Disebabkan kelembapan ekonomi negara dan jatuhnya nilai ringgit kita, ramai orang yang telah kehilangan pekerjaan menangis teresak-esak dan buntu dalam hidup mereka. Lagi teruk lagi, graduan yang baru keluar universiti kini terpinga-pinga menganggur sambil menghabiskan beras mak di rumah, menunggu pekerjaan yang diidam-idamkan kunjung tiba. Atas tanggungjawab inilah abang terpaksa senaraikan Top 5 pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan tanpa memerlukan ijazah tebal anda sekaligus dapat menyelamatkan anda dari menjadi mangsa kebuluran atau mereput meleleh air liur di rumah menonton gosip-gosip murahan artis dan orang-orang politik yang takkan membantu anda barang sedikitpun.
5. Agen Hartanah
Tak dinafikan lagi, agen hartanah merupakan salah satu prospek kerjaya yang boleh buat anda ternganga melihat gajinya. Rumah rumah teres, kondo, flat and pangsapuri ini sentiasa menjadi rebutan orang ramai sekarang ini memandangkan 6-8 tahun harga hartanah akan melambung lebih dari 100% mengikut kawasan. Untuk menjadi agen hartanah anda kena datang Kursus Perunding Hartanah dulu dan lulus mendapat sijil. Rate gaji sehingga RM20,000-RM50,000 sebulan.
4. Konsultan Takaful/Insurans
Antara kerja yang menjadi pilihan anak anak muda sekarang adalah Konsultan Takaful/Insurans. Walaupun abang ada sejarah hitam dengan satu company insurans ni, abang terpaksa jugalah senaraikan kerjaya ini sebagai toplist and most angelic work. Selaku orang yang percaya dosa pahala, abang percaya kerjaya ini dapat mendorong anda membantu memahamkan orang tentang kebajikan mereka diwaktu kecemasan sambil anda juga dapat memenuhkan poket kosong anda. Modal air liur dan kisah kisah sedih haruslah dihafal dan disampaikan dengan penuh emosi supaya pelanggan anda mengambil insurans yang paling mahal. Rate gaji boleh juga mencecah RM 40,000 sebulan malah lebih lagi. Maigad!!!
3. Safety and Health Officer (SHO)
Tak lain dan tak bukan. Inilah orangnya yang paling dibenci dalam dunia construction, industri kilang dan O&G. Kebanyakan SHO ini mestilah mempunyai skil command order yang tinggi, unstoppable beast mode, mata helang dan deria keenam yang tajam. Kalau jenis lembik dan mudah kena bahan bolehlah lupakan kerjaya ini. Kerjanya nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan tnaggungjawab yang tinggi dan kesiagaaan hatta waktu tengah tidur pun anda tidak akan tenang. Bayangkan jika terjadi major disaster, kemalangan yang melibatkan kematian atau cacat kekal, anda terpaksa berkampung di pejabat mendapatkan semua bukti latihan dan kawalan bagi menyelamtkan lesen Green Book anda ditarik oleh DOSH.
Oh ya lupa. Anda perlu hadiri kursus SHO dahulu di NIOSH atau mendapatkan Certificate NEBOSH bagi yang teringin kerja di luar negara. Rate gaji dari RM 8,000-RM50,000 sebulan.
2. Wealth Advisor/Unit Trust Consultant
Unimaginable income. Kerjaya lahanat ini telah berjaya membuatkan ramai orang berhenti kerja dan mula bekerja sepenuh masa dalam bidang ini. Walaupun agak menipu kenyataannya, tetapi percayalah kerjaya ini telahpun meluas diperkatakan kehebatannya oleh kebanyakan orang termasuklah pihak istana. Tipu lagi. Biarpun terdapat level atau maqam dalam kerjaya ini seperti level Supervisor dan Agency Manager, percayalah semua orang berpotensi sama rata untuk menjana income dengan bermodalkan air liur dan sedikit data yang membanding-bandingkan dividen Tabung HajI, ASB dan KWSP dengan dividen mereka. Inginkan kerjaya yang positif dan dikelilingi orang orang yang sentiasa happy, jadilah Wealth Advisor/Unit Trust Consultant sekarang. Anggaran gaji sekitar RM 5,000 – RM X0,000.
1. Valet_Doa
Abang harap kau ada servis untuk abang transfer dosa selain servis doa dan solat hajat kau. Semoga kau diangkat menjadi wali.
-Dehlawi-
– Dehlawi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment