. Dia ni nampak la macam playboy sebab sekejap dengan orang ni sekejap dengan orang tu. Famous jugak la dia. Handsome pun ada la sikit.

Dipendekkan cerita, lepas 5tahun dia duk kejar aku tanpa keluar peluh, aku dijodohkan dengan dia and sekarang dah kawin pun.

Ramai kawan aku tanya macamna aku kawin tanpa cinta and macamna aku tahu dia jodoh aku? Okay senang je.

1. First sekaliiiiii, jangan letak ciri ciri and syarat yang kita nak. Contohnya, nak lelaki yang kaya, keje besar, handsome, jiran sebelah rumah (tak gaduh nak balik raya) haha. Ikutkan semua orang ada ciri ciri lelaki idaman and tak terkecuali aku. Tapi aku takdela memilih sangat. Kalau boleh memang la nak kan. Kalau dah takda nak buat macamna.

2. Solat istikharah. Ramai orang ingat solat istikharah ni buat untuk cari jodoh je tapi sebenarnya istikharah ni kalau boleh hari hari kita kena buat supaya setiap apa keputusan yang kita buat adelah yang terbaik untuk kita dan Allah dah atur yang terbaik untuk kita. Aku amalkan solat istikharah hari hari masa belajar dulu. Sekarang macam dah liat sikit (hehe). Aku doa supaya apa yang aku buat adalah keputusan yang terbaik. Bukan sehari bukan dua hari aku buat solat istikharah tapi 3 4 tahun jugak la. Baru aku dapat terima suami aku sekarang and semua dimudahkan.

3. Percaya dengan Allah. Bila kita dah solat istikharah kena la percaya dengan aturan Allah. Ini tak. Banyak je kita nak complain. Allah dah bagi macamtu kita terima je. Ada sebab kenapa Allah bagi kita orang yang macamtu.

4. Bercinta lepas nikah. Percaya la bercinta lepas nikah memang sweet sangat. Aku pernah cakap kat suami aku, kita ni tak pernah bercinta so sy tak dapat bau kentut cinta yang wangi tu. Lepas kawin baru la dapat merasa. (Haha). Baru la harmoni rumahtngga baru nak rasa semua lepas nikah. Kalau bercinta sebelum nikah, nanti lepas nikah terus busuk bau kentut tu. Itu yang baru nikah dah gaduh gaduh. EH? Masa tunang pun aku jarang msg and angkat call suami aku. Sebab? Aku taknak kenal dia sebelum nikah. Aku takut nanti ada yang ketiga yang duk cucuk cucuk aku untuk aku ubah fikiran. Aku nak kenal baik buruk dia lepas nikah. Sama sama kita betulkan silap kita. Yelah, aku pun ada buruknya.

5. Belajar terima seadanya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan nak ingat kisah cinta lama yang memang takkan kembali lagi tu. Belajar belajar la terima orang baru dalam hidup kita. Aku pun pernah bercinta dulu. Zaman muda mudi dulu tapi benda dah lepas. Laki tu pun dah kawin dengan orang lain. Ape adehal? Bukan takda orang nak kat kita ni. Kita je yang memilih.

Secara generalnya, dont make it complicated. Kalau ada orang nak kenal. Kenal dulu or terus doa mohon Allah tunjukkan kebenaran. Sebab tu solat istikharah buat hari hari. Jangan bila terdesak baru nak buat. At least kalau kita dah buat awal awal, Allah dah pelihara hati kita and cepat je kita buat keputusan. Jangan bila orang nak kenal, tolak bulat bulat. Katanya tak serasi. Tak kenal lagi macamna nak serasi? Cinta boleh dipupuk. Dont too worry. Good luck semua dalam mencari jodoh.

– Minah bebel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Azab Dunia

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Kurang dari 5 tahun lalu, jiran saya yang saya namakan si Ali (bukan nama sebenar) bunuh diri. Sudah pasti beliau orang Islam. Usia beliau ketika itu lebih kurang hampir 66 tahun. Apa yang saya tahu tentang beliau, beliau seorang yang berpendidikan tinggi,mempunyai isteri dan juga anak. Dan sikap beliau kadang kala hanya melihat kesalahan orang lain, tetapi kesalahan keluarganya seperti endah tidak endah. Kadang kala saya juga tidak senang dengan sikap beliau yang satu ini. Anak-anak serta isteri beliau berpakaian mengalahkan orang berada. Dan setahu saya juga beliau bukan penerima pencen dek kerana beliau bukan penjawat awam (kerja kerajaan).

Dijadikan cerita, seminggu sebelum meninggal, saya ada bertemu dengan beliau. Dan beliau kelihatan agak pelik dan berbeza sedikit dari sebelumnya. Kata-kata beliau itu juga membuatkan saya rasa seperti ada 2 perkara yang berlaku. Satu, mungkin beliau sudah berubah,alhamdulillah. Kedua, mungkin beliau akan meninggal. Kenapa saya rasa perkara kedua ini? Sebab saya pernah rasa bila kehilangan orang terdekat, saya dapat macam-macam hint. Lagi pula seminggu atau dua minggu sebelum kejadian itu, saya ada bermimpi yang di sebuah rumah kampung,ada ada seorang hamba Allah meninggal. Rupa rumah kampung itu lebih kurang kartun Kampung Boy, di mana ia sebuah rumah papan dan mempunyai tangga. Semasa saya mahu menaiki ke rumah itu melalui tangga, bau busuk yang amat. Saya pun pelik bau apakah itu. Tetapi saya tidak dapat melihat siapa orang yang meninggal itu. Kemudian di tanah perkuburan itu, ada 3,4 orang yang biasa saya lihat di rumah Ali, iaitu adik beradiknya. Kebetulan saya menziarahi kubur bertentangan kerana ada orang yang meninggal.Orang yang meninggal itu juga saya tidak kenal. Walaupun saya berada di kubur bertentangan, saya melihat adik beradiknya dan kubur si mati tadi.

Bermakna 2 minggu sebelum itu saya bermimpi, kemudian berjumpa dengan beliau seperti yang dinyatakan tadi, dan seminggu selepas itu meninggal. Selepas seminggu, kami semua menerima kejutan bahawasanya Ali telah meninggal dunia. Bila ditanya punca, adik beradiknya tidak mahu menceritakan. Sehinggalah polis datang dan menjadi kes polis. Barulah jiran mendapat tahu beliau membunuh diri dengan menggantungkan dirinya. Ketika beliau menggantungkan dirinya, tiada sesiapa di rumahnya dan sebelum itu beliau ada memberitahu jiran sebelah mahu membunuh diri. Jiran tersebut telah menasihatinya tetapi tidak menyangka ia tetap berlaku. Dikatakan beliau sangat-sangat tertekan dengan anak dan isterinya yang mahu hidup mewah serta tidak mempedulikannya.

Jenazah beliau dibawa pulang ke kampung di mana ia memakan masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Seeloknya jenazah dikebumikan dengan kadar segera. Tetapi kes beliau mengambil masa hampir 21 jam untuk dikebumikan. Dan ketika jenazah tiba di kampung, nyamuk pula datang secara tiba-tiba. Beribu-ribu ekor. Agak aneh menurut penduduk di situ kerana tidak pernah berlaku sedemikian rupa. Nyamuk-nyamuk itu mengganggu para jemaah ketika solat jenazah serta individu yang datang menziarahi beliau. Ada yang mengahalau nyamuk dengan mengibas tangan ketika sedang solat.Ia bukan nyamuk biasa, seperti nyamuk hutan kerana boleh menembus stoking yang saya pakai.

Setelah jenazah dibawa keluar ke tanah perkuburan, nyamuk mula berkurangan di dalam rumah dan banyak pula nyamuk di tanah perkuburan. Di dalam hati saya terfikir, ini realiti. Baru azab dunia belum azab di dalam alam sana. Sungguh saya tidak pernah menyaksikan perkara ini di depan mata saya.Itulah pertama kali saya lihat. Selama in hanya tengok dalam “Tanah Kubur” sahaja. Tapi ini realiti. Selepas kejadian, isteri serta anak-anak beliau telah berpindah ke rumah lain kerana takut. Katanya seperti dipanggil dan sebagai.

Kita sebagai manusia memang tidak lari dari buat kesilapan. Tetapi saat kawan-kawan kita,adik beradik kita mempunyai masalah, dengarlah masalah mereka. Ini kerana, menyesal kemudian tidak berguna. Seperti kisah Ali,adik beradiknya mengatakan beliau tidak mahu berkongsi masalah seolah-olah menyesal dan malu. Namun mereka juga salah satu masalah yang membuatkan Ali membunuh diri. Beliau sudah meninggal. Saya menceritakan bukan untuk membuka aib beliau tetapi untuk kita menjadikannya pengajaran. Di saat orang lain takut untuk mati / tidak bersedia untuk mati, mereka pula sedia untuk membunuh diri. Ya mati itu pasti, tetapi kita tetap berasa takut kerana dalam hati tertanya, apakah amalanku ini sudah mencukupi? Apa pun beliau telah pergi. Kita yang masih hidup masih berpeluang melakukan kebaikan dan menambahkan amalan kita.

Moga kita semua dijauhkan daripada perkara seperti ini. Ameen..

– Sang Musafir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Main Hakim-hakim

PengakuanKu

Kalau dulu kita familiar dengan main masak, sekarang kebanyakkan kita suka main hakim hakim. Yeah, judging people around us. Kita tak sedar, namun setiap dari kita mesti akan menghakimi atau menilai seseorang individu lain mengikut pemerhatian dan pemikiran kita sendiri.

Aku pun selalu je dok usha orang lepas tu nilai orang tu. Bukannya bersebab pun.kadang-kadang sambil beli pisang goreng pun aku bole cakap pasal customer sebelah yang sama juga beli pisang goreng. “Eii, busuk betul bau dia. Mesti pengotor orangnya ni.” –Dalam hati. Ntah ke orang tu baru balik keje ke, baru lepas bersukan ke. Kan? Eh, Bersukan? Makan pisang goreng? Seriously??

Tanpa kita sedar kita dah menilai orang mengikut persepsi pandangan kita yang baru kita tengok untuk kali pertama dan lebih parah, kita tak kenal pun orang tu. That is why mak aku selalu cakap, kita kena pakai elok-elok nanti orang dok perati kita. And first impression tu penting sebenarnya. Macam kau masuk market dan pakai baju macam nak buat fashion show,memang orang akan pandang kau and be like, ”Pe hal dia ni? Salah sarkas ke?”

Lately ni aku baca banyak confession pasal perempuan tudung labuh. And ada yang cerita pasal keburukan perempuan tudung labuh dan kebaikan mereka yang bertudung labuh. Macam aku, aku setia dengan Aidijuma dan Tudung Ruffle. Aku pun bukan baik sangat. Banyak kona-kona jugak aku ni.Tapi, setakat aku hidup ni, aku pernah jumpa perempuan tudung labuh yang pelbagai. Ada yang baik dan memang alim. Ada yang pura-pura pakai tudung labuh lepas tu pakai bawal selempang. Ada yang gedik menggelejat bila tengok lelaki padahal baru balik usrah yang perbincangannya tentang Lelaki Ajnabi. Ada yang pakai purdah depan orang ramai, then dia buka purdah bila bersembang dengan lelaki. Ada yang pakai tudung labuh dan pakai purdah bila jerebu. Macam-macamlah.

Bagi aku, itu hal masing-masing. Antara kau dngan Tuhan. Sebab apa kau pakai tudung labuh tak ada siapa nak tahu. Tu niat kau la. Tapi bagi masayarakat luar, siapa yang pakai tudung labuh adalah orang kuat agama, dan alim. Tu pandangan masyarakat. Dan bagi aku sesiapa yang bertudung labuh ni dorang umpama dah bawa satu tanggungjawab yang besar sebab kau kena bawa imej Islam tu dank au kena jaga imej Islam tu supaya orang bukan Islam pun akan tengok orang Islam ni ada beza dia. Bukan sama je.
Bagi aku yang tak berapa nak pandai ni, aku rasa pemakaian tudung labuh tu bukan satu ukuran yang kita boleh anggap dia orang semua baik, alim,pembersih, sopan santun dan segala macam lagi lah. Manusia bukan sempurna. Ada yang cakap ustazah pun maki hamun orang macam mana? Rilek la, tu antara dia dengan Tuhan la. Manusia tak sempurna,namun kita boleh berusaha kearah yang lebih sempurna dalam mencari redha Allah. Kalau kau jumpa sepsis ustazah yang suka maki hamun ni,mungkin Allah nak uji kesabaran kau. Husnuzon beb. Chill.

Cuba ingat balik Waheeda Wassini. Dia dulu pun biasa-biasa je, tapi lepas dia mendapami ilmu agama dia banyak berubah. Sebab apa? Sebab takut akan hukuman dan siksaan Allah. Itu orang yang kita boleh tengok antara sebab kukuh dia pakai tudung labuh, niqab dan sarung tangan.

Kalau lelaki, tengok la contoh-contoh yang mudah macam artis sekarang, ramai dah yang berhijrah dan banyak berdakwah menerusi lagu..lagu rap. Tapi still ada isi yang dorang nak sampaikan. Kita yang dengar pun mudah nak hadam kan. “Kuasa, harta, wanita mengotori jiwa dan bicara…” eh?!

Macam kita tengok orang yang kerja bahagian pembersihan,tak semestinya dorang tu pengotor. Kalau dorang tak ada siapanak kutip sampah kau? Sometimes kita kena bersyukur dengan setiap kejadian di dunia ni. Sebab Allah tak akan menjadikan sesuatu tu sia-sia melainkan kita as manusia ni yang mensia-siakan waktu. Macam confession sebelum ni,dia jumpa orang bertudung labuh yang perangai kurang elok. Mungkin Allah nak suruh budak tu tegur si bertudung labuh tu. Dakwah jugak tu tanpa kita sedar. Dan ada yang sebelum ni lelaki dapat isteri bertudung labuh yang perangainya tak seperti digambarkan, pun mungkin Allah nak tunjuk kat lelaki tu bukan semua wanita berpurdah cantik macam heroin ayat-ayat cinta. Dan mungkin juga Allah nak dia bimbing isteri dia kearah yang lebih baik. Who knows kan.

Latest, kes budak-budak naik basikal kena langgar dan ada diantaranya maut. Kita pun dok judge yang pemandu kereta tub la..bla..bla.. Budah naik basikal tu bla..bla..bla.. Kita tak berada ditempat kejadian kita boleh cakap macam-macam. Yeah,people judging kan. Aku pun sama suka main judge orang haha.. Ingat satu je, cliché, don’t judge the book by its cover. Apapun fikir tiga empat kali dulu. Jadikan satu-satu insiden atau babak dalam pandangan kita sebagai pengajaran dan pelajaran.

Tapi kadang-kadang judging orang ni bole buka minda dan mata kita jugak kan?

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Jadi Macam Abang

PengakuanKu

Salam, pertama sekali terima kasih kepada pihak IIUMC jika confession aku ni dipublishkan. Aku kalau boleh banyak benda nak confess tapi aku pilih cerita ni sebab kisah ni yang memberikan impak besar dalam hidup aku.

Aku hanya ada seorang abang dan aku anak bongsu. Mak aku selalu pesan “walau apa pon terjadi kalau mama abah takde nanti adik ada abang, adik dengan abang kena jaga antara satu sama lain“. Jarak umur antara aku dan abang aku sangat jauh iaitu 13 tahun. Sejak kecil lagi aku melihat abang aku sebagai role model dalam hidup aku sebab dia jenis yang outspoken, penuh konfiden, ramai member2 dan favourite dalam family besar belah ayah aku. Contradict pulak dengan aku seorang yang introvert dan kurang self esteem.

Abang aku waktu sekolah menengah sudah masuk ke sekolah berasrama dan kemudian dia masuk kolej di kuantan. Nak disimpulkan aku memang jarang berjumpa dengan abang aku ni waktu aku sekolah rendah. Waktu aku sekolah rendah aku rasa macam aku dibesarkan seperti anak tunggal dan sebab itu aku lebih rapat dengan member sekolah berbanding parents aku. Biasalah parents tak faham sangat perasaan budak2 muda ni lagi2 parents aku di lingkungan usia 50-an. Back to my brother, so dia ni actually nakal n keras kepala jugak kadang2. Everything must be according to what he says. So memang selalulah dia bergaduh dengan parents aku. Sejak dari sekolah lagi. Dia punya nakal sampai mak aku nak berhentikan sekolah sebab mak aku dah give up dengan perangai dia . Guru besar cuba rationalizekan mak aku supaya jangan berhentikan tapi pindah ke sekolah lain.

So cerita bermula pada waktu aku form 3 adalah tahun paling bersejarah dalam family aku. Abang aku disabit bersalah di mahkamah (atas tuduhan yang aku tidak mahu kongsikan di sini) dan dijatuhkan hukuman 6 tahun dan 11 sebatan. Walaupon kebanyakan form 3 sudah berfikiran matang tapi aku ni sorang yang lembab sikit sebab dunia aku main game dalam rumah je. Kejadian yang menimpa keluarga aku ni telah mengubah aku sepenuhnya. Aku punya sedih waktu ni memang tak terkata. Aku melihat mak aku rebah jatuh lepas melawat abang aku di lokap mahkamah sebelum dia dipindahkan ke penjara. Hampir 10 minit aku melihat mak aku menangis terduduk dan tersandar di dinding. Mak aku tak faham. Apa salah mak aku buat dalam membesarkan anak dia sampai macam ni sekali. Aku kaku berdiri melihat mak aku. Tak pernah sesekali aku tengok mak aku teresak2 macam tu sekali. Sampai ke hari ni aku ingat rupa mak aku waktu tu walaupon dah hampir 7 tahun berlalu.

Sebulan sekali kami bertiga (aku,mak dan ayah aku) akan melawat abang aku. Kadang2 ada juga saudara mara yang nak ikut sekali. Pada tahun pertama, setiap kali berjumpa abang aku. Mak aku akan menangis, tak dapat peluk, cium anak dia, bercakap melalui telefon, terpaksa beratur mengambil nombor semata2 nak jumpa anak dia. Aku memang tak boleh kalau tengok mak aku nangis, aku akan berair jugak. Layanan mak aku terhadap aku pon macam dah berubah sikit sejak abang aku ditimpa sebegini. Hampir semua benda aku buat mak aku tak percayakan aku dengan alasan “Mama tak nak adik jadi macam abang“. “Adik tak boleh main2, adik kena belajar rajin2 tebus semula maruah keluarga“.

Selepas pmr aku ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh (sbp). Mak aku mula2 macam berat nak lepaskan aku sebab sekolah asrama lah punca abang aku develop perangai nakal dia. Tapi aku bagi jaminan aku akan belajar sungguh2 dan result pmr aku dah peroleh sedikit kepercayaan dari mak aku. Setiap kali cuti sekolah aku akan melawat abang aku. Abang aku sentiasa prihatin terhadap pelajaran aku. Dia pon selalu berpesan “Jangan jadi macam abang, dengar cakap mama“. Waktu aku form 5 abang aku dipindahkan ke kem askar kerana berkelakuan baik sewaktu dia “dalam“. Keadaan di kem askar lebih menenangkan hati berbanding ketika abang aku di dalam. Kami dapat makan bersama2 satu meja, mak aku dapat berpelukan dengan anak dia dan aku pon dapat bersalam dengan abang aku.

Aku kemudiannya ditawarkan program melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana result SPM aku yang memberangsangkan. Aku bawak surat tawaran tersebut berjumpa dengan abang aku. Abang aku menangis sambil peluk aku. Itulah saat bermakna bagi aku seorang adik. Walaubagaimana sekalipun diumpat, dipandang rendah, aku tetap hormat abang aku. Sedikit sebanyak dia yang memberi aku semangat untuk terus berusaha.

Dua tahun lepas, abang aku telah dibebaskan. Selepas beberapa tahun akhirnya kami dapat beraya sekeluarga bersama di rumah. Beberapa bulan kemudian jodohnya telah datang dan keluarga kami bertambah seorang. Kini dia telah memperoleh anak yang pertama dan aku berada di bumi Hitler mengejar cita2 aku.

-AZ96

– AZ96

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Flawless Dalam 3 Hari

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Hi!

Takramai manusia yang boleh maintain kulit persis bayi sampai ke tua. Tambah-tambah lagi bila puberty hit. Well, lucky hit is a minor case. Tapi aku nak cakap pasal acne je harini. Aku cuma nak kongsi sikit apa yang aku pakai untuk kurangkan kesan hormonal acne ni. Strictly, aku cuma guna drugstore products. Easy to find, affordable and safe.

Kulit aku memang diuji breakouts yang berterusan sepanjang secondary school. Takpernah naik jerawat pasir. Tapi jerawat level tinggi, jerawat besar bernanah dan berdarah. Aku budak yang selalu pegang tisu dalam kelas. In case ada yang pecah pop macam “Bepop”lawak kampus tu. Habis sekolah, aku jumpa pakar kulit. Makan ubat dan krim dia yang total harga ratus2 sebulan tu. 3 bulan aku ulang alik klinik, flawless la aku setahun. Lepas tu muka aku breakouts lagi. Worst. Dah 3 tahun, aku maintain drugstore je. Masih naik jerawat occasionally. Pelbagai jenis parut jadi penghuni.

Skincare steps ( Ni basic yang dah aku olah ikot kesesuaian aku. Korang olah ikut kesesuaian jugak tau. )

1. Pakai cleanser yang gentle. Especially yang tengah breakouts tu, jangan tonyoh. Kalau jenis kulit kering, cuci malam je dah cukup. Yang takpakai mekap, nak guna air suam je pon dah okay.
Aku pakai st Ives Fresh Skin, RM 15 Guardian

2. Scrub muka dua kali seminggu. Ni untuk yang dah lepas breakout phase. Tujuannya nak cepatkan kulit punya self renew. Jadi, parut cepat pudar. Kalau masih ada lambakan jerawat, jangan scrub. Meradang pulak nanti.
Aku pakai st Ives Apricot Scrub, RM 15 Guardian

3. Pakai mask dua kali seminggu. Tak kesah apa-apapon. Homemade mask punya resepi banyak dekat google. Kalau malas, beli sheet mask.

3. Pakai serum selepas cuci. Serum ni penting untuk boost skin. Pilih ikot keadaan kulit. Kalau main thing nak hilangkan jerawat, beli acne serum. Jangan beli whitening serum pulak. Be specific.
Aku pakai Garden of Eden Acne Serum, RM 39.90 Guardian

4. Moisturizer. Penting terutamanya kalau haritu kita scrub muka. Sebab lepas scrub, kulit akan jadi kering. As the name goes by, it moisturizes. Pilihla ikut keadaan kulit. Kalau jenis kering, beli yang thick tapi kalau jenis berminyak aku suggest pakai jenis aqua. Pilih yang kita selesa pakai so semangat nak pakai selalu.
Aku pakai Palmer Whitening and Fade cream, RM 39.90 Guardian.

5. Steps Tambahan untuk jerawat, boleh pilih nak letak acne cream atau tea tree oil. Aku pernah guna oxy dan sebamed tapi kurang sesuai dengan kulit aku. So aku pakai oil. Kesan dia sama, tapi tea tree oil ni mengeringkan. A bit harsh.
Aku pakai Aiken Tea Tree Oil, RM 16 kot Guardian ( Not sure about the price, sorry)

6. Steps tambahan untuk parut jerawat. Bagi aku benda ni penting sebab muka aku umpama bulan dan aku perhati kulit aku ni dia punya self heal lambat. So kena boost skin ability aku. Aku dah guna dalam 4 tiub scars cream dan aku boleh nampak improvement.
Aku pakai Hirus Scar Post Acne, RM 49.90 kot Watsons ( Not sure about the price, sorry. Anyway it claims that it can improve depressed acne scars. Yes, I do feel the difference but I still need laser treatments to completely healed. Not enough money yet!)

Aku harap apa yang aku share ni membantu orang-orang bertuah yang ditakdirkan dapat ujian lebih kurang macam aku ni. Memang bukan sikit steps aku dan ya memang ambil masa lama. Buat sesiapa yang selalu termakan dengan trick ” Flawless dalam 3 hari” yang berlambak dekat market tu bawak-bawaklah sedar. Memang flawless sebab dia menghakis. Ada yang claim organik, tapi celah dunia mana bahan organik boleh bagi fast result macam clorox. Nothing worth having comes easy. Yang penting kena consistent dan sabar. Don’t worry, He knows you can pull this. You will get over it soon.

– Bepop

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kaya Ke Kalau Tak Ambil PTPTN?

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Aku malas nak meleret aku straight to the point jela supaya posting ni lebih sensasi. Okay. Aku sebenarnya student diploma di salah sebuah politeknik di Selangor, dan aku tak ambil PTPTN.

“fuyo kaya ah tak ambil PTPTN”, tu lah ayat kawan aku bila aku bagitahu aku tak ambil PTPTN, aku tak tahu la tu perlian ke apa. Yeah, aku tak ambil PTPTN tapi aku bukan datang dari family yang kaya. Abah aku dulu kerja kilang sebagai operator pengeluaran tapi diberhentikan sebelum habis kontrak. Mak aku kerja pembantu tadika je, tu pun sama dengan abah aku, diberhentikan sebelum habis kontrak. Jadi, sekarang mak abah aku berniaga nasi lemak tepi jalan. Pedapatan turun naik. Kaya kah?

Aku hanya bergantung kepada duit poket mak abah aku je. Tak ada biasiswa sebab aku tak layak, SPM aku tak cemerlang untuk mohon biasiswa. Tipu lah kalau aku cakap aku makan mewah taip hari. Nasi bujang dah jadi makanan harian aku. Kalau dah sengkek sangat, aku akan beli sarapan (dua bungkus – nasi lemak atau mee) untuk dimakan pagi dan petang. Aku tak kesah kalau macam ni sampai habis sem asalkan aku tak tidur dalam keadaan berhutang.

Sebelum aku start diploma, aku bagi tahu (acah acah mintak izin) mak abah aku yang aku tak nak ambil PTPTN, dan Alhamdulillah dorang sanggup tanggung aku. Serious, dorang hebat. Abah aku sorang yang suka menyimpan, sama jugak mak aku (tapi abah aku lagi menonjol lah dalam hal ni). Dan, of course dorang meyimpan untuk hal kecemasan dan pendidikan anak anak dorang.

Masa mula mula aku decide taknak ambil PTPTN, salah satu reason paling kuat buat aku taknak ambil PTPTN adalah aku risaukan masa depan aku dan family yang bakal aku bina, cewah. Aku kesian kat bakal laki aku dan anak aku. Kalau aku masih ada hutang PTPTN lepas aku kahwin dan dah bekerja (kalau dah bekerja lah masa tu) mesti pendapatan isi rumah aku jadi rendah. Dibuatnya aku dapat laki yang jugak berhutang dengan PTPTN, camne? Let say, gaji aku dan laki aku dicampurkan dan deduct bayaran bulan PTPTN kami, bills, hutang kereta/rumah/etc (kalau ada in future) , yuran sekolah anak, barang dapur dan yang lain lain yang kami kene tanggung, at the end bakinya berapa ringgit je tinggal untuk simpanan masa depan dan bagi kat mak abah.

Mesti ada yang kata, “alah, kau poli boleh la cerita tak ambil PTPTN, yuran murah”. Haaa, sebab tu lah aku apply poli. Sebab yuran murah, dan kebetulan aku ambil engineering, jadi sangat sesuai lah study course engineering di poli. Sedangkan student poli yang latar belakang family berada pun ada yang ambil PTPTN, aku tak tahu la apa yang dorang kejar sebenarnya.

Posting ni bukan aku nak timbulkan rasa menyesal kat korang yang dah ambil PTPTN. Cuma nak bagi korang sedar dari mimpi, eceh.

Yang ambil PTPTN dan tengah dapatkan diploma tu, study lah elok elok, kumpul skill banyak banyak masa belajar dan bagi kukuhkan lagi skill tu. Sebab apa? Senang korang nak dapat kerja dengan gaji lumayan untuk cover hutang PTPTN korang. Bagi yang tengah degree, dapatkan first class degree untuk jadikan PTPTN tu ke biasiswa. Biar mati-matian waktu belajar asal elak dari berhutang.

Untuk yang tengah dok fikir nak ambil PTPTN ke tak, fikir lah dua tiga kali, berbaloikah? Kalau boleh elakkan lah berhutang. Tahu, mesti antara korang yang mak ayah tak sesenang mana atau mungkin dalam kategori tak mampu, tapi fikir la jugak sampai hangus, berbaloikah? Masa depan kita tak tahu macam mana, mungkin lepas belajar kita akan menganggur dalam jangka masa yang lama, PTPTN bertangguh, dan nilai yang perlu dibayar makin tinggi. Kalau dapat laki terlebih kaya takpe lah jugak boleh tolong cover.

Tak salah ambil PTPTN, kalau dah terambil, kene usaha lebih sikit dari biasa.

Banyak jalan lain selain berhutang. Apply biasiswa ke, kerja part-time ke, meniaga online ke, asalkan tak masuk MLM kejadah tu sudah la. Jalan lain selain berhutang banyak, cuma nak taknak je.

Fikirlah, kau sambung belajar kau nak apa sebenarnya?

– NA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Penyakit Ketagihan Dadah

PengakuanKu

Assalamualaikum semua yang cantik dan hensem..

Harap semua sihat dan positif! Straight to the point jela eh, korang ingat kan yang viral gambar seorang pesalah dadah lari dari mahkamah sebab rindu nak jumpa mak dia tu? Mesti mengalir air mata kan tengok gambar tu? Aku tengok ramai betul orang komen, termasuk lah yang kecam dan juga komen2 positif. So, kisah aku ni ada la sikit kaitan dengan gambar viral tu.

Pasal abang aku yang merupakan salah seorang yang tersasar ‘ter’ambil dadah. 4 bulan yang lalu, kitorang dapat tahu abang aku terjebak sbb dia buat chaos. Actually, parents dah tahu lama, tapi diorang ingat abang dah stop sbb abang aku berjanji dia nak stop.. Akhirnya, kami sekeluarga decided nak tolong abang lepas dia buat chaos tu. Aku banyakkan research berkenaan penyakit ketagihan dadah ni. Korang tahu tak yang once seseorang tu dah terjebak, bukan lah mudah untuk dia kembali ke jalan yg benar.. Tapi diorang memerlukan sokongan dan bantuan (bukan kecaman) kita, terutamanya ahli keluarga sendiri dan juga masyarakat sekeliling.

Kalau kita perhati sekeliling, orang yg ‘ter’ambil dadah, mesti lepas kena tangkap ke apa ke, mesti akan kembali ambil dadah kan? Sbb apa? Yesss sbb org sekeliling dia ramai yg kecam dia, maki hamun, judge dan label dia dgn perkataan “sampah masyarakat”,
“tak guna” etc. Benda-benda ni lah yg menyebabkan diorang kembali ke kancah dadah. Sbb diorang rasa tak disayangi, dalam hati diorang mesti terfikir “dah semua org tak kisah dengan aku, kecam aku, baik aku hisap je dadah sampai mati.”

So motif aku tulis ni adalah untuk create “drug addict awareness” yang korang kena la support sesiapa sahaja di sekeliling korang yg ‘ter’ambil dadah. Jangan sesekali maki hamun, label, judge, kecam dia. Banyakkan buat research. Aku ada dengar nasihat Founder Pengasih dekat youtube, katanya penagih dadah ni, dia dikira sakit terkena penyakit dadah. Jadi, ada caranya nak ubati sakit ni. That’s why kita kena support dan bantu diorang untuk sembuh. And, penyembuhan dari penyakit dadah ni adalah penyembuhan sepanjang hidup.

Serious, go search Pengasih on Youtube dengar explanation dari bekas2 penagih. Kita tak pernah terkena dadah, jadi kita tak mungkin tahu apa yang diorang rasa dan diorang alami. Sebab tu kena bantu sepenuhnya untuk diorang sembuh, bukannya biar dan kecam.

Oh ha, abang aku sekarang ni dah dihantar rehab kat satu tempat pemulihan dadah persendirian yang ada sijil AADK (agensi anti-dadah kebangsaan). Kat sini aku list down beberapa tempat yg aku tahu yang diiktiraf AADK ;

i) PENGASIH – yang ni private, orang berkemampuan ok la kot sebab fees dia tinggi, founder dan pekerja situ kebanyakkannya bekas penagih sendiri.

ii) Pondok Remaja Inabah Kuala Nerang – yang ni fully rehab secara kerohanian Islam, tak diberi satu ubat apa pun. Hanyalah berlandaskan mandi taubat, solat sunat dan zikir2.

iii) Darul Munawarah Sintok – yang ni tempat Islamik juga, tapi ada diberi ubat.

iv) Boleh juga korang ke laman web Malaysia Substance Abuse Council, dan gabungan among NGOs untuk tolong orang2 yang terjebak.

Go search, ada lagi tempat2 lain. Tapi cari tempat tu, kena berjaga2 ye sebab nak dijadikan cerita, ada satu tempat ni di Wang Tepus, sebenarnya dah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa disebabkan ada berlaku kematian dan ajaran sesat, tapi masih beroperasi sehingga sekarang tak pasti kenapa.. And yup, kalau boleh jangan libatkan polis yang boleh menyebabkan diorang meringkuk dalam penjara sbb tu macam tak membantu diorang je (pendapat aku la)..

Aku sebenarnya tak sanggup nak tengok rakyat Malaysia terutamanya saudara se-Islam terjebak dengan benda ni. Tapi itulah, tak tau kenapa susah sangat nak banteras dadah ni dekat Malaysia. Setiap hari, ada je dalam berita pasal dadah ni. Dadah pun dah banyak diorang spread dekat budak-budak sekolah. Jaga dan pantau lah anak-anak/adik-adik korang semua ye. Moga keluarga korang terhindar dari benda alah ni (banyakkan doa)

Lastly, jangan lah kita kecam mereka yang terjebak, sebab kita tak tahu, mungkin suatu hari Allah bagi mereka peluang untuk bertaubat. Siapalah kita untuk menghukum sedangkan diri kita sendiri pun belum tentu mati dalam keadaan khusnul khatimah. Penyakit dadah hukuman dunia buat mereka, mereka tak jahat tetapi tersalah pilih jalan.. Takde manusia yang tak pernah buat salah. Aib kita ditutup, salah kita disembunyi sebab tu kita banyak mengata orang, betul tak? Jom muhasabah diri setiap hari sebelum nak mengata orang. Ingat, “penghuni syurga adalah pendosa2 yang bertaubat dan penghuni neraka adalah orang2 alim yang munafik.”

Mohon doakan abang aku kembali sihat dan menjadi hamba yang bertakwa.. Aku doakan juga korang semua yang ada anak /abang /adik /kakak yang ada penyakit ketagihan dadah agar sembuh dan kembali ke jalan yang Allah redha.. Aminn. Selain kita berusaha untuk mengubati dan support mereka, doa jangan sesekali dilupakan. Allah maha mendengar dan mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Jangan sesekali menyerah / give up okay!

– Adik kepada abang yang sakit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Obses Dengan Kerjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum Admin dan semua (Jika cerita aku disiarkan)

Aku bukanlah budak yang belajar tinggi. Aku cuma amik sijil pentadbiran selepas aku habis SPM dulu. Senang cite aku amik sijil aku nie lebih kurang macam kemahiran. Aku mula masuk ke alam pekerjaan nie pada tahun 2012. Lepas habis je praktikal, aku terus dapat kerja. Firstly tu aku keje Kerani Insurans. Gaji masa tu RM650. Waktu kerja biasalah office hours 830pagi-530petang. Tempat solat pun ada. Sempatlah 2 bulan aku kerja, aku berenti sebab aku rimas dengan akak kat situ yang hari hari nak marah aku. Die ikut angin die je. Yang lain semua ok tapi daripada aku stress sebabkan dia, baik aku chow awal2 kan. Nasib baik lah bos tu memahami mungkin sebab dah ramai berenti kerja kot.

Lepas tu aku kerja kat satu company swasta sebagai Kerani Akaun.Pun office hours jugak lah 800pagi-500petang. Masa nie gaji aku RM900. Kat sini aku kerja dalam 8bulan macam tu. Sebenarnya semua ok kat sini. Aku selesa. Mungkin sebab cuma aku sorang yang uruskan kerja pejabat jadi senang aku uruskan takde campur tangan orang lain. Aku berenti sebab bos dia gatal sikit lah, hahaha. Seram jugak aku kadang tu. Korang bayangkan, bilik die kan pintu kaca tu, meja aku duduk pulak depan dia, kira belakang aku lah. Bila aku bangun or berjalan aku rse macam orang perhati. Bila aku pusing nampak die tengah tengok dengan muka yang errr. Seram aku. So sebelum pape jadi, aku resign! Hahaha. Aku bagi alasan aku dapat kerja bank. Nasib die percaya je.

Lepas tu ade lah aku kerja kerani kat beberapa tempat lagi. Makin panjang lah kalau aku nk cerita satu satu kan. Lepas tu, aku ternampak lah satu kerja kosong dan aku try call. Haa dari sini lah hidup aku mula berubah sikit demi sikit. Ok sambung cerita semula ok, Die cakap boleh dtg terus interview. Aku pun terus lah masuk office tu. Gila cantik! Sebab kiranya bukan setakat office lah, die jual barang lengkapan rumah. So mestilah decoration kedai die cantik kan. Aku first masuk tu dah fall in love sebab aku memang suka kalau kerja tempat yang cantik nie. Bukan ape, kita pun selesa kan.

Time tu manager die yang sambut aku, die cakap boss besar ade so boleh terus interview. Bila sorang laki Cina datang kenalkan diri, so aku tahu lah tu boss besar die. Tak besar mana pun, kecik je. Hahaha. So aku paham lah owner tempat nie cina kan. Kalau jadi nie kali ketiga aku bekerja gn cina. Seriusly memang die baik. Borak semua die cakap aku boleh mula kerja next week. Pasal gaji semua die akan terangkan time first day nanti. So aku sempatlah pusing2 dulu usha keadaan sebelum balik. Balik tu aku cerita lah dekat family aku. Of coz dorang happy aku dapat kerja. Pulak tu aku memang cepat je dapat kerja. Hari nie benti kerja, lusa dah dapat kerja.

So jawatan aku Sales Executive. Tapi just jawatan pada name card semata. Sebenarnya tugas aku lebih kepada akaun jugak. Aku layan customer yang datang lagi. Aku nie jenis muka mudah senyum, so sesuai lah gamaknya kerja bahagian macam nie kan. Firstly basic aku dia bagi RM900 + OT + Komisyen. Waktu kerja? 9pagi-7malam. Family aku rasa macam awal lagi, so dorang izinkan. Sebulan tu semua okey, kiranya masih lagi dalam proses belajar menda baru kan. Tapi semua berubah lepas beberapa bulan. Aku nie jenis cepat belajar, kiranya aku mula uruskan banyak kerja. Invois bulanan, DO, List Hutang customer, nak serve cutstomer lagi.

Lagi satu, lunch time aku dah hilang start keje situ. Makan bergilir2 time customer takde. Pernah je tak makan sampai petang sebab customer ramai sangat. Tapi sebabkan aku have fun dengan kerja aku nie, aku tak merungut lah. Bagi aku, aku suka apa yang aku buat. Gaji aku makin lama makin banyak disebabkan komisyen aku makin naik. Setiap kali gaji aku bawak family aku pergi makan, semuanya happy je. Bila ade event, aku balik kadang tu pukul 12am kadang tu pukul 1am. Kesian mak aku tak tidur tunggu aku balik. Yelah orang tua mana yang tak risau anak dara balik lewat malam kan.

Pernah tu gaji aku RM3900 sebulan. Mungkin korang rasa tak banyak, tapi bagi aku jumlah tu besar sangat dengan kelayakkan aku. Mungkin sebab aku usaha kerja, ot semua tu kan. Setahun lebih aku kerja, aku mula rasa something. Macam ada yang tak kena. Kadang duit aku cepat je habis. Dapat gaji sedar2 dah habis. Paling sedih bila mak aku tanya solat ke tak kat tempat kerja, aku jawab aku solat. Tapi aku berdosa sebab aku tak solat, menipu mak lagi. Double aku dapat. Memang ade ruang solat tapi taklah selesa, cuma ruangan stor tu je. Lagipun, bukan sengaja taknak solat, disebabkan staff tak ramai, jadi bila customer penuh, kene serve tanpa henti. Bila cakap nak solat kejap, terus muka berlagak cakap dah lama tunggu. Allah, padahal sesama islam pun tak reti paham. Macam macam manusia aku jumpa sepanjang kerja situ. Yang paham ok lah boleh tunggu.

So bab solat yang sepatutnya menjadi kewajipan tu aku dah jadikan sebagai ‘kalau sempat’. Sedangkan aku sepatutnya utamakan solat kan? Jahil sangat aku masa tu. Pernah terfikir nak cari kerja lain, tapi aku dah lebih setahun kerja situ, gaji pun dah ok. Tapi aku tak sedar, dalam sibuk aku nk kejar kerjaya tu, aku dah hampir hilang sesuatu lebih berharga..

Semangat kerja makin menjadi lepas aku dapat naik jadi Supervisor. So gaji aku makin naik lah. Rutin harian aku? Bangun pagi siap pergi kerja, lewat malam baru balik. Kadang hari Ahad pun kerja. Hari sabtu yang sepatutnya balik awal pun aku balik lewat. Pernah aku demam dapat MC 2hari kat klinik kerajaan, tapi aku mintak doc tu potong and bagi sehari je MC. Ya Allah kalau fikir kenapalah aku gigih sangat dulu kan? Hmm..

Sampai lah satu hari, aku nk salam mak aku nak pergi kerja, mak aku pun cakap..
‘Kakak, ayah sedih sebab die cakap dah lama tak borak dengan awak, dah lama tak nampak awak’..
Tersentak aku dengar macam tu.. Terkedu.. Aku salam lepas tu terus drive pergi kerja. Sepanjang perjalanan tu aku asyik terfikir apa yang mak aku cakap. Ya Allah, masa tu menangis aku. Aku baru sedar semua tu. Aku dah lama tak salam tangan ayah aku. Aku dah lama tak bergurau,borak dengan dia macam sebelum sebelum nie. Ayah aku berkerja sendiri, lepas subuh die dah keluar kerja. Aku? Sbuh dah nak habis baru aku tergesa-gesa bangun. Malam pulak, bila dah lewat orang lain dah tidur baru aku balik. Ada aku bawak dorang pergi makan, tapi dorang terus tunggu kat restoran yang aku bagitau. So aku terus datang dari office. Kadang tu lepas makan aku suruh dorang balik dulu sebab aku nak sambung kerja.

Seharian aku termenung. Aku rasa bersalah sangat. Aku bersalah pada family, pada Allah.. Aku tinggal apa yang wajib sebab lebih pentingkan kerja. Yang paling menyedihkan, bila ayah aku mengadu macam tu pada mak aku. Korang tahu kan, seorang ayah nie die susah nk cakap menda2 macam tu. Aku ingatkan semua ok.. tapi tak ok langsung! Aku pun sedar mungkin sebab aku sering tinggal solat time kerja, duit gaji aku entah kemana mana. Kejap kereta rosak habis seribu lebih. Kejap hal tu, kejap hal nie. Ada je masalah. Tuhan tu dah bagi pentunjuk awal lagi, tapi aku lalai. Aku tak sedar sampai akhirnya aku dah lukakan hati orang tua aku. Bila fikir kadang aku buat rumah tu macam hotel je. Balik untuk tidur.

Malam tu aku lewat jugak balik. Tapi dalam letih aku solat jugak, aku menangis semahunya. Aku mintak maaf, aku mohon ampun. Lepastu aku tidur. Esoknya macam biasa lah rutin aku. Aku buat selamba konon macam tak sedih dan buat tak ingat je ape mak aku cakap sebelum tu. Tapi serius aku takde semangat nak kerja. Tengah aku check invois, dapat call dari salah satu IPTA untuk hadir interview. Masa tu aku happy sangat. Aku terus call mak aku bagitau, die pun seronok sangat. Aku kaji semua latar belakang IPTA tu. Salah satu tempat pengajian Islamic.

Alhamdulilah, aku dapat jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Walaupun tak tetap dan gaji tak sebesar dulu, banyak yang aku belajar. Gaji aku kurang dari dulu, tapi tak pernah putus rezeki aku. Ada je entah dari mana kadang aku pun pelik. Masa solat dah confirm ada. Masa dengan keluarga pun laginya lah. Syukur sangat sebab Allah bagi aku peluang untuk tebus silap aku. Setiap orang tak sama. Dan dari dulu aku memang periang yang amat dalam keluarga aku. Pulak aku cuma dua beradik je. Bila aku terlalu fokus dengan kerjaya sampai mengabaikan dorang, tu yang dorang terasa kan.

Tak lama lagi aku pun bakal menamatkan zaman bujang aku. Betul orang cakap, jodoh tu datang bila kita dah betul2 sedia. Kalau dulu masa untuk keluarga pun takde, macamana aku nak kawin? Hahhaha. Malas cerita soal jodoh nanti makin panjang lah entry aku nie. Korang doakan yang baik baik untk aku ye sebab kiteorang bercinta lepas tunang. Buat masa nie semua ok walaupun kiteorg jauh. Kerja aku pun semua ok. Buat yang lain, tak salah kita nak kerja keras tapi janganlah kita terlalu mengejar sehingga kita tinggal segala yang sebenarnya jauh lebih berharga. Ingat tuuu. Aku stop dulu lah nanti meleret leret cerita nie.

– -Permata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hati-Hati Datang KL

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih kalau admin publishkan cerita aku ni. Tengok tajuk mcm tak best je kan. Tapi ni aku nak share sikit pengalaman aku datang kl.

Bukan tak pernah datang kl, selalu je. Tapi lately ni yang banyak naik train sendiri. Selalu round dengan kereta. So nak dijadikan cerita. First sekali waktu tunggu bas nak ke stesen mrt, jumpa sorang makcik. Sembang² tiba-tiba dia kata “Eh, acik lupa nak bawak beg duit la. Boleh lupa pulak. Nak patah balik dah la jauh.”

So dalam hati aku macam, nak bagi keadaan tak eh. Kalau dia tak mintak pon aku mmg nak bagi. Yelahh, tak penah jumpa lagi orang² mcmni. So aku assume mmg takde duit laa. Waktu bas aku dah nak sampai, acik tu mintak nak rm1. So aku pon bagi jela rm5.

Second, waktu kat kl sentral. Next minggunya. Ada sorang pakcik approach aku. Tiba-tiba tanya ada tak rm1. Dia nak balik mana tah tak cukup 80sen. So bagi jela rm1. Aku macam fikir “Eh, orang kl ni sebenarnya betul ke takde duit. Ke buat cerita je”

Third, next day. Kat kl sentral jugak. Aku tengah tunggu train sambil makan mcd. Tak kisah kat orang lain. Tiba-tiba ada makcik datang duduk sebelah. Dia pakai okay, and sembang pon okay. Tapi tetiba macam makcik first tadi. Dia buat cerita sedih. Kata dia punya purse and handphone kena curi. Takde duit langsung nak balik, rumah dia kat Penang.

Aku macam nak bagi ke tak ni. Aku kata aku takde cash. Dia macam paksa nak ajak naik atas balik pegi ATM. Padahal aku punya train nak sampai dah. Pastu aku korek jela bag ni kot² ada duit. Ada la rm100, ingat nak bagi rm50 je. Tapi dia mintak rm100. Aku pon tah kenapa pegi bagi je. Tapi dia kata nak bayar balik.

Dia kata nak call aku semalam. Tapi tak call². Aku fikir kalau dia tak call pon aku anggap sedekah la. Dia tipu atau tak. Tu urusan dia dengan Allah.

So pengajaran dia dekat sini, terutamanya untuk perempuan. Kalau jalan sorang-sorang, jangan ramah sangat dengan orang sebelah. Kalau ada makcik ke ajak sembang. Sembang biasa-biasa je. Kalau dia dah start buat cerita sedih tu. Takyah layan. Kalau dia mintak tolong korang. Cakap je takde duit. Kalau kesian sangat. Bagi la setakat yang mampu. Takyah banyak-banyak.

Bukan setakat kat KL je kena hati-hati. Kat mana-mana pon kena hati. Tengok macam lawa cantik tapi belum tentu lagi baik. Kita taktau orang tu macam mana. So pesan aku, hati-hati lahh. Jangan jadi baik sangat. Tapi kalau korang anak orang kayo takpo. Bagi pon tak suka duit tu.

Okay takat ni jela ceritanya. True story. Assalamualaikum. Moga bermanfaat untuk semua .

– ANIS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cara Berhadapan Dengan Orang Suka Pinjam Kereta

PengakuanKu

Hi, aku Lily. Disebabkan baru-baru ni banyak sangat confession tentang kawan tak pernah nak tolong tong-tong duit minyak lah , kawan nak pinjam kereta pergi dating lah dan etc. Ini hanya pendapat dan cara aku nak hadap kawan-kawan macam tu.
Aku student yang menyewa rumah di luar kampus, dalam rumah aku hanya dua orang je yang bawa kenderaan sendiri iaitu aku dan Iman, lagi lima orang kiranya menumpang . Di takdirkan pula dalam rumah aku ni Siti , Iman , Qisya dan Puteri kos dan kelas yang sama ,jadi Siti, Qisya , Puteri akan tumpang si Iman . Yang menumpang dengan aku pula Tasya dan Kila sebab kitorang juga satu kos dan satu kelas aka bff aku diorang dua ni .

Jenis aku memang susah nak bagi orang pinjam kereta aku ni, bukan aku kedekut ke apa tapi sebab aku fikir mak ayah aku bersusah payah nak sediakan kereta untuk aku supaya aku senang nak balik kampung dan senang nak pergi kelas. Aku kalau dah dapat barang yang memang mahal dan susah nak dapat memang aku jaga dengan seelok-eloknya. Calar sikit aku dah melenting ,sebab aku sayang harta benda aku macam mana aku sayang mak ayah aku.

Hari Jumaat malam sabtu , Qisya nak pinjam kereta aku, nak pergi bank katanya . Aku pelik lah sebab petang tu lepas habis kelas si Iman ni dah bawa diorang pergi bank, takkan malam tu dah habis duit kan . Kebetulan pula polis buat sekatan jalan raya sebelum bank , aku dapat tahu pun sebab aku baru je pergi makan dengan kila dan tasya. Si Qisya ni pulak memang tak ada lesen kereta memang tak lah aku nak bagi pinjam kan . Aku cakap elok-elok je masa tak nak bagi dia pinjam tu tapi Alhamdulillah dia okey.

Hari Khamis malam Jumaat, Kawan lama aku baru je masuk daftar kat U aku ni, kiranya dia lambat satu sem dari aku. Nama budak ni meh aku namakan Tira . Malam tu aku ws dengan dia panjang berjela tapi last-last tu aku cakap kat dia esok aku balik,ayah aku datang ambil sebab nak pergi shopping baju raya, then korang nak tahu dia balas apa, “weh bak ahh tinggalkan kereta tu untuk aku, boleh aku jalan-jalan”, terkedu pulak aku baca senang-senang dia mintak macam tu je kan. Aku terus balas “hahahah,ingat ayah aku bagi kau pinjam”. Then lama sikit baru dia reply “ohh aku just joke je tadi “ , aku bagi blue tick je dia balas tu.

Aku susah nak bagi Tira pinjam kereta aku bukan sebab apa, dia bila susah baru pandai nak ws aku ni hah ,kalau senang mana dah nampak aku ni. Bila tengah putus cinta barulah ws aku ajak jenjalan sebab heart broken .Haktuihhh dia

Hari Ahad malam Isnin, masih dengan si Tira. Ahad tu aku keluar dengan keluarga aku jalan-jalan pusing kota. Aku tak tahu lah Tira pergi mana tapi dia call aku hanya suruh aku ambik dia kat stesen bas yang jauh dari tempat kitorang ni, nak kata balik kampung macam tak sebab aku satu tempat dengan dia bas kitorang tak ada yang berhenti kat stesen tu. So aku hanya cakap kat dia aku dengan keluarga aku ni, aku tak tahu lah macam mana dia balik kampus sebab aku malas nak tanya. Kalau aku tak keluar dengan keluarga aku pun memang aku rasa aku tak pergi ambik dia sebab bahasa dia masa nak mintak aku pergi ambik dia tu macam aku ni driver dia pulak.

Berbalik kepada dua orang yang menumpang aku tu Kila dan Tasya . Diorang dua ni memang tak ada masalah bagi aku. Diorang dua ni sentiasa ada rasa nak bayar duit minyak walaupun aku tak pernah mintak kat diorang. Kadang-kadang aku tolak juga duit tu sebab aku anggap sedekah aku kepada diorang. Aku memang dah pesan awal-awal kat diorang aku tak suka orang tutup pintu kuat-kuat, buat sampah dalam kereta aku etc dan Alhamdulillah diorang jaga benda apa yang aku tak suka. Orang-orang macam ni lah baru dipanggil orang yang terpelajar, masuk U belajar pandai pointer tiptop tapi bab naik kereta kawan fail, maybe kat Malaysia ni kena tubuh kan satu kos baru fasal etika pinjam kereta kawan kot .

Housemate aku lagi empat orang tu sekarang pun tengah ada krisis fasal tumpang kereta ni. Si iman memang banyak kali cakap dengan aku diorang tiga yang tumpang kereta dia buat macam dia driver je, aku malas nak tegur si tiga orang tu sebab aku tak dengar dua-dua pihak. Takkan tiba-tiba nak tegur tanpa dengar dua-dua belah pihak kan. Apa yang aku tahu krisis diorang tu sampai tak nak dah tumpang dengan Iman, lebih rela jalan kaki ke kelas walaupun hujan lebat . Masalah diorang biar diorang sendiri settle kan .

Bagi aku korang yang rasa tak tahu nak tegur depan-depan kat kawan-kawan korang yang menumpang kereta tu, ws kan adoo. Buat je karangan bagi diorang baca. Lepas send tu buat macam bodo dah ahh.KIta tengok diorang terasa ke tak,kalau masih tak terasa tinggal je diorang tu biar jalan kaki pergi kelas, bagi pengajaran sikit. Bagi hati kering sikit, ni asyik-asyik kesian. Kesian lagi kat mak ayah korang yang bersusah payah tu

Yang menumpang please ada sikit rasa kesian kat kawan-kawan korang tu ye . ( nama-nama diatas semua nama yang direka ye )

Lily ;)

– Lily

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rahmat Allah dan Eczema

PengakuanKu

Di saat aku menulis ini, baru sudah kuselesaikan urusan tidur anakku yang acapkali tidurnya perlu seseorang yang berjaga, memberi peluk, memberi gosok,
memberi pujuk.

Anakku seperti ramai anak-anak yang lain, diberi sedikit ujian oleh Allah dengan penyakit eczema. Tidur malamnya sering terganggu dengan serangan kegatalan dan ketidakselesaan. Sering juga, sehingga berdarah-darah dia menggaru. Itu adalah satu mimpi yang mengerikan, kerana apabila luka dan berdarah, episod seterusnya yang mungkin adalah jangkitan kuman pada kawasan yang terluka dan juga terlalu mudah merebak ke seluruh badan, menyebabkan eczemanya saat itu menjadi terlalu teruk. Gatal yang melampau. Semakin digaru. Semakin luka. Semakin merebak.

Malam ini, seperti juga malam-malam yang kuingati, air mata aku tidak dapat ditahan-tahan, dadaku sesak melihatkan anakku yang merintih kegatalan, seolah tidak
mampu kuredakan. Malam ini juga, sebagaimana malam-malam yang dahulu, aku masih bangun, merasakan keberadaan Allah yang menyaksikan tingkah-tingkah aku dan anakku dalam kegelapan.

Malam adalah waktunya kegatalan mencapai kemuncak. Malam adalah ketikanya yang jika tiada yang berjaga buat anakku, esok akan aku saksikan bahawa badannya akan bercalar dan luka akibat menggaru berjam-jam. Kerana itu aku dan mataku perlu celik. Kerana itu aku perlu menggosok. Kerana itu aku perlu berbuat apa sahaja bagi mengelakkan itu terjadi.

Malam ini, seperti malam-malam yang dahulu, aku masih bangun, dan sepenuhnya hati ini mengharapkan rahmat, kasih sayang dan keredupan
pandangan Allah terhadap aku dan anakku, yang akan menyejukkan hati-hati ini yang teruji. Anak aku diuji, dan aku teruji.

Dan malam ini, sepertinya yang pernah dahulu, aku berjaga selepas lenanya anakku dalam igauan esak-esak sedu akibat tangis nya tadi yang lama dan syahdu, memikirkan bagaimana dahulu ibuku menjagaku sehingga hidupnya aku saat ini.

Ibuku bukanlah seorang wanita yang masyhur di mata dunia, bukanlah wanita yang bekerjaya dan tinggi cita-cita, tetapi melihat dan memikirkan ibuku, membuatku seolah melihat wanita syurga. Kesejukan kasih sayang yang tidak pernah putus dikirimkan dan menyelubungi aku hingga saat ini, membuat aku merasai betapa keajaiban kasih sayang dan rahmah yang Allah telah ciptakan dalam jiwa seorang perempuan bergelar ibu.

Ibu seolah takungan kasih sayang yang tidak pernah kering, walhal ibu sendiri tidak pernah merasa pengalaman dicurahkan kasih sayang itu oleh ibunya. Ibu bukan sahaja kasih akan aku, ibu kasih akan anakku. Ajaib ibuku. Dan aku tahu malam-malam aku berjaga ini, tidak tertanding dengan malam-malam ibu membuka mata dek menenangkan aku dan adik beradikku dahulu.

Ya Tuhan, entah apa yang cuba kusampaikan. Tetapi ku tahu, rahmat yang kupohon-pohon dariMu itu telahpun salah satunya Kau kirimkan buatku, iaitu ibuku. Terima kasih Tuhan ya Rahman, ya Raheem. Hanya rahmatMu yang menjadi harapan kami ya Allah.

رب ارحمهما كما ربياني صغيرا

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Orang Ketiga Perosak Hubungan

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tajuk ni saya bawa dan tujukan khas pada semua dengan harapan agar menjadi pengajaran. Sedangkan ‘lidah lagi tergigit’ apatah lagi hubungan antara suami isteri.

Saya yakin takde orang yg tak ada masalah. Pasti ada! Walaupun sama tapi hakikatnya yang melaluinya sahaja akan rasa.Titik tolak dalam kehidupan suami isteri pasti ada asam garam tersendiri.

Cuma yg tak bestnya bila ada pihak ketiga, samaada ahli kluarga isteri @ ahli kluarga suami @ kwn2 @ jiran @ sape2 je yg masuk campur! Yg Kononnya nk bantu selesaikan masalah. KONON jela kan.

Saya sgt tak suka org duk jarum a.k.a cucuk2 suami isteri. Pastu duk canang cerita kat satu dunia bahawa si suami ni sekian2..yg isteri ni sekian2..Bagi saya ni blh merosakkan hubungan suami isteri.

Terutamanya media sosial yg ada sekarang ni. Banyak yg disalahgunakan! Tragis! Macam depa lebih tau kehidupan suami isteri trsebut. Biar suami isteri tu selesaikn sendiri.

Pandai2 la depa. Korang Duk diam. Doa. Kan lagi bagus tu. Nk nasihat tu tak salah. Boleh. Tp nasihat yg membina. Bukan menjatuhkan. Walaupun saya masih baru dalam dunia perkahwinan.

Tapi ini yg saya nampak dari zaman saya single. Yg kononnya “ahli keluarga suami nak bantu si suami ni, kesian sbb isteri tak masak”. Memang kalau kita tgk isteri ada salah. Tapi masalah tak selesai pun.

Bahkan makin bertambah besar! Saya ulang. MASALAH BERTAMBAH BESAR & BERLARUTAN! Isteri terasa asing dengan femly mertua dan bergaduh sesama sendiri.

Kau rasa sebab apa??? Disebabkan “mereka” yg KONONnya nak bantu. Tp sebenarnya langsung tak membantu. Jadi, sedikit pesanan dari saya. Kepada suami @ isteri, jagalah rumahtangga kalian.

Apa2 mslh, selesaikan antara kalian suami isteri je. Tak perlu diceritakn kpd org luar trmsuklah femly @ kwn yg kamu prcaya sekalipun. Mgkin pd hakikat prmulaannya, kamu hnya nk ‘meluah’.

Dan nak kurangkan stress. Tapi mohon fikirkan kesan jangka panjang! Sebab apa jgn cerita? Sebab akan mengundang masalah yg lagi teruk. Actually, Masalah kamu suami isteri dah selesai.

Tp kamu yakin ke org sekeliling blh bersangka baik? Boleh jadi mereka berprasangka buruk pada suami @ isteri kamu. Maaf terbebel panjang. Haha. Dan last !

Saya mohon kepada ‘orang luar’ tak perlu jadi hero kepada suami isteri trsebut. Saya mohon ya! Saya mohon! Tak perlu jadi batu api atau ada mengadu domba.

Risau kalau sebab kamu. Dorang Bercerai! Saya doakn kpd yg bakal dan sudah berkahwin. Rumahtangga kalian dikurniakan sakinah, mawaddah warahmah. Amin..

– Puan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 27 February 2017

Zuriat: Ujian Dan Rahmat

PengakuanKu

Salam sejahtera kepada para pembaca. Cerita yg sy nak kongsikan ni semoga menjadi pemangkin semangat dan buah minda untuk difikirkan bersama.

Kepada yg akan berkahwin, ingin berkahwin dan sudah pn berkahwin, ZURIAT pastinya akan ada dlm senarai utama institusi perkahwinan. Tapi siapa kita menentukan hadirnya rezeki anak?

Sy berkahwin pada usia 25thn, suami 28thn. Sama2 bekerjaya dalam bidang masing2 yg memerlukan kami bkerja shift . Seawal 3bln perkahwinan Allah SWT hadirkan bayi buat kami tapi bertahan utk 6mggu sahaja. Kemudian, bermula lah perjalanan usaha ke arah mendapatkan zuriat kami untuk bulan2 seterusnya..

Alhamdulillah, kecik je ujian ni utk kami. Pernah gugur tidakla sehebat ujian para isteri/suami yg bertahun2 menanti zuriat tanpa ada tanda. Tapi,masih sama situasi yg kami lalui. Pertanyaan demi pertanyaan, dan lebih syahdu lagi,rakan2 yg bernikah pada tarikh/tahun yg sama berlumba2 luahkn kegembiraan utk anak pertama.

Jujurnya, ada rasa iri hati,sedih,pedih semua bercampur rasa. Tapi sy tersangat lah bersangka baik dengan perancangan Allah SWT. Sesungguhnya takdir itu tersusun cantik dah.

Sy nk bagi sikit tips ‘kick out negativity, keep up the positivity’. Kaedahnya:
1)Bersangka baik dengan semua org keliling kita. Kalau ada mulut2 yg dikatakan laser tu, anggap je doa utk kita. Atau, pergi je kat org yg mengata tu, cakap je, ‘doa la utk sy pulak pastu senyum je’.
2)DOA. Anggap semuaa kata2 tu doa yg baik. Contoh, kalau ada org wish hari jadi, mention je, doakan sy dapat anak tahun ni. Kebanyakan kawan2 sy wish ada sorg je yg mention doa dkurniakan zuriat, mungkin ya, mereka menjaga hati. Tapi x Salah pun nk minta doa. Insya Allah dalam ramai2 kita minta tu, mesti ada salah sorg yg Allah kabulkan doa dari mulut dia. Insya Allah.
3)Bergembira dan bersyukur lah dgn nikmat keliling yg ALLAH dah bagi. Dapat kawin pn salah 1 nikmat. -Nikmat Allah mana lg yg kamu dustakan? SURAH AR RAHMAN berulang2 sebut.
4)Banyakkan sedekah,zikir,topap lah segala amalan. Usaha pun kena jugak. Pegi buat rawatan doktor, tradisional dan sbgnya.

Btw, setelah beribu ringgit habis,topap mengaji,zikir,puasa selama 2 tahun lebih, sy disahkan mengandung pada tahun ini. Org pertama yg sy bgtau adalah sahabat yg mendoakan zuriat pada hari jadi sy tahun lepas. hehe tidak la sy ketahui doa siapa yg dimakbulkn Allah, tp sy amat berterima kasih atas doa2 yg org sekeliling selalu sebut. Yg melaser pn ramai, tapi abaikan je.

#Seperti sy katakan, tidak lah besar ujian ini utk sy. Setakat 2 tahun masih terlalu awal berbanding yg berpuluh tahun berusaha dan masih berusaha. Semoga para isteri/suami yg di uji dengn ujian ini sentiasa dmurahkan rezeki dan rahmat Allah SWT. Never give up!!!

Akhir kalam,bersangka baik lah pada Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Terima kasih.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rezeki Operator

PengakuanKu

Aku ingat lagi, 2016 tahun baru orang lain azam tinggi gunung. Aku? Duduk dalam van kilang pergi kerja as operator basic RM900. Tapi time tu aku pujuk hati. Takpe Allah nak uji kau lama mana kau boleh buat bodoh apa orang cakap. Yelah bertahun belajar dekat u balik jadi operator mana orang kampong tak bercakap.

Tapi aku selamba badak. Kerja sabtu ahad bantai. Memang takde life. Malam dah penat gila. A few month jugak aku kerja sampai aku beli motor then sewa rumah dapat kerja dekat bandar. Kerja gaji tidaklah besar tapi adalah naik sikit. Basic RM1500. Lately aku dapat kerja lain, stress sama level tapi naik sikit lah RM1900. Adalah peningkatan walau tak sehebat orang lain kat luar sana.

Aku ni dari kecik sampai besar lompat tingkap terjun tangga tak pernah patah. Nak sakit paling-paling demam 3hari pastu baik. Masuk hospital pun tidak. Makan ubat jauh sekali. Time period pain je aku telan ubat. Aku start kerja umur 25 tahun. Sejujurnya agak lewatlah kan. Even bujang tapi banyak je komitmen kita sebenarnya. Hutang belajar setia menanti.
Hampir setahun kerja, macam-macam jadi dekat aku. Mula-mula accident jalan licin bawak motor then terbabas motor elok parking dalam semak. Aku dah superman atas tar. Dapatlah dahi berjahit pipi bertanda. Sebulan lepas tu, dapat limau satu kotak bos bagi. Aku angkut sekali naik motor hujan time tu ehh dapat lagi satu tanda dekat dagu. Time ni aku memang redha je nasib aku.

Sebulan lepas tu, kebetulan motor aku tak berapa nak sihat. Aku bawaklah motor EX5 atok aku yang buat round kampong tu. Motor tu memang tak laju pun. Paling laju 70 je meter boleh pergi. Tapi kalau benda nak jadi maka jadi jugaklah. Accident lagi dengan kereta. Motor aku bikin RM50 je dah elok. Aku? Dapat lah 14 lipan dekat bawah lutut. Luka dagu yang second time jatuh terkoyak balik.
Tiga kali accident aku sikit pun tak nanges. Masa 1st time aku accident aku cuba nanges tapi aku tak boleh nanges. Teruk jugak aku accident kali ketiga ni sebab sebulan aku tak boleh jalan. Family aku jangan cakaplah. Suruh aku buat doa selamat, mintak air, jual motor, tukar kerja, beli kereta eh macam-macamlah. Tapi sebab aku sakit, aku dengarkan nasihat orang yang lebih lama hidup.
Bila aku asyik sakit je. Family jugaklah yang datang tengok kau, jaga kau, tolong kau. So korang mesti akan rasa, time aku susah family jugak yang tolong dan time tulah kau boleh tengok quality relations antara kau dengan orang lain. Time tu barulah kau akan kenal mana satu emas mana satu batu lesung.

Then, aku ni jenis orang yang suka sangat fikir pasal kewangan aku. Padahal elok ngam-ngam tapi selalu rasa tak cukup. Tapi kadang-kadang dalam poket ada RM30 untuk seminggu kerja aku rileks je. Depends on mood. Sampailah satu masa (lepas dah accident tiga kali), aku sedar.
Apa ustaz punya ceramah yang berzaman sudah tu aku recall balik, empat bulan aku dalam perut mak Allah dah tulis apa rezeki aku selama hidup atas bumi ni. Aku dah cuba usaha tak memilih kerja. Apa peluang walau beza sikit tapi ada jugak peningkatan aku kaut. Walau gaji ngam-ngam tapi masih cukup. Aku lupa yang patutnya aku kena bersyukur. Ramai lagi yang kat luar sana lagi teruk nasib depa.

Aku tak dapat jalan sebulan barulah aku tahu nikmatnya dapat berjalan normal selama ni. Time sakit ni baru la aku sedar betapa helpless ye engkau bila nak kencing pun orang lain kena sorongkan pi tandas. Time tu baru aku sedar berdosanya aku ragu dengan rezeki nikmat Allah selama ni.
Ada rezeki masing-masing Allah bagi tapi kena sabar. Sebab masa pun makhluk Allah. Dia pun tak boleh sesuka hati bagi apa yang kau nak on time. As long kau dah usaha, usaha lagi dan berdoa the rest kau serah dekat Dia.

Tujuan aku share ni mungkin antara berjuta orang dalam Malaysia ni ada yang nasib macam aku. Mungkin lebih baik atau lebih teruk dari aku. Tapi satu je kawan, kita usaha semampu kita kalau memang rezeki kita memang takkan kemana.
Erm ada satu story ni makcik aku nak beli barang online. Dia tanya dekat sorang sis ni. That product kalau beli satu dapat standard price kalau beli dua untung la sikit. So makcik aku pakat dengan kawan dia nak beli dua. Kawan makcik aku bank in. Then makcik aku what apps sis yang jual tu. “akak dah bank in”
Sis tu reply ‘ terima kasih lah tanya dekat saya beli dekat orang lain,’. Siasat punya siasat, aah kawan makcik aku bank in dekat stokis lain. Memang kalau jadi stokis yang first tu marah lah sebab engkau dah target memang dapat customer that day. Tapi dah memang itu bukan rezeki kau, nak buat macam mana. So konsep rezeki itu kita kena faham.
Ada je real story aku nak kongsi pasal rezeki ini tapi rasa macam dah panjang bebenor. So wish you guys yang baca ni semua dipermudahkan segala perkara dunia dan akhirat. Amin.

– Miss Ha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Sibuk Hal Orang

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tajuk ni saya bawa dan tujukan khas pada semua dengan harapan agar menjadi pengajaran. Sedangkan ‘lidah lagi tergigit’ apatah lagi hubungan antara suami isteri.

Saya yakin takde orang yg tak ada masalah. Pasti ada! Walaupun sama tapi hakikatnya yang melaluinya sahaja akan rasa. Titik tolak dalam kehidupan suami isteri pasti ada asam garam tersendiri.

Cuma yg tak bestnya bila ada pihak ketiga, samaada ahli kluarga isteri @ ahli kluarga suami @ kawan2 @ jiran @ sape2 je yg masuk campur! Yg Kononnya nak bantu selesaikan mslh. KONON jela kan.

Saya sgt tak suka org duk jarum a.k.a cucuk2 suami isteri. Pastu duk canang cerita kat satu dunia bahawa si suami ni sekian2..yg isteri ni sekian2..Bagi saya ni blh merosakkan hubungan suami isteri.

Terutamanya media sosial yg ada sekarang ni. Banyak yg disalahgunakan! Tragis! Macam depa lebih tau kehidupan suami isteri trsebut. Biar suami isteri tu selesaikn sendiri.

Pandai2 la depa. Korang Duk diam. Doa. Kan lagi bagus tu. Nk nasihat tu tak salah. Boleh. Tp nasihat yg membina. Bukan menjatuhkan. Walaupun saya masih baru dalam dunia perkahwinan.

Tapi ini yg saya nampak dari zaman saya single. Yg kononnya “ahli keluarga suami nak bantu si suami ni, kesian sbb isteri tak masak”. Memang kalau kita tgk isteri ada salah. Tapi masalah tak selesai pun.

Bahkan makin bertambah besar! Saya ulang. MASALAH BERTAMBAH BESAR & BERLARUTAN! Isteri terasa asing dengan femly mertua dan bergaduh sesama sendiri.

Kau rasa sebab apa??? Disebabkan “mereka” yg KONONnya nak bantu. Tp sbnrnya langsung tak membantu. Jadi, sedikit pesanan dari saya. Kepada suami @ isteri, jagalah rumahtangga kalian.

Apa2 masalah, selesaikan antara kalian. Tak perlu diceritakn kpd org luar trmsuklah femly atau kwn yg kamu prcaya sekalipun. Walaupun pd hakikat prmulaannya, kamu hanya nak ‘meluah’.

Nak kurangkan stress. Sbb apa jgn cerita? Sebab akan mengundang masalah yg lagi teruk. Actually, Masalah kamu suami isteri dah selesai. Tp kamu yakin ke org sekeliling blh bersangka baik?

Boleh jadi mereka berprasangka buruk pada suami @ isteri kamu. Maaf terbebel panjang. Haha. Dan last ! Saya mohon kepada ‘orang luar’ tak perlu jadi hero kepada suami isteri trsebut.

Risau kalau sebab kamu. Dorang Bercerai! Saya doakn kpd semua agar Rumahtangga kalian dikurniakan sakinah, mawaddah warahmah. Amin..

– Puan Prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sangka Baik

PengakuanKu

Assalamualaikum

Sebelum aku tulis dekat confession ni. Banyak kali aku fikir patut ke aku tulis benda ni. Tapi setelah aku fikir sedalamnya mungkin benda ini boleh jadi iktibar dan pengajaran untuk orang lain.

Aku seorang manusia biasa, dibesarkan dalam kalangan keluarga yang biasa dan bukan anak yang manja. Aku mempunyai seorang abang yang dah berkahwin. Along, ya along boleh dikatakan seorang anak yang baik, penyabar, dan sangat sayangkan adiknya. Aku nak sangat jadi penyabar macam along aku. Jarang sekali aku lihat dia marah-marah. Sifatnya sama sekali lain dengan aku yang panas baran ini.

Semua ni berubah bila along aku kahwin, susah untuk aku tafsirkan benda ni. Benda ni semua terjadi selepas mama aku terasa hati dengan along. Ya terasa hati sampai mama aku menangis. Hati anak mana tak sedih tengok mama dia mengalirkan air mata bukan?

Sejak along berkahwin, dia masih melayani mama dengan baik, bercakap lembut. Cuma mama terasa hati bila lihat along lebihkan isteri. Isteri along seakan tidak sukakan mama. Tapi cara layanan isteri along pada mama baik pada pandangan aku. Isteri along bila balik rumah kami cukup sekejap sahaja. Kalau cuti empat malam. Hanya satu malam tidur di rumah mama. Selebihnya tidur rumah mak mertua along.

Kalau dilihat dari mata kasar pun. It is too obvious yang along lebih menurutkan kata isteri. Ya, aku tahu along aku baik. Tapi hati mama pun perlu dijaga. Soal bermalam ni bukan sekali dua terjadi. Sudah banyak kali. Bila balik rumah mama, jarang sekali ajak mama jalan-jalan. Jarang sekali ajak makan luar. Tapi bila balik rumah mak mertua along. Aku tengok sakan betul. Entahlah macam macam dalam kepala aku ni nak type. Tapi dah panjang rasanya apa aku type.

Mama sudah puas menangis. Bila aku tanya. Mama dah tak menangis pasal along. Mama cuma jawab. Tak apa. Mama doa yang baik-baik. Kita kena bersangka baik dengan orang. Kalau isteri along tak suka mama. Mama cuma boleh berdoa lembutkan hati isteri along. Mungkin jua mama punya salah tersendiri. Aku cuma diam dan tersenyum. Terlalu sebak untuk aku membalas kata-kata mama.

Cuma pesanan aku untuk yang belum berkahwin, bercadang hendak berkahwin, sudah berkahwin. Baik lelaki atau pun perempuan. Jadilah seorang anak yang adil. Tidak salah untuk melebihkan isteri/suami. Tetapi, janganlah sampai mengecilkan hati orang tua anda. Berilah layanan yang adil kepada ibu sendiri dan ibu mertua. Sekiranya belikan ibu sendiri sebiji apple. Janganlah belikan ibu mertua sebiji anggur sahaja. Bersikap adil ni bukan pada isteri isteri sahaja. Tapi kepada ibu bapa sendiri/ibu bapa mertua.

Terima kasih baca coretan aku dan tahniah sebab sudah berjaya bazirkan masa anda semua untuk confession yang
tak seberapa ini.

– Senah, Kampung Buaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pemandu Uber

PengakuanKu

Salam Admin dan pembaca yang dirahmati Allah. Aku nak kongsi kisah aku sebagai pemandu U***, separuh masa. Aku harap para pemandu teksi serta isteri, anak, adik, kakak pemandu teksi dan sewaktu dengannya janganlah kecam aku dan pemandu-pemandu U*** / G*** dan macam-mcam lagi applikasi yang akan datang.

Aku dan pemandu lain bukan suka-suka nak nak caras ekonomi pemandu teksi yang kebanyakannya bergantung pada rezeki ‘mengayuh’ (istilah pemandu teksi yang bermaksud memandu teksi cari rezeki). Ada juga ahli keluarga aku menjadi pemandu teksi, tambah lagi sedap cerita, bapa aku pun pemandu teksi. Aku faham sangat perasaan mereka bila pendapatan dah berkurangan sejak akhir-akhir ini. Tujuan kita sama saja, iaitu sebagai survivor (meneruskan kelangsungan hidup).

Sebagai ibu tunggal dan anak yang bertanggungjawab dalam membantu perbelanjaan rumah, banyak tanggungan aku. Namun, aku percaya pada rezeki Allah. Ketika aku mula mencari-cari apa kerja yang aku boleh buat secara separuh masa, maka terpandanglah aku akan iklan U*** ini. Sebelum jadi pemandu, aku jadi penumpang dulu untuk memahami sistem dan prosesnya. Selepas sebulan, berdaftarlah aku dan ‘berkayuh’ menambah rezeki dengan U***.

Aku kesian dengan bapa aku, dia tak pandai guna kecanggihan gajet dan applikasi mobile ni. SMS yang dia hantar pun ikut sedap dia taip aje. Dia tak pandai nak guna Gugel map atau Wez map ni. Jadi harapannya, penumpang tunjukkan jalan ke destinasi. Adakalanya, penumpang tu pulak yang tolong bapa aku navigate laluan guna Wez. Suka atau tidak, ini adalah salah satu sebab kenapa penumpang teksi beralih kepada applikasi U*** dan G***. Mereka juga boleh estimate tambang dan tiada istilah “tipu meter” atau tak guna meter ketika menggunakan perkhidmatan U***. Aku tau, tak ramai yang menipu meter, tapi sebab nila setitik, habislah seluruh pemandu teksi dianggap menipu meter.

Banyak kisah yang aku dengar tentang pemandu teksi yang ‘tak suka’ dengan sistem U*** dan G*** ni. Siap ada kes baling telur kat windscreen kereta pemandu G***. Kata rezeki tersekat, tapi telur yang boleh dibuat lauk tu kau baling pulak kat windscreen kereta. Adoi! Jadi secara tak langsung, aku pun rasa terancam juga. Hendak pula bila melalui di kawasan ‘hot spot’ seperti KL Sentral, di mana ada sederet teksi dah menunggu di satu kawasan menunggu giliran mengambil penumpang, risau juga aku. Tapi aku ke sana bukan nak sauk rider pemandu teksi ni, aku ke sana atas request rider. Jadi tolong jangan marah aku ye abang/adik/pakcik teksi. Apa yang penting, bapa aku sokong aku buat U*** ni.

Bila aku lalu di kawasan yang ramai pemandu teksi tunggu giliran, dalam hati aku minta maaf dekat mereka sebab tiada niat pun nak mencaras rezeki mereka. Dalam pada itu aku berdoa agar mereka juga diberi rezeki berlipat ganda seperti mana Allah melimpahkan rezeki pada aku dan orang lain. Kita sama-sama cari makan dengan aset yang makin lama makin susut nilainya iaitu kereta. Rezeki ada alamatnya, sama-samalah kita ikhtiar.

Dengan hasil U*** ni, walaupun separuh masa, aku boleh bantu ibubapa aku dengan belanja dapur yang semakin meningkat harganya. Bapa aku pun dah tua dan selalu sakit-sakit, tak larat nak drive lama-lama. Jadi, akulah gantinya. Dengan hasil U*** ni juga aku boleh kumpul untuk kos servis dan perbaharui cukai jalan dan insuran kereta. Dulu aku selalu charge kat kad kredit. Lama-lama, hutang kad kredit semakin banyak. Bila buat U***, aku dah kurangkan bebanan hutang aku sebab semuanya bayar tunai.

Gaji aku cukup untuk bagi ibubapa aku, bayar sewa rumah anak aku yang belajar di kolej, hutang kereta dan bil-bil. Bila aku buat U*** ni, aku niatkan yang selain dari mencari rezeki, aku nak tolong rider terutamanya perempuan sampai dengan selamat ke destinasi mereka. Ada juga yang gembira bila dapat pemandu U*** perempuan nak pulak pada waktu malam. Alhamdulillah, misi aku tercapai bila rider perempuan rasa selamat naik dengan pemandu wanita macam aku. Pemandu berhemah pulak tu.

Jadi aku harap, pemandu-pemandu teksi janganlah berdendam dengan pemandu U*** atau G*** ni. Kami juga ada mulut-mulut nak disuap. Aku pasti, mesti ada yang kecam, hentam dan keluarkan fatwa sendiri lepas baca tulisan aku ni. Tu biasa lah kan. Aku “telan” komen kau, kau “telan” la tulisan aku, adilkan?

Sekian,
Kak Tijah Janda Vogue

– Kak Tijah Janda Vogue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Disebalik Instagram

PengakuanKu

Log in instagram…

First picture-gambar seorang anak di samping ibunya yang tengah sakit kronik, terlantar di hospital. She seems so sad. Mohon doa dari semua untuk kesihatan mak, katanya.

Scroll bawah lagi-gambar seorang graduan yang berjaya mendapat kerja idaman sebagai doktor gigi. Tunjuk muka bahagia di samping dental equipment, juga di hospital. She seems so happy. Hard work paid off, katanya.

Menarik kan hospital ni. Tempat di mana dua emosi bertembung. Ada yang sedih kerana nikmat kesihatan ditarik. Ada yang gembira kerana nikmat kerjaya diberikan. Ada yang meraung kerana nyawa yang tersayang ditarik. Ada yang bahagia kerana insan tersayang dilahirkan.

Point aku satu je;

Tak perlulah menunjukkan sangat kebahagian kita di social media. Cukup sekadar sekeping dua gambar. Tak perlulah sentiasa update nikmat yang kamu peroleh kepada orang lain. Bimbang akan membuatkan yang sedih terus berduka. Bukankah kita perlu menjaga hubungan dan perasaan sesama manusia. Sedang kita berbahagia, ada yang sedang berduka. Jagalah perasan mereka yang diuji dengan kesusahan.

Berpada-padalah dalam menunjukkan kebahagian. Mungkin itu boleh jadi ujian untuk mengukur tahap keimanan kamu juga. Ya, mungkin kamu ingin berkongsi kebahagiaan kamu dengan orang lain. That makes sense if you are talking about one or two photos. Tapi kalau hari2 kamu post nikmat2 kamu tu, boleh jadi kamu ada sebab lain. Wallahualam.

Elakkanlah dari mengundang fitnah. Memang mulut orang kamu tak boleh tutup dan perspektif orang kamu tak boleh ubah. Tapi kamu boleh ubah perbuatan dan diri kamu. Kamu selamatkan diri kamu dari difitnah. Relatively, kamu selamatkan followers kamu dari bersangka buruk terhadap kamu. Sama-samalah ubah diri kita agar dapat maju selangkah untuk ke syurga.

Besederhanalah di social media. Jika ingin sangat berkongsi kebahagiaan kerana kamu terlampau concern terhadap followers kamu, make doa for them. InsyaAllah para malaikat akan aminkan sama untuk kamu. Hati manusia penuh dengan syaitan yang membisikkan kejahatan. (May refer to tafsir surah an-nas). Jadi tidak mustahil la kalau para followers kamu bersangka buruk terhadap kamu.

Nampak tak bagaimana social media ni boleh menjejaskan iman kita semua. Kita ni orang melayu biasa, yang hidup zaman moden, dan mempunyai iman senipis kulit bawang, dan memang tak boleh nak lari dari social media. Tapi meh la kita sama2 bersihkan social media ni biar ia tak menambahkan timbangan dosa kita nanti. InsyaAllah.

Semua manusia ada masa silamya, ada khilafnya, ada kecacatanya, ada jijiknya, termasuk kamu semua dan aku, tapi takkanlah nak tunggu malaikat turun, bawak keluar hati kita dan sental hati kita dengan air zam-zam kot, baru kita ada the honour untuk bagi satu teguran kepada orang lain. Kemon jangan jadi buta dan tuli. Jangan bangga dan obses sangat dengan nikmat yang sementara ni. Dah la sementara, dipinjamkan pulak tu. Masa tak dapat kau nangis2 mintak doa, dah dapat boleh kerek plak. Ape seh perangai. Haha.

So, in conclusion, aku nak seru kamu, aku dan kita semua, tak payahlah nak batak sangat tayang gambar kebahagian dan nikmat (harta/kerjaya/muka lawa/badan sado/spouse/anak comel/results/awards etc) kat social media ini. Besederhanalah, sebab:

1.Kesian kat orang yang tak berapa nak bernasib baik kat dunia ni.

2.Kesian kat kamu difitnah/disalah anggap/dikutuk/diketawakan/di-nganjing kerana gambar kamu yang orang tak tahu pun niat dan tujuan sebenar kamu upload.

3.Kesian kat para followers yang menfitnah/menyalahanggap/mengutuk/mentertawakan/menganjing gambar kamu tu. Tak pasal2 dapat dosa. Kalau kamu tak upload, mungkin mereka terselamat. InsyaAllah.

4.Apa kau rasa kau sorang je ke ada? Orang lain pon ada jugaklah. Haha.

Okay kamu semua jadi saksi aku dah amar makruf nahi munkar eh. Nanti kat akhirat nanti jangan claim aku tak tegur. Aku sure kene bash punya ni. Sorry la kalau ada yang terasa. Memang aku tuju untuk kau pon haha. K chow.

Yang baik datang dari Allah, yang tak baik semua disebabkan oleh kelemahan diri ini. May peace be upon you all!

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sunday, 26 February 2017

Contact Lens

PengakuanKu

Hi semua,

Hari ni aku nak kongsi pendapat aku pasal contact lens. Dah kerap kali aku nampak post dekat Facebook mengenai contact lens, ada yang cerita pasal pengalaman buruk pakai lens dan cakap dia dah menyesal pakai lens. Pada pendapat aku bagus perkongsian tu, tapi penting jugak kita bagitau cara betul pengunaan contact lens bukan just hentam contact lens ni bahaya la ape la. Aku bagi contoh macam sabun la, eleh tak bahaya pun sabun. Bila sabun tu jadi bahaya? Bila kau makan dia.

Disclaimer: Aku bukan pelajar bidang optometri atau berkenaan dan aku tak jual lens pun tapi macam aku cakap cuma nak kongsi pendapat sebab aku pun rabun. So kalau ada orang yang lebih arif pasal bidang ni komen and betulkan la aku tak kesah.

Aku nak cakap ramai orang dekat Malaysia beli contact lens macam beli nasi untuk lunch je. Nampak je harga murah terus beli, lepas tu beli pulak kalau boleh diameter lens tu nak paling besar, kalau boleh nak besar macam bas gitu. Bila saiz lens tak sesuai tu la ada tertoreh mata la ape la.

Ni pengalaman aku mengenai contact lens dekat satu negara ni, takyah cakap la negara apa tapi yang sure takde Yeti la. Aku pernah pergi beberapa kedai cermin mata dekat sini, dia akan buat pemeriksaan mata dulu. Lepas tu dia akan booking lens percuma untuk percubaan sahaja. Dorang akan tanya korang nak lens tu untuk pengunaan hari2 ke sebulan terus. Dorang akan bagi penerangan mengenai peratus oxygen dan water lens tu, berapa lama korang boleh pakai setiap hari, diameter yang sesuai dengan mata dan power yang sesuai. Nanti dorang akan telefon korang suruh datang balik untuk cuba lens tu, bila semua okay baru dia jual lens tu.

Korang hanya boleh beli lens ONLINE dekat sini bila korang mengaku (tick dekat box website tu) yang korang pernah guna lens dengan nasihat pakar, pakar tu orang kedai cermin mata tu la. Pakar tu akan ajar korang cara masukkan dan keluarkan lens dengan betul. Kalau pakai make-up pulak jangan guna eyeliner dekat dengan bahagian dalam mata. pakai bawah eyelid bukan dekat dalam. Contact lens tu pulak ada dua jenis, soft dengan hard. Aku tak nak explain ni panjang-panjang, google je eh. Pakar tu lagi tau yang mana sesuai dengan mata korang.

Setakat ni aku tak pernah dengar lagi kes-kes lens cederakan mata ke ape ke dekat sini. Kalau lens tak sesuai dengan mata korang, terus stop pakai. Pergi jumpa pakar tu balik. So lepas ni sebelum beli lens tolong la pergi kedai cermin mata dulu, bukan bayar pun check mata. Hampir semua kedai buat pemeriksaan mata percuma, kalau tak silap aku la. Lepas check baru beli lens. Guna lens pulak jangan lupa disinfect, beli air lens special tu jangan basuh lens dengan air paip. Korang tak nak buat steps ni semua, baik pakai cermin mata jela.

– MateKoIjo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Harga Keluarga Serendah RM17

PengakuanKu

Murah kan? itulah harga anak-anak sekarang. Ke mana-mana aku pergi; taman, sekolah, hospital, tempat kerja, tempat makan, padang rekreasi, penuh pandangan dengan pasangan-pasangan bersama anak-anak mereka. Di tangan ibu, seorang anak, di tangan bapa? sepuntung rokok. Seolah-olah sudah menjadi satu set tipikal. Yang ibu ada yang berkerut mukanya, ada yang selamba, yang bapa, ada yang bersahaja, ada yang selesa.

Hembuslah kau ke kiri walau anak kau di kanan, tetap dihirup juga oleh mereka tidak berkurangan. Sudahlah kau tak kisah akan kesihatan kau pabila kau sakit nanti, meninggalkan anak dan isteri, sekarang kau mahu pula anak kau dipasang IV, nak pula anak yang dalam kandungan keluar tak cukup ciri, nak pula mereka merana di kemudian hari.

Stres? sejuk? Susah nak berhenti? maknanya sampai di situ sahaja sayang kau kepada anak isteri. Comel-comel muka riang mereka bermain di sekeliling kau, selamba sahaja kau hembus-hembus tanpa risau. molek-molek mereka tidur di belakang, mudah sungguh kau hisap di depan bersenang-lenang.

“aku tak hisap depan anak bini aku”

Jadi itu boleh kau rasa? tiada asap lekat di baju kau kata? Jangan dah terhantuk baru terngadah, menyesal menangis tak sudah. Kau nak jawab soalan anak kau kenapa mak kena barah? kau nak jawab soalan isteri kau mengapa anak parah? Ahh tapi apa kau kisah, sekarang kau suami kaulah yang mengarah.

RM17. itulah harga keluarga kau. itulah harga kesihatan kau. itulah harga penyesalan kau. Gambar di kotak sekadar hiasan, kata dan nasihat kau pekakkan. Kalau kau berhajat mahu mendirikan rumah tangga, jangan kau bermimpi tanpa berhenti menghembus asap durjana. Kumpul hantaran beribu, berhenti merokok pun tidak mampu. kau terlepas apa yang penting, sebab untuk kau, ketagihan perlu dilayan sering.

_ Penonton Serik

– Penonton Serik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Minyak Kereta

PengakuanKu

Assalamualaikum semua :)

Kalau nak ikutkan tajuk confession kalini agak familiar. Cuma nak highlight dlm kalangan kita as a student. Isu minyak kereta ni memang jadi masalah betul tak? Tujuan nak tulis ni bukan nak menyakitkan hati mana mana pihak. Ramai students skrg ibu bapa bagi kereta untuk kemudahan diorang, secara tak langsung ia menjadi kemudahan kawan-kawan anak diorang juga. Ibu bapa yang bagi kereta ni kalau nak ikutkan taklah sekaya mana, ada juga bkn anak dato’ atau tan sri atau seangkatan dengannya. Ia hanya nak memudahkan anak-anak diorang.

Saya, student yang ibu ayah sy bagi kereta untuk kemudahan sy di universiti. Taklah sekaya mana. Kalau nak ikutkan sy bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut sangat. Bab kereta memang isu sensitif, bukan sensitif apa ya, sensitif and agak berat nak tolak permintaan kawan- kawan yang nak pinjam kereta.

“weh nak pinjam kereta… bla bla” “guna kereta tak?nak pinjam lepas class” <– soalan mcm ni agak susah nak tolak. Tambah pula kawan yang minta tu kwn perempuan. Kalau tolak tu mesti ada yang terasa. Ada yang tweet di twitter kata kedekut lah apa lah. Malah, sy pernah kena perli sebabkan tak bagi pinjam kereta. Maaf semua kawan-kawan yang pernah nak pinjam kereta. Tak bagi bukan apa, sy pun pakai kereta ibu ayah, they trust on me. Kadang-kadang kawan sendiri pun nak pinjam untuk pergi “dating” hmm cuma sy nak tanya, tak malu ka pinjam kereta kawan semata-mata untuk pergi dating? Hmm. Pernah juga, kawan-kawan lain yg ada kereta cerita, diorang terpaksa bagi sebab takut kawan terasa. Tapi lepas dah bagi, minyak kelip kelip. Ya lah, faham. Awak pinjam kereta sebab awak nak jimat taknak sewa kereta kan.. Tp awak takkan nak letakkan beban dekat kawan awak yang bagi pinjam kereta. Kesian ke dia :( kita yang bagi pinjam pulak segan nak minta duit minyak.

Isu duit minyak.. Sy ada kereta, selalu pergi class dengan kawan-kawan. Tapi tulah, malangnya kawan pun takda COMMON SENSE. Bak kata org, “orang berbudi kita berbahasa” ye dok? Tumpang kereta satu sem, dan sampai habis belajar pun tak pernah hulur duit minyak. Kalau takda duit pun, sekali sekala belanja la sy makan. Minum pun dah kira okay. Rasa la sikit orang appreciate kita bukan gunakan kita. Ada kawan yang faham tu, kadang dia belanja makan. Kadang bagi duit minyak. Alhamdulillah may Allah bless them. Pernah juga kawan-kawan suruh hantar diorang pergi kerja, sy okaykan ja. Tapi lepas hantar tu, takda pulak hulur. Sedih. Kawan pergi kerja dapat gaji, faham nak cari duit lebih. Tapi saya? hmm (tak minta lebih cuma harap kawan-kawan ada common sense) Takkan lah disebabkan isu minyak kereta dan takda common sense ni tak boleh jadikan small matter? harap sangat sangat semua orang faham situasi saya. Bukan nak berkira sangat pun.

Ada yang cakap, yang takda kereta pun tak kaya. Tak apa, kalau tak kaya. Rezeki Allah luas. Tapi boleh kaya dengan budi bahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Lastly, sy minta maaf dkt kawan-kawan yang pernah nak pinjam kereta tapi saya tak bagi.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saturday, 25 February 2017

Untuk Bidadari Dunia

PengakuanKu

Assalammualaikum…

Entry ni sekadar friendly reminder untuk mereka2 bidadari dunia yang cantik kulit mulus bertubuh langsing tinggi serba serbi hampir sempurna

Kami tahu anda cantik…tak usah katakan

“Kulit i x cantik ” kata seorang yang kulit putih mulus dalam gambr selfie

“Kulit banyak parut malu nak keluar…” kata seorang yang upload gambar selfie dengan ekspresi kecewa

“Ala i gemuk…” sedangkan badan kurus melidi

Kami tahu anda hanya inginkan pujian di ruangan komen

Kami tahu anda dahagakan perhatian

Apa yang anda tak tahu… hati-hati yang anda telah sakiti

Ada antara kami gemuk
Bila anda katakan “ala gemuk…ala da tembam..” sedangkan anda langsing cantik
Kami tahu, anda hanya inginkan perhatian
Kami tahu anda berani post begitu kerana anda tak pernah di-judge kerana gemuk
Anda tak pernah diejek kerana gemuk

Ketahuilah saat anda katakan anda tak cukup cantik…tak cukup putih…tak cukup flawless
Ada antara hati2 ini yang bertahun2 cuba menghilangkan jerawat2 yang tak pernah surut…
Yang harus tunduk ketika berjalan kerana malu..
Yang tak pernah post selfie kerana kurang yakin…

Ketahuilah hati2 ini terluka

Ketahuilah pada kami yang tak secantik mu… itu ibarat cacian
Seolah2 menghina kami
Seolah2 merendahkan kami

Ketahuilah saat anda katakan begitu seolah2 gemuk itu salah, jerawat itu jelek, kulit hitam itu hodoh, parut itu jijik

Ketahuilah apa yang kamu ada , hanya wujud dalam mimpi kami, hanya wishlist tak tercapai

Kata anda tak mahu keluar, tak confident kerana jerawat seketul di wajah

Fikirkan…mereka yang terpaksa bekerja /belajar dengan wajah yang lebih teruk.how they gather their confidence, keeping the poker face in the public.

Ketahuilah sifat tamak anda demi komen dan perhatian menjadi pelemah semangat kami yang tak secantikmu.

Jadilah mereka2 yang berwajah, berbadan cantik berhati flawless berfikiran jauh.

Saat komen dan likes anda meningkat ada semangat yang luntur. ;)

jadilah bidadari berhati flawless jangan dikejar komen dan likes. Kejarkan amal dan pahala. jadilah bidadari syurga.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Akak Rider

PengakuanKu

Assalamualaikum…

Baru2 ni terbaca pasal kisah Doktor yg dpt save RM10k sbb bwk moto ke tmpt kerja…

Aku pun terdetik kat sini nak share jugak kisah aku as a rider Yes! Aku seorang rider!… Beza aku dgn Tuan Doktor, aku hanya la junior eksekutif biasa dan aku adalah perempuan.

Pro yang tak dapat disangkal:

1) Jimat!

Ni memang tak dapat aku nafikan. Motor yg aku bawa hanya la Modenas cc100 yang aku beli secara cash berharga RM 3600.. kos minyak pula hanya la RM 5 hingga RM 6 seminggu. Parking motor ditempat kerja aku pula free. Sedangkan kereta dikenakan bayaran mengikut jam melainkan anda mempunyai season pass yg sangat limited. Bayaran season pass kereta pula sebanyak RM 150 sebulan. Dekat sini aku dah jimat banyak..Aku mampu simpan 60% gaji aku…hehe

2) On Time!
Aku tak perlu bersesak2 menghadap jem. Aku boleh mencilok dan menyelit diantara 2 kereta… Aku sentiasa on time!

3) Banyak masa terluang
Bila aku tak perlu menghadap jem, aku tidak perlu bersiap awal ke tempat kerja. Biasanya pkol 8pg baru aku bertolak ke tmpt kerja dan hanya memakan masa 10 hingga 15 minit untuk tiba ke tempat kerja yang jaraknya 10km…

Sejujurnya bawa motor ni sememangnya jimat duit dan masa aku. Walaubagaimanapun, terdapat juga CONS menjadi rider ni.

1) Risiko kemalangan!
Tak nafikan bahawa bawa kereta pun ada juga risiko kemalangan. Tetapi impak kemalangan sekiranya bawa motor ni lagi tinggi dari kereta. Kes ini terjadi pada diriku sendiri. Walaupun hanya dipotong oleh kenderaan berat yang laju, aku hilang kawalan dan terbabas. Akibatnya kasut koyak da kuku kaki aku tercabut disebabkan terseret dengan tar.

2) Risiko kena kacau!
Ini selalu berlaku sekiranya aku pulang lewat dalam pukul 9 – 10 mlm. Dan aku percaya benda ni jadi kepada rider perempuan sahaja. Waktu2 mlm macamtu, sekiranya sedang berhenti ketika lampu merah, ada la budak2 yang akan kacau. Ada yang duk press motor lama2 sampai aku rasa tak selesa dan ada juga yang kelilingi aku dan bertanya nak pergi mana, nak ikut la… tapi Alhamdulillah setakat ini hanya kena kacau macamtu sahaja.

3) Risiko hujan
Benda ni tak boleh nak elak dah. Kalau hujan samada berhenti berteduh atau redah sahaja. Tapi kalau redah, risiko keselamatan pulak. Jalan akan jadi sgt licin, dah vision akan jadi sgt limited. Motor juga boleh rosak.

Secara keseluruhannya, aku rumuskan bawa motor ni ada PRO dan CONS. Aku masih prefer menjadi rider. Entah la mungkin sebab aku dah biasa naik motor. Tapi aku tak rancang untuk menjadi rider selama2nya. Mungkin lepas kahwin aku akan bawa kereta pula.hehe.. Mohon pembaca doakan keselamatan aku senantiasa.

Wassalam.

– Akak Rossi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Keberkatan Rezeki 

PengakuanKu

Salam semua. Terima kasih admin kalau siarkan.

Aku selalu terfikir bagaimana untuk dapatkan keberkatan rezeki sebab family sering mengalami masalah duit dari aku kecil sampai sekarang. Aku ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Famili aku ni dalam kategori sedang2 dan selalu berhadapan masalah kewangan. Aku pula, dari kecil lagi selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, kerana itu makcik2 dan kawan2 parents aku akan beri hadiah berupa wang ringgit kepada aku. Parents aku tak mampu beri hadiah mahal2 atau wang tapi mereka akan bawa belanja kami adik-beradik di kedai makan (bukan tempat mahal2). Bagi aku ok lah tu, aku happy dengan effort parents untuk celebrate aku setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Duit yang aku dapat tu, semua mak aku ‘pinjam’ sebab untuk tampung keluarga. Mak aku ni sangat kuat bekerja dari aku kecik sampai sekarang, so duit2 tu aku tak minta balik pun. Aku kesian kat mak. Mak I love you muah

Aku tak tahu kenapa, hidup aku ni dipermudahkan, tak seperti adik-beradik aku. Sewaktu dapat tawaran belajar di sekolah berasrama, aku tak perlu minta duit dari parents sebab makanan semua pihak sekolah sediakan. Aku amalkan gaya hidup tak boros (makan je kat kantin walaupun ikan dia baling kat dinding pun, dinding yang pecah haha). Dah tamat SPM, aku ditawarkan biasiswa untuk sambung belajar. Jadi aku tak perlu ambil PTPTN atau minta duit dari parents. Malah duit biasiswa yang aku dapat bulan2 tu aku boleh hulurkan kepada mak untuk bantu dia. Duit biasiswa bukan banyak sangat pun, RM700 je sebulan tapi aku masih amalkan prinsip aku untuk tidak membazir, tak pergi ikut kawan2 shopping or tengok wayang dan hanya memeruk dalam bilik study/ tengok movie free online — mungkin sebab tu aku tak penah ade boyfriend, tak pandai bersosial LOL. Sampai ribu2 pun aku boleh bagi mak aku taktau macam mana aku baleh terjadi ‘kaya’ waktu zaman belajar haha. Kelakar kan

Kini, aku sudah bekerja dalam bidang yang aku sangat minat walaupun mencabar dan dapat bantu orang. Sekarang walaupun sudah bergaji yang agak tinggi, aku tidak boleh menyimpan banyak seperti kawan2 aku yang lain. Aku masih perlu bantu mak dan keluarga dengan duit dan sekarang lebih banyak lagi duit diperlukan sebab adik2 aku tengah belajar kat uni. Banyak kali aku jealous dengan kawan2 aku sebab diorang anak orang berada yang parents masih akan bayarkan itu dan ini untuk diorang dan boleh berbelanja sesuka hati. Tapi itu tidak terjadi kepada aku sejak kecil lagi (mungkin ujian untuk aku). Mungkin takdir aku adalah untuk membantu orang. Dan mungkin kehidupan aku dipermudahkan kerana aku selalu memberi. Walaupun aku masih tak kaya2, hidup aku ni ok la, cukup makan aku hari2 alhamdulillah. Mungkin inilah namanya keberkatan rezeki. Sebab keberkatan rezeki itu bermaksud rezeki yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Setiap rezeki itu bukan kita punya, itu hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa buat diri kita. Walaupun aku takde rezeki jadi secantik artis Korea (sebab aku orang Melayu pure takde mix) dan masih tak kawen2 lagi (umur aku dah hampir 30-an) tapi aku bersyukur dapat bekerja dalam bidang yang aku suka dan dapat membantu orang serta famili sendiri. Semoga kita semua ikhlas dalam membantu, insyaallah.

P/s: Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak kamu dapat (buat bekalan untuk akhirat sana). Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak disangka-sangka. Happiness is to be grateful with what you have ~

– Ice princess

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tanya: Kak Long Buntu

PengakuanKu

Assalamualaikum korang .

Harap pihak IIUM Confession dapat siarkan cerita aku ni .

Aku anak sulung . Ada ramai adik perempuan . Orang tua aku pernah berniaga tapi dah lama jatuh sejak aku nak tamat sekolah menengah . Masa tahun aku Form 5 , aku banyak skip sekolah sebab selalu tolong orang tua aku berniaga tepi jalan sebab berniaga kat kedai dah tak laku . Orang sekeliling ramai yang pandang serong kat kita orang . Dari duduk rumah sampai terpaksa duduk dalam kedai yang dah tutup .

Tapi langit tetap mendung bila berniaga kat tepi jalan pun selalu dapat berapa puluh je sehari . Kadang² je nak dapat lebih . Dengan kenaikan bahan mentah lagi . Nak hadap customer cerewet beli kuih berapa ringgit je pun . Pakai kereta besar tapi beli kuih seringgit nauzubillah mulut menyakitkan hati . Sekarang ni aku dah kerja , Alhamdulillah aku dapat tolong orang tua aku sikit² . Aku tak pernah berkira dengan diorang sebab matlamat aku habis belajar aku nak tolong diorang .

Disebabkan aku sorang je kerja dan adik aku semua belajar lagi , aku tak mampu lagi nak tanggung semua . Sebab tu mak ayah aku still bertahan berniaga tepi jalan . Sejak aku habis belajar kita orang pindah umah sewa . Bulan² aku bayar duit kereta + umah sewa + bil api air . Tu je mampu aku tolong .

Kedai tu ? Tulah masalahnya . Adalah sebab orang tua aku masih berniaga tepi jalan sebab nak bayar hutang kedai tu kat bank . Bulanan lebih RM1K . Disebabkan takde sape lagi nak beli orang tua aku sewa murah dekat orang dan kena tambah bayar kat bank . Rugi dan membebankan . Benda tu la yang menyesakkan hidup keluarga aku selama beberapa tahun ni .

Aku nak jual , puas aku update iklan kedai untuk di jual tapi takde sape nak call nak beli . Berapa kali aku contact agent hartanah kat internet tapi belum ada inisiatif nak jumpa untuk deal . Aku tak tau nak buat apa . Aku buntu . Kalau aku dapat jual kedai tu aku nak beli rumah . Aku tak nak sewa lagi dengan tuan rumah kedekut & tak bertanggungjawab . Aku masih lagi berusaha kumpul duit untuk masa depan .

Aku berharap sangat kalau masalah aku ni akan selesai . Aku buntu . Aku tak sanggup tengok orang tua aku mengeluh tiap hari sebab makin hari makin merosot . Hmm . Even aku dah kerja pun , aku belum mampu nak tolong semua sekali . Aku pun kerja lepasan Diploma gaji berapa la sangat .

Pasal kedai tu , apa aku nak buat ?

-Sis Buntu-

– Sis Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Penyakit Kulit

PengakuanKu

Assalamualaikum iium confession..terima kasih jika kisah saya terpilih untuk disiarkan dalam ruangan ini.Sedikit pengenalan,saya seorang perempuan yang masih bujang,berumur 27tahun dan sedang bekerja dalam sektor swasta.Kisah ni adalah berkenaan diri saya sendiri.Dan saya minta maaf awal-awal jika kisah ini boleh buatkan semua pembaca berasa tidak selesa dan jijik.Saya cuma ingin berkongsi dan sekadar bertanya pendapat.

Straight to the point,saya sebenarnya salah seorang penghidap penyakit kulit atau lebih dikenali sebagai kudis buta(doktor bagitau).Kedua-dua tangan dan kaki saya kena penyakit ni dan bila ia kering,akan meninggalkan parut.Kat muka pon ada jugak tapi Alhamdulillah tak seteruk tangan dan kaki.
Bunyi mengerikan tapi itulah hakikat yang perlu saya hadapi sekarang.Kalau pembaca nak tau dengan lebih lanjut apa itu kudis buta,boleh google sebab makan masa sikit untuk saya terangkan pasal penyakit ini.Saya sendiri pon tak boleh nak terangkan dengan lebih lanjut saya ni stage yang ke berapa.Dari umur 4 tahun lagi saya menghidap penyakit kulit ni dan sampai sekarang saya masih tak jumpa lagi penawarnya.

Mesti ramai yang tanya’Kenapa tak rawat dari kecil lagi?’.Jawapan saya,sebab dulu keluarga saya orang susah.Pendapatan ayah saya tak mampu nak tanggung kos perubatan untuk penyakit saya.Mak saya tak bekerja.Bukan mak ayah saya tak usaha,dorang dah sehabis cara tolong cari rawatan yang sesuai untuk saya.Dari suntikan dekat hospital,beli ubat kat farmasi,rawatan tradisional,buat air penawar,tapi tetap tak sembuh.Dah banyak diorang berhabis duit untuk saya.Kadang-kadang saya pelik,bila ia kena dekat kulit,jadi gatal tapi tak berair.Sapu ubat krim,dah sembuh terus tinggal parut hitam.Saya ingat lagi masa tu saya cakap dekat mak ayah,kita berhenti la dulu cari penawar.Lagipun penyakit ni tak memudaratkan kesihatan.Itulah pemikiran saya masa kecik.Saya tak fikir untuk jangka masa panjang.Mak ayah saya diam dan dorang ikut dengan keputusan tersebut.Saya tak nak susahkan mak ayah lagi.

Bila menginjak remaja,penyakit saya makin teruk.Kulit saya jadi gatal-gatal,tinggal ruam,sensitif teramat.Bab pemakanan,saya pantang dari segala jenis makanan seafood.Bila ruam dah okay,jadi kudis then tinggal parut lagi.Saya rasa makin down bila tengok kawan-kawan ada kulit yang cantik,tapi saya tak.Tu yang buat saya tak ramai kawan.Masa sekolah menengah,saya tinggal kat asrama.Dalam dorm,macam biasala sesama perempuan,masing-masing pakai baju lengan pendek tapi saya kena pakai baju lengan panjang.Saya malu kalau kawan-kawan dapat tau kulit saya teruk.Sampai satu masa tu,waktu tengah malam,kawan saya tegur ‘tak panas ke tidur pakai lengan panjang?’. Tukarla pakai lengan pendek,kan dah malam.Takde sape-sape nak tengok.Saya senyum dan cakap saya dah biasa dengan berlengan panjang samada siang atau malam.Alhamdulillah.Kawan saya memahami dan lepas dari kejadian tu terus dia tak tanya dah.

Siang malam pagi petang,saya tak pernah pakai lengan pendek.Walaupun kat rumah sendiri.Saya takut adik beradik saya jijik bila tengok kulit saya banyak parut,ada ruam merah-merah camni.Sedara mara saya pon ramai tak tau saya ada penyakit ni.Sebab bila dorang datang umah atau jumpa dengan saya,saya akan pakai baju yang berlengan panjang.Parut yang dekat muka plak saya cover pakai foundation dan bedak muka.Malam pun saya tibai pakai benda tu,sebab tu dorang tak perasan kulit muka saya teruk.Saya malu nak tunjuk.Perempuan mana yang nak hidup dengan mekap je sepanjang masa.Tipu lah kalau saya cakap saya tak rimas kena pakai benda alah tu.Rimas,sedih,tension semua ada.Bila dah cuci,muka teruk dan tak nampak cantik dah.Tengok je muka kat cermin,airmata laju je keluar.Bukan menangisi apa yang jadi,tapi tertekan dengan keadaan.

Tapi ada jugak time tak sempat nak berbedak,sedara mara datang.Yang tak suka tegur kulit muka tu okayla.Alhamdulillah.Tapi ada jugak yang suka tegur,siap offer produk lagi suruh saya cuba.Produk A elok untuk sekian sekian.Produk B bagus untuk sekisn sekian.Saya tak salahkan dorang.Bagus jugak dorang bagi pendapat tentang produk tu.Tapi kulit saya bukan masalah jerawat,parut jerawat atau yang seangkatan dengannya.Saya ada penyakit kulit.Saya diam dan pendam.Saya senyum dengan seikhlas hati tapi dalam hati saya dah nangis.

Lumrah manusia,hidup diciptakan berpasangan.Bila saya dah masuk angka 20-an,umur saya 21 tahun.Mula lah saya pikir pasal jodoh,nak ada suami,nak ada keluarga.Pemikiran saya sebagai seorang perempuan.Masa tu ada orang datang merisik saya,saya tolak dengan baik.Alasannya sebab saya tengah sambung belajar dan nak habiskan diploma.Alhamdulillah.Kitorang dah selesai dengan cara yang baik dan masing-masing dah bawak haluan sendiri.Saya diam dan pendam.Ada srbab saya tolak.3 tahun lepas tu,saya dapat diploma terus dapat keje dalam sektor swasta sampaila sekarang.Umur 24tahun,dalam diam ada orang datang merisik saya lagi,saya terpaksa tolak jugak untuk kali kedua.Mak ayah dan keluarga saya semua bising termasuk sedara mara.Tanya kenapa buat camni.Sampai bila nak hidup sorang-sorang.Orang lain semua dah kawen,ada anak,ada suami.Saya terpaksa diam dan pendam lagi.Alhamdulillah.Kali ni saya selesaikan dengan cara yang baik dan bawak haluan masing-masing jugak.Saya diam dan pendam dari dorang semua.Dua insiden merisik saya tolak sebabnye saya tak nak bakal suami saya dapat isteri yang bertitle ‘seorang penghidap penyakit kulit’.Nanti anak-anak mesti kena penyakit ni jugak.

Naluri perempuan,semua nak ada family sendiri.Saya tengok kawan saya yang sebaya saya dah ada suami,anak-anak.Tengok update kat fb,IG..bahagianya..Sumpah saya cemburu dengan korang.Saya nak macam tu jugak.Tapi tak mungkin saya dapat kebahagiaan tu.Sekarang pon saya down sangat.Boleh ke saya hadap penyakit ni.

Lepas dari insiden yang saya tolak merisik kali kedua tu,saya kunci pintu hati saya untuk lelaki buat sementara waktu.Saya buat hal sendiri.Saya pergi keje macam biasa.Dalam hati saya,saya tekad nak sembuhkan penyakit saya.Saya beli ubat kat farmasi(krim untuk sapu dekat ruam dan bintik),beli mederma untuk hilangkan parut.Alhamdulillah makin hilang.Tapi ada je parut baru yang akan timbul kesan dari ruam dan bintik td.Pergi klinik amik suntikan,pergi hospital sambung ubat yang doktor bagi,beli set supplement,tak sentuh langsung makanan seafood,beli macam-macam yang boleh bantu saya untuk merawat penyakit ni.Saya dah boleh rasa dalam badan saya ni dah banyak ubat campur gaul abis dah semua.Sampai sekarang ruam dan bintik tetap naik dan tinggalkan parut jugak.Putus asa,stress,tertekan,rasa down sangat dah sebati dalam jiwa saya.

Tapi tak habis takat tu kisah saya.Ada lagi yang nyatakan hasrat nak masuk merisik saya.Perkenalan dengan yang ke-3 ni aturan keluarga saya sendiri.Baru 1 tahun kitorang kenal tapi nasib baik baru 3 kali jumpe sebab dia kat kL,saya di terengganu.Jarak jauh dan makan kos yang tinggi nak jumpa.Alhamdulillah.Yang sebelum ni aturan kawan-kawan.Kalau tunggu saya cari,memang tak.Nasib baik masih ada yang prihatin dengan saya.Ape lagi alasan saya nak bagi kat keluarga saya.Saya dah mati akal.Sekarang ni lelaki tu tengah tunggu keputusan ya atau tidak je dari saya.Saya diam je bila sebut soal ni.Nak contact dia pon saya rasa macam malas sangat.Nak je lari jauh dari dia.Saya tak nak bakal suami saya dapat isteri yang tak cantik macam saya.Dengan penyakitnye yang susah nak sembuh,tak cantik plak tu.Lelaki kan.Lelaki kot.Takkan nak yang tak lawa nak buat bini(tak semua lelaki).

Down teramat.Bagi la saya semangat untuk saya teruskan hidup.Alasan apa yang saya nak bagi kat family saya dan jugak lelaki tu.Perlu ke saya terus terang pasal penyakit saya kat dia.Nanti kalau dia reject saya,macam mana.Sebelum ni saya tak pernah terus terang pasal penyakit saya kat mana-mana lelaki sebab saya malu dan risau direject.Walaupun hakikatnye macam kena reject je.Banyak soalan ada dalam minda saya.

Doa dari Yang Maha Esa tak pernah saya lupakan.Doakan semoga penyakit saya sembuh ye semua.Amminn.

– Cik A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.