Hi guys
Harap post ni dapat dipublish dan jika berjaya ribuan terima kasih buat admin.
Aku ada benda nak cakap tapi tak tahu lah macam mana nak cakap. Aku memang pantang kalau selipar jamban disalah gunakan. Aik selipar jamban pun ada salah guna juga ke? Yup, memang ada.
Aku nak cerita yang perkara ni terjadi masa aku study kat U dulu. Aku ada housemate yang nampak macam warak jugak la orangnya. Nampak pembersih je. Kebersihan memang penting terutamanya buat manusia bergelar muslim.
Rasanya semua dah tahu kan kalau nak masuk jamban kita kena tutup kepala dan lapik kaki (pakai selipar). Ya, itu semestinya. So, housemate ni aku gelarkan sebagai N. N ni memang bagus budaknya. Rajin, suka jaga kebajikan housemates yang lain dan sangat menitik beratkan pasal solat.
Solat. Semestinya kita kena bersih daripada segala najis kan?
N ni dah bagus tapi aku geram jugak. Dia pakai selipar jamban untuk masuk dalam tandas. Tu dah bagus tapi masa keluar jamban dia tak tanggalkan selipar jamban dia tu. Dia berjalan kat dapur terus ke bilik. Aik kat jamban dah ok tapi sampai kat dapur tu dah tak ok. Nak masuk bilik baru dia di tanggalkan.
Yang lagi geram masa dia keluar bilik dia pakai balik selipar jamban tu dan terus berjalan ke sana sini. Kat dapur, kat ruang tamu, kat bilik orang lain pun dia bawak masuk selipar jamban tu jugak! Tak tahu ke tu selipar jamban!
Bayangkan selipar tu bawa ke jamban buang air kecil dan besar dan terus ke tempat lain yang suci tu.
Yang nak masuk dalam bilik dia sendiri tu boleh pulak tanggalkan selipar tu sebab nak solatkan? Tahu pulak selipar tu kotor. Habis tu yang pergi bawak selipar tu kat tempat lain tu boleh pulak. FYI, housemates lain kebanyakkannya solat kat luar kat ruang tamu sebab bilik sempit.
Yang ni dia tak pulak cakna pasal orang lain. Takpe la kan asalkan dia je yang suci. Tapi kalau dah setakat membiarkan tapak selipar jamban merata kat rumah tu dah menjahanamkan orang lain namanya. Orang lain pun solat jugak bukan kau je.
Tapi aku tak lama kat rumah tu. Aku melarikan diri. Padan muka. Aku tak tahu housemates lain ada yang tak puas hati ataupun tak. Tapi aku tengok some of them masuk jamban tak pakai selipar pun.
Entahlah, aku tak tahu. So, sesiapa yang berkenaan silalah ubah sikap anda. Jaga kebersihan. Nak tahu seseorang tu bersih atau pun tak tengok diorang punya jamban.
Jangan lupa ada selipar jamban atau tak dan perhatikan ke mana selipar jamban itu dibawa.
Selipar jamban hanya untuk jamban sahaja. Sekian, terima kasih.
– Seorang Manusia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment